topbella

Sunday, 30 November 2014

MEMORI CINTA KITA 28


SALAM semua pembaca, maaf sebab kelewatan entry ni.  Hope korang sudi singgah dan baca....tanpa korang saya takkan bernafas dan punya semangat untuk menulis...terima kasih...ian sayang korang!!!!!!!!!!

###########################################
BAB 28

“Pagi-pagi dah bersiap-siap cantik-cantik ni nak kemana?”tegur emak sebaik saja aku melintas ruang tamu nak ke pintu depan.

“Eh! Mak ni semalam kan adik dah cakap nak keluar dengan Abang Hafizul nak beli barang hantaran kahwin.  Mak lupa ye?” Hisyk mak ni semalam beria-ia membenarkan aku pergi.  Hari ni buat-buat lupa pulak.

“Tak kuasa aku nak mengingatkan kau nak keluar bila.  Tak ada kerja.  Ni keluar ni elok-elok jangan nak mengatal ke tempat lain pulak.”bebel emak. 

“Yelah. Orang pergi dulu mak.  Bye.” Aku melambai mak dari luar.  Laju aku menuju ke rumah Mak lang.  Abang Hafizul dah siap tunggu aku dalam kereta.

“Sorry…lambat.”sengihku.

“Tak apa.  Sayang dah sarapan?”soalnya prihatin.  Tambah 10 markah untuk jadi suami aku he he he.

“Abang ni macam tak tahu, mak tu kalau anaknya tak makan kat rumah selagi tu dia tak benarkan kita keluar.”

Abang Hafizul tergelak. “Tu tandanya mak sayang kita.  Bebel tu tanda sayang.”

“Yelah.” Ringkas je aku balas.  Malas nak panjangkan cerita.  Menantu kesayangan mak katakan..

Abang Hafizul mula memandu kereta. Hari ni kami berdua bercadang nak ke Kuala Lumpur.  Cadangnya nak beli belah sedikit barang hantaran kat Sogo.  Yelah dah tempah baju pengantin minggu lepas kan.  So..minggu ni beli barang hantaran pulak lah. Ikutkan hati aku, ingat nak beli dekat Seremban je.  Tapi Abang sayang aku ni sibuk sangat mengajak membeli di Sogo.  Aku layankan je, malas nak bising.  Ikut dialah nak beli kat mana pun.

“Senyap je, tak nak cakap apa-apa ke?”soal Abang Hafizul membuatkan aku tersentak.

“Hah? Abang tanya apa?”soalku balik.  Tu lah fikiran melayang kemana tadi. Bukan apa karang aku cakap lebih-lebih dia tazkirah aku lagi.  Baik aku diam je hari ni.

“Ni fikirkan siapa ni?  Lain macam je termenung?”

“Fikirkan abang…”selamba aku menjawab, kemudian pandang Abang Hafizul balik. “Eh tak, tak fikir apa pun.” Tepisku. Mulut ni main aci jawab je dia. Aku mengetuk kepalaku perlahan.

Abang Hafizul tergelak besar melihat kekalutan aku. “Adoi sayang ni, fikirkan abang rupanya ingatkan fikirkan siapa tadi.  Senangnya hati abang, cik adik sebelah ni ingatkan kita rupanya.  Patutlah selama ni asyik tersedak je bila minum.  Rupanya ada yang sebut-sebut dalam hati ba ha ha.”

Aku buat mata juling.  Perasan sungguh lelaki dekat sebelah ni.  Mulalah nak riak kan diri.

“Sayang..” panggil Abang Hafizul.

“Apa?” aku toleh melihatnya.

“I Love You…..”abang Hafizul kenyit mata pada aku.

Aku pandang depan menahan debar.  Malunya…tak sanggup nak pandang dia semula.

