topbella

Monday, 23 December 2013

I Hate You MR P.L.A.Y.B.O.Y 15

Assalamualaikum.....

Akhirnya dapat jugak siapkan bab 15 ni...Pening jugak nak fikir-fikir macam mana nak panjangkan cerita. At last jadi pendek jugak.. hmm...harap ada yang terhibur baca kat sini.  kalau rajin-rajin commentlah apa yang patut.  insyallah ian akan cuba perbaiki mana yang perlu.  Akhir kata...Read with you heart... he he he. Poyoz!

##################################################

BAB 15

“AKHIRNYA sampai pun  jugak kita dekat tempatnya.   Okay boleh turun semua… ” arah Iqi sebaik saja memberhentikan kereta.  

Aku segera turun dari kereta.  Mataku mula memerhati kawasan sekeliling.  Sebuah restoran  makanan Thailand, yang berkonsepkan taman bunga.  Memang cantik dengan susun atur tempat duduknya yang diperbuat daripada buluh dan berbumbung nipah.  Memang menarik perhatian untuk makan disini.

Kami duduk disalah satu tempat duduk yang disediakan.  Betul-betul teruja aku rasa.  Dengan keindahan taman yang penuh dengan bunga-bunga menambahkan lagi selera untuk makan di kedai ini.

“Mia, nak makan apa?” Tanya Iqi sambil menghulurkan buku menu padaku.
Belumpun sempat aku ingin mengambilnya, satu tangan kasar telah terlebih dahulu berbuat demikian.  

“Ah! Meh sini aku order, kau kan dah lama duduk dekat luar negara tu.  Jadi kau mesti tak tahu nak makan apa kan? Meh sini aku tengok.”  Aku menjeling tajam padanya.  Eiiiii!!!! Aku boleh order sendiri lah.  
Macam budak-budak dibuatnya aku.  Aku mengigit bibir.  Geram!

“Tak payah kau nak sibuklah.  Aku tahulah nak makan apa.  Bak sini menu tu.” Aku segera menarik buku menu tadi dari tangan Mr Playboy.  Dia tidak mahu melepaskan dan menarik kembali buku itu jauh dari aku. 
Aku cuba menarik lagi.

“Eh! Korang ni macam budak-budaklah.  Tak malu ye orang pandang.  Adik yang ambil order ni pun gelak tengok korang.  Malulah sikit.   Perangai macam budak darjah satu, dua-dua sama je.” Tegur  Iqi. Dia mengelengkan melihatkan kami yang masih berebut buku menu.

Aku mengalah. Menjeling tajam melihat Mr playboy yang tersenyum sinis memandang mukaku.  Tak apa, kau ingat kau menang.  Jangan harap!  Aku ni Mia Qaisara lah…tak pe kau tunggu kejap.

Aku tersenyum memandang budak pelayan yang masih berdiri dan bersedia mengambil order.  “Emmmm…rasanya nak makan ikan siakap masak masam-manis, sotong goreng tepung, ayam goreng berempah, tomyam dan ulam-ulaman.  Air nak air tembikai laici lah. Nak sambal belacan sekali taw.” Orderku.   Aku tersenyum manis kepada si Iqi yang akan tukang bayar nanti he he he.

Terbeliak mata budak berdua ni memandang aku.  Aku mencebik.  What! Sapa suruh tak bagi buku menu tadi.  Jadi aku orderlah ikut selera kan ha ha ha. Padan muka!

“Kau ni makan ke melantak hah?” tanya Mr Playboy.  Dia meletakkan buku menu di atas meja.

Aku menjelirkan lidah pada dia.  Ada aku kisah! Suka hati perut aku lah nak melantak ke apa.  Bukan kau yang bayar pun.

Iqi hanya mampu menelan air liur melihat aku .   Dia kemudian menambah beberapa menu lagi.  Nasi dengan air je, lauk-lauk kan aku dah order.  Mr Playboy gigit jarilah tengok semua tu.  Nak sangat berebut dengan aku kan.  Hah tengok sapa lagi power....

