Assalamualaikum semua, hari ni dah masuk bab 25 dah, macam tak sangka je boleh taip cerita panjang macam ni he he he. Ian harap perjalanan cerita ni tak serabut sangat dan dapat diterima baik.... Terima kasih sebab selalu comment, kalau banyak comment pun tak pe he he he. Sesungguhnya yang baik tu dari Allah dan yang buruk tu dari kita sendiri. Bye............
**********************************************
BAB
25
AKU
duduk
di atas katil sambil dikelilingi oleh sanak- saudara perempuanku di dalam
bilik. Aku menilik baju yang dipakai.
Sepasang baju kebaya moden berwarna biru dihiasi labuci berwarna putih
terletak elok di sekeliling baju. Aku
tersenyum sendiri melihat baju ni.
Kata Mak, baju kebaya
ni Abang Hafizul yang tempah sendiri.
Mak pulak hanya bagi ukuran baju lama aku je. Senang nak ukur.
Aku hanya mengelengkan
kepala bila mengenangkan kembali bagaimana mak bersungguh-sungguh betul memuji
bakal menantu dia. Itu ini semua
baik, menantu perfect lah katakan. Tapi nak heran apa, mak tu kalau dah suka
dengan seseorang semua benda orang tu buat dia
kata bagus. Tahu sangat…..
Tapi yang betul-betul
buat aku terkejut, bila tahu yang semua hantaran kedua belah pihak lelaki dan
perempuan dibeli oleh Abang Hafizul sendiri.
Banyak giler duit mamat ni sampai boleh beli hantaran dua-dua belah
pihak. Kaya betul cikgu ni!
Aku diam je lah, tak
kisah pun. Dah orang nak bagi free aku
terima je lah kan. Jimat duit aku he he
he. Dah lah menganggur sekarang ni. Tapi Abah dan Mak agak keberatan nak terima
semua hantaran tu. Diorang rasa macam mereka ni tak mampu pulak
nak sediakan untuk anak mereka sendiri.
Bila Abah tolak, Mak
lang dan Pak lang kecewa sangat sebab mereka kata mereka dah pasang niat nak
bagi semua tu dekat aku. Mereka kata aku
ni dah macam anak sendiri dan mereka memang dah berhajat dari dulu nak kahwinkan aku dengan Abang Hafizul. Lagilah aku riak bila dengar, ada jugak orang
pasang hajat nak jadikan aku menantu.
Rasa diri ni begitu berharga pulak he he.
Tapi entah macam mana akhirnya abah setuju jugak
bila Abang Hafizul sendiri yang memujuk. Tak tahu apa yang dicakapkan oleh
mereka berdua. Masing-masing diam je
bila ditanya. Tapi apa pun aku rasa
gembira dan senang hati dapat membahagiakan semua orang yang aku sayang. Tak dapat aku nak gambarkan bagaimana
perasaan aku sekarang.
“Adik nanti masa adat
merisik dan meminang tu duduk saja tau dalam bilik. Jangan nak keluar tengok apa yang orang cakapkan
dekat luar. Jaga adab kita sebagai
perempuan. Nanti bila Mak Lang kamu masuk jangan lupa cium tangan dia. Dia tu bakal ibu
kamu jugak nanti.” pesan Mak andak.
Sepupu sebelah Abah.
Aku hanya menganguk. Berdebar betul perasaan ni. Macam mana lah kalau kahwin nanti harus pitam
agaknya.
Aku pandang wajah Amirah
sepupuku yang duduk di sebelah. Ingatanku terus teringat pada Fitriah. Apelah cerita kawan baik aku yang satu tu,
marah lagi ke dia pada aku?
Semalam aku cuba
menelefon Fitriah untuk memberitahu pasal pertunangan ni, tapi panggilanku
tidak bersambut. Yang ada Cuma suara
operator telefon saja. Aku cuba telefon keluarganya di Bangi, tapi Fitriah tak
ada. Aku rasa sedikit hampa kerana
tidak dapat bersama dengan dia hari ni.
Tapi aku kena faham yang keadaan kami berdua sudah tidak sama macam dulu
lagi. Aku kena telan kenyataan itu
walaupun
pahit.
