BAB 6
MALASNYA nak bangun pagi ni. Lepas je solat subuh tadi aku terus sambung
tidur balik. Memang tak larat nak bangun
tadi. Lepas sejam lebih terlelap aku
terjaga balik itupun selepas dikejut oleh abang. Memang mengantuk, kalau tak dikejut mahu aku
tidur sampai tengahari.
Aku menuruni anak tangga untuk
turun ke bawah. Abang yang sedang bersarapan di meja makan
tersenyum sinis memandang aku yang lambat bangun. Aku segera duduk dimeja makan. Aku mengambil
sekeping roti yang disapu jem. Aku terus
memakannya.
“Semalam adik kenapa? Balik je rumah terus berkurung dalam
bilik. Siap menjerit sakan dalam bilik
tu? Datang bulan ke? He he he…..”
“Ah! Abang ni sibuk je nak
taw. Malas nak cerita . Tak ada mood.”
“Lah dengan abang pun nak
berahsia. Ceritalah…kita kan adik
beradik. Please…”
Aku menjeling pada abang. Abang ni selagi tak dapat apa yang dia nak
selagi itulah dia takkan berhenti. Faham
sangat.
“Yelah adik cerita lah ni. Menyampah tengok muka tak bergula tu.”
Abang tersenggih.
Aku membuka cerita mengenai Mr
Playboy kepada abang. Dari kisah empat
tahun dulu hinggalah ke hal yang semalam.
Abang tekun dan khusyuk mendengar cerita aku.
“Hah! Macam tu lah
ceritanya. Benci betul adik bila
teringat kat dia.” Aku mengenggam tangan
menumbuk bantal di sofa. Tercampak
bantal tu ke bawah.
Abang ketawa melihat tindakan aku
yang spontan. Dia mengelengkan kepala.
“Hisyk adik ni, perangai gangster
tu tak pernah nak berubah. Tak padan
dengan imej bertudung. Cuba buat
sopan-sopan sikit. Ini tak asyik kepala angin je.”
“Ah! Suka hatilah. Yang penting kalau jumpa Mr Playboy tu lagi,
siaplah dia adik kenakan. Masa tu baru
dia kenal siapa Mia Qaisara Dato Khusyairi!
Abang ketawa lagi kuat. “Adoi
adik ni, janganlah ganas sangat. Tahu
tak kalau terlebih benci orang nanti kita akan jatuh sayang dekat orang
tu. Entah-entah dia tu jodoh adik tak?”
“Ya Allah minta simpang. Abang ni jangan mengarut boleh tak. Adik tak suka taw kait-kaitkan adik dengan Mr
Playboy tu. Boleh mati terduduk adik
nanti.”
“Dah adik tu benci sangat dekat
dia. Mana tahu Allah terbalikkan
perasaan kita. Masa tu baru adik tahu
langit tinggi ke rendah.”
“Abang ni agak-agaklah. Dia tu bukan taste adik okey.”
“Ermm ye ke. Abang tak rasa macam tu pun. Abang tahulah.”
“ Apa maksud abang ni? Hisyk tak
faham lah”
“Ermm…maksud abang dia tu mesti
sepadan dengan adik. Sebab selalunya
kalau ada je lelaki yang adik tak suka mesti adik selalu kutuk. Rupa macam jambatan tak siaplah. Muka jalan tar lah. Macam-macam lah. Tapi abang tak dengar semua tu tadi. So
abang rasa dia mesti handsome
kan. Betul tak.”
Aku memuncungkan mulut. Menjeling
sekilas pada abang.
“Muka aje boleh tahan buat apa kalau mulut tu puaka. Hisykk dia bukan taste adik lah.”
“Hisyk berapa banyak bukan taste lah. Bilalah nak jumpa taste adik ni?”
“Ah! Buat masa ni hati adik belum
terdetak lagi. One day bila dia terdetik, yes. Inilah dia bakal suamiku! Masa tu adik terus
pikat dia. Then jadikan dia my sweet hubby.”
Mencebik mulut abang mendengar
ayat aku.
“Hurmm..kalau macam tu Papa
lambat lagilah nak dapat menantu. Kita
berdua sama-sama tak jumpa lagi.”
“Nasiblah nak buat macam
mana. Abanglah lambat sangat nak
kahwin. Cuba abang kahwin dulu. Lepas tu baru turn adik pulak. Hah tak
adalah langkah bendul kan ha ha ha.”
“Huh! dahlah stop bab kahwin
ni. Ape kes melalut ke hal ni
pulak. Hmmm.. so adik ni bila nak start
kerja kat syarikat?”
Aku berfikir sekejap. “Next
week rasanya. Tak sabar nya.”
Jeritku keriangan.
“Good. Semangat ni lah yang
kita mahu. Malaysia boleh! He he he.” Abang berdiri bangga mengangkat tangan ke
atas. Aku tergelak melihat riaksi
keanak-anakan abang. Kelakar habis.
