topbella

Sunday, 17 November 2013

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 1



 BAB 1….

Tepat  jam pukul 12 tengahari , aku sampai ke rumah kawan sekolahku yang akan berkahwin hari ni. Perjalanan hanya memakan masa 30 minit dari rumahku ke rumahnya.  Ikutkan hati memang rasa malas nak keluar pada hari ahad ni.  Mana taknya,  masa macam ni baik tidur sambil baring-baring kat depan tv kan.   Tapi bila mengenangkan kawan lama yang sanggup datang sendiri menjemput, siap bawak kad ke rumah.   Membuatkan aku tak sampai pulak hati ni.  Redha je.  Nasib makan free hari ni. Jimat duit! He he he.

Aku berjalan masuk ke perkarangan rumah. Memang sesak. Maklumlah kawan aku ni anak Dato. Tentulah ramai tetamu VIP yang datang. Tapi peliklah kenapa nak buat kat rumah, cuba buat  dekat dewan atau hotel kan senang. Tak payah nak bersesak.  Selesa, sejuk sebab ada air cond.  Ni tak sesak je.  Panas pulak tu.  Hisyk  rimas aku kalau ramai-ramai macam ni.

Khemah makan yang berada diluar penuh dengan orang yang sedang makan.   Sempat juga aku bersalaman dengan kedua orang tua kawanku tadi di pintu masuk.  Aku cuma sekadar melemparkan senyuman kepada rakanku yang sedang duduk di kerusi pelamin.  Wajahnya kelihatan berseri-seri ditambah pulak dengan baju songket biru yang dikenakan memang sesuai dengan kulitnya.

Aku tidak mahu berlama lagi. Aku segera menuju ke khemah makan yang disediakan.  Lebih baik makan, cepat sikit aku balik nanti.  Segera aku mengambil pinggan di tepi meja.  Aku mencedok sedikit nasi minyak, ayam sambal dan rendang daging.   Penuh satu pinggan he he he…    Setelah selesai mengambil lauk, aku segera mencari lokasi untuk duduk.

Aku duduk di sebelah seorang lelaki yang sedang makan di situ. Sempat aku melemparkan sedikit senyuman kepadanya.   Ceh! Dia tak senyum balik pun.   Sombong betul mamat ni.  Sabar je lah!  Aku terus mengunyah makanan tanpa mempedulikan sesiapa pun.  Fuhhh! Sedapnya lauk hari ni. Kenyang  betul perut!

“Wei  Afriel kat sini kau rupanya.  Tadi kata malas nak pergi?” sapa seorang lelaki yang tiba-tiba muncul kepada mamat sebelahku tadi. Sempat dia senyum padaku sebelum duduk menghadap lelaki tadi.

“Tiba-tiba rasa lapar pulak. Tu yang aku singgah tu.” Balas mamat disebelahku.  Aku tidak mempedulikan perbualan dua lelaki ini. Mulutku terus laju mengunyah makanan.

“Sayang!!! Kenapa datang sini tak ajak!” jerit seorang gadis cantik persis model berambut perang.  Hampir tercampak peha ayam yang baru nak digigit. Terkejut aku dengan suara nyaring perempuan tu tadi. Tak ada sivik langsung, tak tahu majlis rumah orang ke!

Aku tidak mempedulikan mereka.   Lagi laju aku menyudahkan makanan yang berbaki.   Telinga ku sempat mendengar perbualan mereka.  Yelah duduk sebelah je!  Volume tu bukan perlahan mana pun.

“Buat apa nak ajak you. Buat semak mata I je. Lagipun i datang dengan girlfriend I.” Jawab lelaki tadi.
Fuhh! Ambil kau perempuan pedas ayat dia.  Nampak sangat yang kau saja terhegeh-hegeh kat dia. Kesian!
Eh siapalah girlfriend mamat sebelah aku ni. Mesti  lebih cantik dari perempuan rambut perang ni.  Entah-entah macam model  jugak kot!  Mamat sebelah aku ni boleh tahan jugak handsome orangnya. Pendek kata macam muka  Aaron Aziz pelakon filem terkenal tu.  Hisy apesal aku puji dia pulak ni..


