topbella

Tuesday 4 March 2014

MEMORI CINTA KITA 25

Assalamualaikum semua, hari ni dah masuk bab 25 dah, macam tak sangka je boleh taip cerita panjang macam ni he he he.   Ian harap perjalanan cerita ni tak serabut sangat dan dapat diterima baik....  Terima kasih sebab selalu comment, kalau banyak comment pun tak pe he he he.  Sesungguhnya yang baik tu dari Allah dan yang buruk tu dari kita sendiri.  Bye............
**********************************************

BAB 25


AKU duduk di atas katil sambil dikelilingi oleh sanak- saudara perempuanku di dalam bilik. Aku menilik baju yang dipakai.   Sepasang baju kebaya moden berwarna biru dihiasi labuci berwarna putih terletak elok di sekeliling baju.  Aku tersenyum sendiri melihat baju ni.

Kata Mak, baju kebaya ni Abang Hafizul yang tempah sendiri.   Mak pulak hanya bagi ukuran baju lama aku je.  Senang nak ukur. 

Aku hanya mengelengkan kepala bila mengenangkan kembali bagaimana mak bersungguh-sungguh betul memuji bakal menantu dia.   Itu ini semua baik,  menantu perfect lah katakan.  Tapi nak heran apa, mak tu kalau dah suka dengan seseorang semua benda orang tu buat dia  kata bagus.  Tahu sangat…..

Tapi yang betul-betul buat aku terkejut, bila tahu yang semua hantaran kedua belah pihak lelaki dan perempuan dibeli oleh Abang Hafizul sendiri.   Banyak giler duit mamat ni sampai boleh beli hantaran dua-dua belah pihak.  Kaya betul cikgu ni!

Aku diam je lah, tak kisah pun.  Dah orang nak bagi free aku terima je lah kan.  Jimat duit aku he he he.   Dah lah menganggur sekarang ni.  Tapi Abah dan Mak agak keberatan nak terima semua hantaran tu.   Diorang rasa macam mereka ni tak mampu pulak nak sediakan untuk anak mereka sendiri.

Bila Abah tolak, Mak lang dan Pak lang kecewa sangat sebab mereka kata mereka dah pasang niat nak bagi semua tu dekat aku.  Mereka kata aku ni dah macam anak sendiri dan mereka memang dah berhajat dari dulu nak kahwinkan  aku dengan Abang Hafizul.  Lagilah aku riak bila dengar, ada jugak orang pasang hajat nak jadikan aku menantu.  Rasa diri ni begitu berharga pulak he he. 

Tapi  entah macam mana akhirnya abah setuju jugak bila Abang Hafizul sendiri yang memujuk. Tak tahu apa yang dicakapkan oleh mereka berdua.  Masing-masing diam je bila ditanya.  Tapi apa pun aku rasa gembira dan senang hati dapat membahagiakan semua orang yang aku sayang.   Tak dapat aku nak gambarkan bagaimana perasaan aku sekarang.

“Adik nanti masa adat merisik dan meminang tu duduk saja tau dalam bilik.  Jangan nak keluar tengok apa yang orang cakapkan dekat luar.   Jaga adab kita sebagai perempuan.  Nanti  bila Mak Lang kamu masuk  jangan lupa cium tangan dia. Dia tu bakal ibu kamu jugak nanti.” pesan Mak andak.  Sepupu sebelah Abah.

Aku hanya menganguk.  Berdebar betul perasaan ni.  Macam mana lah kalau kahwin nanti harus pitam agaknya.

Aku pandang wajah Amirah sepupuku yang duduk di sebelah.  Ingatanku terus teringat pada Fitriah.  Apelah cerita kawan baik aku yang satu tu, marah lagi ke dia pada aku?

Semalam aku cuba menelefon Fitriah untuk memberitahu pasal pertunangan ni, tapi panggilanku tidak bersambut.  Yang ada Cuma suara operator telefon saja. Aku cuba telefon keluarganya di Bangi, tapi Fitriah tak ada.   Aku rasa sedikit hampa kerana tidak dapat bersama dengan dia hari ni.  Tapi aku kena faham yang keadaan kami berdua sudah tidak sama macam dulu lagi.  Aku kena telan kenyataan itu walaupun 
pahit.

