BAB 18
Tepat jam 2.00 petang,
barulah Mr Playboy menghantar aku pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan tiada seorang pun
diantara kami yang bersuara. Aku memang
betul-betul keletihan. Aku memejamkan
mata dan entah bila, akhirnya aku terlena. Hanyut….
“Wei! Wei! bangun, dah
sampai ni. Bangun!!”
Terpisat-pisat mataku
bila mendengarkan suara Mr Playboy mengejutkan aku. Lah…aku boleh tetidur lagi dalam kereta dia. Aku segera membuka pintu kereta. Mengantuknya.
“Kau ni kerja asyik
tidur je, hobi kau memang macam ni ek?” perli dia.
Aku menjeling Mr
Playboy, Dia…ni sempat lagi mengutuk aku. Nasib aku mengantuk, kalau tak memang
harus aku tumbuk muka dia. Cakap menyakitkan
hati. Eiiii!!! Aku terus berjalan masuk ke dalam perkarangan
rumah. Sampai sahaja depan pintu rumah,
aku terus mengetuk pintu berulang kali.
Kemudian aku baru teringat sesuatu.
Alahai! Mak Jah kan tak ada dekat rumah. Pagi tadikan Mak Jah keluar pergi kenduri
dekat rumah saudara dia, malam karang baru balik. Adoi! Boleh lupa pulak aku ni. Macam mana aku nak masuk ni, kunci pun tak
ada. Papa dan abang pun belum balik.
Hmmm….
“Kenapa?” tanya Mr
Playboy bila melihat aku masih berdiri tegak dekat depan pintu.
“Kunci tak ada…semua
orang tak ada dekat rumah.” Keluhku.
“Tak ada kunci? Habis tu macam mana?”
“Entah!” jawabku
geram. Dah tak ada kunci tentulah tak
dapat masuk. Apa punya soalan da…
Mr Playboy mengerutkan kening memikirkan sesuatu. “Biasanya dekat luar ada letak kunci simpanan tak?”
Berkerut-kerut dahiku
memikirkan. Biasanya ada, Hah! Memang
ada, dekat bawah pasu tak silap aku.
Dulu Mak Jah memang ada buat simpanan dekat situ. Tapi itu dulu zaman
aku masih sekolah..sekarang ada lagi ke?…
“Biasanya ada…. Tapi tak pasti lah. Cuba kau tengok dekat pasu besar tu, mungkin
ada.”
Mr Playboy segera mengangkat pasu yang aku tunjuk, untuk melihat di bawahnya. Besar betul pasu tu, kalau aku sorang memang tak mampulah nak angkat. Alhamdulillah…ada pun kunci simpanan dekat situ. Mr Playboy mengambilnya dan menghulurkan padaku.
“Thanks…”
“Your welcome…lain kali bawak kunci siap-siap, senang. Nasib ada kunci ni, kalau tak terpaksa kau
tunggu dekat luar.” Bebelnya.
“Hmmm….” Jawabku malas. Aku betul-betul mengantuk, tak kuasa nak
dengar dia membebel. Tiba-tiba je nak caring.
Giler
ape!
“Dah pergi masuk. Kunci pintu ni. Hati-hati tinggal seorang!” pesan dia. Dia tersenyum memandangku. Dia menunggu aku masuk
untuk mengunci pintu terlebih dahulu.
Aku mengangguk. “Hmmm…Thanks again. Bye..” ucapku. Aku
segera masuk ke dalam rumah. Pintu aku
segera kunci. Aku terus berlari naik ke
atas bilik, sebaik saja kereta Mr playboy beredar. Aku berbaring, dan akhirnya aku tertidur
lena. Hmmm….zzzz.
Sedar-sedar saja, dah
dekat nak masuk asar. Cepat-cepat aku
bangun,mandi dan solat. Nasib sempat
lagi solat Zohor. Aku duduk berteleku
di sejadah. Bibirku mengukir senyuman
bila mengingati Mr Playboy. Seperti tak
percaya yang hari ni, aku menghabiskan masa dengan orang yang aku paling benci
sejak dulu lagi. Dan lebih pelik, hatiku
terasa lapang dan bahagia.
Hmmmm….adakah ini satu
petanda yang aku….. Tak mungkin! Mana mungkin aku akan
berbaik dengan dia kan. Dia tetap musuh! Tapi… Aku meletakkan tapak tangan
di dada. Strange!
********************************************
Terdengar bunyi ketukan
di pintu bilik. Hisyk sape pulak yang
kacau aku nak beradu ni? Malasnya nak bangun…..
Perlahan-lahan aku bangun dari katil dan membuka pintu….
“Adik,abang masuk
boleh?”
“Hmmm…”jawabku
malas. Selama ni masuk bilik main terjah
je, tiba-tiba hari ni bertanya pulak.
Mesti ada benda yang dia nak lah tu dari aku.
Aku meniarap diatas
katil semula, berbaring. Abang datang dan duduk disebelahku.