Sebaik saja makanan sampai, kami terus makan dengan senyap.  Tapi tak adanya nak senyap sangat.  Aku sempat jugak berebut ayam goreng dengan Mr Playboy.  Suka hati dia je nak ambil peha ayam aku.  No way! Itu aku punya.   Akhirnya aku berjaya dapat balik peha ayam goreng aku. Itupun setelah Mr Playboy ditegur oleh Iqi agar beralah dengan aku. 

Aku menjelirkan lidahlah tengok muka dia yang sedih tak dapat peha ayam goreng.   Sengaja aku angkat tinggi-tinggi kasi jealous sama dia ha ha ha.

“Alhamdulillah kenyang…” ujarku.  Aku mengusap-usap perut tanda kenyang.  Iqi hanya tertawa melihat telatah ku. Mungkin dia agak terkejut melihat gaya aku seperti kebudak-budakkan.

“Hai cukup ke makan tu? Tak nak order lagi.?” Sinis satu suara.  Huh penyibuk ni, dari tadi asyik nak cari pasal je dengan aku.  Aku memberikan jelingan paling tajam pada dia. Lepas tu aku baru teringat sesuatu!

“Hmmm….Iqi kalau I nak bungkus bawak balik boleh?” soalku tanpa rasa bersalah.
Mr Playboy dan Iqi berpandangan.

“Kau….ni biar betul..” soal Mr Playboy. Iqi juga menanyakan soalan yang sama.

“Betullah….i nak bungkus bawak balik.  I nak bagi Reena, sebab hari ni Reena puasa sunat. Nanti dia boleh buat berbuka makanan tu.”

Mereka berdua menarik nafas lega.  Aku memandang pelik.  Jangan-jangan diorang ni fikir aku kot yang nak makan.  Melampau betul pemikiran diaorang ni.  Ingat aku ni buruk makan ke apa!

“Okay…okay.  You order je Mia, nanti I bayar semuanya.  Untung Reena dapat bos macam you.  Semalam masa I naik department you.  Dia kata you belanja makan MCD.  Hari ni belanja lain pulak.  Untung kan dapat bos macam you ni.”

Mendengarkan pujian Iqi membuatkan aku tersenyum.  Aku memandang sekilas pada wajah Mr Playboy yang masam dan tajam padaku.  Mesti dia kecewa bila dengar makanan dia semalam aku kasi dekat orang.  Padan muka.  Ingat aku heran belanja kau.

Selesai saja semuanya, kami berangkat pulang semula ke pejabat.  Tapi kali ini Mr Playboy yang memandu.  Melihat cara pemanduannya yang santai membuatkan aku rasa selesa dan mengantuk.  Mataku terus terpejam rapat.

*****************************************************************

AKU merasakan satu sentuhan tangan yang lembut di pipiku.  Rasa tenang dan dilindungi.  Aku membiarkan saja pipiku diusap.   Aku merasa kedinginan pada tubuhku.  Rasa tidak mampu lagi membuka mata.  Aku membiarkan diriku terus hanyut dalam mimpi. Hmmm….

Mendengarkan suaraku dipanggil perlahan membuatkan aku tersedar.  Perlahan-lahan aku membuka mata. Sedikit demi sedikit kelopak mataku terbuka.  Jelas satu gambaran manusia di depanku.  Pandanganku sedikit kabur. Aku mengelip-ngelipkan mata untuk lebih jelas.   Bulat terus mataku.  Mr Playboy!

Aku segera duduk tegak.  Aku memandang kearahnya yang berdiri di luar pintu kereta.  Aku cuba mengingati apa yang telah terjadi sebenarnya tadi.

Hmmm….tadi balik restaurant aku naik kereta, lepas tu apa yang jadi ye? Tadi aku rasa macam mimpi je ada orang sentuh pipi aku? Isykkk lama betul ke aku tidur?  Malunya!  Dah lah tidur dalam kereta dia pulak tu.  Eiiiii!!!!

“Ermmmm…dah sampai ke?” soalku, cuba menutup malu.

Dia tersenyum sinis dan mengelengkan kepalanya berulang kali melihatku

“Kau rasa? Dah dekat dua jam kita sampai.  Kau mimpi apa sampai tak sedar-sedar.  Tidur mati!  Agaknya kalau aku angkat dan campak kau dekat tepi jalan pun kau tak tahu.” Jawabnya sinis.

