topbella

Sunday, 17 November 2013

CERPEN....Status cinta makcik dan anak buah II

Status cinta makcik dan anak buah II




Hari ini merupakan hari yang ditunggu setiap tahun bagi setiap umat islam di dunia.  Bulan yang penuh barokah dan keberkatan.  Pada bulan ini barangsiapa yang memohon ampun serta berdoa dalam keadaan berpuasa, berbuka dan bersahur nescaya  Allah s.w.t akan mengampunkannya.
Do'a orang puasa adalah mustajab (dikabulkan), baik ketika dalam keadaan puasa ataupun ketika berbuka Allah memerintahkan agar kita berdo'a dan Dia menjamin mengabulkannya.

Allah berfirman :"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya Aku mengabulkannya untukmu . "(Ghaafir: 60)

Dan dalam sebuah hadith disebutkan: "Ada tiga macam orang yang tidak ditolak do'anya. Di antaranya disebutkan,"orang yang berpuasa hingga ia berbuka" (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasaa'i dan Ibnu Majah). (Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahih mereka masing-masing, dan At-Tirmidzi mengatakannya hadith sahih hasan.)


Karena itu, hendaknya setiap muslim memperbanyak, dzikir, do'a dan istighfar di setiap waktu, terutama pada bulan Ramadhan, ketika sedang berpuasa, berbuka dan ketika sahur.

***************************************************************
Sarah Aira
“ Sarah kau mesej siapa pagi-pagi buta ni?” Tanya Misha semasa mereka makan. Pelik dia melihat Sarah yang sedari tadi ralit menaip mesej.
“Hmm… aku mesej Aisy ni. Dah bangun ke belum budak tu? Dia tu kalau tidur bukan ingat dunia.” Aku terus menekan butang sent di skrin telefonnya.
“Eh..kau ni pandailah si Aisy tu bangun.  Dia kan ada housemate tahulah kawan dia kejutkan.  Sebelum ni pun tak pernah kau sibuk nak kejut dia.” Perli Misha.
“Sebelum ni  kitaorang tak ada hubungan apa-apa so tak payahlah aku nak heran dia dah bangun sahur ke belum.  Tapi sekarang ni kami ni dah ada hubungan cinta so faham-faham sendirilah bila hati dah ada taman.  Eleh macamlah kau dulu tak macam tu dengan Farish. Time university dulu kemain berdua sampai aku naik gila menengoknya.” Aku membidas kembali kata-kata Misha.
“Yelah tu..kau je lah yang menang.” Rajuk Misha.  Aku tersengih.  Cepat-cepat aku menyudahkan makanan yang masih berbaki di pinggan.
“Sarah family korang dah tahu ke status cinta korang berdua ni?” Soal Misha. Aku menggangkat kepala memandangnya.
“Belumlah Misha.  Tak beranilah nak cakap.  Ermm…entahlah aku harap Aisy dapat selesaikan semua ni nanti.  Takut aku memikirkan reaksi family kitaorang nanti.”
“Kau sabar yek. Bulan puasa ni banyakkan doa insyallah kalau kita berdoa dengan ikhlas Allah pasti akan mengabulkannya.” Misha memberikan semangat kepadaku.  Aku tersenyum hambar.

***************************************************************
Firham Aisy…

Bip! Bip! Bip!
“Warghhh!! sape pulak yang mesej pagi-pagi buta ni.  Tak tahu dah pukul berapa sekarang ni!” Firham segera mencapai telefon bimbitnya di sebelah.  Dia segera menekan butang telefon.  Firham menekan icon inbox pada telefon. Dia membaca mesej yang tertera.
Salam Aisy…maaf menganggu Cuma nak kejut sahur.  Tak sabar nak berbuka sama-sama nanti. See you. -Love Aira-
“Lah Mak cik ni rupanya ingatkan siapalah memekak tadi.  Apelah dia ni pagi-pagi lagi dah mesej tak sabar nak buka puasa sama-sama. Lambat lagi ni… sahur pun belum lagi. Bakal isteri sapelah ni?” Firham menggelengkan kepalanya dia kemudian berbaring semula. Matanya dipejam sekejap.
“Ya Allah..bakal isteri akulah. Laa..Aira tu kan awek aku.” Firham menepuk dahinya. Dia kemudian bingkas bangun. Apelah Firham ni baru tiga bulan bercinta dah lupa awek dia siapa.  Jangan dah kahwin besok lupa isteri sudah. Tahu dekat si Aira mahu disate nya Firham.
Firham melangkah ke dapur.  Dia tersenyum lebar memandang Najmi yang leka mencuci cawan di dapur. Mata Najmi terpejam dan tercelik.  Firham segera menyergahnya.
“Api mie! Api!!” jerit Firham.
“Mana? Mana api?”  Najmi yang terkejut dengan jeritan Firham terus menyimbah air ke muka Firham. Firham tergamam memandang Najmi yang terkebil-kebil sambil memegang cawan berisi air tadi.
“Ape ni Mie basah muka aku.” Firham mengelap mukanya yang basah disimbah Najmi. Itulah Firham main-main lagi kan. Tak tahu ke ini bulan Ramadhan hah tengok  Allah bayar cash.
Najmi mengurut dadanya berulang kali. Sungguh dia terkejut ingatkan betul-betullah api. Najmi segera mengetuk kepala Firham.
“Kau ni dah tak ada kerja lain ke asyik nak main je. Buatnya betul api tadi tak ke naya!” Sakit betul hati Najmi melihat Firham. Benda macam ni pun dibuat main. Pantang betul Najmi.
Firham tersengih. “Alah aku gurau je janganlah marah. Hari ni kan first day ramadhan kita kenalah sabar dan tawaduk hehe.”
“Banyak lah kau punya sabar dan tawaduk. Eiiiiii!!! sakit betul hati aku.  Agaknya kalau aku kena lemah jantung tadi mahunya kau sahur dan buka puasa kat hospital hari ni.” Marah Najmi.
“Alah dahlah janganlah marah Mie. Ok… aku tak janji tak buat lagi heheh.  Meh sini Mie aku bancuh kau air milo ‘superb’ dari air tangan aku.  Confirm kau kenyang sampai ke sahur besok pagi heheh.” Najmi mencebik.
Firham ketawa.  Dia segera mencapai dua cawan mug. Dia membacuh air milo dan meletakkan diatas meja.
Lauk pauk yang baru dipanaskan oleh Najmi tadi diletakkan diatas meja.  Firham segera mencedok nasi.  Firham menghulurkan nasi pada Najmi.  Najmi segera mengambil. Sejuk sikit jiwa kawan tu. Nasiblah Najmi dapat kawan macam Firham ni ada saja ragam dia. Mereka berdua makan dalam senyap.
“Fir buka puasa nanti kau buka kat rumah ke tidak?” soal Najmi tiba-tiba.  Firham menghentikan suapannya.

