Assalamualaikum semua.... Hari ni ian upload cerita lain selain MCK. Disebabkan ramai yang dah bertanya bila IHYMP 27 akan keluar, so ian mula menaip bab ni untuk anda semua. Bagi yang menunggu thanks sebab sokong ian... Jangan lupa comment tau.
********************************************************************
BAB 27
“IQI kenapa kita turun
dekat Kota Bahru Kelantan? Kita kan nak pergi pulau perhentian. So…kita sepatutnya turun dekat Terengganu lah
kan?”soalku pada Iqi yang duduk disebelahku b bersama Reena. Mr Playboy tidak tahu kemana perginya. Mungkin ke tandas barangkali.
“Owh, actually lebih
dekat dari Kota Bahru ke Jeti Kuala Besut.
Kalau dari Lapangan Terbang Terengganu jauh sikit. Ambil masa nak sampai.”terang Iqi.
Aku mengangguk. Baru tahu semua tu, maklumlah selama ni aku
tak pernah pergi ke Pulau Perhentian, busylah katakan. Ceh, Perasan!
So…. boleh dikatakan
aku teruja jugaklah nak pergi pulau tu .
Tambahan pulak abang kata yang Pulau Perhentian tu air lautnya sama
macam Maldives! Biru!! Wah terperanjat aku masa tu! Mula-mula aku tak percaya cakap abang, so aku
google sendiri dekat internet. Memang
terkejut habis bila tengok image yang keluar, tak sangka yang dekat Malaysia ni
ada pantai yang sama macam Maldives.
Airnya betul-betul biru sesangat….
Sebab tu lah aku excited.
Aku sandarkan badan pada kerusi. Menghadap pintu masuk utama Lapangan Terbang.
Tercengang aku tengok Mr Playboy berlari-lari anak menghampiri kami bertiga. Eh mamat ni kemanalah dia pergi tadi? Main lari-lari pulak dia kat tempat awam
ni. Tak malu betul!
Mr Playboy berhenti di
hadapan kami. Tercungap-cungap nafasnya.
“Okay aku dah dapatkan
van sewa untuk bawa kita pergi Jeti Kuala Besut. So… kita boleh gerak sekarang.”
“Caya lah kau Afriel, aku
pun dah tak sabar nak ke pulau tu. Let start our journey right now..”jerit
Iqi. Nampak keterujaan Iqi disitu. Macam
jakun je muka dia.
Aku dan Reena
berpandangan sesama sendiri. Aku pun ek
lah jalan lengang-kankung ikut diorang ni semua. Kemana diorang bawak, aku ikut je. Asalkan sampai.
Kami menaiki van sewa
dari Lapangan terbang ke Jeti Kuala Besut, Terengganu. Perjalanan hampir memakan masa selama 1
jam. Betul-betul terasa lenguh punggung
aku duduk dalam van yang uzur ni. Mr
Playboy ni kot ye pun nak cari van carilah yang elok sikit. Ni tidak! Cepatlah sikit sampai dah kematu dah duduk kat
kerusi ni.
Alhamdulillah aku
mengucap syukur sebaik saja terpandang papan tanda menghala ke jeti Kuala
Besut. Van terus meluncur laju dan
berhenti betul-betul di depan jeti. Aku
cepat-cepat turun dari van.
“Wah! Cantiknya
pemandangan dekat sini!”jeritku teruja tengok laut.
“Kita belum masuk pulau
lagi, nanti dah masuk pulau lagi cantik, Mia.”balas Iqi.
“Ye ke? Wow! Tak sabar I nak pergi. Woit Afriel cepatlah pergi cari bot, dah
pukul berapa ni? Aku ni dah naik penat
tau tak!”gesaku bila lihat Mr Playboy duk sibuk mencari line untuk telefon
dia. Dah tau line susah nak dapat yang
sibuk nak cari buat apa.
“Hisyk! Kau ni memekak
je kan, kau fikir kau sorang je penat.?
Aku ni rehat? Reti sabar tak, aku
nak cari bot lah ni.”geram Mr Playboy.
Aku buat-buat tak
dengar suara Mr Playboy. Rasa menyampah!
“Dapat tak Afriel?”tanya
Iqi.
