YEAYYYYY!!!!! Akhirnya ian dapat upload gak bab MCK 26 ni. Maaflah dah dua bulan tak jengah blog. kesihatan diri tak mengizinkan. Ian tahu ramai yang tanya bila nak update entry, ian betul-betul minta maaf kalau lama sangat menunggu. insyallah selepas ini ian akan rajinkan balik diri meng 'update' entry. Untuk peminat IHYMP minggu depan ian akan update entrynya. Hope korang semua boleh tunggu. Dan terima kasih atas comment dan sokongan kamu semua pada ian. Sayang korang... sekali lagi sorry sebab dah berbulan x meng' update'....Love you...ian asynata.....
BAB 26
Sudah hampir sebulan aku menjadi tunangan Abang Hafizul dan
selama sebulan jugaklah aku jarang dapat berjumpa dia. Yelah kata Mak darah
manis ni tak elok jumpa selalu, cepat panas.
Dalam masa sebulan ni
belum banyak persiapan yang dapat dibuat.
Hantaran, gubahan dan sebagainya masih dalam proses pemilihan. Tapi semuanya masih tetap terkawal. At the
end of the day, harap semuanya dapat disiapkan dengan baik.
Majlis perkahwinan aku
dan Abang Hafizul hanya di buat sekaligus saja. Tapi kami buat secara besar-besaran. Maklumlah rumah sebelah menyebelah, jadi
dapatlah jimat kos. Bagus kan dapat kahwin orang sebelah rumah je.
So…kali ni aku akan gubah sendiri hantaran
kedua-dua belah pihak. Aku tak mahu
orang lain yang buatkan. Kalau buat
sendiri lagi puas hati. Aku suka hasil
kerja tangan aku sendiri. Aku turut menolak
bila Abang Hafizul sekali lagi nak keluarkan duit untuk beli hantaran kami. Segan aku nak terima duit dia kali ni. Malu! Yelah
lagipun aku pun ada niat nak belikan sesuatu untuk bakal suami aku ni. Sebab
tu aku katakan kepada dia yang aku nak guna duit hasil titik peluh aku sendiri
untuk beli barang hantaran tu. Jadi
nanti bila suami kita pakai barang yang kita beli tu, sejuk hati kita tengok
dia.
Tapi Abang Hafizul ni tak
adanya nak dengar alasan aku, dia tetap nak belikan. Titik. Tapi macam biasalah aku tentulah hebat
pertahankan apa yang aku nak. Abang
Hafizul apalagi merajuklah dengan aku.
Dua hari lah sang teruna tu merajuk.
Mesej pun tak ada. Tak bercakap langsung.
Pada mulanya aku buat
tak kisah je, tapi mak paksa aku suruh pujuk dia. Kata mak tak baik buat bakal suami macam
tu. Hai laa…. jenuh jugak aku memujuk
Abang Hafizul sampai terpaksa lah aku belajar masak kuih bakar kegemaran dia
gara-gara nak memujuk. Nasib baik
jadi. Yang lebih kelakar bila aku bagi
je kuih bakar tu terus senyum sampai ke telinga. Lepas tu siap kata lagi dah kahwin nanti
kalau dia merajuk nak aku pujuk dengan benda lain pulak. Mengada betul! Bakal laki sape tu?
Tapi yang paling aku
suka tentang Abang Hafizul, dia ni sangat prihatin tentang diri aku. Dia selalu mesej atau telefon setiap hari,
tanya khabar. Aku betul-betul rasa terharu.
Dia cukup pandai mengambil hati
aku. Aku bahagia dengan Abang
Hafizul. Keyakinan aku untuk berkahwin
dengan dia pun semakin kukuh.
Mudah-mudahan rasa ini akan berkekalan selamanya.
“Dik kau tak keluar ke
petang ni?” tanya Along ketika kami duduk di ruang tamu. Aku
senyum pada Along. Hari minggu macam ni
Cuma Along saja yang balik. Angah
biasalah sibuk dengan kerja dia dekat KL tu.
“Tak…lagi pun nak pergi
mana aje. Kat pekan tu bukannya ada
hiburan. Bosan!”
“Ermm tu lah Along pun
bosan jugak ni. Hantaran-hantaran yang
nak bagi dekat pihak lelaki tu, kau dah gubah ke?” tanyanya lagi.
“Belum lah, lambat lagi
adik nak kahwin. Ada yang masih belum
beli lagi. Tapi adik dah list kan
semuanya. Door gift pun dah survey dekat kedai. Bulan depan settled lah kot”
“Wah! ekpress betul.
Tak sabar lah tu nak kahwin ha ha ha.” gelak Along.
