topbella

Tuesday 31 December 2013

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 17


Assalamualaikum..ni entry yang baru..pendek je.  harap semua suka.... . Hmmm jangan lupa comment taw he he he... sayang korang semua..... Ehhh...lupa nak ucap something....

"HAPPY NEW YEAR!!!!...."  


###########################################

BAB 17


Sebaik sahaja memasuki kawasan perumahan di dekat Country Height Damansara,  Mr Playboy mula memperlahankan kereta.   Dia memberhentikan keretanya di depan sebuah rumah Banglo dua tingkat.  Mak aiii!! Besar giler rumah-rumah dekat sini.  Perumahan orang-orang kaya ni! Aku menelan air liur. 

Pintu pagar automatik mula terbuka. Mr Playboy mengerakkan kereta kedepan,  memasuki perkarangan rumah tersebut.

“Jom turun.”ajak Mr Playboy sebaik saja memberhentikan kereta.

“Hah turun?   Eh tak apalah, aku tunggu dekat sini je lah.  Kau pergilah ambil barang kau cepat.” Tolakku.  Segan pulak nak masuk rumah ni.  Memang mewah betul, rumah papa pun kalah! Kolam renang dekat tingkat atas tu! Dasyat!

“Dah jangan kau nak mengada-ngada.  Mummy aku ada dekat dalam tu, sekurang-kurangnya jumpalah mummy aku dulu. Cepat turun sebelum aku pikul kau bawa depan mummy aku nanti.” Tegas suaranya memaksa aku.

Aku mendengus geram.  Dia ni suka paksa orang. Benci!

Aku cepat-cepat keluar dari kereta.  Bukan boleh percaya Mr Playboy ni buatnya betul-betul dia dukung aku depan mummy dia macam mana?  Naya hidup aku nanti.  Aku mengikuti dia dari belakang.   Mr Playboy membukakan pintu rumah dan mempelawa aku masuk.  Terpegun mataku bila melihat hiasan dalaman rumah ini.  Betul-betul berkonsepkan moden kotemporari.   Aku mengikut Mr Playboy menuju ke ruang tamu yang berada di bahagian tengah rumah.

“Assalamualaikum mummy….” Mr playboy memberi salam pada seorang wanita berusia yang duduk di kerusi. Nampak elegan wanita itu.  Gaya seorang wanita korporat.

“Waalaikumusalam…Afriel!” jawab wanita itu.  Mr Playboy mendekatinya dan menyalami wanita itu.  Pastilah itu mummy dia kan!   Aku memerhatikan dua beranak ini, nampak mesra sekali mereka.  Ingatanku terus teringat pada arwah mama.  Aku sebak.

Mummy Mr Playboy kemudian memandang aku yang berdiri dari tadi.  Dia memandang Mr Playboy semula.

“Siapa ni Afriel…cantiknya!!” kata mummy Mr Playboy.

“Owh! Ni Mia Qaisara , anak Dato Khusyari.”

Aku tersenyum mengangguk dan terus menyalaminya. 

“Apa khabar Tengku?”ucapku.

“Panggil Mak Engku saja sayang.” Ucapnya. Aku menganguk.

Mummy Mr Playboy terus memeluk aku, dia mencium pipiku.  Terharu, rasa bahagia bila dipeluk oleh seorang ibu.  Aku cuba mengawal perasaan sebak.

“ Oh ini rupanya anak perempuan Khusyairi yang baru balik belajar tu?  Ya Allah cantiknya.. Baru hari ni mummy berpeluang jumpa Mia.  Lebih cantik dari dalam gambar.  Duduklah Mia jangan berdiri saja.” Pelawanya ramah.

Bila pulak Mak Engku ni tengok gambar aku?  Aik pelik ni?  Aku tersenyum ke arah mereka dan duduk.  Mr Playboy dan Mak Engku duduk berhadapan.   Mak Engku tersenyum memandangku.  Terasa segan pula tiba-tiba diri ni bila diperhatikan orang.  Nervous!

“Kenapa Afriel  tak cakap nak bawa Mia datang sini, kalau tak boleh mummy masak special sikit makan tengahari ni.  Mia mesti belum makan lagi kan. Makan sini ye?” Tanya Mak Engku.

Aku mengangguk lepas tu mengeleng.  Eh apa yang aku buat ni!

“Errr….Tak apa Mak Engku, Mia dah makan tadi dekat rumah. Tak payah susah-susah.” Ujarku tergagap-gagap. 

“Alah tak susah pun, lagipun memang nak makan tengahari kejap lagi.  Makan sikit ye sayang.” Pelawanya lembut.

Aku serba-salah.  Aku memandang Mr Playboy yang duduk disebelah mummynya.  Dia menganggguk padaku isyarat menyuruh aku menerima pelawaan itu. 

 “Baiklah Mak Engku…”

“Alhamdulillah…kejap lagi kita makan ye.  Oh ya…Tadi Mia dan Afriel dari mana?”

“Dari tempat main golf….” Jawab  Mr Plaboy selamba.

“Main golf?  Ya Allah… Afriel kenapa bawak Mia dating dekat padang golf?  Tak ada tempat lain ke nak bawak.  Tak romantik betul kamu ni.” Marah Mak Engku pada Mr Playboy. Berkerut dahinya memandang wajah Mr Playboy.

Dating? Eh Mak Engku ni dah fikir ke lain pulak.  Aku dan Mr Playboy dating?  Eiiiii seram!

“Kami bukan datinglah Mak Engku, kebetulan saja kami jumpa dekat situ.  Lagipun tadi Mia pergi dengan Papa.  Tiba-tiba je papa ada hal tadi.  Tu yang Mia tumpang Tengku Afriel nak balik rumah.” Jelasku mengelakkan salah faham.

Mak Engku tersenyum.  “Yelah tu… Mak Engku faham orang-orang muda ni.  Mak Engku pun macam kamu jugak malu-malu.”

Aku tersenyum kelat.  Susah nak cakap macam ni.  Aku cakap betul-betul, tak percaya pulak.  Ia kan saja lah.  Kita kena hormat ibu kan.

“Dah berapa lama Mia balik dari UK ni?”

“Baru je tak sampai sebulan, Mak Engku.”

“Lah…ye ke, baru je lah lagi.   Macam mana kerja dekat office? Seronok?    Afriel ada buli Mia tak? Kalau ada cakap dengan Mak Engku, biar Mak Engku cubit dia ni.” Mak Engku ketawa kecil memandang Mr Playboy di sebelah.

