topbella

Sunday, 17 November 2013

CERPEN.....Status Cinta Mak cik dan Anak Buah.!!!

  Status Cinta Mak cik dan Anak Buah.!!!

Sarah Aira.
Pagi ahad yang ceria bagi mereka yang tidak bekerja pada hari ini.  Salah seorangnya akulah siapa lagi he he he. Arghhh!! syurganya hari ni.   Biasanya cuti-cuti macam ni aku banyak habiskan masa di luar. Kadang-kadang tengok wayang, membeli-belah, melepak dan makan-makan dengan kawan. Hidup bujang siapalah nak halang lainlah kalau dekat kampung mesti mak dah membebel kalau tahu anak perempuannya melepak dengan kawan-kawan kat luar. Tapi apa nak heran pandai makan pandai lah simpan hehehe. Teruk betul mahu ‘disate’ aku kalau mak tahu ni.
“Misha jom, kita pergi Sunway Pyramid hari ni. Dengar cerita ada sale.” ajak aku pada Misha housemate merangkap kawan baik sejak Universiti lagi.
“Malaslah aku Sarah, lagipun kejap lagi aku nak keluar dengan Farish.  Nak dating.” Terangkat kening aku mendengar nama Farish. Eh bila pulak dah rujuk balik budak berdua ni bukan hari tu dah putus ke. Macam-macam ragam budak berdua ni kejap baik kejap gaduh sejak dari zaman universiti lagi. Tak faham aku.  Susah bercinta ni ada je masalah lebih baik single macam aku tak perlu nak serabut dengan benda yang tak berfaedah ni. Konon puji diri he hehe.
“So dah rujuk balik lah korang berdua ni?” Misha tergelak bila memikirkan hubungan dia dengan Farish, selalu suam-suam kuku.
“Bila pulak bercerai. Hari itu gaduh manja je lah.” Mencebik aku mendengarnya.
“Gaduh manja konon sampai habis kotak tisu duk buat kesat hingus, melalak tak ingat dunia hari tu.  Masih pekak telinga aku dengar cerita Hindustan kau.”
“Alah itu aku saje je test gempak. Saja nak buat drama air mata sikit he he he.” Misha mengelak. Sengaja tak nak mengaku.
“Lantak kaulah Misha Suhaila Haji Idris malas aku nak campur. Esok lusa kalau gaduh lagi pepandai kaulah settle kan sendiri.  Jangan nak melalak dekat bahu aku lagi.”  perli Sarah.
“Yelah. Ermm kau tak pergi lagi dah lambat ni.” Soal Misha. Mengelak dari Sarah, minah ni bukan kira pagi ke petang dia kalau nak membebel bukan jenis berhenti.
“Nak pergi lah ni. Ok lah aku gerak dulu, karang jangan lupa kunci semua pintu. Jangan dah nampak si Farish nanti kau main tinggal je rumah ni karang lain pulak yang masuk dalam rumah. Perompak dahlah banyak kat taman ni. Tu rumah seberang sana baru je kena rompak. Habis semua disapu.” bebel Sarah pada Misha.
“Yelah Sarah Aira pergilah cepat. Tahulah aku nak kunci rumah ni. Janganlah risau.” balas Misha perlahan. ‘ Adoi kawanku kenapalah mulut kau ni tak reti nak diam. Dari tadi membebel je. Patutlah tak ada lelaki nak dekat. Mulut macam mesin pop corn asyik nak meletus je. Amboi kutuk kawan sendiri dengar kat si Sarah habislah aku.’
“PON PON. Bye Misha aku pergi dulu.” Lambai Sarah pada Misha yang masih tercegat di depan pintu.
Misha hanya memerhatikan kereta Sarah sehingga hilang dari pandangan. Tidak lama selepas itu muncul sebuah kereta di depan rumahnya. Misha tersenyum memandang pemilik yang berada didalamnya.
*******************************************
Firham Aisy…
Vrom Vrom!!! bunyi enjin motor Yamaha bergema seluruh Taman perumahan. Gaya macam taman ni macam tuan motor yang punya. Langsung tak agak-agak .
Firham sibuk memulas motornya. Pagi ni dia cadang nak keluar ke Bandar, maklumlah poket tengah penuh minggu gajilah katakan.
“Woi Firham kau ni agak-agaklah sikit, pekak telinga aku dengar motor kapcai kau ni. Dari tadi memekak je.” Marah Najmi housemate Firham.
Firham mematikan enjin motor. Tersengih memandang Najmi yang masam mencuka di muka pintu. Kawannya yang sorang ni bukan jenis minat motor bawak motor pun tak tahu. Parah lelaki macam ni tak bergaya langsung.
“Eleh kau ni kutuk-kutuk motor aku, tahulah kau jealous kan tengok aku ada motor. Kau bawak motor pun tak tahu.” gelak Firham.
“Tak ada makna aku nak heran motor kapcai kau tu. Tu nampak kereta Nissan aku kat belakang kau tu. Tengok sape punya lebih power.” Najmi menjeling Firham. Firham mencebik. ‘eleh kalau aku nak beli kereta boleh je. Gaji aku sebagai architect lebih tinggi taw.’
