topbella

Wednesday, 27 November 2013

Cerpen: Hari- hari Cinta.....

CERPEN :  Hari-hari cinta….


Ellysa sibuk menyusun pasu-pasu bunga di depan rumahnya.  Dia sangat mengemari  semua  jenis bunga-bunga.  Jadi tak hairanlah kalau rumahnya penuh dengan pelbagai spesies bunga.   Hari-hari minggunya juga dihabiskan dengan menanam atau mengubah suai taman kecil di rumahnya.   Sedang dia sibuk mengangkat pasu bunga , bunyi ringtone telefon bimbitnya bergema kuat dari dalam.  Ellysa segera meletakkan pasu bunga dan berlari masuk ke ruang tamu rumah. 
Ellysa segera mengambil telefonnya, dia memerhatikan nombor yang keluar di skrin handsetnya.

“Uikss! Nombor sape ni? Tak pernah nampak pun.”  Tanya Ellysa.  Tanpa berlengah dia segera menekan butang hijau.

“Hello….Siapa ni?”

“Hello….Ni Ellysa Amira binti Tan Sri Shahrul ke?”
Ellysa terdiam.  Siapa ni?  Siap sebut nama penuh aku lagi.  Lain macam je suara.

“Ya.  Saya Ellysa boleh saya bantu?”  Tanya Ellysa lembut.  Mamat mana pulak call aku ni?

“Sorry menganggu.  Saya Akhmal Shahmi.”balas lelaki itu di hujung talian. 
Akhmal Shahmi mana pulak ni?  Tak pernah pulak aku ada kawan lelaki nama ni.  Pelik ni?

“Sorry.  Saya tak kenal mana-mana Akhmal Shahmi.  Kawan nama itu pun tak ada.  Boleh saya tahu encik ni siapa?”  tanya Ellysa lagi.  Boleh gila aku macam ni tak pernah-pernah aku buat sesi suai kenal dalam telefon.  First time ni!

“Saya Akhmal Shahmi bin Dato Amarruddin,  anak Datin Sofea Zaraa.” Tegas suara itu.
Ellysa mengelipkan-ngelipkan mata  memikirkan.  Ya Allah anak Datin Sofea, kawan baik mama masa sekolah dulu.  Memang minggu lepas Datin Sofea dan suaminya ada bertandang ke rumahnya untuk makan-makan sekeluarga.  Eh tapi? Kenapa pulak anak dia telefon aku? Ada hal penting ke?

“Oh…ada apa ye awak call saya?”

“Sebenarnya saya nak bagitahu awak yang saya tak berminat nak kenal dengan awak.  Jadi tolong jangan cuba rapat dengan saya.  Saya tak suka.  Lagi satu tak payah buat baik dengan mama saya semata-mata  nak kenal rapat dengan saya.  Dan jangan mimpi nak jadi menantu dia.  Tolong lupakan niat baik awak tu.  Saya tak berminat atau menaruh hati dengan awak.  Dan awak tak mungkin akan jadi isteri saya.

Ellysa terlopong.  Rasa tak terkeluar suaranya untuk membalas kata-kata lelaki ini.  Ya Allah kenapa dengan lelaki ni.  Bila masa aku nak kenal rapat dengan dia.  Kenal nama pun tidak, apalagi orangnya lagilah tak pernah jumpa.   Kenapa perasan sangat lelaki ni?

Ellysa bermonolong sendiri.  Selama ni tak pernah dibuat dek dia untuk mengejar lelaki.  Selalunya lelaki yang selalu mengejar dia. Ni terbalik pulak!   Kelakar pulak mamat ni, kenapa perasan sungguh.  Hai ni tak lain tak bukan mesti kerja mummy aku dengan mama dia ni nak kenalkan kitaorang.  Macam-macam lah.  Tak pasal-pasal aku kena sound dengan mamat perasan bajet ni. Huh!

“Excuse me Encik Akhmal Shahmi, saya rasa mama awak…”

“Stop.  Jangan nak gunakan nama mama saya untuk pikat saya.  Saya tetap tak suka dan tak sudi untuk terima awak.  Please…lah jauhi diri awak dari mama saya.  Dan jangan cuba dekati saya. Faham.”  Potong Akhmal.

Ellysa terdiam.  Hai..lah hati sabar je lah.  Nasiblah aku tak kenal kau kalau tak dah lama aku karate muka kau.  Cakap tak berpada-pada.  Apa dia fikir dia handsome sangat ke.  Macamlah aku berminat nak kenal dia.  Sombong!  Huh macam manalah dia ni boleh jadi anak Datin Sofea dengan Dato Ammarudin.

Ellysa membayangkan wajah Datin sofea yang peramah dan nampak penyayang.  Dato Ammaruddin pun lembut saja bila bercakap.  Anak dia ni lahir dekat Negara mana garang semacam je.  Musykil!

“Enough…Encik Akhmal,  saya rasa dah terlalu banyak encik cakap.  Saya faham apa yang awak nak bagitahu.   Dan untuk pengetahuan awak, saya pun tak berminat nak kenal awak.  Lagipun saya tak kenal awak, nama awak pun saya tak tahu.  Macam manalah awak boleh terfikir yang saya ni cuba nak mendekati awak.  Nonsense !

Ambil kau ayat sepuluh maksud aku bagi.  Tak cukup lagi bagitahu.  Biar aku sekolahkan kau balik.  Ellysa menunggu balasan dari Akhmal yang senyap dari tadi.

“Cik Ellysa…saya Cuma nak.”

“Dahlah…cukup ye.  Awak janganlah risau sangat.  Tak mungkin saya akan meminati awak.  Cuma  satu je saya nak nasihat kan awak.   Lain kali kalau buat sesuatu, cuba fikir  dulu sebelum  membuat kesimpulan jangan nak main terjah je.  Awak ni tak reti nak hormat orang ke?

“Maaf…saya tahu mungkin saya salah.  Saya  minta maaf kalau saya bercakap kasar tadi.”

“Tak apalah,  terlajak perahu boleh diundurkan, terlajak kata…hmmm taw-taw sendirilah.  Tapi awak ni kelakar yek.  Sanggup telefon macam ni.” Ellysa ketawa perlahan.”

“Baiklah kalau awak pun dah faham maksud saya.  Hopefully.. bila kita jumpa nanti awak tahulah mana nak letak diri awak tu.”

Amboi! Manisnya bahasa.  Sabar je lah hati aku.  Ellysa mengukir senyuman sinis. 

“Apa kata awak je yang fikir semua tu bila kita jumpa nanti.  Sebab dari pengalaman saya tak pernah ada lelaki yang menolak saya.  Jadi saya takut bila kita jumpa nanti awak pulak yang terkejar kan saya.  Tapi saya rasa tak mungkin kot.  Hmmm..who know right.    Assalamualaikum…..” Ellysa terus meletakkan telefon tanpa berlengah lagi.  Dia tersenyum sambil menggelengkan kepala.

Tak sangka ada jugak spesies macam ni kat dunia ni, ya?    Ellysa duduk disofa rumahnya.  Dia ketawa memikirkan Akhmal  tadi.  Adoi macam manalah mummy boleh terfikir nak kenalkan aku dengan mamat perasan bagus ni.  Langsung tak ada chemistry aku dengan dia.  Mummy..sabar je lah anakmu dengan kerenah mu ini.  Hai lah…


*****************************************************
“Mummy!!!!!!!!”jerit Ellysa  kuat.  Dia mencari-cari kelibat ibunya di dalam rumah.

“Apa yang kamu terjerit-jerit ni baby.  Malu kalau jiran dengar.” Tegur Puan Sri Endira dari luar.  terkejut  dia mendengar suara nyaring anak gadisnya tadi.   Ellysa menjuihkan mulut.   Konon-konon protes.

