topbella

Wednesday, 11 December 2013

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 11


BAB 11

“MIA!  Kenapa dari tadi diam je.  Penat sangat ke kerja hari ni?” soal papa ketika sedang makan malam.

Pertanyaan papa membuatkan aku tersentak.  Aku memandang ke arah papa yang sedang makan.

“Papa tanya apa? Mia tak dengar lah.” Jawabku lemah.  Rasa penat balik dari kerja tadi masih belum hilang. Ditambah lagi keserabutan memikirkan Mr Playboy.

“Tak, papa tanya penat sangat ke bekerja hari ni.  Papa tengok Mia diam je dari tadi.  Takkan hari pertama, dah banyak kerja kat office tu? Mia penat sangat ke?” soal papa prihatin. 

Aku memandang papa kemudian mengeluh.  Mengeluh bukan kerana penat dek kerja tapi pusing memikirkan si Playboy.

“Hmm..tak ada kerja pun hari ni.  Mia cuma semak-semak fail je.  Lepas tu tengok proposal-proposal projek yang lepas.  Itu je.  Bosan!”

Papa ketawa melihat muka cemberutku. “Oooo…bosan.  Itu yang buat anak papa penat hari ni yek?

“Papa ni….”rengekku.  Papa tergelak lagi.

“Anak papa ni… Dah besar panjang pun perangai masih macam budak-budak lagi. Sepatutnya hari pertama bekerja kita kena bersemangat ini tak bosan pulak.”

“Alah… Mia bosan pasal tak ada kerja lah papa.  Bukan merunggut pasal banyak kerja.”

“Samalah tu.  Mula-mula merunggut pasal tak ada kerja, esok lusa mengeluh pasal banyak kerja pulak. Sikap macam tu tak patut ada pada seorang ahli perniagaan.  Lebih-lebih lagi pada anak papa.   Papa kalau boleh, nak anak-anak papa semua belajar dan berdikari sendiri.  Jangan reti nak minta itu minta ini saja.”

Adoi papa dah mula buat ceramah pulak.  Hmmm….menyesal buka cerita bosan tadi. Tak pasal-pasal dapat motivasi free hari ni.  Aku tersengih.

“Mia dengar tak apa yang papa cakap tadi? Tengok boleh tersenyum pulak bila kita bercakap.  Mulalah berangan tu!”

Aku ketawa mendengar bebelan papa.  Kalah perempuan membebel!

“Dengar… Papa jangan risaulah.  Mia seronok je kerja dekat situ, Mia takkan kecewakan papa.   Papa tengok je lah nanti macam mana puteri papa ni buat kerja.  Mesti kagumlah semua orang.” Ujarku. Puji diri sikit. Huh!

Papa menarik nafas lega. Agaknya senang hati mendengar jawapan aku. “Baguslah kalau Mia 
ada semangat macam tu.  Tapi janganlah terlalu over confident, takut nanti satu pun tak jalan.   Papa tak nak dengar sebarang masalah pun.   Sebagai ketua dan anak pemegang saham, papa harap Mia dapat menjaga nama baik syarikat.  Jangan cari musuh pulak dekat pejabat tu.”

Musuh? Eh lain macam je ayat papa.  Macam tahu-tahu je aku ada masalah kerja dekat situ.

“Isykkk…takkanlah Mia nak cari musuh pulak.  Mia kan comel dan baik.  Kemana Mia pergi semua disayang.  Mia kan anak papa.” Gelakku.  Harap papa tidak mengesyaki sesuatu.

“Baiklah papa percaya anak papa ni.  Tapi ingat….jangan cari masalah dekat situ.  Kalau tak tahu apa-apa pasal kerja boleh rujuk dengan Afriel.  Afriel tu banyak pengalaman.  Papa suka kalau Mia rapat dengan dia.  Banyak yang Mia boleh belajar.”