Aku menjeling
tajam. Dah mula lah tu nak menyakat
aku. Aku tidak mempedulikan Along. Tanganku terus mencapai majalah hiburan
diatas meja. Aku mula membelek setiap helaian majalah itu.
“Dik!”
“Ape?”
“Kau dah prepare mental
dan fizikal belum nak kahwin ni?”
“Hah?”soalku pelik. Aku
tak dapat tangkap maksud dia.
“Yelah dari segi tu
….”sengih Along.
Aku seakan faham
sengihan dia. “Eiiiiiii!!! tak
senonohlah Along ni. Bukak bab 18sx
pulak. Adik adu kat abah nanti baru tau.”
Geramku. Melampau betul pertanyaan dia
tu.
“Alah adik ni sporting
lah sikit. Hafizul tu rileks je bila bahas benda ni. Lagi dia suka adalah, ha ha ha”
Berdesir mulut aku
mendengarnya lelaki memang macam ni bab 18sx ni memang kegemaran diorang. Malas aku nak berborak dengan Along tambah
sakit hati lagi. Karang dia bukak pulak cerita
lain yang tak sanggup aku nak dengar.
Laju tanganku mencapai bantal dan membaling kepada Along yang tengah
ketawa. Geram!!
“Aduh! Sakitlah, adik
ni gurau pun tak boleh. Kalau macam ni
gaya nya memang patahlah pinggang Hafizul tu layan kau ha ha ha” gelak Along
kuat.
“Along!!!!”jeritku
geram. Aku terus laju
membaling segala bantal dan majalah ke muka Along. Makin menjadi-jadi pulak mulut dia ni.
“Okay, okay stop! Along
gurau je lah, itupun nak marah.”
“Ape gurau-gurau tak
ada benda lain ke nak buat gurau. Tak malu yek?”aku bercekak pinggang dan
menjeling pada dia.
“Okay laah..Sensitif
betul sejak dah bertunang ni. Along bukan ape nanti kalau adik dah kahwin mesti
tak boleh luang masa dengan Along lagi. Mesti nak kena layan suami pulak. Tu
lah yang Along nak kacau puas-puas nanti rindu dengan adik.
Sayu je aku dengar
kata-kata Along, mulalah mata ni nak berair syahdu. Along ni, time ni lah dia nak bukak scene
Hindustan. Memang banjir jugak rumah ni
karang.
“Apelah Along ni
bukannya kita tak jumpa lagi. Hubungan adik beradik tu takkan putus walau dah
kahwin sekalipun lah. Satu lagi, adik bukannya pindah mana pun, sebelah rumah
je. Macam lah tak boleh jumpa lagi.”
“Aah yea… lupe pulak
along yang laki kau tu sepupu kita he he he” Along mengaru-garu kepalanya.
“Entah along ni, tak
pasal-pasal adikmu ni tangkap leleh.”geramku.
Terus pecah ketawa kami berdua gara-gara buat scene Hindustan tak
berpengarah. Memang hancur!
“Owh ye, kenapa sejak
korang berdua bertunang, si Hafizul tu dah jarang datang rumah. Korang berdua ni gaduh yek?” tebak Along.
“Apehal pulak nak gaduh,
biasa je. Merepeklah Along ni.”
“Habis tu kalau tak
gaduh, kenapa dia tak datang lepak dekat sini.
Along ajak datang sini pun dia mengelak.”
“Alah mana dia nak
datang sini. Mak kan dah warning, kata tak elok jumpa selalu. Nanti tak manis orang pandang.” aku
membetulkan tebakan along tadi, pandai je buat andaian.
“Ooo.. patutlah.” Along
mengusap-usap dagunya sambil menganggukkan kepalanya berulang kali.
Semacam je aku tengok
gaya mengangguk Along tu. Macam ada
sesuatu je dalam fikiran dia. Jauh sekali pandangan mata dia tu.
“Adik, esok kita pergi
Port Dickson nak tak? Dah lama lah tak
jalan-jalan. Kita mandi laut sekali,
mesti seronok kan.”
Berkerut-kerut dahiku memandang
Along, pelik. Tak pernah-pernah nak
pergi PD, tiba-tiba je? Hmm…. Lagi satu sejak bila Along ni suka mandi laut? Kalau Angah aku percayalah, sebab dia tu
memang extreme sikit bab-bab ni. Along
ni pulak mandi kolam kanak-kanak pun boleh lemas inikan nak mandi laut. Mengarut je dia ni!
“Sekejap, sejak bila
Along suka mandi laut? Bukan Along takut
ke bab-bab air ni?”
“Huisyk…mana ada
takut. Along ni orang yang paling berani
tau. Pandai je kau kata Along
penakut. Tengok muka lah.”lagak Along.
