topbella

Friday, 10 January 2014

MEMORI CINTA KITA 11

BAB 11


SEBULAN  berlalu sejak kejadian Aku dan Abang Hafizul. Sejak dari hari itu, aku sudah tidak pulang ke rumah .  Aku tak tahu macam mana nak berdepan dengan Abang Hafizul.  Aku jadi takut dan malu. 

Memikirkan perkara itu membuatkan aku jadi stress.  Aku tidak  boleh menerima apa yang berlaku.  Tapi masa tak boleh diulang.  Apa yang terjadi telah terjadi.   Mungkin juga ini salah aku sebab berani sangat memasuki bilik lelaki.  Dia abang sepupuku, dan dia juga lelaki pasti sajalah bila dah berdua macam-macam boleh terjadi diantara kami.  Apatah lagi kami berdua bukannya ada ikatan adik beradik.  Tentulah akan wujud satu perasaan yang berbeza diantara kami.

 Aku buntu dan pada masa yang sama aku geram juga dengan Abang Hafizul.     Dia langsung tidak meminta maaf atas perbuatannya.  Tiada reaksi atau tindakan dari dirinya.  Dia hanya mendiamkan diri.   Itu lebih menyakitkan hatiku.  Aku kecewa dengan sikap dia yang seolah-olah menganggap kejadian itu seperti tidak memberi makna apa-apa.   Atau mungkin dia fikir aku ni perempuan yang suka-suka dipeluk?  Memang dia cari nahas kalau berani berfikir begitu. 

“Eh Tizz kau ni kenapa?  Sejak beberapa minggu ni asyik termenung je?” soal Fitriah yang baru datang dari kaunter hadapan.

“Ye ke? Mana adalah..aku biasa je.” Aku menutup buku kira-kira dan berjalan ke tepi rak baju sambil membelek beberapa helai dress yang tergantung. ‘Cantik’ desis hatiku.

Fitriah nampak malas bertanya lebih lanjut.  Dia melangkah ke bahagian stor belakang, sambil membawa buku stok tadi.    Mungkin ingin memeriksa stok baju yang baru sampai semalam.

Aku memerhati langkah Fitriah sehingga hilang dari balik pintu.  Aku mengeluh perlahan.  
Sekarang aku buntu dengan perasaan sendiri.   Rasa sakit hati dan marah kepada Abang Hafizul semakin parah.    Tapi ada masanya aku rindu dengan dia malahan melebihi dari rasa yang sepatutnya. Aku yakin aku telah jatuh cinta dengan dia.  

Ya… aku jatuh Cinta.  Ya Allah….lelaki yang pernah aku nafikan dahulu kini telah menghuni hatiku dengan sepenuhnya.

Sedang aku ralit melayan perasaan.   Terasa ada sentuhan di tanganku yang masih terlekat pada gantungan dress tadi.  Aku tersentak dan segera melarikan.  Aku segera menoleh.

Seorang lelaki iaitu pemilik tangan tadi tersenyum melihat tingkahku. Mataku segera menilik rupanya.    
Ermm… boleh tahan ada iras Nubhan penyanyi AF tu.   Siapa dia, kenal ke? Astafiruallahazim aku ni kan kat kedai tentulah dia ni pelanggan. Cepat-cepat aku berishgtifar.

Sorry..actually saya nak tengok dress ni tadi. Tapi saya tengok awak lama sangat pegang that why saya cuba tarik baju tu tadi.  Sorry kalau buat awak terkejut.” Jelasnya

Aku menundukkan muka.  Adoi! Mati ni kalau Fitriah tau aku berangan time kerja, sampai tak perasan customer kat sebelah.

“Eh maaf,  encik nak tengok baju ni ye?  Kejap saya ambilkan.” Balasku.    Layanan kepada pelanggan harus dititikberatkan itu etika kerja Fitriah, kepada semua pekerjanya.

“Awak kerja dekat sini ke?  Saya ingat awak pelanggan tadi.” Ujar  lelaki ini. Dia melebarkan senyumannya kepadaku.

“Aahh…err, maaf tak perasan tadi. Encik nak cari saiz apa?   Dress ni sampai saiz M je.” Aku bertanya kepada lelaki itu.

Ermm..i’m not sure about size. … tapi saya rasa lebih kurang awak je. ” Ujarnya sambil jari telunjuk menilik diriku atas bawah.

Isykk lelaki ni main tunjuk body aku pulak.  Ermm tak apa bersangka baik je.  Mungkin orang yang dia nak beri dress ni sama saiz dengan aku.

“Owh… kalau macam tu saya rasa saiz S mungkin sesuai bagi dia.   Encik nak warna pink ke purple?”soalku lagi kepadanya sambil mengeluarkan dua dress yang tersangkut tadi.

“Awak rasa?  Ermm…. saya tak tahulah.   Apa kata awak pilihkan.” Ujarnya.  Mungkin confius bila aku menunjuk dua warna tadi.

Ermm macam ni lah gaya kalau lelaki yang beli baju perempuan.    Bukan reti fesyen pun, yang tahu cuma  nak si gadis kelihatan anggun dan cantik.

“Kalau macam tu cuba encik bagi tahu saya, macam mana citarasa orang yang encik nak bagi ni?” aku menilik baju tersebut.  Bagiku ada sesetengah gadis yang sangat menitik beratkan warna dalam pemakaian.   Sama ada mengikut warna kulit atau pun faktor umur.

“Tak tahu lah.    Tapi kalau budak yang baru habis SPM biasanya warna apa yang sesuai?”

Aku malas nak bertanya lagi.    Aku memikirkan warna pink lebih sesuai, kerana usianya yang masih muda.   
Lagipun aku pandang lelaki ni berkulit putih, sudah tentu gadis itu pun berkulit sama jugak. Takkanlah warna gelap kot.   Sebab aku nampak lelaki ni boleh tahan jugak, awek mesti keliling pingang. Cara dia tersenyum kepada aku tadi nampak macam…Playboy…

“Saya rasa warna pink lebih sesuai. Encik ada nak apa-apa lagi?” Soalku.   Manalah tahu dia nak beli jeans ke?..skirt ke?…hehehe boleh untung lagi ni.

“Ermm..tak ada rasanya.  Ini ajelah saya beli.” Aku menganguk kemudian melangkah membawa baju tadi ke hadapan kaunter.    Aku berikan pada lily yang duduk di kaunter.  Lelaki tadi mengeluarkan kad kredit dan membayar.  Aku memasukkan dress ke dalam beg kertas.