Ape!! Rapat dengan Afriel? Eiiiiiiii….meremang bulu roma aku.  Hai laa…papa tolonglah jangan seksa jiwa anak mu.

“Tak nak lah papa.  Mia okay je buat kerja sendiri.  Deparment Mia tu, ramai staff yang boleh tolong.  Diorang semua baik-baik dan senang nak bekerjasama.  Lagipun… Tengku 
Afriel tu mesti busy, dia kan CEO mesti banyak kerja.  Tak naklah ganggu dia. ”  tolakku lembut.  Janganlah papa paksa aku.  Memang aku bom bangunan Crystal Sdn Bhd tu nanti!

“Lah…papa tahulah staff-staff kat situ ramai yang boleh tolong.  Papa pun yakin dengan kemampuan anak papa ni.    Cuma papa nak Mia tambah pengetahuan lagi tentang pengurusan syarikat.   Lagipun Afriel tu baik orangnya.  Banyak yang Mia boleh dapat dari seorang yang berpengalaman macam dia.  Mia cubalah belajar dari dia, tengok bagaimana dia uruskan syarikat.   Papa yakin, Mia mesti akan kagum dengan dia.”

NO!!!! Big NO!  tak mungkin aku akan merendah diri nak belajar dari musuh utama aku.  Hisykk papa ni tak ada orang lain ke nak suggest kat aku.  Si Mr Playboy tu jugak yang dikagumkan.  Entah apa hebat sangat dia tu.  Papa bagai nak rak puji dia.  Eiiiii!!!geram.

Aku mengangguk terpaksa.  Malas nak berbahas dengan papa.  Lagi banyak aku bagi alasan, 
lagi berjela-jela lah hujah yang keluar dari mulut papa.  Mesti aku kalah.

“Papa Abang mana? Lambat dia balik hari ni.” Aku cuba mengubah topik.  Tak tahan telinga mendengar pujian untuk Mr Playboy.  Karang tertanggal pulak cuping ni.

“Owh, abang kamu kat pejabat lagi lah tu.  Maklumlah Rayyan Holding baru je dapat projek besar dari Kementerian Pelancongan, jadi  abang kamu sibuklah nak buat kertas kerja untuk pembentangan minggu depan.  Kejap lagi baliklah tu. Tak payah tunggulah.”

Aku mengangguk.  Kesian abang buat kerja sampai lewat malam.  Kenapalah papa tak bagi aku kerja kat Rayyan Holding.  Kalau tak mesti aku takkan terjumpa Mr Playboy yang tak guna tu.  Mesti bahagia hidup aku. Hmmm…..


******************************************

Aku merebahkan badan diatas katil, terasa penat tubuh ini.  Kedua-dua tangan aku letakkan dibawah kepala.  Mataku terpaku merenung siling di atas.  Fikiranku melayang-layang.  Alangkah indahnya kalau dapat berbaring di bawah langit sambil mengira bintang.  Pasti hati akan lapang, walaupun pasti bintang takkan terkira. 

Aku tersenyum sendiri bila terfikirkan bintang.  Ingatanku mula terimbas pada Charles.  
Bersamanya ada saja cerita yang akan dikongsikan dengan aku.  Apa saja yang dilihatnya pasti akan ada maksud atau cerita disebaliknya.   Kami berdua sering saja melakukan aktiviti riadah bersama.  Aku rindukan saat-saat itu.    Kalaulah masa boleh diputarkan semula.   
Mesti hidup aku akan ceria dengan telatah nakal dari Charles. Hmm indahnya….  Aku memejamkan mata mula teringat kenangan bersama sahabat baikku yang satu itu.

“Princess cuba you tengok bintang tu.” Aku meletakkan pen.  Kemudian mendongak, memandang bintang di langit. Mataku terpaku. Subahanallah…. sungguh indah ciptaanmu.

