topbella

Monday, 2 December 2013

I Hate You Mr. P.L.A.Y.B.O.Y 8


BAB 8

Aku kini berada dalam pejabatku sendiri.   Aku berjalan perlahan.  Mataku meneliti  setiap hiasan dalaman office yang bakal menjadi medan aku bekerja.   Cantik! Memang cantik.   Susunan fail di rak kelihatan kemas dan teratur.    Warna biliknya yang lembut  juga menambahkan rasa damai bagi sesiapa yang masuk ke bilik ini.  Aku hanya memandang sepi semua ini.    Kerana  sedamai manapun pejabat ini, ianya masih belum  dapat mententeramkan hati  dan jiwa aku yang bergelora tadi. 

Sungguh aku tak menyangka yang takdir akan mempertemukan aku dengan dia.  Ya Allah hampir saja aku mahu pengsan melihat dia di bilik mesyuarat tadi.  Sungguh tak tercapai dek akal memikirkan yang aku bakal bekerja di syarikat orang yang paling aku benci.

Arghhhh Mr Playboy…. kehadiranmu di hadapanku betul-betul menambahkan bara di api.   Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan aku memperkenalkan diri dihadapan lembaga pengarah tadi.  Perasaan yang pada mulanya gementar dan takut tiba-tiba menjadi semangat pulak.   Yelah takkan aku nak tunjuk kelemahan diri di hadapan musuh utama aku kan.   Aku tidak mahu dia memandang rendah keatas diriku.  Aku tidak mahu kalah kepadanya walaupun pangkatnya lebih tinggi dari aku.

 Sedih jugak hati aku, sampainya hati papa biarkan aku bekerja disini.  Seorang pulak tu.   Papa….anakmu ni tak rela taw!   Tapi nak buat macam mana, papa bukannya tahu persengketaan aku dengan Mr Playboy tu.  Tentu saja dia fikir aku akan baik-baik di sini.   Tadi saja aku dan dia berpura-pura berkenalan dengan baik di hadapan papa.    Kami berlakon seolah-olah tidak mengenali diri masing-masing.  Sungguh aku terasa hipokrit berhadapan dengannya.  Huh bencinya!

Ketukan di pintu membuatkan aku kembali semula ke alam nyata.  Tak sempat mulutku ingin memberi arahan, pintu telah pun terbuka luas.  Terjengul wajah lelaki yang paling aku benci di abad ini.  Apa dia buat dekat sini.   Apa pulak yang dia mahukan  dariku?  Dia tersenyum memandangku.  Kemudian mengatur langkah mendekati aku dengan gaya yang bersahaja.  Serius aku menyampah.  Terasa nak sepak-sepak je muka dia sekarang.  Aku menarik nafas menyabarkan diri.  Aku kena ingatkan diri yang sekarang ni dia adalah bos aku.  Be professional Mia not personal.

Dia duduk tanpa aku suruh.  Matanya tidak lepas memandang aku.  Aku dapat rasa aura-aura ketegangan pada pandangannya. Mesti dia tak suka tengok aku bekerja disini.  Entah apalah ayat puaka yang akan keluar dari bibirnya nanti.  Aku kena tenang, bersedia dengan apa yang bakal keluar dari mulutnya. Aku mesti kebal menepis segalanya.

Unbelievable ….” Itu yang keluar dari mulut di tiba-tiba. 

What do you mean?” tanyaku.

“Tak ada apa, Cuma sukar je aku nak percaya yang kau dan aku akan kerja sebumbung.  Aku pun tak tahu pulak Dato Khusyairi ada anak perempuan yang seganas kau ni.  Berbeza betul kau dengan papa kau ye.  
Tak sama langsung.”

Aku menarik nafas panjang. Sabar….sabar.

“Kalau setakat datang sini nak kutuk-kutuk orang, tak payahlah.  Buat bazir air liur je.  Aku pun tak ingin nak balas.” Jawabku.  Malas aku nak melayan.  Rimas melihat dia memandang wajahku.  Cepat-cepatlah dia keluar kalau tak memang aku tendang-tendang dia keluar dari sini.