“Tak kot.  Aku dah janji dengan Aira nak buka puasa sama-sama dengan dialah hari ni.  Tahun ni kan tahun pertama kitaorang buka puasa sama-sama.”
“Alah dari kecil sampai besar macamlah korang tak pernah buka puasa sama-sama. Rumah pun sebelah menyebelah. Tahun pertama konon.” Najmi menjeling. Firham ketawa mendengar ayat Najmi.
“Memanglah dari kecil kitaorang selalu buka puasa sama-sama setiap tahun.  Tapi tahun ni berbeza tahun ni aku dengan Aira buka puasa dengan status sebagai pasangan kekasih bukan sebagai status Mak Cik dan Anak buah! Ada faham Encik Najmi oi.” Firham segera meneguk airnya.
“Ye lah untunglah buka puasa dengan kekasih hati. Bertuah Aira dapat buka puasa dengan kau.   Hai laa.. nasib lah aku buka puasa sorang-sorang hari ni.” Najmi menguis-guis nasinya. 
Hai laa. Najmi dah gaya perempuan merajok je. Ape kes!
Terjenggil mata Firham melihat gelagat Najmi. ‘Uisykkk takkanlah si Najmi ni cemburu kot.  Cemburu pasal aku ada awek ke atau dia cemburu dekat awek aku?” Firham menggelengkan kepalanya berulang kali. Terkelip-kelip matanya memandang Najmi.
Najmi yang terpandang riaksi Firham memandangnya segera mengangkat kening. ‘Apehal Firham ni pandang aku pelik.’ Najmi seperti dapat menggagak maksud Firham.
“Woi kau jangan nak fikir ke lain pula.  Aku tak maksud ape-ape. Aku Cuma rasa bosan je nanti buka puasa sorang-sorang.” Firham menarik lafas lega. Cuak sungguh dia tadi.
“Adoi kau ni Mie tu lah aku dah suruh cari calon isteri kau tak nak. Asyik je dengan kerja kau. Hah sekarang tahu pulak bosan.” Firham lantas bangun dan mencuci pinggan.
Najmi menggeluh. “Fir kalaulah cari calon isteri tu macam beli ikan kat pasar senanglah. Ini tidak kau kena pilih betul-betul nanti tersalah pilih nak sesal pun tak boleh.  Lainlah macam kau calon isteri sebelah rumah. Lebih dasyat sampai Makcik sendiri pun kau sauk.” Perli Najmi.
“Kau ni mulut tu agak-agak sikit. Mak cik ape aku sauk! Dia bukan mak cik aku. Lagi satu kitaorang boleh kahwin. Yang menjadi masalahnya family je. Kalau tak de hal dah lama aku kahwin dah.” Tegas Firham.
“Eh sorry Fir aku tak niat pun nak cakap macam tu.” Takut Najmi melihat muka tegang Firham. Mahu saja ditampar mulutnya tadi. Celopar sangat!!!
“Dahlah malas aku nak cakap lagi. Kau kemaslah ni aku nak naik atas. Tak ada mood dah nak kemas.” Firham segera naik meninggalkkan Najmi di dapur .
Najmi menggeluh. Terpaksalah dia memikirkan idea memujuk Firham pulak nanti. Adoi! buat kerja betul Najmi ni. Kan dah kena sound!

*********************************************
Sarah Aira.

 “Misha dah pukul berapa sekarang! “ jeritku dari luar.  Tanganku  sibuk menyiram pokok bunga.  Sayang giler aku dengan semua bunga ni. Mana taknya semua bunga ni dibeli oleh Aisy masa Aisy pergi outstation dekat Cameron Highland bulan lepas. Mahu tak sayang!
“Pukul 2 petang Cik Sarah Aira.” Balas Misha sinis.  Aku tersengih sebaik saja melihat Misha yang berada di depan pintu rumah.
“Ermm…lambat lagi nak buka puasa.” Keluhku. Tak sabar nak berbuka dengan Aisy.  Aisy nak bawa dia berbuka puasa di tempat istimewa hari ni. 
 Misha terus mengetuk dahi Sarah.
“Ouch… sakitlah!!”Jerit Sarah sempat dia membalas kembali pukulan Misha tadi.
“Tahu pun sakit. Aku ni lagi sakit hati menengok kau dari tadi sibuk nak tanya jam dah pukul berapa. Tak sabar-sabar.” Geram Misha.
“Alah tanya pun tak boleh. Bukan ape pun.”balas Sarah keanak-anakkan.
Berdesir mulut Misha mendengarnya. “Sarah kalau sekali dua kau tanya, aku bolehlah terima lagi. Ini tidak setiap setengah jam je, kau tanya pukul berapa.  Sampai aku kat dalam tandas tadi pun kau sibuk tanya jam dah pukul berapa.  Sakit hati aku ni! Tahulah hari ni 1st ramadhan takkan sebab tak makan hari ni  otak kau dah ‘shot’ pulak!”
“Hisyk kau ni cakap aku shot pulak.” Muncung Sarah mendengarnya.  “Aku bukan ape Misha, hari ni kan hari pertama aku nak buka puasa dengan Firham.  Jadi tu yang aku tak sabar tu.” Sengih Sarah.
Misha menggelengkan kepala melihat Aira yang serupa ulat bulu gatal.  Semenjak bercinta dengan Firham berubah 360 darjah perangai si Sarah ni mana taknya dari seganas-ganas perangai brutal  tiba-tiba boleh jadi girlish pulak. Uwekk!.  Sekarang ni boleh dikatakan every weekend je mesti keluar berkepit dengan Firham.  Sekejap keluar makan, sekejap ke taman, sekejap tengok wayang.  Sampaikan  mata si Misha ni dah naik berbulu menengok pasangan sejoli tu. Over sangat!. 
“Aku ni pun bercinta jugak Sarah tapi tak lah over macam kau. Tengok rileks je aku hari ni. Tu tandanya bulan puasa ni aku menjaga Adab. Kau patut contohi aku ni.” Nasihat Misha.
Mencebik aku mendengarnya. Jaga Adab konon. “ Sudahlah Misha janganlah kau nak buat cerita kedai kopi depan aku ni. Macamlah aku tak tahu si Farish tu outstation kalau tak jangan harap kau nak duduk rumah.  Kau pun sama berkepit je dengan si Farish tu.” Tersengih Misha. Kan dah kantoi!
“Alah kau ni aku nak jadi solehah hari ni pun tak boleh ada je kau nak bidas.” Muncung Misha.
Aku menilik bunga mawar yang hampir layu lalu memotongnya sedikit. “Misha aku harap janganlah hubungan aku dengan Aisy jadi seperti bunga mawar ni yang  berputik,berkembang dengan indah tapi pengakhirannya gugur ke tanah. Aku takutlah kalau itu terjadi.” Aku meluahkan ape yang terpendam di hati.
Misha mendakap aku. Dia mengusap-usap bahuku. “Sabarlah Aira. Insyallah orang yang Sabar akan dugaanNya adalah orang yang Paling Allah sayang.  Kau kena ingat tu.” Aku terus memeluk Misha.
“Terima kasih Misha kau sentiasa ada untuk aku.” Senyumku sambil mengesat air mata.
“Kita kan buddies takkan terpisah” jawab Misha. Dia memplagiat trademark iklan Digi. Kami berdua ketawa bersama.