Charles bersuara lagi,“Cantik kan Mia.  Cahayanya betul-betul bersinar.  Bulan dan bintang tak dapat dipisahkan.  Mereka tetap bersama.  Bagusnya kalau kita jadi bintang dan bulan kan.”  Aku menoleh melihat Charles yang masih mendongak ke langit.

Aku tersenyum.  Charles kalau tak jiwang memang tak sah! 

“Hmm…kalau kita dua jadi bintang susahlah.  I tak nak jadi bintang atau bulan.” Balasku serius.

Charles menoleh padaku.  Berkerut dahi dia memandangku. “Kenapa? Semua orang nak jadi macam bintang.  Kenapa you tak nak?” Soalnya bersungguh-sungguh.

Aku menarik nafas perlahan.

“Sebab… kalau kita dua dah jadi bintang, siapa pula nak siapkan assignment ni? I tak nak fail final exam ni ha ha ha.” Aku ketawa kuat.  Suka dapat mengenakan dia.

Charles mengambil buku dan membaling perlahan pada lengan aku. “Awwww! Sakit taw.” Aku mengosok lenganku yang terkena buku.

Naughty girl… Padan muka! suka sangat kenakan orang.” Charles memandang aku kemudian kami sama-sama ketawa.

Aku mencapai pen dan kembali menyiapkan assignment yang masih berbaki sedikit lagi. 

“Mia….”panggil Charles.

“Hm….Ape?” jawabku malas. Langsung tidak menoleh padanya.

“Jom nyanyi…”

“Hah!” Cepat-cepat aku menoleh pada Charles.  Dah kenapa pulak mamat Vietnam ni.  Malam-malam nak menyanyi pulak.  Stress ke!

“You dah kenapa?  Tak pernah-pernah nak nyanyi, tiba-tiba je ni.  Baik you cakap, you makan pil apa tadi?” soalku cemas. Takut kalau-kalau Charles mengambil pil-pil yang mengundang bahaya. 

"Hisykkk…you ni merepek je, I tak ambil pil-pil haram tu semua.  I nak nyanyi pun salah you ni.   Jom lah nyanyi….please”pujuknya.  Aku menarik nafas lega dan memandang semula pada Charles.

“Nyanyi sendiri, tak kuasa I nak menyumbangkan suara I ni.  I banyak kerja ni okay.”
Aku kembali menyambung kerja yang tergendala tadi. Tak kuasa nak melayan orang yang tengah mood beromantika ni. Ada je benda pelik nak dibuatnya malam-malam ni.

“I nak nyanyi ni… betul you tak nak join?” Soalnya lagi.

“Nyanyi je lah!” balasku geram.  Aku terus tunduk dan membuka beberapa buku rujukan.  Namun dari ekor mata, aku mencuri-curi pandang ke arah Charles.

Charles bangun dari tempat duduk, dia kemudian memanjat kerusi dan terus berdiri.  Aku mendongak melihat dia. Pelik? Dia nak nyanyi lagu apa ni.

Aku menanti sabar melihat Charles yang baru nak membuka mulut, “Twinkle little star, how I wonder what you are” garau je bunyi suara dia.    

Hampir nak tersembur ketawa aku.  Charles boleh nyanyi lagu tadika ni.  Ya Allah…siap buat gaya lagi.  Memang tadika made in Malaysia dia ni!

Aku ketawa mengekek sampai keluar air mata.  Kelakar sangat melihat dia mengayakan 
aksi-aksi tariannya.   Comel!

“Up above the world so high, like a diamond in the sky.  Twinkle, twinkle little star, how I wonder what you are.”   Bunyi tepukan bergema di sekeliling kami sebaik saja nyanyian tamat.     Aku menoleh melihat sekeliling.  Ramai gila yang tengok!  Mat saleh ni semua suka melihat persembahan Charles.  Ada yang siap rakam lagi.

Aku menahan perut ketawa.  Memang kelakarlah. Kalau dekat Malaysia mahu aje aku tak mengaku kawan.  Malu beb! Nasib kat Negara orang! Kalau tak harus aku tutup muka.

