topbella

Friday, 13 December 2013

I Hate You MR.P.L.A.Y.B.O.Y 12

BAB 12


OMG!!! Handsomenya lelaki dekat depan mata aku ni.  Gilerlah…..  Mataku betul-betul menganalisa wajah lelaki di depanku.  Hemmm…not bad.  Orangnya tinggi.  Putih melepak.  Hidung mancung.  Rambut pacak. Yang penting badan dia tegap.  Pergi gym agaknya. Muka dia jambulah , sweet….

“Miss! Miss! Are you okay?”tegur lelaki tu.
Aku tersentak.   Teragak-agak mulut ni nak menjawab.   Ya Allah malunya.  Boleh pulak memandang wajah anak teruna orang macam tu. Tak apalah setakat cuci-cuci mata tak salahkan he he he.

“I’m okay…masuklah.” Pelawaku.  Lelaki tu masuk ke dalam lif dan berdiri di sebelahku.   Dia memandang aku ditepi. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.

Aku terpana melihat senyuman dia.  Okay….aku rasa sesak nafas dalam lif ni.  Serius…senyuman dia betul-betul memukau. 

Aku memusingkan muka menghadap dinding lif di tepi.  Rasa-rasanya muka aku dah merah padam saat ni.  
Isykk! Kenapalah dia ni handsome sangat.  Rasa nak sepak-sepak je muka dia.  Grrr……

Aku mengenggam jari tangan, akalku mula berfikir.   Nak tegur ke tak ye? Tak tegur rugi.   Siapa dia ni ye? Ahli lembaga pengarah? tak mungkin, sebab semalam aku tak nampak wajah lelaki ni dekat bilik mesyuarat.  Pekerja dekat Crystal Sdn.Bhd.? Lagi  tak masuk akal mana ada pekerja nak naik lif VVIP. Kecuali akulah he he he.    Client agaknya.  Mestilah ni.

Nak tegur ke tak ye.  Okay tegur Mia. Bismillahirahmanirahim….

Belum pun sempat aku menoleh kearahnya, lelaki tadi mula menegurku.“Miss?”

Mendengarkan suaranya menegurku ,  Aku cepat-cepat menoleh kepadanya.  Bibirku merekah dengan senyuman.

“Yes…ada ape?” soalku sengaja.  Well…tak nak gopoh nanti nampak sangat over.

“Tak nak keluar ke?”  Erk! Keluar?

“Hah…keluar?” soalku pelik.  Wajah putihnya aku pandang.

“Ya.. keluar, pintu lif ni dah lama terbuka dekat tingkat tujuh ni.  Cik nak keluar ke tidak?” soalnya.  
Tangannya lurus menunjuk ke arah pintu lif.   Aku memandang pintu lif yang dah terbuka luas kemudian menoleh semula memandang lelaki itu.

Aku tersengih. Malu wei! Mana nak letak muka ni!   Perlahan-lahan kakiku melangkah keluar dari lif.  Mahu saja aku mengetuk kepala saat ini.  Tak pernah-pernah buat perangai macam ni.  Hari ni sejarah dalam hidup aku, mengedik bila nampak lelaki.   Lelaki handsome pulak tu!  Great Mia! Padan muka kan dah kena!

“Miss!” Kakiku terhenti.  Lelaki tu panggil aku ke?  Perlahan-lahan aku menoleh ke belakang.  Aku memandang wajahnya.  Dia tersenyum dan seakan mahu berkata sesuatu.

“Your smile look adorable on you, you should wear it more often” habis saja bibirnya menuturkan ayat.  Pintu lif tertutup.  Aku betul-betul terkedu saat ini.  Okay…pengsan!

Aku menoleh semula ke depan. Perlahan-lahan bibirku mula tersenyum.  Oh no! lelaki tu suka senyuman akulah.  Rasa tak percaya pulak!  Aku tersenyum lagi.  Laju terus kakiku melangkah masuk ke dalam office.  Betul-betul happy hari ni, tak rugi cilok masuk lif VVIP  he he he.




********************************

“GOOD MORNING, Cik Mia,” sapa Mona penyambut tetamu yang ditugaskan di pintu ruangan masuk di tingkat 7,arasku.

“Morning.”balasku kembali.  Aku tersenyum riang. Kakiku terus laju melangkah menuju ke bilik.

“Selamat pagi Mia…” Sapa Reena yang sedang duduk menghadap komputer di mejanya.

Aku mengangguk dan tersenyum ke arah Reena.  Lalu melangkah masuk ke dalam pejabatku. Aku duduk di kerusi.  Masih dalam mood teringat lelaki handsome.  Memang cuci mata hari ni. Untung kan...  agak-agak boleh jumpa si handsome lagi tak? Ha ha ha.

Aku mula memasang angan-angan untuk berjumpa si handsome.  Selang beberapa saat mindaku mula berfikir.   Hah tak ape, nanti aku suruh Reena siasat siapa lelaki handsome ni.  Mesti ada kena mengena dengan company,kalau tak kenapa dia naik VVIP lif tadi. 

Bibirku mula mengukir senyuman.  Tunggu saya muncul En. Handsome.  Bertambah-tambah lebar senyuman aku.

Bunyi interkom di meja membuatkan diriku tersentak dari anganan.   Aku segera menekan butang on.  “Ye Reena, ada apa?” soalku. Kacau konsentrasi betul Reena ni.

“Mia,Tengku Afriel nak jumpa.  Dia suruh you naik ke office dia. Lagi satu dia suruh you bawak fail  proposal untuk projek pembinaan hotel dekat Pulau Pinang tu.  Dia nak semak proposal tu.” 

Huh! Ini lagi satu hal.  Apalah Mr Playboy ni nak.  Pagi-pagi dah rosak mood aku.  Hilang wajah En handsome tadi gara-gara dia.  Isykk!

“Okay, nanti saya pergi. Thanks Reena.” Ucapku lemah.

Aku mengeluh. Berat hati nak berdepan dengan Mr Playboy.  Entah apalah yang akan berlaku kalau aku duduk berdepan dengan dia.  Mesti gaduh lagi.  Panas je hati, bila terkenangkan mulut puaka dia tu.  Kalau tak kerana pesanan papa, memang aku takkan jejak kaki kat office dia. Tapi nak buat macam mana kan, aku tetap pekerja dia.  So be profesional not personal, Okay. 

Aku mengambil beberapa fail diatas meja kemudian menyusunnya secara bertingkat dan teratur bagi memudahkan aku untuk membawanya. 

