BAB 16
“TIZZ!!!!”
jerit Fitriah dari belakang stor. Hampir
saja nak tercampak pen yang sedang aku pegang ketika ini. Aku mengosok dada berulang kali. Gugur
jantung!
“Hah nak apa? Lain kali jangan main terjah boleh tak? Rasa nak gugur jantung aku. Silap hari bulan
jalan terus aku!” marahku. Fitriah
tersengih-sengih memandang aku.
“Sorry…sebenarnya aku
ada hal nak cakap dengan kau ni.”
Aku memandang Fitriah.
Pelik.
“Hal apa? Lain macam je
bunyi.” Soalku risau. Jangan-jangan
Fitriah dah tak nak meniaga lagi kot.
Tak pun dia nak pecat aku. Aku
ada buat salah ke? Eh aku kan pekerja mithali? Calon anugerah pekerja cemerlang
tahun ni lagi. Takkan aku nak kena
pecat?
Aku memandang Fitriah
yang mahu bercakap sesuatu.
“Macam ni, tadi mummy
telefon. Dia suruh aku balik
rumah. Malam ni kami sekeluarga kena
pergi Dubai. Papa ada jemputan untuk
sebuah majlis dekat sana. Jadi Mummy nak
aku ikut sekali. Ini yang aku risau ni.” Jelas Fitriah.
Aku menarik nafas
lega. Buat gugur jantung je fikir sampai
ke hujung dunia. Hal kecik je
rupanya.
“Pergi je lah. Macam
sebelum ni tak biasa pulak. Hari itu kau
ke Indonesia pun, rileks je aku jaga kedai.”
“Bukan pasal kedai yang
aku risau. Lagipun aku tau kau boleh je handle sorang. Tapi…”
Aku memandangnya pelik.
“Tapi apa? Takkan kau risau nak tinggal
kan aku sorang, sebelum ni okay je aku tinggal sorang dekat rumah tu. Kau tak
risau pun. ” Balasku. Memang sebelum ni
aku dah biasa tinggal seorang diri bila Fitriah balik ke Bangi.
“Kalau pasal kau
tinggal seorang dekat rumah, aku tak risau. Sebab jiran sebelah kita ada. Kau pun pandai jaga diri.” Memang dasar kawan tak boleh pakai Fitriah
ni. Tengok sampai je hati. Huh! Nak
merajoklah.
“Dah tu, pasal apa?”
tanyaku malas.
“Sebenarnya aku risau
kan Adam.” Sedih Fitriah.
“Hah!” jeritku. Aku memandang Fitriah. Terkelip-kelip aku melihat muka yang suram
tu. Ceh! Meluat pulak aku tengok wajah
Fitriah ni. Ingatkan risau kan apa? Rupa-rupanya
si Adam sengal tu. Apa hal nak risau
mamat sengal tu. Dah tua gajah tu,
pandailah dia jaga diri. Tak faham aku
orang yang bercinta ni.
Merepek je.
“Apahal kau risau dia
pulak. Tahulah dia nak jaga diri. Dia tu
doktor. Dia lagi arif pasal jaga diri ni.”
Fitriah mengeluh. “Bukan pasal diri dia lah. Ni pasal benda lain.”
Benda lain? Pening
pulak kepala aku tengok Fitriah ni.
Straight to the point je lah.
Banyak pulak bunga dia. Tension!
“Benda apa pulak ni Fit? Kau cerita terus
boleh tak.”
“ Sebenarnya hari tu aku
dah janji nak teman dia pergi satu majlis ni.
Tapi sekarang aku kena pergi Dubai pulak. So kalau aku tak pergi, siapa nak jadi
partner dia nanti. Kesian dekat dia
pulak. Pasal aku mesti dia tak jadi pergi majlis tu.”
Aku menarik nafas. Rasa meluat je dengar nama Adam. Fitriah ni….
“Lah pedulilah
dia. Kalau kau risau sangat, kau tak
payah pergi Dubai. Kau teman je Adam
tu.” Sindirku sengaja.
“Tak boleh, nanti mummy
marah kalau tak ikut. Kau tau mummy
macam mana kan?”
Aku mengangguk faham.
Mummy Fitriah ni garang macam singa. Takot tengok muka tegas dia. Kalah mak aku
kat kampong!
Fitriah mengeluh
kuat. Dia memandang aku, kemudian
tersenyum lebar.
“Yes! Aku dah dapat
idea. Ini memang menyenangkan semua
pihak.” jerit Fitriah, gembira.