Aku mencebikkan bibir.
Dah mula dah nak tunjuk bagus depan aku.
Macam lah baru hari ni aku kenal abang aku yang satu ni. Hisy!
“Sudah lah Along simpan
je lagak yang kurang cerdik tu. Macam lah
tak ingat apa yang jadi masa mandi air panas Pedas tahun lepas, Along tu hampir
nak lemas tau. Nasib baik Angah ada,
kalau tak dah arwah.
Dah jangan nak mengada-ngada, nanti apa-apa
yang jadi bukan Along yang kena marah adik jugak yang kena. Dah lah lupakan niat murni tu, duduk rumah
lagi bagus.”
“Alah…tak semestinya
mandi kan. Kita jalan-jalan je lah.”bersungguh-sungguh
Along mengajak.
“Tak nak lah nanti sun
burn kulit. Tak cantik pulak masa
sanding nanti. Lain kali lah. ” aku
memberi alasan malas nak pergi. Tadi
ajak mandi, ni dah nak jalan-jalan pulak? Hisyk apa masalah abang aku sorang
ni. Buang tebiat apa?
“Alah kejap je bukan
nak pergi lama pun. Kita jalan-jalan je
dekat situ. Jom lah…bila lagi nak pergi. Lagipun lepas ni adik dah kahwin, entah ada
masa untuk along ke tak.” sayu je jawapan along. Monyok je muka dia bila aku mengelengkan
kepala.
‘Tak nak!”
“Please…for your
brother. I love you…” Adoi lemah jantung
aku kalau dengar ayat Along ni. Sengaja mendera hati dan perasaan betul. Time ni barulah nak cakap sayang segala
bagai. Memang tak boleh pakai punya
abang.
“Yelah, yelah…tapi jangan
lama sangat tau, banyak kerja ni.”aku memberikan persetujuan. Malas nak tolak
lagi, mesti tak boleh elak punyalah.
“Okay . No hal! Sayang adik…..” jerit Along sambil meloncat
tiba-tiba. Terkejut aku tengok muka
semacam dia tu. Lebar betul senyuman
dia bila aku setuju. Hai, dah kena
penyakit hyper active ke abang aku
ni? Risau pulak aku tengok dia
terloncat-loncat . Hisyk…
***************************************
ESOKNYA kami awal-awal
pagi dah bersiap. Aku hanya mengenakan baju
t shirt dan seluar jeans denim sahaja.
Tak perlu bermekap lebih cukup sekadar sedap mata memandang aje. Along
pun dah siap dari tadi . Gaya pun
santai jugak, tak kasual macam selalu.
Malam tadi sempat jugak
aku mintak izin Abang Hafizul nak keluar dengan Along. Yelah sejak dah bertunang ni segala apa yang
aku buat semua aku bagitahu dia.
Maklumlah nak biasakan diri dulu nanti
bila dah kahwin senang, masing-masing dah tahu tanggungjawab sendiri.
Alhamdulillah setakat
ni Abang Hafizul mengizinkan aku pergi kemana saja. Cuma semalam je entah apa angin dia, siap berpesan
dekat aku jangan nak main mata dan mengoda dekat pantai. Eiiiiiiiii!!!memang dia nak kena dengan aku.
Gila betul lah ada pulak aku ni nak mengedik dengan lelaki. Memang bukan stail aku lah semua tu. Lainlah kalau dengan dia adalah jugak sebab
aku nak mengedik. Geram je aku dengar
suara dia dalam telefon semalam, rasa nak flying kick je kaki dia. Huh!
Aku pandang keluar
tingkap kereta, signboard biru di tepi jalan menunjukkan arah laluan ke Teluk
Kemang tidak jauh lagi. Aku mengucap
syukur kepada Allah S.W.T. Sampai jugak
aku menjejakkan kaki dekat sini. Mengigil
badan aku naik kereta, masih sejuk tangan aku.
Mana tak nya perjalanan yang memakan masa 45 minit ke Port Dickson dah
jadi 25 minit gara-gara mat drift tak bertauliah sebelah ni yang buat jalan ni
macam kat litar sepang. Hampir nak
terkeluar jantung aku menahan debar duduk dalam kereta.
Sabar je lah dengan
Along, dia ni macam tak fikir pulak yang adik dia nak kahwin tak lama lagi. Karang
si Hafizul tu duda sebelum kahwin pulak.