‘Ada Mak Engku, dia jahat.’ Dalam hati je lah.  Aku memandang Mr Playboy yang tersenyum sinis menanti jawapan aku.  Aku  tersenyum kembali memandang Mak Engku, kepala aku gelengkan.  Aduh! betul-betul plastik pulak.  Padahal boleh runtuh banggunan syarikat tu kalau kami bergaduh.

“Isykk!! Mummy ni sibuk je nak tanya itu ini. Malu dah orang tu.   Tengok muka dia dah merah tu.” Usik Mr Playboy.  Seperti tak percaya je dia mengusik aku depan mummy dia.  Tapi dalam hati, rasanya nak je aku sepak dia.  Suka hati dia je kenakan aku depan mummy dia.

“Mak Engku…makanan tengahari dah siap.” kata seorang pembantu yang baru muncul.

“Jom Mia kita makan tengahari.  Tapi hari ni lauk biasa-biasa saja.  Tak special mana pun.”

“Tak apa Mak Engku, Mia makan apa saja.  Tak payah susa-susah.”

Mak Engku memimpin tanganku menuju ke ruang makan.  Bulat mataku sebaik sahaja melihat hidangan yang tersedia.   Mak aii!!! Banyaknya…ini ke yang Mak Engku kata tak special.  Aku menelan air liur melihat sambal udang, ayam goreng, kangkung goreng, ikan patin masak tempoyak pun ada.

“Duduk Mia. Jangan malu-malu.  Afriel tarik kerusi tu untuk Mia.”
Mr Playboy menarik kerusi mempelawa aku duduk.  Aku memandang dia, teragak-agak untuk duduk.  Gentleman pulak dia hari ni kalau tak macam hampas je.  Nak berpura-pura baiklah tu depan Mak Engku

“Terima kasih.” Ucapku padanya. 

“Sama-sama.”

 Aku dan Mr Playboy duduk bersebelahan. Mak Engku duduk setentang dengan kami.

“Jemput makan Mia, lauk-lauk biasa je ni.” Jemput Mak Engku.

Aku tersenyum mengangguk.  Aku menyenduk sambal undang ke dalam pinggan.  Aku tunduk dan makan. 

Mr Playboy mengambil sepinggan ayam goreng.  Dia hulurkan padaku.  Aku menggeleng.  Dia mencebik. 
 Dia hulur lagi.  Aku geleng.  Dia akhirnya mengalah dan mengambil seketul ayam yang besar dan meletakkan dalam pinggannya.

“Mia tambahlah lagi kenapa sikit sangat ambil nasi tu.  Lauk-lauk ni ambil.  Jangan malu-malu makan dekat rumah Mak Engku.”

“Tak adalah Mak Engku, Mia makan sikit je selalu.”tolakku segan.
Mr Playboy ketawa sinis.  Aku mengerutkan dahi menoleh padanya. “Ye ke makan sikit..Macam tak percaya je.    Alah sebenarnya, mummy dia malulah tu.  Dia ni kuat makan.  Hari tu masa Iqi belanja makan dekat luar, bertambah-tambah dia makan.  Siap bungkus bawa balik lagi. Kan Mia?”  Aku menjelingnya tajam.  Dia ni memang menyakitkan hati betul lah.

“Ye ke? Alah... Mia janganlah malu.  Makan saja sayang.”

“Eh tak adalah Mak Engku, Tengku Afriel ni buat cerita saja.  Dia tu yang makan banyak, nak cakap kita pulak.” Jelingku. 

“Kenyataan!   Kau memang kuat makan, tak payah nak malulah.”

“Mana adalah!” Geramku tak mahu mengalah.

“Ada….”  Ujarnya.

“Dah-dah, makan.  Jangan gaduh depan rezeki tak baik.” Tegur Mak Engku, mungkin pening melihat tingkahku dan Mr Playboy.

Aku menjeling Mr Playboy, nasib dekat rumah dia.  Kalau dekat rumah aku siap dia aku kenakan.  Aku tunduk diam dan makan.  Tiba-tiba Mr Playboy meletakkan seketul ayam dalam pinggan aku.  Eiii….dia ni!  Aku mengambil semula dan meletakkan dalam pinggannya balik.  Tak hingin!

*****************************************

“MUMMY Afriel naik dulu lah ye.  Nak ambil barang kat atas. Mummy dengan Mia berbual-bual lah dulu.” Ujar Mr Playboy sebaik sahaja kami selesai makan.

Mr Plaboy naik ke tingkat atas meninggalkan aku dengan Mak Engku di ruang tamu.  Aku  berbual-bual dengan Mak Engku dari hal keluarga sampailah ke hal-hal wanita. Peramah Mak Engku ni.  Macam-macam juga dia cerita dengan aku.  Baru aku taw yang Mr Playboy tu anak tunggal.  Patutlah manja semacam je dengan mummy dia.  Anak manja! Huh!

“Mia lain kali datang sini bagi tahu Mak Engku awal-awal. Nanti Mak Engku masak special sikit..” Pelawa Mak Engku.  Beriya-iya dia mengajak aku.

“Tak payahlah susah-susah Mak Engku.”

“Tak ada susahnya.  Mak Engku suka Mia datang sini selalu.  Kalau macam tu minggu depan Mak Engku suruh Afriel bawak Mia.  Boleh Mia kenal dengan Daddy Afriel sekali.  Kita buat makan-makan sikit.  Jadi tau.”

“Minggu depan?” soalku.   Ah sudah! Mak Engku ni banyak pulak plan dia.  Habis aku!

“Aaah… minggu depan.  Hari ahad.   Boleh kan  Mia.” Aku serba salah, tak sampai hati nak menolak.  Aku mengangguk bersetuju.

“Insya-Allah…” ujarku.  Mataku terus melilau-lilau mencari Mr Playboy.  Mana dia ni? lagi lama aku tunggu sini, lagi bermacam-macam rancangan mummy dia.  Dah lah aku ni jenis tak sampai hati nak tolak permintaan seorang ibu.  Karang dioffernya pulak jadi menantu macam mana? Eiiii mintak simpang.  Mr Playboy dengan aku?  Mrs Playboy?   No Way!!!