“Kak Tizz diorang dah habis berbincang dekat depan tu. Kejap lagi diorang nak masuk dah.   Duduk elok-elok .” kata Aisya adik Amirah.  Aku terus menegakkan badan, tiba-tiba ketar lutut ni.  Yang tak boleh tahan, bila anak-anak  dara kat dalam ni  pun ikut cara aku.  Rasa macam diorang pulak nak bertunang.   
Semua pakat duduk bersimpuh elok-elok.  Kalah yang tuan punya badan dekat atas katil ni.

“Assalamualaikum. Boleh kami masuk ke?” Kedengaran satu suara bertanya dari luar.

 “Waalaikumsalam.  Masuklah macamlah tak biasa pulak.” Balas Mak Su Ana adik Mak yang tinggal di Terengganu.   Entah bila sampai Mak su Ana ni sampai aku pun tak perasan.  Tahu-tahu dah tercongok dengan anak dia si Amirah dan Aisya ni.

Aku tundukkan wajah memandang lantai.  Berdebar hati menanti Mak  Lang masuk.  Beberapa orang perempuan turut ikut masuk bersama Mak lang. Jantungku berdegup kencang. Tangan pun dah start nak mengigil.  Aku mengangkat sedikit muka melihat wajah mereka semua.

Gulp!

“Assalamualaikum.  Boleh ibu duduk dekat sebelah.” suara Mak Lang riang mengucapkannya.

“Waalaikumsalam Mak Lang eh.. ibu duduk lah” tergagap-gagap mulutku.  Aku terus menyalami tangan Mak Lang. Mak Lang menarikku di dalam pelukannya. Tubuhku dipeluk dan pipiku dicium.  Air mataku mengalir.  Terharu dan sebak dengan situasi ini.

Mak Lang mengesat air mataku yang keluar.  Tangannya terus mengambil cincin yang terletak di dalam dulang.  Mak Lang menyarungkannya terus ke jari manisku.  Aku memandang cincin emas berbatu biru terletak elok di jari manisku. ‘Cantik’.

Selepas itu aku terus mencium tangan Mak Lang.  Sekali lagi kami berpelukkan.   Setelah selesai upacara menyarung cincin, kami semua keluar dari dalam bilik.  Aku segera mencari Mak dan Abah.  Aku memeluk mereka erat, tanpa mereka mesti aku tiada hari ni.   Mak dan abah tak –putus-putus mendoakan kebahagian aku.

Akhir sekali aku bersalaman dengan saudara maraku yang lain.  Kami mengambil gambar kenangan bersama.  Semua ahli keluarga kelihatan gembira sekali.  Ramai mengucapkan tahniah kepada aku.

Dari jauh aku perhatikan wajah mak dan abah nampak puas hati melihat aku, bakal mengakhiri zaman remaja.  Yang pasti pilihan ini insyallah… akan dapat membimbing aku dengan baik.  Alhamdulillah…Ya Allah dengan rahmat yang kau berikan hari ni akan membuatkan jodoh ini berpanjangan sehingga ke akhir hayat.  Buat sekian kalinya hati aku bertambah yakin dengan hubungan ini.  Semoga keyakinan diriku hari ini dapat mengembalikan apa yang telah hilang semalam.  Insyallah….

***********************************************************

“Hai sayang tengah tunggu abang ke?”tegur Abang Hafizul.  Dia tersenyum.  Matanya tepat melihat mataku.   Aku senyum.  Abang Hafizul dah semakin kerap memanggil aku dengan panggilan sayang.  Tapi aku masih segan nak bahasakan diri aku dengan panggilan tu.  Malu lah.

“Tak lah, tengah tunggu orang lain.”sengaja aku nak menyakat dia.  Senyuman manis aku berikan padanya.  Abang Hafizul nampak segak memakai T-shirt purple dan berseluar jeans hari ni.  Terserlah ciri-ciri lelaki maskulin.

Selepas majlis tadi Abang Hafizul menghantar mesej pada aku untuk berjumpa dengannya di taman rekreasi ni.  Katanya ada sesuatu yang dia nak cakapkan.  Aku terpaksa mencipta pelbagai alasan pada mak untuk melarikan diri.  Kalau tak jangan harap mak  nak bagi.   Ni pun kalau mak tahu aku jumpa Abang Hafizul, memang masak aku kena bebel.  Maklumlah kata mak tak elok jumpa tunang berdua, darah manis.