*************************************************************
Pin! Pin! Pin!
Aku segera berlari-lari anak turun ke bawah. Aku meninjau sejenak pada pintu gelangsar. Cepat-cepat aku mencapai tas tangan dan kasut di atas almari.
“Misha aku pergi dulu.  Aisy dah sampai ni!” Laungku pada Misha. Aku menutup pintu utama dan menguncinya.
Aku menghampiri Aisy yang duduk di atas motorsikal. Aku muncung memandangnya.
“Aisy kenapa bawak motor? Kereta Aisy mana?”soalku padanya.  Aisy tersengih. Dia tahu sangat Aira bukan suka naik motor dengan dia. Sengaja dia tak nak bawak kereta hari ni. Suka dia melihat wajah cemberut Aira. Kerana Aira jugaklah dia membeli sebuah kereta. Demi kekasih tercinta. Ewah!
“Alah… Aira kan dah lama tak naik motor Aisy, sengaja je hari ni Aisy bawak motor ni khas untuk Aira.” Gelak Aisy. Aira mencebik.  ‘Eiii!! Geramnya aku. Tahu tadi tak nak aku pergi sengaja je dia.’
Aku segera mencubit lengan Aisy. Geram! “Ouch! Sayang sakitlah. Sepatutnya sayang bagi ciuman kasih sayang ini tidak bagi ‘love bite’ berbisa pulak.”Aisy mengurut-urut lengan yang dicubit tadi. Bisa woi!
“Eiii…. dia ni!!” Aku cuba mencubit dia lagi.
“Ok…ok Aisy mengalah.” Aisy mengangkat tangan tanda menyerah. Aku segera berpaling. Merajok 2 saat dengan dia.
“Alah sayang janganlah marah-marah.  Aisy minta maaf ok. Sekali ni aje kita naik motor ni lain kali kita naik kereta pulak yek. Naiklah sayang..Manja Aisy ni...”Pujuk Aisy.  Cair hati Aku mendengarnya.  Aku berpaling memandang Aisy. Aku memuncungkan mulut.
“Hah buat muncung itik… Tengok tu boleh sangkut hanger kat situ.” Aku mulalah nak berpusing semula. Aisy pantas menarik tanganku dia segera memakaikan helmet dikepalaku.
“Sayang saya nampak cantik hari ni dan akan sentiasa cantik di mata saya. Lebih-lebih lagi bila dia merajuk macam ni. Nampak sangat yang jiwanya lembut dan sopan.” Aku tersipu-sipu mendengarnya. Aisy memang handal kalau bab-bab ayat jiwang ni. Hati yang keras pun boleh jadi luluh mendengar suaranya yang ala-ala macho tu.
Aku segera naik ke atas motor. Berhati-hati aku menaikinya. Yelah tak biasa naik motor sangat. Lebih-lebih lagi dengan lelaki. Aku segera memegang bahu Aisy. Perlahan-lahan aku duduk di atas motor. Nasib tadi aku pakai seluar jeans dan blouse buatnya pakai skirt inallillah…tak dapat dibayangkan macamanalah rupa aku.
“Cepatlah peluk Aisy. Orang nak pecut ni.”tersentak aku mendengarnya. Hello! Peluk dia…eiii tolonglah tahu mak kat kampong mati aku diparangnya.  Anak dara buat perangai tak semengah. Belum pernah terfirkir lagi nak menyimpang jauh. Pegangan tu masih utuh lagi.   Tapi nak diikutkan dalam hati ni sebenarnya ada juga niat nak peluk dia hehehh. Astafiruallahalazim Sarah bulan puasa ni. Istighfar Sarah…. Ingat dosa tu!
“Tak naklah…agak-agaklah bulan puasa ni.”marahku.  Firham ketawa.
“Aira ni suka fikir bukan-bukan. Ok lah tak nak peluk tak pe. Tapi pegang hujung baju Aisy ni nanti terpecut terpelanting pulak Aira. Kesian Aisy duda sebelum berkahwin.”  Firham tertawa kuat. Aku segera menampar bahunya. Geram!
“Dah cepatlah jalan, orang pegang besi belakang ni je. Takkan jatuhlah.” Jawabku berlagak. Memang tak lah aku nak pegang dia. Firham mencebik. ‘Owh ek ye. Sabar sat kita tengok sapa yang kena’ Firham ketawa dalam hati.
Dia segera memecut . Pada mulanya agak perlahan. Tapi bila tiba di suatu selekoh sengaja Firham memecut dengan laju.
“Aisy bahayalah!” jerit Aku segera aku memejamkan mata,  tanganku terus spontan memegang erat hujung baju  di pinggang bajunya.
Firham ketawa perlahan. Tu lah suruh peluk tak nak! Adoi bahagianya kalau dipeluk Aira. Dadanya bergetar. Firham memegang tangan Aira di pinggangnya sekejap sebelum meneruskan aksi mengilanya…
******************************
Kami sampai di sebuah Restaurant Arab.  Terpana aku melihat susun atur didalam restaurant. MasyaAllah…. cantiknya!  Masuk- masuk saja kami dah dihidangkan dengan alunan-alunan zikir yang gemersik dan mendayu.  Kami duduk bersila di satu tempat yang telah ditempah khas oleh Firham.
“Aisy cantiknya!” jeritku keriangan. Firham tersenyum memandangku terserlah kekacakkannya dengan lesung pipit di pipi.  Nanar aku sebentar heheh.
“Suka tak? “ soal Firham.
“Mestilah suka. Tempat ala-ala Arabian ni siapa yang tak nak. Pandai Aisy pilih tempat. Terima kasih.”
Firham tersenyum. “ Sekejap lagi berbuka kita rasa makanan dia pulak. Mesti Aira suka punya.”
Azan berkumandang menandakan waktu berbuka puasa sudah masuk.  Firham membaca doa berbuka puasa. Kami dihidangkan dengan Nasi Arab dan beberapa jenis lauk.  Kekenyangan aku menghabiskan semuanya. Itulah salah sendiri order banyak sangat. Hah nasib lah kena habiskan karang pahala puasa tak dapat catit, dapat pula dosa membazir.  Tapi dari tadi aku makan macam tak habis-habis ni! Aihh ajaib ke Nasi Arab ni macam bertambah banyak je. Warghhh!!!
“Kenyang dah? Ke nak order apa-apa lagi?” Perli Firham sebaik sahaja aku selesai makan. Aku mengusap-usap perut aku. Kenyang mak!
“Eiiiii… yelah-yelah lain kali orang tak order banyak-banyak lagi.” Cebik aku. Huh! Sape suruh bawak tempat yang aku tak pernah pergi, hah mestilah aku terasa nak order semua. Dah semua nampak sedap aku pun rambang matalah tadi, mana tahu boleh kenyang sampai macam ni.
“Tengok tegur sikit dah nak merajuk. Lain kali makan sikit-sikit dulu kalau rasa nak tambah order je lagi. Sekarang tengok kekenyangan kena habiskan semua ni.  Hah ni ada sikit lagi sape nak habiskan.” Tunjuk Firham pada lauk pauk yang masih berbaki. Aku tersengih memandangnya. Mulalah nak buat muka kasihan.
“Alah tak larat dah ni. Dah nak meletup” aku membuat suara ala-ala upin dan ipin. Gedik kau!
“Mengada-ngada.  Tak apelah kita minta diorang bungkus aje , Aisy pun dah tak larat nak makan ni.” Firham memanggil pelayan untuk membungkus lauk-lauk tadi. Aku menarik nafas lega. Nasiblah Firham suruh bungkus buatnya dipaksa aku habiskan tadi memang aku muntah je kat sini. Hhehhe.
Kami beriringan keluar dari restaurant. Sempat juga solat maghrib dekat surau yang ada disitu. Bagus betul restaurant tu lengkap dengan segalanya.   Lepas ni ke Masjid Wilayah pula hendak menunaikan  Solat terawih berjemaah dekat situ. Seronok je perjalanan malam ni terasa macam nak hentikan je waktu, biar static je macam ni sampai bila-bila. Oh indahnya!
“Terima kasih Aisy. Sayang Aisy.” Ujarku ketika Firham menghantar aku pulang ke rumah. Aku memandang wajahnya. Penuh kasih.
“Sama-sama. Aisy pun sayang Aira jugak.” Aku tersenyum mendengar balasan dari mulutnya.
Firham menunggu di luar sehingga aku masuk kedalam rumah.  Risau dia kalau aku duduk dekat luar ni seorang diri.   Sebaik saja pintu ditutup motornya terus memecut laju.  Aku tertawa.  Hmmm…teringat zaman masa dia hantar aku balik naik motor dulu buat pertama kali.  Sebaik saja aku turun dari motor terus dia pecut langsung tak peduli.  Toleh belakang pun tidak.   Sekarang ni semua dia jaga.  Bila ditanya kenapa sekarang ni semua nak ambil berat dulu buat tak layan je. Dia dengan senang hati jawab dulu status kita mak cik dengan anak buah sudah tentulah dia tak heran. Yelah buat ape anak buah nak sibuk hal mak cik.  Nama pun mak cik mestilah pandai jaga diri sendiri.  Takkan anak buah nak tunjuk terlebih perihatin pulak.  Lagipun mak cik mestilah lebih dulu makan garam. Huh kureng je aku dengar ayat dia! Sabar lah!