Charles turun dari kerusi dan duduk memandangku.  “What? I saja nak hilang stress, okay.”

Ketawaku masih bersisa. “Kot ye pun stress, jangan buat macam tu boleh tak. Orang semua pandang taw.” 

“Biarlah diorang pandang. Diorang suka apa, lagipun hiburan je.” Selamba dia.

“Banyaklah you punya hiburan…  Dah, buat assignment ni cepat.  I nak balik tidur ni.” Gesaku.   Aku bercekak pinggang memandang wajahnya.   Charles dengan muka selamba saja terus membuat kerja.  Wajahnya langsung tak beriak apa-apa.

Aku mengelengkan kepala.  Macam-macam dia ni.  Ada je benda kelakar dia nak buat.  Aku memandang kearah Charles,bibirku perlahan-lahan mengukir senyuman.  Comel!

**************************************************
AKU tersenyum sendiri memikirkan kenangan lalu.  Terasa hilang semua beban-beban dalam fikiranku. Lapang minda, kosong dan tenang.

Aku mendengar bunyi dentingan jam di luar bilik.  Tepat pukul 12 tengah malam.   Tekakku berasa haus pula tiba-tiba, aku bingkas bangun dari katil dan terus keluar turun kebawah.  Aku terus masuk ke dalam dapur.  Lampu tidak aku nyalakan, kerana imbasan cahaya lampu dari luar rumah sudah cukup menerangi ruang dapur ini. 

Aku mengambil air di dalam jag dan menuangkannya ke dalam gelas . Dengan rakus aku terus meminumnya.  Sekejap saja air di gelas habis.  Aku terduduk di atas kerusi . Lega.  Aku memejamkan mata. Rasa lega dapat menikmati segelas air.

Sebaik saja aku membuka mata, aku terkejut melihat abang yang tersengih-sengih berada di depanku.  Bila entah dia balik taw-taw dah ada dekat sini.   Gaya macam baru lepas mandi, sebab pakai seluar pendek dan t-shirt saja.

Aku mengurut dadaku berulang kali.  Heart attack!

“Kau dah kenapa dik? Dari tadi terpejam celik je mata kau. Dah buang tabiat apa, tengah-tengah malam duduk dekat dapur ni.” Abang memandang aku pelik.  Abang mendekatkan mukanya melihat aku lebih dekat.

Aku menjeling abang, ada je mood nak mencari gaduh.

“Hisyk, abang ni orang minumlah.  Lega… dapat minum air tadi, haus sangat.   Hah! Abang ni bila balik? Tak dengar bunyi kereta pun?”

Abang mencebik.  “Kereta abang tu punyalah kuat bunyi enjinnya, itupun kau tak dengar.  Masalah telinga kau ni dik.” Abang menggelengkan kepala. Dia membuka peti ais dan mengambil sekotak air oren.

Aku buat-buat muka merajuk. “ Dah lah malas nak layan abang ni.  Menyakitkan telinga. Huh! pergi tidur lagi bagus.” Aku terus melangkah naik ke tangga sempat lagi menjelir lidah kepada abang.  Abang ketawa melihat telatahku dari jauh.


******************************************************
Aku bingkas bangun dari tidur, mandi, bersolat dan terus bersiap untuk ke pejabat.  Hari kedua di pejabat aku tidak mahu terlewat.  Seboleh-bolehnya aku nak sampai lebih awal dari staff lain.  Aku segera mencapai kunci kereta.

“Mia dah bangun? Tak nak sarapan dulu ke?” soal Mak Mak jah yang baru keluar dari dapur.

“Tak payahlah Mak Jah, Mia makan dekat office je.  Lagipun Mia tak nak lambat lah.”