“Dapat, tapi mereka
suruh kita tunggu dalam satu jam. Ada
masalah sikit bot diorang.”
“Hah! Satu jam? Lamanya…”keluhku. Dah penat badan ni, tak larat nak jalan.
“Tak lamalah Mia, kejap
je tu. Apa kata kita semua pergi makan
dulu. Mesti semua dah lapar kan?”ajak
Iqi.
“Okay, tapi Mr Playboy
yang bayar pasal dia yang ajak kita semua datang sini. So…kau kena tanggung makan minum kitaorang
semua dekat sini.”cadangku sengaja.
“Apesal pulak aku? Wei
kau yang ajak diorang semua dekat sini, kau lah yang bayar. Banyak cantik muka kau.”
“Well muka aku memang
cantik pun, kalau tak cantik aku tak cakap macam tu.”geramku. Suka-suka hati je nak kutuk muka aku. Wajah aku ni natural asia tau, bukan
calang-calang orang ada kulit macam aku.
Dia mendengus geram.“Kau
kan, kalau tak cari pasal sehari dengan aku tak boleh ke?”
“Tak boleh! Lagipun hari ni aku memang suka nak cari
pasal dengan kau.”selambaku.
“Fine! Kalau macam tu jangan haraplah aku nak
bayar. Pandai-pandai kau lah bayar semua
sendiri. Aku tak peduli!”
Aku menjengilkan mata
pada dia. “Aku pun tak heran duit kau tu, kau ingat aku ni tak ada duit
ke? Tolong sikit eak!”balasku
kembali. Rasanya kejap lagi memang aku
bukak kembali jurus-jurus judo yang aku belajar dulu.
“Kalau banyak bayar
lah, jangan cakap je.”sinis dia.
Bertambah naik darah aku dengar.
Cepat je tangan aku nak menumbuk dia.
Iqi cepat menghalang kami berdua.
“Okay, okay korang dua
orang ni janganlah nak bertelagah dekat sini pulak. Malulah orang sini tengok. Macam anjing dengan kucinglah korang ni. Sudahlah tak payah nak bertekak siapa yang
nak bayar. Biar aku je yang bayar.”
“Okay!!”ujarku dan Mr
Playboy serentak. Aku berikan jelingan
tajam pada dia. Iqi sudah
tergeleng-geleng kepalanya melihat kami berdua.
Agaknya dia pun dah naik pening tengok aku dan Mr Playboy. Reena pun turut tercengang.
Kami berempat terus pergi makan dekat salah satu gerai tepi
jalan ni. Aku dengan muka tak malu laju
je pergi pilih lauk dekat gerai. Reena
mengekoriku dari belakang.
“Kak bagi saya nasi kerabu satu, lauknya ayam
goreng tu.”mintaku pada kakak yang sedang duduk di tempat lauk.
Aku pandang Reena yang
berkira-kira nak mengambil lauk. Tak
tahu nak makan apa agaknya.
“Reena, ambil je
banyak-banyak lauk. Nanti bukan kita
yang bayar pun. Dah cepat
ambil.”suruhku.
Reena tersenyum
lebar. Mungkin geli hati dengan
suruhanku. Biasalah aku ni kalau tak
kenakan orang memang tak hiduplah he he he.
Setelah itu aku dan
Reena duduk di meja makan bersama. Mr
Playboy dan Iqi yang sudah selesai mengambil lauk turut duduk bersama kami. Mr Playboy duduk berhadapan dengan aku.
“Sikit je kau makan?
Diet ke?”sindir Mr Playboy. Aku
mengetapkan gigi. Menjeling memandang
dia. Dia ni kalau tak mengutuk aku sehari
memang hidup dia tak aman ke? Giler!
“Kau sibuk ape
hal? None of your business!”sinisku. Sibuk je aku nak makan banyak ke sikit. Suka hati aku lah perut aku kan.. Dasar
penyibuk!
“Sedap kan makan nasi
kerabu dekat sini? Betul-betul rasa rencah dia.
Dekat KL rasanya tak sama macam kat sini tau. Kat sini masih rasa original lagi.” Sampuk
Iqi. Dia nampak berselera makan nasi
kerabu. Aku memerhati isi
pinggannya. Mak aiiii…lebih banyak lauk
dia dari aku. Pelahap jugak dia ni.