“Terima kasih encik, datang lagi yea.” Satu senyuman manis aku berikan pada lelaki tadi. Yelah mana tau lepas ni dia datang lagi sebab sambutan yang mesra disini.

“Sama-sama. Terima kasih dekat awak juga sebab tolong pilihkan baju untuk adik saya.  Kalau tak memang saya tak tahu.” Erkk! Adik ..Ya Allah aku ingatkan awek dia. Yalah mana tau –kot kot dia suka budak freshie. Hisykk malu aku berfikir tadi.

“Eh tak adalah memang kerja saya.”

“Ini kad saya.  Boleh saya tahu nama awak?” dia mengeluarkan kad dari dompet dan menghulurkan kepadaku.

Aku menyambutnya dan membaca tulisan di kad tersebut aku menelan air liur. Mak aihh!!

KHALISH FURQAN CEO KERIS PROPERTIES

“Oh saya Tizz Alisya.  Panggil Tizz saja.” aku tersenyum tak ada kad aku nak bagi.   Dah habis aku kekah dekat kampung hari tu, tak sempat nak buat balik.

“Sedap nama awak…. Okay lah saya pergi dulu, jumpa lagi. Assalamualaikum.” Khalish melangkah keluar dan berpaling sekejap memandang aku.

Aku tersenyum dan menjawab salamnya.    Dia tersenyum nipis.  Dan melangkah keluar semula sebelum hilang dari pandangan.

Aku berpaling ke belakang.    Terkejut sungguh melihat Fitriah yang sedang tersengih.  Aku  pun apa lagi mulalah riak dengan mengipas-ngipas kad tadi. Kau ada!

“Ceh..dapat kad.    Untunglah,  dah berkenan ke?” tanya Fitriah sambil mencebik bibirnya memandang aku.

Sorry, that guy not my taste.”jawabku berlagak.

“Not my taste..uwek!” ajuk Fitriah semula. Aku tergelak memandang muka Fitriah mimik gaya dia dah macam Mak Joyah radio bergerak kampung aku.

“Of course not dear. I want tall dark and handsome. Dia tu tak kenalah dengan citarasa aku.  Macam playboy je tengok.  Eiiii tak nak. Fitriah mencebikkan bibir mendengar bicaraku.

“Hurmm..rasanya macam ada lelaki impian kau tu.  Kejap yek.” Fitriah ke belakang mengambil sesuatu dari dalam beg. Sepucuk surat dikeluarkan dari dalam beg.

Aku memandang Fitriah dengan seribu satu persoalan. Apakah itu?

“Tadaaa…”Fitriah menyuakan surat itu kepada aku. Aku mengambilnya dan membelek nama yang tertera pada hadapan sampul. Eh ada nama akulah!

“Eh surat ape ni? surat hutang PTPTN ke?  Kau jangan...   Aku mana ada pinjam.” Keliru aku, takkan surat hutang PTPTN.   Setahu aku, time aku belajar semua abang-abang aku yang tanggung. Ni surat ape ni? Ada setem lagi!

“Kau ni… takkan surat hutang macam ni rupanya. Ni surat cinta lah.” ujar Fitriah tersenyum lebar.

“Sape yang bodoh sangat bagi surat cinta zaman sekarang ni.  Old fashioned betul!  Mana kau dapat ni?   
Siap ada nama aku lagi kat depan. Baik kau cakap siapa yang bagi ni?”

“Alah, yang bodoh tu abang Hafizul kau lah.  Kan ada nama dia kat belakang tu sebagai pengirim.  Cuba kau tengok.” aku membelek bahagian belakang surat.  Bulat mata aku melihat nama yang tertera.  Isykk dia bagi surat kat aku!!

“Yelah nama dia… Tapi peliklah bila masa dia bagi kat engkau?   Dia datang sini ke?” aku bertanya soalan bodoh kepada Fitriah.

“Ya Allah…dah ada setem bagai dekat situ, dia hantar pakai pos lah.    Bila ler pulak aku nak jumpa dia.  Ingat tak semalam, masa kita baru sampai rumah yang kau menonong je masuk nak pergi bilik air cepat.  Aku tengok dalam peti box ada surat.  Bila aku tengok nama kau, aku simpan dalam beg ingatkan naik atas nak bagi kau.    Tapi alih-alih aku lupa, ni yang baru teringat nak bagi. ” Jelas Fitriah.

Owh I see..    Hurmm… itu aku sakit perutlah, semalam tak tahan sangat.   Okaylah dah time lunch ni.    Aku nak pergi makanlah, kau nak ikut tak?” soalku.  Jarum jam menunjukkan sudah pukul satu. Time rehat aku.

“Tak kot..sebab hari ni nak date dengan Adam.” balas Fitriah tersipu-sipu memandang aku.
Wei tak payah nak buat muka kucing miang kat sini, geli aku ha ha ha.”

Bulat mata Fitriah memandang.

“Okay lah… Bos saya nak pergi bersantap sekarang ni.   Nanti kalau ada apa-apa, roger yea.” Aku terus melangkah keluar meninggalkan Fitriah. Aku keluar dengan seribu satu persoalan.  Hatiku gelisah saat ini.





Thursday, 9 January 2014

MEMORI CINTA KITA 10

Bab 10

SUASANA di kampung pada pagi ini sangat nyaman. Aku berasa sungguh gembira.   Akhirnya setelah enam bulan bekerja baru sekarang ni aku dapat bercuti lama.  Itu pun setelah aku terus-terusan memujuk Fitriah meluluskan cuti.    Bermacam-macam cara jugaklah aku serang dia. Akhirnya dia mengalah juga dengan pujukan aku.

Aku bercuti selama seminggu buat pertama kalinya. Hal kedai tak payah nak dirisaukan.  Eksyen!   Mana tak eksyenya, sekarang ni Butik Fitriah dah ada 3 orang pekerja yang membantu operasi.  Itupun setelah aku desak Fitriah mengambil tambahan pekerja kerana kesiankan Mariani yang terkial-kial tidak menang tangan melayan pelanggan. 