********************************************
Aku sedang sibuk menyiapkan minit mesyuarat bagi projek pembinaan hotel di  Pulau Pinang.  Aku harus memastikan tiada kesilapan yang berlaku baik dari segi susunan mahupun ejaan. Semuanya harus perfect! Mengikut kehendak Dato Hamdan bos aku.  Bos yang paling best hehhe. Mana taknya setiap kali outstation mesti ada ole-ole untuk setiausaha kesayangannya ni.  Katanya aku ni macam anak perempuan dia juga.
Wah!  Mungkin aku akan jadi menantu Dato nanti sape tahu kan heheh. Ni kalau dengar kat Aisy mahu dia karate aku.
“Sarah… sibuk ke?” Tanya Dato Hamdan tiba-tiba di depan meja. Aku menggangkat kepala. Eh bila pulak orang tua ni  ada kat depan aku?
“Eh Dato, kata tak masuk hari ni?”tanyaku pelik. Eh tak silap aku Dato kata dia cuti hari ni nak temankan isterinya shopping raya.
“Owh saya sekejap je ni. Nak ambil beberapa fail kejap. Hah awak ni tak siap nak balik ke? Dah nak habis waktu ni.” Tegur Dato Hamdan. Nampak sangat dia perasan aku sibuk menaip tadi.  Sampai waktu kerja dah nak habis pun aku tak perasan.
“Aaah…tak perasan.” Aku tergelak. “Dato nak saya ambilkan fail tu ke?” tanyaku lagi.
“Eh tak ape saya boleh ambil sendiri.  Awak berhentilah sambung esok je kerja tu.  Tak pun bawak je balik rumah. Nanti boleh sambung. Saya bukan nak cepat pun minit tu.”
“Yelah Dato. Terima kasih sebab memahami.” Aku segera mengemas barang. Beg dicapai.  Aku menunggu Dato pulang dahulu. Yelah tak manis kalau aku yang keluar dari pejabat dahulu. Setelah semuanya sempurna barulah aku gerak meninggalkan pejabat.

****************************************
Hari ni genap 25 hari kita menyambut bulan ramadhan.  Bermakna lagi 5 hari akan masuklah bulan Syawal tanda kemenangan umat islam sesudah 30 hari berpuasa.  Dan bermulanya aktiviti aku untuk memeriahkan bulan syawal yang akan menjelma ini.  Hah nak tahu ape?   Ape lagi aktiviti membeli dan memboronglah di Jalan Tunku Abdul RAhman (Jalan TAR) hehheh.
 Kebetulan aku pun dah mula start  bercuti raya.  Tahun ni buat pertama kalinya aku ambil cuti sampai dua minggu. Sebabnya aku dengan Aisy dah cadang untuk beritahu keluarga kitaorang tentang hubungan cinta kitaorang. Jadi sementara tu kenalah cari idea bernas lagi hebat dulu.  Takkan nak main terjah, karang ada pulak yang kena lemah jantung.
Part paling best ialah tengok muka terkejut Dato Hamdan ketika aku memohon cuti  hari tu. Mana taknya setiausaha kesayangan yang tak pernah bercuti tiba-tiba ambil cuti panjang. Selalunya tak pernah. Paling lama pun tiga hari je. Bila ditanya aku hanya mampu tersengih dengan barisan gigi yang cantik.  Yelah takkan nak cakap ‘sebenarnya saya nak cari ilham nak bagitahu family saya yang saya nak kahwin dengan anak buah saya.’ Mahu Dato Hamdan ni fikir aku ni dah gila. Karang dikatakan aku ni sumbang mahram pulak. Seriau aku dengar!
“Aisy betul ke apa yang kita nak buat ni. Takutlah nanti diorang tak boleh terima. Kita tangguh dulu lah ye, boleh tak?” Tanyaku ketika kami baru saja selesai membeli belah.  Kami berbuka di Food court Sogo di tingkat atas.
“Aira sayang, sekaranglah masa yang paling sesuai. Masa time bermaafan ni lah kita kena luahkan semua.  Mana tahu time macam ni mereka semua faham dan boleh terima kita. Insyallahkan tiada yang mustahil dalam segalanya. Allah tak pernah sia-siakan hambanya. Sebab itulah kita kena berusaha.” Pujuk Firham.
Aku mengeluh. “Aira harap semuannya  akan berjalan lancar. Kalau tak habislah kita.” Firham mengangguk.
“Hmmm…Aira andai kata masalah kita ni macam tak boleh settle Aira nak tak..emm…”Tergagap-gagap Firham bercakap. Shoot it Firham meleret  je!
“Nak ape?” soalku.  Firham memandangku serba salah. “Kahwin lari?” bulat mataku mendengarnya. Huisykk tak pernah terlintas di fikiran. Janganlah berlaku, tak sanggup nak memalukan keluarga.
“Firham Aisy!! Awak dah kenapa? Dah tak rasional ke fikiran tu sampai nak kahwin lari.! Dah lupa maruah family kita!” Jeritku geram. Sakit je hati mendengar. Tadi beria-ia pujuk supaya sabar dan tawakal. Sekarang ape cerita!
“Aisy cuma tanya je.   Aisy pun tak nak macam tu, kalau boleh secara baik lagi bagus.  Aisy minta maaf kalau Aisy salah, sampai fikir macam tu sekali.” Luah Firham kesal.  Tak tahu kenapa dia dah terbabas fikir macam tu sekali. Kalau betul dia kahwin lari mahu malu keluarga mereka. Silap-silap kena parang pulak kepala dia dengan nenek kat kampong. Huh takot!
Aku mengangguk faham. Bukan salah Aish kalau dia dah terfikir sampai situ. Dia sendiri pun pernah rasa. Nasib baik ilmu agama masih ada kalau tak mungkin dia pun dah setuju aje dengan cakap Aish tadi.  Aku merenung semula wajah Aish yang resah. Besok kami akan pulang ke kampong. Bermulalah cerita kami sama ada kesudahannya baik atau tidak. Semoga esok akan ada sinar baru buat kami.

*************************************************
“Aira! Oi Aira!” jerit Puan Adibah dari dapur. Aku segera berlari turun. Maklumlah rumah papan. Rumah kampong atas papan bawah batu.
“Ada apa mak?” tanyaku sebaik saja kaki mencecah lantai. Aku memandang emak yang duduk menyiang ayam dan daging. Maklumlah nak buat rendang. Besok kan raya.
“Hah kau buat ape kat atas tu. Dari tadi aku panggil kau tak dengar ape? Ni ambil daging ni pergi jerang kat tungku api kat belakang tu. Rendang ni kena masak dapur kayu baru sedap. Hah tunggu ape lagi cepatlah!” bebel Puan Adibah. Aku berjalan perlahan  mengambil kuali yang sudah penuh dengan daging lada dan sebagainya.
Aku mengacau-gacau rendang. Api ku jaga agar jangan terlalu marak. Sempat juga mataku melirik pada rumah sebelah. Mana anak teruna orang sebelah ni tak nampak-nampak dari tadi?  Rindu pulak hati.
Aku tersenyum sendiri. Teringat aku wajah cemberut Aisy semalam ketika aku menolak nak balik dengannya dalam satu kereta.  Lepas tu boleh dia buat aksi gila menekan hon didepan rumah sampai semua jiran kat taman tu keluar tengok drama KL Drift dia tu.  Angin betul aku! Malu!
 Akhirnya dengan terpaksa aku mengalah dan pulang dengan dia.  Apalagi tersenyum sampai ke telingalah mamat tu.  Jenuh jugaklah aku menjawab dekat semua orang yang kereta aku rosak dan bla bla bla sebagainya.  Percaya jugaklah Mak dan Ayah. Sakit hati aku dengan Aisy tak pasal-pasal kena menipu pulak. Arghhhh!!!