Sunday 29 December 2013

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 16

BAB 16


Hari ini adalah hari minggu, hari dimana semua orang tidak bekerja.  Termasuk aku!  Dari pagi tadi aku asyik mundar-mandir di hadapan ruang tamu. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan.   Entah kenapa hari ni aku berada dalam ‘mood bosan’.  Apa yang aku buat dari tadi semua serba tak kena saja.

Nak berbual-bual dengan papa, nampak papa macam sibuk je kat bilik bacaan dari pagi tadi. Mungkin ada kerja penting yang perlu diuruskan.  Yang si  Abang pulak asyik memerap je kat dalam bilik, entah apa dia bertapa dekat dalam tu, tak tahulah. Tak keluar-keluar dari pagi!   Langsung sikit pun dia tak peduli dekat adik dia yang bosan ni.  Sadis betul!

Aku mengeluh panjang.

Memikirkan tak ada kerja pejabat pada hari ini mengingatkanku pada Mr Playboy.  Bila mengingati dia saja,membuatkan hatiku semakin bertambah sakit. Mana tidaknya sepanjang seminggu aku bekerja, ada saja hal-hal yang menyakitkan berlaku.  Boleh dikatakan teruk-teruk juga aku dikenakan oleh dia.

Rasa menyesal pulak pergi tanya dekat dia, ada ke dia sentuh pipi aku masa kejut aku hari tu.  Bukan apa dah dekat pecah kepala fikir benda tu, yelah nak tahu realiti ke fantasi.   So esoknya aku decide lah tanya Mr Playboy kot-kot betul pulak dia kan.  Aku pun pergilah tanya.  Nak tahu dia kata apa!

“Well kau jangan nak perasan boleh tak.  Ingat aku ada selera ke nak touch pipi kau.  Buat kotor tangan aku je. Tolong jangan nak perasan sendiri boleh tak.” 

Tu ayat pertama dia, dah pun berbisa.  Hampir terpana aku sekejap.  Mahu saja aku sepak-sepak mulut dia masa tu.  Tapi aku cool je.  Tapi tak cukup itu aje, ada lagi tambahan ayatnya yang lebih menyakitkan hati.

“Hmmm….entah-entah semalam tu, kau pura-pura tidur ye.  Mesti kau cuba nak goda aku kan.  Taktik kau tu dah tak laku lah sekarang ni.  Dah biasa!  Aku tak tertarik sikit pun. Lain kali kau usaha lebih sikit, mana tahu bertuah pulak nanti.”

Hampir saja tangan aku mahu naik ke muka dia masa tu.     Eiiiii!!! Geram pulak aku dengar mulut dia yang puaka tu.  Bukan saja puaka malah perasan pulak lebih.  Ingat aku ada hati ke nak goda dia.   Tolong sikit bukan cara aku nak goda lelaki macam tu, lebih-lebih lagi si Mr Playboy.  Tak rela!

Aku terus keluar je dari bilik dia.  Tak sanggup nak dengar lagi tuduhan tak berasas dan merepek dari dia tu.  Betul-betul menyesal aku pergi tanya dia.  Akibatnya sepanjang hari aku bad mood. Sampai Reena pun kena marah dengan aku.  Benci! Benci! Kalau boleh nak je aku jerit dekat depan dia yang aku memang benci dengan dia. Eiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!

Aku menghentikan lamunan yang jauh tadi.   Aku kemudian duduk disofa memerhati sekeliling.  Hmmm…. nak buat ape ye?  

"Hah..apa kata aku tengok tv, harap-harap adalah cerita best." ujarku.    Aku segera mengambil remote control dan menekan seluruh chanel tv yang ada.    Akhirnya  satu drama melayu dari salah satu channel, menarik perhatian aku.   Mataku terus khusyuk menonton drama tersebut. 

Sedang aku asyik menonton, aku melihat Pak Mat sedang sibuk membawa sesuatu.  Aku mengamati benda yang disandang di bahu Pak Mat.  Beg golf!

“Pak Mat nak buat apa dengan beg golf tu.  Pak Mat nak main golf dekat taman depan ni ke?” usikku sambil ketawa. 

Pak Mat tersenyum “Takkan lah Pak Mat nak main golf, pegang kayu golf pun tak reti.  Ni Dato, kejap lagi nak keluar main golf dekat kelab.  Tu yang Pak Mat siap sediakan semua ni.  Senang nanti.”

“Oooo…Papa nak main golf.”  Anggukku.  Pak Mat terus keluar ke depan membawa beg golf tadi. 

Aku mula berfikir-fikir.   “Hmmm…. Apa kata kalau aku ikut papa main golf.  Aku pun tak pernah main golf.  Boleh jugak aku belajar kan.” Omelku sendiri.   Aku segera menutup suis tv dan berlari naik ke atas.

“Papa! Papa!” jeritku sebaik saja sampai di depan pintu bilik papa.  Beberapa saat kemudian pintu dibuka.

“Ada apa ni Mia?  Kenapa jerit-jerit ni?” tanya papa risau melihat aku yang termengah-mengah di depan pintu.

 Aku tersengih memandang papa. “Papa nak main golf kan nanti,  kalau Mia nak ikut boleh tak?” soalku.

Papa tersenyum lebar.  “Boleh apa salahnya, kalau macam tu Mia siaplah dulu.  Kejap lagi kita pergi sama-sama.  Papa pun nak bersiap dulu ni.” Ujar papa.

Yes! Aku segera berlari menuju ke pintu bilik tidurku.  Belumpun sempat aku masuk ke dalam bilik, terdengar suara abang menegur dari belakang.  Aku berpaling melihat abang yang entah dari mana muncul tiba-tiba je dah terjelma dekat sini. 

“Woit apesal terlompat-lompat ni, happy semacam je kau ni Dik.”

“Happylah..adik nak ikut papa pergi main golf.  Lagipun adik bosan duduk kat rumah ni.  Abang tu pulak asyik memerap je kat dalam  bilik tu langsung tak layan kita.  Baik adik ikut papa main golf, lagi best!”

“Hah main golf? Uit…sejak bila kau tukar minat ni.  Reti ke kau pegang kayu golf tu ha ha ha” gelak abang.

“Retilah, apa ingat orang tak pandai ke.  Adik ni pakar tau main golf.”

“Perasan! Setahu abanglah kan, kau kalau bab-bab pukul orang memang champion. Superb!   Tapi kalau pukul bola golf, abang rasa pukul angin je lah jawabnya nanti.  Jangan kayu golf pulak yang terlambung, lagi haru nanti ha ha ha.” Abang ketawa kuat.