Buat aniaya je dekat anak orang kan…
Kami sampai di Batu 8 Telok Kemang Port Dickson
tepat jam 10 pagi. Dekat sini memang ramai orang datang. Selalu penuh kalau cuti sekolah. Masa
belajar kat Politeknik dulu rajin jugak aku dengan Fitriah lepak dekat sini. Biasalah lepak-lepak untuk menghilangkan
stress belajar. Rindu aku pada dia, agak-agaknya bilalah kami
akan dapat jadi seperti dulu lagi.
Memikirkan Fitriah buat aku jadi
ingat pada Adam. Hatiku mula terasa
sayu. Cepat-cepat aku halau perasaan
yang mula resah.
“Kau kenapa Dik,
tiba-tiba je muram?” soal Along, mungkin pelik tengok aku berdiam diri.
“Tak ada apalah. Jom lah turun, kata nak jalan-jalan” ajakku sengaja
mengelak dari pertanyaan Along tadi.
“Err…kejap yea, Along
tunggu kawan ni. Kejap lagi sampai lah.” Balas Along.
Berkerut dahiku
memandang along. Kawan? kawan ape pulak
ni semalam kata nak spent time dengan
aku ape hal pulak ada kawan mawan ni.
“Sejak bila pulak ada
kawan ni, kata nak jalan dengan adik je.”geramku.
“Alah, apa salahnya
ramai-ramai kan bagus. Tunggulah kejap.”
Along mengeluarkan telefon dan mula bercakap dengan seseorang.
“Wei aku dah sampai ni,
kau kat mana?” soal Along pada suara dalam telefon. Along kemudian keluar dari kereta
meninggalkan aku. Dia bercakap-cakap di
luar kereta.
Selang beberapa minit,
Along masuk semula ke dalam kereta.
“Kejap lagi kawan Along
sampai.”
Aku pandang wajah Along di sebelah untuk
meminta penjelasan. Baru saja aku nak
membuka mulut tingkap cermin di tempatku diketuk perlahan dari luar.
Tok! Tok! Tok!
Aku berpaling. Terkejut aku tengok Abang Hafizul dekat luar
kereta. Dia tersenyum . Tak sangka betul diorang berdua ni pandai
buat plan. Jelingan tajam aku berikan pada Along yang
dah tersengih macam kerang busuk kat sebelah.
Aku mencubit paha Along. Geram!!!
Pintu kereta kemudian ditarik
dari luar . Aku melangkah turun dari
kereta perlahan-perlahan.
“Adik nanti Hafizul
hantar balik tau. Along ada hal penting
nak kena buat ni. Jaga diri elok-elok jangan
buat yang bukan-bukan pulak kat sini.” Sengih Along. Mencerlung anak mataku memandang wajah Along,
dia yang plan semua ni aku pulak yang kena.
“Jangan risaulah nanti
aku hantar adik kau balik. Selamat punya.” balas Abang Hafizul. Aku
diam malas nak cakap. Sakit hati
kena main macam ni. Tak ape lain kali
aku kenakan mereka pulak. Tengok lah….
Kereta Along mula
bergerak dan terus meninggalkan kami berdua di situ. Oppss…meninggalkan aku.
Abang Hafizul tak masuk part pasal dia tak
datang sekali dengan kami tadi. So…tak
ada kena mengena!
Aku menoleh melihat Abang Hafizul di sebelah.
Wajah dia nampak berseri-seri saje sejak bertunang. Kalah muka aku sebagai pengantin
perempuan. Abang Hafizul sepuluh kali
ganda lebih menyerlah dari aku.
Hisykk…balik nanti aku kena buat spa muka ni. Mana boleh bakal pengantin lelaki lebih over
dari perempuan. Tak boleh jadi ni!
“Hai pandang abang
macam nak telan je?” Abang Hafizul tundukkan mukanya untuk melihat wajah aku
yang sibuk tilik wajah dia. Cepat-cepat aku berpaling. Malu!
“Malu pulak dia. Jom my
bride to be…kita jalan kat tepi pantai dulu.” gentleman sungguh bahasa.
Sweet je dia cakap.
Aku pandang dia
semula. Perlahan aku menganggukkan kepala
sebelum mengikut langkahnya di sebelah.
Aku dan Abang Hafizul
berjalan berjalan beriringan menyelusuri tepi pantai. Suasana yang damai dan tenang pada waktu pagi
macam ni memang menambahkan mood
romantic bagi pasangan macam kami. Ceh!
Konon, memang perasan kau!
“Okay stop dulu, sekarang
ni sayang pejamkan mata dulu.”suruh
Abang Hafizul tiba-tiba.
Aku menoleh pada Abang
Hafizul, berkerut dahi aku memikirkan.
Kenapa nak pejam mata pulak? Dia
nak buat apa?
“Kenapa nak pejam
mata?soalku tak puas hati. Nampak sangat
gen romantik memang tak ada dalam diri aku.