“Banyaklah kau punya
original. Kau ingat ni cerita ayam KFC ke ada original
atau spicy. Kau tu setahu aku tolak batu
dengan kayu je, semua tempat kau kata sedap.
Makanan dekat hospital pun kata sedap jugak.” Iqi buat muka toya pandang
Mr Playboy. Reena ketawa perlahan.
Aku terus menyuapkan
nasi tanpa mempedulikan mereka yang disekelilingku. Aku rasa sungguh berselera sangat hari
ni. Sedapnya nasi kerabu dekat
sini. Best!
“Syyyyyyyyyyy…
pedas! Mia mintak sikit air mineral you
tu, I tergigit cili pulak. Air dah habis
ni.” minta Iqi tiba-tiba. Mukanya nampak kemerah-merahan menahan pedas. Terkejut melihat wajahnya, tanganku laju memberikan
botol air mineral yang masih berbaki setengah kepada Iqi. Iqi
menyambutnya.
“Eh…tak payah ambil air
tu, minum air mineral aku ni.”halang Mr Playboy. Mr Playboy merentap air
mineral aku dari
tangan Iqi. Terkejut aku. Apahal mamat ni! Mr Playboy menukarkan air mineral miliknya
kepada Iqi. Tanpa pertanyaan lebih
lanjut Iqi terus meneguknya sehingga habis.
“Wei tak cukuplah, bak
sini air Mia tu. Aku tak tahan sangat
ni.” Iqi menjelirkan lidahnya menahan kepedasan.
“Hisykk.. mana boleh,
kau mintak air Reena tu lah ataupun kau order je air baru.”
“Tak tahanlah…bagilah
Afriel. Kedekut lah kau ni.”pinta
Iqi. Matanya sudah mula berair.
Kiri kanan mataku
melihat wajah mereka berdua yang saling berebutan. Mr Playboy tidak langsung mahu beralah. Dia melarikan air mineral tadi jauh dari
Iqi. Aku mula lah hot tengok diorang
berdua ni.
“Hoi Mr Playboy,
bagilah air tu dekat dia. Bukan air kau
pun, air aku kan. Bak sini.”
“Tak boleh! Suka hati aku lah. Kalau kau nak cubalah ambil ni.”sengaja dia
membakar aku. Aku cuba merebut air
mineral tadi dari tangannya. Mr Playboy
melarikan. Dia laju membuka penutup
botol, dan terus meneguk air sehingga habis.
“Ermmm…lega…. Dah habis
pun. Nah ambil balik botol ni.” Mr
Playboy mencampakkan botol mineral tadi ke atas meja. Betul-betul dekat depan aku.
Merah mukaku saat ini
menahan marah. “Kau kan…..memang…”geramku.
Aku berusaha mengawal rasa marah pada dia. Ikutkan hati nak je aku ketuk kepala lelaki ni. Apa masalah dia sebenarnya ni? Nak cari gaduh ke?
“Tak apalah Cik
Mia. Biar Encik Iqmal minum air mineral
Reena je lah. Nah.” Reena mula
bersuara. Dia menghulurkan botol mineral
nya kepada Iqi. Iqi cepat-cepat mengambil
air mineral dari tangan Reena. Dia segera meneguknya.
“Terima kasih Reena.” Reena mengangguk dan tersenyum.
Aku menjeling Mr
Playboy. Sungguh menyampah tengok muka
dia. Laju terus kaki aku menyepak dia
dari bawah meja.
“Ouch!”jerit Mr
Playboy.
“Kenapa?”soal Iqi dan
Reena? Masing-masing memandang wajah Mr
Playboy yang berkerut menahan sakit.
“Tak ada apa, semut api
gigit.”geram Mr Playboy. Dia mengetapkan
gigi.
Aku tersenyum sinis
mendengar. Padan muka kau, suka sangat
cari pasal dengan aku kan. Lain kali aku
tempangkan kaki kau pulak! Aku berikan isyarat pandangan mata pada dia. Mr Playboy turut tajam membalas renunganku.
Kami semua kembali
makan semula. Mr Playboy berkali-kali
cuba menyepak semula kaki aku. Tapi tak
berjaya.