“Apa idea bernas kau
tu.? Kau tak jadi pergi Dubai ke?”
“ Bukanlah…Aku tetap
akan pergi Dubai ikut papa dan mummy.
Adam masih boleh pergi majlis tu.
Tapi partnernya kau. Kau ganti
aku pergi dengan Adam. Bernas kan?”
Terkejut aku, gila ke
aku nak pergi teman si Adam tu. Pandai je si Fitriah ni merancang.
“Banyak kau punya
bernas. Aku tak terlibat pun dalam ini
filem. Pandai je nak babitkan aku. Tak kuasa aku nak teman Adam tu. Kau pergi cari orang lain. Aku malas.”
“Alah…bolehlah Tizz.
Lagipun mana nak cari orang lain last-last minit ni. Aku harapkan kau je. Bolehlah
Tizz…. Nanti aku beli ole-ole dari
Dubai untuk kau. Please…kali ni aja.” Pujuk
Fitriah. Nak beli hati aku dengan
ole-ole pulak. Tak heran! Katakan TAK NAK pada Adam!
Aku mengelengkan kepala. Kerja gila je Fitriah ni. Dia ni tak perasan ke, yang aku bukan ngam
dengan Adam tu. Karang jadi bergaduh
pulak aku ikut Adam tu.
“Tak nak..”
“Bolehlah…”pujuk
Fitriah lagi. Mendayu-dayu suara.
“Tak naklah!”
marahku. Orang dah tak nak dipaksa
pulak. Ni yang leceh ni.
“Alah sampai hati kau
buat aku macam ni. Ini ke kawan yang aku
kenal selama ni? Sedih aku.” Fitriah menanggis tersedu-sedu. Tisu dikesat di mata.
Aku mencebikkan mulut.
Dah start jadi Tun Teja pulak.
Menyampah! Aku mengeluh lemah. Nasib
badan dapat kawan pandai drama ni. Huh!
“Yelah…yelah.
Tapi kau tanya Adam tu dulu.
Nanti dia ingat aku pulak terhegeh-hegeh nak ikut dia. Jangan buat malu aku sudah.” Aku mengalah.
Tak sampai hati nak menolak. Terpaksa!
Fitriah tersenyum
gembira. “Kau jangan risau, Adam dah tahu
pun. Dia tak kisah kau ganti aku
he he he.”
Berubah muka aku. “Jadi
maknanya kau dah plan dulu lah semua ni.
Tadi tu berlakon je lah ye?” Fitriah tersengih.
Aku memandang geram
pada Fitriah. Hampeh punya kawan! Berani dia mainkan aku. Yang si Adam tu tak kisah pulak nak bawak
aku. Biar betul! Jangan-jangan dia ada
niat tak baik dengan aku. Hisyk, mintak
simpang.
“Alah Tizz, kau teman
je bukan buat apa pun. Aku yakin kau
mesti suka pergi majlis tu. Boleh
ye, sayang kau.” Fitriah memelukku erat.
Aku mencebik. Tak pasal-pasal jadi kambing hitam. Kerana terpaksa aku relakan, walaupun aku tak
rela. Aku mengangguk.
“Yelah kali ni aje aku
tolong. Lain hari, no way!”
“ Yes!... Sayang kauTizz, kaulah sahabat aku dunia
akhirat.” Fitriah memeluku.
“Dah…dah over
pulak. Nanti customer pandang lain macam
pulak, tengok kau peluk aku ni.”
“Yelah he he he. Tizz aku nak balik dulu ni nak pack barang. Kau jangan lupa, malam ni majlis tu. Nanti Adam jemput kau dekat rumah. Jaga diri baik-baik tau. Have
fun!” ucap Fitriah. Dia segera keluar dari kedai. Nampak tergesa-gesa sekali.
Mataku memerhati
Fitriah yang keluar sehingga akhirnya hilang dari pandangan. Aku mengeluh.
Hmmm…apalah akan terjadi bila keluar dengan Adam ni. Macam tak yakin je. Boleh percaya ke ni!
*********************************************************
Hari
ni aku terpaksa pulang awal dari kedai.
Sampai sahaja dekat rumah, aku segera masuk bilik, meluru ke almari pakaian untuk memilih baju
yang hendak dipakai. Memanglah Fitriah
ni, last-last minit baru nak cakap. Baju apa aku nak pakai ni? Macamlah aku ada baju cantik! Aku menyelongkar seluruh isi almari.