“Sekejap je sayang…errr
ada surprise untuk sayang.” Abang
Hafizul tersengih-sengih memandang aku.
Sejuk je hati aku
dengar pangilan sayang tu. Panggil lagi
boleh tak? he he he.
“Surprise ape?”tanyaku lagi. Tak puas hati kalau dia tak cakap terus
terang. Mula lah hati aku ni risau
semacam.
“La…bukan surprise lah
kalau bagi tahu.” Abang Hafizul cuba mencuit sedikit hidungku. Aku mengelak.
“Alaaa….tak bestlah. Tak nak lah…” Aku memuncungkan mulut. Protes.
“Hah, tengok, buat muncung
itik pulak. Nanti abang kiss kat sini
baru tau.”
Bulat mata aku mendengar. Cepat-cepat tanganku menekup mulut. Takut aku,
bukan boleh percaya dia ni. Diri sendiri pun aku tak percaya apa lagi orang.
“ Hah, tahu takut. Ermmm…” Abang Hafizul menundukkan mukanya
kemudian berbisik di telingaku.
“ Kalaulah sayang dah
halal bagi Abang sekarang ni, bukan saja nak kiss lebih dari itu pun abang nak
buat.” Abang Hafizul terus menutup mataku dengan sehelai kain.
Aku
yang masih terkejut dengan bisikan dia tadi lantas memegang tangan dia yang
sedang mengikat kain yang menutup mataku.
“Abang…”
rengekku manja.
“Sekejap
je..sabar ye nanti mesti sayang suka.” Abang Hafizul menarik hujung lengan
bajuku mengikut langkahnya.
Aku
menanti debar kemanalah Abang Hafizul nak bawa aku ni. Aku cuba mengapai-gapai tangan yang satu lagi
kot-kot dapat taw ada kat mana. Macam
orang buta je aku rasa. Tapi rasa romantic, he he he
“Sayang
hati-hati! ada batu tu.” Abang Hafizul segera menarik hujung bajuku agar lebih
dekat dengannya.
Aku tersipu-sipu sambil
menundukkan muka. Hai laaa…tak nampak pulak muka dia.
“Malu
ye.?” tanya Abang Hafizul padaku , mungkin dia perasan wajahku agak kemerahan
sedikit.
“Mana
ada.. Panaslah, dah ke belum ni? sakitlah mata asyik pejam je.” Bisingku,
mengelak dari soalan dia tadi.
“Dah
nak sampai dah.. Kejap ye sayang.” Abang Hafizul menarik hujung bajuku, cuba
memimpin aku mengikut langkah dia.
“Okey
dah sampai pun kita akhirnya. Kejap
Abang buka ikatan ni tapi sayang jangan buka mata dulu tau”
“Yelah,
yelah cepatlah. Lama lagi ke? Sakit mata
ni.” bising mulutku.
Abang
Hafizul melepaskan ikatan kain yang disimpul di kepalaku. “ Now…
open your eyes my dear.” Bisik suaranya di telingaku.
Aku
membuka mata perlahan-lahan. Cahaya mentari yang menyinar menyilaukan pandangan
mataku. Terpejam celik aku membuka mata setelah seketika barulah mataku terbuka
luas. Subhanallah! Cantiknya laut bila
pantulan matahari memantulkan cahayanya kelihatan seperti padang pasir yang
luas. Tanpa sedar bibirku melebarkan
senyuman. Dalam hati tak habis-habis
memuji kebesaran Allah S.W.T.
“Sayang,
cantikkan keindahan yang Allah berikan ni. Bertuah kita dapat melihat dan merasa semua
ni.” Aku menoleh dan senyum pada Abang Hafizul, sedikit tersentuh dengan
kata-katanya. Aku pandang kea rah laut.
“Cantik
memang cantik tak puas mata memandang.
Rasa tenang dan damai. Terima
kasih, sebab sudi bawa Tizz ke sini.” Ucapku penuh terharu.
Abang Hafizul menoleh padaku. Dia memusingkan bahuku menghadapnya. Matanya tepat memandang anak mataku. Aku
terkaku.
“
Abang pun tak puas memandang sayang, rasanya tak sabar menunggu hari bahagia
kita.” Aku terus menundukkan muka tak sanggup nak pandang mata dia yang menikam
jiwa itu. Kenapa dia romantik sangat
hari ni. Jantung aku dah rasa semacam
pulak, silap hari bulan boleh jatuh dekat sini.
“Ermm…sayang
malu ye? Sayang nampak cantik sangat
bila malu macam ni.” Abang Hafizul mengangkat kening dan berbisik di telingaku.