“Mummy ni lupa ke kita mana jiran.  Rumah banglo atas bukit ni jauh dari rumah oranglah.” 

“Ya Allah, boleh amnesia pulak mummy.  Baby punya pasal lah ni jerit macam tu.  Sampai terkejut mummy ingatkan singa mana masuk rumah tadi.  Nasib mummy tak terjun dalam kolam ni tadi.” Ketawa Puan Sri Endira.

“Mummy….”rengek Ellysa.  Boleh pulak mummy kata suara dia yang buluh perindu ni suara singa.  Kontras betul!

“Yelah-yelah.   Buat lawak sikit pun tak boleh.  Hah ni kenapa terjerit cari mummy.  Selalu asyik sibuk je dekat taman tanam bunga.  Sampai mummy ajak teman shopping pun tak mahu.   Hari ni tiba-tiba je.”

Ellysa segera mendekati mummy yang sedang duduk di tepi kolam renang.

“Tadi anak Datin Sofea call baby.” Ellysa memulakan bicara.  Intro je.  Biar saspen mummy.
Bulat mata Puan Endira dengar.  Teruja bila dengar anak lelaki sahabatnya menelefon.

Ellysa buat-buat tak pandang je senyuman lebar mummy tu.  Sakit hati dia dengan Akhmal tadi masih tak hilang.

“Mummy tak baik taw buat macam ni.  Malu baby taw.” Rengek Ellysa. 

“Mummy buat apa ni?  Cuba cerita? Akhmal cakap apa je dengan kamu?”tanya Puan Sri Endira.  Teruja nak tahu perkembangan berikutnya.

“Dia cakap dia tak minat nak kenal dengan baby.  Lagi satu dia suruh baby jangan perasan nak jadi isteri dia.  Dia tak sudi.”  Dia cakap macam tu ke tadi.  Ah! Sama je maksudkan malas nak cerita panjang-panjang.  Buat habis air liur aje.

Terlopong mulut Puan Sri Endira mendengarnya.  Hai memang nak kena cabai mulut anak sahabatnya tu.   Dia tak tahu ke anak gadisnya ni ‘gadis edisi terhad.’  Tapi nak ketawa pun ada bila memikirkan.  Sanggup pula budak tu telefon anaknya untuk mengatakan perkara sebegitu.  Berani sungguh. 

Hai tu tak lain tak bukan ikut perangai mama dialah tu.  Datin Sofea tu  memang berani dan lantang bersuara.  Suami dia Dato Ammarudin tu dulu dia sendiri yang lamar.  Memang berani.  Sebab itulah mulut Si Datin Sofea laju saja nak menjadikan Ellysa menantu.  Hari-hari telefon bertanyakan Ellysa.  Maklumlah menantu pilihan hati. 

Habislah Akhmal kalau mamanya tahu nanti. Mahu bernanah telinga dengar bebelan Datin Sofea.  Macam popconrn tak berhenti langsung.

“Tak baiklah mummy buat macam tu.  Malu taw.”  Ellysa merengek kecil.

Puan Endira tersenyum kecil.  Timbul rasa bersalah pula memberi nombor anaknya kepada Datin Sofea tempoh hari.  Ingatkan dapat lah berbesan.  Tapi hampeh lain pula yang jadi.  Datin Sofea pun satu, hari tu beria-ia kata anak lelakinya dah setuju nak berkenalan dengan Ellysa.  Pasal tu lah Puan Sri Endira memberi nombor anaknya.  Bukan apa mudah nak berhubung.  Tapi sekarang siapa nak pujuk anaknya ni. Dah berkedut seribu dah merajuk.

“Yelah mummy salah. Tapi mummy berniat baik je nak kenalkan baby dengan Akhmal.  Baby kan dah besar.  Kena fikir pasal kahwin.  Takkan terus nak membujang.” Jawab Puan Sri Endira lembut.  Bukan apa dia risau melihat anaknya yang jadi buruan lelaki hidup belang.  Walaupun anaknya tak melayan tapi mana tahu kalau ada yang berniat serong pada anaknya.  Hati tuanya selalu risau.

“Baik apanya. Hisyk kalau si Akhmal tu calonnya. Baby seribu kali tak hinggin.  Sombong, egois.  Menyampahlah semuanya. Akhmal tu…….”

Puan Sri Endira ketawa, tak pernah Ellysa nak bercakap mengenai seseorang.  Anaknya bijak menyimpan di dalam hati.  Hebat juga Akhmal ni sampai boleh buat mulut anaknya menyebut namanya berulang kali.

“Mummy dengar tak baby cakap ni.” Tanya Ellysa. Hai mummy boleh pulak mengelamun. Penat anakmu ni explain pasal mamat arrogant tu. 

Puan Sri Endira tersentak.  Dia tersenyum nipis. “Mummy dengar.  Semuanya pasal Akhmal kan.”

“Hah dia tu memang teruk kan mummy. Suka hati perut je nak sound orang.  Dia tak kenal baby ni siapa.  Nanti tengoklah macam mana baby balas.” Senyum Ellysa sinis. Dia pasti akan membalasnya nanti.

Puan Sri Endira menjengilkan matanya mendengar apa yang keluar dari mulut Ellysa.  Anak perempuan dia ni bukan boleh percaya ada saja rancangan dia nak mengenakan orang.  Dia dan suaminya sendiri pun pernah terkena gara-gara terlupa membelikan patung mainan Barbie permintaan Ellysa.  Akibat dari itu Si Ellysa memancitkan tayar kereta ibubapanya.  Kalau satu kereta tu tak mengapalah.  Ni tak, habis semua kereta dekat garaj dipancitnya. Sampai ke tayar basikal pun kena.  Seminggu juga si Ellysa dimarahi.  Tapi anak manja kan.   Cepat ajelah hati  ibu-bapa jadi lembut melihat wajah comelnya.


******************************************************************

“Akhmal Shahmi!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Datin Sofea kuat.  Bergema seluruh isi rumah. Siapa yang mendengar pasti akan gugur jantung dek suara nyaring itu.

“Kenapa mama jerit-jerit ni.  Terkejut Akhmal taw.” Jawab Akhmal yang baru turun dari bilik di tingkat atas.
Bulat mata Datin Sofea melihat anaknya selamba je menjawab.  Tidak rasa bersalah langsung.  Malu betul muka dia bila menerima panggilan dari Puan Sri Endira tadi.  Tak sangka si Akhmal sanggup berkata begitu kepada Ellysa.  Mana dia nak letak muka lepas ni.  Menyesal  memberi Akhmal nombor telefon Ellysa hari tu.  Geram sungguh dia!

Datin Sofea segera mendekati Akhmal, mahu saja dia piat-piat telinga anaknya.  Biar dia rasakan.  Tak pernah dia mengajar anaknya bersikap kurang sopan kepada perempuan.  Mana entah dia belajar semua ni.

“Apa yang Akh dah cakap dekat Ellysa?”  soal Datin Sofea.   Akhmal terkejut. Ah! Sudah mesti mama dah tahu cerita sebenar.  Adoi , perempuan ni mesti mengadu kat mama.  Isykk!

“Alah mama mana Akh ada cakap ape.  Biasa je.”

Segera Datin Sofea menampar bahu anaknya.  Biasa dia kata.  Kalau biasa takkan lah Puan Sri Endira call tadi marah-marah kat dia.  Sahabat dia yang satu tu kalau dah marah memang habislah segala khutbah keluar.  Selalu kena masa kat sekolah dulu.  Ni mesti luar biasa ni. Bukan dia tak kenal perangai anak lelakinya seorang  ni.  Selalu saja menolak calon menantu pilihannya.