“Ermm…baru nak masak rendang ke?” sapa satu suara dari belakang. Aku terus memusingkan muka memandangnya.  Lah… Razif aka sepupu terchenta!   Eh! tahun ni balik raya sini ke?  Aku memandang kiri kanan mencari Mak usu dan Pak usu adik bongsu Mak aku. Tapi tak ada pun!
“Ummi  dan Walid pergi Umrah. Tahun ni mereka raya kat sana sampai raya ke 3.   Sebab tu Mak long suruh balik sini, raya sama-sama dekat kampong.” Aku mengangguk. Tak sempat nak tanya, si Razif ni macam faham pulak soalan ape yang aku nak soal. Sixth sense ape!
“Ermm berapa lama cuti?” Tanyaku pada Razif yang duduk berhadapan dengan aku.
“Ermm  dua minggu je. Itupun kena buat sekolah ganti habis cuti nanti. Maklumlah tak lama lagi murid-murid nak exam pulak.” Aku mengangguk. Yelah cikgu sekolah  macam dia memang senang lah nak cuti lama-lama. Kerajaan kan sporting hheheh.
“Aira pun sama jugak. Wah! Nanti bolehlah kita round satu kampong ni macam masa kita kecik-kecik dulu.” Jeritku gembira. Terbayang kisah dulu-dulu  zaman panjat rambutan, mandi sungai, dan main-main kat sawah. Razif ni lah yang selalu ikut jadi peneman.  Yelah Aish dulu mana nak kawan dengan dia. Sombong bukan main mamat tu!  Kawan dia semua budak high je. Dia mana layan budak kampong. Padan muka akhirnya dapat makwe orang kampong. Akulah tu! Warghhh!!
Razif ketawa. “Aira ingat lagi. Zif ingat dah lupa dah. Maklumlah dah besar mesti dah tak layan semua tu. Tak sangka Aira masih macam dulu.”
“Alah Zif ni mana boleh lupa semua tu kenangan taw. Lagipun masa macam ni lah kita ada masa nak spend time sama-sama. Besok kalau dah kerja mesti tak ada masa lagi. Sibuk 24 jam boleh katakan.” Ujarku.
“Hah kau berdua ni sibuklah, 24 jamlah, itulah, inilah.  Rendang aku tu jangan hangus pulak. Karang sibuk bergelak ketawa rendang tu rentung pulak dikerjakan.” Bebel mak menjengah kami yang bergelak sakan di belakang.
Aku dan Razif menahan ketawa. Kelakar pulak bila kena marah ni. “Tulah Zif kan dah kena.” Kataku padanya.  Aku membaling pasir ke kaki Razif. Razif mengelak sebelum membaling batu kecil ke arahku.
“Aira lah ni nak salahkan Zif pulak.   Tulah tak cover-cover gelak tadi, Hah kan dah kena sound dengan Mak long.  Nasib tak kena cubit ketam macam dulu kalau tak merahlah lengan kita raya besok.”balas Razif. Meletus ketawa kami bila teringat kisah kenakalan kami masa kecil-kecil dulu. Boleh katakan teruk jugaklah. Aira! Aira! Nakal jugak kau ye dulo-dulo. Disebalik kegembiraan tadi ada pandangan tajam dari jauh yang memerhati. Panahan tajam yang sangat menakutkan.

*************************************************
Firham menggengam penumbuknya. Ikutkan rasa hati nak aje disedekahkan sedas dua pada Razif si Bapak saudara yang tua satu tahun dari dia dengan Aira. Razif tu lahir lambat sebab Tok usu kahwin masa umur dia dah cecah 40 sebab tu usia si Razif muda lagi. Hisykk risau Firham, buatnya si Razif tu suka dekat Aira mahu melepas dia. Dah tentu nenek setuju sepupu sama sepupu kahwin ape ada hal. Lainlah kalau macam hal dia dengan Aira tentulah ada hal. Silap hari bulan boleh kena parang dengan nenek!
“Aku kena buat sesuatu ni.” Omel Firham. Akalnya mula memikirkan rancangan.
“Abang termenung ni kenapa? Pandang apa kat belakang rumah nenek tu?” Tegur Wani satu-satunya adik perempuan Firham. Yelah mereka dua beradik je. Wani memanjangkan leher untuk melihat.
“Tak ada apelah. Tadi ada lalat dua ekor tengah gelak-gelak kat tepi tu.”dongkol Firham geram! Dia segera masuk ke dalam rumah.
 Wani pelik. ‘Lalat boleh gelak? Eh macam mana abang aku boleh nampak ni ada kuasa serangga ke abang ni, ke kena gigit dengan lalat. Kot-kot jadi LalatMan.  Hebatlah kampong ni nanti!’ Omel Wani sempat pulak dia fikir semua tu.
********************************************************
“Mak kalau kahwin saudara-mara ni boleh ke mak?” soalku memulakan bicara pada Mak ketika kami memasang langsir di ruang tamu.
Puan Adibah memandang anak gadisnya dia tesenyum. “Hah kenapa? Razif tu nak pinang kau ke?” terbatuk aku mendengarnya.  Isykk apa kes masuk Razif pulak ni? Menyimpang jauh tu!
“Hisykk mak ni merepek je.  Orang tanya je, ada kawan orang ni dia nak kahwin dengan saudara dia.  Saudara angkat dia tak silap Aira.” Aku berkias.  Aku memandang Mak menanti jawapan.
“Hmmm kalau dah suka kahwinlah. Nak tunggu ape! Besok lain pulak yang jadi budak zaman sekarang bukan boleh ditegah. Esok-esok taw-taw dah terberanak je!” Becok Puan Adibah.  Lega aku mendengarnya so kalau aku cerita nak kahwin dengan Firham nanti ada kemungkinan mak akan bersetuju.  Itu petanda baik tu! Yes!
“Tapi kan..Aira.” Aku mengangkat muka memandang mak. Tapi apa Mak? Soalku dalam hati baru nak bersuka-ria.
“Aku ni kalau boleh kalau nak bermenantu biarlah jauh sikit orangnya.  Bukan apa, bila jauh ni kot-kot ada apa-apa tak adalah bermasam muka. Lagi satu kahwin saudara ni susahlah kalau tak betul-betul nanti boleh bergaduh.”
“Maksud mak?”soalku
“Tak adalah, manalah tahu buatnya bercerai pulak. Dah ada yang bermasam muka. Itu yang tak sedap tu.” Ujar Puan Adibah.
“Jadi kalau Aira nak kahwin dengan saudara mara tak bolehlah ye mak?” berhati-hati aku bercakap.
“Tengoklah macam mana..” Puan Adibah meneruskan kerjanya.  Aku terdiam memikirkan. Tengoklah? Ada peluang ke tidak tu. Hisykk mak ni suka taw buat suspen. Macam mana ni? Boleh ke aku dengan Firham kahwin ni. Macam tak da harapan je. Warghhhh!! Rasa macam nak nyanyi lagu Hyper Act yang harapan tu je!