“Hurm macam lah bagus kereta kau tu. Cuba kalau jalan sesak tengok siapa lebih dulu dapat mencilok. Tak payah nak berlagak lah sangat.”  Firham mengelap cermin motor Yamaha hijau dia. Sayang gila dia dengan motor ni macam bini sendiri. Eh dia mana ada bini he he he.
“Sekurang-kurangnya kalau hujan tak basah macam kau. Lebih selamat.  Lagi satu orang selalu panggil aku Mat drifter lebih sedap dari panggil Mat rempit macam kau.” Najmi menepuk bahu bangga.
Tergeleng-geleng Firham mendengarnya. Aku dikatakan Mat rempit kurang asam jawa punya kawan. Konon Drifter padahal bawak kereta macam kura-kura. Ada hati nak gelar diri tu. Siapalah yang bengap bagi gelaran tu kat dia memang otak tak center.
“Dahlah malas aku nak layan kau. Aku nak keluar ni pergi Mall kejap.” Firham memakai helmet dan terus menghidupkan enjin motornya.
“Baguslah tu. Aku nak tidur ni aman dunia aku hari ni. Bawaklah motor kau tu dating semak je aku menengoknya kat rumah.”
Firham mencebik dan terus meninggalkan rumah. Najmi ketawa melihat kawannya entah apa-apa lah dia dengan Firham ni pasal motor pun boleh jadi isu pagi-pagi ni. Sejak dari sekolah lagi selalu je mereka berdua tak sependapat. Ada je benda nak bertelagah. Tapi yang pelik mereka berdua ni kawan baik walau macam mana gaduh pun persahabatan mereka tak pernah putus malah lebih rapat lagi. Kata orang gaduh-gaduh manja. Euwwww lelaki sesama jantina gaduh-gaduh manja, geli mak nyah!
***********************************************
Sarah Aira dan Firham Aisy….
“Adoi, ingatkan keluar awal pagi tak da lah sesak . Tapi hampeh. Menyesal betul keluar tadi kalau tahu macam ni baik aku duduk kat rumah.” bebel Sarah.
Sarah memandu keretanya perlahan sebelum memasuki simpang. “Fuhh! lega akhirnya lepas jugak. Entah apa lah boleh sesak, jalan sebegini punya besar, ini mesti kes kereta bawak perlahan kat depan ni. Lembap macam siput menyusahkan orang je!”
Vrom! Vrom! Vrom!
“Woit buta ke!!!” marah Sarah. Terkejut dia mengelak motor yang tiba-tiba mencilok dekat sebelah. Nasib tak kena kereta.
“Hampeh punya mat rempit, dia ingat jalan ni dia punya. Bawak macam pelesit kena langgar nanti baru tau. Tergolek kau kat jalan raya nanti ” geram Sarah marah betul dia pada penunggang tadi.
Sarah agak terkejut melihat motor Yamaha hijau tadi yang jatuh di tengah jalan raya. Penunggang motor tadi sedang terbaring dekat jalan. Terbeliak mata Sarah.
“Ya Allah masin mulut aku hari ni. Tu lah tuhan dah bayar cash.” Sarah serba salah. Dia memberhentikan kereta di bahu jalan. Tak sampai hati nak biarkan.  Dahlah lorong ni tak ada orang. Mana tahu boleh tolong.  Sarah segera mendail nombor kecemasan meminta bantuan. Dia segera turun untuk membantu.
“Encik tak apa- apa ke?” soal Sarah dia terus memangku kepala penunggang tadi. Nampak macam tak teruk sangat. Langgar penghadang jalan je kot.
Firham memerhatikan wajah gadis yang kabur di matanya. ‘Ya Allah bidadari mana yang kau hantar ni. Merdu sungguh suara dia.
“Sakit sangat.” balasnya lemah. Sarah panik.  
“Sabar encik kejap lagi ambulans sampai. Bawak mengucap encik.”Sarah segera membuka helmet yang dipakai penunggang tadi. Nasib ada helmet kalau tak mesti teruk. Tak sia-sia iklan kerajaan sekarang.
Tergamam Sarah melihat wajah lelaki yang terbaring lemah di ribanya. Macam tak percaya melihat wajahnya kat depan mata. Kecil betul dunia. Tak sangka Sarah boleh jumpa dia dekat sini. Lelaki yang selalu sakitkan hati dia dan selalu merendah-rendahkan dirinya.
“Tolong saya cik.” lelaki tadi bersuara perlahan sebelum rebah di pangkuan Sarah. Sarah tergamam.
“Firham Aisy bangun!!” jerit Sarah.
*****************************************
Sarah sedang menunggu doktor yang sedang merawat lelaki tadi. Ikutkan hati memang tak lah dia nak tunggu. Tapi bila mengenangkan hubungan kekeluargaan mereka terpaksalah dia menunggu. Family lelaki tadi dia dah bagi tahu. Mungkin sekejap lagi sampailah tu.
Seorang doktor lelaki muda keluar dari bilik rawatan. Sarah terus bangun dari duduk.
