Bab 2.
Sudah berpuluh tempat temuduga aku pergi satu pun tak ada
yang sangkut . Nak kata kerja yang
aku mintak tak padan dengan kelulusan
tak pulak , paling koman aku mintak jawatan kerani je kot. Apelah nasib aku ni
dah hampir setengah tahun menggangur, alamat nampaknya mandi bungalah jawabnya
lepas ni, bak kata mak aku senang dapat pakej jodoh dan kerja, gilalah khurafat
tu!!!.
“ Hah.. Dik dah balik? hari ni temuduga kat mana pergi pulak ? dapat tak?.”
Tanya mak sebaik sahaja aku melabuhkan punggung ke sofa.
“Entahlah mak macam tak je.
Penemuduga tu macam nak tak nak je temuduga asyik pandang atas bawah je,
rimas orang.” Aku terus mencapai remote televisyen menukar siaran kartun ninja
boys di Astro 611 best tak hengat.
“ Lah kenapa pulak macam tu, lelaki ke perempuan tu? jangan
–jangan nak menggatal tak?.” secepat
kilat Mak aku duduk kat sebelah terjojol biji mata dia memandang aku. Terkejut
lah tu ha.ha.ha.
“Mak ni suka buat heboh, tak habis citer lagilah. Penemuduga
tu perempuan. Dia rasa adik tak sesuai jadi setiausaha tak kena
gaya, pengalaman pun tak ada, jadi dia tak pasti nak ambil ke tidak. Balas aku sambil memeluk lengan mak… anak
manjalah katakan.
“Fuh! ingatkan ape
lah tadi, terkejut mak. Alah kalau ada
rezeki nanti adalah, tak pun tunggu je anak Mak Lang kamu si Hafizul tu pinang
, habis citer.” Berseri betul muka mak
aku membicarakan kata-katanya terselah kegembiraan di situ.
Mengcerlung mata aku menghadap mak, ada ke nak dikenenkan
aku dengan Abang Fizul tu memang tak lah
aku nak kat Cikgu skema tu lari bidang tu hahahha.
“Isykk Mak ni selisih malaikat 44 mintak simpang. Tak nak
orang.. biarlah bakal suami orang tu tak kerja besar. Tapi asalkan sedap mata memandang
dan ada cinta padanya huh.” Bidas aku tak mahu. Yelah walaupun dari segi rupa Abang
Fizul tu boleh tahan jugak segak orangnya, tinggi dan tegap badan tapi aku tak
berkenan sangat entahlah mungkin sebab dia mengajar matematik kot subjek yang aku tak minat sejak azali lagi memang
lari bidang. Lagi satu dah lah anak manja pulak tu memang tak sesuai.
Mana taknya aku kurang suka dia sebab masa hari jadi aku
yang ke 17, ada ke dia hadiahkan kalkulator untuk aku mentang-mentanglah aku fail sifir nak perli lah tu. Tapi reason
yang sebenarnya he he he mak akulah
yang pergi citer kat Mak Lang pasal aku fail paper matematik masa percubaan SPM
sebab kalkulator CASIO aku tu habis bateri, tu yang abang Fizul terlebih
prihatin dihadiahkannya aku kalkulator tu. Tapi bagi aku tu macam sengaja je
nak perli aku.
“Tak baik kamu ni Dik dengar kat Mak Lang kamu kecil hati
dia, Mak pun berkenan dengan Abang Hafizul kamu tu baik budi pekerti dia.”
Seriau aku dengar Mak
aku memuji bakal menantu dia tu,
yelah anak saudara belah Abah aku, Mak Lang
dan Abah aku kan adik beradik. Wait! did
I mention bakal menantu. Oh no way
over my dead body.
“Alah malaslah Mak ni, dahlah Adik nak masuk bilik nak mandi
biar sejuk sikit, rimas.” Biasa nak ngelat cepat je aku bangun yelah baik aku
lari karang buat terjengol pulak mak lang kat depan pintu naya pulak, mesti
orang tua tu dah nampak kereta saga aku yang parkir baik punya kat depan rumah
tu, mana taknya rumah sebelah menyebelah,
hari-hari dia datang. Kalau datang bawak
makanan tak pe jugak boleh aku bedal, ni berlenggang je habuk pun tak de,
mengepau mak aku masak adalah.
Aku terus masuk ke bilik aku yang indah lagi permai ni ceh
wah. Suasana yang kelam di bilik membuatkan aku lapang , terlupa masalah pengangguran
aku tadi. Ye lah bak kata mak aku kalau ada rezeki adalah, kalau tak nak buat
macam manakan redha je lah dengan ketentuanNYa. Bukan kahwin dengan Hafizul
yek.
