BAB
21
“Kau tengok cerita apa tu Fit, khusuk semacam je?”tanyaku pada Fitriah yang sedang asyik menonton televisyen. Aku duduk di sofa bersebelahan dengan dia.
Fitriah tergelak-gelak menonton rancangan di TV.
“Aku tengok rancangan
korea ni, Running Man. Kelakar tau.”
Running Man? Melihatkan
keasyikan Fitriah di TV aku turut sama-sama terjebak menontonnya. Akhirnya dengan aku sekali terpaku depan
TV. Memang kuat pengaruh betul rancangan
ni. Rancangan korea katakan…..
“Gilerlah, si Jong Kook
buat kawan dia macam tu. Sakit
tu.”gelakku. Memang kelakarlah rancangan
Running man ni. Macam-macam aktiviti yang mereka kena
buat. Selebriti jemputan pun giler-giler
kena dekat mereka. Salute lah kalau Malaysia boleh buat rancangan yang best macam ni. Panjang betul episode rancangan ni.
“Hah baru kau tahu
cerita ni best. Tu lah dulu aku ajak kau
tak nak. Asyik layan novel je kerja kau.
Baru kau rasa penangan cerita Korea ni
macam mana. Best kan…”cebik Fitriah
“Hello…ni bukan cerita
okay, ni rancangan hiburan. Tak sama
macam drama korea kau tu.”juihku pada VCD Korea Fitriah yang tersusun kemas di
almari sebelah TV.
“Sama je tak ada beza
pun, Korea jugak.”
“Tak…..” aku dan
Fitriah berpandangan. Kami tergelak
besar.
Setelah rancangan tamat,
Fitriah menutup televisyen. Dia duduk
menghadap aku. Aku pelik melihat
kelakuannya yang tiba-tiba macam kucing miang memandang aku. Tersipu-sipu dia malu. Hai la….cerita apa pula dia nak cerita dekat
aku malam ni. Tengok gaya macam hot story je?
“Beb…..”leret Fitriah.
“Apa.”
“Aku dah nak bertunang.”
“Owh.” Aku
mengangguk. Kemudian Aku pandang Fitriah
balik. Apa dia cakap?
“Kau cakap apa tadi
beb? Ulang balik.”soalku.
“Aku nak tunang dengan
Adam. Bulan depan.”tutur Fitriah riang.
Aku terdiam. Speechless. Tak tahu nak kata apa. Semalam baru je aku jumpa Adam dia tak cakap
apa-apa pulak pasal ni. Hari ni boleh pulak Fitriah kata dia nak tunang dengan
Adam. Confuse sekejap. Ya Allah kenapa hatiku tiba-tiba berdegup kencang pulak.
“Kau ni macam tak happy je dengar aku nak bertunang? Kau tak suka ke?”
Tersentak dengan
pertanyaan Fitriah.“ Eh tak adalah, aku tumpang bahagia dengar kau nak
bertunang. "Tahniah.”luahkku
perlahan. Hatiku rasa berat nak
lafazkan. Tak terkeluar suaraku
tiba-tiba. Kenapa perasaanku berubah
mendadak macam ni?
Fitriah mengangguk. “Terima
kasih. Aku rasa lega dapat kongsi kegembiraan aku dengan kau tau. Kau lah kawan aku dunia akhirat.”terasa pedih
hati mendengar kata-kata Fitriah. Aku
cuba senyum.
“Sama-sama. Aku doakan kau dengan Adam bahagia sampai ke
akhir hayat. Bila korang rancang semua
ni? Tak bagitahu pun dekat aku.”sedihku
sengaja.
“Alah tak rancang pun
sebenarnya baru je lagi. Semalam, family
Adam dinner dekat rumah aku. Family kami
yang arrange kan semua ni, aku ikut
je. Adam pun belum tahu lagi soal ni tau. Mungkin hari ni baru family dia bagitahu.”
Dinner dengan
Family? Tapi semalam Adam cakap Fitriah
keluar jumpa kawan? Adam tipu aku?
Kenapa dia tipu aku?
“Dia tak tahu?
So…semalam tu Adam tak pergi rumah kau
lah. Jadi dia memang betul-betul tak
tahu lah korang kena bertunang ni?”
“Tak. Tapi mana kau tahu yang Adam tak ada
semalam?”tanya Fitriah. Aku pandang
Fitriah. Serba-salah nak cakap. Habislah kalau Fitriah tahu semalam aku
keluar dengan Adam. Nanti dia fikir lain
pulak pasal kami.