“Okeylah memandangkan kita akan bekerja dalam satu team, apa kata kita berkenalan dulu.   Nama aku Tengku Afriel bin Tengku Aminuddin. Panggil saja Afriel.” Dia memperkenalkan diri. Cukup bersahaja.

“Aku dah tahulah. Tadi pun kita dah berkenalan dalam bilik mesyuarat. Tak cukup?” soalku sinis.
Dia tersenyum sinis mendengar kata-kataku. “Kau ni angin je kan.  Tak boleh ke kita berdamai.  Memanglah sebelum ni kita dah saling kenal.   Tapi tak pernah berakhir dengan baik kan.  Tak boleh ke kau kenalkan diri kau baik-baik dekat aku?”

“Isykk tak payahlah.  Macamlah kau tak tahu nama aku.  Tak perlu over sangatlah.  Lagipun buang masa aku je nak berkenalan dengan kau.” Balasku geram.  Entah kenapa lancar saja mulutku nak bergaduh dengan dia.  Terasa pelik pulak nak bercakap baik-baik dengan dia.

Dia mendengus geram memandang aku. 

“Kau ni masih tak berubah.  Sombong dan bongkak.  Nampaknya tak tepatlah bila papa kau kata yang kau ni seorang yang cheerful dan funny.  Aku tak nampak pun semua tu dalam diri kau.”

Isykk lantak kaulah kalau tak nampak. Aku memang tak kuasa nak tonjolkan keperibadian aku pada dia.  Buat apa aku nak berbaik-baik dengan dia kan.  Buang masa aje.

Aku menjeling tajam memandangnya.  Malas nak membalas kata-katanya.

“Tapi….tak mengapalah, aku yakin mesti kau bersikap begini bila dengan aku.  Betul kan?” soalnya.

Aku menarik nafas panjang.

“Okeylah En. Afriel biarlah saya berterus terang supaya awak faham dan tak tertanya-tanya lagi.  Sebenarnya  aku bukan tak suka dengan kau, tapi… aku benci dengan kau. In other words,  I hate you!” sinisku.  Aku menaikkan keningku memandang wajahnya.

Dia ketawa.  Kedengaran agak sinis sekali padaku.  “Well my dear, hati-hati bila nak menuturkan ayat tu.  Memang sekarang kau benci aku.  Tapi aku akan pastikan yang satu hari nanti hanya aku yang kau paling sayang.  Just wait and see.”

Hampir aje aku nak pengsan mendengarnya.  Isykkk geli aku nak sayang-sayang dengan dia. Uwekk….

“Tolonglah….tak mungkin. Aku takkan suka orang macam kau. Please…” aku ketawa kuat. 

Dia juga turut ketawa tapi lebih kuat dari aku.  Cukup! Aku dah menyampah melihatnya.  Kaki aku rasa dah macam nak naik keatas je.  Dalam lima minit ni dia tak keluar jugak.   Memang aku pasti dia akan menyesal seumur hidup.  Ini Mia, okay.   Aku menahan amarah diri.

“Mr CEO, Aku rasa kalau kau dah tak ada apa nak cakap silalah keluar ye.  Aku pun dah nak mula start kerja ni.   Takut aku dikatakan orang, curi tulang pulak.   Lagipun aku pun tak nak lah buang masa kau. Kau kan CEO.  Kau mesti busy kan.  Tak perlulah nak susahkan diri tunjuk ajar dekat aku.  Aku boleh buat semuanya.  Lagipun banyak lagi masa kita boleh berbual.  Aku pasti lama kerja dekat sini.  Jangan risau.” 
Aku berbahasa dengannya secara terhormat sikit.  Harap dia faham yang aku memang tidak suka dia disini.


Dia tersenyum mendengar kataku. Dia bingkas bangun dan memandang aku lama sebelum berlalu pergi.  Aku terdiam.  Hmmm…kenapa dia tidak balas. Tajam sangat ke kata-kata aku.   Tapi dia tersenyum saja tadi. Wajahnya langsung tak berperasaan. Hmmm bajet baguslah tu.   Tapi kan dia memang hebat mengawal perasaan.   Suaranya pun ditahan-tahan bila bergaduh dengan aku.  Riak wajahnya  pula kadang-kadang tenang bila memandang aku.  Pelik aku.  Tak ada perasaan ke dia tu. Tapi... ada ke playboy tak berperasaan.  Aneh.