Proposal untuk projek hotel di Pulau Pinang baru saja siap disediakan.  Aku pun baru saja dapat menyemaknya semalam. Yelah masuk kerja pun baru semalam…   Setakat ini aku rasa tiada masalah dalam proposal tersebut.  Tapi tak tahulah.  Sebab dari maklumat yang aku dapat dari Reena, proposal pasal pembinaan hotel ni telah banyak kali direject.  Boleh dikatakan semua staff dah mula pening memikirkan kemahuan Tengku Afriel.  Ada saja yang tak kena bagi lelaki itu.

Huh! Bagi aku tak ada apa yang hairan bin ajaib pun dengan dia.  Orang sombong dan berlagak macam dia, memang macam tu.  Tak payah nak susah -susah pening kepala, dah memang gitu perangainya.  Buat sakit hati,usus dan pankreas je kalau jumpa dia!

Aku menaiki lif ke tingkat dua belas.  Tapi kali ini aku naik lif pekerja ye, he he he.  Berada dalam lif, membuatkan senyumanku kembali lebar.  Masih  terngiang-ngiang kata-kata En. Handsome dekat telinga aku.  “Your smile look adorable on you, you should wear it more often”. Sebaris ayatnya telah membuat aku terbuai ke langit.  Bermulut manis betul dia tu, sesuai kalau digandingkan dengan aku he he he.  Tengok bertapa gatalnya anak perempuan Dato Khairudin ni.   Tak malu betul!

Sebaik saja lif berhenti di tingkat dua belas,aku terus keluar dan melangkah masuk  ke dalam office CEO.  Susun atur bahagian sini sama saja seperti di tingkatku cuma lebih sedikit eksklusif.    Kakiku terus melangkah mendekati meja setiausahanya yang berada di bahagian tepi bilik .

Seorang wanita dalam lingkungan 30 an sedang tekun menulis di meja.  Aku mendekatinya, berdeham sedikit sebelum memberi salam.

“Ehem! Assalamualaikum..” sapaku.  Mendengarkan salamku, wanita ini mengangkat kepalanya keatas dan memandang wajahku.

“Waalaikumsalam.. Cik Mia kan…  Nama akak Adibah panggil akak, kak Dib je.”  Balasnya mesra, kami bersalaman tangan sebagai tanda perkenalan.  Kak Dib mempelawa aku duduk di kerusinya.    Ramah sungguh setiausaha Mr Playboy ni.  Hmmm.. mula-mula tadi aku fikir setiausahanya mesti muda dan seksi.  
Tapi sebaliknya setiausaha dia lebih sedikit berumur dan telah berkahwin.  Macam mana aku tahu? He he he aku dah soal siasat sikit tadi.  Aku kan busy body he he.

“Kak Dib nanti panggil Mia aje ye.  Tak perlu cik-cik ni semua.  Boleh ye.” Pintaku.  Sungguh aku senang berbual dengan Kak Dib.  Kak Dib agak terperanjat pada mulanya dengan permintaanku.  Tapi akhirnya dia mengangguk, mungkin senang dengan keramahan aku berbual dengannya.

“Mia tunggu sekejap ye.  Bos tengah sibuk sikit dekat dalam.  Tadi ada discussion sekejap dengan client untuk projek baru.  Jadi dia minta Mia tunggu dulu kejap.”

Aku tersenyum mengangguk memandang Kak Dib.  Tapi dalam hati nak aje aku sumpahkan Mr Playboy.  Dah tahu sibuk panggil aku buat apa!  Memang sengaja nak  permainkan aku! Geram sungguh!!! 

Aku memerhati Kak Dib yang sibuk menulis diatas sekeping kad.   Aku pelik.  Mataku kemudian tunduk ke atas meja,   beberapa keping kad ucapan yang sudah siap ditulis bersepah-sepah diatas meja Kak Dib.  Laju tanganku mengambil sekeping kad, bulat mata aku melihat ayat yang ditulis diatas kad.

Dear Sheila:  

 I miss you.  It’s only been a few days. 
I know but I miss you.
 I always do when you’re not here.  I feel so empty. 
 I want to be close with you. I never want to lose you.  Ever.  
Please call me, okay.

-Tengku Afriel-

Tercampak terus kad dari tangan.  Geli geleman badan aku membacanya.  Ya Allah ada jugak orang jiwang-jiwang macam ni.  Eiiiiiiiiiii!!!! Tak sanggup aku nak baca yang lain buat habis air liur je.

Kak Dib tertawa melihat telatahku.  “Biasalah Mia…lelaki ni kalau mengayat mesti nak power.  Barulah perempuan terharu, ha ha ha.   Mia tak tersentuh hati ke baca tadi.”

Cepat-cepat aku mengelengkan kepala.  Geli semua sendi aku bila teringatkan ayat tadi.

“Huh! Geli geleman saya baca kak.  Apesal lah bos akak ni jiwang sangat.  Hisyk, akak pun satu boleh pulak layankan dia buat semua ni.  Kerja sia-sia semua ni kak.” Tegurku.  Macam manalah Kak Dib boleh layankan perangai bos dia yang playboy ni.  Kalau aku lah memang tak ada maknanya nak tulis kad semua bagai.  Sangat menjengkelkan. Memang dasar Playboy!

“Alah nak buat macam mana, dah dia bos.  Terpaksalah kita kan …  Tapi tak adalah akak buat-buat percuma semua ni.  Akak mintak elaunlah dekat bos.  Kalau tak kerana elaun tu memang akak takkan tulis lah semua ni.  Akak yang dah kahwin ni pun geli nak baca ni semua  ha ha ha.” 

Aku dan Kak Dib tergelak besar.   Macam-macam Kak Dib cerita dengan aku pasal bos dia tu.  Sungguh aku terkejut betapa ramainya girlfriend-girlfriend Mr Playboy.  Siap ada buku log lagi nak keluar dengan siapa setiap minggu.  Dasyat!  Dan semuanya diuruskan oleh Kak Dib.  Sungguh efisyen Kak Dib ni membantu bos dia.  Sampai ke hal peribadi pun dia jaga.  Layankan je lah…

“Mia..masuklah, bos dah panggil dah tu.  Mia…. jangan cerita dekat bos pasal perbualan kita tadi ye.  Matilah Kak Dib nanti.” Pesan Kak Dib.  Risau wajah dia takut aku mengadu pasal perbualan kami tadi.  Huh tak ada maknanya, peduli apa aku dengan Mr Playboy ni.  Sungguh tak mendatangkan hasil!

Aku tertawa.  Membuat isyarat zip mulut pada Kak Dib.  Aku berhenti di hadapan pintu biliknya,tanganku laju mengetuk pintu.

“Masuk.” arah suara dari dalam.

Aku terus memulas tombol pintu dan terus masuk ke dalam bilik.  Aku memerhati dia, yang masih leka menghadap komputer.  Dia langsung tidak memandang ke arah aku.  Huh memang poyo Mr Playboy ni!

