BAB 7
“Good morning everyone!!!!”
sapaku pada Papa dan abang yang sedang bersarapan di meja. Akhirnya pagi ni buat pertama kalinya dalam
sejarah, aku akan memulakan hidup dengan bekerja. No more
tanam anggur lagi ye semua.
Tak sabar memulakan kerja di
Rayyan Holding. Rayyan Holding merupakan
sebuah syarikat yang mempunyai rangkaian hotel yang terbesar di Malaysia. Namanya diambil sempena nama anak lelaki
sulung keluargaku. Sape lagi abanglah. Menurut papa kelahiran abang ketika itu
memberi seribu makna bagi papa dan mama. Mereka
berasa kelahiran abang memberi tuah kepada syarikat yang pada mulanya perlahan
namun sejak kelahiran abang syarikat semakin maju dan berjaya. Rezeki anak kata orang.
Jadi bermula dari situ arwah mama mencadangkan
supaya nama abang digunakan.
Alhamdulillah bertitik tolak dari situ, bermacam kejayaan sudah
dicapai. Semuanya dari usaha papa dan
arwah mama. Disebabkan itu abang akur
untuk terus menerajui syarikat dan menguruskan hotel-hotel yang dibangunkan
hasil usaha dan penat lelah papa dan mama.
Aku bangga melihat kejayaan demi kejayaan yang dicapai abang sejak mula
mengambil alih pengurusan. Aku tekad
untuk berusaha dan berjaya seperti abang.
Aku segera menghampiri semua
insan-insan yang aku sayang di meja makan.
Tersenyum lebar papa melihat aku.
“Amboi! cantiknya Mia pagi ni. Bergaya sungguh.” Puji Mak jah yang baru
keluar dari dapur. Aku tersenyum manis. Sukalah dengar pujian tu he he he.
Aku duduk sambil membetulkan
baju. Pagi ini aku mengayakan kemeja
cotton putih yang dipadankan dengan satu sut blazer dan seluar berwarna hitam. Kemudian aku lilitkan selendang biru di
kepala persis gaya Hana Tajima. I love it!
“Mana tak bergayanya Mak Jah,
satu set Abang yang beli taw. Mesti lah up to date. Kalau tak baju apa entah dia pakai pergi
kerja nanti. Bukan boleh dipercayai dia
ni.” Sampuk abang. Huh ! aku mencebik.
Kutuk pulak gaya aku.
Ingat aku ni old fashion ape! Mentang-mentanglah semua ni dia yang beli
berlagak lah tu.
“Sorry sikit ye. Orang kalau dah
cantik pakai apa pun cantik. Kan papa?”
tanyaku pada papa yang tersenyum melihat gelagat aku dan abang.
“Tentulah tengoklah siapa papanya
kan. Anak-anak papa semuanya comel-comel belaka.” Aku tertawa riang sambil menjelirkan lidah pada
abang. Abang menjeling.
Aku memandang makanan yang
tersedia diatas meja. Wah!Bihun goreng
kegemaranku disediakan pagi ini. Tahu
aje Mak Jah selera aku. Mak Jah memang
terbaik!
“Mak Jah nak bihun, banyak sikit
taw.” Aku menghulurkan pinggan kepada Mak Jah.
“Eiii!! Mengada-ngadanya,
senduklah sendiri. Manja!”
“Jealous ke…..” Aku mencebik pada
abang, cemburulah tu. Selama aku balik
ni Mak Jah setiap hari nak masak makanan kegemaran aku. Apa lagi panaslah hati dia tengok aku
dimanjakan hu hu hu.
Mak Jah mengeleng-gelengkan
kepala melihat gelagat kami berdua. Macam
anjing dan kucing. Kerja kami asyik
bergaduh je he he he. Tanpa mempedulikan abang, aku segera memakan bihun tadi. Sedapnya!
“Mia pagi ni kita ada mesyuarat
dengan ahli lembaga pengarah. Papa akan
kenal kan Mia masa mesyuarat tu.” Ujar papa.
Aku menganggguk laju mengiakan segalanya.
“Nanti abang pun akan temankan
adik pergi syarikat tu.” Sampuk abang pulak.