**************************************************

“Sayang nak beg jenama apa?” aku yang duduk berdiri sebelah dia pandang sambil telan air liur.
Jenama apa dia Tanya? Mak ai! Beg kat Sogo ni semua mahal-mahal.  Semua jenama ada kat dalam ni.  Aku mula lah serba salah nak memilih. Takut karang terover pulak membeli.  Bukan boleh percaya sangat aku ni. Tangan ni kalau dah ambil tak reti nak letak balik he he he.

“Abang pilihkan lah, sayang tak tahu nak pilih yang mana.”terangku.  Walaupun dalam hati dah niat nak beli jenama Burberry.  Dari tadi aku dah dok jeling-jeling kat rak display new arrival tu.  Tapi tak terlangkah kaki aku nak kesitu bila mengenangkan harga yang tertera di depan.

“Ermm sayang pilihlah mana abang tahu beg apa yang sayang suka.  Pilihlah.”suruh Abang Hafizul.

Aku dengan muka seposen laju aje memilih beg jenama Bonia yang harga ratus-ratus tu.  Aku sauk je terus.  Senang dan mengancam, sesuai untuk gaya gadis remaja macam aku.

Abang Hafizul buat tak kisah je, dia pun tak banyak tanya.  Kata dia, apa yang aku berkenan ambil je kalau nak, demi aku semua dia sanggup.  Pergh! Kalau aku tahu tadi nak je aku test pergi bahagian rak Burberry tu biar terjojol mata dia tengok aku.  Banyaklah dia punya sanggup.

“Kasut dah pilih?”soal Abang Hafizul lagi.

“Dah-dah. Ini hah!”tunjukku cepat.  Tadi masa Abang Hafizul tengah dok belek-belek beg untuk diri dia, aku sempatlah suruh sales girl tu pergi ambil saiz kasut untuk aku. Sempat jugaklah aku berposing dengan kasut sneakers ni tadi he he he.

“Sneakers?”soal Abang Hafizul muka macam tak percaya.

“Kenapa?”aku dah buat muka sedih, dia tak suka ke?

“Sayang…takkan nak letak dalam dulang kasut sneakers kot.  Tak pernah dibuat orang.  Dah-dah pergi pilih kasut perempuan sikit.”

Aku muncungkan mulut,“alah…ni pun perempuan pakai apa, bolehlah abang.”pujukku.  Aku dah berkenan dekat cik Gucci ni mana boleh letak balik.

“Dah jangan nak mengada, pergi pilih yang lain.  Kalau tunjuk dekat mak, mesti membebel orang tua tu.”tegas Abang Hafizul.

“Yelah.”aku terus letak balik kasut sneakers tadi.  Tak kesampaian hajat nak bersneakers sambil jalan-jalan sekeliling Bandar.

“Hah, kasut high heel macam ni barulah cantik.  Nampak perempuan sikit, ni pun tak tinggi sangat.”puji 
Abang Hafizul bila aku tunjuk kasut high heel warna hitam jenama Vincci.  Aku main aci amik je tadi, entah bila aku nak pakai aku pun tak tahu.

Aku duduk dekat satu sudut sementara tunggu Abang Hafizul membuat pembayaran dekat kaunter.  Tadi aku nak bayarkan barang hantaran untuk pihak lelaki, tapi dia reject cadangan aku.  Dia kata tak payah!  

Dia suruh aku simpan je duit tu buat belanja. Dia kata semua ni dah jadi tanggungjawab dia.  Aku tak dapat nak kata apa, nak gaduh-gaduh dekat dalam Sogo ni buat malu pulak nanti.  Redha dan pasrah je lah bila bakal suami dah cakap macam tu. Yang penting jimat lagi duit aku hu hu hu.

“Okay dah selesai bayar, jom sayang.”ajak Abang Hafizul,  Kami berdua beriringan berjalan menuju ke tempat parking.


“Awak saya dah tak larat nak jalan lagi ni, letih lah awak.” Rengek ku manja.  Nak tercabut rasanya kaki aku.  Tadi Abang Hafizul kata nak beli barang dekat Sogo je.  Tapi sekarang ni dah sampai KLCC pulak kami merayau.  Entah apa jenis barang dia nak cari pun aku tak tahu.