“Ermm awak ni ahli keluarga pesakit ke?” tanya doktor muda tu.
“Saya sepupu dia.”tipuku. Isykk takkan nak bagi tahu hal sebenar nanti doktor tu tak percaya pulak.
“Ok. Pesakit tak ada kecederaan yang serius. Cuma luka sedikit. Tadi mungkin dia pengsan sebab terkejut.” jawab doktor muda tu sambil tersenyum. Sarah mengangguk lega.
“Nama saya Johan.”tambahnya lagi. Aku mengerutkan kening memandang wajahnya. Aikk perlu ke sesi kenal nama bagai ni. Lagi satu tak payah sebut pun tak ape macamlah aku ni buta tak nampak tag nama dia kat kot putih tu. Kontra tu!
Aku tersenyum. “Sarah.” balasku ringkas. Orang berbudi kita berbahasalah kan.
“Owh sedap nama.  Ok lah cik Sarah boleh masuk lawat pesakit dulu. Rasanya tak ada ape sangat. lagi satu ni kad saya. Kalau ada apa boleh terus call saya.” Sarah menyambut huluran kad tadi.
“Terima kasih Doktor.” Sarah tersenyum. Memang tak pernah dibuat orang sesi berkenalan dengan doktor ketika merawat pesakit. Siap dia bagi kad tu.  Gila betul!
“ Sama-sama. Saya pergi dulu yea.” Johan berlalu pergi meninggalkan tempat rawatan.
Sarah menolak pintu bilik rawatan tadi. Dia segera masuk. Sekujur tubuh terbaring lemah diatas katil. Sarah membetulkan selimut yang sedikit terselak di tubuhnya. Hurmm nasib tak serius kalau tak mahu aku kena bagi report penuh dekat keluarga dia. Menyusahkan betul! bawak lagi motor macam pelesit. Padan muka! Fuhh jahat betul mulut si Sarah ni mengutuk tak ingat.
Nak diikutkan rasa hati memang dia malas nak tunggu mamat ni. Tapi disebabkan dia ni mak cik yang paling baik sedunia terpaksalah tunggu. Nak tahu kenapa Sarah kata yang Sarah ni mak cik mamat ni. Sebenarnya Sarah ni adalah anak angkat kepada nenek si Firham ni.  Ibu bapa Sarah dah meninggal dunia pada usianya 5 tahun lagi, jadi nenek Firham telah bela Sarah sejak dari kecil lagi. So automatik neneknya jadi mak angkat Sarah dan Ibu Firham pula jadi kakak angkatlah yang sulung. Kiranya Sarah ni Mak su dialah sebab dia yang paling bongsu dalam keluarga. Tapi Sarah dengan Firham bukan heran pun. Malah kitaorang ni macam anjing dengan kucing, kalau jumpa mesti sering bertengkar. Firham bukan suka Sarah pun. Sarah pun tak suka Firham!
“Aku kat mana ni?” soal Firham dia pelik melihatkan dirinya yang berada diatas katil. Sarah menjeling. Macam tak ada ayat lain asal baru sedar pengsan je tanya ada kat mana cuba ubah sikit. Klise betul!
“Kau kat hospital lah.”balas Sarah acuh tak acuh.  Terbeliak mata Firham melihat rupa gadis yang berada di depannya. Dia mengosok-gosokkan mata berulang kali melihat Sarah.
“Kau buat apa kat bilik aku ni? Kau nak cabul aku yea?” Sarah mengetap bibir. Dia ni sarkastik betul. Muka aku ni muka pencabul ke? Hampeh punya anak buah!
“Woit kau dah amnesia ke? Tadi kan kau accident, akulah yang tolong kau. Satu lagi apehal aku nak cabul kau ingat aku ni ape.” geram Sarah. Arghh!! benci mamat ni 44 kali.
Firham mengerutkan keningnya berfikir. Sekejap dia mengangguk kepala kemudian menggeleng kepalanya berulang kali. Sarah pelik melihatnya. ‘Eh takkan dah biol kot mamat ni? Hisy doktor Johan salah inject ubat ke tadi?’ gumannya dalam hati.
Firham memerhatikan wajah Sarah, sungguh dia fikir bidadari yang selamatkan dia sebelum pengsan tadi. Rupa-rupanya Makcik tua kampung ni yang datang. Hampeh menyesal aku Feeling tadi.
“Ooo..kau lah tadi yang tolong aku. Hurmm terima kasih.” Sarah tersenyum sinis.  Alhamdulillah tak sia-sia jatuh motor tadi, mulut dah reti nak cakap terima kasih kalau tak selalunya mulut tu macam puaka. Mulut longkang!
“Sama-sama. Aku dah call ibu kau kat kampung nanti dia datang kot.” Sarah segera duduk di kerusi sebelah katil.
Firham menggeluh. Adoi minah ni ape kes lah pergi bagi tahu ibu kat kampung. Confirm orang tua tu mengamuk kat sini nanti. Baik aku telefon ibu cakap tak payah datang. Firham memandang kiri dan kanan mencari telefonnya. Dia segera mencapai telefon dan mendail nombor yang tertera.