Diam.
“Hmmm…tadi ape cerita
dengan Tengku Afriel? Lain macam je..” soal abang tiba-tiba.
Kan betul aku cakap mesti
ada je yang abang nak dari aku. Hmm… lain
macam? Abang perasan ke aku benci sangat dengan Mr Playboy. Ketara ke?
“Apa yang lain macamnya?”
soalku berkias. Aku bangun dan duduk menghadap abang.
“Ye lah…korang nampak
macam mesra je. Macam pasangan kekasih
pun ada he he he.”
Lain yang dari aku fikirkan…Hah mesra? Giler apa,abang ni? Punyalah aku bermasam muka nampak Mr Playboy, dia boleh kata aku mesra-mesraan pulak!
“Ya Allah…apelah abang
ni! Tolong sikit ye. Ape mesra-mesra? Benci lagi adalah!”
“Benci? Tak Nampak
macam benci pun tadi? Dari jauh lagi
abang tengok, Mia siap lompat-lompat lagi main golf dengan dia. Tak perasan abang
dan papa yang ada dekat situ. Macam hanya
ada dunia adik dan Afriel je. Bukan
main mesra korang berdua. Tersengih je
sepanjang masa.”
“Mana adalah…tadi tu
orang happy pasal dah pandai main golf.
Tengku Afriel tu ajar je, bukan buat apa pun. Mengarut je abang ni.”
“Hmmmm… yelah, tak nak
mengaku. Diri sendirilah rugi.” Sindir abang.
“Dah cukup jangan nak
merepek. Adik takkan pernah sukakan
dia. Jangan nak buat gosip kat sini. Ianya mustahil untuk adik suka dia. I really
hate him.”
“Mula-mula bencilah lepas
tu sayang-sayang, dah biasa dah dengan drama macam ni.” Cebik abang. Naik pulak
darah aku mendengarnya.
“Stop it! Abang ni kenapa? Asyik mengarut je, tolong jangan nak buat
spekulasi boleh tak. Adik memang tak
suka dia lah.”
“Okay lah….marah pulak,
abang gurau je. Tapi kenapa adik benci
dia ye?”
“Sebab dia Mr Playboy.”
“Mr Playboy?” soal
abang pelik.
“Yea… Mr Playboy yang
adik cerita dekat abang dulu, ingat lagi tak?”
“Maknanya dialah lelaki empat tahun dulu, yang adik simbah dengan air
sirap tu? Tengku Afriel orangnya?” soal
abang tak percaya.
Aku mengangguk.
Abang tergelak kuat.
Berkerut dahi aku
memandang abang. Sepatutnya muka
terkejut kenapa abang gelak pulak. Aku menolak tubuh abang menyuruh dia
berhenti ketawa. Lama dia ketawa. Aku membaling bantal pada abang. Geram!
“Sorry…sorry, abang tak
boleh control. Cuma abang sukar nak percaya.
Tak sangka rupa-rupanya orang yang adik paling
benci tu Tengku Afriel. Patutlah masa kali
pertama jumpa dekat office dulu, korang masing –masing terkejut. Sebab tu lah muka adik nampak kelat je, bila papa kenalkan
korang berdua. Ada kisah silam rupanya.
Kuat jugak jodoh korang berdua ni ye. Ha
ha ha.”
“Jodoh? Jangan nak merepek
tau. Tak mungkin playboy macam dia tu jodoh
adik. Lelaki tu tak guna! Adik benci lelaki
yang suka mempermainkan perasaan perempuan macam dia. Abang nak ke adik dapat suami kaki perempuan tu?”
marahku pada Abang. Cakap jodoh pulak!
“Tak adalah abang doa macam
tu pun. Kalau boleh abang pun nak yang terbaik
untuk adik. Janganlah marah….”
“Tak marah pun, cuma tak
sukalah abang kaitkan adik dengan dia. Adik
benci dia!”
Abang menarik nafas sebelum bersuara. “Adik…tak baik benci orang. Berdosa tau. Allah tak suka bila hambanya membenci sesama manusia. Setiap hamba yang baik mestilah sabar, iman kenalah kuat untuk tahan dugaan. Adik abang ni kan bijak orangnya ,mesti pandai berfikir kan.”
Aku terdiam mendengar kata-kata
abang. Tak tahu nak balas apa.
“Tak baik bila kita membenci
sesama manusia. Jangan menilai
orang dari luaran saja, setiap tingkah laku kan boleh diubah. Siapa tahu
satu hari nanti dia dah tak jadi macam tu. Manusia kan boleh berubah. Kita ni
jangan pandai-pandai nak menilai seseorang tu, kita pun belum tentu baik lagi.”tambah abang menasihati aku.