“Alah…jalan sikit dah sakit.  Sekejap je tak lama mana pun.” Jawapan Abang Hafizul betul-betul buat aku panas.  Aku dah lah rasa penat ni.

“Penatlah.”aku buat muka seposen.  Dah tak bermaya nak berjalan lagi, walhal baru je lepas makan dekat Chakri Palace tadi, nampak sangat lemah sebab kekenyangan

 “Penat sangat ke ni?” soalnya.  Aku pura-pura mengangguk lemah.

“Tak apelah, kalau macam tu sayang tunggu kat sini dulu.  Biarlah abang pergi beli barang tu seorang.  Sayang tunggu kat sini eak. Jangan pergi mana-mana taw.” laju Abang Hafizul meninggalkan aku sorang-sorang. Tak sempat aku nak halang dia pergi.  Hampas gas punya tunang, tak boleh pakai langsung sangup tinggalkan tunang dia yang cun ni dekat sini, kena ngorat orang nanti baru dia tau he he he.

Mataku mula melilau-lilau mencari bangku untuk duduk.  Hampeh! Semua penuh dengan orang. Hari minggu semua jenis kaum dan bangsa berkumpul dekat sini. KLCC ni dah macam pusat membeli belah antarabangsa habis semua jenis manusia luar negara duk shopping dalam ni. Sampai aku yang rakyat asal negara ni pun dah terasa macam melancong ke negara lain pulak.

Perlahan-lahan kakiku mengatur langkah.  Mataku mula terpandang satu stall kecil yang menjual rantai dan cincin silver.  Aku pun mula lah membelek-belek seutas rantai silver ni.  Ada bulan dan bintang kecil dekat tengah-tengah dia.  Cantik!

“Berapa harga rantai ni?”soalku pada budak jurujual tadi.

“RM 250 je kak. Kita siap tulis nama kat belakang ni sekali.”ujar budak jurujual tu.
Aku senyum nipis, air liur aku telan.  Mak ai! Mahalnya silver.  Tak padan dengan tak ada harga.  Kot boleh gadai balik pulak tu.  Tak jadilah aku nak beli. 

“Tak apelah dik, lain kalilah ye.” Aku serahkan balik rantai tadi.  Ikutkan hati memang mampu je aku nak beli.  Tapi rasa membazir pulak, lagipun tahu dek mak mesti dia kata aku ni sahabat dengan syaitan.  Beli barang mahal tanpa sebab yang perlu, kan ke namanya membazir. Sebelum kena sembur dengan ayat sebegitu baik aku lupakan hasrat murni aku yang satu tu.

Aku memerhati sekeliling kedai di dalam ni , dah lama jugak rasanya aku tak pergi sini. Dari jauh bulat mata aku tengok Abang Hafizul yang baru keluar dari I Setan.  Ada dua beg plastik dipikulnya,  hisykk tunang aku yang satu tu entah apa benda pulak dibelinya lagi.  Tak penat ke kaki dia jalan dari tadi?  Sejibik sama dengan perangai mak lang lah, kaki jalan!

“Lama sayang tunggu abang?”ceria suara Abang Hafizul, macam suka aku tunggu dia.

“Tak lah lama, ada dalam dua hari.”sindirku.  Dekat setengah jam aku duk pusing-pusing KLCC ni, sampai dah naik lenguh kaki tunggu dia.

Abang Hafizul tergelak kuat.  Aku mencebik.

“Dah habis shopping ke? Tak nak tambah apa-apa lagi?”sindirku sengaja.

“Ermmm rasanya memang ada nak beli lagi ni.   Sayang tolong pegang beg plastik ni, abang nak pergi sana dulu, kejap eak sayang.”

Tak sempat aku nak cakap apa-apa untuk yang sekian kali, abang Hafizul terus laju melangkah pergi tinggalkan aku.