Selesai mandi dan solat Maghrib aku akan terus berteleku di
tikar sejadah memohon doa dan petunjuk
kepada Allah s.w.t agar hidupku lebih
diberkati, inilah rutin harianku sejak kembali ke rumah, mengaji Al-Quran dulu
sementara menunggu waktu Isyak.
Kalau dekat
Politeknik dulu, aku jarang buat maklumlah assignment banyak, penat sangat tapi ada masanya aku rajinkan jugak buat terutama
Qiamulaill mesti ada sebulan sekali.
Yang bestnya Fitriah anak Dato Bakhtiar lah yang selalu temankan memang
sahabat dunia akhirat.
Teringat aku kat Politeknik masa aku mula-mula nak ajak dia
qiyam bersama kat Asrama dulu nasib baik sebilik senang kerja.
“Fit parteyy jom malam ni, ko free tak?.” Aku tersengih
memandang Fit yang berbaring di katil.
“Parteyy apa? Kau
biar betul.” Balas Fitriah terkejut hampir terduduk dia melihat reaksi aku yang tersengih macam kerang busuk
tetiba.
“ Parteyy qiyam + tadarus nak tak?.” Aku tersengih lagi
“Alhamdulillah.. On je kau kejut taw.”
“Orite ni yang buat aku touching ni hahahha.”
Kelakar pun ada bila terkenang balik kenangan kami. Aku dan Fitriah berkongsi segalanya selama 3
tahun ni semuanya kami buat bersama perit jerih belajar
,merangkak, meniarap, jatuh bangun semua kami berdua, pendek kata segala rahsia aku dan rahsia Fit
tersimpan kemas di hati kami. Semoga
persahabatan kami ini akan kekal hingga ke akhir hayat.
******************************************************
PAGI ni aku
bangun dengan rajinnya. Selepas solat
subuh tadi, aku berfikir baik kiranya hari ni aku basuh kereta aka boipren aku tu. Dah berhabuk sangat, rimas aku
menengoknya. Segera aku keluar dari
bilik dan terus menuju ke pintu depan. Malas nak pergi dapur nanti bila dah
menengok sarapan confirm aku lentok terus kat situ.
Aku terus mengambil baldi yang berisi span dan sabun
didalamnya. Aku kemudian terus memutar
kepala paip yang bergetah lalu aku renjiskan airnya ke kereta aku dan akhirnya
bersiram lah kereta aku dengan megahnya. Ceh
poyo!
Sambil memandikan kereta, aku bernyanyi-nyanyi riang. Lirik lagu putih-putih melati nyanyian st 12
bergumam di mulutku. Terasa macam heaven pulak padahal suara sumbang nak
habis. Lantaklah janji hati senang.
Dehaman seseorang
membuatkan aku tersentak. Mataku
terus tertancap pada sebatang tubuh yang cukup dikenali. Siapa lagi kalau bukan Abang Hafizul aka anak Mak Lang aku. Huh! Dia melebarkan senyumannya memandang aku. Senyumannya
yang manis itu membuatkan aku terus mengalihkan pandangan dan tanpa sedar
tangan yang memegang getah air tadi terus terpancut pada mukaku. Aisey basahlah pulak.
Sebal aku. Terus aku
mencampak getah air itu ke tanah.
“Ermm selamat pagi. Buat ape tu?.” Tanya Abang Hafizul
memulakan bicaranya.
Ceh! Dahlah tak bagi salam sibuk je nak tanya buat apa. Macamlah tak nampak! Setiap kali aku duduk kat
depan ni je selalu nampak muka dia. Macam tak ada orang lain, tahulah rumah
sebelah-menyebelah tak payahlah over sangat!
“Waalaikumsalam.. Tak ada tengah mandi. Nak join sekaki ke?.” Perli aku padanya.
“Boleh jugak. Tapi open sangatlah kalau kat dalam ok jugak
lagi privacy. Nak kat rumah abang ke kat
rumah adik?.” Balas dia sambil mengenyitkan matanya kepada aku.
Hissy…… sejak bila dia pandai cakap macam ni selalunya
cover-cover. Kalau ayat tu selalu berlapik bila bercakap al-maklumlah cikgu
sekolah katakan. Sapelah yang mengajar dia ni.
Kena report kat Mak Lang ni biar dia rasa! Ha.ha.ha…gelak
dalam hati.
“Ape privacy-privacy ni nampak.” Balas aku sambil
menunjukkan penumbuk kepadanya.
“Aduh! Adik ni tak boleh nak gurau sikit. Macam tak biasa pulak.”balasnya sambil menyandarkan badan pada kereta.
Sumpah bro! memang tak biasa dia mana pernah bergurau dengan
aku. Kalau bagi tazkirah tu selalu
jugaklah. Al-maklumlah cikgu sekolah
banyak aje nasihat dia kat aku.