Sunday, 1 December 2013

I Hate You MR P.L.A.Y.B.O.Y 7


BAB 7

“Good morning everyone!!!!” sapaku pada Papa dan abang yang sedang bersarapan di meja.  Akhirnya pagi ni buat pertama kalinya dalam sejarah, aku akan memulakan hidup dengan bekerja.  No more tanam anggur lagi ye semua.

Tak sabar memulakan kerja di Rayyan Holding.  Rayyan Holding merupakan sebuah syarikat yang mempunyai rangkaian hotel yang terbesar di Malaysia.   Namanya diambil sempena nama anak lelaki sulung keluargaku.  Sape lagi abanglah.    Menurut papa kelahiran abang ketika itu memberi seribu makna bagi papa dan mama.   Mereka berasa kelahiran abang memberi tuah kepada syarikat yang pada mulanya perlahan namun sejak kelahiran abang syarikat semakin maju dan berjaya.  Rezeki anak kata orang.  

 Jadi bermula dari situ arwah mama mencadangkan supaya nama abang digunakan.  Alhamdulillah bertitik tolak dari situ, bermacam kejayaan sudah dicapai.  Semuanya dari usaha papa dan arwah mama.  Disebabkan itu abang akur untuk terus menerajui syarikat dan menguruskan hotel-hotel yang dibangunkan hasil usaha dan penat lelah papa dan mama.  Aku bangga melihat kejayaan demi kejayaan yang dicapai abang sejak mula mengambil alih pengurusan.  Aku tekad untuk berusaha dan berjaya seperti abang.

Aku segera menghampiri semua insan-insan yang aku sayang di meja makan.  Tersenyum lebar papa melihat aku.

 “Amboi! cantiknya Mia pagi ni.  Bergaya sungguh.” Puji Mak jah yang baru keluar dari dapur.   Aku tersenyum manis.  Sukalah dengar pujian tu he he he.   

Aku duduk sambil membetulkan baju.  Pagi ini aku mengayakan kemeja cotton putih yang dipadankan dengan satu sut blazer dan seluar berwarna hitam.   Kemudian aku lilitkan selendang biru di kepala persis gaya Hana Tajima. I love it!

“Mana tak bergayanya Mak Jah, satu set Abang yang beli taw. Mesti lah up to date.  Kalau tak baju apa entah dia pakai pergi kerja nanti.   Bukan boleh dipercayai dia ni.” Sampuk abang.   Huh ! aku mencebik. 

Kutuk pulak gaya aku. Ingat aku ni old fashion ape!  Mentang-mentanglah semua ni dia yang beli berlagak lah tu.
“Sorry sikit ye. Orang kalau dah cantik pakai apa pun cantik.  Kan papa?” tanyaku pada papa yang tersenyum melihat gelagat aku dan abang.

“Tentulah tengoklah siapa papanya kan. Anak-anak papa semuanya comel-comel belaka.”  Aku tertawa riang sambil menjelirkan lidah pada abang. Abang menjeling.

Aku memandang makanan yang tersedia diatas meja.   Wah!Bihun goreng kegemaranku disediakan pagi ini.   Tahu aje Mak Jah selera aku.  Mak Jah memang terbaik!

“Mak Jah nak bihun, banyak sikit taw.” Aku menghulurkan pinggan kepada Mak Jah.

“Eiii!! Mengada-ngadanya, senduklah sendiri.  Manja!”

“Jealous ke…..” Aku mencebik pada abang, cemburulah tu.   Selama aku balik ni Mak Jah setiap hari nak masak makanan kegemaran aku.  Apa lagi panaslah hati dia tengok aku dimanjakan hu hu hu.

Mak Jah mengeleng-gelengkan kepala melihat gelagat kami berdua.  Macam anjing dan kucing.  Kerja kami asyik bergaduh je he he he.   Tanpa mempedulikan abang,  aku segera memakan bihun tadi.  Sedapnya!

“Mia pagi ni kita ada mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah.  Papa akan kenal kan Mia masa mesyuarat tu.” Ujar papa.   Aku menganggguk laju mengiakan segalanya.