Sarah memerhatikan Firham yang sedang mendail nombor. “Hello bu, Aisy ni. Ibu tak payah datang sini, Aisy tak apa-apa. Alah sikit je jangan risau. Aisy dah boleh keluar dah rasanya. Tak apa jangan risau. Ha ape ibu? oh dia ada je tu. Nak cakap kejap.” Firham menyuakan telefon kepada Sarah. Sarah segera mengambilnya.
“Hello… Oh jangan risaulah nanti Aira tengokkan dia. Kirim salam kat emak taw Long. Assalamuallaikum.” Sarah menghulurkan telefon kepada Firham. Firham mengambil dan meletakkan diatas meja.
“So aku tengok kau pun dah tak ada apa-apa jadi elok kiranya aku beransur balik.   Besok aku datang jemput kau. Rasanya kau dah boleh keluar besok.”
“Wait! takkan kau dah nak balik.  Duduklah sini sampai besok, teman aku kat sini.  Bahaya taw aku seorang kat sini.” Terangkat kening Sarah mendengarnya. Macamlah si Firham ni perempuan nak teman segala bagai.   Sarah memandang Firham yang semacam menggelabah.
 Sarah mengorak senyuman.‘Mamat ni nampak macam penakut je he he he kenakan dia bagus jugak ni.’ gelak Sarah dalam hati.
“Ooo. Kau takut yek tidur hospital?” tebak Sarah. Berdesir mulut Firham mendengarnya. ‘Ceh minah ni tahu pulak kelemahan aku. Tak boleh jadi ni jatuhlah saham aku.’ gumam Firham dalam hati.
“Tolong sikit aku bukan takut. Cuma errr… eh bukan ibu suruh kau tengokkan aku ke? So jagalah aku malam ni.” pinta Firham. Dia bukan ape seram duduk kat hospital ni. Karang nanti ada suster ngesot pulak kat sini sapa nak tolong dia. Nampak sangat si Firham ni peminat tegar filem Indonesia.
Sarah tersenyum sinis. ‘Ceh dasar penakut ada hati nak berlagak lagi. Siaplah kau aku kenakan’.”
“Kau betul-betul takut yek?” giat Sarah.
“Hisyk kau ni mana ada aku takut. Dahlah kau baliklah buat semak je aku tengok muka kau. Lagi satu aku dah biasa dah tidur hospital. Tadi tu saja je aku nak test kau mana taw time ni kau nak ambil kesempatan nak berdua dengan aku. Maklumlah aku kan hot guy.” Sarah mencebik dia segera bangun dan menuju ke pintu.
Firham tergelak melihat reaksi Sarah ketika ini. ‘Comel jugak Sarah ni bila muncung sedepa ni he hehe’
Sarah berpaling semula “Kau jangan nak perasan sangat yek.” Sarah menjeling Firham yang masih ketawa. Sarah menyimpan senyum.
“Kalau kau nak tahu bilik sebelah tadi ada orang mati accident. Dengar cerita kena langgar trailer. Kesian..dengar cerita hancur semua.” Muka Firham berubah pucat. “ Ok lah aku balik dulu lagipun kau berani kan.  Bye Firham Aisy nanti kirim salam dengan si Dia tu hehehe.” Sarah segera keluar. Dia ketawa melihat muka Firham yang berubah pucat tadi.
Firham segera menarik selimut. Dia mula membayangkan sesuatu. Firham terus berselibung. ‘Ibu tolong Aisy ibu, Aisy takut.’  Ceh Firham ni tak adalah berani sangat penakut rupanya. Hampeh!!!

**************************************************************************
Sarah sedang sibuk menyiapkan beberapa dokumen yang penting untuk mesyuarat projek Megah Raya.  Bekerja sebagai Setiausaha menjadikan dia orang penting dalam setiap projek yang dijalankan. Sudah 4 tahun Sarah bekerja dengan Megah Raya Berhad. Pendek kata Sarah ni kira orang kuat jugaklah dekat Megah Raya. Mana taknya dari sebesar-besar jawatan Pengarah tu  sampailah ke jawatan Pak Guard yang jaga bangunan ni semuanya Sarah kenal. Sarah nii peramah dan periang orangnya jadi dia ni mudah didekati. Sebab itulah dia disayangi oleh bosnya Dato Hamdan.
“Woit Sarah dah pukul 5 ni kau tak nak balik ke?”Tanya Wani salah seorang accountant syarikat.
 Sarah melihat jam ditangan “Aah lah wani tak perasan pulak. Tak apa lah kau balik dulu, aku nak habiskan kerja ni.”
“Ok lah aku balik dulu, kau jangan lama-lama offis ni keras taw hahaha.” Wani terus melangkah meninggalkan offis.
Sarah menggelengkan kepala ‘Eleh nak takutkan aku lah tu. Lagi satu memanglah offis ni keras dah dibuat dari konkrit apelah wani ni. Cuba bagi logik punya cerita.’ gumam Sarah. Dia terus leka membuat kerja sehingga jarum jam sudah menunjukkan ke angka 10.