Yang paling bestnya kali ni tak ada audition yang karut-marut tu, sebab aku yang dipertanggungjawabkan mengambil pekerja.    Jadi ape susah iklan kan aja, beraturlah orang nak dan akhirnya aku tapis semua sehingga jumpa yang layak.  Setakat ni 2 pekerja yang aku ambil masih mengekalkan piawaian yang ditetapkan Fitriah.    Jadi semua urusan butik berjalan dengan lancar.

Aku melemparkan pandangan ke rumah Mak Lang.   Sunyi aje dari semalam tak nampak langsung 
penghuninya.   Eh nampak sangat aku bohong.   Bukan semalam Mak Lang dan Pak Lang ada datang rumah ke berbual dengan abah dan mak?   Ting tong!
Sebenarnya aku ni tak nampak Abang Hafizul.    Sebab tu dari semalam aku duk tercari-cari dia. Tapi hampeh, bayang dia pun aku tak nampak.

“Isykk! nak pergi ke tak ye?” aku berkira-kira sama ada mahu pergi ke rumahnya atau tidak.
Hurmm betulah kata Fitriah yang aku ni memang sedang angau.  Nampaknya tuhan sedang menterbalikkan hati aku yang dulunya berlagak tidak mahu dengan si Hafizul tu.    Sekarang ni tengok, aku pulak terhegeh-hegeh kat dia. Isykk jangan-jangan Hafizul ni guna-guna aku tak? Isykk simpang, mustahil dia nak buat macam tu.   Berdosa!

Dalam aku berkira-kira tadi tahunya sudah panjang langkahku berjalan.    Alih-alih dah sampai pun depan pintu rumah Mak lang.   Aduh! Memang parah tahap rindu aku sekarang ni.  Buatnya Abang Hafizul tiba-tiba terjengol kat depan pintu ni.   Mahu agaknya aku peluk dia ketat-ketat. Subhanallah!! jauhnya angan-angan aku.

“Assalamualaikum ,Mak Lang.”

“Waalaikumsalam, masuklah adik Mak lang kat dapur ni.” Laung mak lang dari jauh.

Aku berjalan menuju pintu belakang dapur.  Mak lang nampak leka menyiapkan sarapan diatas meja makan.  Banyaknya makanan tak rugi aku datang awal pagi ni.

Hah Dik tercongok apa lagi kat situ.  Meh tolong sini.”

Aku tersengih memandang Mak Lang dan segera membantu dia menyiapkan sarapan. Aku membancuh air teh dan milo di dalam teko dan meletakkan di atas meja. Semuanya sudah tersedia.  
Mak Lang ni macam tahu-tahu je aku nak datang.  Siap masak sarapan kegemaran aku lagi iaitu nasi himpit dan kuah lontong.    Tak lupa juga kuah kacang, memang membuka selera aku pagi ini.  Dah macam hari raya pulak he he he.

“Adik kamu tolong panggilkan Abang Hafizul kamu tu kat atas.  Tadi dia dah turun masa Mak Lang masak kat dapur ni.    Agaknya dia tengok sarapan tak ada lagi mesti dia sambung tidur balik.  Adik pergi kejutkan ye.  Mak lang nak pergi mandi dulu, kejap lagi Pak lang kamu nak balik.” Pesan Mak lang sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya yang berada di tingkat bawah.

“Alaa… nak kejut dia pulak. Malasnya.” Aku terus melangkah naik ke tingkat atas.  Ada 3 buah bilik di bahagian atas.  Bilik Abang Hafizul berada di sebelah kanan.   Agak terselindung kerana berhadapan dengan ruang santai tingkat atas.   Aku berdiri betul-betul dihadapan pintunya. Tanganku mula mengetuk pintu bilik.

Bunyi ketukan tiga kali beserta panggilan nama berulang kali tidak dijawab. ‘hisykk dia ni..tido mati ke?’ desis hati kecilku. Aku mengetuk lagi kali ini dengan lebih kuat.

Aku merasa gelisah, berkira-kira haruskah aku masuk ke dalam biliknya.  Akhirnya perlahan-lahan tanganku memutarkan tombol pintu bilik.  Aku membiarkan pintu bilik terbuka luas. Mataku melilau-lilau melihat dari balik pintu.    Bulat mataku melihat sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas katil.

“Sengal…dari tadi aku dok terjerit dia boleh lena macam tu. Sabar jelah.” Omelku perlahan.

“Abang bangun sarapan.”kejutku.

Bila melihat dia yang masih tidak beriaksi terus aku menghampirinya.  Apalagi mulalah mataku melihat keindahan alam ni he he he.   Melihat wajahnya yang lena membuatkan aku merasa tenang.  Matanya terbentuk sempurna. Hidungnya yang mancung dan bibirnya yang nampak kemerahan menandakan l lelaki ini tidak merokok.  Iris wajahnya yang tampak lena itu mengentarkan jiwaku.    Tanpa sedar hujung jari telunjukku sedang mengusap kening dan matanya dan kemudian jatuh ke bibir yang merah itu.  Sweetnya macam baby dia tidur.

Aku tersentak melihat Abang Hafizul yang membuka matanya tiba-tiba.   Lenganku ditarik kasar dan tubuhku jatuh tertiarap diatas badannya.  Aku tergamam mulutku terkunci.    Aku jadi kaku tiba-tiba.  Mata kami saling bertatapan antara satu sama lain seperti ada satu perasaan halus pada diriku. 

Abang Hafizul memandang aku dia menundukkan wajahnya. Bibirnya terus mengucup pada ubun-ubunku kemudian pada keningku.

Air mataku tumpah tiba-tiba.  Wajahku berubah pucat. Aku meronta-meronta minta dilepaskan. Dia mengeratkan pelukannya dengan lebih kuat. Bunyi nafasnya di hujung telinga membuatkan jantungku berdegup laju.

“Rindu-rindu sangat...” luah Abang Hafizul perlahan di cuping telingaku.

Aku meronta dan menolak tubuhnya, tapi tidak berjaya.  Aku jadi takut.    Abang Hafizul memandang wajahku semula dia merenungku.   Ada air mata di matanya seperti dia terkesan dan terlalu lama memendam rasa.  Dia mengeratkan pelukannya padaku. Aku kaku.

Bunyi nyaringan suara Mak Lang dari bawah menyedarkan kami. Abang Hafizul memandang aku.    Dia panic dan terus menolak tubuhku di tepi.    Dia bingkas bangun dari katil kemudian meluru keluar dari bilik. 
Aku terkebil-kebil seketika. Astafiruallahalazim… apa yang aku dah buat ni. Aku perlahan-lahan turun dari katil. Aku menarik nafas dan keluar dari bilik. Buat masa ni aku kena bertenang dulu.