Aku menjeling tajam pada abang. Menyampah betul!  Ada saja nak cari gaduh abang ni. Aku segera masuk ke dalam bilik.  Malas nak layan abang, buat sakit jiwa je tengok abang mengejek aku.  Lebih baik pilih baju apa nak pakai nanti.  Aku segera menyelongkar almari.  Beberapa helai T-shirt aku keluarkan.  Hmmm…ini ke itu ke? Aku mula berfikir-fikir baju mana yang sesuai.

Akhirnya aku mengenakan sehelai T-shrit putih berlengan panjang yang berbelang-belang biru dan pink.  Seluar slack biru gelap dan dipadankan dengan kasut sukan putih.  Selendang pula berwarna biru gelap, aku lilitkan saja sekeliling kepala.  Akhirnya siap! Aku menilik diriku di cermin.  Nampak macam pemain golf profesional tak?  he he he. 

Aku segera turun ke bawah, papa sudah siap menunggu di luar.  Abang pun sama.  Eh! abang ni ikut pulak dia.  Mesti nak gelakkan aku lah nanti tu.  Huh! Tak apa kalau dia ejek aku nanti memang aku ketuk kepala dia dengan kayu golf tu.  Biar benjol dahi ha ha ha.

Kereta mula bertolak menuju ke destinasi.  Aku betul-betul teruja untuk bermain golf.  Mesti kecoh padang golf tu dengan suara aku.   Nasiblah papa dengan abang bawa aku, mahu berbenjol kepala diorang kalau kena bola golf dari aku nanti ha ha ha. 

*****************************************************************

Akhirnya kami sampai juga dekat Kuala Lumpur Golf & and Country Club-East Course dekat Bukit Kiara. Memang besar padang golf dekat sini, rasanya kalau jalan kaki entah bila boleh habis.   Nasib baiklah disediakan kereta golf atau nama lainnya bugi golf jadi tak perlulah aku jalan kaki dekat sini.  Dengan cuaca yang semakin panas, rasa-rasanya memang habislah kulit aku kejap lagi.  Nasiblah kalau sunburn!

Kami bertiga melangkah masuk di lobi hadapan.  Aku dan abang duduk di sofa yang sediakan.  Papa pulak, aku lihat sedang bercakap dengan salah seorang pekerja yang berada di hadapan kaunter.  Mataku mula melilau melihat beberapa orang yang keluar masuk dari sini.  Rata-rata semuanya golongan elit.  Terserlah gaya profesional mereka semua.  Betul-betul menambah keterujaan aku untuk bermain.

Sedang aku asyik melihat orang yang lalu lalang, mataku tertancap pada susuk tubuh seorang lelaki yang membelakangkan aku.  Lelaki itu sedang berbual-bual dengan papa.  Dia hanya memakai T-shirt polo putih berlengan pendek dan seluar slack hitam. Topi dikenakan di kepalanya. Nampak terserlah ciri-ciri maskulin seorang lelaki.   Mataku mula mengamatinya.  Hmmm….siapa?  Dalam sibuk aku menilik lelaki itu, akhirnya dia berpaling ke arahku.  Mr Playboy!

Aku mendengus geram.  Sia-sia saja mataku menilik tadi.  Rupa-rupanya si buaya tak guna tu.  Dahlah time kerja asyik menghadap muka dia, hari tak kerja pun asyik muka dia je yang aku nampak.  Tension! 

Apalah yang dia buat dekat sini, nak main golf jugak ke? Atau papa dah berjanji nak bermain golf dengan dia.  Eiiii!!!!!!! papa ni, kenapalah tak cakap dari  tadi.   Rasa menyesal pulak aku datang dekat sini. Arghhh! Menyesal!

Mr Playboy dan papa berjalan menuju kearah aku dan abang yang sedang duduk. Dia tersenyum manis kearah aku.  

“Hey Rayyan lama tak jumpa kau.  Macam mana business, okay?” soalnya pada abang. Mereka berjabat tangan.

Aku mencebik!  Huh! ayat skema, asal jumpa je tanya benda yang sama cuba tanya benda lain.  Nonsense!


“Mestilah bussiness baik,  kalau tak buat apa nak main golf dekat sini.  Hah lebih baik pergi uruskan kerja dekat sana.  Cubalah tanya soalan tu biar logik sikit.  Skema betul.”  Pintasku sebelum abang bercakap.  Jelingan maut aku berikan pada Mr Playboy.

Abang memandang kearah aku.  Dia mengangkat kening seperti mohon satu penjelasan. 

Aku memuncungkan mulut seolah-olah tak peduli apa yang aku cakap.

“Mia! Kenapa cakap macam tu.  Kamu ni…” tegur papa. Papa mengelengkan kepala melihat aku.  Aku diam.  Alamak sarkastik pula ayat ni.  Terlupa ada papa dan abang di depan.

“Tak adalah uncle, Mia ni memang suka bergurau dengan saya.  Dekat office pun dia memang kelakar orangnya. Ha ha ha.”  Gelaknya plastik!

Aku mencebik.  Tolong sikit, aku nak bergurau dengan kau.  Selama ni ada ke aku buat kelakar dekat kau.  Plastik!

“Ye ke Afriel, lega hati uncle kalau Afriel berkawan dengan Mia.  Boleh Afriel tengok-tengokkan dia.  Mia ni nakal sikit budaknya.  Manja!”

Mr Playboy ketawa kuat bila mendengar kata-kata papa.   Dia memandang ke arah aku.   Macam menyindir saja pandangannya.

Bulat mata aku memandang Papa.  Apa pulak manja-manja ni! Papa ni tu pun nak cerita.  Eiii!!! Anakmu ni tak hinggin nak kawan dengan Mr Playboy ni.  Blacklist tau tak!

“Hah lagi satu ,Afriel kalau Mia ni degil-degil, kau rotan je dia ni.  Dia ni takut sikit dengan rotan tu ha ha ha.” Tambah abang, seronok mengenakan aku.

Mereka semua ketawa kuat lagi.

Aku tambah geram, Isykkk…apa kena semua orang ni, asyik nak kenakan aku dekat Mr Playboy je.  Aku ni macam dianaktiri pulak.   Bencilah!

Aku memuncungkan mulut, mukaku masamkan tanda geram. “Hah tengok tu dah muncung.  Abang buat lawak je lah, tu pun nak sentap.  Jom kita pergi main golf.  Jom adik sayang.”  Pujuk abang.