“Lah macam lah adik tak tahu
Rayyan Holding tu kat mana. Dari kecil sampai besar ulang-alik situ jugak. Adik boleh drive sendiri lah. Tak perlu
teman-teman.” balasku berlagak. Bukan
apa saja nak test drive Porsche hitam yang papa hadiahkan. Semalam bangun je dari tidur, aku dah dikejutkan dengan hadiah yang
begitu besar dari papa. Sungguh tak
pernah terlintas di hati dapat membawa kereta sendiri yang semahal ini. Papa
memang terbaik. Sayang papa sangat.
“Papa tak cakap lagi dekat adik
ke?” tanya abang pada papa. Aku lagi
keliru, cakap apa? Aku memandang papa
menanti jawapan dari papa.
“Cakap apa ni? Isykk cuba
bagitahu adik.” Soalku tak sabar. Kejutan lagi ke?
“Isykk abang ni, papa baru nak
buat surprise dekat adik. Abang pulak
dah buka mulut. Nampaknya kenalah papa
ceritakan semuanya. Sebenarnya Rayyan
Holding tak perlukan pekerja buat masa ini.
Jadi
Mia tak boleh bekerja dekat situ.”
Balas papa serius. Abang juga
serius mengangguk.
Aku terdiam mendengarnya. Tadi
kata surprise. Surprise apa macam
ni. Kalau tak kerja kat Rayyan Holding
,aku nak kerja kat mana pulak. Takkan
papa tak nak bagi aku kerja kot. Isykk dah seberang lautan aku belajar ni. Takkan kena paksa kahwin kot. Eiii seram..nak jadi suri rumah.
“You lie to me, right? Please don’t play a joke like this to me. This is not funny, okay. Geram aku.
Papa dan abang ketawa melihat
wajah aku yang masih blur. Sedepalah
muncung aku melihat mereka. Suka
main-main taw!
“Tengok papa dan abang
main-mainkan. Geram betul lah!”
“Alah anak papa ni. Tak boleh
gurau sikit. Asyik nak buat muncung itik
je ha ha ha. Sebenarnya sayang beberapa
tahun yang lepas papa ada beli saham syarikat sebanyak 30 peratus di Crystal Berhad. Itu telah menjadikan papa sebagai
pemegang saham yang kedua. Jadi untuk itu papa berharap sangat Mia akan
bekerja dekat situ. Mia akan ditempatkan sebagai ketua jabatan
dekat situ. Papa dah bincang dengan ahli
lembaga pengarah pun. Mereka semua dah
setuju. Mia tak ada masalah kan?”
Aku ternganga. Betul-betul kejutan ni. Aku akan kerja dekat syarikat lain. Great! Kejutan yang hebat papa. Buat lagi ye lain kali. Hai lah….Syarikat apa pulak aku kena manage ni. Jangan lingkup sudah. Choi! Punya mulut. Aku
tersenyum mengangguk mengiakan. Hilang
selera tengok bihun ni. Out!
***********************************************************
Aku mengeluh kuat di dalam
kereta. Apa punya kejutan pagi-pagi
ni. Hilang semangat pulak rasanya.
“Hai kenapa monyok tiba-tiba ni?
Tadi elok je hepi (happy) memanjang. Dah
tertelan cuka ke tadi.” Gelak abang. Aku mengerling tajam pada abang yang
sedang memandu Porsche hitam aku. Katanya
mahu menunjukkan jalan pada aku. Nanti
sesat pulak bila nak balik. Aku
hanya mampu memandang lemah lah bila abang dah meluru masuk ke dalam kereta. Warghhh!!sedih tak dapat bawak Porshce
sendiri. Geram!
“Tak ada apalah. Hurmm…dah sampai ke ni. Ke jauh lagi offis
tu.” Tanyaku. Mataku melilau-lilau melihat bangunan kiri dan kanan. Mak datuk! Besarnya!
“Hah! Sampai pun….Welcome to
Crystal Berhad, Miss Excutive produser” ucap abang. Aku tersenyum padanya.
Aku melangkah turun dari
kereta. Terpegun dengan bangunan
syarikat di hadapanku. Gah dan hebat itu
yang mampu aku lafazkan sebaik sahaja melihatnya.