“Ermm…”balas aku malas melayan nanti menjadi-jadi pulak.
“Adik.. Ermm macam mana nak cakap ye. Adik free tak hari
ni?. Abang ingat nak ajak adik pergi JUSCO lah.
Nak tak?.
Isykk nak ajak teman pulak. Nak pergi ke tak nak ye. Kalau pergi dapatlah aku paw dia sepasang dua
baju he.he. Dia kan tak kedekut
dengan aku lagipun dah gaji sekarang ni kalau tak silap. Pergilah…
“Tak nak ye pergi?. Tak pe lah..” Abang Hafizul bersuara
hampa bila melihatkan aku senyap je.
“Eh sape kata tak nak. Nak lah tapi…ermm belanja taw. Kalau
belanja nak lah. Boleh tak?” Aku mengangkat kening melihatnya sambil tersenyum
“Boleh..anything for
you dear.”Dia membalas senyumanku nampak keikhlasannya.
“Isykk tak payah nak dear
sangat lah. Pukul berapa nak pergi ni? Pagi ni ke?.” Soal ku lagi.
“Sekarang ni baru pukul 7 dalam pukul 10 nanti boleh? Bukan ape nanti boleh lama sikit.”
Ceh! nak berlama pulak, ape benda nak dicarinya entah. Adoi mesti penat aku kena follow. Lagipun dia ni dahlah cerewet kalau beli
barang sebijik perangai Mak Lang!
“Ermm ok…nanti dah siap adik datang rumah.”
“Ok lah nanti abang tunggu. Balik dulu ye. Adik pun masuklah dalam dah habis basuh
kereta kan?.” Tanya dia lagi.
“Eh suka hatilah nak masuk ke
tak. Inikan kawasan rumah adik. Sibuk
je.”menjeling mata memandangnya. Geram!
“Eh.. bukan ape baju adik tu warna
putih jarang pulak tu, bila kena air dah basah cuba tengok. Pintanya padaku.
Aku pun cuba mencerna apa yang
dikatakannya mata ku memandang baju putih yang lencun tadi, mak aihh! Giler lah
nampak tu bahagian dalam. Isykkk kenapa tak perasan ni, dia ni pun tak cakap
dari tadi geramnya, mesti dia dah cuci mata ni tengok aku.
Aku terus berlari meninggalkan Abang
Hafizul tanpa menoleh pun, geram aku sebal tengok dia, mata gatal, siaplah aku
cucuk nanti. Malu keturunan weh…
*************************************************************************************
USAI mandi aku
terus bersiap, ikutkan hati memang tak nak pergi, yelah malu giler mana nak
letak muka ni wei. tapi bila mak dah
buka tazkirah dari tadi mengatakan tak baik mungkir janji, terpaksalah aku
pergi tebalkan muka ni sabar je lah.
Aku mengenakan blouse peplum warna purple kosong dan seluar
slack warna hitam simple je tak mahu over sangat. Mekap pun sekadar bedak
compact dan lips ice je. Natural dan
cheek. Tak nak over. Nanti buruk pulak kalau lebih.
Sesudah meminta keizinan Mak dan Abah, aku melangkah
keluar dari rumah dan menapak ke rumah
Mak Lang di sebelah. Aku lihat Mak Lang
dan Pak lang sedang duduk dekat pangkin bawah pokok mangga,
sedang rancak
berbual nampaknya. Eh Abang Hafizul mana? Tak siap lagi ke? Adoi lemah lutut.
“Assalamualaikum Mak lang, Pak lang.” aku menyapa dan terus
menyalami mereka berdua tanda menghormati.
“Waalaikumsalam. Amboi! Cantik adik hari ni nak dating ke
ni?.” Tanya Pak lang sambil ketawa.Direct
kau tak de ikut simpang terus highway.
“Eh mana ada. Hari-hari cantiklah pak lang ni.” Merah muka.
Malu ler wei.
“Alah malu lah tu, abang ni pun. Biasalah budak-budak.”
Balas Mak Lang mengcoverkan aku yang
dah merah pipi ni. Eh macam suka je anak nak pergi dating. Ah! Sudah
Bunyi dehaman dari belakang memeranjatkan aku, terus aku
berpaling tak payah citer dah tahu orangnya sape. Mataku memandang dia hampir
nak terjerit aku melihat dia. Ya Allah dia pakai baju warna ape ni sama der , t-shirt polo warna purple dan
seluar jeans warna biru dikenakan segak di tubuhnya aku terkaku melihatnya rasa
malu tahap sepuluh saat ini.
Dia tersenyum melihat aku yang membulat mata memandang baju
dia. Mesti dia ni sengaja pakai, nak sama dengan aku, mesti. Sebab tulah
sengaja lambat keluar.