Aku
mengeluh perlahan, berfikir-fikir, baju
apa yang aku harus pakai. Satu pun macam
tak sesuai nak pergi ke majlis.
Aku
duduk di birai katil. Mengeluh. Tak nampak satu baju yang sesuai pun.
Mataku
melilau-lilau memandang almari baju sekali lagi. Beberapa helai baju yang
tergantung aku perhatikan secara perlahan.
Akhirnya mataku tertacap pada
sehelai dress yang tergantung di hujung
sekali. Mataku terus bersinar.
Aku
segera menarik sehelai dress labuh berwarna hijau zamrud rekaan dari seorang
pereka terkenal tempatan. Hadiah dari
Fitriah untuk aku. Masih kekal di
ingatan bagaimana Fitriah bersungguh-sungguh mahu menempah baju ini, untukku pakai ke Majlis akhir pelajar Politeknik. Walaupun ditegah keras olehku, namun Fitriah
tetap dengan keputusannya.
Aku
terpaksa menerimanya dengan serba salah.
Melihatkan nama pereka dibelakang saja, sudah dapat diagak berapa harga
baju tersebut. Untuk tidak mengecewakan
kawan baikku, aku menerimanya dengan senang hati.
Aku
mengambil drees tersebut dan mengayakan di cermin. Agak-agaknya sesuai ke? Aku meneliti baju
drees labuh berbentuk duyung itu.
Bahagian atas dan bawahnya persis sisik duyung. Memang cantik!
Apalah reaksi Adam nanti bila nampak aku
pakai baju ni? Jangan dia fikir aku ni, nak mengoda dia sudah. Tak hingin
aku! Segera aku mencampak baju tadi di
atas katil. Buntu!
*********************************************************
Tepat Jam lapan
malam,Adam telah sampai depan rumah. Dia membunyikan hon berulang kali. Geram
je aku dengar hon dia tu. Kalau tunggu
diam-diam tak boleh ke? Nak buat
announcement jugak! Aku bergegas turun
dan segera membuka pintu pagar. Aku
masuk ke dalam keretanya. Masam je
mukaku masa ni.
Dia menoleh dan
tersenyum padaku aku di sebelah. Dia
nampak segak memakai baju kot berwarna kelabu dan kemeja hijau zamrud. Eh! Kemeja dia sama warna dengan drees akulah?
Aisey….macam dah berjanji pulak kami
berdua ni.
Melihatkan aku berdiam
diri, Adam turut tidak berkata apa-apa. Dia
juga senyap saja. Mungkin dia rasa
terpaksa untuk membawa aku. Hurmm…tak
apalah. Pandai-pandailah aku bawak diri
kat Majlis tu nanti.
Kereta Subaru Impreza terus laju menuju ke
destinasi yang tidakku ketahui. Si
Fitriah ni langsung tak cakap majlis tu dekat mana. Yang Adam pun senyap je bila aku tak bercakap
dari tadi. Dia pun tak ambil inisiatif
untuk berbual dengan aku. Ni tidak aku
diam dia pun diam. Eiii… menyampah!
Sepatutnya sebagai
seorang lelaki dialah patut tegur aku dulu.
Tapi hampeh je. Agaknya aku ni
halimunan kot? Tu sebab dia tak nampak aku kat sebelah. Sabar je lah hati sekarang ni..
Kedinginan air cond
kereta membuatkan tubuhku sedikit gigil. Walaupun dress ni lengan panjang, tapi
masih tidak dapat menahan kedinginan malam.
Aku membuang pandangan dari luar
kereta. Jauhnya perjalanan. Dekat Kuala Lumpur ke?
Akhirnya kami sampai di
depan Hilton Hotel Kuala Lumpur.
Terkelu lidah aku sekejap. Majlis
apa ni? Banyak orang kenamaan je kat sini? Tanganku terasa sejuk dan kaki pula kaku untuk
melangkah. Aku gabra. Adam keluar dan membukakan kereta
untukku. Aku tercengang sekejap memandang
dia. Gentleman pulak dia malam ni. Macam seorang putera raja.
Aku melangkah keluar perlahan-lahan. Adam menghulurkan tangannya padaku. Aku tidak menyambut hulurannya. Adam menarik tanganku kasar dan dia terus
mengenggam kuat.
“Sakitlah… Ni apasal
nak pegang-pegang tangan ni?” marahku. Aku cuba menarik kembali tanganku dari
genggamannya. Eiii… dulu-dulu salam pun
tak nak dengan aku. Ni malam ni nak
pegang tangan orang pulak. Giler!