“Akh jangan nak tipu mama.  Tadi mummy Ellysa dah call, dia dah cerita kat mama segalanya.  Teruk kan Akh ni.  Selalu je bikin mama pusing.  Agaknya sampai mati, mama tak merasa nak dapat menantu. Akh selalu je bagi alasan.” Datin Sofea bersuara sebak.  Dengan anak sorang ni kena psycho sikit.  Baru jalan!

Alah mama ni macam aku tak tahu dialog ulang-ulang dia ni.  Selalu sangat!  Hurmm tak dipujuk nanti seminggu tak bercakap pulak.  Nasib badan!

“Okeylah.  Akh minta maaf.  Akh tahu ni semua salah Akh.  Mama jangan sedih-sedih ye.” Pujuk Akhmal dipeluk mamanya erat.  Ceh pandai beli emosi betul si Akh!

“Bukan pada mama Akh patut minta maaf.  Akh harus minta maaf pada Ellysa. Mesti dia tersinggung.”

Akhmal menghela nafas panjang.  ‘Adoi takkan aku nak minta maaf kat perempuan tu.  Jatuh saham aku nanti.’

“Akhmal Shahmi, mama tak pernah ajar bersikap kurang sopan  dengan perempuan kan. Minta maaf dengan dia. Boleh kan anak mama buat?”

“Yelah-yelah Akh nanti minta maaf dengan dia.  Mama jangan marah lagi okey.”  ‘tengoklah nanti macam mana’ sambungnya dalam hati. 

Datin Sofea menarik nafas lega.  Dia terdiam kembali. “Sedih betul.  Ingatkan dapatlah mama menantukan Ellysa.  Rugi taw Akh. Orangnya dahlah putih, cantik.  Berpelajaran tinggi pulak tu.  Rugi..rugi.” Bentak Datin Sofea pada Akhmal.  Akhmal buat tak layan je. Mama ni macam budak-budak lah.


Fikiran Akhmal melayang ke dunia lain. Macam mana ni. Nak mintak maaf ke tidak.  Malas betul lah! Akhmal memandang mamanya yang masih membebel dari tadi.  Ellysa itulah, Ellysa inilah.  Pedih telinga dengar.  Cantik sangat ke Ellysa tu!  Bidadari kayangan ke! Huh!

**********************************************************


BABY ‘S HOUSE CAKE

Ellysa  sibuk menyusun roti-roti dan beberapa cup cake di rak kaca hadapan kedainya.   “Hisyk apesal telinga aku rasa panas ni?   Sapelah umat yang mengumpat aku ni…. Entah –entah si Akhmal yang senget tu kot.  Mesti mama dia dah marah dia lah tu.  Padan muka!” bebel Ellysa perlahan. 

Dia kemudian menyambung semula kerjanya  menyusun cup cake diatas rak.  Beginilah rutin kerja Ellysa sebagai Bos di BABY’S HOUSE CAKE yang sudah beroperasi selama dua tahun.  Alhamdulillah kedainya mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari pelanggan.   Walaupun tak lah sehebat manapun tapi pulangannya sangat menguntungkan. Cukuplah untuk pusingan modal.

“Oit Kak Amira, dari tadi asyik bersungut je dah kenapa? Tersampuk ke?” tegur Adli. Ellysa tersentak.  Dia memandang Adli satu-satunya pekerja lelaki dikedainya.  Dikedai ni biasanya dia dipanggil Amira berbanding Ellysa.

“Sibuk je lah kau ni Adli, hal orang apa kau nak sibuk.  Hah kerja kat belakang tu kau dah settle belum? Tadi Cik Kiah dah bising taw yang tempat nak adun kek tu penuh dengan peket-peket tepung.  Kau dah simpan belum semuanya?” soal Alisya pada Adli.  

Adli tersengih. Habislah…. aku lupa pulak nak buat. Perlahan-lahan Adli berlari ke belakang.

Ellysa mengeleng-gelengkan kepala melihat gelagat Adli.  Macam-macam perangai pekerjanya yang sorang ni.  Kalau tak ditanya memang tak jalanlah kerja jawabnya.
Bunyi getaran telefon dipoket membuatkan Ellysa terkejut.  Segera dia menyelukkan tangan ke dalam poket seluarnya.  Skrin telefon ditenungnya lama.   Terbeliak biji matanya.

Not again…..”keluh Ellysa kuat.
*******************************************************

(STARBUCKS DAMANSARA)

Ellysa menati debar menunggu kedatangan Akhmal.  Terkejut dia tadi menerima panggilan telefon dari Akhmal.  Hampir nak terjojol matanya melihat nombor Akhmal di skrin telefon tadi.  Teragak-agak dia hendak mengangkatnya.   Apa mahunya lagi Akhmal ni?

“Assalamualaikum…hello.” Sapa Ellysa lembut.  Maklumlah dah terbiasa melayan pelanggan dengan lemah lembut. 

“Waalaikumsalam….Hah! kau aku ada hal nak cakap dengan kau ni.  Kejap lagi kau free tak.  Kita jumpa kat Starbucks Cafe Damansara boleh?” tegas suara di hujung talian.

Amboi bahasa…macam ni ke cara mengajak anak orang.  Tak reti sopan sikit.  Kasar je.  Ada link dengan singa ke dia ni.  Suara asyik mengaum je.

Sorry tak ada masa….kau nak ape?” soal Ellysa. Pelik mamat ni tiba-tiba je nak jumpa. Hari tu kata tak sudi!

“Aku ada hal nak cakap ni. Urgent!  Dah jumpa pukul 1 nanti. Bye.” Click! Talian dimatikan.

“Wei! Wei!!!...aku.” Jerit Ellysa.  Hampa.  Ellysa perlahan-lahan meletakkan handsetnya diatas meja.
Dia mendengus geram.

“ Hisyk mamat ni matikan talian pulak. Eiii! Benci.  Adoi nak pergi ke tak ni? Tak payahlah pergi buat bodoh je.  Biar mamat tu rasa.” Fikir Ellysa. Dia tersenyum riang.

“Tapi kan nanti kalau dia buat kecoh macam mana.  Kot-kot dia bagi tahu kat mama ke? Isykk  dahlah mamat tu macam tak betul.  Alah kena pergi ke?” Ellysa menjeling jam di dinding kedai, lagi 30 minit sebelum pukul  1.  Ellysa mencapai beg di atas meja. Malas!  Dia memandang kiri dan kanan mencari Cik Kiah.

 “Cik Kiah Amira nak keluar kejap, ada hal.  Tolong jaga kedai taw. Nanti apa-apa hal call Amira.” Pesan Ellysa pada Cik Kiah pembantu kedainya. Dia kemudian bergegas keluar.

Akhirnya dah hampir satu jam Ellysa duduk di Starbucks.  Batang hidung si mamat senget ni masih tak nampak jugak.  Eiii!!! Mamat ni memang teruk.  Dah last-last minit mesej cakap lewat sejam.  Mana tak angin hati ni.  Tak ape kejap lagi kau datang tahulah aku ajar kau!

Ellysa menarik muka masam. Marah betul dipermainkan begini.  Belum pernah ada lelaki yang membuat dia tertunggu-tunggu.  Biasanya lelaki yang selalu menunggu dia bila keluar.  Ellysa tak perlu tergesa-gesa kalau hendak berjumpa mana-mana lelaki.  Baginya lelaki semua mata keranjang. Tak boleh lekat dengan seorang perempuan.  Sebab tu dia tidak suka memberi komitmen kepada mana-mana lelaki.  Dia lebih suka berkawan sahaja.  Tapi hari ni Si Akhmal ni betul-betul mencari pasal! Disebabkan oleh dia, Ellysa menerima surat saman dari Encik Polis tadi.  Itulah padahnya bila memandu melebihi had laju.