********************************************************

Suasana pagi raya yang sangat ceria.  Segenap rumah dihias cantik.  Biskut-biskut diletakkan di dalam balang yang berwarna-warni diceriakan lagi dengan lagu-lagu raya yang memenuhi segenap ruang rumah.   Sesudah selesai solat Aidilfitri pagi tadi, aku terus berlari ke bilik menukar pakaian.  Sengaja aku tidak memakai baju baju baru tadi.  Segan pulak aku nak ke masjid dengan baju yang berkelip-kelip penuh labuci di badan. Karang dikatakan menunjuk pulak!
“Hmmm… nasib cantik!” desis hatiku. Baju kebaya labuh warna hijau pucuk pisang ini dibeli oleh Aisy ketika mereka shopping di Jalan TAR tempoh hari.  Pada mulanya Aku memang tak setujulah nak pakai baju warna ni.  Bukan taste aku hijau ni!  Aku tetap protes raya tahun ni nak pakai warna merah! Titik!  
Tapi last-last kena jugak ambil baju ni sebabnya warna merah yang aku nak tu tak ada saiz! Warghhh nak nangis! Lebih geram si Aisy boleh buat muka ek bila beli baju tu! Huh! Sakit hati rasa nak cat je baju ni! Warghhhh!!!
“Aira !!cepat keluar ni.  Semua dah ada kat luar ni. Kau buat ape kat dalam tu! Cepat!!”Hampir nak gugur jantung dengar suara mak yang nyaring tu. Aku segera keluar dari bilik.
Betullah kata mak semuanya sudah berkumpul dekat depan. Biasalah sesi bersalaman dan tangkap gambar sekejap lagi.  Selalunya macam tulah kalau dah berkumpul ramai-ramai ni. Masa ni lah boleh berbual panjang.   Aku mengukir senyuman kepada semua yang berada di depan. Mataku tertacap pada Firham yang duduk bersila di sebelah Razif. Matanya tidak berkelip memandang aku. Adoi Aisy malu saya taw awak pandang saya macam tu! Mulalah tu gedik aku datang! Menyampah!
Aku jalan sambil tunduk sebelum duduk di sebelah anak-anak buahku.  Sempat juga aku memandang Razif yang tersenyum ke arahku. Aku membalas kembali.  Tapi tak lama mana pun sebab Si Firham dah cantas dengan renungan tajam dia. Aku memusingkan muka. Huh tak boleh nak ber eye mo sikit ada aje yang dengki. Huh! jealouslah tu ada yang minat dekat aku hahhahha. Lepas ni aku nak tangkap gambar sebelah Raziflah biar rentung si Firham ni tengok muehhehehhe.
“Wah! Cantiknya Usu baju ni. Sesuai dengan Usulah” tegur Fatihah anak Abang Nazmi, Abang aku yang ke dua. Senyum ke telingalah aku. Orang puji takkan nak mengeji kan heheheh.
“Aahlah Tihah. Cantik baju ni tapi kan… macam berjanji pulak dengan Ucu Razif samalah warna dia. Usu dengan Ucu beli tempat yang sama ke?” soal Wani. Aku terdiam. Cepat-cepat aku memandang baju Razif.  Betulah sama color ni! Aisey man! Macam mana boleh sama ni? Kenapa aku tak perasan tadi? Isykkk patutlah Firham macam tak puas hati je bila tengok aku senyum kat Razif tadi. Warghhhh bukan salah aku kan!
“Eh tak lah.  Tak tahu macam mana boleh sama. Kebetulan je ni…. kan Zif?” cepat-cepat aku memandang Razif minta pengesahan.
“Aaah…tapi Aira memang nampak cantik sungguh dengan baju ni.  Pandai Aira pilih.” Puji Razif. Malu aku mendengar pujiannya.  Bangga gitu! Kan En Aisy? Aku memandang wajah Firham.  Ya Allah merahnya muka dia, macam marah je. Habislah Aisy dah berasap! Aku tersengih.
Isykk sibuk dok puji diri sampai terlupa nak puji pakwe sendiri. Wah! Handsomenya Firham pagi ni. Baju melayu dia pun sama warna dengan aku cuma warnanya kurang menyerlah dari warna baju kebaya aku ni.  So no wonderlah tak ada pulak yang nak padankan aku dengan Firham, walhal aku rasa aku dengan Firham memang serasi kalau dipadankan heheheh.
“Abang Aisy kenapa dari tadi asyik pandang Usu je? Abang Aisy pun rasa Usu cantik ye hari ni?” Soal Wani lurus.   Ternanti-nanti aku nak dengar jawapannya.  Ok Sarah besarkan telinga menanti pujian. Ceh!
“Tak ada maknanya cantik.  Tak sesuai langsung, nampak sangat kekampungan.  Sesuailah dengan dia.” Jawab  Firham selamba.  Berdesir mulut aku mendengarnya. Excuse me awak yang beli baju ni untuk saya. So awaklah kekampungan. Aku membesarkan mata memandang Aisy. Siap dia nanti!
“Ok semua budak-budak, cepat ambil gambar satu keluarga.” Abang izzat memberi arahan. Aku segera bangun dan berdiri. Hmm nak berdiri sebelah siapa ye?   Mak dan Abah? Dah penuh dengan cucu-cucu dia.  Yang lain dah ada pasangan pulak. Firham? Tak payah tadi dia dah kutuk aku.  Hah Razif kosong! Huh! jeling aku pada Firham. Aku segera berjalan menuju ke arah Razif. Belum sempat aku nak pergi tanganku di tarik oleh Firham supaya berdiri di sebelahnya.
“Berdiri dekat sini jangan nak gatal-gatal dengan orang lain.” Bisik Firham tegas. Menjeling aku memandangnya. Aku gatal! Sorry sikit bukan cara aku tu. Huh jealous!
“Ok semua senyum….” Aku dan Firham tersenyum.  Sempat juga mata kami bertaut. Al maklumlah jeling menjeling. Wah sweetnya tak sabar nak tengok hasilnya.  Gatal!
Sesi bergambar berjalan dengan lancar.  Banyak foto yang dirakamkan.  Tapi yang tak boleh tahan muka sakit hati Aisy bila aku disuruh bergambar berdua dengan Razif.  Apalagi sakitlah hati mamat tu. Tambah bengkak bila Along ibu si Aisy puji aku dengan Razif secocok.  Boleh semua bayang tak macam mana merahnya muka Aisy mendengarnya.  Aku nak tergelak pun ada tapi kena tahanlah takut dengan Singa jantan ni. Garang + cemburu wei heheh.
*************************************************
“Aisy dah seminggu kita kat kampong.  Bila Aisy nak bagitahu family kita?” Soalku ketika kami berada di sawah.
“Sabar ye Aira. Aisy tengah cari masa ni.” Aku mengeluh.  Bilakah masa itu?
“Aisy jangan lambat-lambat. Nanti Mak kahwinkan Aira dengan Razif baru tahu.” Sengaja aku membakar Firham. Dia kan pantang kalau dengar nama Razif.
Firham mencebik “ Dah lah tak payah nak buat cerita, macamlah Aisy tak tahu yang Aira dengan Razif tu kawan baik sejak dari kecil. Razif tu pun dah ada kekasih hati. Cikgu lagi! Janganlah Aira mimpi nak kahwin dengan dia. Tak ada lelaki yang boleh tahan dengan perangai manja Aira tu selain Aisy. Hanya Aisy je yang boleh duduk di hati Aira.” Firham ketawa megah.  Huh! perasan. Aku mencebik.  Tapi memang pun. Warghhhh!!! Sadis betul!
Aku memalingkan tubuh. Menyampah! Aku berjalan perlahan-perlahan menyelusuri tepi sawah.  Cantik suasana petang macam ni.  Kampung memang mendamaikan, lihatlah pemandangannya saja sudah mampu mententeramkan jiwa setiap insan. Macam tengok muka Firham jugaklah muehehhe! Rahsia taw, nanti dia ek pulak. Hehehehe.
Wah! rasa bangganya ada kampong sendiri.  Mulalah aku nak nyanyi lagu anak kampong nyanyian One Nation Emces. ‘Aku anak kampong tiada pelajaran memang tidak padan. Yo!
“Arghhh ape ni!!” terhenti nyanyian aku.  Lumpur di muka aku sapu.  Gerangan siapakah yang telah melemparnya.  Aku memandang tajam wajah di depanku. 
Firham tersengih sambil mengangkat tangan tak sengaja. Arghhh!! Aku tak kira mesti kena balas. Okey here we go..Aku segera mengaut lumpur.  Firham melompat dan terus berlari ke tengah sawah.  Aku mengejar Firham.  Tengelam kaki kami di dalam lumpur.  Argh aku tak peduli! Fire!  Aku segera membaling lumpur. Berdas-das lumpur aku baling, Firham pun tak mengalah dia membalas serangan aku.  Habis muka dan baju kami. Kami ketawa dan meneruskan aksi mengila di tengah sawah padi. Terasa bahagia saat itu hilang segala kerusingan kami sebentar tadi.
Aku dan Firham lelah. Kami berhenti berehat di tepi tali air membersihkan lumpur di baju dan muka.  Aku memandang kearah matahari yang hampir nak tenggelam.  Indahnya ciptaan Allah semuanya mendamaikan. Tenang.
“Subhanallah… cantiknya.” Bisik Firham. Aku mengangguk dan memusingkan muka memandang Firham.
Firham sedang memandang wajahku, mata kami saling bertatapan.   Aku memandang mata Firham. Cantiknya! Ada sesuatu di matanya. Aku lihat wajahku di matanya.  Aku kaku.  Firham memandang aku dia juga terdiam sepertinya dia menghayati dan menghargai saat-saat begini.  Benarlah cinta kadang-kadang tidak perlu dilafaz tapi cukuplah dapat dirasakan dalam hati. Inilah perasaan kami saat ini.