“Tak sabar abang nak tengok muka sayang masa
malam pertama kita. Malu macam ni jugak ke?” Aku ternganga mendengarnya. Kaku sekejap badan ni. Abang Hafizul ketawa kuat, dia menjauhkan
badannya dari aku.
Aku
memalingkan badan malas nak tengok muka dia. Merajok!
“Alah janganlah macam ni, gurau pun tak boleh. Senyum sikit sayang, abang gurau je lah. Saja nak gurau senda dengan tunang abang ni.”
“Gurau-gurau..pergi
surau lah.” geramku. Aku kemudian
tersenyum bila terlihat wajah comel Abang Hafizul memujuk. Tak jadi marah, sejuk terus hati ni.
“Jom
my bride to be kita dating kat sana
pulak. Special punya!” ajak Abang
Hafizul dia menarik bajuku menuju ke satu kawasan lapang di bawah pokok besar. Ada hamparan tikar dan bekalan makanan sudah
siap di sediakan di situ.
Ternganga
mulut aku, bibirku menguntumkan sedikit senyuman. ‘Romantiknya piknik dengan
bakal suami.’ suaraku dalam hati.
Agaknya macam ni lah rasanya bila disayangi. Memang bahagia
Kami
menapak perlahan-lahan menuju ke situ. Aku dan Abang Hafizul duduk bersila diatas hamparan
tikar tadi.
“Kenapa
tiba-tiba nak piknik ni? Bila abang buat semua ni?” soalku padanya. Sempat pulak dia sediakan semua ni. Macam tak percaya je.
“Saja
je. Rindu! dah dekat sebulan tak jumpa sayang. Bila dah bertunang ingatkan boleh lah selalu
jumpa. Rupanya lagi tak boleh! Banyak sangat pantang larang.” omel Abang
Hafizul. Nampak sangat dia pun tak suka
ikut pantang larang keluarga kami.
Aku
ketawa melihat wajah dia yang tak puas hati.
Kemudian aku baru tersedar sesuatu.
“Abang habislah kita kalau semua orang tahu
kita jumpa dekat sini.” risauku pada dia.
Abang Hafizul rileks je muka
pandang aku.
“Jangan
risaulah Along dah tolong kita. ‘Baik’ punya plan tau! Nanti time dah dekat
sampai rumah, kita call lah Along. So …. dia akan berpura-puralah bawak sayang
balik rumah. Tak nampaklah sayang
keluar berdua dengan Abang.”
Aku
mengelengkan kepala berulang kali. Tak
percaya! Pandai betul abang ipar dan
adik ipar ni buat rancangan. Sungguh tak
boleh pakai!
“Sayang..
…”panggilnya, aku pandang dia. Dia senyum pandang aku.
"Ada
apa?”
“Tak
ada apa.”balasnya sambil ketawa kecil.
Aku mengelengkan kepala, nakal betul dia ni.
“Sayang….”panggilnya
sekali lagi. Meleret bunyinya.
“Nak
apa?”soalku malas.
“
I love you so much.” luah Abang Hafizul tiba-tiba. Matanya bersinar memandang
wajahku.
Aku
yang sedang memandang dia terus terkedu dengar luahan itu. Berani mati tu beb! Aku tak sedia apa-apa
pun nak balas balik.
“Err…”
aku tergagap-gagap . Ape nak cakap ni wei!
Abang
Hafizul tergelak melihat reaksi aku. Dia pandang mukaku. Senyuman tak pernah lekang dari bibirnya.
Aku
tunduk. Terdiam tanpa kata. Aku tak tahu kenapa berat mulutku untuk
mengungkapkannya.
“Sayang..
tak apa take your time nanti bila
kita dah kahwin abang nak dengar dari mulut sayang pulak.
Hari-hari kalau
boleh.” Abang Hafizul senyum nakal padaku.
Aku
telan air liur. Hari-hari? Lain macam je maksud senyuman dia.
“Insyallah…”ucapku
perlahan. Syukur sangat sebab dia tidak
memaksa aku. Dia betul-betul dapat memahami fikiran aku.
“Nah
minum air ni.” Abang Hafizul menghulurkan air kotak laici kepadaku.
“Terima
kasih.” Aku ambil air laici dan menyedutnya
“
Terima kasih je? peluk cium tak ada ke?”dia
kenyitkan mata.
Tersedak
terus air laici aku minum bila dengar ayat dia.
Gatal! “Ada ada, ni nak!” Aku terus membaling pasir ke mukanya. Geram!
“Aduh!
ganasnya tunang abang ni. Pedih mata ni.” Abang Hafizul mengosok matanya.
terpejam celik dia. Teraba-raba
tangannya.