Aku turun ke bawah perlahan-lahan dan terus berlari keluar dari rumah.  Aku tidak mahu sesiapa perasan akan air mukaku sekarang.  Aku berlari masuk ke dalam rumah menuju ke bilik. Pintu bilik dikunci rapat.    Aku terjelepok duduk di lantai.  Air mata mengalir tanpa henti.   Perasaan aku berkecamuk dengan apa yang terjadi tadi.   Bercampur baur semuanya.  Aku memejamkan mata dan memeluk lutut. Tenang.




MEMORI CINTA KITA 9

BAB 9

SUDAH tiga bulan aku bekerja di butik Fitriah dekat Alamanda.   Macam-macam pengalaman aku dapat.    Maklumlah bekas pelajar setiausaha tiba-tiba buat bisnes dan marketing, lari sungguh dari bidang sebenar. 
Tapi nak buat macam mana kalau itu sudah tersurat dari Nya siapalah kita hendak menolak. Terimalah rezeki ini dengan kesyukuran.   Sesungguhnya Allah s.w.t menjanjikan yang terbaik untuk setiap hambanya.

Aku memerhatikan Mariani.   Dia sedang memakaikan baju pada setiap patung untuk dipamerkan di hadapan kedai bagi menarik pelanggan.    Mariani merupakan pekerja pertama Fitriah (selain aku) yang lulus ujian saringan dalam temuduga.  Fitriah memang terkenal dengan kecerewetan dalam kesempurnaan,untuk setiap perkara.  Memilih pekerja pun dia hendak yang betul-betul melepasi piawaian yang ditetapkan.  

Hai laa.. Fitriah tak faham aku.   Dan yang paling kelakar sekali ketika dia menemuduga beberapa calon yang datang.  Mula-mula ok lah soalan demi soalan diutarakan tapi ada satu part tu yang tak boleh tahan disuruhnya pula berlakon cara-cara melayan pelanggan. Terasa masa itu aku nak gelak tergolek-golek menengok wajah-wajah mereka ketika berlakon. 

Yang paling tak boleh blah, Fitriah siap pasang video cam untuk merakam.  Seminggu jugaklah ‘audition’ ni berlangsung.   Sampai aku dah tak tahu ni nak cari pekerja butik ke atau nak cari peserta pilih kasih ni.   Hai laa… Fitriah nasib baik akhirnya jumpa jugak si Mariani ni kalau tak memang aku fikir nak luku-luku je kepala dia buat kerja sia-sia ni.

“Kak Tizz jauh termenung ingat kat pakwe ke?” soal Mariani yang tiba-tiba sudah berada di depan aku.

“Huh! Tak ada masa nak fikir pakwe ni.    Lainlah bos Ani tu asyik berkepit je dengan pakwe dia.”  Juih bibir aku menunjuk pada Fitriah yang sedang memeriksa buku stok di meja kaunter.

Mariani tergelak sopan takutlah kalau didengar Fitriah.   Habislah dia nanti, bukan dia tak tahu Fitriah memang cerewet. Takut lah tu, karang kena tazkirah percuma dari bos kesayangan dia. Eh! tazkirah ada kena bayar ke?  

“Ehem..ehem amboi seronok berbual.    Boleh join.” Sindir Fitriah tiba-tiba.   

“Eh bos, mana ada berbual.  Ni Kak Tizz suruh saya sapu belakang.    Kejap ye bos saya pergi dulu.” mencicit Mariani berlari ke belakang, takut betul dia dengan Fitriah yang garang macam singa.

“Kau ni Fit cuba berlemah lembut sikit dengan pekerja, barulah disayangi macam aku ni hah.” Aku menepuk bahu mengupkan diri.

“Tak ada maknanya,  nanti diorang pijak kepala kita baru tau. Masa tu naik lemak lah pulak.”

“Ermmm… yelah.” Malas aku nak berbahas dengan Fitriah pasal benda ni bukan tak pernah cakap tapi dia tetap macam tu.

“Eh Tizz jom lunch dengan aku hari ni?” ajak Fitriah tiba-tiba.

Aku menaikkan kening memandang dia.   Apehal ajak makan pulak ni selalu menonong je pergi dengan pakwe.   Takde pelawa-pelawa pun.  
Fitriah tersenyum menundukkan muka dia.  Dah agak dah, mesti kes pakwe tak dapat lunch samalah ni.

“Hurmm tak payah buat muka Garfield lah dengan aku.    Ni mesti pakwe kau kerja kan?   Tahu pulak kau nak lunch dengan aku.” sindirku

“Alah kau ni biasalah macam tak faham pulak. Jadi tau makan tengahari ni.” Ajak Fitriah bersungguh-sungguh.

“Boleh…. Aku siap belanja lagi hari ni.  Nak tak?” aku memandang Fitriah dengan satu senyuman manis.

“Betul ke ni nak belanja?   Selama ni bukan main kedekut lagi.    Tiba-tiba hari ni nak buat mega sale pulak. Musykil sungguh.”  Fitriah memandang muka aku yang seposen sekarang ni dengan penuh keraguan dihati.

“Memanglah aku nak belanja, tapi kaulah yang bayar ha ha ha” aku segera berlari ke belakang meninggalkan Fitriah yang terpinga-pinga sebelum tersedar.

“TIZZ ALISYA!!!!.”Aku ketawa terbahak-bahak mendengar jeritan dia. Padan muka!


MEMORI CINTA KITA 8

BAB 8

Kereta yang dinaiki akhirnya sampai di sebuah rumah dua tingkat bercat hijau. Cantik! Desis hatiku tak sabar nak tinggal dekat rumah ni.  Hebat Fitriah ada rumah besar macam ni.

Adam mematikan enjin kereta. Dia membuka pintu lalu turun dari kereta. Aku yang menyedari dia sudah turun cepat-cepat membuka pintu dan keluar.  Dia mengeluarkan beg dari bonet kereta dan menutupnya kembali. Aku mahu mengambil beg itu dari tangannya tapi dia menolak. ‘Eleh tadi tak nak pulak tolong sekarang beria-ia pulak.’ Aku mencebikkan bibir melihat dia.