“Rasanya dah selesai
makan kan semua? So…jomlah kita gerak, nanti lambat pulak nak masuk pulau.” Ajak Iqi setelah hampir satu jam kami duduk di
gerai makan ni.
“Alah…Kalau lambat tu semua sebab Afriel lah, dia yang salah pasal tak telefon orang tu awal-awal. Kalau
tak mesti sekarang kita dah berehat-rehat dekat resort.”sindirku sengaja.
“Apehal pulak salah aku. Kau ni tak habis-habis nak cari pasal
kan? Mulut kau ni macam murai tahu tak,
dari tadi asyik bercakap je. Lama-lama
aku cilikan jugak mulut kau dengan lada jeruk ni karang.”
Amboi nak cilikan mulut
aku. Ni Betul-betul buat aku marah
ni. Aku bingkas bangun.
“Kalau berani cubalah
buat! Ingat aku takut!” jeritku. Pantang sekali aku nak mengalah dengan lelaki
ni. lebih-lebih lagi bila lelaki tu Mr Playboy.
Lagilah aku bengang.
“Ape kau ingat aku tak
berani, meh sini aku cabai mulut kau.”
Mr Playboy mengambil cili jeruk dalam botol. Dia cuba mengejar aku. Kami berlari dan berlawan mulut di sekeliling
meja.
Iqi dan Reena
masing-masing menahan kami. Aku
meronta-ronta.
“Sudah!!!!!! Baik
korang berdua berhenti. Aku dah tak
tahan nak tengok korang ni! Perangai
masing-masing macam budak-budak!”tengking Iqi kuat. Semua pelanggan yang ada nampak terkejut
dengar suara petir Iqi.
Pucat wajah aku dan Mr
Playboy tengok Iqi marah-marah. Kami
berdua diam. Aku menelan air liur.
“Apa masalah korang
berdua ni? dari pagi tadi asyik bergaduh
je. Korang ingat kita ni nak pergi
jalan-jalan ke? Cubalah professional
sikit. Malu betul aku tengok korang ni.”
tambah Iqi lagi, Nampak marah betul dia.
Aku dan Mr Playboy
terkulat-kulat memandang Iqi. Kami diam
dan langsung tidak mengeluarkan bunyi.
“Reena jom kita pergi. Tinggalkan je budak dua orang ni dekat sini.
Mengada-ngada. Cepat Reena!” Iqi
menarik tangan Reena terus ke jeti. Aku
dan Mr Playboy berpandangan.
“Ni semua salah kau,
tak pasal-pasal Iqi marah.”tunjukku pada Mr Playboy.
“Apa pulak salah
aku? Kau lah yang cari pasal dulu.”
“Bukan aku. Tapi kau.” balasku tak mahu kalah.
“Kau lah!”
“Kau!”
“Wei korang
berdua! Cepatlah! Buat apa lagi
tu!”jerit Iqi dari jauh. Dah macam kapten jerit pada anak buah pulak. Aku dan Mr Playboy cepat-cepat mengejar dari
belakang. Mulut kami masih mengomel
menyalahkan satu sama lain.
******************************************************************
“Hati-hati melangkah
tu. Kalau jatuh aku gelakkan.”ujarnya
sengaja mencari gaduh.
Aku berikan jelingan
tajam pada Mr Playboy. Perlahan-lahan kakiku melangkah masuk ke dalam
bot. Keadaan bot yang tak stabil dan
asyik bergoyang-goyang membuatkan tubuhku tidak dapat mengimbanginya. Hampir saja aku mahu terjatuh, namun Mr
Playboy cepat menyambut tubuhku. Aku
tergamam.
“Kau okey tak?”soalnya
cemas.
Aku cepat-cepat menolak
tubuhnya. Aku terus duduk. Aisey…memalukan betul lah tadi. Mr Playboy
tersenyum dan dia duduk disebelahku Reena dan Iqi duduk berhadapan menghadap kami.
Enjin bot mula
dihidupkan dan bot laju bergerak meninggalkan jeti. Aku memerhatikan pemandangan sekeliling. Suasana di laut sangat menenangkan. Bunyi
enjin bot yang bising langsung tidak menganggu konsentrasiku menikmati
pemandang alam yang indah dan mendamaikan ini.