Gara-gara nak cepat berjumpa Akhmal, boleh pulak Ellysa memecut tak ingat dunia. Hisykk tak pernah dia berbuat begitu sebelum ni.  Disebabkan oleh Akhmal otaknya jadi kacau hari.  Arghhh!! Akhmal Shahmi siap kau nanti!

Deringan telefon bimbit berbunyi kuat.  Ellysa mencapai telefonnya diatas meja.

“Hello....Ape!!!!!!!!!”Jerit Ellysa cemas. Dia berdiri. Segera mengambil handbeg dan bergegas ke pintu keluar.

“Adoi!!!!!” jerit seorang lelaki.  Alamak  Ellysa tertolak pintu pada seorang lelaki. Ellysa cemas. Masalah lagi!

“Encik..encik tak apa-apa.  Maaf tak sengaja.” Lembut suara Ellysa meminta maaf.  Harap-harap lelaki ini tidak menengkingnya. Itulah kau Ellysa clumsy sangat.

“Aduh!!!!” Akhmal menundukkan muka. Dia menggosok dahinya yang terkena pintu. Tadi semasa dia hendak melangkah masuk kedalam kafe, entah  macam mana tiba-tiba saja pintu kafe terbuka terus tepat mengenai dahinya.  Sakit bukan kepalang lagi dia rasa.  Siapalah yang bodoh sangat ni! Buta ke tak nampak orang dekat depan.

“Wei! Kau ni buta…..”Terus terhenti kata-kata Akhmal. Dia mengelip-ngelipkan mata berulang kali.  Ya Allah makhluk paling seksi mana yang kau hantar depan aku ni.  Cantiknya… Akhmal tidak berkelip memandang gadis berambut panjang yang bergaun pink paras lutut dihadapannya Comel dan cantik.

Ellysa terkulat-kulat melihat lelaki dihadapannya ini. Dia serba salah. “Maaf encik saya betul-betul tak sengaja. Encik tak apa-apa kan?” tanya Ellysa, risau melihat lelaki itu yang diam memandangnya.

Mata Akhmal terus tajam memandang gadis dihadapannya.  Entah kenapa hatinya berdebar-debar.  Gadis dihadapannya seperti seorang bidadari.  Dia terpana melihat gadis ini.

“Err….saya okay. Tak apa-apa.” Jawab Akhmal.  Matanya tidak mahu lepas memandang gadis ini.

“Alhamdulillah…maaf encik saya betul-betul tak sengaja tadi.”

“Eh tak ape.  Buat banyak kali pun tak ape.  Saya suka.”

“Hah?”

“Eh tak maksud saya.  Hati-hati buka pintu lain kali.” Akhmal menarik nafas. Boleh pulak salah cakap.

“Kalau encik tak apa-apa ,saya pergi dulu lah ye.”pamit Ellysa memohon diri. Dia kena cepat ada hal yang perlu diuruskan.

“Eh nanti! Takkan nak pergi macam tu saja.  Dahlah sakit kena pintu ni.  At least awak belanjalah saya minum atau makan ke.” senyum Akhmal lebar.  Mana mungkin dia akan lepaskan perempuan ni.  Hatinya dah terpaut ni.

Ellysa serba salah mendengarnya. Adoi nak belanja pulak . Demand! Hisyk ada saja halangan time nak cepat ni.

“Macam  ni lah Encik…saya rasa… Sekejap encik.” bunyi telefon bimbit Ellysa berdering kuat. Ellysa segera menjawabnya.

“Hello mummy.  Ye mummy malam ni baby balik awal.  Mummy janganlah risau nanti baby makan semua lauk mummy tu.  Mummy nanti baby telefon balik ye.  Ada kerja kejap.  Bye mummy sayang.” Ellysa mematikan telefon bimbitnya.  Dia memandang kembali wajah lelaki dihadapannya.

“Macam ni lah Encik,  sebenarnya saya ada hal mustahak sekarang ni. Boleh tak kita tangguh dulu.   Nanti kalau encik ada masa datanglah dekat Baby’s House Cake dekat area bangi. Kat situ kedai saya. Encik datanglah, nanti saya belanja. ” Jawab Ellysa ramah. 

Akhmal tersenyum. Yes! Ada harapan ni. “Baiklah. Insyallah saya pasti datang. Orang nak belanja kan. Nanti kita jumpa lagi.”

“Okey..saya pergi dulu . Assalamualaikum.” Ellysa terus melangkah pergi meninggalkan Akhmal.

“Waalaikumsalam…” Ya Allah lembutnya suara dia. Sesuai dengan personalitinya yang menarik tu.   Adoi lupa tanya nama pulak. Akhmal mendengus geram.

Wait! Tadi masa telefon, dia bahasakan diri dia baby.  Nama kedai dia pun Baby’s House Cake. Hmmm…my baby.... “ fikir Akhmal. Dia mengurut-ngurut dagunya sambil tersenyum.  Kemudian dia terfikirkan sesuatu.

“Ellysa!!” jerit Akhmal. Dia segera melangkah masuk ke dalam Kafe.


**********************************************************

Ellysa mundar mandir dihadapan katilnya.  Dia berulang kali melihat skrin telefon. Dari tadi hampir 15 miss call yang masuk.  Semuanya dari Akhmal.  Ellysa risau.  Tadi dia betul-betul terlupa tentang temu janjinya dengan Akhmal.  Semasa di kafe tadi dia menerima panggilan dari Adli yang mengatakan suis utama kedai meletup. Ellysa panik, sebab tu dia bergegas untuk pulang.  Alhamdulillah…. tak ada apa yang berlaku Cuma sedikit kerosakan saja.  Semuanya masih terkawal.

Tapi sekarang ni macam mana dia nak jelaskan pada Si mamat senget ni.  Takut kalau-kalau si Akhmal ni mengamuk pulak nanti.  Mesti mamat senget tu bengang.  Kalau tak mengapa dia telefon sebanyak 15 kali! Ellysa binggung.

“Arghhh!! Lantaklah.  Dia nak marah ke ape ke. Yang penting aku kena jujur dengan dia.” Ellysa segera mendail nombor telefon Akhmal. Ellysa menanti dengan sabar.

“Hah kau! Reti jugak kau telefon aku balik ye.  Ingatkan dah tak tahu adab.  Tadi mana kau pergi? Kau tak tahu berapa lama aku tunggu kau.  Kau tak reti nak call aku ke?...” jerit Akhmal.  Ellysa menjauhkan telefonnya dari telinga.  Huh! boleh pekak telinga dengar Akhmal ni menjerit.

Setelah beberapa ketika, Ellysa kembali mendekatkan telefonnya di telinga. “Maaf..tadi aku ada hal.  Urgent sangat.  Terlupa nak cakap kat kau.” Jawab Ellysa. Dia berharap Akhmal akan faham.

“Huh! Talk to my hand! Click.” Telefon terus dimatikan. Ellysa terkedu.


********************************************************
Pagi-pagi lagi Akhmal sudah terpacak di hadapan bangunan Baby’s House Cake.  Setelah dua minggu outstation baru hari ini dia berpeluang untuk datang ke sini.  Sungguh dia resah sepanjang  penungguannya.  Boleh dikatakan setiap hari dia teringatkan gadis ini.  Hari-hari, tidurnya termimpi-mimpi.  Hidupnya jadi tak keruan selama dua minggu ini.  Segalanya serba tak kena.  Hatinya mula dipenuhi dengan bunga-bunga cinta.

Melebar senyuman Akhmal sebaik melihat gadis pujaannya yang dari jauh, sedang sibuk mengelap cermin di depan kedai.  Akhmal bergegas masuk ke dalam kedai.  Dia tidak sabar mahu menemui si pemilik hati.

Kring! kring! kring!

Mendengarkan bunyi loceng pintu kedai  yang tergantung berbunyi, Ellysa segera berpaling. Dia berkira-kira mungkin sudah ada pelanggan yang masuk.    Ellysa terkejut.   Dia menelan air liur. Lelaki ini!  Bibirnya mula mengukirkan senyuman.