“Ermm …Ayah ibu
abang gerak dulu lah dah lambat ni.” Kata Abang Hafizul pada kedua orang
tuanya, Mak Lang aku tak payah citerlah memang tersenyum habis tengok kami
berdua.
Aku dan abang Hafizul menyalami kedua orang tuanya sebelum bertolak. Kami
berjalan beriringan dan terus melangkah
masuk ke kereta persona yang parkir di
garaj. Bunyi deruman enjin kedengaran dan kereta mula bergerak menuju ke
destinasi yang dituju.
Suasana senyap di dalam kereta. Aku dan Abang Hafizul masih
belum memulakan kata. Adoi bosan lah nak cakap ape ni. Lima belas minit berlalu keadaan masih bisu
lagi. Ok stop! aku tak tahan, aku mana boleh tak bercakap. Sajalah nak menyeksa
mamat ni.
“Ermm abang… boleh on radio tak?.” Aku menoleh pada dia yang
sedang tekun memandu.
“Ok.. kejap ye.” Dia menekan butang on pada radio,
kedengaran suara fara fauzana yang galak bercakap di corong radio kemudian
terus memutarkan lagu baru yang tengah meletop sekarang. Lagu nyanyian shae
penyanyi wanita dari seberang.
Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu
Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku
Sayang
dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah
apa kataku
Kerna ku sayang kamu
‘Isykk pehal pulak lagu ni.
Adoi lemah lutut aku.’ Aku menjeling melihat abang Hafizul yang riang
menyanyikan lirik ini, sekali sekala matanya melirik pada aku. Aku diam sambil
memandang ke luar tingkap kereta.
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu
Jangan ragukan cintaku
Percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
Ku menyayangimu
Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu milikmu
‘Alhamdulillah habis jugak lagu ni. Ingatkan panjang lagi. isykk
time macam ni nak keluar lagu jiwang. Lain kali rock lah sikit. Baik aku suruh
off karang entah lagu ape keluar lagi.’
“Boleh offkan tak.”
“Kenapa?.” Tanyanya pelik.
“Hah…ermm…tak ada mood nak dengar.”
“Okey..tak nak cakap something ke? Tak kan senyap je dari tadi.”
Dia bertanya padaku lembut.
“Ermm… kenapa pakai baju sama? Sengaja yek.” Tembak aku pada dia.
“Eh bukan adik ke yang tiru abang, dah lama taw abang pakai baju
ni. Dari tadi lagi abang tunggu kat luar, lama sangat adik bersiap tu yang
abang masuk dalam rumah dulu.”
“Ye lah tu..”balas ku sambil menjeling. Macam aku tak tahu, tadi
masa aku keluar pintu depan macam aku tak nampak dia pakai baju warna merah,
entah bila dia masuk tukar entah.
“Comellah adik ni geram abang taw.” Dia mencuit pipiku sambil
mengenyitkan mata.
Hampir nak terngaga mulut aku. Biar betul dia ni seram aku ni
wei.. main cuit-cuit pulak. Aku mengalihkan pandangan aku..dup dap dup jantung
aku. Adoi kenapa ni..
****************************************************************
AKHIRNYA kami
sampai di JUSCO SEREMBAN 2, Abang Hafizul terus memarkirkan kereta di parkir
yang disediakan. Nampaknya JUSCO penuh
hari ni, maklumlah hari sabtu ramai yang cuti. Kebetulan pula dah musim gaji,
jadi faham-faham ajelah.
Aku dan Abang Hafizul berjalan beriringan masuk ke dalam JUSCO
kami naik ke tingkat dua, bahagian baju lelaki, ye lah kata nak shopping kan.
Abang Hafizul memilih beberapa jenis kemeja mengikut saiz dia, tak
payah try semua jenis kemeja sama je.
Aku memandang dia je lah, dia pun
tak tanya pendapat aku. Amoi yang kerja
JUSCO ni sibuklah mengeluarkan saiz yang dia mintak.
“Cantik tak ni. Sayang?.” Tanya dia padaku tiba-tiba.
Aku terkulat-kulat memandang dia, salah dengar ke tadi. Dia
panggil aku sayang ke?
“Hah abang tanya ape?..”balas ku balik terkejut.
“Takde abang tanya cantik tak kemeja ni?.” Ulang dia lagi.
Confirm aku dah memang pekak, balik ni nak cungkil telinga takut
melarat pulak besok.
“OO… tak cantik tak sesuai lah warna dia.”
“Hah kenapa pulak?. Ok je
abang tengok.”tanya dia kembali sambil mengacukan semula kemeja tu ke tubuhnya.
“Isykk Abang ni tak sesuai taw, allergic lah warna pink tu cuba abang
ambil warna biru tu kan cantik.”