Aku berjalan kearahnya, sengajaku hentak kuat-kuat kasut heel aku.   Biar gentar sikit dia melihat aku.  Mendengarkan bunyi kuat hentakan kasutku membuatkan dia mengangkat muka memandang diriku.  Matanya tajam seolah-olah tembus ke kepala aku.  Mungkin marah sebab aku menganggu konsentrasi dia yang sibuk tadi.  

Aku buat-buat tak peduli akan pandangan tajamnya.  Aku terus duduk tanpa dipelawa.  Well sama seperti dia masuk office akulah kan.  Fair and square!

“Nah..proposal yang Tengku Afriel nak semak tadi.” Ujarku manis.  Aku memberikan fail yang sepatutnya kepada dia.  Dalam hati rasa nak meluat je tengok wajah dia yang bersandar dekat kerusi sambil tersenyum sinis memandang aku.  Konon nak tunjuk ek lah tu siapa lebih hebat sekarang.  Geram!! 

Aku cuba bersabar sikit.  Dalam situasi ni aku kenalah hormat dia sebagai bosku.  Lagipun aku dah janji dengan papa yang aku akan cuba buat yang terbaik.  Then aku kenalah buktikan dekat dia yang aku pun hebat juga.

Dia duduk tegak dan mengambil fail proposal projek hotel Pulau Pinang dari aku.  Senyuman sinis tak lekang dari mulut dia.  Aku sabar je lagi, menahan sakit hati melihat wajahnya.

Dia membuka fail dan mula menyemak.  Wajahnya sedikit berkerut bila membaca.  Hah sah! Memang dia akan reject lagilah proposal ni.  Nasiblah siapa yang kena buat nanti.  Aku? Tak mungkin sebab ini bukan bidang aku.  Aku cuma selia dan pastikan semuanya berkualiti.  Itu saja.   Lagipun aku pun tak reti nak buat proposal ni.  Pengalaman pun kurang.  Tapi boleh lah sikit-sikit kot.

Sementara menunggu dia menyemak, Mataku melilau-lilau melihat hiasan dalaman pejabat dia.  Sungguh cantik dan elegan.  Hebat dan gah sebagai seorang CEO.  Tapi ada aku kisah! Peduli apa, walaupun hiasan dalaman dia lebih hebat, aku sikit pun tak heran.  Over je lebih tu!

Aku memandang ke arahnya semula sepertinya dia sudah selesai menyemak.  Baguslah aku nak out dari sini.  Tak kuasa nak melemaskan diri melihat muka dia.  Sungguh annoying! Huh!

“Kau dah baca proposal ni?” soalnya sinis.  Dia bersandar semula pada kerusi empuk dia. 

“Dah.” Balasku pendek.

“So apa pendapat kau tentang proposal ni?” soalnya lagi.

“Hmmm….okay kot.” Jawabku bodoh-bodoh je.  Sungguh aku kurang pasti.

“Okay kot?  Kau rasa proposal ni sesuai ke nak tunjuk dekat Client kita? Atau kau memang tak tahu.” Soalnya tegas.  Tapi aku rasa lebih kepada sindiran.  Sinis bunyinya terasa menikam jantung sekarang ni.

Aku menarik nafas.  “Apa yang tak kena sebenarnya.  Aku rasa semuanya elok saja.”

“Elok kau kata? Dengan proposal macam ni kau fikir client kita akan puas hati.  Silap hari bulan mereka ketawakan kita bila tengok proposal ni.”

“Habis tu kau nak aku buat apa?”

“Buat semula, dan aku nak besok!”

“Okay!”jawabku laju.  lepas ni aku turun suruh Reena bagi dekat Rahimah.  Biar dia buat balik proposal dia ni.  Tak pasal-pasal aku pulak yang kena smash! Profesional lah sangat kan!

“Maksudnya aku nak kau yang buat semula.  Aku nak tengok kerja kau.” Tambahnya lagi.

Hampir ternganga mulut aku.  “Wait! Kau dah gila ke? Ni bukan kerja aku. Aku kan baru start kerja. Takkan aku ….. lagipun aku pun baru tengok proposal ni.  Ianya ambil masa untuk aku buat. Kalau aku buat pun takkan sempat siap esok!” Jelasku bersungguh-sungguh.  Walaupun saat ini aku rasa nak lempar je dia dari bangunan ni.

Dia menghadiahkan aku dengan senyuman sinis. Dahinya berkerut memikirkan.  Benci pulak aku melihat gayanya itu.  Aku menjelingnya.

“Buatlah sekarang kalau tak macam mana nak siap besok.  Aku tak suka dengar alasan.  Dan rasanya hari tu kau kata kau hebat sangat.  Tak nak kerja team work lah, boleh buat sendiri semuanya.  So prove it! Simple kan.  Tak sabar aku nak tengok temasya kau pulak.” Sindir dia. Memulangkan kembali kata-kata aku padanya semalam.   Panas sungguh hati mendengarnya. Mendidih darah aku.

Aku menarik nafas menahan sabar. Okay dia memang betul-betul mencabar aku ni.  Tak apa.  Mia Qaisara tak pernah kalah dalam apa-apa pun.  Tunggu dan lihat je lah!

Aku mengambil fail dengan kasar dan terus bangun dari kerusi.  Aku segera berpusing untuk keluar dari sini.  Lebih baik aku balik ke office, aku kena buat dengan cepat semua ni.  Aku tak mahu dipandang rendah oleh lelaki ini.

Wait!! Kau nak kemana?”soalnya.

Berdesir mulut aku menjawabnya.

“Balik officelah mana lagi.  Tadi kau yang suruh siapkan proposal ni, so aku nak balik officelah nak buat.”jawabku geram.

Dia tersenyum sinis. “Aku nak kau buat dekat sini.  Senang aku nak semak mana yang patut.” Ujarnya.

What! Duduk dekat sini? Dengan dia? No Way!!!

“Kau jangan nak main-main boleh tak.  Semua maklumat penting ada dekat Rahimah.  So aku kena jumpa dia untuk dapatkan maklumat tu.” Terangku geram.

Dia memandangku, dan mengambil sesuatu dari dalam laci. “Nah, dalam pendrive ni ada segala data mengenai projek ni.  Kau boleh guna data ni semua untuk buat proposal baru.”

Isykk!!! Nampak tak permainannya dekat sini.  Aku dah agak dia memang sengaja nak kenakan aku.  Kalau tak macam mana dia dah boleh siap sedia dengan segala data projek tu.   Sabar Mia…

“Aku perlukan komputer untuk buat kerja.” Ujarku lagi.