Mataku seakan-akan
terpaku sebaik saja melihat air lautnya yang jernih dan bersih. Terasa seperti aku mahu meminumnya saja. Sangat bersih dan suci. Cahaya matahari yang terik memancar juga membuatkan
air laut ini bertambah kebiruan.
Warnanya memancar seperti sedang menyambut kedatanganku ke sini. Ciptaan Allah S.W.T yang satu ini sememangnya hebat. Subahanaallah...aku jadi teringat kepada satu
ayat di dalam Al-Quran yang dimana diceritakan mengenai pertembungan laut dan
sungai.
“Dan
dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) yang ini tawar lagi
segar dan yang lagi masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding
dan batas menghalangi.” (Q,S AI Furqan : 53)
“Apa yang ada dekat
fikiran kau bila tengok laut ni?”soal Mr Playboy. Aku menoleh pada dia.
“Yang kau sibuk nak
tahu kenapa?”
“Tanya je pun salah
ke?”
“Salah!!”sinisku. Malas aku nak layan dia.
Mr Playboy mengeluh
perlahan. Dia mula bercakap sesuatu.
“Aku rasa tenang bila
melihat laut dan hidupan-hidupan yang ada didalamnya. Rasa sangat
bertuah jika kita dapat menjadi seperti ikan yang boleh berenang kemana
saja mereka mahu di lautan yang sangat indah. Bebas dan gembira dengan apa yang
mereka lalui.”
Aku mencebik. Klise! Bila tengok laut nak jadi ikan. Tengok langit nak jadi burung. Salah satu sifat manusia yang tak reti
bersyukur langsung dengan nikmat Allah.
Asyik nak mengeluh je tahu.
Cubalah bawak-bawak berisgtifar kan lebih baik. Astafiruallahalazim….
“Tak semua ikan tu
dapat bebas bergerak, kadang-kadang diorang kena melawan dan menyembunyikan
diri dari pesaing mereka. Kena bersaing
untuk mendapatkan makanan. Lumrah alam,
ikan kecil dimakan ikan besar. Sama
macam kita, manusia ada masanya dia susah dan ada masanya dia senang. Jadi sebagai hamba Allah, kita kena bersyukur
dengan apa yang ada. Allah mesti ada
sebab kena dia pilih kita jadi Manusia.
Allah maha mengetahui apa yang ada dilangit dan dibumi.”ujarku.
Mr Playboy diam. Dia senyum pandang aku.
“Mia! Tengok tu
cantiklah.”jerit Reena. Tangannya
menunjukkan suatu tempat kepadaku. Aku
menoleh. Ya Allah…cantiknya tempat tu.
“Itu kincir angin,
boleh hiking kat situ kalau nak
tengok pemandangan keseluruhan dekat pulau ni.”ujar Mr Playboy.
“Really…menariknya. Nanti kita pergi nak?” ajakku. Betul-betul teruja bila dapat tahu semua
tu. Mesti havoc! lah kalau aku berjaya sampai dekat atas tu.
“Sorry
for disappointed you girls….kita tak pergi situ. Tak masuk
senarai pun. Jangan lupa yang kita
datang sini untuk bekerja. Lagipun tiga
hari duduk dekat sini, kita kena gunakan sepenuhnya. Banyak benda yang harus kita buat. Jangan ingat nak main pulak dekat sini. Faham semua.” Tegas Mr Playboy.
Aku mencebik. Ada aku kisah! Susah betul kalau ada orang
yang workaholic ni, tak tahu nak
menikmati keindahan alam langsung. Dah
datang jauh-jauh ni tentulah wajib pergi semua tempat kan. Tak apalah kalau dia tak nak. Seperti
biasa akal ku dah fikirkan satu
rancangan pun. Ini kan Mia Qaisara. Cepat dan pantas. Jaga-jaga Mr Playboy tengoklah macam mana aku
ajar kau cara beriadah secara sihat nanti he he he.
“Afriel pulau tu kan
yang Ilham Holding nak buat resort?”soal Iqi.
Aku menoleh pada pulau yang
ditunjukkan oleh Iqi. Tak berapa besar
dan tak berapa kecil. Hanya
sederhana. Tapi memang cantik kalau
dibangunkan.