‘Eiii!!! Geramnya dengan dia ni, nasib baik dekat pasar raya kalau tak memang aku cepuk kepala dia tadi.’omelku, aku memilih untuk duduk di bangku kayu yang disediakan untuk para pengunjung. Nasib ada kosong kalau tak memang aku nak jadi Hulk je kejap lagi.

Dalam kelelahan aku duduk menunggu di kerusi, bola mataku tertancap penuh pada satu sosok tubuh wanita yang baru keluar dari sebuah kedai emas. Terhenti jantungku seketika.  Dia juga turut sama memandang ke arah aku.

 Fitriah.

Aku tersenyum lebar, cepat-cepat aku bangun dari duduk.  Aku terus mendekati dia.

“ Fitt!  tak sangka aku dapat jumpa kau dekat sini.  Kau apa khabar?”tegurku ramah.  Rindu aku pada sahabatku yang satu ni.   Rasa ingin saja memeluknya sekarang.

Fitriah Nampak beku wajahnya memandang aku.  Dingin. “Aku pun tak sangka boleh nak jumpa kau dekat sini. Kalau aku tahu aku tak datang sini.  Nampak sangat yang Malaysia ni kecil je kan?” sinis Fitriah membalas.

Aku tersentak mendengar balasannya yang dingin.   Aku yakin Fitriah masih marah dengan aku pasal perkara yang lepas. Nafasku hela mencari kekuatan untuk bercakap dengannya.

“Fitt,  kau masih marah lagi dengan aku?  Aku rindukan kau, aku telefon tapi kau tak angkat. Kau dah lupakan aku ke? “

Fitriah mendengus perlahan,“Sudahlah Tizz aku tak minat langsung nak dengar ayat rindu kau tu.  Bagi aku hubungan kita sebagai kawan dah putus.  Tak payahlah kau selalu nak call aku, lagipun aku tak sudi pun nak ambil tahu pasal kau.  Baik kau lupakan saja cerita sahabat bodoh kita yang dulu tu.”

“Fitt tak baik cakap macam tu, aku tau yang kau tak maksudkan semua tu kan?” Tak mungkin Fitriah yang bercakap. Aku yakin rasa marah yang membuatkan dia sebegitu

Fitriah mendengus perlahan, “Kenapa tak percaya?  Bukan dari hari tu lagi ke aku dah cakap yang kita berdua bukan lagi sesiapa.  Kau dan aku adalah musuh! Titik dan noktah.  Aku takkan pernah lupakan apa yang terjadi antara kau dan Adam.”

“Tapi Fitt aku dengan Adam tak ada hubungan apa pun.  Aku pun dah nak kahwin dengan Abang Hafizul pun.  Kami berdua tak bercinta pun Fitt.”

Fitriah mendengus kuat. “Tapi Adam tu tetap cintakan kau.  Dia takkan pernah lupakan kau walaupun kau kahwin dengan orang lain sekalipun.  Disebabkan kau dia juga takkan kahwin dengan aku atau sesiapa pun.  

Sebab dia tak boleh nak padamkan kau dari ingatan dia.  Kau lah punca dan penyebab semua tu.”
Aku agak terkejut mendengar kata-kata Fitriah.  “Fitt.”

“Aku sakit hati bila dengar semua tu.  Aku benci kau Tizz.  Walaupun kau akan kahwin dengan orang lain sekalipun,aku tetap benci kan kau. Sebab aku tau yang kau memang cintakan Adam.  Kau kahwin pun sebab nak jauhkan diri dari dia kan.  Kononnya nak tunjukkan dekat aku yang kau tu tak ada hati dengan Adam.  Jangan nak tipu aku lah.  Aku yakin hati kau tu masih untuk Adam sekarang ni.”

Aku diam. Terkejut mendengar tuduhan Fitriah.

“Apa yang kau cakapkan ni Fitt?  Lagipun selama ni kau sendiri pun tau yang aku memang dengan Abang Hafizul.  Jadi macam mana kau boleh tuduh aku macam tu. Aku dengan Adam memang tak ada hubungan apa-apa pun selama ni.  Tolonglah percaya.”rayuku.