Aku tersenyum, nasib abang ni pandai pujuk aku kalau tak memang aku cadang nak balik je tadi.  Mood bermain golf dah rosak saat terpandang wajah Mr Playboy.  Langsung tak teruja lagi.  Kami menaiki Bugi golf ke padang.  Aku naik dengan papa sementara abang dengan Mr playboy.  Dua orang caddy ditugaskan mengikut kami.  

Mood teruja aku datang balik saat memasuki padang golf yang hijau dan subur.

*****************************************************

WARGGHHH!!! Kenapa dari tadi aku pukul tak lepas-lepas.  Dah berkali-kali kayu golf aku hayun. Satu bola pun tak kena.  Benci! Benci! Rasanya nak campak aje kayu golf ni.  Tak suka!

“Ape ni dik, satu bola pun tak lepas.  Dari tadi pukul angin je ha ha ha.” Gelak abang.  

Dari tadi abang asyik mengejek dan mentertawakan aku, bila aku masih lagi tak berjaya membuat pukulan bola. 

Aku menjeling pada abang yang sedang duduk bertingung tak jauh dariku.  Tak habis-habis nak ketawakan orang.   Rasa-rasanya kejap lagi memang aku ketuk kepala abang dengan kayu golf ni.  Arghhh!!! Tak guna punya golf! 

Sekali lagi aku cuba pukul bola.  Tak berjaya jugak.  Bola still ada di bawah lagi.  Arghh!!!

Abang masih lagi ketawa, kali ni lebih kuat dari tadi.  Seronok sampai keluar air mata.

“Abang boleh diam tak!! kacau tau konsentrasi.  Karang abang pulak yang jadi bola golf ni!” Jeritku geram.  

Abang menahan perut ketawa melihat wajahku yang marah dan kemerahan akibat cuaca panas.

“Alah konsentrasi konon, padahal tak reti main tu cakap je lah.  Boleh jalanlah!  Jom papa kita pergi main dekat sana.  Biar budak ni konsentrasi dekat sini ha ha ha.”

Abang menaiki kereta bugi meninggalkan aku dengan Mr Playboy dekat situ.  Sampai hati papa dan abang, sanggup tinggal aku.  Nak menanggis rasanya.

Aku menahan air mata, sedih.  Kenapalah aku tak pandai main golf ni.  Malunya dekat Mr Playboy yang duduk memandang aku dari tadi.  Mesti dia gelak-gelakkan aku.  Sedih!

“Lain kali kalau tak pandai main jangan berlagak.  Kan dah kena gelak.” Ujar Mr Playboy yang tiba-tiba berada disebelah kiriku. 

Aku memasamkan muka, menjeling wajahnya sekilas.

“Alah kau sukalahkan dapat gelakkan aku.  Kau kan memang suka cari pasal dengan aku.”

Dia tersenyum lebar mendengar kata-kataku. “Main golf ni kena belajar dulu.  Kita tak boleh terus main je, nanti boleh kejang otot kalau salah cara. Satu lagi emosi pun kena jaga. Jangan nak marah je.”

Aku memandang kearahnya. “Pukul bola golf pun kena belajar juga? Ada guna emosi jugak ke?” sindirku.

Dia menarik nafas. “Jom aku tunjukkan kau dekat satu tempat ni.  Kat situ barulah kau boleh belajar.  Buat masa sekarang kau tak boleh pergi ke padang dulu.  Kau kena tahu basic-basic pukulan golf.  Shall we." pelawanya,

Aku mengikuti dia menaiki bugi golf.  Kami sampai di suatu bangunan.  Kata Mr Playboy inilah driving 
range.  Tempat sesuai nak belajar asas main golf.  Aku mengangguk mengiakan.  Dalam kepala fikir apa ke benda driving range! Tak pernah dengar pun!

“Ok mula-mula kau kena tau macam mana nak Grip kayu golf.  Pegang kayu golf tu betul-betul, tak kuat tak longgar.  Sederhana je pegang.  Jangan sampai terhayun pulak.”

Aku mengangguk.  Kayu golf aku pegang .

“Kedua, body posture.  Setup badan betul-betul dekat belakang bola.” Aku buat jugak apa yang dia suruh.  Aku cuba setup diri di belakang bola. Payah betul nak belajar ni.  Banyak pula step dia. Hisyk!

“Ketiga kau kena tengok kedudukan bola golf tu masa kau setup badan kau, pandang bawah sikit .  Keempat kau kena tahu basic swing plane, iaitu asas pukulan golf sama ada yang perlahan atau laju.   Itu penting.    Last sekali tak kurang pentingnya kau kena tahu macam mana nak finishing selepas bola dipukul. 
 Lima step ni kau kena ingat setiap kali main.  Barulah kau boleh pukul bola golf dengan baik.” terangnya bersungguh-sungguh.

Aku mengangguk faham.  Padahal satu pun tak masuk dekat kepala otak aku ni.  Apa bendalah yang dia mengarut ni. Tak faham!

“Nah, mula-mula belajar kau kena guna short iron dulu, Ni iron yang paling pendek sekali.” Ujarnya.

Aku mengangguk, ikutkan je lah.  Janji aku dapat main golf.  Yang lain aku tak peduli!

Aku cuba mengikuti langkah-langkah yang dia ajar tadi. Perlahan-lahan.    Mula-mula memang kekok bila bermain golf ni.  Mana taknya, bola langsung tak kena. Punyalah aku hayun kayu golf tu, alih-alih angin jugak yang dapat.   Kali kedua aku hayunkan betul-betul, ada peningkatanlah jugak. Bola mula gerak sikit.  Ketiga, aku aim bola golf tu betul-betul.  Dengan sekali hayun je terus tercampak bola tu ke depan.  Yes!  Akhirny.a aku berjaya pukul bola golf jauh.  Aku menjerit keriangan.  Sangat seronok rupanya main golf ni.  Rasa puas hati.  Hilang tekanan dan masalah.

Aku melompat kesukaan memandang Mr Playboy.  Mr playboby cuma mengelengkan kepala melihat telatah aku.  Dia tersenyum lebar. Aku betul-betul rasa  berterima kasih padanya.  Entah kenapa buat pertama kali aku rasa bahagia sekali disampingnya.  Perasaan yang berbeza dari biasa.  Ah! Mungkin aku happy barangkali.  Cepat-cepat aku tepis perasaan yang  bercampur baur tadi.