“Yup! Kalau tengok pada pelan ni, memang itulah
pulau dia. Banyak kerja yang kita kena
buat ni. Bukan saja dari segi design dan
pembinaan. Fasiliti-fasiliti yang lain
pun perlu kita ambil kira. Faktor-faktor
persekitaran pun kita kena jaga jugak. Besok aku akan bincang semua ni dengan Dato
Musa. Insyallah…kalau tak ada aral
melintang bulan depan kita boleh lah buat kerja.”
Aku mengangguk
mengiakan. Terselit rasa kagum dengan kecekapan Mr Playboy. Lelaki itu betul-betul
memberi komitmen pada
kerja. Patutlah papa nak aku belajar
sesuatu daripada dia. Hmmm……
***********************************************************
“Selamat datang ke
Resort kami. Boleh saya bantu encik?” ucap salah seorang gadis di kaunter
hadapan hotel. Mataku betul-betul
terpaku sebaik saja sampai di sini, keindahan alam tropika yang menutupi
sekeliling resort ini betul-betul membuatkan aku terasa berada di tengah laut.
“Terima kasih. Saya Tengku Afriel dari Crystal Sdn. Bhd. Ada tempahan atas nama saya.”gadis itu
mengangguk.
“ Sebentar ya encik saya
tengok dulu dalam komputer. Okay, memang
ada 2 bilik atas nama encik. Tapi
maaf, encik kena tunggu sekejap sebab
kami baru je kemaskan bilik. Encik semua
boleh duduk dekat sofa depan sana dulu, nanti kami hantarkan kunci. Maaf sekali
lagi.”ucap gadis di kaunter.
“Okay.. tak apa kami
tunggu. ” balas Mr Playboy. Sementara
menunggu. Aku dan Reena berbual-bual
mengenai apa yang kami lihat disini. Iqi
pula sibuk mengambil gambar pemandangan di sekitar resort denga DSLR dia. Berlagak macam dia tu pelancong pulak!
“Sayang!!!!”jerit satu
suara dari jauh. Aku dan Reena menoleh. Seorang perempuan yang tinggi lampai dan
bergaun pendek berlari-lari anak ke arah Mr Playboy. Perempuan itu tanpa segan silu terus
memeluknya.
Aku betul-betul
tergamam melihat aksi 18SX depan mata.
Wah! Tak ada tapis-tapis lagi.
“Maya,apa ni lepaskan I.
Inikan tempat umum, you tak malu ke
peluk I macam ni?” Mr Playboy menolak perempuan yang nama Maya ni ke tepi.
Aku senyum sinis. Nasib kau lah perempuan!
Aku perhatikan wajah Maya dengan lebih dekat. Wajahnya mengingatkan aku kepada seseorang,
rasa macam pernah jumpa je perempuan ni? Dekat mana ye? Oh no! gadis psycho empat tahun dulu tu
lah. Aiseyy…apa malang jumpa dia lagi
ni. Habislah aku lepas ni. Aku terus sembunyikan muka belakang Reena.
“Alah…I rindulah dengan
you sayang. Lama kan kita tak
jumpa. You ni macam tak suka je nampak
i?” muncung Maya. Terasa menyampah pulak
dengar suara gedik perempuan ni. Masih tak berubah tetap sama macam empat tahun
dulu.
Eiii…apesal lah semua
koleksi Mr Playboy ni suara gedik-gedik, tak ada taste betul Mr Playboy ni! Geli telinga aku dengar.
“Bukannya I tak suka,
Cuma janganlah over macam ni. Memalukan
bila semua pekerja you tengok tau tak.”tegur Mr Playboy lembut. Meluat pulak aku dengar suara Mr Playboy ni,
kalau dengan perempuan suara macam kucing.
Lembut je bila bercakap. Tapi
kalau dengan aku macam petir, ada je nak dianginkan. Memang dasar lelaki miang!
Tersenyum-tersenyum
Maya disebelah.
“Biarlah diorang
tengok. Apa nak malukan. Lagipun diorang
semua tak berani nak cakap apa pun. I
kan bos diorang, apa takut.”Maya memeluk lengan Mr Playboy. Dia mengeselkan badannya.