“Guna saja komputer aku.  Kau boleh buat kerja dekat sini.” Dia bangun dari kerusi dan mempelawa aku duduk disitu.

Terangkat kening aku melihatnya. “Okay…kau tak takut nak bagi aku duduk dekat situ?” soalku sinis.

“Takut? Apa maksud kau?” soalnya pelik.

Aku berjalan mendekatinya sedikit.  “Mana tahu lepas kau bagi aku duduk dekat kerusi tu.  Aura aku terus lekat dekat situ.  Silap hari bulan aku pulak yang jadi CEO nanti.” Senyumku sinis.

Dia tergelak kuat bila mendengar kata-kataku. Aku jengkel melihat tingkahnya itu. Dia berhenti ketawa dan cuba rapat sedikit di tepi bahuku. 

“Jangan katakan kerusi ni saja aku boleh bagi.  Tuan empunya kerusi kalau kau nak pun aku rela.” Ujarnya. Dia terus ketawa dengan lebih kuat. 

Aku geram mendengarnya dan terus laju duduk di kerusinya yang empok itu.  Aku hentak-hentakkan sedikit biar rosak.  Aku memberikan pandangan sinis kepada dia.   Dia mengelengkan kepala melihat telatahku.  Dia kemudian mengambil beberapa fail dari atas meja dan terus duduk di sofa yang terletak di hujung bilik. 

Aku terus membuka fail dan melihat data-data yang diperlukan.  Aku tak mahu berlama-lamaan di sini.  Tak sanggup aku nak duduk menghadap Mr Playboy ni lama-lama.  Sungguh tahap kebencian aku berganda sekarang ni.  I really...really hate you now Mr Playboy!!! Arghhhh!!! Bergema jeritan kemarahan dalam hatiku sekarang ini.



Wednesday, 11 December 2013

MEMORI CINTA KITA 4


BAB 4



SUASANA  pagi sabtu hari ini cukup indah.  Aku melangkah keluar menghirup udara segar menghadap bukit bukau di belakang rumahku.  Hurmm segarnya!  Subhanaallah indahnya ciptaan Allah S.W.T.  Aku terus  mengambil bakul yang berisi kain basuhan untuk disidai di ampaian.  Setelah sudah aku masuk semula ke dalam rumah dan membantu mak menyediakan sarapan pagi.

Hari ini dua orang abang aku berada di rumah.  Al-maklumlah cuti.   Aku cuma  dada 3 orang je adik beradik.   Along aku yang sulung namanya Arsyad Umar, umur dia 28 tahun kerja pulak sebagai Accountant Executive di sebuah bank dekat Nilai.  Yang kedua  Angah, namanya Ryqal Aliff.   Kerja dekat Kuala Lumpur sebagai Peguam di firma guaman swasta. Umur dalam 26 tahun sebaya dengan Abang Hafizul.  Semuanya bujang.    Hai… gamaknya mak aku lambat lah nak bermenantu, anak bujangnya semua single and available lagi he he he.

Aku meletakkan mee goreng diatas meja dan membacuh air teh di dalam teko. Mak masih leka menggoreng kuih karipap pusing yang di buatnya semalam.   Maklumlah favourite anak bujangnya yang dua orang tu. Aku ni jadi anak tirilah kalau abang aku yang berdua tu balik. 

Setelah siap aku memanggil abah dan abang-abang aku untuk bersarapan.  Kami mengambil tempat duduk masing-masing.  Suasana senyap je pada mulanya, tapi dah namanya jarang jumpa  bila dah jumpa mahu tak bising. Tapi tak ler bising macam kat pasar tu.

“Dik macam mana? dah dapat kerja?.” tanya Along

“Belum. Susah lah sekarang ni long. Semuanya mesti kena ada kabel besar.”balasku geram.

“Alah kau sabar je nanti adalah tu. Hah tak pun jom duduk dengan angah kat KL, nanti angah carikkan kerja kat sana.” Sampuk Angah pula.

Aku teruja. Best kerja KL!

Mencerlung mata mak memandang angah bila menyebut KL.  Dah lah mak ni anti kalau dengar nama KL.  Baginya Bandar besar tu bahaya untuk aku.

“Tak payah..jangan kau pandai nak mengajak adik kau duduk kat KL.  Cukuplah kau seorang je duduk kat rumah tak ada tanah tu jangan nak pandai ajar adik pergi situ.” Balas mak panjang lebar.

Belum sempat angah nak bercakap lagi abah dah menyampuk.

“Aah…. tak payah nak pergi KL cari kerja. Adik duduk je kat sini nanti adalah rezeki  tu. Insyallah mesti ada.  Hah kamu angah makan, jangan bercakap.” kata ayah menyelamatkan kami dari mendengar bebelan mak.

Aku apalagi memandang tanpa riaksi lah. Nampak gayanya memang sampai ke tua lah aku dok dekat rumah ni. Hwarrgghhh!!

*************************

SETELAH selesai sarapan aku mengambil kuih karipap yang masih panas di dalam piring.  Tadi mak meninggalkan kuih ni sedikit untuk dihantar ke rumah Mak Lang.   Yang pastinya akulah yang kena hantar.  Nak harapkan abang yang dua orang tu hentikanlah, lepas makan terus lesap.  Sabar je lah.

Ikutkan hati memang malas nak pergi.   Tapi bila mengenangkan mak yang dah mula nak buat khutbah pahala free, hidup saling bantu membantu.  Aku pun mula lah mengorak melangkah ke rumah Mak Lang. Tak sanggup aku nak tadah telinga lama-lama boleh bernanah nanti.

“Assalamualaikum Mak Lang oi Mak Lang.” jerit aku dengan volume yang tinggi.  Sebabnya kalau aku buat tone slow karang Mak  Lang tu bukan dengar sangat telinga dia.  Lebih lagi kalau kat dapur lagi kebal he he he.

“Waalaikumsalam…. masuklah pintu terbuka je tu.” jerit satu suara garau dari dalam. Aikk macam kenal je suara tu. 

Aku terus melangkah masuk ke dalam rumah.  Baru sahaja kaki ni memijak lantai ruang tamu, mataku bulat melihat kedua abangku yang sedang duduk bersantai bermain ps 2  dekat depan tv.  Hampeh betul budak berdua ni.  Dah tahu nak pergi rumah Mak Lang tak cakap.  Sengaja nak kenakan aku lah tu!

 Aku kemudian terus menuju ke dapur mencari Mak Lang.    Mak Lang yang sedang mengelap meja  terhenti bila melihat aku..  Senyum aje Mak Lang macam anak dia si Hafizul tu.   Murah betul dua beranak ni  dengan senyuman.

“Mak lang ni ada kuih karipap kegemaran Mak Lang.   Makan taw nanti confirm nak lagi he he he” aku tersenggih sambil meletakkan kuih di atas meja.