“Ya Allah dah pukul 10 malam gilalah aku tak sedar.” Sarah mula memerhatikan sekeliling dia merasakan sesuatu. Kata-kata Wani tadi mula kedengaran semula di telinganya.
Sarah segera mengemaskan meja dan mencapai beg tangannya. Dia segera keluar dari ofis. Sarah menekan butang lif dan turun ke tingkat parking. Sarah mula berasa seram tatkala melihat tiada sebuah kenderaan yang kelihatan di situ.  Sarah berlari-lari anak dia segera masuk ke dalam kereta. Enjin terus dihidupkan dan mula bergerak keluar dari bangunan.
“Fuhh lega. Selamat tak ada apa-apa. Hisyk ni mesti balasan sebab takutkan Aisy hari tu.” Fikir Sarah. Masih terbayang lagi wajah Aisy yang demam keesokan harinya dan terpaksa ditahan di wad. Sesal betul Sarah. Gara-gara itu seminggu dia berulang alik ke hospital menemankan Aisy.
Sedang Sarah membebel tiba-tiba kereta Saga Flxnya mula tersenguk-senguk.
“Eh kenapa ni? Rosak ke?” Sarah mula panik. Dia segera memberhentikan keretanya di tepi jalan.
Sarah cuba menghidupkan semula keretanya. “Sayangku janganlah macam ni, hiduplah yea.” Sarah memujuk keretanya dah gaya macam kereta tu boyfriend dia je.
Sarah mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi Misha. “Hello Misha…aku ni Sarah…Hello!..ala bateri habis pulak. Adoi macam mana ni.?” Sarah memerhatikan kawasan sekeliling mana tahu ada sesiapa yang lalu lorong ni.
‘Ya Allah kau bantulah hambamu yang lemah ni ..amin.’ Serentak selepas mengaminkan doa sebuah motorsikal datang melalui lorong tersebut. Sarah segera keluar dari kereta dia segera melambaikan tangan tanda meminta pertolongan.
Firham yang sedang menunggang motor terkejut melihat seorang gadis melambaikan tangan kepadanya. Firham memerhatikan gadis itu dari jauh. “Eh tu kan mak cik kampung tu. Apa dia buat dalam gelap ni?” Firham segera memberhentikan motor.
Sarah berlari-lari anak menuju ke belakang kereta, dia menghampiri penunggang tadi. ‘Eh macam kenal je motor ni.’ gumam Sarah. Langkahnya terhenti bila melihat penunggang tadi membuka topi keledar yang dipakainya.  Sarah tergamam.
“Woi yang kau menung tu kenapa? dah terpesona dengan kekacakan aku.” jerit Firham. Sarah mencebik menyampah memandang wajah yang meloyakan tekak dia.
“Sorry, sikit pun aku tak terliur menengok muka kau.  Perasan!”
“Alah tak payah jual mahal lah. Kalau suka kata suka tak payah nanti ternanti-nanti.” Firham ketawa.
Binggung Sarah mendengarnya. Sejak bila pulak si Aisy ni pandai bermadah-madah ni. Setahu si Sarah yang masuk kelas Sastera dulu dia. Si Aisy ni masuk sekolah Teknik. Pelik takkan baru jatuh motor otak dah tak betul kot.
“Dah lah meh aku tengok kereta kau tu.” Firham masuk ke dalam kereta dan membuka Hood hadapan.
“Kau reti ke? ni enjin kereta tau bukan enjin motor kapcai kau tu.” Sarah ragu-ragu dengan Aisy. Bukan apa karang kot salah baiki tak ke menganiaya diri namanya.
“Kau jangan bising boleh tak. Karang aku tak tolong baru kau tahu.” Jeling Firham. Geram!
Sudah setengah jam Firham cuba membaiki dia bukak sana-buka sini tapi satu pun tak menunjukkan hasil.  Firham mula memikirkan sesuatu. Dia segera mengeluarkan telefon dan menelefon seseorang. Firham menghampiri Sarah yang sedap-sedap tidur di kerusi bahagian penumpang.
‘Hampeh punya minah aku dari tadi berpeluh tengok kereta dia, alih-alih dia boleh landing dekat kerusi ni.’ bebel Firham.
“Woit mak cik bangun!! kau boleh tidur dekat sini.” Sarah yang terkejut terus berdiri mendengar suara nyaring tadi. Sarah mengosok-gosok matanya berkali-kali.
“Dah elok ke?” tanya Sarah yang masih mamai. Firham menggelengkan kepalanya melihat kelakuan Sarah.
“Kereta kau ni problem banyak.   Aku dah call kawan aku nanti dia bawak lori tunda tarik kereta kau pergi bengkel dia. Kejap lagi sampailah ni.”
“Lah habis tu aku macam mana?” soal Sarah.
“Lah kau macam tu lah nak macam mana lagi. Nak aku apa kan kau.” soal Firham pelik.
“Isykk kau ni maksud aku macam mana aku nak balik. Besok nak pergi kerja naik apa pulak.”