“Nanti abang pun akan temankan adik pergi syarikat tu.” Sampuk abang pulak.

“Lah macam lah adik tak tahu Rayyan Holding tu kat mana. Dari kecil sampai besar ulang-alik situ jugak.  Adik boleh drive sendiri lah. Tak perlu teman-teman.” balasku berlagak.  Bukan apa saja nak test drive Porsche hitam yang papa hadiahkan.  Semalam bangun je dari tidur, aku dah dikejutkan dengan hadiah yang begitu besar dari papa.  Sungguh tak pernah terlintas di hati dapat membawa kereta sendiri yang semahal ini. Papa memang terbaik.  Sayang papa sangat.

“Papa tak cakap lagi dekat adik ke?” tanya abang pada papa.  Aku lagi keliru, cakap apa?  Aku memandang papa menanti jawapan dari papa.

“Cakap apa ni? Isykk cuba bagitahu adik.” Soalku tak sabar. Kejutan lagi ke?

“Isykk abang ni, papa baru nak buat surprise dekat adik.  Abang pulak dah buka mulut.  Nampaknya kenalah papa ceritakan semuanya.  Sebenarnya Rayyan Holding tak perlukan pekerja buat masa ini.  Jadi 
Mia tak boleh bekerja dekat situ.”  Balas papa serius.  Abang juga serius mengangguk.

Aku terdiam mendengarnya. Tadi kata surprise.  Surprise apa macam ni.  Kalau tak kerja kat Rayyan Holding ,aku nak kerja kat mana pulak.  Takkan papa tak nak bagi aku kerja kot. Isykk dah seberang lautan aku belajar ni.  Takkan kena paksa kahwin kot.  Eiii seram..nak jadi suri rumah.

“You lie to me, right? Please don’t play a joke like this to me.  This is not funny, okay. Geram aku.
Papa dan abang ketawa melihat wajah aku yang masih blur.  Sedepalah muncung aku melihat mereka.  Suka main-main taw!

“Tengok papa dan abang main-mainkan.  Geram betul lah!”

“Alah anak papa ni. Tak boleh gurau sikit.  Asyik nak buat muncung itik je ha ha ha.  Sebenarnya sayang beberapa tahun yang lepas papa ada beli saham syarikat sebanyak 30 peratus di Crystal Berhad.  Itu telah menjadikan papa sebagai pemegang saham yang kedua.    Jadi untuk itu papa berharap sangat Mia akan bekerja  dekat situ.  Mia akan ditempatkan sebagai ketua jabatan dekat situ.  Papa dah bincang dengan ahli lembaga pengarah pun.  Mereka semua dah setuju. Mia tak ada masalah kan?”

Aku ternganga.  Betul-betul kejutan ni.  Aku akan kerja dekat syarikat lain.  Great! Kejutan yang hebat papa.  Buat lagi ye lain kali.  Hai lah….Syarikat apa pulak aku kena manage ni.  Jangan lingkup sudah.  Choi! Punya mulut.   Aku tersenyum mengangguk mengiakan.  Hilang selera tengok bihun ni.  Out!

***********************************************************
Aku mengeluh kuat di dalam kereta.  Apa punya kejutan pagi-pagi ni.  Hilang semangat pulak rasanya.

“Hai kenapa monyok tiba-tiba ni? Tadi elok je hepi (happy) memanjang.  Dah tertelan cuka ke tadi.” Gelak abang. Aku mengerling tajam pada abang yang sedang memandu Porsche hitam aku.  Katanya mahu menunjukkan jalan pada aku. Nanti  sesat pulak bila nak balik.  Aku hanya mampu memandang lemah lah bila abang dah meluru masuk ke dalam kereta.  Warghhh!!sedih tak dapat bawak Porshce sendiri.  Geram!

“Tak ada apalah.  Hurmm…dah sampai ke ni. Ke jauh lagi offis tu.” Tanyaku. Mataku melilau-lilau melihat bangunan kiri dan kanan.  Mak datuk! Besarnya!

“Hah! Sampai pun….Welcome to Crystal Berhad, Miss Excutive produser” ucap abang.  Aku tersenyum padanya.