“Kan kau cakap Adam tak
tahu lagi korang akan bertunang.
Maknanya semalam dia tak ada lah kan? Biasalah aku ni memang pandai teka
bab-bab tu semua.”aku cuba memutar- belitkan fakta. Harap Fitriah takkan perasan.
“Aaah…lupa pulak.
Ermm….beb seronok tau rasa nak bertunang ni.
Betul-betul rasa bahagia sangat dapat lelaki sebaik Adam tu. Aku rasa bertuah sangat-sangat. Nanti masa aku bertunang, kau kena tolong aku
tau. Semua benda kita kena uruskan
sendiri. Aku nak kau jadi pengapit aku
bila kahwin nanti. Boleh kan?”
Aku mengangguk
perlahan. Rasa bersalah menipu Fitriah
tadi. Harap-harap Fitriah faham kenapa
aku tidak berterus-terang. Fikiranku
teringat kembali pada Adam. Hatiku jadi sayu.
“Beb… agak-agak nanti
warna apa yang cantik untuk jadi tema ye?
Aku tak pandailah nak pilih warna lah.
Beb.... kau dengar tak apa aku cakap ni?” tegur Fitriah.
Aku memandang wajah
Fitriah. Aku senyum. “Tak apa nanti kita
pergi survey sama-sama dekat kedai.
Lepas tu baru kita decide warna
apa yang sesui untuk kau, okay.”
Fitriah mengangguk. “Kalau macam tu aku online sekarang. Tengok butik mana yang lebih meletop! Tunggu kejap yeak.” Tak habis-habis mulut Fitriah bercerita itu
ini mengenai perancangan pertunangannya.
Kami sama-sama memberi
pendapat dan mula membayangkan majlis itu.
Sepanjang malam aku dan Fitriah berborak. Aku tersenyum memandang Fitriah yang
berseri-seri bila bercerita mengenai hubungannya dengan Adam. Rasa bahagia melihat sahabatku bakal
mendirikan rumah tangga tak lama lagi.
Aku yakin Adam seorang
lelaki yang baik untuk Fitriah. Sepanjang aku berkenalan dengan Adam pun
lelaki ini memang baik. Lagipun mereka
berdua ni memang sepadan dan secocok. Aku yakin Fitriah mesti akan bahagia bila
berkahwin nanti. Semoga Allah memberkati hubungan mereka berdua
hingga ke Jannah….Amin.
***************************************************
Bunyi mesej masuk dari
handphone mengejutkan aku. Aku menyeluk
kocek seluar mengeluarkan hadset. Peti inbox
aku buka. Adam?
Jumpa
aku dekat taman permainan dekat taman kau.
Aku tunggu kau dalam pukul 5.~ Adam
Bulat mataku membaca
mesej dari Adam. Laju tanganku membalas kembali.
Ada
apa nak jumpa?~ aku
Aku menunggu balasan
dari Adam.
Tittt….bunyi mesej
masuk sekali lagi. Cepat-cepat aku
tengok.
Ada
hal penting pasal kau dan aku.~ Adam.
Pasal aku dengan
dia? Aku menelan air liur. Apa yang Adam cuba nak sampaikan ni?
Kenapa
dengan kita? Aku tak berminat nak
pergi.~ Aku
Hatiku mula dipagut
risau. Mesej kembali berbunyi.
Pastikan
kau datang kalau tak aku datang dekat kedai .
Assalamualaikum..~ Adam….
Berdesir mulutku membaca mesej dia. Sekali lagi
aku melihat mesej dia. Aku memandang
jarum jam di dinding kedai. Lagi setengah jam jarum akan menunjukkan angka
lima. Aku serba salah untuk pergi
berjumpa Adam. Apa yang harus aku cakapkan pada Fitriah. Takkan aku nak beritahu hal yang
sebenar. Adoi peningnya kepala aku…..
Aku mengeluh perlahan.
“Kalau aku tak pergi,
Adam pulak datang sini. Hisykkk….mamat
ni nak apa entah jumpa aku. Dia ni tak
fikir ke perasaan Fitriah tu. Dahlah nak
bertunang. Ape dia nak cakap dengan aku eak? Kenapa sejak dua menjak ni perasaan aku jadi lain macam eak? Takkanlah aku dah sukakan Adam. Isykkk.... giler lah mati aku dengan Fitriah nanti. Tapi...Adam suka dekat aku jugak ke? Kalau
betul maknanya selama ni hati aku tak tipulah. Ya Allah….janganlah
semua tu berlaku. Aku tak nak kehilangan
seorang kawan baik kerana seorang lelaki.”