Aku menahan sebak, segala cakapnya umpama belati yang menghiris hati. Pedihnya sangat terasa kerana diucapkan oleh sahabat sendiri.

“Fitriah tolonglah fikir secara rasional, aku tak pernah fikir dan takkan pernah nak rampas Adam dari kau.  Aku masih waras lagi.”

Fitriah ketawa sinis, “Kau ingat aku akan percaya.  Macam lah selama ni aku tak tau yang kau memang selalu keluar dengan Adam.  Ramailah kawan-kawan aku nampak kau keluar berdua dengan dia.  Bukan sekali lah Tizz, banyak kali kan kau keluar dengan dia?  Dan aku pasti kau yang goda dia. Kau memang sengaja kan!”

Aku meraup muka dengan tangan. Tak guna menerangkan segalanya, minda Fitriah sudah dipenuhi dengan segala keburukan aku yang difikirnya.

Aku menarik nafas perlahan “Fitt aku minta maaf, kalau aku dah sakiti kau selama ni.  Ya memang aku pernah keluar dengan Adam tapi hanya sebagai kawan.  Hubungan kami tak lebih dari itu pun.  Aku tak pernah goda Adam sedikit pun.  Bukan salah aku kalau Adam jatuh cinta dengan aku. Itu perasaan dia, aku tak boleh nak halang.   Tapi yang aku tau, aku takkan terima dia sebab aku bukan perampas kekasih kawan baik aku.”air mata yang ditahan mengalir keluar.

“So?  Aku kena percaya cakap kau?”soal Fitriah sinis

Aku meraih tangan Fitriah, “Aku minta maaf, tapi percayalah aku tak terima langsung cinta Adam. Kami berdua tak pernah ada hubungan langsung pun selama ni.  Aku takkan sesekali khianati kau pasal lelaki.  Aku bukan kawan yang sanggup buat kawan dia macam tu.”tegasku.
Fitriah menarik tangannya kasar dari genggamanku

“Entahlah, hati aku ni dah sakit untuk percaya.  Cukuplah, tak payah kau nak terangkan lagi.  Simpan saja air mata kau tu.  Akal aku ni dah tak boleh nak cerna segala yang kau cakap.  Bagi aku, kau lah penyebab rosaknya  hubungan aku dengan Adam. Dan aku akan sampai mati perkara tu.”

“Fitt.”lemah suaraku.  Terasa gelap.

Fitriah dingin memandangku. “ Dalam hidup aku ni ada satu perkara yang aku sesalkan sebab kau.”tajam mata Fitriah melihatku.

“Maksud kau?”

“Aku sesal sebab pernah kenal kau dan jadi kawan kau.  Sepatutnya kau tu tak memang tak layak nak jadi kawan aku, taraf kau yang rendah memang tak setaraf dengan aku.  Entah apa lah yang aku fikir sampai boleh jadikan kau tu kawan baik aku.  Aku memang dah hilang akal agaknya masa tu.”

“Fitt.”aku seperti tak percaya mendengar cakapnya.  Begitu benci sekali dia pada aku.  Fitriah memalingkan muka ke tepi.  Dia mendengus geram.

“Hey Fitt,  lambatnya kau.”  tegur seorang gadis bertubuh kecil yang tiba-tiba muncul.

“Nana.”panggil Fitriah mesra.  Dia senyum lebar memandang gadis itu

 “Siapa ni beb?.”soal gadis tu sedikit jengkel memandangku. Matanya tajam memandang kea rah aku.
Fitriah tersenyum sinis padaku,“Tizz Alisya, perempuan yang aku pernah ceritakan dulu”

“Tizz Alisya?”berkerut-kerut dahi gadis tu mendengar namaku.  Dia seperti memikirkan sesuatu.