Terkulat-kulat aku dengar syarah mak.  Hanya tunduk dan angguk saja.  Malas nak bising-bising

Abang Hafizul tundukkan kepalanya sedikit melihat mukaku.

 “Eleh….cakap je lah awak tu tunggu kita, macam lah kita tak tahu.  Mesti awak dah rindukan kita kan?  Mengaku je bukan ada sesiapun dekat sini.  Kita berdua je.”

Jelingan tajam aku berikan, pandai pulak dia nak mengenakan aku.

“Sorry sikit..sape yang mesej kita suruh datang sini?  So….orang tu lah yang rindukan kita.  Bukan kita.”jawabku tak mahu kalah.

Dia palingkan mukanya ke sebelah lain.  “Jadi awak tak rindukan sayalah.  Sampai hati awak kan… tak apelah saya sedar siapa diri saya.  Saya ni kan Cuma pilihan keluarga awak bukan pilihan hati awak pun.   Saya balik dululah.”rajuknya.

 Aku terkejut bila tengok dia dah nak melangkah pergi.  Eh! Sejak bila dia dah pandai merajuk ni?  Selama ni tak pernah pulak buat perangai macam tu?  Adoi…satu hal pulak aku nak pujuk dia. 

“Abang! Janganlah merajuk….alah Tizz gurau je.  Okay lah…kita pun rindukan abang. Kita malu je nak cakap.”pujukku lembut.   Tak sampai hati nak hampakan dia.  

Abang Hafizul tersenyum lebar.“Tahu…Abang gurau je lah.   Saja nak tengok macam mana tunang abang ni pujuk suami dia.  Hmm…not bad!”

“Amboi! Mengada-ngada.”cepat saja tanganku naik menepuk tangan dia.  Nak test aku pulak.  Memang cari pasal namanya tu.

“Ouch! Sakitlah sayang.  Tak baik tau pukul suami macam ni. Berdosa, tak masuk syurga nanti.”
Banyak cerita pulak laki ni, kejap lagi memang ada yang aku tendang masuk kolam ikan ni karang!

“Ada apa abang nak jumpa ni?  Mak bising tau bila tahu Tizz nak keluar tadi siap bagi pesanan penaja lagi.  Pening kepala fikir alasan.”bisingku.

Abang Hafizul gelak bila dengar omelanku.  “Comel lah muka sayang bila marah, tengok muka sayang je dah buat abang rasa bahagia je.”

“Ye lah tu, kalau nampak perempuan lain entah-entah bijik mata tu pun terbeliak.  Bukan boleh percaya lelaki zaman sekarang.”sindirku sinis
“ Tolong  sikit ye, abang bukan lelaki jenis macam tu, abang ni jenis yang setia pada seorang saja tau.”tegas dia.

“Alah semua lelaki cakap macam tu sebelum kahwin, selepas kahwin isteri ni buat macam ada tak ada je.  Jalan pun tinggalkan isteri kat belakang.”

“Eh! Ayah dan ibu tak macam tu tau, kalau ibu jalan ayah mesti pegang tangan.  Mak dan abah pun macam tu kan?  Jadi keturunan kita lelaki semua baik-baik, so…sayang tak payah risau lah.  Jangan katakan jalan sebelah, dukung terus pun abang sanggup asalkan cinta hati abang ni bahagia.”tuturnya lembut.

Manis je bila dengar kata-kata Abang Hafizul, buat aku rasa sangat disayangi.  Lelaki ni memang petah berkata-kata, pandai ambil hati aku.  Rasa diri ni betul-betul bertuah menjadi tunangan dia.  Tapi boleh percaya ke cakap dia ni, isykkk…cam tak yakin je?

“Yelah tu abang nak dukung orang, Larat ke?”

Abang Hafizul pandang aku atas bawah. “Kurus kering macam ni, bukan setakat boleh dukung.  Nak lambung pun abang boleh.  Kacang je semua tu.”lagak dia. 

Aku mencebik, menyampah pula dengar ayat dia.  Lelaki sebelum kahwin semua kata boleh.  Lepas kahwin langsung tak boleh pakai.  Mulut je manis tapi habuk pun tak ada. 

“Berlagak!  Tengok lah nanti, dia boleh buat ke tidak…”saja nak membakar dia.

“Kalau boleh macam mana?  Sayang nak bagi apa dekat abang?”