“Balik ni aku hantarlah. Besok pandai-pandailah kau nak hidup.” Sarah mengeluh. Nampaknya besok kenalah dia mintak tolong Misha hantarkan.
Selang beberapa minit sebuah lori tunda datang.  Rakan Firham memeriksa kereta terlebih dahulu sebelum mengarahkan pekerjanya menarik kereta Sarah. Sarah hanya memerhatikan keretanya dibawa pergi. Sayu sungguh hati Sarah belum pernah lagi dia berpisah dengan keretanya sejak Sarah membelinya 2 tahun lepas.
“Dah jom, aku hantar balik. Nanti bila dah siap kereta kau aku beritahu.” kata Firham. Dia segera menghidupkan enjin motor.   Sarah segera naik ke atas motor. Dia kekok yelah selama ni mana pernah dia naik motor dengan lelaki, kalau ada pun dengan ayah angkat dan abang angkat dia aje. Sarah memegang palang besi di belakang. Dia berhati-hati.
Firham terus memecut dengan laju.   Sarah menutup mata gerun dengan aksi melampau Firham langsung tidak fikir keselamatan. Patutlah accident kelmarin rupanya bawak motor macam pelesit. Padan muka jatuh motor hari tu!   Hai laa.. malang betul nasib Sarah hari ni.
Firham memberhentikan motornya betul-betul di depan rumah sewa Sarah.  Sarah segera turun dari motor. Sedang Sarah terkial-kial mahu turun entah macam mana bajunya tersangkut pada palang besi. Hampir sahaja Sarah mahu tersungkur nasib baik Firham cepat memeluk Sarah.  Mereka berpandangan. Sarah tersedar dan terus menolak Firham.  Sarah segera berpaling membelakangkan Firham.
Firham berpura-pura selamba. “Ok lah aku balik dulu.  Besok kau pergi kerja pukul berapa?” soal Firham. Sarah memandang Firham hairan.
“Errrr..biasa pukul 7.15 aku dah gerak. Takut jammed.” Firham menganggukkan kepalanya dia mengusap dagu seperti berfikir sesuatu.
“Ok besok tunggu aku dekat depan ni. Aku hantar kau pergi kerja.” Sarah terkejut.
“Eh tak payah, aku boleh tumpang housemate aku besok.” Sarah memberikan alasan.
Firham merenggus. “Kalau aku kata aku hantar maksudnya aku hantarlah. Susah ke kau nak faham! Dah aku nak balik. Besok jangan lupa tunggu aku kat sini!” Marah Firham.  Firham terus memecut laju meninggalkan Sarah yang masih terpingga-pingga.
“Isyk tiba-tiba je nak marah aku.  Sakit betul hati!” bebel Sarah. Dia segera masuk ke dalam rumah.

*******************************************************
Dah seminggu Firham menghantar dan menjemput Sarah balik. Hari ni hari last dia hantar dan jemput Sarah . Sedih jugak Sarah rasa. Sepanjang seminggu ni Firham tak bawak Sarah naik motor kapcai dia sebaliknya dia sanggup meminjam kereta kawannya untuk keselesaan Sarah. Itu fikir Sarah je. Tapi selalunya Firham akan cakap yang sebenarnya dia takut kalau- kalau Sarah tergolek jatuh sekiranya dia bawak laju, sebab dia kata dia sering lupa kalau ada orang duduk dekat belakang dia. Sabar je lah hati mendengarnya! 
Tapi kan Firham ni tak ada lah teruk mana pun dia ni sebenarnya baik jugak.  Seminggu Sarah bersama Firham,  dia sentiasa berlawak bila bercakap dia dah jarang nak bergaduh atau bertekak. Cara bercakap pun dah perlahan Cuma kadang-kadang kami sering juga bertengkar hal-hal kecik.  Biasalah jalan-jalan cari pasal he he he. Tapi selalunya bila meninggikan suara Firham cepat-cepat akan menurunkannya semula. Tapi kalau Si Sarah tak ada maknanya lagi  dikuatkan volume adalah. Sarah kan Queen of Voice mana boleh kalah! heheheh.
“Aisy hari ni tak payah jemput Aira balik. Aira nak terus ambil kereta kat bengkel.”  Nampaknya mereka berdua dah guna nama panggilan baru.
Berubah wajah Firham.  ‘Apa hal lah si Ali ni cepat sangat repair kereta tu. Bulan depan tak boleh ke siap.’ Firham membebel dalam hati.
“Ermmm…” balas Firham.
Sarah segera turun dari kereta. Firham segera memecut keretanya meninggalkan Sarah yang masih terpinga-pinga.  Sarah pelik melihat sikap Firham yang tiba-tiba berubah 360 darjah. Sarah segera masuk ke pejabat.
***************************************************
Firham dari tadi asyik mundar-mandir aje dekat depan rumah. Dia gelisah sebab dah seminggu tak jumpa Aira. Sejak kereta Aira siap di repair dia dah jarang bertemu. Yelah sebelum ni dialah yang jadi driver Aira jemput dan hantar Aira ke tempat kerja segala.