Segugus kunci dikeluarkan dari dalam poketnya dan membuka pintu gate mengunakan salah satu kunci yang tergantung. Aku membantu dengan menolak sedikit pintu gate. Kami kemudian masuk ke halaman depan rumah. Sampai saja di depan pintu Adam sekali lagi menggunakan satu lagi kunci yang lain pulak untuk membuka pintu masuk rumah yang utama. Pintu ditolak perlahan.

“Kau tunggu sini sekejap, biar aku masuk tengok dulu.”  Arah Adam lalu terus melangkah masuk sambil membawa beg tadi.

Setelah 5 minit dia kembali semula dan keluar. Aku memandang dia dengan riaksi hairan keningku terangkat sendiri. ‘kenapa.’isyaratku.

“Dah, kau boleh masuk.  Aku Cuma nak pastikan rumah ni selamat.   Lagi satu kunci pintu bila masuk, kau jangan bukak pintu pulak kalau tiba-tiba ada orang datang.  Tengok dulu kenal ke tidak.   Lagi satu tak payah nak jadi jiran mesra rakyat pulak hari ni nak kenal-kenal, esok lusa boleh buat. Wei kau faham tak ni?  Asyik termenung je dari tadi.”

Aku yang sedari tadi tidak memberi riaksi ketika dia bercakap tidak dapat menahan gelak.  Aku menekan perut aku.

Adam memandang aku hairan. Belum sempat dia hendak membuka mulut aku terus memintas dia.

“Adoi! Kau ni serupa macam orang tua. Sebijik macam Mak dan Abah aku kat kampung. Abang aku pun tak pernah nak membebel macam ni.”  Tawaku  lagi.

“Aku bukan membebel. Ini nasihat untuk diri kau jugak.”  Balasanya dengan nada geram.

“Yelah…tapi aku bukan budak-budak tahulah aku nak jaga diri. Kecohlah!”

“Suka hati kau lah nanti kau jangan menyesal pula”  balasnya perlahan.

Aku merasa serba salah pulak memandang wajah dia. Errr…..

“Ok lah…sorry…terima kasih sebab jemput aku dan belanja makan pulak lagi.”

“Ermm sama-sama. “ balasnya perlahan.

“Ok kalau macam tu aku nak masuk dulu.  Terima kasih sekali lagi.” ucapku

“Aku pun nak balik dah ni. Ingat pesan aku tadi.  Assalamualaikum.” Ucapnya sebelum beredar masuk ke dalam kereta.

“Waalaikumsalam w.b.t.” Aku melambaikan tangan kepadanya.

Aku terus masuk ke dalam rumah dua tingkat tersebut.   Satu perasaan tenang dan kagum melihat hiasan dalaman di dalamnya.  Ternyata Fitriah mempunyai citarasa yang hebat!   Lihatlah rumah dia, dengan konsep moden kotemporari dapat mengagak bahawa gadis ini seorang yang berjiwa tinggi dan sofistikated. 

Aku mula menilik segala isi rumah.   Kemas dan bersih.   Itu pandangan pertama aku ketika mula melangkah masuk dari pagar tadi. Fitriah memang seorang yang pembersih dan pengemas.   Dia tidak suka kekotoran dan sangat menjaga kebersihan sejak dari zaman kami belajar lagi sehingga membuatkan aku kadang-kadang naik angin dengan dia.    Mana tidaknya hari-hari dok berleter dengan aku suruh menyapu sana sini di bilik, walhal tak adalah bersepah mana pun.  Yang paling teruk sekali suruh aku basuh cadar dua hari sekali.    Memang time tu aku bengang giler dengan dia.   Last –last aku buat tak tahu je.    At the end bila dia tengok aku buat tak reti dia pun ambil inisiatif sendiri untuk basuh cadar aku.   Kelakar pun ada bila ingat balik ragam sahabat aku yang satu ni.

Aku memerhati sekeliling, atas dan bawah.   Terdapat 2 bilik di bahagian bawah dan 3 bilik di bahagian atas. Aku melangkah naik ke tingkat atas untuk melihat bilik tidurku.  Aku berkira-kira yang mana satukah bilik aku?. Aku memusing tombol pintu bilik sebelah kiri.  
Euwww… warna pink!   Memang pitam dan pengsan kalau Fitriah kata ini bilik aku. Terus pintu aku tutup. 

Aku beralih pula ke pintu yang tengah, perlahan-lahan tombol pintu aku pulas.
 Ermm.. cantik warna hijau pucuk pisang memang mendamaikan, ada sebuah katil bersaiz queen di tengah dan sebuah wardrobe yang besar di bahagian tepi.   Rasanya ini bilik Fitriah sebab hijau adalah warna kegemaran dia. Aku segera keluar dari bilik itu tak nak berlama-lama di bilik orang. 

Pintu terakhir… dengan lafaz bismillah aku memulas tombol pintu.  Ya Allah ini ke bilik aku? Memang tak terkata inilah bilik idaman aku warna hitam putih di dinding. Ada sebuah cermin besar yang dilekatkan di dinding bagi memantulkan ruang bilik.  Katil yang bersaiz kecil warna putih dikenakan pula dengan cadar bercorak polka dot hitam putih.   Begitu juga dengan almari baju dan almari solek semuanya berwarna putih. Masyyallah… Fitriah betul-betul melayani aku.

Aku meninjau keadaan bilik airnya yang sederhana besar tapi sangat selesa cukuplah bagi aku yang simple ni. Aku membuka pintu gelangsar yang mehalang balkoni luar. Udara petang itu sungguh nyaman aku berharap agar kedatangan aku ke sini akan beroleh nikmat dariNYA. Amin…

USAI solat isyak aku bergegas turun ke tingkat bawah bila terdengar bunyi deruman enjin kereta yang memasuki perkarangan rumah. Aku sempat meninjau di balkoni atas melihat kereta Fitriah yang masuk. Aku berlari-lari anak membuka pintu dihadapan.  Gaya macam akulah tuan rumah. He he he.
Fitriah keluar dari pintu pemandu, dia memberi salam terlebih dahulu sebelum memeluk aku yang berdiri di depan pintu. Aku membantu Fitriah menutup pintu pagar sebelum kami berdua masuk ke dalam rumah.

“Rindu giler kat kau Tizz.    Macam mana rumah aku, best tak?”  Soal Fitriah sebaik saja aku kembali ke ruang tamu membawa segelas air untuknya.