“Syyyy….diam. Biar aku pegang tangan kau ni sekejap.”
Bisiknya lembut. Terpana aku mendengar
suaranya yang lembut di telingaku. Akhirnya aku membiarkan saja.
Kami beriringan jalan
masuk ke dalam sebuah dewan besar. Semua
mata-mata disitu seperti memerhatikan aku dengan Adam. Agaknya diorang terkejut tengok Adam bawa
gadis cantik macam aku ni he he he. Perasan!
Adam tiba-tiba memeluk
pingangku. Terasa seperti terkena renjatan
elektrik dekat badan. Aku tergamam. Segera aku menepis tangannya. Tak berjaya.
Dia menarik aku lebih rapat lagi pada tubuhnya.
“Wei.. apa ni
peluk-peluk orang. Lepas lah.” Marahku
tapi perlahan. Aku tak suka diperlakukan
begini. Apa dia fikir aku perempuan
murahan ke untuk dipeluk-peluk?
“Behave yourself, you
have to be nice. Senyum tu jangan over
sangat. Buat biasa je.” Selamba dia
mengarah aku.
Menyirap betul telinga
aku mendengar arahan dia. Aku cuba
menepis tangannya. Benci aku dengan
lelaki ini. Fitriah punya pasal lah ni
suruh aku temankan dia. Tak guna punya
lelaki. Gatal!
Melihat wajahku semakin
mencuka Adam perlahan-lahan melepaskan tangannya dari pingang aku. Namun tanganku masih tetap digenggamnya erat. Dia menarik kerusi untuk aku duduk.
“Oit! Ni majlis apa ni?
Apesal ramai sangat ni?”
“Ni Dinner untuk makan
malam bersama pengarah, doctor dan kakitangan hospital yang lain. Kau jangan takut. Aku kan ada.” Bisiknya.
Aku mencebik. Pasal kau ada lagi aku cuak!
Aku diperkenalkan
dengan kawan-kawannya yang semeja dengan kami.
Ada diantara rakan-rakannya yang menyangka aku ni teman wanita Adam
. Aku cuba untuk menerangkan perkara
sebenar, namun Adam terlebih dahulu menghalang.
Dia seakan-akan suka pula. Makin
panas je hati ,tengok lelaki gatal ni.
Sabar..sabar.
Adam begitu leka
berbual-bual dengan rakan-rakan sekerjanya.
Doktor jugak! Majlis ini adalah dinner bersama para Doktor dan beberapa
orang kenamaan. Majlis ni langsung tak
boleh masuk dengan aku. Bosan! Dari tadi mereka asyik bercakap tentang
penyakit itu, penyakit ini. Telinga aku
dah naik seram mendengarnya. Seriau! Silap
hari bulan aku pulak yang sakit kejap lagi.
Aku memandang ke atas
pentas. Majlis dimulakan dengan Ucapan
dari Pengerusi Majlis dan diikuti dengan pengarah hospital.
Mengantuk pun ada aku tengok Doktor tu berucap. Speaking English pulak
tu. Memang tak lah nak masuk kat telinga aku sangat. Cepatlah habis, tak tahan telinga ni dah.
Setelah selesai ucapan,
makan malam dihidangkan. Aku hanya makan
sedikit sahaja. Tak selera. Aku berasa
bosan. Sudah hampir dua jam duduk dekat
dalam ni. Aku hanya jadi pemerhati saja
dalam majlis ini. Dari tadi aku hanya
mendiamkan diri.
Adam masih leka
berbual-bual dengan rakan rakannya.
Langsung tidak mempedulikan aku. Kecil
hati aku tengok dia. Eh!
Apehal terasa pulak hati ni? Isyk merepek!
Lagu mula berkumandang,
untuk menceriakan suasana majlis.
Beberapa pasangan sudah bangun untuk menari. Aku memerhatikan satu pasangan cina yang
sedang menari dekat hujung sekali. Nampak
macam pasangan suami isteri je. Kagum aku melihat tarian mereka. Langkah dan tariannnya begitu teratur. Sungguh
terhibur rasa hati melihat pasangan ini.
“Satu hari nanti
mungkin kita akan menari, macam tu.” Bisik Adam tiba-tiba di telingaku.