************************************************************
“Aisy..termenung jauh nampak.  Ingatkan siapa? Anak dara sebelah ke?” tegur Puan Najimah. Firham pelik memandang ibunya.  Dalam pertanyaan itu.  Adakah ibu dah tahu sesuatu? Fikir Firham.
“Ermm.. ape yang ibu cakap ni.  Mana ada ingat sape-sape.” Sembunyinya.   Puan Najimah tersenyum tahu sangat dia yang anak lelakinya ini berbohong.  Macamlah dia tidak perasan selama ini yang si Aisy ni selalu mencuri pandang pada adik angkatnya Aira.  Mata tuanya dapat saja membaca riaksi badan mereka berdua.
Mulanya dia ingatkan Aira dengan Aisy tu cuma berkawan rapat saja.  Biasalah anak buah rapat dengan Makcik. Lebih-lebih lagi umur mereka yang sebaya, mudahlah serasi. Tapi rupa-rupanya ada maksud tersirat dalam keakraban mereka.    Nak terjojol jugaklah mata dia tadi melihat budak berdua tu bergurau senda dekat bendang.  Siap buat drama Hindustan lagi kat tengah bendang. Sabar je lah!
Nasib Maknya Puan Adibah tak nampak, kalau tak tahulah nak cakap.  Takut nak fikir kalau tahu kat emaknya yang cucunya main cinta dengan anak angkat dia. Mahu sakit jantung orang tua tu!

“Aisy jangan nak tipu ibu.  Berdosa tahu.” Saja Puan Najimah menguji anaknya. Firham serba salah. Dia yakin ibunya sudah mengetahui sesuatu.
“Ibu…emm…Aisy…Aisy…err…”
“Errr..ape!!” sergah Puan Najimah. “Suka Aira!”jerit Firham terkejut dengan sergahan ibunya.
Puan Najimah menggelengkan kepalanya.  Nak marah tak sampai hati. Nak buat macam mana kalau si anak dah berkenan dengan anak dara sebelah rumah. Tak jadi masalah kalau Aira jadi menantu dia. Cuma itulah Emaknya Puan Adibah mahu ke menerima Aisy jadi menantu.  Eh bukan, Cucu menantu! Tak dapat nak dibayangkan reaksi emaknya nanti. Mahu ada yang mati!
“Kamu berdua dah betul-betul suka ke?” tanya Puan Najimah. Firham mengangguk.
“Aisy dah jatuh sayang dengan Aira ibu.  Aisy nak kahwin dengan dia.   Ibu…. tolong pinangkan Aira untuk Aisy.”  Firham mengeluarkan sebuah kotak cincin di dalam poketnya. Cincin ini dibelinya ketika outstation bulan lepas. Disimpan dahulu untuk saat-saat yang sesuai. Aira pun tak tahu.   
Bulat mata Puan Najimah  memandang Firham.  Anak terunanya ini sungguh-sungguh hendak berkahwin rupanya.
“Aisy tahukan nenek macam mana?”soal  Puan Najimah. Risau dia.  Firham mengangguk lemah.
“Ibu pujuklah nenek tu. Tolong ye ibu?” Puan Adibah mengusap rambut anak lelakinya. Tak sampai hati menolak. Lebih-lebih lagi bila si Firham dah lentok dekat riba dia. Pandai Firham provoke ibu dia. Yelah ibu mana yang tak sayang anak kan.
“Baiklah bagi ibu cincin tu.  Besok ibu pergi pinang Aira untuk kamu.”Firham memandang mata ibunya mencari kepastian apa yang didengar tadi.
“Betul ibu..sungguh ni. Alhamdulillah. Sayang ibu.” Firham segera memeluk. Tersengih Firham.
“Eh nanti-nanti.  Ibu pergi pinang aje.  Terima tak terima kita tak tentu lagi.  Sekarang ni Aisy pergi masuk buat solat, doa banyak-banyak biar lembut hati nenek besok.” Firham mengangguk dia segera masuk ke dalam rumah. Tak sabar nak beritahu berita gembira pada Aira. Walaupun besok masih tak diketahui tapi dia yakin mesti ada sinar untuk ceritanya nanti.
Puan Najimah menggelengkan kepala melihat gelagat anak terunanya. Sah! Si Anak buah ni dah tangkap cinta dengan makcik sendiri. Nasib Mak cik angkat kalau betul mahu gila dibuatnya.  Cincin di tangan dipegang.  Dia segera masuk. Suaminya harus dikhabarkan terlebih dahulu.