“Kak Tizz diorang dah
habis berbincang dekat depan tu. Kejap lagi diorang nak masuk dah. Duduk elok-elok .” kata Aisya adik Amirah. Aku terus menegakkan badan, tiba-tiba ketar
lutut ni. Yang tak boleh tahan, bila
anak-anak dara kat dalam ni pun ikut cara aku. Rasa macam diorang pulak nak bertunang.
Semua pakat duduk bersimpuh elok-elok. Kalah yang tuan punya badan dekat atas katil
ni.
“Assalamualaikum. Boleh
kami masuk ke?” Kedengaran satu suara bertanya dari luar.
“Waalaikumsalam. Masuklah macamlah tak biasa pulak.” Balas Mak
Su Ana adik Mak yang tinggal di Terengganu.
Entah bila sampai Mak su Ana ni sampai aku pun tak perasan. Tahu-tahu dah tercongok dengan anak dia si
Amirah dan Aisya ni.
Aku tundukkan wajah
memandang lantai. Berdebar hati menanti Mak Lang masuk.
Beberapa orang perempuan turut ikut masuk bersama Mak lang. Jantungku
berdegup kencang. Tangan pun dah start nak mengigil. Aku mengangkat sedikit muka melihat wajah
mereka semua.
Gulp!
“Assalamualaikum. Boleh ibu duduk dekat sebelah.” suara Mak
Lang riang mengucapkannya.
“Waalaikumsalam Mak Lang
eh.. ibu duduk lah” tergagap-gagap mulutku.
Aku terus menyalami tangan Mak Lang. Mak Lang menarikku di dalam
pelukannya. Tubuhku dipeluk dan pipiku dicium. Air mataku mengalir. Terharu dan sebak dengan situasi ini.
Mak Lang mengesat air
mataku yang keluar. Tangannya terus
mengambil cincin yang terletak di dalam dulang.
Mak Lang menyarungkannya terus ke jari manisku. Aku memandang cincin emas berbatu biru
terletak elok di jari manisku. ‘Cantik’.
Selepas itu aku terus
mencium tangan Mak Lang. Sekali lagi
kami berpelukkan. Setelah selesai
upacara menyarung cincin, kami semua keluar dari dalam bilik. Aku segera mencari Mak dan Abah. Aku memeluk mereka erat, tanpa mereka mesti
aku tiada hari ni. Mak dan abah tak
–putus-putus mendoakan kebahagian aku.
Akhir sekali aku
bersalaman dengan saudara maraku yang lain.
Kami mengambil gambar kenangan bersama.
Semua ahli keluarga kelihatan gembira sekali. Ramai mengucapkan tahniah kepada aku.
Dari jauh aku
perhatikan wajah mak dan abah nampak puas hati melihat aku, bakal mengakhiri
zaman remaja. Yang pasti pilihan ini insyallah…
akan dapat membimbing aku dengan baik. Alhamdulillah…Ya Allah dengan rahmat yang kau
berikan hari ni akan membuatkan jodoh ini berpanjangan sehingga ke akhir
hayat. Buat sekian kalinya hati aku
bertambah yakin dengan hubungan ini.
Semoga keyakinan diriku hari ini dapat mengembalikan apa yang telah
hilang semalam. Insyallah….
***********************************************************
“Hai sayang tengah
tunggu abang ke?”tegur Abang Hafizul.
Dia tersenyum. Matanya tepat
melihat mataku. Aku senyum. Abang Hafizul dah semakin kerap memanggil aku
dengan panggilan sayang. Tapi aku masih
segan nak bahasakan diri aku dengan panggilan tu. Malu lah.
“Tak lah, tengah tunggu
orang lain.”sengaja aku nak menyakat dia.
Senyuman manis aku berikan padanya.
Abang Hafizul nampak segak memakai T-shirt purple dan berseluar jeans
hari ni. Terserlah ciri-ciri lelaki
maskulin.
Selepas majlis tadi
Abang Hafizul menghantar mesej pada aku untuk berjumpa dengannya di taman
rekreasi ni. Katanya ada sesuatu yang
dia nak cakapkan. Aku terpaksa mencipta
pelbagai alasan pada mak untuk melarikan diri.
Kalau tak jangan harap mak nak
bagi. Ni pun kalau mak tahu aku jumpa
Abang Hafizul, memang masak aku kena bebel.
Maklumlah kata mak tak elok jumpa tunang berdua, darah manis.