Tunjukku pada warna biru warna favouriteku. Euuu warna pink tu geli aku dahlah aku tak suka. Eii tahu lah anak
manja tapi jangan lembut sangat boleh tak.
“Isykk ok je abang tengok. Tak pe abang ambil dua, nanti abang
boleh pakai pergi kerja.” Dia terus mencapai dua kemeja tadi dan melangkah ke
hadapan.
“Hrmm.” Balas aku malas nak jawab, dah tahu berkenan lagi mahu
tanya. Kami berjalan ke bahagian yang
menempatkan pakaian lelaki. Sekali lagi
aku lihat Abang Hafizul mengambil t-shirt bulat warna pink.
Mengeleng kepala
aku memandang dia. ‘Dasar anak manja!’
Mataku kemudian terus tertacap pada sehelai T-shirt berkolar
berwarna biru pekat. Aku terseyum habis. tanganku terus mengambilnya sehelai
mengikut saiz yang sesuai lalu aku hulurkan kepada dia. Dia terus mengambil
tanpa banyak soalan. Biasanya macam ni lah, aku memang suka pilih baju untuk
orang kalau aku berkenan dan aku rasa orang yang pakainya sesuai aku terus
sapu. Peduli ape aku dia suka tak suka kalau aku dah pilih baik ambil je bukan
senang taw aku nak jadi perunding image tak berbayar ni.
Setelah selesai memilih bajunya di bahagian lelaki, kami melangkah
pula ke bahagian perempuan. Yes ini yang kita mahu bab ni aku suka, dia dah
memang faham dah perangai aku he.he.he.
Aku terus pergi ke bahagian t-shirt radioactive, bestnya ada warna
yang aku nak. Aku terus mengacu baju t-shirt kolar bulat tu ke tubuh aku.
Cantik tak warna biru ni he.he.he. Memang peminat tegar biru.
“Ermm tahu aje ape yang dia nak. Terus serbu.” Omel Abang Hafizul tiba-tiba.
Dia mengelengkan kepala.
“Mestilah ada orang nak belanja kan?” Aku menayangkan baju tu
kepada dia. ‘Cantik tak saya’
“Eh sape nak belanja ni. Ada ke?.” Dia tersenyum sinis memandang aku
sambil memandang kiri dan kanan.
Aku menjeling
memandang dia ‘Isykk dia ni sengaja nak
kenakan aku tak pe kejap ye, ni Tizz lah siaplah kau.Action!
“Sampai hati abang. Tadi
beria-ia ajak orang keluar. Tak pe lah
sape lah kita ni kan dah lah penganggur. Miskin pulak. Sedih betul kan.”
Tersendu-sendu suara. Air mata menitis setitik. Sengaja dibuat-buat terus aku
meletakkan semula T-shirt tu, dan
berpaling membelakangkan dia. He.he. he
“Alalala… abang gurau je tadi ambilah berapa banyak nak, semua
abang bayar.” Pujuk dia perlahan.
Heheh jarum sudah kena, mesti dia lemah tengok air mata aku ni.
Tahu sangat. Taktik ni dah banyak kali aku guna pakai, sebab aku tahu dia tak
tahan tengok air mata aku. He.he.he
“Satu je lah beli banyak buat ape membazir.” Aku mengelap air mata
sebelum memberikan t-shirt itu kepadanya dan melangkah menuju ke kaunter
pembayaran. Senyum ke telinga aku.
“Eh takkan nak satu je? Betul ke ni” Abang Hafizul memandang aku
sambil mengelengkan kepalanya. Dia kemudian terus membuat bayaran.
Kami masuk pula ke kedai buku POPULAR, katanya mahu membeli beberapa buah buku rujukan dan
alatan tulis. Aku menemani dia memilih beberapa buku untuk dijadikan rujukan
bagi murid di kelasnya.
Setelah itu
Abang Hafizul melangkah pula ke bahagian alatan tulis. Aku pula berjalan ke rak novel yang ada disitu.
Aku membelek beberapa novel terbitan kaki novel, rasa macam nak
beli je. Baik aku ambil nanti bagi aje kat Abang Hafizul confirm dia
bayarkan’he.he gumamku lagi biasalah orang tak de duit ni.
Mata aku melilau-lilau mencari kelibat Abang Hafizul tadi. Eh mana
dia dah balik ke? Aku memandang kiri dan kanan. Fuhh! Lega kelihatan dia sedang
bercakap dengan seorang lelaki. Kawan dia lah tu kot Aku berjalan
menghampirinya, lelaki tersebut memandang aku dengan senyuman. Manis jugak
orangnya. Gatal betoi
“Siapa ni Fiz? Comelnya.” Tanya lelaki ini matanya melirik kepada
aku yang berdiri di sebelah Abang Hafizul
“Ermm perkenalkan my bride
to be or to be more precise my fiance.”balasnya
bersahaja. Ye ke bersahaja panjang lebar tu.