Aku memandang abang. Hmmm... betul jugak nasihat abang tu. Aku ni macam baik pulak. Aku pun ada kekurangan jugak. Lagipun apa faedah yang dapat kalau aku benci dia kan? Mr playboy pun ada masanya baik juga dengan aku, cuma kadang-kadang je mulut dia tu terlebih puaka. Aku pun sama jugak!
“Hah! Berangan, dah sampai
mana dah tu?”
“Tak adalah. Balasku. “ Hmmm…abang rasa kalau adik berbaik dengan dia,
boleh ke? Macam pelik je?”
“ Tak pelik pun. Belum cuba belum tahu kan. Lagipun Tengku Afriel tu okay je. Abang pun selesa berkawan dengan dia. Cuma perangai
dia yang kaki perempuan tu jelah, yang lain tu okay. Kita pandai-pandai lah bila berkawan ni, kita ambil yang positif yang negatif tu ambil sebagai pengajaran. Kan ke bagus
tu. Lagi satu papa hantar adik kerja kat situ untuk
ape? Untuk adik belajar sesuatu kan. Jadi takkan adik nak musnahkan harapan papa tu,
disebabkan oleh rasa benci adik pada Afriel. Think positif sikit.”
“Tapi adik bencilah sikap
kaki perempuan dia tu. Dia fikir dia tu siapa?
Menyampah lah”
Abang tersenyum bila mendengar kata-kataku.
“Pedulilah, itu kan dah
perangai dia. Biar dia sendiri yang ubah.
Kita tak payah nak sibuk hal dia. Setahu abang, Afriel tu walaupun kaki perempuan
tapi bila melibatkan bisnes dia memang bagus. Dia tak pernah campur adukkan urusan
peribadi dengan bisnes. Dia profesional!
Tak rugi berkawan dengan dia. So adik ambil peluang ni, bekerjasama dengan dia.
Mana tahu, korang boleh jadi rakan bisnes
yang baik nanti.” Syarah abang panjang lebar.
“Tengoklah macam mana….”jawabku malas.
Abang mengeluh dia memandangku
“Adik nak tahu satu perkara tak?”
“Perkara apa?”
“Tadi papa dan abang betul-betul
rush kena jumpa client. Kami ingat nak suruh je adik balik naik teksi.
Tapi Afriel beriya-iya nak hantar adik balik.
Dia nampak risau sekali. Papa dan abang pun terkejut tengok riaksi dia.
Papa tak boleh nak cakap apa, bila Afriel
dah sungguh-sungguh nak hantar adik. Siap
berjanji akan jaga adik baik-baik lagi.”
“Hah! Bukan papa yang suruh
adik balik dengan dia ke?” soalku pelik. Mr Playboy tipu aku ke tadi tu. Tak guna!
Abang mengeleng. “Afriel
yang nak hantar sendiri, dia cadang nak bawak adik makan dekat rumah dia. Mulanya papa tak bagi, ye lah risau adik tu kan
perempuan, bahaya ikut lelaki. Tapi Afriel beriya-iya pujuk papa, entah macam mana
papa pun setuju. Tadi masa dia hantar adik
balik pun,dia siap mesej kami beritahu adik seorang diri dekat rumah. Dia risau.”
Aku terkejut macam tak percaya
dengan apa yang abang sampaikan. Aku diam memandang abang yang tersenyum penuh makna.
“Okaylah…tu je yang abang
boleh nasihatkan. Selebihnya terpulang dekat
adik sendiri. Abang keluar dulu, dah malam sangat ni. Good night
dear.” Pamit abang.
Aku memandang abang keluar
dari bilik. Aku mengeluh. Keliru. Kenapa Mr Playboy begitu baik dengan aku. Bukan dia pun benci aku ke? Atau tu hanya taktik dia saja. Argh!!! Aku berbaring semula merenung siling, pandanganku
kian malap.
4 comments:
Hai Ian...just curious sikit..ada tadi kata-kata 'I hate her always'..bukan sepatutnya 'him' ke coz refer kat Mr.Playboy kan?Unless itu kata-kata Mr.Playboy yang dia teringat..sori coz saya tak follow cite ni sebelum ni, itu yang tanya tu, hehe;-)
Thanks sebab bagi tahu....seronok sangat menaip sampai tak perasan. bila baca balik patutlah pelik je, sepatutnya perkataan tu tak ada. mulannya nak buat ayat lain. delete.punya delete smpai tak perasan ada yng tinggal...thanks bagitahu. kalau ada yang pelik lagi cakap ye...
mana ada pelik..biasalah typing error:-) kita paham..tu yang bagitau takut menimbulkan kekeliruan je, hehe..
ok, first sori sebab bebel kat sini lagi. yalah,nak emel tak tau..2nd, takziah dari saya untuk Ian.memang cerita kita sama walaupun tak 100% so saya amat2 paham apa yang Ian lalui.saya sempat jaga arwah beberapa bulan je sebelum dia pergi. apa2 pun saya doakn yang terbaik untuk Ian and really2 wish unt tgk cite ni ke versi cetak;-)
Post a Comment