Sumpah aku rasa nak
sepak-sepak je perempuan ni. Apa ke
gatal sangat dia ni. Ya Allah Mr Playboy
ni boleh lagi layan dia.
Eiiiiiiiii!!!!!! Meluat!
“Ehem…ehem…ehem.”Iqi
mula mengeluarkan bunyi tanda isyarat kurang senang. Mr Playboy cuba melepaskan tangannya dari
pelukan Maya. Maya tetap tidak
melepaskan. Tajam matanya memandang kami
semua.
“Sayang, siapa mereka
semua ni?” Jari maya melentuk-lentuk menunjuk ke arah kami.
Aku buat-buat tak
dengar pertanyaan dia.
“Mereka ni semua staf
I. Yang ini Reena dan yang itu Mia Qaisara. Iqi you kenalkan.” Mr Playboy memperkenalkan
kami semua. Reena dan aku tersenyum.
Aku menghulurkan tangan
untuk bersalam pada Maya. Huluran
salamku tidak bersambut. Dia jeling
tangan aku. Aku menarik tanganku kembali. Berlagak punya perempuan, orang buat baik
dibalas tuba pulak. Maya mendekati aku
dia menilik aku atas bawah.
“Aku rasa macam pernah
je tengok muka kau ni? Kita pernah jumpa
ke?”soal Maya. Alamak! Dia perasan aku
ke?
Aku senyum, “Tak
mungkinlah kau kenal aku, lagipun aku baru je balik Malaysia enam bulan lepas.
Mustahil kita pernah berjumpa.”elakku.
“Really…hmm tak mungkin jugak aku kenal kau kan? Kau bukan artis pun. Anyway
I’m Mayada Dato Musa , girlfriend
Tengku Afriel.” Lagak suaranya. Dia
memeluk lengan Afriel.
Aku pura-pura senyum,
malas nak layan perempuan ni. Mr Playboy
semacam suka pula dipeluk perempuan tu.
Benci aku tengok gaya dia tu.! Dasar lelaki playboy, semua perempuan nak
dilayan.
“Mia Qaisara Dato
Khusyairi.”ujarku.
“Dato Khusyairi? You ni adik Rayyan ke? Anak pemilik Rayyan
Holding.”
Aku mengangguk. Perempuan ni kenal abang aku ke? Siap mention pemilik Rayyan Holding
segala. Siapa dia ni?
“Well, tak sangka pulak
boleh jumpa adik Rayyan dekat sini.
Rayyan Holding tu antara pesaing terdekat Ilham Holding tau. Macam tak percaya je, yang anak pesaing boleh
datang dekat resort kami. Sungguh luar biasa.”
Aku kurang faham maksud
perempuan ni. Tapi rasa-rasanya dia kata
tentang syarikat kami yang merupakan pesaing syarikat dia.
“Mia datang sini bukan
sebagai wakil Rayyan Holding tapi dia pekerja I. Dia salah seorang ketua jabatan dekat
Crystal. You jangan salah faham pulak.”
Sampuk Mr Playboy.
Tercebik bibir Maya, “I
tak kata apa pun, kenapa you risau pulak.
Anyway Mia, aku harap kau
enjoy tinggal dekat resort ni. Kalau ada
kekurangan bagilah tahu, aku akan sediakan semua untuk kau. Bukan selalu pesaing syarikat datang tidur
dekat sini.”sinis suaranya bertutur. Dia
ketawa.
“Terima kasih,
insyallah kalau ada apa-apa yang aku nak mesti aku beritahu kau. Jangan
risau.”lembutku.
Aku senyum sinis. Perempuan ni memang cari pasal dengan
aku. Kalau macam ni lah gaya dia layan
orang, alamat tak bertahan lama lah syarikat dia. Teringat kata-kata papa supaya berbuat baik
pada orang walaupun musuh kita sendiri. Itulah yang aku pegang sampai sekarang.
Seorang pekerja
menghampiri kami dan memberikan kunci bilik.
“Okay lah Maya kami
semua nak masuk bilik berehat dulu.
Esok kita jumpa lagi untuk perbincangan kita, nanti jangan lupa beritahu
papa you.” Pamit Mr Playboy.