************************************************************************
“BUNYI ringtone lagu Heart attack nyanyian Demi Lovato berbunyi nyaring. Aku segera mencapai BB disisi katil. Tertera nombor antarabangsa di skrin. Aku pelik.
Segera aku menekan keypad.
“Hello siapa ni?”
“Hi ‘princess. How are
you ? Masih Ingat I lagi?”
“Charles!!!!!!!!!!! Sampai hati you tak call I sebelum ni. I merajuk taw macam ni.”
Aku menjerit riang bila mendengar
suara Charles di talian.
“Ha ha ha rilekslah Mia. I busy lah uruskan company. Bertimbun-timbun
fail I kena baca you taw. Nak naik pecah
otak I ni rasanya.”
“Alah kesiannya you. Tak ape slow-slow, nanti ok lah tu. I ni pun next
week baru nak start kerja dekat syarikat papa. Tak tahulah boleh ke tidak nanti I uruskan.”
“Alah jangan risaulah. I yakin you mesti boleh punya. Doa banyak-banyak okey.”
“Hmmm… rindulah dekat you. Bilalah kita dapat jumpa lagi ni.” Aku
bersuara sedih.
“Boleh je nak jumpa. Semuanya di hujung jari. Alah nanti bila free, you datanglah bercuti
di Vietnam. Tak pun I datang
Malaysia. Okey tak cadangan I ni.”
Aku mengangguk laju mendengarnya.
“Superb! Nanti kita bincang balik. Seronok pulak dengar idea bernas you ni. Ha
ha ha.”
“Okeylah Mia, nanti kita berbual lagi ye. Take
care. Bye princess.”
“Bye Charles.”
Talian terus di offkan.
Aku tersenyum lebar. Berbaring
semula di katil.
******************************************************
Aku duduk keseorang di gazebo
depan rumah. Sunyi dan sepi. Tiba-tiba aku jadi teringat arwah mama. Rasa rindu pada arwah mama. Aku mendongak ke langit. Cuba untuk melihat bulan dan bintang. Dulu-dulu masa aku kecil, bila aku rindukan
mama aku selalu melihat ke langit. Masa
tu aku fikir mama dah jadi bintang kat sana. Maklumlah budak kecil selalu fikir
macam tu. Tapi bila dah besar baru aku
faham.
Aku menangis tiba-tiba. Menangis tanpa suara. Kepiluan dan keseorangan yang ditanggung selama
ini. Kerinduan terhadap arwah mama. Sudah lama aku tidak menangis begini. Aku tidak suka orang melihat aku menangis. Aku tidak mahu nampak lemah. Aku mahu ceria walaupun kadang-kadang aku
kesepian. Bagiku kegembiraan dapat
memberi kekuatan dalam diri.
Aku mengesat air mata dari
mengalir lebih banyak. Cuba menahan diri
dari menangis lagi.
Aku berhenti menangis bila
mendengar suara papa menegurku dari jauh.
Papa keluar dari rumah dan
mendekati aku di gazebo.
“Kenapa anak perempuan papa duduk
seorang je kat luar ni? Sejuk kat luar
ni.” Tegur papa. Papa mengambil tempat
duduk di sebelahku.
“Tak ada ape. Saja nak ambil angin sambil tengok langit
yang cantik tu.”
Suasana menjadi senyap. Aku dan papa mendongak ke langit. Menghayati keindahannya.
“Mia rindukan arwah mama ye?”
suara papa, memecahkan kesunyian.
Aku terdiam sambil memandang
papa. Papa tersenyum nipis.
“Mia kena tabah dan sabar. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Allah lebih sayangkan arwah mama. Kita kena redha. Mia jangan lupa untuk doakan mama dekat
sana. Doa anak yang soleh tu pasti
dimakbulkan Allah.” Tambah papa.
Aku mengangguk perlahan. Sungguh aku kagum dengan kesabaran
papa. Papa seorang yang kuat dan
sentiasa tabah dalam hidup.
“Insyallah papa. Mia sentiasa doakan arwah mama. Mia takkan pernah lupa tu.” Aku tersenyum
nipis.
“Bagus, macam ni lah anak papa.
Hmm… dah jangan nak murung lagi. Papa
tak suka tengok anak-anak papa bersedih macam ni.”
“Okey, Mia takkan sedih-sedih
lagi. Papa jangan risau ye.” Pujukku.
“Promise dengan papa yang Mia
akan happy sentiasa. Jangan memendam
perasaan seorang diri. Kalau boleh,
kongsi dengan papa. Papa boleh jadi
seorang pendengar yang baik . Okey dear.”
Aku mengangguk. “Promise. Mia janji dengan papa yang Mia takkan sedih-sedih lagi. Papa jangan risau. Okey.” Aku
tersenyum riang. Kami kemudian berjalan
perlahan masuk ke dalam rumah semula.
2 comments:
Siap jugak......alhamdulillah...
hahaha..kaq terbaik aa..sambung aa agi..best nie..cpt2 tau kaq..:)
Post a Comment