Aku resah melihat rum jam yang kian laju bergerak.
“Woit Tizz!!!!!” sergah Fitriah dari belakang.
“Ya Allah….” Aku
mengusap-usap dadaku berulang kali.
Terkejut aku disergah Fitriah.
Fitriah tergelak melihat reaksi dariku. “Sorry….kau buat apa dekat tepi ni. Dari tadi aku tengok asyik cakap sorang-sorang je. Kau okey tak?”
Aku pandang muka
Fitriah. Tak terkata, apa yang harus aku
ucapkan pada dia. Takkanlah aku nak
cakap
‘Fitriah boleh tak aku keluar kejap jumpa Adam’ memang alamat cari matilah
jawabnya nanti. Fitriah ni boleh tahan
orangnya kalau mengamuk. Adoi….ape dosa
aku hari ni tak ada angin tak ada khabar tiba-tiba datang masalah pulak
ni. Isykk….
“Err….sebenarnya..aku….er…aku.”
“Aku apa?”
“Aku nak balik rumah,
sakit perutlah.” Tipuku. Itu yang dapat
aku fikirkan sekarang.
“Lah ye ke…kau okey tak
ni. Kenapa tak cakap awal-awal. Kau balik dulu nanti lepas tutup kedai aku
balik pulak.”
“Thanks Fitt….kau baik
sangat.”hibaku. Macam ni mana sampai
hati nak menipu. Semua ni pasal Adam
lah. Tak pasal-pasal aku jadi penipu.
“Ek eleh…tak payah nak
jiwang lah beb. Selalu tak pernah-pernah
pun. Dah pergi balik. Aku nak pergi layan customer yang baru datang
tu.”
Aku memerhati Fitriah
dari jauh. Kegembiraan diwajahnya
membuatkan aku rasa serba salah untuk membohongi dia. Aku menarik nafas panjang. Aku harus selesaikan perkara dengan Adam
dahulu. Cepat-cepat kakiku melangkah
pergi.
*******************************************************
Aku memberhentikan
keretaku di depan taman permainan di kawasan perumahanku. Kereta Adam berada tidak jauh dari situ. Cepatnya dia datang. Aku
turun dari kereta. Mendongak
kepala memandang awan. Mendung dan gelap.
Macam nak hujan rasanya kejap lagi.
Aku bergegas berjalan
kearah Adam sedang menunggu di sebuah bangku tidak jauh dari situ. Aku mendekatinya.
“Assalamualaikum…”sapaku.
“Waalaikumsalam.”
“Kenapa kau nak jumpa
aku dekat sini?” soalku sambil berdiri.
Adam mengangkat wajahnya mendongak padaku.
“Duduklah dulu.”
Aku mengambil tempat disebelah
Adam. Dia tersenyum hambar memandang
aku. Aku diam menanti
kata-katanya. Apa yang lelaki ini
mahukan dari aku?
“Aku akan bertunang
dengan Fitriah tak lama lagi.”ucap Adam setelah beberapa ketika dia berdiam
diri.
Terdiam mulutku. Rasa pedih mendengar ayat itu tapi aku harus kuat. Tiada yang lebih penting dari melihat kegembiraan sahabat baikku sendiri. Aku tidak boleh lemah dengan perasaan yang
aku sendiri tak pasti hala tujunya.
“Tahniah. Pasal tu aku dah tahu pun. Fitriah dah
bagitahu aku dulu.”senyumku.
Berkerut dahi Adam memandang aku “Kau tak rasa apa-apa ke bila dapat tahu tentang semua ni?”
“Rasa apa?” aku pandang
dia. Aku seperti dapat mengagak apa yang
Adam maksud kan sekarang. Betul lah kata
hati aku tentang dia selama ni.
“Aku cintakan kau.”Adam
memegang bahuku menarik aku kearah dia.
Aku menundukkan wajah. Ya
Allah..pedihnya bila dengar ungkapan cinta dari dia. Rasanya tidak sama seperti aku mendengar
luahan cinta dari Abang Hafizul. Aku
jadi sakit mendengarnya. Sakit sangat…
Aku pura-pura ketawa. “Kau buat lawak kelakar ke? Sebab ini memang melucukan.”
Adam merengus geram. “Aku
tak buat lawak, aku memang betul-betul cintakan kau. Dari pertama kali kita jumpa sampailah
sekarang, cinta aku masih lagi buat kau.” Adam meluahkan rasa hati dia. Aku boleh nampak keikhlasan yang terpancar
pada matanya.