**********************************************************

Setelah penat bermain tadi.  Aku dan Mr Playboy duduk di lobi.  Mataku melilau-lilau mencari papa dan abang.

“Mana papa dan abang aku ni, tak nampak pun dari tadi?Kau nampak tak? ” soalku pada Mr Playboy yang duduk di sofa bersebelahan denganku.


“Owh tadi masa kau dekat tandas, Uncle call, dia suruh aku hantar kau balik dulu.  Uncle dengan Rayyan ada urusan bisnes yang nak diuruskan. Diorang dah gerak dari tadi pun.”

Hah? habis tu kenapa kau tak cakap dari tadi, so apa gunanya kita duduk dekat sini?" soalku geram.  

Eiii!! Teruknya papa dan abang ni.  Sampai hati tinggalkan aku dekat sini.  Dengan Mr Playboy pulak! 

"Dah kau tak tanya, aku ingat kau nak rehat dulu.  Dah lah jom aku hantar balik." ajaknya. Mr Playboy terus berdiri.

Aku memandang dia yang berdiri menghadap aku.  Aku rasa serba-salah, berbelah-bagi ingin mengikut dia.

“ Err...tak payahlah kau hantar aku.  Aku boleh balik sendiri.  Teksi  kan ada.  Kau pergilah balik dulu.” Suruhku. Malas nak menyusahkan dia.  Walaupun tadi kami macam dah berbaik tapi hakikatnya masih belum nampak perubahan yang ketara.  Setakat baik-baik gitu aje.

Dia merenggus geram. “Boleh tak kau jangan nak mengada-ngada.  Aku malas nak layan.  Cepat ikut aku balik kalau tak aku dukung kau masuk dalam kereta nanti.” Tegas suaranya. Dia menarik tanganku untuk berdiri.

Aku rasa terkejut, terdiam seribu bahasa.   Terasa macam renjatan elektrik pun ada!  Segera aku menarik kembali tangan.  Sungguh aku tak suka lelaki menyentuhku, lebih-lebih lagi yang bukan mahramku sendiri.

“Isykk..jangan pegang-peganglah. Aku boleh jalan sendirilah.” Marahku.  Sakit gila dia genggam tangan aku. Aku mengusap tanganku.

“Maaf, aku tak sengaja. Mari... aku hantar kau balik.” Ujarnya serba salah.

Kami berdua berjalan menuju ke tempat meletak kereta.

 Sebaik saja sampai di hadapan kereta, Mr Playboy terus membuka pintu kereta sportnya.  Dia mempelawa aku masuk. 

Terbeliak juga mata aku sekejap tengok kereta dia.  Lamborghini tu! Oren lagi! Kau ada!  Mahu seminggu aku tidur dalam kereta ni kalau dapat.  Memang kaya betul Mr playboy ni kereta bukan calang-calang.  Lepas tu banyak pulak kereta dia.  Hari tu bawa kereta lain, hari ni kereta lain pulak.  Mewah betul!

Aku teragak-agak untuk masuk ke dalam kereta.  Memang sport habis!  Porche pun kalah! Ni kalau drifft ni memang sedaplah.  Aku berpura-pura cool je.  Walhal gayat habis tengok assecories dalamannya. Hebat!

Mr Playboy terus masuk ke tempat duduk memandu.  Dia menghidupkan kereta dan mula memandu dengan laju.  

Kami berdua sama-sama mendiamkan diri.  Aku memalingkan muka ke cermin menghala pandangan ke jalan raya.  Ingin saja aku membuka tingkap menghirup udara segar.  Tapi tak berani pulak.  Aku memandang jalan raya memerhati papan tanda.  Aku pelik! Eh ni bukan jalan ke Bukit Gita Bayu, mana dia nak bawa aku ni?  Hatiku mula dipagut risau.

“Woit! Ni bukan jalan nak pergi rumah aku ni. Kau tahu tak rumah aku dekat The Mines, ni nak pergi Damansara ni.” Ujarku.

“Aku tahulah. Kau diam boleh tak. Ikut je lah.”


Aku tambah geram mendengar jawapannya.

"Wei jalan mana kau bawak aku ni.  Jalan apa ni?"

“Syurga..”

“Hah? Kau nak buat apa ni?” soalku.   Aku mula risau dengan ayat dia.

Dia ketawa jahat. “Ape? Kau ingat aku ni nak buat tak senonoh dengan kau ke? Tolong sikit aku tak berselera nak tengok kau.  So buang fikiran negatif tu.  Aku bukan lelaki tipikal jenis tu.  Aku gentleman dengan semua perempuan.”

Aku menarik nafas lega mendengar jawapannya.  Mulutku terus  mencebik melihat dia.  Gentleman konon! Menyampah.   Eh! mana dia nak bawa aku ni? Eiiii!!! Mr Playboy ni!

“Woi!! mana kau nak bawak aku ni, baik kau cakap cepat. Kalau tak aku lompat dari kereta ni.”  Ugutku. Padahal  tak adanya aku nak lompat. Giler ape!  Habislah calar badan aku nanti kalau betul aku nak lompat dari kereta ni.  Silap hari bulan mati terus!

Mr Playboy terus menekan brek kereta.  Aku hampir saja terdorong ke depan.  Nasib tangannya sempat menahan tubuhku.  Aku menahan debar yang mengila. Terkejut.

Mr Playboy memusingkan badannya menghadap pada diriku.

"Kau gila ke apa berhenti macam tu. Hilang akal!!!" marahku. 

"Sorry...sorry, aku terkejut tadi bila kau kata kau nak lompat. Aku takut kau betul-betul buat tadi.   Sebenarnya aku nak balik rumah parents aku kejap.  Nak ambil barang.  Kau jangan risau, mummy aku ada dekat rumah tu. Dah, kau duduk diam-diam, aku nak pecut ni.” Mr Playboy terus memandu dengan laju.

Aku menarik nafas lega mendengar penjelasan dari dia.  Nak pergi rumah dia rupanya.  Eiiii!!!!! Mr playboy ni, cuba cakap dari tadi kan senang, tak adalah aku nak risau.   Nasiblah aku tak lompat tadi  Kalau tak tahulah!  Tapi takkanlah aku nak lompat pulak. Gilerlah!