Aku melangkah turun dari kereta.  Terpegun dengan bangunan syarikat di hadapanku.  Gah dan hebat itu 
yang mampu aku lafazkan sebaik sahaja melihatnya.

Kami berdua masuk ke dalam bangunan Crystal Berhad. Masuk-masuk saja aku dah terpegun melihat susun atur lobi bawah yang serba mewah.   Terasa macam berada di Hotel-hotel mewah di Dubai. First class betul citarasanya.  Kalau macam ni mesti ramai client nak bekerjasama.  Lebih ramailah yang nak melabur.  Hebatlah!

Aku dan abang duduk di lobi dulu sementara menunggu papa.  Tadi papa menyuruh kami pergi dahulu.  Katanya dia mempunyai urusan lain yang harus diselesaikan sebelum datang ke sini.

Mataku melilau-lilau melihat pekerja-pekerja yang lalu lalang dekat depan ni.  Maklumlah time ni orang baru nak pergi kerja kan.  Memang ramai betul  lah yang kerja kat sini.  Teruja pula aku melihatnya.

“Adik okey ke tak ni?” Soal abang yang duduk disebelahku.

“Okeylah….Cuma nervous je sikit he he he.” Aku ketawa bagi menghilangkan gemuruh.  Abang mengenggam tanganku memberi semangat.

“Jangan takut….semuanya akan okey.  Abang percaya 100% dengan keupayaan adik abang yang satu ni.” Abang mencuit hidungku.  Aku tersenyum nipis dan mengangguk perlahan. Aku menarik nafas menghilangkan ketakutan.  Bismillahirahmanirahim…” ucapku dalam hati.


********************************************************************
Akhirnya aku berada di bilik mesyuarat, bilik yang nampaknya sudah sesak dengan semua ahli lembaga pengarah dan ketua-ketua bagi setiap jabatan.  Aku tersenyum manis memandang mereka yang aku tak kenali.    Aku duduk berhadapan dengan Dato Khairil yang baru diperkenalkan papa sebentar tadi.  Dia juga mempunyai  10% saham di syarikat ini.

Aku menanti debar, menunggu kedatangan CEO Crystal Berhad yang masih belum sampai.   Menurut abang CEO syarikat ini seorang yang berkarisma tinggi, baik hati dan sangat menjaga kebajikan pekerjanya.  Dia juga cekap dalam menguruskan syarikat dan mendapatkan client untuk melabur.  Pendek kata dia memang bos terbaik lah.  Itu kata abanglah tapi menurut aku tak adalah cekap manapun kalau datang pun lambat.  Dia tak tahu ke aku ni dah kematu duduk tunggu dia kat sini.  Tak punctual langsung!

Hurmm….lagi satu CEO ni muda ke tua ye? Tak tanya pulak kat abang tadi.  Hurmm…tua kot.  Biasanya orang tua je suka jadi CEO kan he he he.

Aku memandang kiri dan kanan.  Bibir tidak putus menguntumkan senyuman.  Al-maklumlah aku harus tunjukkan attitude yang baik kepada semua.   Ini kerana pandangan kali pertama itu penting bila berhadapan dengan client.  Ini akan membuatkan client berminat atau tidak untuk melabur dalam syarikat.  Sekaligus membina nama di hati client untuk bekerjasama dengan kita di masa akan datang.

Ceh! Bagus punya cakap padahal copy paste punya ayat dari buku hu hu hu.

“Assalamualaikum dan selamat pagi semua.” Sapa seorang lelaki yang baru masuk.  Lelaki yang cukup muda untuk bergelar CEO.  Aku tersentak serta merta berdiri dari tempat duduk.  Wajahku pucat.  Bibirku terketar-ketar untuk bercakap.  Dia juga turut sama memandang aku, melalui cermin mata hitam yang dipakainya.   Ketara pada wajahnya yang dia juga terkejut melihat aku disitu.



Turun nafas dadaku melihatnya.  Oh! No…katakan semua ni mimpi.  Aku mimpikan.  Mustahil dia CEO syarikat ni. Tak masuk akal langsung.  Papa habislah anakmu dikerjakan nanti!!!!!!! Wargh!!!!!

About Me