 “Oh…you mean Tizz Alisya yang rampas Adam dari you tu? Yang sekarang tengah tunang dengan lelaki lain.  Perempuan kampong macam ni pun ramai lelaki nak?  Sungguh tak ada kelas!”ejek gadis tadi.  Selamba saja dia mengutuk dan memperlekehkaan aku.

“Ya, perempuan kampong ni lah yang merosakkan hubungan aku dengan Adam.”macam tak percaya diriku bila mendengar Fitriah menyokong cakap gadis ini.

“Memang dasar gadis kampong tak tahu malu, macam manalah kau boleh berkawan dengan dia ni dulu.  Memang tak ada standard langsung lah kan.”

“Excuse me….bila masa aku jadi kawan dia?  Lagipun perempuan kampong macam ni memang bukan taraf aku nak berkawan dengan dia.”mereka berdua ketawa sinis memandangku.

Aku terdiam.  Sebak dan sedih mendengar kata-kata mereka berdua. Tak terluah kata-kata untuk aku balas.  Rasa pedih menusuk hatiku.

“Jom lah kita pergi dari sini Nana, aku dah rasa meluat tengok muka dia.” Ujar Fitriah.    Fitriah dan Nana merempuhku. Aku terdorong ke belakang.  Mereka berdua berlalu meninggalkan aku dengan senyuman sinis.

Aku menangis lemah.  Mataku pedih, hatiku jadi sakit melihat sahabatku yang dah berubah kerana disebabkan aku.  Air mata mula mengalir laju.  Aku terduduk lemah di lantai.

“Sayang, sorry abang lambat.  Sayang kenapa ni?”tegur Abang Hafizul yang baru muncul di sebelahku.  Wajahnya tampak risau melihat aku yang terduduk di lantai.

Aku mengesat air mata. “Tak ada apa, mata masuk habuk.  Abang, jom kita balik, Tizz rasa pening pulak.”ajakku.

“ Tizz sakit ke ni? Larat jalan ke tak?  Kita pergi klinik nak?”bertalu-talu soalan yang keluar dari mulutnya.

“Tak payah lah abang, kejap lagi eloklah ni. Kita balik rumah lah ye.”

“Betul ke ni? Risau pulak abang.” Aku mengangguk lemah.  Abang Hafizul cuba memapahku ke kereta. Aku menolaknya, aku boleh berjalan sendiri.   Dalam perjalanan balik aku banyak mendiamkan diri.  Fikiranku bercelaru dan kacau mengenangkan perkara yang terjadi tadi.  Hebat dugaan untukku hari ini.

7 comments:

abby sha said...

mne adam pergi ye..

Ian asynata said...

insyallah nt menyusul lah citer pasal adam tu...rindu adam ke??huhuhu...

NorAlia Liyana said...

Kadang kadang kn bila bce citer mcm ni mmg readers akn sokong adam dgn tizz sbbnya tizz ni heroin tp cuba klau heroin citer ni fitriah mesti readers gila benci tahap giga dgn tizz ni shb fikir tizz ni perampas but sy as readers citer yg heroinnya tizz ni mmg nk tizz dgn adam. Buatla citer tragik skit abg hafizul tu eksiden ke apa ke then adam muncul jd pengganti. Maaf maaf jgn menyampah plak dgn komen ni

Ian asynata said...

Terima kasih atas nasihat Dan komen tu...insyallah akan cuba perbaiki lagi jalan cerita.....citer ni msih permulaan lg....ian akan cuba buat lain dri yg lain nnti.... Ian hrap readers smua x bosan dgn cter ian nnti...thanks for comment

Denni Purwaningsih said...

nak next please

-|eFa- said...

Alamak....mn n3 ni...pls...pls....next n3....

Yas Liana said...

Setia menanti n3 ihymp, suka sangat crita nii....im in love hehehe...

Post a Comment

About Me

Ian asynata
"Ceriakanlah hari ini dengan tawa dan riang, siapa tahu yang esok kita akan bersedih...life is complicated..."
View my complete profile