“Giler tak best…hahah.   Pandai kau hias bilik untuk aku.   Memang ikut citarasa aku.”

“Hias bilik untuk engkau? Tak da maknanya aku nak hias.  Susun atur bilik kau tu Adam yang buat.    Dialah yang deco hiasan dalaman rumah ni.   Cantikkan?  
Aku bagi tahu je citarasa aku macam mana,selebihnya idea dia.  Bilik kau tu aku bagi tahulah kau jenis yang suka ape.   So selebihnya dia yang set kan.

Ternganga aku mendengar. Bukan calang-calang Adam ni, serba-serbi dia tahu. Terselit rasa kagum kepada dia.

“Wah dasyat giler pakwe kau.  Bukan saja Doktor malah boleh jadi interior designer jugak ye?”  

“Sebab tu lah dia jadi pakwe aku. Kalau tak, ada aku heran!”

Aku mencebikkan mulut mendengar kata Fitriah. “Untunglah ada orang ada pakwe. Aku ni sapelah nak”

“Ek eleh macam aku tak tahu yang kau sekarang, dah ada ayat-ayat cinta dengan anak Mak lang kau.Teringat aku yang kau pernah telefon, kata sepupu kau dah tak layan kau sejak dua menjak ni.  Nampak sangatlah kau dah fall in love with him.”gelak Fitriah.

Aku mencerlungkan mata memandang Fitriah yang tergelak melihat aku. Menyesal aku cerita kat Fitriah pasal tu.   Baru aku teringat kat si Dia. Apa ye dia buat sekarang? Dah makan ke belum?.
Isykk memang aku dah giler tak pernah pulak aku nak teringat kat dia selama ni, tiba-tiba hari ni aku jadi tak keruan memikirkan dia.

“Woit dah angau pulak kau. Hah!kan dah kena panahan cinta Cikgu Matematik tu ha ha ha. Tambah Fitriah mengusik aku.


“Dah malas aku nak layan kau,baik aku tidur.” Aku bingkas bangun dan menjeling sekilas pada Fitriah yang masih ketawa dari tadi. Geram aku.

Wednesday, 8 January 2014

MEMORI CINTA KITA 7

BAB 7



SUASANA  di Putrajaya Sentral agak lengang , mungkin kerana jam sudah menginjak ke pukul 11.   Biasanya Putrajaya Sentral hanya sibuk pada sebelah pagi.   Al-maklumlah Pusat Pentadbiran kerajaan , jadi tentulah sesak orang nak pergi kerja.

 Eh! Macam mana aku tahu? Ha ha ha mana taknya dulu aku pernah pergi temuduga kat sini kat bahagian Lembaga Peperiksaan.  Masa tu memang kelam-kabutlah aku.   Yelah tak pernah jejak kaki kat sini meroyan jugak mencari hotel bajet, nasib ada.    Kalau tak memang aku bajet nak tidur masjid je time tu.  

Tapi yang lebih hampehnya lepas temuduga tu tak ada pulak orang tu call.   Padahal time temuduga, dah beria-ia mengatakan mungkin aku dapat kerja tu.  Sabar je lah….

Aku melangkah keluar dari ERL dan terus berjalan ke tingkat atas.   Perlahan-lahan aku menarik beg baju.  Aku duduk di bangku yang disediakan.  Mataku melilau-lilau mencari Fitriah.

Hampa.

“Mana Fitt ni? Lupa ke?” luahku tiba-tiba.

Aku mengeluarkan handset Sony Ericsson dari dalam poket. Nombor telefon Fitt ditekan.  Bunyi Caller 
Ringtone sedetik lebih nyanyian Anuar Zain bergema di telinga. Suara Fitriah kedengaran jauh.

“Hello Beb! Sorry sangat aku kat Bangi.   Ada emergency lah tadi.” Pintas Fitriah sebelum sempat aku berkata. Terkejut aku, kalah ERL tadi, laju bebenor (benar)

“Hah! habis tu aku macam mana?  Kau ni janji melayu betullah!” Balas ku geram. Apehal nak salahkan melayu, ada kena mengena ke?. Hai laa…

“Hesyy kau ni jangan lah marah.   Cuba tarik nafas.   Dengar apa aku nak cakap dulu ni.” pintas Fitriah.

“Mahu tak marah!  Hari tu berjanji, beria-ia sangat tapi ape hampeh.”

“Ni yang aku nak story ni.   Aku taw aku janji nak jemput kau.  Tapi pagi tadi mummy call, dia kata aku kena attend satu majlis kat sini.  Urgent!  hal bisnes.” Terang Fitriah panjang lebar.

“Habis tu aku macam mana ni?  Kena tunggu kau ke?”

“Isykk giler nak tunggu aku.   Berkulatlah jawabnya kau kat situ.  Jangan risaulah aku bukannya kejam sangat.   Macam ni kau tunggu kat laluan kereta tu, nanti sekejap lagi Adam sampai.   Tadi aku dah call, suruh  dia jemput kau.”

“Hah!  Adam pakwe kau ke jemput aku? Aduh! Seganlah.  Ape kata kau bagi alamat rumah kau, nanti aku naik teksi je pergi.” Aku memberi idea pada Fitriah. Tak nak aku aku naik dengan pakwe dia.   Bukan kenal sangat pun.

“Dah jangan kau nak mengada-ngada.  Karang kau kena culik sape nak bertangungjawab?  Naik teksi konon, karang driver teksi tu bawak kau lari siam baru taw.” Ujar Fitriah panjang lebar.

“Kau ni Fitriah imaginasi tinggilah.   Kau ingat aku ni budak-budak ke.” Aku mencebikkan mulut geram dengan ulasan Fitriah.

“Isykk kau ni kita kena beringat sebelum kena.   Dah jangan banyak cakap, tunggu je Adam tu. Lagipun dia ada kunci pendua rumah tu, sebab hari tu dia tolong tengokkan orang yang pindahkan barang kat situ.” Ulas Fitriah panjang lebar.  Malas aku nak layan.

“Yelah…yelah.  Pukul berapa pakwe kau ni nak jemput aku.” Akhirnya aku mengalah.

“Entah aku pun tak tahu. Kau tunggu je lah, kejap lagi sampailah tu.   Okay lah aku nak masuk dewan ni nanti jangan lupa mintak kunci dekat Adam.   Jangan aku balik nanti, kau jadi guard kat depan rumah pulak.” Tawa Fitriah sebelum menamatkan panggilan.