Wah macam nak bertaruh je dengan aku.  Good news ni.  Nak bagi apa eak?  isykk…tak tahu pulak aku nak bagi  dia apa?

“Abang nak hadiah ke?”

Abang Hafizul mengangguk laju.

“Hadiah apa?  Kalau mahal kirim salam je lah.  Tizz tak ada duit.” tegasku.  Aku biasalah kedekut sikit bila nak belanja-belanja orang ni.  Tapi kalau orang nak belanja aku memang aku alu-alukan, he he he.

“Hadiah ni tak pakai duit tapi mahal harganya.  Dalam dunia tak terkira lah harga dia.”

Berkerut keningku, hadiah apa pulak yang tak terkira ni.  Mana aku nak cekau! 

“Terangkan rupa hadiah tu, kita nak tahu sangat apa yang mahal tentang hadiah tu?”
Abang Hafizul mendekat dan berbisik ditelinga.  Bulat mata dan ternganga mulutku dengar.  Dia nak hadiah apa? Hisykkkk….malunya. 

“Boleh kan sayang bagi abang?  Senang je..”senyum Abang Hafizul.

Aku mengurut-ngurut dada berulang kali.  Kalau lama-lama dengan dia memang aku mati terkejut.  Dia ni tak segan-segan langsung bercakap.  Sabar je lah…

“Tengok lah…ada rezeki adalah. Dahl ah… Jom kita jalan kat jambatan gantung tu, dah lama tak tengok ikan dekat kolam ni.” ajakku.  Takut lebih panjang pulak cerita Abang Hafizul mengenai hadiah tu.  Seram aku!

Aku dan Abang Hafizul beriringan berjalan diatas jambatan gantung di tengah-tengah kolam.  Keadaan jambatan yang agak bergoyang membuatkan aku terjerit kecil.  Takut!

“Abang, jalanlah slow sikit nanti jatuh.”bising mulutku menyuruh Abang Hafizul berjalan perlahan.  Dari tadi aku rasa dialah factor utama penyumbang kepada kegoyangan jambatan ni.  Dahlah dia tu berat karang tak pasal-pasal runtuh pulak jambatan ni.

“Yelah….takut sangat sayang ni.  Kalau jatuh abang kan ada.  Perlahan-lahan jalan tu.”arah Abang Hafizul.  
Dia memimpin tanganku meniti jambatan ini.  Kami berhenti ditengah-tengah jambatan.  Cantik pemandangan di taman pada petang ni.  Betul-betul mempesonakan.

“Abang terima kasih sebab belikan semua hantaran tu.”ucapku.  Aku masih belum lagi berterima kasih pada dia.

 “Jangan cakap terima kasih,  semua tu memang abang belikan untuk sayang.  Tanda kasih sayang abang selama ni.  Nanti lepas kita kahwin, lebih dari tu pun abang akan bagi.”

“Wah…bagusnya, nanti bolehlah sayang minta apa saja dari abang eak?”

“Minta yang murah je lah, bajet dah habis nak kahwin nanti he he he.” Kami sama tergelak.  Rasa-rasanya orang yang jogging kat taman ni mesti dah menyampah tengok aku dan abang Hafizul macam orang gila tergelak sana sini.  Dari tadi dah ada yang jeling-jeling tengok kami berdua.

“Sayang bila kahwin nanti nak kerja ke atau nak duduk rumah?”soal dia tiba-tiba.  Aku pun tak terfikir lagi tentang perkara ni.  Lagipun aku memang seorang penganggur, kerja apa pulak aku nak buat dalam beberapa bulan ni?  Dan lagi satu selain angah tak ada siapa pun yang tahu aku dah berhenti kerja.

“Tak tahulah, belum fikir lagi.  Kenapa?”

“Tak ada, abang tak kisah kalau sayang nak kerja Cuma jangan lah jauh sangat.  Abang tak nak berjauhan lagi dengan sayang.  Nanti rindu.”

Alah comelnya dia buat muka macam tu. “Habis tu kalau Tizz berhenti kerja abang tak kisah?”

“Kenapa abang nak kisah pulak, abang lagi suka.  Lagipun abang memang nak suruh sayang berhenti kerja je.   Jadi suri rumah lagi bagus.”