“Apelah cerita dia ye?” luah Firham. Najmi yang sedang leka menyiram pokok bunga pelik melihat sikap rakan baiknya yang asyik termenung sejak dari tadi. Najmi menghentikan kerjannya. Dia menegur Firham.
“Fir apesal aku tengok kau dalam seminggu ni macam orang sasau je. Gaya macam hilang bini pun ada.”
Firham mengeluh. Najmi segera duduk menghadap Firham.
“Ceritalah mana tahu aku boleh tolong. Kita kan dah lama kawan.” tambah Najmi.
Firham menarik nafas. “Aku rasa aku dah jatuh cintalah Mie.” Najmi mengerutkan kening kemudian dia tergelak memandang Firham. Hisyk budak Firham ni jatuh cinta pun macam orang gila.   Hai laa.. kawan sape lah ni.
“Apelah kau Fir, jatuh cinta pun kau boleh jadi macam ni.  Siapa insan yang tak bertuah tu oppsss yang bertuah hehehe.”
Firham mengeluh dengan lebih kuat. “Sarah Aira.” Terangkat kening Najmi mendengarnya.
“Sarah Aira? budak mana tu? setahu aku yang nama Sarah Aira Cuma….” Firham mengangguk memandang Najmi.  “Kau biar betul Firham bukan ke Sarah tu Mak cik kau? Anak angkat nenek kau   kan?” Berubah riak wajah Najmi.
“Ye dialah. Kenapa tak boleh ke?  Lagipun aku dengan dia bukannya mahram pun jadi tak ada masalah lah kalau kami nak kahwin. Bukan dosa pun!”
“Memanglah boleh kau dengan dia kahwin. Tapi masalahnya family kau boleh ke terima.” Firham ni biar betul dah nak buat cerita P Ramlee keluarga 69 ke.  Boleh pening satu keluarga nanti.
“Itulah masalahnya. Aku takut family kitaorang tak boleh terima semua ni. Lagipun nenek aku tu kuat adat dia. Takut pulak aku nak bagi tahu hasrat aku ni.” Najmi mengeleng. Kesian dia melihat rakan baiknya.
“Aira macam mana?  dia kata apa kat kau?” soal Najmi.
“Dia pun tak tahu lagi perasaan aku. Tapi aku rasa dia pun suka kat aku. Seminggu kitaorang bersama aku dapat rasa chemistry antara aku dengan dia. Serius aku sayang dengan dia.” luah Firham.
“Ape kata kau bagi tahu Aira dulu. Luahkan perasaan kau tu.  Kalau betul dia pun suka kat kau, korang kenalah hadapi masalah family korang ni sama-sama. Insyallah mesti ada jalannya.”
“Aku takutlah kalau tiba-tiba Aira reject aku.” Firham meraup muka. Najmi mengeleng kepalanya.
“Firham Aisy jangan jadi lelaki kalau takut.  Cinta ni kena berani jangan main agak-agak je.” marah Najmi. ‘Tadi beria-ia kata si Aira tu pun ada rasa dekat dia. Sekarang takut pulak nak luah. Nak je aku sekeh kepala dia.’ omel Najmi perlahan.
“Habis tu aku kena buat apa ni?” tanya Firham. Najmi segera bangun malas dia nak melayan kepala bengap Firham ni. Bab design bangunan semua dia boleh buat. Bab cinta Fail.
Firham terpinga-pinga melihat Najmi melangkah pergi . Najmi menoleh ke belakang. “Firham Aisy pergilah jumpa Aira tu confess kat dia perasaan kau. Itupun aku nak ajar ke?” Najmi segera masuk ke dalam rumah.
Firham hampir menepuk dahi.  “Adoi kenapa aku tak boleh berfikir tadi. Isykk tak boleh jadi ni selagi aku tak beritahu Aira selagi tu aku tak tenteram. Tapi Family? isykk biarlah dulu buat masa sekarang ni aku kena dapatkan Aira dulu. Janganlah Aira tolak aku mahu aku terjun lombong lepas ni!” bebel Firham seorang diri.
**********************************************
Sarah melangkah masuk ke dalam Saloma Bistro. Terkejut dia pagi tadi mendapat panggilan dari Firham yang ingin berjumpa dia disini. Bila ditanya kenapa, Firham hanya menyuruh dia datang sahaja. Sarah memandang sekeliling mencari kelibat Firham.
Seorang pelayan datang menghampiri Sarah dan menunjukkan meja Firham yang agak tersorok dan kedudukanya yang berada di bahagian hujung. Sarah melangkah perlahan. Dia memberikan senyuman manis kepada Firham.   
Firham bingkas bangun, dia menarik kerusi buat Sarah. Terharu Sarah dengan perlakuannya sebentar tadi. Sarah duduk dan memandang Firham yang tersenyum. Sarah memerhatikan Firham yang kemas berkemeja hitam. Terserlah kekacakkan dia sebagai seorang lelaki.
Saat Sarah leka menilik Firham mata mereka berdua saling bertatapan. Sarah tersentak dan segera mengalihkan pandangan. Dia mengenggam tapak tangannya bagi menyabarkan perasaan. Mereka kemudian makan dalam keadaan yang senyap dan sepi. Masing-masing mendiamkan diri.