“Alah I baru je nak
berbual dengan you. Tapi tak apelah you pun
penat. Kalau macam tu apa kata malam ni
kita keluar makan sama-sama, nak tak?” Makin meluat aku dengar suara gedik
perempuan ni. Ape masalah dia entah
berperangai macam ni.
“No hal! Aku kalau bab makan
ni setuju je.”laju saja Iqi bersetuju. Aku
dan Reena terpinga-pinga. Kami kemudian
mengangguk perlahan.
“Yeayy…nanti I suruh
ketua chef masak lauk favourite you, sayang.
Mesti you suka.”
“Tak payah susah-susah lah,
masak apa pun I makan.”tolak Mr
Playboy. Pelik aku dengan lelaki ni,
menolak pulak orang nak buat baik.
Terima je lah.
“Alah tak susah pun,
chef yang masak. Jom I hantar you ke
bilik.”Maya menarik tangan Mr Playboy mengikuti langkah dia. Aku,Iqi dan Reena mengekori dari belakang.
Aku dan Reena berkongsi
bilik, begitu juga Afriel dan Iqi. Sebaik saja melangkah masuk ke dalam
bilik, aku terus berlari menuju ke
katil. Ada dua katil di dalamnya. Aku mengambil
tempat di sebelah kiri. Aku terus berbaring
di atasnya. Rasa penat sangat hari
ni. Letih. Reena turut sama
berbaring. Kami melelapkan mata.
Selang beberapa minit
aku terjaga. Rasa tak boleh tidur
pulak. Aku toleh ke sebelah. Reena aku lihat sudah ketiduran di katil. Aku mengelengkan kepala melihat dia. Nyenyak sekali dia tidur, macam baby pulak. Aku bangun dan berdiri. Kakiku terus berjalan menuju ke balkoni.
Aku membuka pintu
gelangsar kaca untuk melihat pemandangan pantai dari balkoni bilikku. Cantiknya
resort ni menghadap pantai. Pemandangan dekat sini betul-betul
memukau. Suasana petang yang indah
betul-betul memangil aku untuk kesana.
Aku mula berkira-kira untuk pergi ke pantai atau tidak.
Aku perhatikan bawah,
ada tangga di tepi yang boleh turun dari balkoni. Cantik! Aku terus mencapai sandal dan
melangkah turun melalui tangga tadi untuk pergi ke pantai. Sebaik saja kaki mencecah tanah, aku terus
berlari ke arah pantai. Rasa lapang dada
aku. Tenang.
Aku terus berlari
sehingga ke gigi air, airnya yang biru dan jernih ini mendamaikan aku. Cantik! Aku mula membuka sandal dan berjalan
menyelusuri pantai untuk melihat permandangan yang indah ini. Ramai juga pengunjung yang datang ke
sini. Ada antara mereka yang masih
mandi-manda.
Termengah-mengah
nafasku, rasa penat pula berjalan. Aku
berhenti rehat di bawah salah satu pokok yang agak besar. Aku duduk bersila di pasir. Mataku tunduk memandang pasir. Aku terfikirkan sesuatu. Aku duduk mencangkung dan terus mengutip satu
ranting kayu kecil yang jatuh dari pokok. Aku mula menulis namaku di atas pasir.
Masa kecil-kecil dulu
aku memang suka mandi laut dengan abang.
Aku suka buat istana pasir, dan abang pula suka merosakkan
istanaku. Kegembiraan dan kenangan masa
kecil memang menyeronokkan.
Kadang-kadang aku terfikir kenapa cepat sangat aku ni membesar, kalau terus
kecil kan bagus he he he. Apa pun lumrah
alam, semuanya akan berubah juga satu hari nanti.
Terdengar bunyi ranting
kayu dipijak kuat dari belakang. Aku tersentak.
Laju kepalaku menoleh.
Dia.
6 comments:
BEST...
bestt. :)
Seronoknya baca. Nanti update lg ya fren!
nO Problem...tq smua kerana baca dan comment...
Kak ian bila nak masuk en3 baru dah seminggu x masokkan T_T masukkan cepat cepat......... But caiyok best n3 kali ni ^.^
Best!!Lama tak singgah ke sini..sambung plz;-) Teruskan berusaha Ian!!!
Post a Comment