Terkulat-kulat aku
dengar syarah mak. Hanya tunduk dan
angguk saja. Malas nak bising-bising
Abang Hafizul tundukkan
kepalanya sedikit melihat mukaku.
“Eleh….cakap je lah awak tu tunggu kita, macam
lah kita tak tahu. Mesti awak dah
rindukan kita kan? Mengaku je bukan ada
sesiapun dekat sini. Kita berdua je.”
Jelingan tajam aku
berikan, pandai pulak dia nak mengenakan aku.
“Sorry sikit..sape yang
mesej kita suruh datang sini? So….orang
tu lah yang rindukan kita. Bukan
kita.”jawabku tak mahu kalah.
Dia palingkan mukanya
ke sebelah lain. “Jadi awak tak rindukan
sayalah. Sampai hati awak kan… tak
apelah saya sedar siapa diri saya. Saya
ni kan Cuma pilihan keluarga awak bukan pilihan hati awak pun. Saya balik dululah.”rajuknya.
Aku terkejut bila tengok dia dah nak melangkah
pergi. Eh! Sejak bila dia dah pandai
merajuk ni? Selama ni tak pernah pulak
buat perangai macam tu? Adoi…satu hal
pulak aku nak pujuk dia.
“Abang! Janganlah
merajuk….alah Tizz gurau je. Okay
lah…kita pun rindukan abang. Kita malu je nak cakap.”pujukku lembut. Tak sampai hati nak hampakan dia.
Abang Hafizul tersenyum
lebar.“Tahu…Abang gurau je lah. Saja
nak tengok macam mana tunang abang ni pujuk suami dia. Hmm…not bad!”
“Amboi!
Mengada-ngada.”cepat saja tanganku naik menepuk tangan dia. Nak test aku pulak. Memang cari pasal namanya tu.
“Ouch! Sakitlah
sayang. Tak baik tau pukul suami macam
ni. Berdosa, tak masuk syurga nanti.”
Banyak cerita pulak
laki ni, kejap lagi memang ada yang aku tendang masuk kolam ikan ni karang!
“Ada apa abang nak
jumpa ni? Mak bising tau bila tahu Tizz
nak keluar tadi siap bagi pesanan penaja lagi.
Pening kepala fikir alasan.”bisingku.
Abang Hafizul gelak
bila dengar omelanku. “Comel lah muka
sayang bila marah, tengok muka sayang je dah buat abang rasa bahagia je.”
“Ye lah tu, kalau
nampak perempuan lain entah-entah bijik mata tu pun terbeliak. Bukan boleh percaya lelaki zaman
sekarang.”sindirku sinis
“ Tolong sikit ye, abang bukan lelaki jenis macam tu,
abang ni jenis yang setia pada seorang saja tau.”tegas dia.
“Alah semua lelaki
cakap macam tu sebelum kahwin, selepas kahwin isteri ni buat macam ada tak ada
je. Jalan pun tinggalkan isteri kat
belakang.”
“Eh! Ayah dan ibu tak
macam tu tau, kalau ibu jalan ayah mesti pegang tangan. Mak dan abah pun macam tu kan? Jadi keturunan kita lelaki semua baik-baik,
so…sayang tak payah risau lah. Jangan
katakan jalan sebelah, dukung terus pun abang sanggup asalkan cinta hati abang
ni bahagia.”tuturnya lembut.
Manis je bila dengar
kata-kata Abang Hafizul, buat aku rasa sangat disayangi. Lelaki ni memang petah berkata-kata, pandai
ambil hati aku. Rasa diri ni betul-betul
bertuah menjadi tunangan dia. Tapi boleh
percaya ke cakap dia ni, isykkk…cam tak yakin je?
“Yelah tu abang nak
dukung orang, Larat ke?”
Abang Hafizul pandang
aku atas bawah. “Kurus kering macam ni, bukan setakat boleh dukung. Nak lambung pun abang boleh. Kacang je semua tu.”lagak dia.
Aku mencebik, menyampah
pula dengar ayat dia. Lelaki sebelum
kahwin semua kata boleh. Lepas kahwin
langsung tak boleh pakai. Mulut je manis
tapi habuk pun tak ada.
“Berlagak! Tengok lah nanti, dia boleh buat ke
tidak…”saja nak membakar dia.
“Kalau boleh macam
mana? Sayang nak bagi apa dekat abang?”