Aku
terkejut lantas menarik tangan dia dan melihat ke dalam anak matanya. Uisyk…naya
kau Tizz buta laki kau karang!
“Bukak
mata tu biar Tizz tiup.” Aku meniup mata Abang Hafizul perlahan-lahan.
“Okey
tak.” soalku risau.
“Ada
lagilah. Mata ni pun sama.” Abang Hafizul menunjuk matanya yang satu lagi. Aku
segera menghembus mata yang satu lagi.
“Dah
okey?” tanyaku sekali lagi. Risau kalau
jadi apa-apa, macam mana aku nak jawab dekat Mak Lang. Mesti kena marah nanti dengan mak. Abang Hafizul ni kan menantu kesayangan mak.
Bibirku
terus menghembus matanya. Aku
mengosok-gosok perlahan matanya. Aku perasan seperti ada riak nakal di situ.
“Okey
tak mata ni?”soalku sengaja. Aku yakin
mesti dia sengaja nak main-mainkan aku.
“Entahlah.
macam tak nampak je dah ni.” Abang Hafizul teraba-teraba tangannya seperti
orang buta.
Geramnya aku tengok wajah tak bersalah dia
tu. Takkanlah masuk pasir sikit dah
buta terus. Melampau punya statement!
Aku
tersenyum sinis. Idea sudah datang dekat kepala. Siaplah kau
bakal suamiku!
“Aduh!
Abang, jari Tizz ni lukalah tercucuk
kaca kat pasir tadi agaknya.” Aku berpura-pura menjerit kesakitan.
Abang
Hafizul terus membuka matanya. “Mana yang luka?” Abang Hafizul menilik kesemua
jariku. Cemas!
Aku tersengih dapat mengenakan dia. Abang Hafizul seperti tersedar.
“Tak
baik tipu suami. Berdosa!” dia tolak tanganku ketepi. Muncung bibirnya.
“Eleh..
dia tipu kita dulu kita tipulah dia balik.” Aku membantah tidak puas hati.
“Mana
ada tipu, betul lah mata ni masuk pasir. Bini abang ni lah ganas sangat. Macam manalah kahwin nanti mahu abang tak
tidur malam dibuatnya ha ha ha.” mencerlung mataku memandangnya. Bab 18sx! Mesti belajar dari Along ni!
“Eiiii!!!
gatal!!.” terus aku mencubit lengannya. Biar sakit!
“Sakitlah
sayang…” Abang Hafizul mengosok lengannya yang terkena cubitan tadi.
“Padan
muka abang suka sangat sakat kita.”jelingku.
Abang
Hafizul bangun dan duduk dekat sedikit dengan aku. Kami sama-sama duduk menghadap kearah
laut. Masing-masing diam tanpa sepatah
kata. Hanya pandangan dan senyuman
bahagia menghiasi bibir kami berdua.
Suasana di pantai betul-betul mendamaikan.
“Sayang
boleh tak cuba biasakan diri dengan panggilan sayang tu. Abang tak mahu sayang sebut nama lagi. Boleh
kan?” Pintanya tiba-tiba.
Aku
diam. Macam mana ni?kelu lidah aku nak
sebut sayang-sayang tu. Rasa semacam
pulak. Adoi!!
“Sayang?”tegur
Abang Hafizul bila melihat aku diam.
“Insyallah….Tizz
errrr….sayang cuba.”angguk tergagap.
Meremang tangan bila aku sendiri yang sebut.
Abang
Hafizul tersenyum lebar mendengarnya.
Kami sama-sama terdiam dan kembali semula memandang ke arah pantai.
“Sayang..ermm
bahagia tak dating dengan Abang hari ni?”
Aku senyum mendengar soalannya. Mataku masih pandang kearah laut.
“Bahagia
sangat. Terima kasih Abang sebab sudi
buat semua ni. Macam ni barulah
dinamakan dating, kalau tak abang tu bawak kita pergi Mall je beli barang. Tengok wayang pun tak pernah.” Omelku.
Saja nak lepaskan perasaan yang terbuku di hati kononnya he he he.
“Oooo…Jadi
selama ni keluar dengan Abang tu bukan dating lah ye? Habis tu kenapa nak ikut abang kalau tak suka
pergi Mall?” sindir Abang Hafizul.
Aku
muncungkan mulut sambil pandang dia.
Idea nakal mula masuk fikiran.
“Errr….
itu bukan dating tu, sebenarnya…itu err…
itu taktik nak memunah duit abang! Ha! Ha!
Ha!.” Aku membaling pasir sekali lagi tapi kali ni tepat pada badan
dia. Aku terus bangun dan berlari jauh
ke tepi pantai.