Dua jam! Aku segera melihat jam tanganku.  Yelah dah dua jam berlalu.  Tapi apehal dia tak cuba kejut aku.  Iqi mana? Aku tercari-cari kelibat Iqi.

“Tak payah nak cari Iqi, dia dah lama masuk office.  Penat dia cuba kejut kau tadi.  Tak sedar-sedar!  Dah lah tu, tidur berkeruh siap ada air liur basi lagi.    Kau tengok sofa aku dah habis kena air liur kau.  Nasib sofa tu kulit kalau tak mesti dah berpeta kat situ.”  Aku segera mengelap pipi.  Tak ada pun!  Aku menjeling tajam pada dia.  Dia ni mulut over betul!

“Tepi sikit, aku nak keluar ni.” Aku menyuruhnya ke tepi.   Mr Playboy perlahan-lahan berundur.   Aku segera melangkah keluar dari kereta dan masuk ke dalam pejabat meninggalkan Mr Playboy di situ.  Langsung tidakku toleh sedikit ke belakang.

 Malu! Malu! Mana nak letak muka lepas ni.  Bodoh betul lah aku hari ni boleh pulak landing baik punye dekat kereta Mr Playboy tak guna tu.  Tak pasal-pasal kena bahan dengan dia. 

Mana Si Iqi ni? Boleh pulak dia biarkan aku tidur dekat situ. Tak boleh harap!   Aku menekan butang lif ke tingkat Department kewangan.   Sebaik saja melangkah masuk, aku segera menuju ke bilik Iqi.

“Hai Mia…dah bangun.  Sedap you tidur tadi.”  Sapa Iqi ceria, sebaik saja kakiku melangkah masuk ke officenya.

“Banyak you punya sedap, kenapa you tak kejut I tadi.  Dua jam taw I tidur.” Soalku bertalu-talu.  Geram melihat muka Iqi yang langsung tak berperasaan.

Iqi ketawa kuat melihat wajah geramku. “Ye ke, tak taw pulak I sampai dua jam.  I ingat sekejap je tadi.  
Sebenarnya tadi I nak kejut you but Afriel kata tak payah.  Dia tak sampai hati nak kejut bila tengok wajah comel you, nampak penat sangat.  So I Afriel drop i dekat office dulu sebab dia nak isi minyak kereta .  Jadi dia bawaklah you pusing-pusing dulu sampai sedar.  Tapi tak sangka sampai dua jam.  Tidur mati you ni yek.” Gelak Iqi.

Aku menjeling tajam pada Iqi.  Hampeh gas punya orang, boleh pulak dia buat aku ni macam barang.  Boleh tinggal-tinggalkan pulak.  Nasib tak ada apa-apa yang buruk berlaku. 

“Dah lah I nak balik bilik dulu.  Geram dengan you ni. Eiiii….” Aku segera melangkah keluar dari office Iqi.  Kalau cakap lama-lama boleh menyakitkan hati je.

Fikiranku masih memikirkan tangan yang menyentuh pipiku tadi.  Betul-betul ke mimpi.  Tapi macam real je.  Isyk siapa?  Takkanlah dia…  Dia ke?  Isykkk…serabut  otak aku. 

Sedang asyik berfikir-fikir,sedar tak sedar aku sudah pun sampai ke depan pintu bilikku sendiri.  Reena memanggilku dari tempat duduknya.  Aku segera menoleh.

“Mia…ni Tengku Afriel bagi tadi.  Dia kata you bungkuskan untuk I. Betul ke?” ujar Reena sambil tersenyum.  Dia menunjukkan bungkusan nasi yang aku bungkuskan buatnya tadi.  Aku betul-betul terlupa tentang itu.  Nasib Mr Playboy tu bawakkan.

“Aaahhh…untuk you.  Ambillah buat makan buka nanti.  Okaylah I masuk dulu.  Make sure tak ada yang ganggu I, kecuali yang penting saja.” Arahku.  Aku segera masuk dan duduk dikerusi.  Fikiranku betul-betul buntu sekarang.  Apa yang telah berlaku tadi.  Betul ke itu mimpi?  Isykk  itu mesti mimpi kan…aku bermimpikan.  Arghhhh!!! Sengal! Aku menghantukkan dahi secara perlahan pada meja.  Tension!











About Me