Kami berdua masuk ke dalam
bangunan Crystal Berhad. Masuk-masuk
saja aku dah terpegun melihat susun atur lobi bawah yang serba mewah. Terasa macam berada di Hotel-hotel mewah di
Dubai. First class betul citarasanya.
Kalau macam ni mesti ramai client nak bekerjasama. Lebih ramailah yang nak melabur. Hebatlah!
Aku dan abang duduk di lobi dulu sementara
menunggu papa. Tadi papa menyuruh kami pergi
dahulu. Katanya dia mempunyai urusan
lain yang harus diselesaikan sebelum datang ke sini.
Mataku melilau-lilau melihat
pekerja-pekerja yang lalu lalang dekat depan ni.
Maklumlah time ni orang baru nak pergi kerja kan. Memang ramai betul lah yang kerja kat sini. Teruja pula aku melihatnya.
“Adik okey ke tak ni?” Soal abang
yang duduk disebelahku.
“Okeylah….Cuma nervous je sikit
he he he.” Aku ketawa bagi menghilangkan gemuruh. Abang mengenggam tanganku memberi semangat.
“Jangan takut….semuanya akan
okey. Abang percaya 100% dengan
keupayaan adik abang yang satu ni.” Abang mencuit hidungku. Aku tersenyum nipis dan mengangguk perlahan. Aku
menarik nafas menghilangkan ketakutan.
Bismillahirahmanirahim…” ucapku dalam hati.
********************************************************************
Akhirnya aku berada di bilik
mesyuarat, bilik yang nampaknya sudah sesak dengan semua ahli lembaga pengarah
dan ketua-ketua bagi setiap jabatan. Aku
tersenyum manis memandang mereka yang aku tak kenali. Aku duduk berhadapan dengan Dato Khairil
yang baru diperkenalkan papa sebentar tadi.
Dia juga mempunyai 10% saham di
syarikat ini.
Aku menanti debar, menunggu
kedatangan CEO Crystal Berhad yang masih belum sampai. Menurut abang CEO syarikat ini seorang yang
berkarisma tinggi, baik hati dan sangat menjaga kebajikan pekerjanya. Dia juga cekap dalam menguruskan syarikat dan
mendapatkan client untuk melabur. Pendek
kata dia memang bos terbaik lah. Itu kata
abanglah tapi menurut aku tak adalah cekap manapun kalau datang pun
lambat. Dia tak tahu ke aku ni dah
kematu duduk tunggu dia kat sini. Tak punctual langsung!
Hurmm….lagi satu CEO ni muda ke
tua ye? Tak tanya pulak kat abang tadi.
Hurmm…tua kot. Biasanya orang tua
je suka jadi CEO kan he he he.
Aku memandang kiri dan
kanan. Bibir tidak putus menguntumkan
senyuman. Al-maklumlah aku harus
tunjukkan attitude yang baik kepada semua.
Ini kerana pandangan kali pertama
itu penting bila berhadapan dengan client.
Ini akan membuatkan client berminat atau tidak untuk melabur dalam
syarikat. Sekaligus membina nama di hati
client untuk bekerjasama dengan kita di masa akan datang.
Ceh! Bagus punya cakap padahal copy paste punya ayat dari buku hu hu hu.
“Assalamualaikum dan selamat pagi
semua.” Sapa seorang lelaki yang baru masuk. Lelaki yang cukup muda untuk bergelar CEO. Aku tersentak serta merta berdiri dari tempat
duduk. Wajahku pucat. Bibirku terketar-ketar untuk
bercakap. Dia juga turut sama memandang
aku, melalui cermin mata hitam yang dipakainya. Ketara pada wajahnya yang dia juga terkejut melihat aku disitu.
Turun nafas dadaku
melihatnya. Oh! No…katakan semua ni
mimpi. Aku mimpikan. Mustahil dia CEO syarikat ni. Tak masuk akal
langsung. Papa habislah anakmu
dikerjakan nanti!!!!!!! Wargh!!!!!
2 comments:
BEST NAK LAGI.....
best sangat! CEO tu mesti mr.playboy tu haha :)
Post a Comment