Aku memandang sekilas pada dia yang bersiul-siul sambil menjeling aku .  Cepat-cepat aku berpaling.  Huh debar pulak hati ni tengok wajah dia.  Aku memegang dada.  Strange!






p/s: segala maklumat tentang golf ian cari dekat cik google....tak tahulah betul tidak. kalau salah tolong bagitahu ye.  Maklumlah bukan pernah pun main golf ni. hope terhibur dengan entry baru ni....

Monday 23 December 2013

I Hate You MR P.L.A.Y.B.O.Y 15

Assalamualaikum.....

Akhirnya dapat jugak siapkan bab 15 ni...Pening jugak nak fikir-fikir macam mana nak panjangkan cerita. At last jadi pendek jugak.. hmm...harap ada yang terhibur baca kat sini.  kalau rajin-rajin commentlah apa yang patut.  insyallah ian akan cuba perbaiki mana yang perlu.  Akhir kata...Read with you heart... he he he. Poyoz!

##################################################

BAB 15

“AKHIRNYA sampai pun  jugak kita dekat tempatnya.   Okay boleh turun semua… ” arah Iqi sebaik saja memberhentikan kereta.  

Aku segera turun dari kereta.  Mataku mula memerhati kawasan sekeliling.  Sebuah restoran  makanan Thailand, yang berkonsepkan taman bunga.  Memang cantik dengan susun atur tempat duduknya yang diperbuat daripada buluh dan berbumbung nipah.  Memang menarik perhatian untuk makan disini.

Kami duduk disalah satu tempat duduk yang disediakan.  Betul-betul teruja aku rasa.  Dengan keindahan taman yang penuh dengan bunga-bunga menambahkan lagi selera untuk makan di kedai ini.

“Mia, nak makan apa?” Tanya Iqi sambil menghulurkan buku menu padaku.
Belumpun sempat aku ingin mengambilnya, satu tangan kasar telah terlebih dahulu berbuat demikian.  

“Ah! Meh sini aku order, kau kan dah lama duduk dekat luar negara tu.  Jadi kau mesti tak tahu nak makan apa kan? Meh sini aku tengok.”  Aku menjeling tajam padanya.  Eiiiii!!!! Aku boleh order sendiri lah.  
Macam budak-budak dibuatnya aku.  Aku mengigit bibir.  Geram!

“Tak payah kau nak sibuklah.  Aku tahulah nak makan apa.  Bak sini menu tu.” Aku segera menarik buku menu tadi dari tangan Mr Playboy.  Dia tidak mahu melepaskan dan menarik kembali buku itu jauh dari aku. 
Aku cuba menarik lagi.

“Eh! Korang ni macam budak-budaklah.  Tak malu ye orang pandang.  Adik yang ambil order ni pun gelak tengok korang.  Malulah sikit.   Perangai macam budak darjah satu, dua-dua sama je.” Tegur  Iqi. Dia mengelengkan melihatkan kami yang masih berebut buku menu.

Aku mengalah. Menjeling tajam melihat Mr playboy yang tersenyum sinis memandang mukaku.  Tak apa, kau ingat kau menang.  Jangan harap!  Aku ni Mia Qaisara lah…tak pe kau tunggu kejap.

Aku tersenyum memandang budak pelayan yang masih berdiri dan bersedia mengambil order.  “Emmmm…rasanya nak makan ikan siakap masak masam-manis, sotong goreng tepung, ayam goreng berempah, tomyam dan ulam-ulaman.  Air nak air tembikai laici lah. Nak sambal belacan sekali taw.” Orderku.   Aku tersenyum manis kepada si Iqi yang akan tukang bayar nanti he he he.

Terbeliak mata budak berdua ni memandang aku.  Aku mencebik.  What! Sapa suruh tak bagi buku menu tadi.  Jadi aku orderlah ikut selera kan ha ha ha. Padan muka!

“Kau ni makan ke melantak hah?” tanya Mr Playboy.  Dia meletakkan buku menu di atas meja.

Aku menjelirkan lidah pada dia.  Ada aku kisah! Suka hati perut aku lah nak melantak ke apa.  Bukan kau yang bayar pun.

Iqi hanya mampu menelan air liur melihat aku .   Dia kemudian menambah beberapa menu lagi.  Nasi dengan air je, lauk-lauk kan aku dah order.  Mr Playboy gigit jarilah tengok semua tu.  Nak sangat berebut dengan aku kan.  Hah tengok sapa lagi power....

Sebaik saja makanan sampai, kami terus makan dengan senyap.  Tapi tak adanya nak senyap sangat.  Aku sempat jugak berebut ayam goreng dengan Mr Playboy.  Suka hati dia je nak ambil peha ayam aku.  No way! Itu aku punya.   Akhirnya aku berjaya dapat balik peha ayam goreng aku. Itupun setelah Mr Playboy ditegur oleh Iqi agar beralah dengan aku. 

Aku menjelirkan lidahlah tengok muka dia yang sedih tak dapat peha ayam goreng.   Sengaja aku angkat tinggi-tinggi kasi jealous sama dia ha ha ha.

“Alhamdulillah kenyang…” ujarku.  Aku mengusap-usap perut tanda kenyang.  Iqi hanya tertawa melihat telatah ku. Mungkin dia agak terkejut melihat gaya aku seperti kebudak-budakkan.

“Hai cukup ke makan tu? Tak nak order lagi.?” Sinis satu suara.  Huh penyibuk ni, dari tadi asyik nak cari pasal je dengan aku.  Aku memberikan jelingan paling tajam pada dia. Lepas tu aku baru teringat sesuatu!

“Hmmm….Iqi kalau I nak bungkus bawak balik boleh?” soalku tanpa rasa bersalah.
Mr Playboy dan Iqi berpandangan.

“Kau….ni biar betul..” soal Mr Playboy. Iqi juga menanyakan soalan yang sama.

“Betullah….i nak bungkus bawak balik.  I nak bagi Reena, sebab hari ni Reena puasa sunat. Nanti dia boleh buat berbuka makanan tu.”

Mereka berdua menarik nafas lega.  Aku memandang pelik.  Jangan-jangan diorang ni fikir aku kot yang nak makan.  Melampau betul pemikiran diaorang ni.  Ingat aku ni buruk makan ke apa!

“Okay…okay.  You order je Mia, nanti I bayar semuanya.  Untung Reena dapat bos macam you.  Semalam masa I naik department you.  Dia kata you belanja makan MCD.  Hari ni belanja lain pulak.  Untung kan dapat bos macam you ni.”