“Ya Allah.. susah-susah je mak kamu ni.  Ada je nak dibagi.” Balasnya padaku.

“Alah tak susah pun senang je.”kataku sambil ketawa riang.

“ Hah.. cakap terima kasih kat mak kamu. Nanti piring ni  Mak Lang hantar kat rumah.  Adik dah minum belum? Nak air tak Mak Lang buatkan?.”

“Eh tak payah… adik dah minum dah tadi.  Adik duduk depanlah Mak Lang, tengok diorang main game kat ruang tamu tu.”  

“Hah elok lah tu.  Pergi tengok ape kerja anak bujang kat depan tu.” bebel Mak Lang.

Aku menahan ketawa mendengar bebelan Mak lang.  Mak lang pun macam mak aku, kuat membebel.

Aku terus melangkah menuju ke ruang tamu.  Bulat mataku melihat mereka semua yang berada di depan tv. 
 Amboi! terserlah kemalasan diorang kat situ!

“Eh! adik bile datang tak nampak pun tadi?.”tanya Abang Hakeem anak sulung mak lang yang bekerja sebagai Pensyarah di UTM Skudai Johor. Abang Hakeem ni sebaya dengan Along. Handsome orangnya. Tapi kalau dari mata aku, adik dia si Hafizul tu lebih handsome he he he. Eh Tizz jangan over ye!

“Dah lama dah.  Ada je kat dapur tadi.  Cuti ke? Bila balik?.” Soalku ramah.

“Baru semalam balik, cuti sabtu ahad je lah. Besok dah balik sana balik.”

“OOo…”balasku ringkas, aku mengalihkan pandangan ku pada Abang Hafizul yang ternyata sedang leka memandang IPad di tangannya. Ermm entah ape yang ditenung I Pad tu.   Sikit pun tak memandang aku. Eh pehal lak aku terasa ni?

“Dik pergi buat air, hauslah.”arah  Angah tiba-tiba pada aku.

Ni yang aku tak suka ni.   Suka hati perut dia je nak suruh buat air kat rumah orang. Apa kes!

Aku menjeling memandang Angah. “Hisykk Angah ni tak malu ke?  Ini kan rumah Mak Lang suka hati je nak arah orang.”

“Alah tak lama lagi nak jadi rumah adik jugak.    Kan Along.” giat Angah.  Mereka berdua berpandangan dan ketawa.

“Eh apehal pulak? Pak Lang nak bagi rumah kat Adik ke?, Giler lah Angah ni.” Terkejut aku confius sekejap, ada wasiat peralihan harta ke?

“Ehh… Kau ni tak faham pulak, siput lah kau ni.  Kan ke nanti kau bakal jadi housewife si Fizul ni ha ha ha.”  Angah ketawa kuat diikuti along dan Abang Hakeem.   Abang Hafizul kaku je menghadap IPad, dia langsung tak menoleh.   Ek eleh poyo je mamat ni.

Membulat mata aku mendengar bicara angah.  Rasa nak balik mengadu kat mak. ‘Mak tengok angah malukan adik depan orang’ gumamku dalam hati.   Aku bingkas bangun menuju ke dapur, menyampah aku mendengar ketawa jahat diorang.  Tapi disebabkan aku adik yang solehah terpaksalah aku buatkan jugak air.

 Aku terus mengambil cawan di dapur, mata mencari-cari  Mak Lang.  Hmm tak ada, mungkin Mak Lang keluar ikut pintu belakang.  Aku mengambil botol Sunquick dan mencurahkan isinya sedikit ke dalam jag.   Gula aku bubuh dua sudu, supaya airnya tidak masam sangat.  Sedikit ais batu. Dah siap!

Aku membawa jag berisi air dan cawan ke depan dan meletakkannya diatas meja.  Air aku tuang di setiap gelas.   Aku hulurkan gelas tadi kepada mereka semua.   Hah….tengok dah lah tolong buat air, hidangkan pulak lagi.   Baik tak aku ni!

“Eh Dik, kau tak bagi Fizul ke gelas tu?  Mesti dia haus kan….”Sengaja Along mengenakan aku.

Bernanah hati aku dengar.  Aku menjeling tajam melihat mereka yang menahan ketawa melihat muka bengang aku.

Aku mengambil gelas tadi kemudia aku hulurkan kepada dia yang masih ralit dengan I Pad.  Sempat aku jeling sikit apa yang ditengoknya.  Facebook ke?

Abang Hafizul mendongak dan tersenyum.  Gelas tadi disambut.

“Terima kasih.” Ujarnya. 

Aku tersenyum mengangguk.

 Aku bergerak mengambil tempat duduk di sebelah angah yang sedang bermain ps 2 bersama Abang Hakeem.  

“Adik pun nak main jugak, game soccer kan ni?.”soalku.

“Hisykk sibuk lah adik ni..  Pergilah ajak Fizul tu main.  Celah angah jugak kau nak selit.” Balas angah selamba je.

Membulat mata aku melihat dia.   Sampai hati cakap macam tu…

Aku mencebikkan mulut

“Alah…. Nak jugak, tak kira orang nak main.” Rengek aku dengan suara tersendu-sendu

Abang Hakeem yang mendengar terus menekan butang pause.   Dia menoleh melihat aku.

“Ala la  la…comellah adik ni.   Lemah hati abang Hakeem”  Terus merah muka aku memandang abang Hakeem.  Malu!

“Comel ape bendenya.  Comot lagi adalah ha ha ha.” sampuk angah.

Menjeling aku memandang angah.  Dia ni kalau balik suka sakitkan hati aku.   Nasib baik mak tak bagi aku ikut dia pergi KL, kalau tak mesti aku kena teruk dengan dia.

“Dah lah kau ni Qal suka kenakan adik kau.   Biar aku bagi dia main, kita tengok boleh tak dia kalahkan kau.”  Kata Abang Hakeem sambil menghulurkan joystick padaku.

Aku dah tersenyum riang.   Alah setakat main soccer ps 2 ni aku memang juara.    Tak takut aku dengan angah 
aku ni der. Kacang je!

“Ok…kalau kalah budak ni kena masak untuk kita semua.  Apa macam boleh?” soal Angah bertaruh dengan aku.

“Orite no ha lah.    Tapi ingat kalau angah kalah, belanja kita orang sate satu keluarga malam ni.  Deal?” Aku menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Deal!” Angah menyambut huluran tanganku.  Dia tersenyum sinis.

Kami berdua pun memulakan permainan.   Nampaknya semua orang menyokong aku.  Terjerit mereka 
semua.    Berbanding dengan angah, hmmm… tak da sape nak sokong dia hehehe.