Aku  tersenyum nipis sambil menuang air dari kendi yang disediakan untuk mencuci tangan.   Aku mengangkat sedikit muka memandang mereka.  Eh wait! Kenapa semua pandang aku ni? Why? Ada cili ke kat muka aku?  Selendang aku kotor ke? Hisyk kenapa ni. Aku memandang pelik.
Lelaki sebelahku tadi sibuk mengunyah makanannya, langsung tidak menoleh padaku. 

“Jadi you lah rupa-rupanya girlfriend Afriel selama ni?” tunjuk perempuan rambut perang tadi. Mukanya merah menahan marah.

Ternganga mulut aku.

Aku memusingkan kepala ke belakang kot-kotlah dia bercakap dengan orang belakang ke apa.   Eh tak ada! Dia tuju kat aku ke?

Aku terpinga-pinga.

“Maya behave yourself.  Sini majlis orang.  Tak malu ke jerit macam tu.” Marah lelaki sebelah aku tadi. Dia mengambil kendi air dihadapanku dan mencuci tangannya pulak.

Perempuan rambut perang yang dipanggil Maya itu memasamkan muka.  Dia merenung tajam wajahku. Rasa macam nak kena telan singa betina pun ada.  

Aku menelan air liur memandang wajahnya.   Tapi ni apa cerita ni kenapa si perempuan rambut perang aka Maya ni tiba-tiba nak serang aku ni.  Merepek je siap mention aku ni girlfriend mamat sebelah ni. Giler ape!

“Sayang sampai hati you.   Apa kurangnya I ni.   Perempuan macam ni you boleh jadikan girlfriend? You dah hilang akal ke!” jerit Maya perlahan. 

Lah dah kenapa pulak mereka berdua ni.  Sinetron apa!

“You tak ada hak nak sibuk urusan hidup I.  Lagipun suka hati I lah nak pilih siapa jadi girlfriend i. Dan I cintakan perempuan ni.   Puas hati.”  Jawab lelaki tadi.  Dia menoleh padaku.  Matanya redup merenung mata ku.

Aku terkedu dengan jawapannya. Aku kaku.

“No, tak mungkin you cintakan dia. Dia bukan taste you. You tipu kan?” soal Maya. Dia masih tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan.

“Dahlah, I malas nak layan you. Terpulanglah you nak percaya ke tidak.  Jom sayang kita pergi.” Lelaki tadi  segera menarik tangan aku.  Dia mengenggam dengan kemas. Aku mengikutnya seperti anak kecil. Sempat aku  memandang  kebelakang sekejap melihat wajah Maya yang membahang kemerahan memerhati aku yang laju mengikut langkah lelaki itu.

Aku terpinga-pinga sebentar. Isykk drama apa pulak ni. Tak boleh jadi ni!

“Eh apa hal ni… sakitlah.  Kau ni kenapa tarik aku ni, gila ke ape?” Marah aku. Segera aku menarik kembali tanganku tadi. Dahlah bukan mahram suka hati je nak pegang.

 Lelaki tadi merenungku. Dia tersenyum nipis sambil membetulkan rambutnya yang berjurai di dahi. Konon bajet handsome lah  tu.

“Aku selamatkan kau tadi.  Sepatutnya kau berterima kasih kat aku.” Jawab lelaki tu selamba. Langsung tak rasa bersalah.  Dia ingat aku ni layang-layang apa, main tarik-tarik. Eh kenapa dia kata dia selamatkan aku?

“Wait! Kenapa kau perlu selamatkan aku pulak? Rasanya tak ada apa pun yang bahaya tadi?” soal ku pelik. Dahlah tak kenal tiba-tiba dia kata dia selamatkan aku pulak. Musykil ni!

“Kau tak nampak perempuan gila tu tadi?” tunjuk lelaki itu pada perempuan berambut perang aka Maya tadi  yang masih memandang kami berdua dari jauh.  Perghh! Tajam betul mata dia siot!

“Hah kenapa dengan dia?” tanyaku  lagi.
“Dia tu psycho..Karang kalau aku tak bawa kau lari dari situ alamat kau mandi air siraplah kejap lagi.”