Ternganga aku,hisykk dia ni sengajalah pandai je mengaku aku
tunang dia. Siaplah dia nanti. Aku memberikan senyuman sehabis mungkin.
“Oh ye ke.. Tak tahu pulak kau dah tunang, tak pernah kau cerita
ada tunang yang secomel dia ni, betul ke dia ni tunang kau?macam budak sekolah
je aku tengok, innoncent je gitu.”
Budak sekolah! wei aku dah
22 tahun lah. Geram! selalu macam ni, mentang-mentanglah muka aku ni baby face
dikatakan aku budak sekolah. Agak –agaklah tak nampak ke aku ni tinggi macam
model.
“Hahaha.. Macam-macam lah kau ni Mir, dia dah 22 tahunlah, kiranya
sepupu aku jugak anak pak ngah aku.” Jelas Hafizul.
“OO..adik sepupulah ni, untung kau ada adik sepupu jadi tunang. Bertuah
badan. Comel, cantik pulak tu. Mesti kau dah cop lama dia ni.”soal Azmir.
Abang Hafizul membalas
dengan senyuman sahaja dengan soalan Azmir.
Eh diaorang berdua ni over pulak depan aku. Ingat aku ni jadi pak pacak
je nak dengar cerita korang.
“Hai saya Tizz Alisya.”Sapaku memperkenalkan diri sambil membuat
peace muka comel.
“Eh..Saya Azmir kawan Fizz, kiranya satu tempat kerja jugak dengan
si Fiz ni.” Tunjuk Azmir pada Hafizul.
Aku tersenyum dan
mengangguk. Kalau dah satu tempat kerja
kiranya cikgulah tu. Adoi tak best lah mengurat cikgu tak vogue.
“OO..” Aku membuat muka bosan memandang muka mereka.
“Ermm. Ok lah Fiz aku nak balik ni. Nak pergi kenduri dekat area
sini. Hari isnin nanti kita jumpalah ye.” Kata Azmir memohon diri. Sempat
matanya melirik padaku.
“Ye lah..insyallah.” ucap Abang Hafizul sambil berjabat tangan
dengan rakannya itu.
“Bye Tizz, jumpa lagi ye.”katanya kepadaku sebelum pergi. Aku
hanya tersenyum dan mengangguk saja.
**************************************************************************
SELEPAS melangkah
keluar dari POPULAR kami masuk ke dalam Restoran MC Donnald untuk mengalas
perut yang berbunyi. Sebenarnya aku yang
memujuk dia makan disini, kalau tak jangan mimpilah. Abang Hafizul ni kalau
boleh nak makan nasi campur je kat food court tu. Isykk mustahil aku nak, memang tak vogue la kalau
aku makan kat food court habislah tahap kecomelan aku makan nasi nanti.he he
he.
Terngiang-ngiang lagi
perbualan dan aksi pujuk memujuk aku dengan dia tadi, memang kelakar melihat
mukanya yang cemberut habis.
“Lepas ni kita makan dulu baru balik ye.” katanya ketika kami baru
melangkah keluar dari POPULAR.
“MCD. Yes” luahku hampir terloncat.
“Eh tak da. Makan nasi campur je nanti.” berkerut muka aku.
“Alah tak nak. Jom lah MCD.” Aku merengek manja kepada dia.
“Isykk tak kenyanglah nanti, mesti kena makan nasi jugak tengahari
ni.” dia menepuk perutnya.
“Bolehlah sekali-sekala je bukan selalu. Jomlah…” Aku merengek manja
lagi.
“Dah lain kali je. Tak pun nanti kita bungkus bawak balik.”
cadangnya lagi.
Aku menahan sabar je…tak jalan pujukan aku hari ni. Macam mana ye.
Aku mula berfikirkan sesuatu, tak kira hari ni aku nak makan kat MCD jugak.
Ting! Idea…
Aku terus terduduk di lantai sambil menangis teresak-esak,
beberapa orang yang lalu-lalang kat situ mula memberi perhatian kepada
aku. Abang Hafizul pun agak terkejut
dengan tindakan spontan aku sekarang.
“Ya Allah kenapa ni nak?” tanya seorang makcik yang baru saja lalu
dia terus tunduk melihat aku.
Hahaha pelakon extra dah datang senang kerja aku. Ok Action!
“Tak ada apa mak cik, saya sedih pasal suami saya ni dulu masa
baru kahwin semua benda dia nak beli untuk saya. Hari ini bila saya minta,
langsung dia buat tak tahu.” Aku
menunjukkan tangan pada Abang
Hafizul yang masih tercengang melihat tingkah
aku.
“Apa yang anak mintak? Cuba bagitahu makcik” soal makcik itu lagi.