*****************************************************************
“Ape Long? Kau dah gila ape!!” Suara nyaring Puan Adibah bergema segenap rumah. Hampir terpelanting sudu yang aku nak guna untuk mengacau air.
“Betul Mak.  Aisy sendiri yang bagitahu saya. Dia sungguh-sungguh Mak.”Beritahu Puan Najimah. Puan Adibah mengurut-urut dadanya. Terkejut dia dengan berita yang diterimanya.  Nasib dia tak ada sakit darah tinggi kalau tak mahu pitam dekat sini.
“Aira! Aira! Keluar sini! Ape cerita semua ni!!” Jerit Puan Adibah. Aku perlahan-lahan keluar dari dapur aku menundukkan muka. Takut melihat Mak yang dah menyinga”
“Cuba kau bagi tahu kat aku Aira.  Betul kau dengan Aisy bercinta? Cakap Aira!!” Soal Puan Adibah. Aku cuba menyusun kata. Errrr ape…aku nak cakap. Tak ape alang-alang dah tahu baik cerita semua.
“Betul nenek,  Aisy dengan Aira memang bercinta.  Kami baru sedar yang kami memang suka satu sama lain nenek. Tolonglah nenek restukan kami.  Lagipun Aisy boleh berkahwin dengan Aira. Kami bukan Mahram.” Terkejut aku mendengar suara Firham yang tiba-tiba muncul. Puan Adibah mengurut-urut dadanya lagi. Tajam dia memandang Aku dan Firham. Mahu ditelannya kami berdua.
“Betul kau suka dengan Aisy ni Aira? Betul kau nak kahwin dengan dia?” bertubi-tubi soalan ditanyakan. Aku tergagap-gagap. Lemah lutut aku. Aku mengangkat muka memandang Emak, Along dan Firham.
“Betul Mak.  Kami dah janji nak kahwin Mak. Aira minta maaf kalau Aira salah sebab tak bagitahu cerita sebenar dekat Mak sebelum ni.” Aku menanggis. Selebihnya rasa takut menguasai diri.
Puan Adibah merenggus marah “Aku ingatkan si Razif tu yang kau suka! Rupa-rupanya si Aisy cucu aku ni yang kau berkenan. Patutlah kelmarin sibuk mulut kau tanya nak kahwin saudara. Mati-mati aku ingat si Razif tak terfikir pulak aku si Aisy ni! Hah patutlah hari tu balik berdua kononnya kereta tu rosak. Sebenarnya tidak. Betul tak?” soal Puan Adibah lantang.
Aku dan Firham mengangguk perlahan.
“ Ya Allah…Aira dah tak ada lelaki lain ke kau nak jadikan laki!  Budak Aisy ni je yang kau nampak!” Puan Adibah  menggelengkan kepalanya.  “Kau pun sama Aisy!  Dah tak ada orang lain kau boleh suka? Aira ni jugak yang kau berkenan.” Firham dan aku menundukkan muka. Pedih betul kata-kata yang dilemparkan emak. Kami diam.
“Awak ni Dibah, kita nak buat macam mana kalau budak berdua ni dah suka sama suka. Lagi pula tak salah kalau mereka berdua ni nak kahwin. Tak dosa pun!” Sampuk Pak Mat yang baru masuk. Nampaknya ayah pun dah tahu perkara ini.  Rileks je Ayah siap boleh duduk lagi.
Mencerlung Puan Adibah memandang suaminya. Dia kembali memandang kami berdua.
“Saya bukan ape bang.  Nanti apa kata orang kalau budak berdua ni berkahwin.  Lagi satu esok kot dia dua ni dapat anak, apa nak dipanggilnya kita nanti?” Isykk mak ni kesitu pulak. Aku pun tak fikir lagi!
“Alah benda tu toksah nak difikir lah, panggil apa pun tak kisah janji baik-baik panggilannya.   Depa dua ni bukan nak buat tak baik, nak nikah! Lagipun mulut orang bukannya boleh kita tutup. Kalau dah nak mengata, mengata jugak!  Yang penting kita tahu apa yang salah dan betul.   Jodoh ajal dan maut  semua  Allah S.W.T yang tentukan.  Dah begini takdir dia berdua.  Kita sebagai orang tua kenalah redha. Awak dah lupa janji kita dekat arwah Fatimah dan Shamsul dulu.   kita kan dah janji nak jaga Aira dengan baik. Awak sanggup ke tengok Aira tak bahagia, kot kita suruh kahwin dengan orang lain!” Aku menanggis mendengar Ayah yang membela kami.  Sungguh aku terhutang budi pada Ayah sekeluarga.
Puan Adibah merenggus. “Kau macam mana Long setuju nak kahwinkan budak dua ni.?” Tanya Puan Adibah pada Puan Najimah. Aku dan Firham berpandangan.
“Saya tak kisah Mak, saya suka Aira kalau jadi menantu saya.  Bahagia mereka bahagia juga saya.”  Puan Najimah tersenyum memandang aku dan Firham.
Puan Adibah merenggus.
“Baik kalau semua dah sepakat.   Mak setuju kalau betul kau berdua nak bernikah. Lagi cepat lagi bagus.”  Aku dan Firham berpandangan. Betul ke aku tak salah dengar ke tadi?  Aku memandang Mak semula.
“Ape tak percaya aku setuju. Karang aku tarik balik baru tahu!.”gertak Puan Adibah. Menjeling memandang kami.
“Eh percaya-percaya.”serentak aku dengan Firham mengiakan. Sumpah! Sejak bila mak dah pandai main gertak-gertak ni. Confius aku.  
Firham memandang nenek dan datuknya “Jadinya bulan depan bolehlah Aisy dan Aira nikah ye Mak, Ayah?” soal Firham Aisy tersengih dia memandang nenek dengan panggilan barunya. Bulat mata Puan Adibah dan Pak Mat memandang.  Segera aku mencubit Firham. Gatal!

“************************************************************************
Aku duduk di birai katil. Bau haruman bunga-bunga memenuhi segenap ruang bilik. Katil yang berhias indah dengan taburan kelopak bunga mawar merah menambahkan lagi seri di bilik pengantin.  Aku tersenyum bahagia sambil merenung cincin di jariku.  Alhamdulillah semuanya sudah selamat  diantara aku dan Firham. Tak dapat aku gambarkan bagaimana perasaanku ketika ini.
Firham membuka pintu bilik, kelihatan tercungap-cungap nafasnya.
“Apesal ni?”soalku pelik. Firham segera masuk dan duduk sebelahku.  Dia memandang aku sambil bersandar di birai katil.
“Aisy lari tadi.  Sengaja je saudara-mara  kita semua pedajalkan Aisy. Dengkilah tu!” Aku tertawa.  Tahu sangat kalau kenduri kahwin kat kampong ni selagi pengantin lelaki tak cuci periuk belanga selagi tu lah tak boleh lepas. Lebih-lebih lagi pengantin lelaki tu Aisy saudara mara sendiri, lagilah teruk diorang kenakan!
“Sampai hati sayang ketawakan.” Aisy muncung memandangku. Alah merajuk laki aku! Sape nak pujuk ni? Akulah!
“Alah Aisy ni baru cuci sikit dah nak bising. Lagipun adatlah tu.” Aku berbaring di riba Firham.  Sengaja nak bermanja. Bahagianya!
Firham memandang aku dengan mata yang mengoda. Dia tersengih melihat aku yang berbaring di ribanya. Firham menundukkan mukanya padaku. Sebelum bibirnya hinggap di pipiku.
Cepat-cepat aku mengelak ke tepi katil menjauhkan diri.  “Isykk Aisy ni gatallah..”Aku jadi malu sekejap.
“Alah tu mukadimah baru. Warming up.” Firham tergelak.  Firham mendekatkan lagi dirinya padaku. Aku memusingkan badan.   Aku menutup mata menanti debar .  Sesaat, dua saat tiada apa-apa.  Aku membuka kembali mata .  Bunyi dengkuran halus kedengaran di sebelahku. Aku memusingkan badan. Ceh! Penat aje aku feeling dia boleh tidur!
Alahai kesiannya suamiku, wajah penatnya aku usap. Aku memeluk tubuhnya.  Akhirnya berakhirlah konflik status kami ni.  Selepas ini tak bolehlah aku nak update Status Cinta Makcik dan Anak Buah kat Facebook lagi.  Kami pun dah selamat berkahwin.  Hehhe lepas ni nak update kisah suami tersayang pulak.  Barulah ada kelassss!!
Aku memejamkan mata.  Aku berdoa semoga hubungan ini akan berkekalan hingga ke akhirnya. Semoga Allah S.W.T melindungi perhubungan kami ini.   Ya Allah…terima kasih atas nikmatMU ini. Sesungguhnya JanjiMu itu pasti untuk setiap hambanya…Alhamdulillah…




2 comments:

Ian asynata said...
This comment has been removed by the author.
ada said...

Best..

Post a Comment

About Me