Wah macam nak bertaruh
je dengan aku. Good news ni. Nak bagi apa eak? isykk…tak tahu pulak aku nak bagi dia apa?
“Abang nak hadiah ke?”
Abang Hafizul
mengangguk laju.
“Hadiah apa? Kalau mahal kirim salam je lah. Tizz tak ada duit.” tegasku. Aku biasalah kedekut sikit bila nak
belanja-belanja orang ni. Tapi kalau
orang nak belanja aku memang aku alu-alukan, he he he.
“Hadiah ni tak pakai
duit tapi mahal harganya. Dalam dunia
tak terkira lah harga dia.”
Berkerut keningku,
hadiah apa pulak yang tak terkira ni.
Mana aku nak cekau!
“Terangkan rupa hadiah
tu, kita nak tahu sangat apa yang mahal tentang hadiah tu?”
Abang Hafizul mendekat
dan berbisik ditelinga. Bulat mata dan
ternganga mulutku dengar. Dia nak hadiah
apa? Hisykkkk….malunya.
“Boleh kan sayang bagi
abang? Senang je..”senyum Abang Hafizul.
Aku mengurut-ngurut
dada berulang kali. Kalau lama-lama
dengan dia memang aku mati terkejut. Dia
ni tak segan-segan langsung bercakap. Sabar
je lah…
“Tengok lah…ada rezeki
adalah. Dahl ah… Jom kita jalan kat jambatan gantung tu, dah lama tak tengok
ikan dekat kolam ni.” ajakku. Takut
lebih panjang pulak cerita Abang Hafizul mengenai hadiah tu. Seram aku!
Aku dan Abang Hafizul
beriringan berjalan diatas jambatan gantung di tengah-tengah kolam. Keadaan jambatan yang agak bergoyang
membuatkan aku terjerit kecil. Takut!
“Abang, jalanlah slow
sikit nanti jatuh.”bising mulutku menyuruh Abang Hafizul berjalan
perlahan. Dari tadi aku rasa dialah
factor utama penyumbang kepada kegoyangan jambatan ni. Dahlah dia tu berat karang tak pasal-pasal
runtuh pulak jambatan ni.
“Yelah….takut sangat
sayang ni. Kalau jatuh abang kan
ada. Perlahan-lahan jalan tu.”arah Abang
Hafizul.
Dia memimpin tanganku meniti
jambatan ini. Kami berhenti
ditengah-tengah jambatan. Cantik
pemandangan di taman pada petang ni.
Betul-betul mempesonakan.
“Abang terima kasih
sebab belikan semua hantaran tu.”ucapku.
Aku masih belum lagi berterima kasih pada dia.
“Jangan cakap terima kasih, semua tu memang abang belikan untuk
sayang. Tanda kasih sayang abang selama
ni. Nanti lepas kita kahwin, lebih dari
tu pun abang akan bagi.”
“Wah…bagusnya, nanti
bolehlah sayang minta apa saja dari abang eak?”
“Minta yang murah je
lah, bajet dah habis nak kahwin nanti he he he.” Kami sama tergelak. Rasa-rasanya orang yang jogging kat taman ni
mesti dah menyampah tengok aku dan abang Hafizul macam orang gila tergelak sana
sini. Dari tadi dah ada yang
jeling-jeling tengok kami berdua.
“Sayang bila kahwin
nanti nak kerja ke atau nak duduk rumah?”soal dia tiba-tiba. Aku pun tak terfikir lagi tentang perkara
ni. Lagipun aku memang seorang
penganggur, kerja apa pulak aku nak buat dalam beberapa bulan ni? Dan lagi satu selain angah tak ada siapa pun
yang tahu aku dah berhenti kerja.
“Tak tahulah, belum
fikir lagi. Kenapa?”
“Tak ada, abang tak
kisah kalau sayang nak kerja Cuma jangan lah jauh sangat. Abang tak nak berjauhan lagi dengan sayang. Nanti rindu.”
Alah comelnya dia buat
muka macam tu. “Habis tu kalau Tizz berhenti kerja abang tak kisah?”
“Kenapa abang nak kisah
pulak, abang lagi suka. Lagipun abang
memang nak suruh sayang berhenti kerja je.
Jadi suri rumah lagi bagus.”