“Saya bukan mintak barang-barang mahal. Cuma nak pergi tempat makan yang saya suka
je. Tapi dia tak suka makan kat situ.
Saya faham dia tak suka tapi saya ni mengandung kasihan anak saya dia
teringin nak makan kat situ.” terang aku sambil menangis dan mengusap perut
aku.
Abang Hafizul tersentak mendengar ayat yang keluar dari mulut
aku. Dia terus tunduk cuba menarik
tangan aku. Aku mengeraskan diri aku.
Makcik tadi terus bangun dan menghadap dia.
“Nak ni mak cik nak nasihat sikit, orang perempuan kalau
mengandung dia ni sensitif sikit. Jadi kamu sebagai seorang suami selalulah
mengalah.” Makcik tadi memberikan nasihat
percuma kepada Hafizul.
Aku hampir nak menghamburkan gelak dari tadi aku menahan je bila
melihatkan muka Abang Hafizul yang dah merah menahan sabar. Mana taknya semua orang yang lalu lalang mula
menjeling-jeling melihat dia.
Abang Hafizul mula perasan akan diriku yang tersenyum-senyum terus
menarik diriku bangun. Aku terus bangun dan menundukkan muka. Menahan ketawa.
“Errr…terima kasih atas nasihat makcik. Insyallah saya akan
dengar. Kami jalan dulu ye.” Ucap Abang Hafizul pada mak cik tadi terus dia
menarik tangan aku meninggalkan mak cik tadi.
Aku yang tidak dapat menahan gelak terus ketawa melihat muka dia
yang masam habis tu. Abang Hafizul memperlahankan langkahnya dan berhenti
sambil matanya merenung aku tajam.
“Sukalah ye dapat kenakan abang? Dah puas hati?” soalnya padaku.
Aku memandang muka dia yang merah dan menahan marah. Tiba-tiba aku rasa sesuatu. Naluri jiwaku
jadi tak keruan melihat muka dia sekarang seperti ada tarikan. Dadaku
berdebar-debar melihat dia. Terasa ingin membelai muka dia. Opsss!!!
“Sorry…”luahku tiba-tiba sambil
membuat muka comel. Aku terus memeluk lengan dia.
Hafizul tergamam seketika sambil
memandang aku yang memeluk lengan
dia. Dia menolak tanganku dan berpaling.
‘Aikk ape yang aku buat tadi. Habislah
nanti dia fikir aku gatal pulak. Adoi! Aku pun satu pergi peluk lengan dia buat
ape. Dia tu bukannya abang kandung aku
dia tu kan abang sepupu. Lupa lagi.. hampir nak menepuk dahi sendiri.
“Abang lapar lah. Jom ye makan MCD… ke bang nak
tengok lakonan ala-ala Sheila Rusly pulak nanti he he he.” aku mengangkat sebelah kening sambil tersenyum pada Abang Hafizul.
“Kalau berani buatlah lagi lepas ni
abang tinggalkan dekat sini nanti balik jalan kaki sendiri.” Jeling Abang
Hafizul.
“Isykk sampainya hati abang..” aku
membulatkan mata dengan comel.
“Sampai tak sampai jangan buat lagi.
Dah jom nak makan MCD kan tadi.” Ajak Hafizul.
“Yelah orang tak buat lagi itupun nak
ambil hati.” Aku menjuihkan bibir memandang dia.
Abang Hafizul terus mencubit pipiku
kuat. Aku terjerit melihat dia sambil menjeling.
*****************************************************************
KAMI
berjalan
menuju ke Restaurant MC Donald yang berada di tingkat bawah sekali. Kelihatan ramai orang yang beratur di
Kaunter.Aku menyuruh Abang Hafizul mencari tempat duduk, sementara aku membeli
makanan. Dia memberikan aku duit hehe seperti biasalah aku tadah tangan je.
Aku mengorder dua set Mac Chicken beserta air coke dan ais krim
coklat sundae,nyum-nyum sedapnya. Setelah membayar aku membawa dulang ke meja
yang telah diduduki oleh Abang Hafizul. Dia menyambut dulang dan meletakkan
diatas meja.
Aku pantas duduk dihadapannya, aku meletakkan makanan diatas meja,
tapi sebelum tu aku nak makan ais krim dulu, nanti cair pula kan. Terus aku sudukan ke mulut husyyyy sedapnya….
Terasa nikmatnya.
Abang Hafizul yang dari tadi memerhati gelagat aku, tersenyum dan
mula menaikkan sebelah keningnya.
“Nak sikit.”pintanya padaku.
“Eh mana boleh kalau nak beli lah,ini orang punya taw.” Aku
membuat muka comel.
“Bukan abang ke yang beli semua ni.”saje mengiatku.