Firham menarik nafas. Dia mencari kekuatan untuk meluahkan.
“Aira, Aisy ada benda nak cakap.” luah Firham memecah kesunyian diantara mereka. 
“Ape dia? nampak macam penting je? cakaplah.” soal Sarah.  Dia menyuap makanan ke dalam mulut.
“Sebenarnya Aisy…. Aisy dah jatuh cinta dengan Aira.” luah Firham lega. Firham memandang wajah Sarah yang membeku.
Sarah terpinga-pinga sebentar mencerna apa yang dicakapkan oleh Firham. Dia terkejut.
“Apa yang..err Aisy merepek ni. Jangan nak bergurau macam ni Aira tak suka tau.” marahnya geram. Sarah segera meneguk air. Tekaknya jadi payau tiba-tiba.
Firham menarik tangan Aira dan mengenggamnya erat.  Tergamam Sarah melihatnya. Segera dia cuba menepis. Firham tetap tidak melepaskan.  Firham mahu Aira rasa perasaannya. Firham merenung mata Sarah. Dalam.
“Aisy tak main-main. Aisy betul-betul cintakan Aira. Sejak kita mula bersama seminggu yang lalu Aisy dapat rasa satu perasaan yang berbeza. Aisy tak pernah rasa perasaan yang macam ni sebelum ni. Sejak Aira di sisi Aisy perasaan ni macam dah mekar dan bercambah. Aisy yakin Airalah permata yang Aisy cari selama ni.” Sarah mengeluh. Dia memandang Firham. Lemah.
“Aisy, Aira ni kan mak cik Aisy. Aisy dah lupa ke status kita berdua.”
“Aira kan Cuma anak angkat nenek je. So apa masalahnya.” Berubah wajah Sarah mendengar perkataan ‘anak angkat tu’ dia memang sensitif. Segera dia menepis tangan Firham.
“Sampai hati Aisy cakap macam tu dekat Aira.” hiba suara Sarah. Firham mengetap bibirnya. Dia menarik kembali tangan Sarah. Dia tahu Sarah terasa.
“Aisy tak bermaksud macam tu.  Aisy cintakan Aira. Status kita tu tak jadi masalah sebab Aira dengan Aisy bukan mahram. Aisy bersyukur sangat sebab Aira Cuma jadi mak cik angkat Aisy je. Buatnya Aira ni betul-betul mak cik Aisy tak tahulah Aisy nak kata apa dengan Aira.” Aira merenung kembali wajah Aisy. Dia betul-betul terharu.
“Aira pun suka kan Aisy.” luah Sarah perlahan. Sarah menundukkan muka.
Firham terkejut. Dia memandang wajah Sarah memohon kepastian. “Betul ke apa yang Aisy dengar tadi?”
Sarah menganggukkan kepalanya mengiakan setiap katanya tadi. Firham mengucapkan syukur. Ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan. Dia mengenggam erat jari jemari Aira. Aira menunduk malu.
“I love you Aira. I love you so much.”  Sarah terharu. Firham sempat mengucup tangan Aira sebelum melepaskannya. Merah muka Aira melihat perlakuan nakal Firham. Segera dia mencubit lengan Fpirham. Firham mengaduh dan ketawa.
“Tapi macam mana dengan Family kita Aisy? Matilah kalau diorang tahu. Mak Aira lagi macamlah Aisy tak tahu perangai dia. Takut lah Aira.”  Sarah mula memikirkan keluarga di kampung. Mesti tidak ada yang merestui. Lebih-lebih lagi mak. Sarah mula risau.
Firham tersenyum. Dia juga risau memikirkan semua tu. Tapi dia yakin mesti akan ada jalan penyelesaiannya. Tapi buat masa ini dia hanya ingin menikmati detik-detik bahagia bersama Aira. Dia tidak mahu merosakkan mood pada malam ni. Dia inginkan malam luahan perasaan ini sentiasa dapat mereka kenang hingga ke akhirnya.
Firham mengenggam tangan Sarah. Dia mengelusnya perlahan. “Aira insyallah Aisy akan cuba bagi tahu mereka nanti. Aira janganlah risau. Malam ni Aisy nak kita nikmati saat-saat indah kita berdua. Aisy nak Aira happy malam ni. Aisy nak Aira kenang saat-saat ini.” ujar Firham. Dia mengucup tangan Sarah sekali lagi. Mata mereka saling bertatapan. Bahagia.
Mungkinkah mereka dapat disatukan atau mereka akan terus kekal sebagai Mak cik dan Anak buah. Persoalan ini akan mereka simpan buat sementara waktu. Semoga akan ada jawapannya nanti. Insyallah setiap sesuatu perkara mesti ada jalan penyelesaiannya. Semoga Allah memberkati perjalanan jodoh mereka. Amin….


0 comments:

Post a Comment

About Me

Ian asynata
"Ceriakanlah hari ini dengan tawa dan riang, siapa tahu yang esok kita akan bersedih...life is complicated..."
View my complete profile