“Hmmm… Tizz pun memang cadang nak berhenti kerja.  Penatlah kerja kedai macam tu.  Lagipun lepas ni mesti banyak kerja nak kena buat.” elakku.  Aku tak boleh menceritakan hal yang sebenarnya.   

“Baguslah…lepas ni sayang buat persiapan kahwin je.  Lagipun puas hati kalau buat sendiri kan?”

Aku mengangguk mengiakan kata-kata abang Hafizul.  Enam bulan lagi kami bakal disatukan.  Sungguh aku terkejut bila dapat tahu tadi, aku fikirkan tahun depan tapi tahun ni.  Memang cepat!

“Aah…memang Tizz cadang nak buat sendiri semua.  Biar rasa puas hati sikit.”

“Alah lepas kahwin nanti entah-entah sayang pun terpaksa duduk rumah jugak.  Tak pun silap-silap tak dapat keluar rumah langsung.”sengih abang Hafizul

Aku pandang dia pelik “ Kenapa pulak tak boleh keluar rumah?  Abang tak izinkan ke?” Melampau pulak bakal suami aku ni, keluar rumah pun tak dibaginya.  Biar betul!

“Bukan macam tu lah, maksud abang lepas kahwin nanti kan dah ada suami dekat rumah.  Jadi isteri  haruslah kena layan suami.  Dia dah tak boleh enjoy dengan kawan-kawan lagi.   Barulah boleh cepat-cepat dapat anak.” Abang Hafizul mengenyitkan mata padaku.

Terasa pijar pulak muka ni.  Malunya, menyesal aku tanya tadi. 

Abang Hafizul ketawa, melihat mukaku yang dah memerah.   Dia tergelak besar. 

“Adoi! Sayang ni, takut sangat.  Macam lah abang ni makan orang.  Cuba buat biasa je, tentu hidup kita lebih bahagia.”

Banyak lah dia punya bahagia. Aku dah lah gementar menanti hari tu, dia boleh buat biasa je.  
Hisykk..perasaan lelaki tentu saja tak sama macam perempuan.

“Dah lah, malas nak cakap dengan abang lagi.  Menyakitkan hati tau! Jom lah balik, dah petang ni. Nanti mak bising pulak.”gesaku.  Bukan apa, dari tadi aku rasa Abang Hafizul ni asyik bukak topic nak anak je.  Dia ingat aku ni mesin keluar anak ke? 

“Alah sabarlah, lagipun abang baru nak bermanja dengan sayang.  Cium pipi pun buat belum lagi.”sakat dia.

“Eii!!!!!! Tak senonoh lah abang ni.  Gatal! Menyesal kita datang sini.  Tepi kita nak balik!”geramku.  Aku cepat-cepat melangkah meninggalkan abang Hafizul.  

“Sayang tunggulah, kita balik sama-sama.” Jerit dia dari belakang. Abang Hafizul mengejarku.

“Tak nak!” semakin laju kaki melangkah.   Abang Hafizul menarik lenganku lembut.  Aku berhenti dan berpaling ke kiri tanpa memandang wajah dia.

“Alah abang main-main je lah, janganlah marah.  Tak comel buat muncung macam itik tu.  Buruk tau”pujuk Abang Hafizul.

Buruk dia kata muka aku?  Ini yang buat aku tambah marah ni.   Muka aku yang cantik ni dikata buruk!  Aku menyilangkan kedua-dua tangan di depan. Buat-buat tak dengar dia cakap.  Aku nak merajuk!  Eiiiiii!!!

“Hisykk…tak baik buat muka buat macam tu, berkedut nanti baru tau.”
Jelingan tajam aku berikan pada dia. “Owh, kalau muka kita berkedut, nanti abang tak nak lah.”geramku. 

“Hisyk…siapa tak nak?  Bakal isteri abang ni tetap cantik tau dekat mata abang ni.  Walaupun dah tua nanti pun, sayang tetap jugak akan jadi bidadari syurga abang.  Takkan ada yang dapat ganti sayang di hati ni.” lembut suara dia memujuk.  Tapak tangannya diletakkan di dada untuk menujukkan padaku betapa bermakna aku dalam hidupnya.

Aku sembunyikan senyuman bila dengar pujian dia tadi.  Tiada kata dapat aku ucapkan. Aku sudah mula terbuai-buai dengan perasaan.