Isykk dia ni mengada-ngada taw saje je tak boleh tengok aku hepi
sikit ada je nak cari pasal.
“Nah ambil lah beruk siku betul.
Sikit-sikit mengungkit.”balas ku sambil memberikan cawan ais krim sundae
tu tadi di hadapannya.
“Suapkanlah. Tangan abang kotor ni ada sos.” Dia menunjukkan jarinya itu. Mataku melorot
melihat jarinya yang sedikit comot tu. Lemah aku nak suap bagai.
“Eii..i mengadanya.” Aku menyudukan ais krim tu ke mulut dia dua
tiga suap, ternyata dia pun menikmati rasa ais krim tu. Aku melihat mulutnya
sedikit comot terkena sudu ais krim, aku tertawa lalu mengambil tisu dan
mengelapkan mulut dia. Dia tergamam melihat perbuatan aku.
“Errrr..comot..”balas aku tergagap-gagap, ‘gilerlah aku syok
sendiri ke ape tadi.’
“Tak pe. Abang suka..” aku buat dengar tak dengar je kata dia,
terus aku menikmati burger di depan aku.
Sesudah makan kami berjalan
keluar menuju ke kereta. Ketika nak
melintas entah macam mana aku tak perasan ada sebuah kereta yang laju sedang
bergerak di depan, aku tergamam sebelum terasa aku ditarik ke dalam dakapan
seseorang. Aku terasa selamat jantungku berdegup kencang saat aku sedar siapa
yang sedang memeluku.
“Nasib baik tak apa-apa..awak ok tak ni.”tanya dia lagi.
“Ermm..ok..boleh lepas tak.” Habis jantung aku dah terloncat ni.
“Sorry..”dia teragak-agak sebelum melepaskan aku. Kami masuk ke
dalam kereta. Enjin kereta di startkan
dan mula bergerak meninggalkan JUSCO.
Aku teragak-agak untuk bercakap. ‘isykk nak ucap terima kasih ke
tidak ni.’
“Terima kasih..”
“Terima kasih untuk ape.”balasnya pelik
‘Isykk dia ni buat tak tahu pulak.’ Aku mengengam tangan aku.gigil
wei.
“Ermm untuk segalanya..”luahku itu je yang dapat aku jawab.
“Sama-sama kasih, terima kasih untuk awak jugak.”
Ermm aku memandang dia pelik dia berterima kasih untuk ape?
“Untuk ape.”tanyaku lagi
“Untuk segalanya..”balasnya sambil tersenyum dan memandang kepada
pemanduannya.
Aku terdiam tak tahu nak balas apa. Aku berbaring sedikit untuk
cuba melelapkan mata, terasa nyamannya hari ini. Berubah 360 darjah aku keluar
dengan Abang Hafizul hari ini terasa macam pergi dating pun ada. Aneh bukan aku
tak pernah keluar berdua dengan dia bahkan selalu. ‘Hisykk syuhhh jauh-jauh
perasaan ni jangan over ye.’
*****************************************************************
TIDUR ku yang
lena tadi terasa nyaman sangat seperti ada yang mengelus lembut pipiku. Aduh
indahnya. Aku membuka mata perlahan-lahan, terkejut seperti nak melompat
melihat tangan Abang Hafizul mengelus lembut pipi dan rambut aku. Dia memandang
aku sambil tersenyum.
Aku segera memandang sekeliling ternyata sekarang kami sudah pun
berada di dalam garaj rumah Mak Lang. Aku tergesa-gesa membuka pintu kereta
nasib tak terjatuh tadi.
“Ermm..Terima kasih.” Balasku. Dia diam sahaja sambil matanya
bulat memandangku, dia mengambil beberapa plastik beg di belakang kereta dan
memberikan salah satu plastik beg tadi. Aku mengambilnya.
‘Isykk dia ni senyap je kenapa, ada emas ke dalam mulut’gumamku
dalam hati
“Balik dulu taw.” Aku terus
masuk ke dalam rumah baru beberapa langkah baru aku perasan yang aku salah
masuk rumah ‘inikan rumah Mak Lang isykk aku ni sewel ape’ aku terus berpatah
balik ke luar pintu.
Kelihatan dia sedang berdiri di pintu luar sambil
mengangkat kening dan tersenyum memandang aku.
“Nak jumpa Mak Lang kejap.” Kataku fuhh cover baik beb.
“Ibu dan Ayah dah keluar ke pekan, tak ada orang dekat rumah.”
Balasnya bersahaja.
“Err… tak ada orang.” Kena lagi aku ‘ mak nak balik rumah eiii geramnya malu aku’
aku terus berjalan laju menuju rumah di
sebelah dan menoleh sebentar kepada dia yang ketawa melihat tingkah aku. Aku
menjeling tajam melihat dia.