Permainan agak sengit antara kami.   Dua-dua tak mahu mengalah.   Jangan haraplah aku nak bagi angah 
menang, malu aku nanti!

 Saingan memang sengit pada mulannya tapi semakin lama pertahanan angah mula goyah.    Strategi aku mula menjadi, terus aku libas semuanya.   Ternganga mulut angah melihat rentak mainan aku yang dasyat ni.  Akhirnya aku menang dengan bangganya. 4-2 Goal!

“Horey…Goal!!    Ha ha ha angah kalah!” jerit aku kesukaan.

“Yes… makan sate kita malam ni.” Teriak Along tiba-tiba. Aku tergelak.

“Untung kita ada orang nak belanja.   Kan Angah…”tambah Abang Hakeem sengaja.

Abang Hafizul ketawa melihat kelakuan kami semua.  Dia menggelengkan kepalanya melihat aku dan yang lain menyakat angah.

“Ye lah aku belanja.   Malam ni siap, lepas Isyak kita pergi simpang empat kat jalan Melaka tu.   Makan kat situ je.”

Makan kat situ bestnye…. Dah lama tak  makan satay.   Boleh bertaruh lagi lain kali ni hu hu hu.


Selepas itu aku pulang ke rumah.   Aku kena membantu emak memasak makanan tengahari.  Abang aku yang dua tu jangan harap nak balik cepat.  Diorang kalau tak mak sendiri panggil balik memang sampai ke petanglah duduk kat situ. Hu hu hu….

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 11


BAB 11

“MIA!  Kenapa dari tadi diam je.  Penat sangat ke kerja hari ni?” soal papa ketika sedang makan malam.

Pertanyaan papa membuatkan aku tersentak.  Aku memandang ke arah papa yang sedang makan.

“Papa tanya apa? Mia tak dengar lah.” Jawabku lemah.  Rasa penat balik dari kerja tadi masih belum hilang. Ditambah lagi keserabutan memikirkan Mr Playboy.

“Tak, papa tanya penat sangat ke bekerja hari ni.  Papa tengok Mia diam je dari tadi.  Takkan hari pertama, dah banyak kerja kat office tu? Mia penat sangat ke?” soal papa prihatin. 

Aku memandang papa kemudian mengeluh.  Mengeluh bukan kerana penat dek kerja tapi pusing memikirkan si Playboy.

“Hmm..tak ada kerja pun hari ni.  Mia cuma semak-semak fail je.  Lepas tu tengok proposal-proposal projek yang lepas.  Itu je.  Bosan!”

Papa ketawa melihat muka cemberutku. “Oooo…bosan.  Itu yang buat anak papa penat hari ni yek?

“Papa ni….”rengekku.  Papa tergelak lagi.

“Anak papa ni… Dah besar panjang pun perangai masih macam budak-budak lagi. Sepatutnya hari pertama bekerja kita kena bersemangat ini tak bosan pulak.”

“Alah… Mia bosan pasal tak ada kerja lah papa.  Bukan merunggut pasal banyak kerja.”

“Samalah tu.  Mula-mula merunggut pasal tak ada kerja, esok lusa mengeluh pasal banyak kerja pulak. Sikap macam tu tak patut ada pada seorang ahli perniagaan.  Lebih-lebih lagi pada anak papa.   Papa kalau boleh, nak anak-anak papa semua belajar dan berdikari sendiri.  Jangan reti nak minta itu minta ini saja.”

Adoi papa dah mula buat ceramah pulak.  Hmmm….menyesal buka cerita bosan tadi. Tak pasal-pasal dapat motivasi free hari ni.  Aku tersengih.

“Mia dengar tak apa yang papa cakap tadi? Tengok boleh tersenyum pulak bila kita bercakap.  Mulalah berangan tu!”

Aku ketawa mendengar bebelan papa.  Kalah perempuan membebel!

“Dengar… Papa jangan risaulah.  Mia seronok je kerja dekat situ, Mia takkan kecewakan papa.   Papa tengok je lah nanti macam mana puteri papa ni buat kerja.  Mesti kagumlah semua orang.” Ujarku. Puji diri sikit. Huh!

Papa menarik nafas lega. Agaknya senang hati mendengar jawapan aku. “Baguslah kalau Mia 
ada semangat macam tu.  Tapi janganlah terlalu over confident, takut nanti satu pun tak jalan.   Papa tak nak dengar sebarang masalah pun.   Sebagai ketua dan anak pemegang saham, papa harap Mia dapat menjaga nama baik syarikat.  Jangan cari musuh pulak dekat pejabat tu.”

Musuh? Eh lain macam je ayat papa.  Macam tahu-tahu je aku ada masalah kerja dekat situ.

“Isykkk…takkanlah Mia nak cari musuh pulak.  Mia kan comel dan baik.  Kemana Mia pergi semua disayang.  Mia kan anak papa.” Gelakku.  Harap papa tidak mengesyaki sesuatu.

“Baiklah papa percaya anak papa ni.  Tapi ingat….jangan cari masalah dekat situ.  Kalau tak tahu apa-apa pasal kerja boleh rujuk dengan Afriel.  Afriel tu banyak pengalaman.  Papa suka kalau Mia rapat dengan dia.  Banyak yang Mia boleh belajar.”

Ape!! Rapat dengan Afriel? Eiiiiiiii….meremang bulu roma aku.  Hai laa…papa tolonglah jangan seksa jiwa anak mu.

“Tak nak lah papa.  Mia okay je buat kerja sendiri.  Deparment Mia tu, ramai staff yang boleh tolong.  Diorang semua baik-baik dan senang nak bekerjasama.  Lagipun… Tengku 
Afriel tu mesti busy, dia kan CEO mesti banyak kerja.  Tak naklah ganggu dia. ”  tolakku lembut.  Janganlah papa paksa aku.  Memang aku bom bangunan Crystal Sdn Bhd tu nanti!

“Lah…papa tahulah staff-staff kat situ ramai yang boleh tolong.  Papa pun yakin dengan kemampuan anak papa ni.    Cuma papa nak Mia tambah pengetahuan lagi tentang pengurusan syarikat.   Lagipun Afriel tu baik orangnya.  Banyak yang Mia boleh dapat dari seorang yang berpengalaman macam dia.  Mia cubalah belajar dari dia, tengok bagaimana dia uruskan syarikat.   Papa yakin, Mia mesti akan kagum dengan dia.”

NO!!!! Big NO!  tak mungkin aku akan merendah diri nak belajar dari musuh utama aku.  Hisykk papa ni tak ada orang lain ke nak suggest kat aku.  Si Mr Playboy tu jugak yang dikagumkan.  Entah apa hebat sangat dia tu.  Papa bagai nak rak puji dia.  Eiiiii!!!geram.