“Assalamualaikum Baby…ingat Abang lagi.” Tegur Akhmal melihatkan Ellysa yang masih diam.
Ellysa tersentak.  Mana lelaki ni tahu nama dia?  Pelik! Dia malu-malu.“Waalaikumsalam…tentulah ingat.  
Ermm…ingatkan awak tak sudi datang.  Dah dua minggu rasanya kan.”

“Owh! Maaflah, Abang dua minggu lepas outstation dekat Pahang. Tak sempat nak datang sini.  Lagipun nombor Baby tak ada pulak.  Baby tunggu Abang ke?” Soal Akhmal. Dia mengharapkan yang gadis ini menanti kedatangannya.

Abang? Ellysa menelan air liur.

Ellysa gugup. “Eh tak adalah. Oh ye…jom keluar, saya belanja awak breakfast.” Potong Ellysa.  Dia tidak mahu tersalah cakap pulak.


“Alah….kita makan kat kedai ni je lah.  Abang tengok kek-kek ni semua nampak sedap pulak.  Baby buat kan? Tak  kan tak sudi ajak Abang rasa kek-kek Baby semua ni?” Akhmal tidak mahu membuang masa di luar.  Dia ingin mengenali gadis ini lebih rapat lagi.

Ellysa mengaru-garukan kepala.  Kenapa lelaki ni terlebih mesra pulak.

“Kalau macam tu…jom duduk dekat sana.”tunjuk Ellysa.  Dia resah duduk berhadapan lelaki ini.
Akhmal memandang Ellysa tajam.  Entah mengapa pandangannya tak dapat dilarikan. Melekat terus pada wajah si gadis. 

Ellysa serba-salah melihat pandangan Akhmal kepadanya.  Dia rasa serba tak kena. Jantungnya seakan-akan ingin berhenti memandang Akhmal.  Ellysa mula gelisah memikirkan tentang dirinya.

“Awak tunggu sini kejap.  Saya ambilkan makanan untuk awak.” Ellysa bergegas bangun. Dia ke segera ke belakang.

Sementara menunggu Ellysa, Akhmal memandang kiri dan kanan melihat susun atur kedai Ellysa yang comel.  Dia tersenyum.  Ellysa bersikap kebudak-budakkan.  Kertas dinding kedainya bercorak kartun dan strawberi.  Warna kedainya pink.  Memang comel dan manis sama seperti tuannya.

“Awak pandang apa tu?” tegur Ellysa.  Dia meletakkan dulang yang berisi beberapa biji  cup cake dan secawan kopi diatas meja.

“Owh tak ada.  Cantik kedai Baby .  Baby design sendiri ke?”

“Aaah…Comel kan? Saya suka warna-warna macam ni. Nampak ceria.” Ellysa ketawa perlahan.
Akhmal terpegun melihat senyuman dan ketawa Ellysa.  Dia bagaikan terpukau dengan pemandangan ini.

“Awak….okey tak ni?” tegur Ellysa. 
Akhmal tersentak. “Okey…Minum…” Akhmal mengambil kopi dan terus meminumnya.

“Ouch!” Jerit Akhmal. Dia menjelirkan lidah kepanasan.  Ellysa terkejut melihat Akhmal. Tadi terlupa pula dia nak cakap kopi ni panas.  Tak pasal-pasal mamat ni dah melecur pulak. Nasib!

“Maaf…lupa nak cakap kopi ni panas.  Awak tak apa-apa.”

Mendengarkan suara Ellysa yang lembut membuatkan Akhmal terpukau. “Tak…Abang okey.”

“Betul?” soal Ellysa. Risau dia melihatnya.

Akhmal mengangguk.  Dia kemudian mengambil cup cake dan memakannya. “Ermmm..sedapnya.  Baby buat ke ni?”

Ellysa ketawa melihat wajah Akhmal yang lebih comel dari budak-budak.  “Aahh…kat sini kek-kek semua saya buat. Cuma roti dan pastry saja pembantu yang buat.”

“Patutlah sedap.  Macam tuannya, manis.  Abang ambil lagi ye.” Akhmal mengambil sebiji lagi cup cake dan memakannya.

Ellysa tersenyum senang melihatnya.  Lelaki ini pandai mengambil hatinya.

Akhmal mencuri-curi pandang ke arah Ellysa.   Bibirnya seperti murah memberikan senyuman tatkala melihat gadis ini. “By the way nama penuh Baby ape?” tanya Akhmal tak sabar. Mulutnya masih penuh dengan kek.

“Ellysa Amira binti Tan Sri Shahrul.” Jawab Ellysa lancar.

Berubah wajah Akhmal.  Tertelan kek yang dimakannya.  Akhmal betul-betul terkedu.

***************************************************************

Akhmal mundar-mandir di dalam pejabatnya.  Dia buntu.   Akalnya tidak dapat memproses apa-apa buat masa ini.  Ingatannya masih pada Ellysa.  Sungguh dia terkejut bila mengetahui nama sebenar gadis itu tadi.

Ellysa Amira binti Tan Sri Shahrul, gadis pilihan mama yang pernah ditolaknya dahulu.  Sungguh Dia menyesal dengan kelakuannya terhadap Ellysa selama ini.  Sekarang ini apa yang pernah dicakapnya dahulu telah memakan dirinya balik.

“Arghhhh!!!!!!!!!! Apa yang harus aku buat ni.?” Jerit Akhmal.  Dia buntu.  Akmal takut kehilangan Ellysa jika Ellysa tahu siapa dirinya yang sebenar. Tadi dia bergegas keluar dari kedai Ellysa tanpa memberitahu nama sebenarnnya. 

Akhmal takut kalau Ellysa membencinya.  Ellysa juga pernah cakap dulu yang Akhmal  pasti akan terkejar-kejarkan dirinya satu hari nanti.  Tepat sangkaan Ellysa.  Tak dapat dinafikan.  Hanya sekali pandang 
Akhmal telah jatuh hati dengan Ellysa.  Dia sudah jatuh cinta pandang pertama. 

Tapi adakah Ellysa jatuh cinta padanya juga.  Kalau betul bermakna dirinya bertuah.  Tapi macam mana kalau Ellysa tahu yang dialah Akhmal Shahmi lelaki yang pernah menolak Ellysa tempoh hari. Apa reaksi Ellysa? Marah atau sebaliknya.  Akhmal buntu.

Bunyi deringan telefon mematikan ingatan Akhmal. Dia segera menjawab telefon.

“Hello……Mummy!!!!!!!” jerit Akhmal.  Dia mendapat satu idea sebaik saja mendengar suara si pemanggil.

*********************************************************

Ellysa segera mendail nombor telefon Akhmal.  Dia geram!  Petang tadi dia mendapat tahu bahawa keluarga Akhmal telah menghantar rombongan meminangnya. Dan kedua-dua ibubapanya pula telah bersetuju. Lebih parah lagi hanya dua minggu dari sekarang tarikh pernikahan mereka. 

Ellysa betul-betul terkejut bila mummy memberitahu bahawa Akhmal telah menyediakan segala-galanya untuk majlis perkahwinan nanti.  Ellysa tak perlu berbuat apa-apa.  Hampir menitis air mata Ellysa mendengar mulut ibunya yang sakan gembira bercerita.

Ellysa betul-betul pelik dengan mamat senget tu.  Permainan apa yang dia nak main ni.

Ellysa mendengus geram, menanti panggilannya berjawab.

“Hello…Baby ke ni?” tegur suara dari sana. Manja!  Hampir nak tercabut rahang Ellysa mendengar suara Akhmal yang lemah lembut.  Selalu suaranya mengalahkan Singa mengaum.  Sejak bila mamat ni pandai memanggilnya dengan panggilan Baby?