Lidahku kelu untuk
berbicara. Di mataku terbayang-bayang
wajah Fitriah yang sedang tersenyum.
Wajah mak dan abah di kampong.
Wajah Abang Hafizul…. Aku menarik
nafas. Aku tidak boleh lemah. Aku
menutup mata cuba mencari semangat.
“Aku tak cintakan
kau. Aku langsung tak ada perasaan dekat
kau. Lupakan semua ni. Hubungan kita
takkan kemana-mana. ” Aku menolak tangannya dari bahuku. Sekalipun aku tidak memandang wajah dia. Aku tak kuat.
“Kau tipu, riak wajah
kau menunjukkan yang sebaliknya. Kau
juga rasa apa yang aku rasa kan? Layanan kau pada aku selama ni. Semua tu dah jadi bukti yang kau juga ada
perasaan pada aku.. Aku yakin hati kau
dah mula mencintai aku sekarang. Jangan
cuba nak menipu Alisya. Aku boleh lihat
dari wajah kau sekarang!!”
Aku cuba menahan air
mata. Aku tak boleh menangis. Aku kena kuat melawan perasaan ni.
“Adam selama ni aku
anggap kau macam kawan je. Tak lebih tak
kurang dari itu. Aku layan kau dengan
baik sebab kau boyfriend Fitriah. Tak
ada maksud lain pun. Maafkan aku kalau
kau salah anggap pada layanan aku selama ni.” Tuturku lembut. Aku kena menyakinkan Adam yang aku juga tidak
menyintainya. Biarlah Adam membenci aku
asalkan Fitriah bahagia.
“ Bohong semua tu!!!
Cuba kau pandang wajah aku sekarang, betul ke kau tak cintakan aku? Aku tanya
kau ni betul ke kau tak cintakan aku!
Pandang aku bila bercakap!!!” Adam menarik bahuku untuk rapat padanya. Dia mengoncangkan bahuku berulang kali
meminta penjelasan.
Terkejut aku dengan tarikan dan jeritan dari dia. Aku jadi takut untuk memandang wajah dia yang sedang marah. Aku tahu dia terluka dengan jawapan dari aku.
“Lepaskan aku lah Adam!!!
Sakit kau buat aku macam ni!!” Aku cuba
menarik tanganku dari genggaman Adam.
Namun tangan Adam masih kuat mencengkam tanganku.
“Habis hati aku yang
sakit ni macam mana? Aku betul-betul
cintakan kau Alisya. Aku tak boleh
terima perempuan lain dalam hati aku.
Kau faham tak macam mana seksa bila aku tak dapat luahkan semua ni pada
kau dulu. Tahu tak macam mana gembiranya
aku bila dapat berdua dengan kau selama beberapa bulan ni. Aku betul-betul bahagia dan aku yakin kau lah
jodoh yang ditetapkan oleh Allah untuk aku.
Kenapa kau tak boleh terima aku? Jawablah!!!” tajam mata Adam memandangku.
Nafas ditarik. Aku kena kuat. Demi kebahagian semua orang disisiku aku kena
lepaskan semuanya. Aku yakin dengan
keputusanku.
“Aku dah janji untuk berkahwin dengan orang lain. Dia sedang tunggu aku sekarang. Aku tak nak lukakan hati dia dan hati Fitriah."
“Hati aku macam mana? Ianya lebih luka dan parah.”
Aku menutup mata. Kata-kata
Adam lebih menghiris perasaan aku.
“Adam, kau ada
Fitriah dalam hidup kau, hargai lah cinta dia.
Dia pasti bahagiakan kau.”
“Kenapa kau cakap macam tu?
Kenapa kau menafikan cinta kita? Kenapa kau nak berkorban demi Fitriah
sedangkan kau cintakan aku! Jawab soalan
aku ni!!”jerit Adam. Adam seperti tidak
mampu menahan rasa sakitnya lagi.
“Aku tak nak tengok sahabat aku bersedih sebab aku.
Aku tak nak hidup bahagia atas penderitaan orang lain. Kau faham
tak? Tolonglah jangan paksa aku buat
semua tu. Aku tak boleh cintakan kau Adam, kita takkan bahagia kalau
bersama. Tak boleh…” aku menangis. Air mata yang ditahan keluar
mencurah-curah. Pedihnya hati.
“Kenapa kau kau sanggup
buat aku macam ni? Kenapa kita kena berkorban. Tak, aku tak boleh terima semua ni. Aku tak boleh mengahwini Fitriah. Takkan!!”