“Kenapa pula dia nak marah aku.   Aku kenal dia pun tidak.” Jawabku lurus. Memang psycho betul perempuan tu kalau dia tiba-tiba siram aku dengan air sirap. Haisy!

“Lah memanglah kau tak kenal.   Tapi sekarang dia dah kenal kau sebagai girlfriend aku so habislah kau nanti.”  Ujar lelaki itu.

Terkejut aku. Terkebil-kebil sekejap. Aku memandang lelaki dihadapan ku ini kembali.

“Yang kau pandai-pandai kata aku ni girlfriend kau ape hal! Tak pasal-pasal aku dapat musuh hari ni!” geram aku.  Hampeh punya mamat suka hati perut dia je mengaku aku ni awek dia.  Nasib perempuan tadi tak belasah aku. Bala!

“Suka hati mulut akulah nak  cakap apa. Yang pasti apa yang aku cakap tadi semuanya betul. Lagipun aku rasa mesti kau bangga kan dapat jadi girlfriend aku.” Ujarnya selamba.

“Apa kata hari ni aku bagi  kau peluang jadi girlfriend aku sehari.  Kita boleh keluar jalan-jalan. Ok tak?” tambahnya lagi.

Terngaga aku mendengar statement maut mamat tu.

Panas telinga aku. Pantang betul aku kalau ada yang buat onar dengan aku.  Terutama lelaki yang bermuka playboy macam dia ni. Siap kau mamat playboy kau belum kenal siapa Mia Qaisara.

Aku terus mencapai segelas air di meja yang berhampiran dan terus menyimbah kemukanya.  Rasakan! Bukan aku yang kena simbah air sirap tapi kau yang kena simbah jawabnya.
Tergamam dia.  Semua orang yang berada di khemah memandang ke arah kami. Aku meletakkan gelas kembali diatas meja.

Aku berjalan dekat ke arahnya sambil tersenyum sinis.   Aku menarik kolar bajunya rapat ke mukaku dan berbisik di telinganya
Well Mr Playboy macam mana rasa air tu? Manis?” soalku sinis padanya

“Kau….kau memang cari nahas kan.” Dia memandang tajam sambil jari telujuknya lurus kearah ku.

Aku segera memotong cakapnya.

Yes  I am.  Kenapa terkejut.  Hello! Kau ingat aku ni apa suka hati kau je nak cakap sesuka hati. Memang patut pun kau kena macam ni.  Kurang ajar!” Aku melepaskan kolar bajunya.

Aku segera meninggalkan mamat tadi.  Suasana yang sepatutnya bising dengan kemeriahan majlis Perkahwinan bertukar menjadi senyap.   Rata-rata semua tetamu masih tergamam dengan kejadian yang mengejutkan tadi.  Gaya macam aku sedang buat lakonan dekat situ.  

Cepat-cepat aku meninggalkan majlis itu.   Lantaklah apa orang nak kata.  Yang penting aku kena pertahan kan maruah seorang perempuan. 

Malam tu aku terus menelefon kawanku tadi meminta maaf akan kelakuan kurang sopanku di majlisnya.   Sempat juga aku ceritakan perkara sebenar.  Nasiblah kawan aku faham. Siap dia kata hebatlah aku dapat tundukkan playboy tegar tu.

Perghhh! Kawan aku kenal ke mamat tu.   Siap kata dia playboy tegar lagi.   Nasiblah! siapa suruh cari pasal dengan aku.   Tak pasal-pasal kau dapat malu hari ni.    Tapi yang pasti aku takkan jumpa dia lagi. Akan aku blacklist wajah dia dari senarai kehidupan aku.   Geram!  I hate you  MR P.L.A.Y.B.O.Y!!!!

2 comments:

Miss Imaginative said...

Permulaan yg bagus..
http://justsonimagination.blogspot.com/#

ada said...

Best..

Post a Comment

About Me

Ian asynata
"Ceriakanlah hari ini dengan tawa dan riang, siapa tahu yang esok kita akan bersedih...life is complicated..."
View my complete profile