“Tak payah nak panggil manja-manja dengan aku.  Apa maksud kau buat semua ni.  Kau gila ke nak kahwin dengan aku.  Hari tu beria-ia kau kata tak sudi.  Ape cerita ni!!” Jerit Ellysa. Terus saja mulutnya menembak.

Akhmal menelan air liur mendengar kegarangan Ellysa bercakap.  Rasakan Akhmal! idea bernas buatan kau kan.

Akhmal berdehem. “ Well..memang aku gila pun!  Hari-hari aku gilakan kau!  Lagipun mama kata family kau dah setuju. So tak jadi masalah pun.  Kau single aku pun single.  Jadi tak ada hal lah kan kita kahwin.” Selamba Akhmal.

Ternganga mulut Ellysa. Dia menarik nafas. “Kau gila lah! Baik kau hentikan semua ni. Aku tak nak kahwin dengan kau!”

“Kenapa? Ada orang lain yang kau suka ke?” Tanya Akhmal risau kalau Ellysa sudah punya pilihan hati.

Ellysa teragak-agak. Dia memikirkan seseorang. “Ada…Nama dia Abang! Dia lagi handsome dan baik dari kau.”

Akhmal terkejut. Dia memikirkan nama yang disebut Ellysa.  Dia kemudian ketawa kuat.  Ellysa suka dekat 
Abang? Abang tu dialah. Comel jugak Ellysa ni.  Rupa-rupanya Ellysa juga menaruh hati padanya.  Dia tidak bertepuk sebelah tanganlah selama ni.

Akhmal berhenti ketawa. “Siapa abang tu? Dia kerja dekat mana? Nama dia memang abang ke?” soal Akhmal bertalu-talu. Nadanya serius.  Sengaja menguji gadis ini.

“Err…..” Ellysa teragak-agak.  Alamak! Aku tak tahu semua tu.  Eiiii Geram!  Patut aku fikir nama orang lain tadi.

“Kenapa tak tahu.  Well kalau macam tu lagi dua minggu kita kahwin.  Bye.. my bride to be.” Gelak Akhmal. Talian terus dimatikan.

“Akhmal Shahmi!!!!!!!!!!!!!!!” Bergema seluruh rumah dengan jeritan Ellysa. 

**********************************************************
Dari tadi air mata Ellysa tidak henti-henti menangis.  Puas di lap nya dengan tisu.  Air matanya menitis aje dari tadi.  Ellysa duduk di atas pelamin kecil yang disediakan khas untuk upacara akad nikah.  Sebentar lagi Ellysa akan dinikahkah dengan Akhmal.  Sayu hati Ellysa.  Dia tidak tahu kenapa hatinya tidak dapat menolak semua ini. Walaupun berat hatinya namun dia ikhlas untuk menerima Akhmal.  Dia menganggap mungkin ini adalah jodoh dari Allah buatnya.  Ellysa mengelap air matanya lagi.

Ellysa memandang jauh ke hadapan.  Matanya tertacap pada seorang lelaki muda berpakaian baju melayu putih yang duduk membelakanginya.   Lelaki itu duduk berhadapan dengan Tuan kadi.   Ellysa yakin itulah Akhmal.  Ellysa Cuma menjeling sekilas sebelum menundukkan pandangannya ke bawah.

“Aku nikahkan dikau Akhmal Shahmi bin Dato Amarruddin dengan Ellysa Amira binti Tan Sri Shahrul dengan mas kahwinnya  sebuah Al-Quran dan terjemahannya.”

“Aku terima nikahnya Ellysa Amira binti Tan Sri Shahrul dengan mas kahwinnya  sebuah Al-Quran dan terjemahannya.”

“Sah?”

“Sah!!!”

Alhamdulillah. Ellysa menundukkan muka. Dia menahan rasa. Ellysa berasa bahagia Akhmal memberikan mas kahwin seperti yang dia mahu.  Bagi Ellysa dia mahu Akhmal  sama-sama membimbingnya kelak menjadi seorang isteri yang solehah dan taat kepada perintah Allah S.W.T

Akhmal menarik nafas lega. Setelah habis bacaan doa Akhmal segera membuat sujud syukur dan membuat solat sunat.  Inilah saat bermakna dalam hidupnya bergelar seorang suami.  Dia berdoa supaya rumah tangganya akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Setelah selesai solat, Akhmal segera menuju ke arah Ellysa. Akhmal terpegun melihat Ellysa yang cantik berkebaya putih labuh.  Rambut Ellysa disanggul dan dipakaikan selendang.  Akhmal tersenyum bila melihat Ellysa masih tunduk dan tidak memandangnya sedikit pun.

Akhmal tunduk dan duduk.  Dia menyentuh tangan Ellysa.  Sejuk!

 Berderau darah Ellysa bila disentuh suaminya. Dia gugup dan mengigil.
Akhmal tersenyum nipis melihat isterinya begitu gementar.  Dia mengambil cincin dan segera menyarungnya di jari manis Ellysa.

Ellysa tunduk dan menyalami suaminya.  Ellysa mula mengangkat mukanya sedikit. Dia terkejut.

Akhmal tersenyum sambil mengenyitkan mata melihat isterinya yang berubah wajah melihatnya ketika ini.

“Awak……Errr Akhmal….” Tunjuk Ellysa. Dia tergagap-gagap mengeluarkan kata.  Ellysa merasakan  kepalanya seakan berputar ketika itu.  Semuanya kabur dan hilang.

*********************************************************

Tok! Tok! Tok!

Akhmal mengetuk pintu biliknya buat kali yang ke 15.  Sudah hampir dua jam Akhmal duduk dihadapan pintu biliknya sendiri.  Dari tadi dia sedang cuba memujuk Ellysa yang mengurungkan diri dari dalam.

“Baby….bukalah pintu ni.  Please..bagi abang masuk sayang.” Pujuk Akhmal.
Ellysa mencebik. Jangan mimpi nak buka ye.  Geram dia dengan Akhmal. Sanggup permainkan dia macam tu sekali.  Nasib tadi dia Cuma pengsan ala-ala terkejut je.  Buatnya dia ada heart attack tadi, mahunya si 
Akhmal tu jadi duda berhias. Huh! Ada ke duda berhias. Arghh! Lantak boleh je guna ayat ni!

Ellysa berbaring di katil.  Sengaja dia mahu mendera Akhmal.  Biar lelaki itu memujuk rayunya dulu.  Baru dia tahu siapa Ellysa!

“Baby!!! Please sayang…abang minta maaf, okay.” Akhmal memujuk rayu isterinya.

“Tak mahu!!!!” jerit Ellysa.

Akhmal perlahan-lahan duduk di depan pintu.  Keras kepala jugak isterinya.   Dipujuk itu ini langsung tak jalan.  Hmmm…kena gilap skill memujuk lagi ni.  Akhmal mula berfikir-fikir, kemudian dia tersenyum. Idea sudah mari!

“Fuyooo…cantiknya sepupu-sepupu baby kan.  Tinggi lampai macam model pun ada.” Jerit Akhmal kuat. Akhmal menahan ketawa sengaja dia berkata begitu.  Dia mahu lihat Ellysa ni cemburu atau tidak.

Ellysa diam.  Panas telinganya mendengar.   Dia segera berlari ke muka pintu. Amboi laki yang satu ni, baru je berbini dah ada hati nak cuci mata dengan perempuan lain.  Gatal!

Akhmal tersenyum lebar bila melihat pintu bilik akhirnya terbuka.  Wajah Ellysa yang masam direnungnya.  
Ellysa…Ellysa, cemburu juga orangnya.

“Masuklah…. Gatal!” Jeling Ellysa.   Akhmal segera masuk ke dalam bilik.  Dia mengekori Ellysa sehingga duduk di katil.