“Alah makan sikit je nanti lapar pulak.  Dato dan Abang Mia pun belum turun lagi.  Mari.” Aku tersenyum mengangguk, tak sampai hati nak tolak pelawaan Mak Jah.

Aku mengambil sekeping roti yang disapu majerin. Mak Jah segera menuangkan air milo ke dalam cawan. Aku minum dan makan sehingga habis.

"Okaylah Mak Jah, Mia pergi dulu ye.  Nanti Mak Jah cakap dekat papa ye.” Aku bingkas bangun dan keluar dari rumah.  

Enjin kereta porcshe aku hidupkan.  Aku menekan punat di dalam kereta, tak lama itu bumbung kereta perlahan-lahan terbuka.  Aku menarik nafas menghirup udara segar.  Pagi-pagi ni elok kalau memandu dalam keadaan terbuka.  Aku menekan gear berundur dan terus meluncur laju keluar dari perkarangan rumah.

Akhirnya aku sampai di pejabat tepat jam 9.00 pagi.   Aku memberhentikan kereta dan parking di tempat yang disediakan.   Kemudian aku segera turun dan melangkah masuk ke dalam bangunan.  Aku berjalan laju ke arah lif yang tengah penuh dengan pekerja.    

Aku berhenti dan berdiri sambil memandang dua pintu lif didepan mataku.  Lif VVIP dan lif biasa. Satu untuk ahli-ahli lembaga pengarah dan ahli kenamaan.  Satu lagi pula khas untuk pekerja- pekerja dan orang awam.

Aku menunggu pintu lif terbuka.  Keadaan di bawah sudah penuh sesak dengan orang ramai, aku mula rimas menunggu.  Sebaik saja lif pekerja terbuka, semua mula berpusu-pusu masuk.  Aku ketinggalan ke belakang.  Lif yang penuh akhirnya ditutup di depan mataku .  Aku masih lagi di luar menunggu. Tak sanggup nak berhimpit dekat dalam.  Dah macam sardin.

Sambil menunggu lif turun semula, pintu lif VVIP pula terbuka.  Aku mula memuncungkan mulut, mataku memandang kiri dan kanan.  Perlahan-lahan kakiku melangkah ke tepi.  
Sedikit demi sedikit.  Okay, Line clear! Go! Cepat-cepat aku masuk ke dalam lif.  Butang ditepi pintu terusku tekan laju.  Pintu lif tertutup rapat.  

Fuhh! Lega.. Aku tersenyum riang.  Walaupun aku adalah anak pemegang saham kedua terbesar syarikat, tapi aku tetap cuma seorang pekerja di Crystal Sdn.Bhd.  Jadi aku sememangnya tidak layak untuk masuk sini.   Tapi ada aku kisah! He he he.

Aku memerhati butang nombor diatas, harap-harap tak ada yang naik lif ni.   Sekarang lif dah berada di tingkat tiga, nampaknya aku akan selamat.   Cuma perlu menunggu empat tingkat saja lagi.   Aku mula mengetuk-ngetuk pintu lif dengan jari sambil menunggu. 


Ting! Lif berhenti di tingkat lima.    Aku mula cuak, VVIP mana yang nak masuk ni.  Habislah….. Aku menanti dengan penuh debaran menunggu pintu terbuka luas.  Air liur aku telan.    Perlahan-lahan bayangan seorang lelaki muncul di sebalik pintu.  Mataku terus terpaku memandangnya.

5 comments:

Amirah Hidayah said...

excited gila bila nmpak bab baru hahaha. btw best! vvip tu mesti afriel kan? cant wait for de next chpter, jgn lma2 sgt ok hehe x)

Ian asynata said...

ye ke Afriel...hmmm x taw hahhah...tq.

Unknown said...

ni yg saya suka ni!

Unknown said...

MA_FA

How sweet...hey writer plez make the new entry A.S.A.SP...haha
lots of <3

Ian asynata said...

insyallah.....kalau ada update tu adalah....

Post a Comment

About Me