“Tengok dia dah senyum lah.  Hah kan cantik senyum macam tu. Senyum lagi…”tunjuk dia. 
Aku tersenyum dan terus memusingkan wajah.  Malu lah diusik macam tu…

“Cantik sayang abang hari ni, abang rasa bertuah sangat dapat miliki sayang walaupun belum sepenuhnya tapi itu dah cukup bahagia kan abang.  Terima kasih sayang…”

Aku rasa sebak dengar kata-kata dia.  Serba salah pula.  Aku palingkan muka menghadap dia.

“Abang janganlah cakap macam tu.  Tizz yang patutnya rasa bertuah sebab dapat abang.  Bagi Tizz, abang lelaki yang baik dan memahami.  Tanpa abang mesti Tizz takkan faham erti kasih sayang ni.” betul lah, tanpa abang Hafizul aku mesti terkapai-kapai mengenali cinta.  Dia banyak mengajar aku.
Abang Hafizul senyap.  Matanya nampak berkaca memandang mataku.  Mungkin dia terharu dengar kata-kata aku.

“Sayang betul-betul buat abang jatuh cinta.  Kata-kata sayang sebentar tadi menambahkan lagi cinta abang pada sayang.  Rasanya dah berkali-kali abang jatuh cinta dengan sayang hari ni.  Sayang adalah anugerah Allah, yang diberikan pada abang.  Abang syukur sangat.”

Aku rasa serba salah, dah berkali-kali lelaki ni menyatakan kasih dan cinta dia pada aku.  Tapi aku pula masih lagi membohongi dia.  Aku rasa berdosa sangat.  Perlu ke aku beritahu hal yang sebenar  pada Abang Hafizul atau aku buat-buat tak kisah je tentang semua ni? Argh! kenapa rasa tu datang lagi.  Aku benci!

 “Sayang kenapa senyap je, sayang tak sihat ke? Muka sayang nampak pucat.  Sayang?”
Aku agak tersentak bila namaku dipanggil.  Spontan tanganku meraba pipi.  Sejuknya… badanku tiba-tiba.  Nak demam agaknya kot.

“Tak ada apalah, mungkin penat sikit. Tadi kan sibuk dengan majlis.  Tak sempat nak rehat.”

“Kalau macam tu cepatlah kita balik, nanti sakit pulak duduk lama-lama kat sini. ”gesa Abang Hafizul.  Dia betul-betul mengambil berat pada aku.

“Tak ada apa lah abang, penat sikit je.  Nanti okay lah ni. Abang jangan risau lah.”

“Hisykk….Mestilah abang risau, sayang tu bakal isteri abang.  Lagipun abang tak nak sayang sakit, kalau boleh biar abang yang tanggung kesakitan sayang tu.  Nak biarkan sayang tanggung sakit seorang diri itu bukan abang.  Dah jangan nak bagi banyak alasan.   Cepat balik.”arah Abang Hafizul.  Tegas sekali dia bila bercakap.  Terserlah sikap bertanggungjawab dia.  Aku betul-betul terharu.

Aku mengangguk.   Kami berdua berjalan beriringan pulang ke rumah.  Tadi aku jalan kaki je datang sini.  Dekat je taman rekreasi ni dengan rumah, lima minit pun tak sampai.  Sepanjang perjalanan abang Hafizul tidak habis-habis bercakap mengenai persiapan perkahwinan kami.  Dia seperti tidak sabar untuk berkahwin. 


Aku banyak mendiamkan diri.  Aku selesa mendengar saja.   Entah lah… aku suka melihat wajah dia bercerita.   Bersama dia, hatiku rasa tenang dan lapang.  ‘Terima kasih Ya Allah kerana menghantarkan seorang lelaki yang baik untukku.  Sesungguhnya hatiku rasa bahagia sekarang ni.  Aku harap hubungan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.  Insyallah….’

6 comments:

Unknown said...

tapi kan saya lagi tiz dengan adam.

Ian asynata said...

Alah ye ke baby mio... Tp dengan hafizul pn okay kan he he he.

sim said...

Sokong Hafizul

Unknown said...

lagi best hafizul!!

Anonymous said...

Huhuhu.....lama nyer menyepi.....bila nak smbg lg yer???
Wendu nak tahu kisah selanjutnya.

Unknown said...

lama xterjah kat cni.. mne adam???

Post a Comment

About Me