Aku mendekati Adam
memandang wajah dia. Tangannya aku genggam.
“Adam Fitriah cintakan
kau. Aku yakin kau pasti bahagia nanti,
dia akan menyayangi kau lebih dari segalanya.
Percayalah…”
“Aku tak cintakan
Fitriah. Dia pilihan keluarga aku,
lagipun selama ni aku anggap dia macam adik aku sendiri. Mana mungkin aku boleh
jadikan dia isteri, sedangkan hati aku adalah milik kau. Aku hanya mencintai kau! Hanya
kau…” Adam mengangkat daguku memandang dia.
Aku lihat ada air mata yang mengalir di tubir matanya. Aku lemah sekali lagi.
"Cinta tak semestinya memiliki. Kadang-kadang kita kena lepaskan cinta tu pergi. Kita kena redha yang kita tak ada jodoh berdua." teresak-esak aku menangis.
"Cinta tak semestinya memiliki. Kadang-kadang kita kena lepaskan cinta tu pergi. Kita kena redha yang kita tak ada jodoh berdua." teresak-esak aku menangis.
Hujan mula turun
renyai-renyai. Awan semakin gelap.
“I love you Alisya…I
really, really love you.”bisik Adam. Dia
memelukku.
Aku menangis dalam
pelukan Adam. Lama kami berkeadaan begitu. Beberapa ketika aku seperti tersedar dari mimpi. Aku kena kuat melawan semua ni. Cepat-cepat aku melepaskan diri dari pelukan
Adam. Adam tidak mahu melepaskan. Malahan dia semakin memeluk tubuhku erat.
“Let me go Adam…ini salah, kita tak boleh macam ni. Kau tu bakal tunang Fitriah. Bakal tunang
kawan baik aku. Please… lepaskan aku….”Aku
berjaya memboloskan diri dari pelukan Adam.
Aku menahan tangisan dari mengalir lebat.
Adam menarik
tanganku. Aku menoleh.
“Alisya kita saling mencintai antara satu sama lain, kenapa kau nak mengelak dari semua ni? Percayalah...berikan aku peluang untuk cinta kita. Aku yakin tiada apa pun yang akan dapat memisahkan kita nanti. Kita mulakan hidup baru bersama. Aku janji dengan kau. Semuanya akan aku uruskan nanti. Please…sayang.”
Aku menutup mata, pedih mendengar ayat yang keluar.
“Sudahlah Adam, lupakan
semua ni. Mulakan hidup baru kau dengan
Fitriah. Dia sangat cintakan kau. Aku yakin kau pasti bahagia nanti. Percayalah…”
“Tak mungkin!!! Aku tak
nak korbankan hidupku aku untuk hidup dengan orang yang aku tak cintai. Itu akan membuatkan hidup dia lebih
terseksa. Tak ada rumah tangga yang akan
bahagia kalau pasangannya tidak mencintai antara satu sama lain. Ianya akan musnah!!!”
“Tapi kau boleh cuba
untuk mencintai dia kan? Tak ada yang mustahil dalam dunia ni.”
Mata Adam tajam memandang aku.
“Hubungan kita pun
tidak mustahil. Aku akan tunggu kau
Alisya, sampai kau sedia untuk cintakan aku.
Aku yakin masanya akan tiba. Satu
saat kau pasti akan jadi milik aku.
Selamat tinggal.”
Adam terus melangkah
meninggalkan aku sendirian. Dia langsung
tidak berpaling sedikit pun Wajahnya tampak kecewa dengan keputusanku. Aku hanya mampu melepaskan dia pergi dari
pandanganku. Kenapa harus begini
jadinya. Salah aku ke kerana terlalu
mudah memberi harapan kepada lelaki?
Salah aku ke kalau aku tak biasa menyakiti hati orang lain? Salah ke kalau aku ingin melihat sahabat aku
bahagia? Kenapa Allah duga aku dengan
cinta macam ni.
“Maafkan aku Adam, cinta itu bukan untuk kita. Sesungguhnya takdir menginginkan sesuatu yang
lain dalam cerita kita. Biarkanlah cinta
kita menjadi memori terindah dalam kehidupan ini. Maafkan aku kerana tidak bisa mencintai dan meluahkan rasa cinta pada kau.” Bisikku perlahan. Aku
terduduk. Menangis kepiluan. Hujan yang semakin lebat turun menambahkan
lagi kepedihan dalam hati aku. Aku
menangis seiring dengan air hujan yang mencurah-curah membasahi bumi.