Aku mengangguk terpaksa.  Malas nak berbahas dengan papa.  Lagi banyak aku bagi alasan, 
lagi berjela-jela lah hujah yang keluar dari mulut papa.  Mesti aku kalah.

“Papa Abang mana? Lambat dia balik hari ni.” Aku cuba mengubah topik.  Tak tahan telinga mendengar pujian untuk Mr Playboy.  Karang tertanggal pulak cuping ni.

“Owh, abang kamu kat pejabat lagi lah tu.  Maklumlah Rayyan Holding baru je dapat projek besar dari Kementerian Pelancongan, jadi  abang kamu sibuklah nak buat kertas kerja untuk pembentangan minggu depan.  Kejap lagi baliklah tu. Tak payah tunggulah.”

Aku mengangguk.  Kesian abang buat kerja sampai lewat malam.  Kenapalah papa tak bagi aku kerja kat Rayyan Holding.  Kalau tak mesti aku takkan terjumpa Mr Playboy yang tak guna tu.  Mesti bahagia hidup aku. Hmmm…..


******************************************

Aku merebahkan badan diatas katil, terasa penat tubuh ini.  Kedua-dua tangan aku letakkan dibawah kepala.  Mataku terpaku merenung siling di atas.  Fikiranku melayang-layang.  Alangkah indahnya kalau dapat berbaring di bawah langit sambil mengira bintang.  Pasti hati akan lapang, walaupun pasti bintang takkan terkira. 

Aku tersenyum sendiri bila terfikirkan bintang.  Ingatanku mula terimbas pada Charles.  
Bersamanya ada saja cerita yang akan dikongsikan dengan aku.  Apa saja yang dilihatnya pasti akan ada maksud atau cerita disebaliknya.   Kami berdua sering saja melakukan aktiviti riadah bersama.  Aku rindukan saat-saat itu.    Kalaulah masa boleh diputarkan semula.   
Mesti hidup aku akan ceria dengan telatah nakal dari Charles. Hmm indahnya….  Aku memejamkan mata mula teringat kenangan bersama sahabat baikku yang satu itu.

“Princess cuba you tengok bintang tu.” Aku meletakkan pen.  Kemudian mendongak, memandang bintang di langit. Mataku terpaku. Subahanallah…. sungguh indah ciptaanmu.

Charles bersuara lagi,“Cantik kan Mia.  Cahayanya betul-betul bersinar.  Bulan dan bintang tak dapat dipisahkan.  Mereka tetap bersama.  Bagusnya kalau kita jadi bintang dan bulan kan.”  Aku menoleh melihat Charles yang masih mendongak ke langit.

Aku tersenyum.  Charles kalau tak jiwang memang tak sah! 

“Hmm…kalau kita dua jadi bintang susahlah.  I tak nak jadi bintang atau bulan.” Balasku serius.

Charles menoleh padaku.  Berkerut dahi dia memandangku. “Kenapa? Semua orang nak jadi macam bintang.  Kenapa you tak nak?” Soalnya bersungguh-sungguh.

Aku menarik nafas perlahan.

“Sebab… kalau kita dua dah jadi bintang, siapa pula nak siapkan assignment ni? I tak nak fail final exam ni ha ha ha.” Aku ketawa kuat.  Suka dapat mengenakan dia.

Charles mengambil buku dan membaling perlahan pada lengan aku. “Awwww! Sakit taw.” Aku mengosok lenganku yang terkena buku.

Naughty girl… Padan muka! suka sangat kenakan orang.” Charles memandang aku kemudian kami sama-sama ketawa.

Aku mencapai pen dan kembali menyiapkan assignment yang masih berbaki sedikit lagi. 

“Mia….”panggil Charles.

“Hm….Ape?” jawabku malas. Langsung tidak menoleh padanya.

“Jom nyanyi…”

“Hah!” Cepat-cepat aku menoleh pada Charles.  Dah kenapa pulak mamat Vietnam ni.  Malam-malam nak menyanyi pulak.  Stress ke!

“You dah kenapa?  Tak pernah-pernah nak nyanyi, tiba-tiba je ni.  Baik you cakap, you makan pil apa tadi?” soalku cemas. Takut kalau-kalau Charles mengambil pil-pil yang mengundang bahaya. 

"Hisykkk…you ni merepek je, I tak ambil pil-pil haram tu semua.  I nak nyanyi pun salah you ni.   Jom lah nyanyi….please”pujuknya.  Aku menarik nafas lega dan memandang semula pada Charles.

“Nyanyi sendiri, tak kuasa I nak menyumbangkan suara I ni.  I banyak kerja ni okay.”
Aku kembali menyambung kerja yang tergendala tadi. Tak kuasa nak melayan orang yang tengah mood beromantika ni. Ada je benda pelik nak dibuatnya malam-malam ni.

“I nak nyanyi ni… betul you tak nak join?” Soalnya lagi.

“Nyanyi je lah!” balasku geram.  Aku terus tunduk dan membuka beberapa buku rujukan.  Namun dari ekor mata, aku mencuri-curi pandang ke arah Charles.

Charles bangun dari tempat duduk, dia kemudian memanjat kerusi dan terus berdiri.  Aku mendongak melihat dia. Pelik? Dia nak nyanyi lagu apa ni.

Aku menanti sabar melihat Charles yang baru nak membuka mulut, “Twinkle little star, how I wonder what you are” garau je bunyi suara dia.    

Hampir nak tersembur ketawa aku.  Charles boleh nyanyi lagu tadika ni.  Ya Allah…siap buat gaya lagi.  Memang tadika made in Malaysia dia ni!

Aku ketawa mengekek sampai keluar air mata.  Kelakar sangat melihat dia mengayakan 
aksi-aksi tariannya.   Comel!

“Up above the world so high, like a diamond in the sky.  Twinkle, twinkle little star, how I wonder what you are.”   Bunyi tepukan bergema di sekeliling kami sebaik saja nyanyian tamat.     Aku menoleh melihat sekeliling.  Ramai gila yang tengok!  Mat saleh ni semua suka melihat persembahan Charles.  Ada yang siap rakam lagi.

Aku menahan perut ketawa.  Memang kelakarlah. Kalau dekat Malaysia mahu aje aku tak mengaku kawan.  Malu beb! Nasib kat Negara orang! Kalau tak harus aku tutup muka.

Charles turun dari kerusi dan duduk memandangku.  “What? I saja nak hilang stress, okay.”

Ketawaku masih bersisa. “Kot ye pun stress, jangan buat macam tu boleh tak. Orang semua pandang taw.” 

“Biarlah diorang pandang. Diorang suka apa, lagipun hiburan je.” Selamba dia.