“Sayang!!…
you are so naughty!!!” jerit Abang
Hafizul sebelum mengejarku dari belakang.
Aku pantas berlari.
Termengah-mengah nafasku.
Kami
berlari sekeliling pantai lebih kurang 10 minit. Abang Hafizul masih tetap mengejar aku dari
belakang. Dan dia semakin rapat
menghampiri aku.
“Okay,
okay Tizz mengaku kalah.”aku berhenti berlari setelah penat dikejar Abang
Hafizul. Laju betul dia kejar aku. Tak penat langsung muka dia.
“Oooo..nakal
ye suka kenakan orang. Tu lah akibatnya,
tak pasal-pasal dah semput.”gelak Abang Hafizul.
Aku
duduk diatas pasir. Penat.
“Mana
ada semput, penat je lah.”aku menarik nafas, lega dapat duduk.
“Penat
lagi?”tanya Abang Hafizul yang masih berdiri.
Aku mengelengkan kepala.
“Abang
jom kita pergi dekat gigi air tu. Rasa
nak main air lah.” Ajakku, teruja nak cecah-cecah kaki kat air laut.
“Malaslah,
nanti basah baju. Lagipun abang ajak
piknik je dekat sini bukan main air. Dah
jom balik tempat tadi. Penat abang buat
semua tu tadi tau. Cepatlah.”
“Alah
boleh lah eak? Please….”aku melekapkan
kedua-dua tapak tangan. Buat muka sedih
merayu dia.
“Yelah-yelah,
tapi jangan masuk dalam air pulak.” Aku meloncat gembira. Laju kakiku berlari ke gigi air. Yeay! Dapat main air, seronoknya….
“Abang
meh lah sini, celup kaki tu dekat air ni, marilah.”ajakku bila tengok Abang
Hafizul hanya berdiri dekat tepi memerhati aku.
“Tak
nak lah, lagipun abang allergic dengan air masin. Ruam-ruam badan nanti.”tolak Abang
Hafizul.
Aku
mengangguk, tak tahu pulak dia ni allergic air masin. Patutlah selama ni dia tak nak mandi laut
bila ajak. Tizz Alisya kau kena ingat
semua tu, senang bila kahwin nanti kan.
Setelah
puas bermain air sorang diri, aku berlari semula ke arah Abang Hafizul yang
sedang duduk di tempat perkelahan tadi.
Aku mengeluh kepenatan.
“Penat?”
Aku
mengangguk. Abang Hafizul mengeluarkan
sapu tangan biru laut dari kocek seluarnya dan memberikannya padaku. Aku pelik.
Abang Hafizul tersenyum lihat aku yang masih kaku. Dia kemudian terus mengelap peluh di dahiku
dengan tuala tadi.
Aku
tergamam. Erk!
“Terima
kasih.”aku mengelakkan muka. Segan pulak
nak dilap bagai. Macam aku ni kereta
pulak.
“Sama-sama.”
Balasnya. Kami terdiam. Masing-masing macam tak tahu nak cakap apa
lagi.
“Jom
lah kita balik. Nanti mak risau pulak .”ajakku, rasanya dah terlalu lama kami
berdua duduk dekat sini, karang lama-lama risau pulak mak kat rumah tu.
Abang
Hafizul mengangguk bersetuju. Aku membantu Abang Hafizul mengemas semua
barang-barang tadi dan bergerak menuju ke tempat parking kereta.
********************************************
“Nak
pergi makan dulu tak?”soal Abang Hafizul padaku ketika kami berdua berada didalam
kereta.
Aku
mengelengkan kepala padanya. “Kenyanglah makan sandwich tadi. Lain kalilah.”tolakku. Tak ada tempat lagi nak masuk dalam perut ni,
betul-betul kenyang aku makan tadi.
“Betul
ni dah rasa kenyang? Nanti sakit perut pulak.”
Tanyanya penuh prihatin.
Aku
pusingkan badan menghadap dia terharu tengok Abang Hafizul ambil berat pada
aku. Bertuah badan!
“Betul…En
tunang, saya dah dah kenyang sangat makan sandwich tadi.
Pandai orang yang membuatnya. Sayang suka sangat, nanti buat lagi lagi eak.
So..sekarang lebih baiklah kita balik rumah, takut mak bising pulak.”
Abang
Hafizul ketawa bila dengar jawapan yang
keluar dari mulut aku. Mungkin kerana
aku dah mula guna perkataan ‘sayang’ sebagai kata ganti diri atau aku sebut
ayat tu satu-satu.
“Okaylah
sayang…Jom kita balik.” Abang Hafizul turut mengajuk cakap aku. Kereta mula meluncur laju meneruskan
perjalanan ke destinasi yang seterusnya.