Hampeh betul Fitriah ni ada ke digelaknya aku. Adoi! Nak tunggu mamat ni pulak. Lemah lutut aku.   Dahlah baru jumpa sekali, tak friendly pulak tu. Huh!


SUDAH 3 jam aku duduk bertapa di Putrajaya Sentral ni.   Bangun,duduk, dan berdiri dah jadi rutin aku sejak dari tadi.   Aku mengerling sekilas pada jam tangan, jarum jam telah menunjukkan sudah pukul 2 petang.   Hati aku dari tadi sudah terbakar-bakar dan macam disiat-siat je duduk dekat sini.  Nasib baiklah aku baru lepas menunaikan solat zuhur di surau berdekatan kalau tak memang aku maki-maki je ‘makhluk’ tu nanti.

“ Ya Allah sabarkanlah hati aku nanti..Amin….” Aku mangaminkan doa dengan kuatnya. Beberapa orang yang lalu lalang memandang aku dengan pelik. Mungkin mereka fikir aku gila agaknya bercakap seorang diri dari tadi.

Aku buat muka selamba je.  Biasalah aku kena cover balik perbuatan terlampau aku tadi.  Ini semua pasal kekasih Fitriah,  sampai sekarang tak nampak batang hidung.   Kata nak jemput! 

Kalau tak mengenangkan Fitriah tu sahabat aku dah lama dah aku blah dari tunggu mamat tak guna ni.  Sekali lagi aku menatap mesej yang dihantar Fitriah sejam yang lepas.

Salam Tizz…Maaf kau tunggu sekejap ye…Adam dalam perjalanan nak jemput kau, dia lambat sedikit. sabar yea..aku pun tak tahu dia ada hal tadi. Sorry tau nanti aku belanja kau…apa pun kau jangan pergi mana-mana pulak, risau aku nanti. Take care taw. C u soon. -Fitt…-.

Aku mengeluh…   Bila difikirkan balik akal kewarasan aku, mungkin saja Adam ada urusan penting. Yelah nama pun doktor kan mana tahu ada pesakit dia yang sakit ke mesti dia kena rawat dulu kan.   Lagipun aku ni cuma kawan Fitriah je, takkan dia nak berkejar jemput aku. Lainlah kalau Fitriah, mesti dia dah berlari datang ke sini.   Silap haribulan siap berkhemah pulak dekat depan ni.

Bibirku mengukir senyuman bila memikirkan semua itu.

“Ehem..”

“Apocot mak kau kahwin!” latahku terkejut. Aku mengusap dadaku berulang kali.  Siapa punya angkara ni.  Heart attack aku!  Aku mengalihkan pandangan ke belakang. 

Lahh… ‘makhluk’ ni rupanya.   Aku mendongak memandangnya yang sedang berdiri.  Dia kelihatan santai hari ni dengan T-shirt berkolar berwarna hitam dan seluar jeans berwarna biru.    Cermin mata hitam disangkutkan di kolar.  Tiba-tiba jantung aku berdebar dengan kencang sekali melihat dia.

Dia memandang aku sekejap sebelum mengalihkan pandangan ke arah begku. Aku terkebil-kebil memandang dia. ‘Eh kenapa tak keluar suara ni tadi rasa macam-macam nak maki dia’

“Jom.” Adam memulakan bicaranya.

Aku tersentak seketika, maklumlah ralit tengok dia tadi.  Adoi! Boleh mengelamun pulak aku melihat dia.  Pakwe orang tu! 

“Hah..ermm… jom.” balasku sambil mengangkat beg dan mengikut langkah dia yang berada di depan. Aku mengikuti langkahnya dari belakang.    Bukannya sebab aku segan nak jalan tepi dia, tapi terpaksa jalan dekat belakang.    Mana taknya berat giler beg aku ni! Slow-slow lah aku jalan.  Mamat ni pula langsung tak tolong aku.   Dari tadi dia buat bodoh je!   Hai laa… kenapa lah pakwe sahabat aku ni langsung tak ada timbang rasa.

Adam menghentikan langkahnya. Dia berdiri pada kereta Subaru impreza berwarna biru.   Dia menekan butang lock pada kunci kereta.  

Aku menghampirinya perlahan.   Dia memandangku, sambil tangannya memberi isyarat menunjuk pada bonet kereta.  Ceh! Dia ni macam aku ni orang bisu pulak main isyarat-isyarat.

Aku terus memasukkan beg ke dalam bonet kereta dan menutupnya. Tanpa disuruh aku terus masuk dekat tempat duduk penumpang di bahagian hadapan. Tak tahan, cuaca panas.  He he he

Adam masuk ke bahagian pemandu dan menghidupkan enjin kereta.   Matanya mengerling sekilas pada aku yang sedang mengipas-ngipaskan tangan ke muka.   Panas!  Dia menekan butang on pada air-cond. Fuhh! Dinginnya sejuk badan aku. Aku tersengih memandang dia sekejap.

Kereta terus bergerak meninggalkan Putrajaya Sentral.  Aku membuang pandangan ke luar. Melihatkan bangunan yang tinggi dan cantik membuat aku kagum dengan Negaraku sendiri.  Ternyata usaha kerajaan membangunkan Malaysia selama ini membuahkan hasil.   Kini Malaysia mampu berdiri megah seiring dengan Negara maju yang lain.

Lamunan berunsur patriotik tadi terhenti apabila kereta memasuki simpang dan berhenti di hadapan deretan kedai makan. ‘Eh dia nak belanja aku makanlah, bestnye lapar ni’ lonjakku dalam hati. 

Sejak dari tadi aku belum mengisi perut dengan makanan berat.  Itu nasib baik pagi tadi aku makan roti coklat dan air milo yang aku beli semasa di Seremban.   Ada juga buat pertahanan.  Tapi bila dah nampak  aje kedai ni tadi, mulalah perutku ni bernyanyi riang macam dah boleh buat konsert ‘worm’band dalam perut ni. Hehehe.

“Jomlah kau mesti laparkan?.” Soalnya padaku.

Eh dia guna kata nama ganti ‘kau aku’ tak sopan langsung.  Hari konvo tu macam gentleman sangat.   Poyo betul mamat ni, lakon je lebih depan Fitriah. 