“Hmmm… Tizz pun memang
cadang nak berhenti kerja. Penatlah
kerja kedai macam tu. Lagipun lepas ni
mesti banyak kerja nak kena buat.” elakku.
Aku tak boleh menceritakan hal yang sebenarnya.
“Baguslah…lepas ni
sayang buat persiapan kahwin je. Lagipun
puas hati kalau buat sendiri kan?”
Aku mengangguk
mengiakan kata-kata abang Hafizul. Enam
bulan lagi kami bakal disatukan. Sungguh
aku terkejut bila dapat tahu tadi, aku fikirkan tahun depan tapi tahun ni. Memang cepat!
“Aah…memang Tizz cadang
nak buat sendiri semua. Biar rasa puas
hati sikit.”
“Alah lepas kahwin
nanti entah-entah sayang pun terpaksa duduk rumah jugak. Tak pun silap-silap tak dapat keluar rumah
langsung.”sengih abang Hafizul
Aku pandang dia pelik “
Kenapa pulak tak boleh keluar rumah?
Abang tak izinkan ke?” Melampau pulak bakal suami aku ni, keluar rumah
pun tak dibaginya. Biar betul!
“Bukan macam tu lah,
maksud abang lepas kahwin nanti kan dah ada suami dekat rumah. Jadi isteri
haruslah kena layan suami. Dia
dah tak boleh enjoy dengan kawan-kawan lagi.
Barulah boleh cepat-cepat dapat anak.” Abang Hafizul mengenyitkan mata
padaku.
Terasa pijar pulak muka
ni. Malunya, menyesal aku tanya
tadi.
Abang Hafizul ketawa,
melihat mukaku yang dah memerah. Dia
tergelak besar.
“Adoi! Sayang ni, takut
sangat. Macam lah abang ni makan
orang. Cuba buat biasa je, tentu hidup kita
lebih bahagia.”
Banyak lah dia punya
bahagia. Aku dah lah gementar menanti hari tu, dia boleh buat biasa je.
Hisykk..perasaan lelaki tentu saja tak sama
macam perempuan.
“Dah lah, malas nak
cakap dengan abang lagi. Menyakitkan
hati tau! Jom lah balik, dah petang ni. Nanti mak bising pulak.”gesaku. Bukan apa, dari tadi aku rasa Abang Hafizul
ni asyik bukak topic nak anak je. Dia
ingat aku ni mesin keluar anak ke?
“Alah sabarlah, lagipun
abang baru nak bermanja dengan sayang.
Cium pipi pun buat belum lagi.”sakat dia.
“Eii!!!!!! Tak senonoh
lah abang ni. Gatal! Menyesal kita
datang sini. Tepi kita nak
balik!”geramku. Aku cepat-cepat
melangkah meninggalkan abang Hafizul.
“Sayang tunggulah, kita
balik sama-sama.” Jerit dia dari belakang. Abang Hafizul mengejarku.
“Tak nak!” semakin laju
kaki melangkah. Abang Hafizul menarik lenganku
lembut. Aku berhenti dan berpaling ke
kiri tanpa memandang wajah dia.
“Alah abang main-main
je lah, janganlah marah. Tak comel buat
muncung macam itik tu. Buruk tau”pujuk
Abang Hafizul.
Buruk dia kata muka
aku? Ini yang buat aku tambah marah
ni. Muka aku yang cantik ni dikata
buruk! Aku menyilangkan kedua-dua tangan
di depan. Buat-buat tak dengar dia cakap.
Aku nak merajuk! Eiiiiii!!!
“Hisykk…tak baik buat
muka buat macam tu, berkedut nanti baru tau.”
Jelingan tajam aku
berikan pada dia. “Owh, kalau muka kita berkedut, nanti abang tak nak
lah.”geramku.
“Hisyk…siapa tak
nak? Bakal isteri abang ni tetap cantik
tau dekat mata abang ni. Walaupun dah
tua nanti pun, sayang tetap jugak akan jadi bidadari syurga abang. Takkan ada yang dapat ganti sayang di hati
ni.” lembut suara dia memujuk. Tapak
tangannya diletakkan di dada untuk menujukkan padaku betapa bermakna aku dalam
hidupnya.
Aku sembunyikan
senyuman bila dengar pujian dia tadi.
Tiada kata dapat aku ucapkan. Aku sudah mula terbuai-buai dengan
perasaan.