“Mana ada abang gatal.  Abang gurau je.  Hati abang ni Cuma buat Baby je.  Tak ada orang lain pun. Betul...” Jujur Akhmal.  Tangan Ellysa ditarik dan dikucupnya .

Ellysa menahan senyum.  Terharu dihargai begitu. Of course lah cair hati ni kalau ayatnya power macam ni.

“Kalau sayang kat kita. Kena tipu kita?  Alah dulu beria-ia kata tak sudi. Hah mana pergi mamat senget yang berlagak  dulu tu?” sindir Ellysa.

Akhmal terdiam. Dia dah bersedia dengan segala ayat pedas yang keluar dari mulut isterinya. Dia tahu mesti Ellysa akan mengungkit segala-galanya.

“Abang minta maaf.  Abang tahu dulu tu abang terlalu mengikutkan perasaan.  Kerana tak nak terima calon mama, abang sanggup telefon marah-marah dekat Baby . Padahal abang tahu Baby tak salah. Abang minta maaf sangat.  Abang faham kalau Baby tak boleh maafkan abang.” Sayu suara Akhmal.

Ellysa terdiam.  Bukan niat dia nak mengungkit Cuma dia mahu suaminya mengakui kesilapannya.  Ellysa mahu suaminya sedar dan jangan terlalu cepat menghakimi orang yang belum dikenali.  Sebaliknya cubalah bercakap baik dan menghormati perasaanya secara lembut dan toleransi.

Ellysa memandang wajah suaminya yang sayu. Ellysa tersenyum nipis. “ Siapa kata Baby tak maafkan 
abang.  Kita kan dah kahwin….” Jawab Ellysa malu-malu..

Akhmal tersenyum lega melihat senyuman di wajah isterinya. “Maksudnya Baby dah tak marah abang?”
Ellysa menggelengkan kepala. “Baby dah tak merajuk lagi?”

“Tak…”jawab Ellysa.  Akhmal menarik nafas lega.  Dia mencium tangan isterinya berulang kali.

Ellysa tergelak melihat kelakuan suaminya.  Ellysa merebahkan kepalanya di bahu Akhmal. “Abang..macam mana abang boleh suka Baby. Kita Cuma pernah jumpa dua kali je.  Kalau bertelefon saje banyak kali, itupun bergaduh.” Soal Ellysa. Sempat dia menyindir suaminya lagi.

Akhmal tersenyum  mendengar sindiran isterinya.  Dia mengelus-elus rambut isterinya.  “Hmm….  Dari pertama kali kita jumpa, abang dah terpana melihat Baby.  Abang tertanya-tanya makhluk seksi mana yang muncul di depan abang ni.  Wajahnya cukup membuatkan abang rasa damai. Dan yang penting jantung abang ni rasa nak terlompat keluar je masa tu.”

Akhmal terdiam dia menarik nafas perlahan. “ Lepas  aje peristiwa tu. Boleh dikatakan hari-hari abang jatuh cinta.  Hari-hari cinta abang semakin bercambah.  Lebih dasyat lagi sampai nak tidur pun abang mimpi kan Baby. Aura Baby ni kuat betul ya? sampai tak tenteram diri abang taw.  Patutlah dulu baby kata yang satu saat bila kita berdua berjumpa mesti abang akan terkejar-kejarkan baby.  Tepat betul ramalan isteri abang ni.” Ellysa tertawa. Dia memang pernah cakap dahulu. Tapi masa itu dia Cuma geram saja. Tak maksud apa-apa pun.

“Dan Abang jatuh cinta lagi bila Baby bagi tahu nama penuh dekat Abang. Masa tu abang betul-betul terkejut.  Tapi abang tak boleh menidakkan perasaan abang.   Memang Abang menyesal dengan segala yang abang pernah cakap.    Abang tak ada pilihan selain suruh mama pinang Baby cepat-cepat.   Abang takut kalau baby tahu siapa diri abang sebenarnya mesti isteri abang ni akan menjauhkan diri dari abang.   Abang tak nak kehilangan baby. Abang tak nak ambil risiko tu.” Luah Akhmal.

Ellysa betul-betul terharu. Dia juga tidak menyangka takdir menjodohkan dia dengan Akhmal.  Lelaki ini pernah menolak dia suatu ketika dahulu tanpa mengetahui apa-apa mengenai dirinya. Tapi sekarang lelaki ini sangat mencintainya dan tulus dengan setiap butir kata-katanya.

“Abang nak tahu satu perkara tak?” tanya Ellysa.

Akhmal memandang isterinya. Pelik. “Apa dia…?”

Ellysa mendekati suaminya rapat.  “I miss Akhmal Shahmi yang macam singa tu. Garang! Kerja asyik mengaum je.  Tapi suaranya boleh mengentarkan jiwa dan mengacau bilau kan hidup.  But now I got full package.  Garang+ manja = aummm!!” Gelak Ellysa. Riang.

Akhmal mengelengkan kepala melihat telatah comel isterinya yang satu ini. Ada saja aksi comel yang dilakukan. Dia yakin hari-harinya nanti pasti akan bahagia.

 Akhmal terus memeluk isterinya rapat.  Bahagia... Semuanya adil dalam cinta.  Jodoh adalah rahsia Allah sama seperti ajal.  Siapalah kita untuk menolaknya bila ia datang.  Begitulah dengan kisahnya.  Siapa sangka orang yang dia tak sudi dahulu adalah jodohnya yang sebenar.  Akhmal tersenyum.  Takdirnya memang indah. Dia bersyukur.

“Abang tutup lampu ye sayang.” Bisik Akhmal pada isterinya. Terbeliak mata Ellysa mendengar suara suaminya. Gatal!!

ThE EnD…..


Monday, 25 November 2013

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 6

BAB 6



MALASNYA nak bangun pagi ni.  Lepas je solat subuh tadi aku terus sambung tidur balik.  Memang tak larat nak bangun tadi.  Lepas sejam lebih terlelap aku terjaga balik itupun selepas dikejut oleh abang.  Memang mengantuk, kalau tak dikejut mahu aku tidur sampai tengahari.

Aku menuruni anak tangga untuk turun ke bawah.  Abang  yang sedang bersarapan di meja makan tersenyum sinis memandang aku yang lambat bangun.  Aku segera duduk dimeja makan. Aku mengambil sekeping roti yang disapu jem.  Aku terus memakannya.

“Semalam adik kenapa?  Balik je rumah terus berkurung dalam bilik.  Siap menjerit sakan dalam bilik tu? Datang bulan ke? He he he…..”

“Ah! Abang ni sibuk je nak taw.  Malas nak cerita .  Tak ada mood.”

“Lah dengan abang pun nak berahsia.  Ceritalah…kita kan adik beradik.  Please…”

Aku menjeling pada abang.  Abang ni selagi tak dapat apa yang dia nak selagi itulah dia takkan berhenti.  Faham sangat.

“Yelah adik cerita lah ni.  Menyampah tengok muka tak bergula tu.”   

Abang tersenggih.

Aku membuka cerita mengenai Mr Playboy kepada abang.  Dari kisah empat tahun dulu hinggalah ke hal yang semalam.   Abang tekun dan khusyuk mendengar cerita aku. 

“Hah! Macam tu lah ceritanya.  Benci betul adik bila teringat kat dia.”  Aku mengenggam tangan menumbuk bantal di sofa.  Tercampak bantal tu ke bawah.

Abang ketawa melihat tindakan aku yang spontan.  Dia mengelengkan kepala.

“Hisyk adik ni, perangai gangster tu tak pernah nak berubah.   Tak padan dengan imej bertudung.  Cuba buat sopan-sopan sikit. Ini tak asyik kepala angin je.”