“Hmmm…. aku memang lapar pun.” Balasku selamba. Orang dah tak hendak aku pun tak ingin nak sopan santun  dengan dia.

Kami keluar dari kereta dan masuk ke salah sebuah kedai makan yang berderet di situ.  Banyak juga kedai makan kat sini macam-macam jenis ada dari lauk pauk, nasi ,mee,kuih dan sebagainya. Pendek kata beraneka macamlah, tinggal tunggu nak order je.

Aku dan Adam duduk di bangku yang disediakan.   Kami duduk berhadapan.  Seorang pelayan lelaki datang dan memberikan menu kepada kami.  Aku melihat menu yang ada ditanganku. ‘Mak oii! Banyaknya…apa aku nak makan yek?’ Otakku mula ligat berfikir.

“Nak order ape Bang?” Soal pelayan lelaki tadi.

“ Ermm…Dik bagi Abang nasi goreng kampung dengan jus oren.” Adam terlebih dahulu membuat pilihan.

Isykk makan nasi tak suka aku dengar.   Aku nikan dalam proses berdiet nasi sekarang ni.  So apa saja tentang nasi aku tolak tepi dulu. Takut karang kalau order nasi mahu tak cukup sepinggan. Baik aku order something yang meringankan.

Pelayan lelaki tadi memandang aku dengan senyuman.  Mungkin dia menunggu pesanan dari aku pulak.  Aku pun mulalah tersipu-sipu. Cover cun!

“Saya pulak nak char kue tiaw dengan jus epal.”

Pelayan lelaki tadi berlalu setelah mengambil pesanan.  Sambil menunggu makanan dihantar, aku mencuri-curi pandang wajah lelaki dihadapan.  Dia menundukkan sedikit wajahnya memandang hanset di tangan kemudian tangannya menekan keypad pada hanset mungkin menghantar sms pada Fitriah.

Tiba-tiba dia mengangkat wajahnya.  Aku tersentak, anak matanya memandang terus pada mataku.  Dengan cepat aku mengalihkan pandangan. Terasa tiba-tiba jantungku berdegup kencang sama seperti pertama kali aku berjumpa dia dahulu.

Aku berlagak seperti tidak punya perasan.  Aku memandang dia semula dan tersenyum…

“Ermm pelik…Fitriah kata kau ni talkactive person… tapi aku tengok kau ni dari tadi dah macam orang gila pun ada asyik tersenyum saja.” Sinisnya.

Mati senyumanku tadi.  Perghhh! Macam bom atom aku rasa. Sesedap hati dia mengutuk aku. Aku mula mengurut-urut dadaku. ‘tenang Tizz jangan malukan diri di depan lelaki.

 Aku menarik nafas perlahan-lahan.   Aku tersenyum memandang dia.  Rileks it’s show time…

“Senyumlah…selagi kita masih bernyawa.  Senyumlah kerana ada saatnya nanti takut kita terlupa macam mana mahu tersenyum.” Aku mengatur ayat. Sopan.

“Oh ya pasal talkactive person tu.. saya rasa Fitriah lupa nak bagitahu awak yang saya ni tak suka bercakap dengan orang asing.    Dan awak tak layak pula jika nak menilai saya dengan sekali pandangan saja.”  Tambahku lagi sambil melemparkan senyuman sinis kepada dia.

“Hurmm intresting… so aku kenal kau dululah, then baru aku boleh nilai kau?”

No need.” Balasku ringkas

Why?” Dia mengerutkan dahinya, tak puas hati dengan jawapanku.

“Tak ada istilah nak kenal lebih baru boleh nilai saya.  Cukuplah setakat awak kenal saya sebagai kawan Fitriah.   Lain dari pada tu tak ada yang penting pun.”

“Betul tu.   Kau bukan orang yang penting pun .”Balasnya selamba.

Warghhh!!! geramnya aku. Dia ni memang poyo lah. Memang aku kaki je muka dia ni karang. Arghhhh!!!!
Belum sempat Adam mahu membuka mulut menambah.  Pelayan lelaki tadi datang menghantar makanan yang dipesan.

Setelah pelayan lelaki tadi berlalu.  Aku membaca doa dan terus makan. Perghh…lapar giler.  Char kue tiaw tadi aku sudukan dan masukan beberapa suapan ke dalam mulut. ‘sedapnya makan free hehehe.’ Aku kemudian baru teringat pada insan di depanku.  Adoi!  Macam mana boleh lupa ye aku bukan datang sorang tadi. Aku memandang dia sambil mengangkat sedikit sudu… ‘makan.’

Adam nampak agak sedikit tercengang melihat aku. Dia menggelengkan kepalanya kemudian bibirnya menguntumkan sedikit senyuman.   Mungkin dia geli hati melihat tingkahku yang serupa orang sepuluh tahun tak makan.   Aku mengutuk perutku yang memalukan tuannya ini.

Kami makan tanpa berkata apa-apa.  Masing-masing sibuk menjamu hidangan di depan mata. Tak sampai 15 minit aku sudah menghabiskan makanan dan minuman.  Memang muka tak malu betul.  Adam pun telah selesai makan.  Aku merenung dia yang masih minum.

Baru aku teringat aku tak sempat nak tengok dia makan macam mana. Yelah nak jugak tengok orang handsome makan macam mana.    Kot-kot ada special sikit caranya.   Maklumlah anak Dato, mesti ada class!

Tapikan dia ni tak ada lah berlagak sangat, simple jugak orangnya.   Kalau tak masakan anak orang kaya sanggup makan kat medan selera macam ni.  Selalunya anak orang kayakan suka makan kat hotel atau restoran mewah.

Fitriah pun salah seorang dari anak orang kaya yang aku sebut tadi.  Dia pun memang cerewet kalau memilih tempat makan.    Kalau tempat tu dalam bangunan mungkin dia akan cuba.   Tapi kalau tepi gerai atau kedai mamak, jangan harap dia nak masuk.   Aku pun kadang-kadang naik geram jugak dengan sikap dia.   Tapi nak buat macam mana dah sifat dia macam tu, terpaksa jugak aku bertolak ansur. Sapa tak sayang sahabat wei.

Aku bergegas bangun bila melihat Adam berdiri dan menuju ke kaunter bayaran.  Aku pantas mengikutinya.  Setelah selesai kami berjalan menuju ke kereta semula.



About Me