“Tengok dia dah senyum
lah. Hah kan cantik senyum macam tu.
Senyum lagi…”tunjuk dia.
Aku tersenyum dan terus
memusingkan wajah. Malu lah diusik macam
tu…
“Cantik sayang abang
hari ni, abang rasa bertuah sangat dapat miliki sayang walaupun belum
sepenuhnya tapi itu dah cukup bahagia kan abang. Terima kasih sayang…”
Aku rasa sebak dengar
kata-kata dia. Serba salah pula. Aku palingkan muka menghadap dia.
“Abang janganlah cakap
macam tu. Tizz yang patutnya rasa
bertuah sebab dapat abang. Bagi Tizz,
abang lelaki yang baik dan memahami.
Tanpa abang mesti Tizz takkan faham erti kasih sayang ni.” betul lah,
tanpa abang Hafizul aku mesti terkapai-kapai mengenali cinta. Dia banyak mengajar aku.
Abang Hafizul
senyap. Matanya nampak berkaca memandang
mataku. Mungkin dia terharu dengar
kata-kata aku.
“Sayang betul-betul
buat abang jatuh cinta. Kata-kata sayang
sebentar tadi menambahkan lagi cinta abang pada sayang. Rasanya dah berkali-kali abang jatuh cinta
dengan sayang hari ni. Sayang adalah
anugerah Allah, yang diberikan pada abang.
Abang syukur sangat.”
Aku rasa serba salah,
dah berkali-kali lelaki ni menyatakan kasih dan cinta dia pada aku. Tapi aku pula masih lagi membohongi dia. Aku rasa berdosa sangat. Perlu ke aku beritahu hal yang sebenar pada Abang Hafizul atau aku buat-buat tak
kisah je tentang semua ni? Argh! kenapa rasa tu datang lagi. Aku benci!
“Sayang kenapa senyap je, sayang tak sihat ke?
Muka sayang nampak pucat. Sayang?”
Aku agak tersentak bila
namaku dipanggil. Spontan tanganku
meraba pipi. Sejuknya… badanku
tiba-tiba. Nak demam agaknya kot.
“Tak ada apalah,
mungkin penat sikit. Tadi kan sibuk dengan majlis. Tak sempat nak rehat.”
“Kalau macam tu
cepatlah kita balik, nanti sakit pulak duduk lama-lama kat sini. ”gesa Abang
Hafizul. Dia betul-betul mengambil berat
pada aku.
“Tak ada apa lah abang,
penat sikit je. Nanti okay lah ni. Abang
jangan risau lah.”
“Hisykk….Mestilah abang
risau, sayang tu bakal isteri abang.
Lagipun abang tak nak sayang sakit, kalau boleh biar abang yang tanggung
kesakitan sayang tu. Nak biarkan sayang
tanggung sakit seorang diri itu bukan abang.
Dah jangan nak bagi banyak alasan.
Cepat balik.”arah Abang Hafizul.
Tegas sekali dia bila bercakap.
Terserlah sikap bertanggungjawab dia.
Aku betul-betul terharu.
Aku mengangguk. Kami berdua berjalan beriringan pulang ke
rumah. Tadi aku jalan kaki je datang
sini. Dekat je taman rekreasi ni dengan
rumah, lima minit pun tak sampai.
Sepanjang perjalanan abang Hafizul tidak habis-habis bercakap mengenai
persiapan perkahwinan kami. Dia seperti
tidak sabar untuk berkahwin.
Aku banyak mendiamkan
diri. Aku selesa mendengar saja. Entah lah… aku suka melihat wajah dia bercerita. Bersama dia, hatiku rasa tenang dan
lapang. ‘Terima kasih Ya Allah kerana
menghantarkan seorang lelaki yang baik untukku.
Sesungguhnya hatiku rasa bahagia sekarang ni. Aku harap hubungan ini akan berkekalan
sehingga ke akhir hayat. Insyallah….’
6 comments:
tapi kan saya lagi tiz dengan adam.
Alah ye ke baby mio... Tp dengan hafizul pn okay kan he he he.
Sokong Hafizul
lagi best hafizul!!
Huhuhu.....lama nyer menyepi.....bila nak smbg lg yer???
Wendu nak tahu kisah selanjutnya.
lama xterjah kat cni.. mne adam???
Post a Comment