Aku menoleh melihat dia sebelah. Bibirku mencebik. Perasan! Sape yang nak menari dengan kau. Dan tak mungkin akan terjadi pun. Aku dan dia bukan pasangan kekasih yang nak
kahwin pun. Aku ni cuma sahabat kepada girlfriend dia je. Dia ni sedar tak dia cakap ape tu. Satu hari nanti konon! Pirah!!
Air cond yang kuat
membuatkan aku kedinginan. Badanku
kesejukkan. Aku cuba menahannya. Aku
mengenggam kedua-dua belah tapak tanganku.
“Kenapa ni?” soal Adam.
Mungkin dia lihat aku dah semacam je
pucat.
“Sejuklah..”
Adam membuka kotnya dan
menyarungkan pada tubuhku. Aku tersenyum
padanya tanda terima kasih.
“Wei aku nak tanya
boleh tak?” soalku.
“Tanya apa?”
“Kenapa ramai sangat
yang pandang kita ye? Rimaslah.”
Adam tergelak sopan.
“Sebab malam ni aku handsome sangat kot.”
“Handsome lah
sangat.”sindirku. Tapi memang handsome
pun. Aku pun rasa tergoda je tengok
senyuman dia yang merekah tu.
“ Jom balik, aku rasa
dah tak ada apa lagi nak ditunggu.” Adam mengajakku untuk pulang.
Aku mengangguk. Alhamdulillah, akhirnya dapat balik juga. Tak
tahan dah aku duduk lama-lama kat dewan tu.
Adam meminta diri untuk pulang awal pada
rakan-rakannya . Aku dan Adam keluar
dari dewan secara beriringan.
Aku berjalan agak laju
menuju ke kereta . Tak tahan, sejuk! Adam mengikutiku dari belakang. Dia
mendekatiku rapat. Aku menahan debar yang mengila saat ini. Pandangan kami bersatu. Dia
tersenyum dan kemudian membetulkan kedudukan kotnya yang senget di tubuhku. Aku
tergamam melihat perlakuan dia. Terharu
bercampur satu rasa aneh.
“Terima kasih…” ucapku,
menutup rasa aneh itu. Adam mengangguk. Kami masuk ke dalam kereta dan Adam memandu
menghantarku pulang ke rumah. Sepanjang
perjalanan kami masing-masing tidak bersuara.
Aku rasa penat dan letih.
Macam-macam yang bermain dekat fikiran aku saat ini.
****************************************************
“Terima kasih sebab
sudi teman aku malam ni.” Ucap Adam, sebelum aku turun dari kereta. Dia
memandangku dengan senyuman mesra.
Aku menahan debar di
hati. Jantungku seakan terloncat keluar
bila melihat senyuman itu
“Sama-sama. ” ucapku
gugup. Aku menanggalkan kotnya yang
tersaraung tadi dan meletakkan diatas kusyen kereta. Aku segera turun dari kereta dan menoleh
padanya. Spontan tanganku melambai dia
yang masih memandang diriku dari tingkap.
Dia tersenyum nipis , dan terus memandu pergi.
Aku masuk ke dalam
rumah. Keliru dengan apa yang terjadi
tadi. Kenapa hatiku sangat berdebar bila
melihat Adam. Perasaan yang sangat berlainan dari Abang
Hafizul. Aku rasa sangat aneh. Aku berlari naik keatas dan masuk ke dalam
bilik. Aku terus berbaring di katil.
Malam tu aku bermimpi
berjumpa dengan seorang putera raja.
Wajahnya sangat bercahaya. Tapi yang
pasti aku mengenalinya. Dia mirip Adam.
Aku berasa tenang berada di samping dia.
Kami bernyanyi dan bermain bersama.
Bahagia sekali….. seperti dunia ini hanya aku dan dia. Takkan terpisah…
Sedar-sedar dari mimpi
hari dah siang. Aku bangun dan duduk di
birai katil. Aku keliru sekejap. Macam manalah boleh mimpi Adam pulak tadi. Sepatutnya putera raja tu Abang Hafizul
lah. Aku kan dah jatuh cinta dengan
Abang Hafizul. Mainan mimpi
agaknya. Mesti sebab aku tak basuh kaki
malam tadi. Hampeh betul!
Seram pulak bulu romaku
tiba-tiba. Memang gilalah kalau aku
boleh bermesra-mesra macam tu dengan Adam. Mahu mengalir air mata darah Fitriah nanti. Aku pun tak terbayang nak fikir. Eiiii…mintak simpang. Aku dan Adam?
Never…..