“Banyaklah you punya hiburan…  Dah, buat assignment ni cepat.  I nak balik tidur ni.” Gesaku.   Aku bercekak pinggang memandang wajahnya.   Charles dengan muka selamba saja terus membuat kerja.  Wajahnya langsung tak beriak apa-apa.

Aku mengelengkan kepala.  Macam-macam dia ni.  Ada je benda kelakar dia nak buat.  Aku memandang kearah Charles,bibirku perlahan-lahan mengukir senyuman.  Comel!

**************************************************
AKU tersenyum sendiri memikirkan kenangan lalu.  Terasa hilang semua beban-beban dalam fikiranku. Lapang minda, kosong dan tenang.

Aku mendengar bunyi dentingan jam di luar bilik.  Tepat pukul 12 tengah malam.   Tekakku berasa haus pula tiba-tiba, aku bingkas bangun dari katil dan terus keluar turun kebawah.  Aku terus masuk ke dalam dapur.  Lampu tidak aku nyalakan, kerana imbasan cahaya lampu dari luar rumah sudah cukup menerangi ruang dapur ini. 

Aku mengambil air di dalam jag dan menuangkannya ke dalam gelas . Dengan rakus aku terus meminumnya.  Sekejap saja air di gelas habis.  Aku terduduk di atas kerusi . Lega.  Aku memejamkan mata. Rasa lega dapat menikmati segelas air.

Sebaik saja aku membuka mata, aku terkejut melihat abang yang tersengih-sengih berada di depanku.  Bila entah dia balik taw-taw dah ada dekat sini.   Gaya macam baru lepas mandi, sebab pakai seluar pendek dan t-shirt saja.

Aku mengurut dadaku berulang kali.  Heart attack!

“Kau dah kenapa dik? Dari tadi terpejam celik je mata kau. Dah buang tabiat apa, tengah-tengah malam duduk dekat dapur ni.” Abang memandang aku pelik.  Abang mendekatkan mukanya melihat aku lebih dekat.

Aku menjeling abang, ada je mood nak mencari gaduh.

“Hisyk, abang ni orang minumlah.  Lega… dapat minum air tadi, haus sangat.   Hah! Abang ni bila balik? Tak dengar bunyi kereta pun?”

Abang mencebik.  “Kereta abang tu punyalah kuat bunyi enjinnya, itupun kau tak dengar.  Masalah telinga kau ni dik.” Abang menggelengkan kepala. Dia membuka peti ais dan mengambil sekotak air oren.

Aku buat-buat muka merajuk. “ Dah lah malas nak layan abang ni.  Menyakitkan telinga. Huh! pergi tidur lagi bagus.” Aku terus melangkah naik ke tangga sempat lagi menjelir lidah kepada abang.  Abang ketawa melihat telatahku dari jauh.


******************************************************
Aku bingkas bangun dari tidur, mandi, bersolat dan terus bersiap untuk ke pejabat.  Hari kedua di pejabat aku tidak mahu terlewat.  Seboleh-bolehnya aku nak sampai lebih awal dari staff lain.  Aku segera mencapai kunci kereta.

“Mia dah bangun? Tak nak sarapan dulu ke?” soal Mak Mak jah yang baru keluar dari dapur.

“Tak payahlah Mak Jah, Mia makan dekat office je.  Lagipun Mia tak nak lambat lah.”

“Alah makan sikit je nanti lapar pulak.  Dato dan Abang Mia pun belum turun lagi.  Mari.” Aku tersenyum mengangguk, tak sampai hati nak tolak pelawaan Mak Jah.

Aku mengambil sekeping roti yang disapu majerin. Mak Jah segera menuangkan air milo ke dalam cawan. Aku minum dan makan sehingga habis.

"Okaylah Mak Jah, Mia pergi dulu ye.  Nanti Mak Jah cakap dekat papa ye.” Aku bingkas bangun dan keluar dari rumah.  

Enjin kereta porcshe aku hidupkan.  Aku menekan punat di dalam kereta, tak lama itu bumbung kereta perlahan-lahan terbuka.  Aku menarik nafas menghirup udara segar.  Pagi-pagi ni elok kalau memandu dalam keadaan terbuka.  Aku menekan gear berundur dan terus meluncur laju keluar dari perkarangan rumah.

Akhirnya aku sampai di pejabat tepat jam 9.00 pagi.   Aku memberhentikan kereta dan parking di tempat yang disediakan.   Kemudian aku segera turun dan melangkah masuk ke dalam bangunan.  Aku berjalan laju ke arah lif yang tengah penuh dengan pekerja.    

Aku berhenti dan berdiri sambil memandang dua pintu lif didepan mataku.  Lif VVIP dan lif biasa. Satu untuk ahli-ahli lembaga pengarah dan ahli kenamaan.  Satu lagi pula khas untuk pekerja- pekerja dan orang awam.

Aku menunggu pintu lif terbuka.  Keadaan di bawah sudah penuh sesak dengan orang ramai, aku mula rimas menunggu.  Sebaik saja lif pekerja terbuka, semua mula berpusu-pusu masuk.  Aku ketinggalan ke belakang.  Lif yang penuh akhirnya ditutup di depan mataku .  Aku masih lagi di luar menunggu. Tak sanggup nak berhimpit dekat dalam.  Dah macam sardin.

Sambil menunggu lif turun semula, pintu lif VVIP pula terbuka.  Aku mula memuncungkan mulut, mataku memandang kiri dan kanan.  Perlahan-lahan kakiku melangkah ke tepi.  
Sedikit demi sedikit.  Okay, Line clear! Go! Cepat-cepat aku masuk ke dalam lif.  Butang ditepi pintu terusku tekan laju.  Pintu lif tertutup rapat.  

Fuhh! Lega.. Aku tersenyum riang.  Walaupun aku adalah anak pemegang saham kedua terbesar syarikat, tapi aku tetap cuma seorang pekerja di Crystal Sdn.Bhd.  Jadi aku sememangnya tidak layak untuk masuk sini.   Tapi ada aku kisah! He he he.

Aku memerhati butang nombor diatas, harap-harap tak ada yang naik lif ni.   Sekarang lif dah berada di tingkat tiga, nampaknya aku akan selamat.   Cuma perlu menunggu empat tingkat saja lagi.   Aku mula mengetuk-ngetuk pintu lif dengan jari sambil menunggu. 


Ting! Lif berhenti di tingkat lima.    Aku mula cuak, VVIP mana yang nak masuk ni.  Habislah….. Aku menanti dengan penuh debaran menunggu pintu terbuka luas.  Air liur aku telan.    Perlahan-lahan bayangan seorang lelaki muncul di sebalik pintu.  Mataku terus terpaku memandangnya.

About Me