Mendengarkan pujian Iqi membuatkan aku tersenyum.  Aku memandang sekilas pada wajah Mr Playboy yang masam dan tajam padaku.  Mesti dia kecewa bila dengar makanan dia semalam aku kasi dekat orang.  Padan muka.  Ingat aku heran belanja kau.

Selesai saja semuanya, kami berangkat pulang semula ke pejabat.  Tapi kali ini Mr Playboy yang memandu.  Melihat cara pemanduannya yang santai membuatkan aku rasa selesa dan mengantuk.  Mataku terus terpejam rapat.

*****************************************************************

AKU merasakan satu sentuhan tangan yang lembut di pipiku.  Rasa tenang dan dilindungi.  Aku membiarkan saja pipiku diusap.   Aku merasa kedinginan pada tubuhku.  Rasa tidak mampu lagi membuka mata.  Aku membiarkan diriku terus hanyut dalam mimpi. Hmmm….

Mendengarkan suaraku dipanggil perlahan membuatkan aku tersedar.  Perlahan-lahan aku membuka mata. Sedikit demi sedikit kelopak mataku terbuka.  Jelas satu gambaran manusia di depanku.  Pandanganku sedikit kabur. Aku mengelip-ngelipkan mata untuk lebih jelas.   Bulat terus mataku.  Mr Playboy!

Aku segera duduk tegak.  Aku memandang kearahnya yang berdiri di luar pintu kereta.  Aku cuba mengingati apa yang telah terjadi sebenarnya tadi.

Hmmm….tadi balik restaurant aku naik kereta, lepas tu apa yang jadi ye? Tadi aku rasa macam mimpi je ada orang sentuh pipi aku? Isykkk lama betul ke aku tidur?  Malunya!  Dah lah tidur dalam kereta dia pulak tu.  Eiiiii!!!!

“Ermmmm…dah sampai ke?” soalku, cuba menutup malu.

Dia tersenyum sinis dan mengelengkan kepalanya berulang kali melihatku

“Kau rasa? Dah dekat dua jam kita sampai.  Kau mimpi apa sampai tak sedar-sedar.  Tidur mati!  Agaknya kalau aku angkat dan campak kau dekat tepi jalan pun kau tak tahu.” Jawabnya sinis.

Dua jam! Aku segera melihat jam tanganku.  Yelah dah dua jam berlalu.  Tapi apehal dia tak cuba kejut aku.  Iqi mana? Aku tercari-cari kelibat Iqi.

“Tak payah nak cari Iqi, dia dah lama masuk office.  Penat dia cuba kejut kau tadi.  Tak sedar-sedar!  Dah lah tu, tidur berkeruh siap ada air liur basi lagi.    Kau tengok sofa aku dah habis kena air liur kau.  Nasib sofa tu kulit kalau tak mesti dah berpeta kat situ.”  Aku segera mengelap pipi.  Tak ada pun!  Aku menjeling tajam pada dia.  Dia ni mulut over betul!

“Tepi sikit, aku nak keluar ni.” Aku menyuruhnya ke tepi.   Mr Playboy perlahan-lahan berundur.   Aku segera melangkah keluar dari kereta dan masuk ke dalam pejabat meninggalkan Mr Playboy di situ.  Langsung tidakku toleh sedikit ke belakang.

 Malu! Malu! Mana nak letak muka lepas ni.  Bodoh betul lah aku hari ni boleh pulak landing baik punye dekat kereta Mr Playboy tak guna tu.  Tak pasal-pasal kena bahan dengan dia. 

Mana Si Iqi ni? Boleh pulak dia biarkan aku tidur dekat situ. Tak boleh harap!   Aku menekan butang lif ke tingkat Department kewangan.   Sebaik saja melangkah masuk, aku segera menuju ke bilik Iqi.

“Hai Mia…dah bangun.  Sedap you tidur tadi.”  Sapa Iqi ceria, sebaik saja kakiku melangkah masuk ke officenya.

“Banyak you punya sedap, kenapa you tak kejut I tadi.  Dua jam taw I tidur.” Soalku bertalu-talu.  Geram melihat muka Iqi yang langsung tak berperasaan.

Iqi ketawa kuat melihat wajah geramku. “Ye ke, tak taw pulak I sampai dua jam.  I ingat sekejap je tadi.  
Sebenarnya tadi I nak kejut you but Afriel kata tak payah.  Dia tak sampai hati nak kejut bila tengok wajah comel you, nampak penat sangat.  So I Afriel drop i dekat office dulu sebab dia nak isi minyak kereta .  Jadi dia bawaklah you pusing-pusing dulu sampai sedar.  Tapi tak sangka sampai dua jam.  Tidur mati you ni yek.” Gelak Iqi.

Aku menjeling tajam pada Iqi.  Hampeh gas punya orang, boleh pulak dia buat aku ni macam barang.  Boleh tinggal-tinggalkan pulak.  Nasib tak ada apa-apa yang buruk berlaku. 

“Dah lah I nak balik bilik dulu.  Geram dengan you ni. Eiiii….” Aku segera melangkah keluar dari office Iqi.  Kalau cakap lama-lama boleh menyakitkan hati je.

Fikiranku masih memikirkan tangan yang menyentuh pipiku tadi.  Betul-betul ke mimpi.  Tapi macam real je.  Isyk siapa?  Takkanlah dia…  Dia ke?  Isykkk…serabut  otak aku. 

Sedang asyik berfikir-fikir,sedar tak sedar aku sudah pun sampai ke depan pintu bilikku sendiri.  Reena memanggilku dari tempat duduknya.  Aku segera menoleh.

“Mia…ni Tengku Afriel bagi tadi.  Dia kata you bungkuskan untuk I. Betul ke?” ujar Reena sambil tersenyum.  Dia menunjukkan bungkusan nasi yang aku bungkuskan buatnya tadi.  Aku betul-betul terlupa tentang itu.  Nasib Mr Playboy tu bawakkan.

“Aaahhh…untuk you.  Ambillah buat makan buka nanti.  Okaylah I masuk dulu.  Make sure tak ada yang ganggu I, kecuali yang penting saja.” Arahku.  Aku segera masuk dan duduk dikerusi.  Fikiranku betul-betul buntu sekarang.  Apa yang telah berlaku tadi.  Betul ke itu mimpi?  Isykk  itu mesti mimpi kan…aku bermimpikan.  Arghhhh!!! Sengal! Aku menghantukkan dahi secara perlahan pada meja.  Tension!











About Me