“Ah! Suka hatilah.  Yang penting kalau jumpa Mr Playboy tu lagi, siaplah dia adik kenakan.  Masa tu baru dia kenal siapa Mia Qaisara Dato Khusyairi!

Abang ketawa lagi kuat. “Adoi adik ni, janganlah ganas sangat.  Tahu tak kalau terlebih benci orang nanti kita akan jatuh sayang dekat orang tu.  Entah-entah dia tu jodoh adik tak?”

“Ya Allah minta simpang.  Abang ni jangan mengarut boleh tak.  Adik tak suka taw kait-kaitkan adik dengan Mr Playboy tu.  Boleh mati terduduk adik nanti.”

“Dah adik tu benci sangat dekat dia.  Mana tahu Allah terbalikkan perasaan kita.  Masa tu baru adik tahu langit tinggi ke rendah.”

“Abang ni agak-agaklah.  Dia tu bukan taste adik okey.”

“Ermm ye ke.  Abang tak rasa macam tu pun.  Abang tahulah.”

“ Apa maksud abang ni? Hisyk tak faham lah”

“Ermm…maksud abang dia tu mesti sepadan dengan adik.    Sebab selalunya kalau ada je lelaki yang adik tak suka mesti adik selalu kutuk.  Rupa macam jambatan tak siaplah.  Muka jalan tar lah. Macam-macam lah.  Tapi abang tak dengar semua tu tadi.  So abang rasa dia mesti handsome kan.  Betul tak.”

Aku memuncungkan mulut. Menjeling sekilas pada abang. 

“Muka aje boleh tahan buat apa kalau mulut tu puaka.   Hisykk dia bukan taste adik lah.”

“Hisyk berapa banyak bukan taste lah.  Bilalah nak jumpa taste adik ni?”

“Ah! Buat masa ni hati adik belum terdetak lagi.  One day bila dia terdetik, yes.  Inilah dia bakal suamiku! Masa tu adik terus pikat dia.  Then jadikan dia my sweet hubby.”

Mencebik mulut abang mendengar ayat aku.

“Hurmm..kalau macam tu Papa lambat lagilah nak dapat menantu.  Kita berdua sama-sama tak jumpa lagi.”

“Nasiblah nak buat macam mana.  Abanglah lambat sangat nak kahwin.  Cuba abang kahwin dulu.  Lepas tu baru turn adik pulak.  Hah tak adalah langkah bendul kan ha ha ha.”

“Huh! dahlah stop bab kahwin ni.  Ape kes melalut ke hal ni pulak.  Hmmm.. so adik ni bila nak start kerja kat syarikat?”

Aku berfikir sekejap.  “Next week rasanya.  Tak sabar nya.” Jeritku keriangan.

Good.  Semangat ni lah yang kita mahu.  Malaysia boleh! He he he.”  Abang berdiri bangga mengangkat tangan ke atas.  Aku tergelak melihat riaksi keanak-anakan abang.  Kelakar habis.


************************************************************************
“BUNYI ringtone lagu Heart attack nyanyian Demi Lovato  berbunyi nyaring.  Aku segera mencapai BB disisi katil.  Tertera nombor  antarabangsa di skrin.  Aku pelik.  Segera aku menekan keypad.

“Hello siapa ni?”

Hi princessHow are you ?  Masih Ingat I lagi?”

“Charles!!!!!!!!!!!  Sampai hati you tak call I sebelum ni.  I merajuk taw macam ni.”
Aku menjerit riang bila mendengar suara Charles di talian.

“Ha ha ha rilekslah Mia.  I busy lah uruskan company.  Bertimbun-timbun fail I kena baca you taw.  Nak naik pecah otak I ni rasanya.”

“Alah kesiannya you.  Tak ape slow-slow, nanti ok lah tu.  I ni pun next week baru nak start kerja dekat syarikat papa.  Tak tahulah boleh ke tidak nanti I uruskan.”

“Alah jangan risaulah.  I yakin you mesti boleh punya.  Doa banyak-banyak okey.”

“Hmmm… rindulah dekat you.   Bilalah kita dapat jumpa lagi ni.” Aku bersuara sedih.

“Boleh je nak jumpa.  Semuanya di hujung jari.  Alah nanti bila free, you datanglah bercuti di Vietnam.   Tak pun I datang Malaysia.  Okey tak cadangan I ni.”

Aku mengangguk laju mendengarnya.

Superb!  Nanti  kita bincang balik.  Seronok pulak dengar idea bernas you ni. Ha ha ha.”

“Okeylah Mia,  nanti kita berbual lagi ye.  Take careBye princess.”

“Bye Charles.”

Talian terus di offkan.  Aku tersenyum lebar.  Berbaring semula di katil.


******************************************************

Aku duduk keseorang di gazebo depan rumah.  Sunyi dan sepi.  Tiba-tiba aku jadi teringat arwah mama.  Rasa rindu pada arwah mama.  Aku mendongak ke langit.  Cuba untuk melihat bulan dan bintang.  Dulu-dulu masa aku kecil, bila aku rindukan mama aku selalu melihat ke langit.  Masa tu aku fikir mama dah jadi bintang kat sana. Maklumlah budak kecil selalu fikir macam tu.  Tapi bila dah besar baru aku faham. 

Aku menangis tiba-tiba.  Menangis tanpa suara.  Kepiluan dan keseorangan yang ditanggung selama ini.  Kerinduan terhadap arwah mama.  Sudah lama aku tidak menangis begini.  Aku tidak suka orang melihat aku menangis.  Aku tidak mahu nampak lemah.   Aku mahu ceria walaupun kadang-kadang aku kesepian.  Bagiku kegembiraan dapat memberi kekuatan dalam diri.

Aku mengesat air mata dari mengalir lebih banyak.  Cuba menahan diri dari menangis lagi.

Aku berhenti menangis bila mendengar suara papa menegurku dari jauh.   Papa keluar dari rumah dan mendekati aku di gazebo.

“Kenapa anak perempuan papa duduk seorang je kat luar ni?  Sejuk kat luar ni.” Tegur papa.  Papa mengambil tempat duduk di sebelahku.

“Tak ada ape.  Saja nak ambil angin sambil tengok langit yang cantik tu.”

Suasana menjadi senyap.  Aku dan papa mendongak ke langit.  Menghayati keindahannya.

“Mia rindukan arwah mama ye?” suara papa, memecahkan kesunyian.
Aku terdiam sambil memandang papa.  Papa tersenyum nipis.

“Mia kena tabah dan sabar.  Semua yang terjadi ada hikmahnya.  Allah lebih sayangkan arwah mama.  Kita kena redha.  Mia jangan lupa untuk doakan mama dekat sana.  Doa anak yang soleh tu pasti dimakbulkan Allah.” Tambah papa.

Aku mengangguk perlahan.   Sungguh aku kagum dengan kesabaran papa.  Papa seorang yang kuat dan sentiasa tabah dalam hidup.

“Insyallah papa.  Mia sentiasa doakan arwah mama.  Mia takkan pernah lupa tu.” Aku tersenyum nipis.

“Bagus, macam ni lah anak papa. Hmm… dah jangan nak murung lagi.  Papa tak suka tengok anak-anak papa bersedih macam ni.”

Okey, Mia takkan sedih-sedih lagi.  Papa jangan risau ye.” Pujukku.

Promise dengan papa yang Mia akan happy sentiasa.  Jangan memendam perasaan seorang diri.  Kalau boleh, kongsi dengan papa.  Papa boleh jadi seorang pendengar yang baik . Okey dear.”

Aku mengangguk. “Promise.  Mia janji dengan papa yang Mia takkan sedih-sedih lagi.  Papa jangan risau. Okey.”   Aku tersenyum riang.  Kami kemudian berjalan perlahan masuk ke dalam rumah semula.










About Me