topbella

Monday, 9 December 2013

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 10

BAB 10

Aku segera memusingkan kepala ke depan.   Meluat aku melihatnya.  Apalah yang dia buat dekat sini.  CEO yang kaya macam dia pergilah makan tempat lain. Nak makan dekat sini buat apa.   Hisykk sibuk je. Hilang selera aku nak makan macam ni.

Reena dan Iqi bangun menyambut lelaki ini.  Aku? Tak ada maknanya. Selamba je aku buat tak pandang dia.

“Hi!... Boleh I join you all?” tanya Mr Playboy. Dia membawa segelas air dan sepinggan nasi berlauk.   Matanya terarah pada diriku.

“No!” balasku bersahaja.  Reena dan Iqi tergamam mendengar jawapanku.

Aku memandang mereka berdua.  Tersenyum plastik. “Well gurau je…. Takkanlah I tak bagi CEO duduk kot.  Tempat ni pun syarikat dia yang punya. I ni siapalah kan.   Duduklah.” Kalau tak malu. Sambungku dalam hati. 

Mr Playboy tersenyum sinis sambil duduk bertentangan aku.

“Well, tak sangka you pandai buat lawak.   Sungguh tak kelakar.” Gelak Mr Playboy di depanku.  Aku menjelingnya tajam.  Reena dan Iqi  pula hanya berdiam diri memandang kami.  Mungkin mereka dapat rasa ketegangan diantara kami berdua.

Aku terus mengunyah makanan tanpa mempedulikan dia di depan. Tak kuasa aku nak mempelawa. Pandai-pandailah bawa diri datang kat meja orang.

“So…. macam mana dengan bajet kita untuk projek dekat Damansara tu.  Agak-agak boleh lulus tak?” soalnya pada Iqi.  Nampak serius wajahnya.

“Well…. tergantung, buat masa ni kita baru saja survey harga dari pembekal .  Insyallah maybe next week baru kita dapat pastikan.”

“Aku harap tak ada masalah apa-apa.  Lagipun aku yakin dengan kemampuan sahabat baik aku ni.  Mesti kau boleh handle lah semuanya.”

Iqi tersenyum mengangguk. 

Well… kawan baik rupa-rupanya.  Great! Mia kau dah tersalah pilih orang untuk berkenalan tadi.
Aku hanya diam mendengar mereka berdua berbual.  Sungguh boring.  Semuanya hal-hal projek yang belum aku ketahui.

Mataku memandang ke arah Reena di sebelah.  Reena masih  terus tunduk mengunyah makanan tanpa mempedulikan orang-orang di sekelilingnya.  Termasuk aku!   Aku menarik nafas dan memandang ke bawah meja, lagi baik.   Menyampah aku nak pandang orang kat depan ni. Menyakitkan hati.

By the way… sejak bila kau suka makan dekat sini? Selalunya kau lunch dekat luar. Mana pergi semua girlfriend kau tu?  Takkan dah putus dengan semua kot?” soal Iqi padanya.  Aku berpura-pura minum sambil memasang telinga mendengar perbualan mereka.

Mr Playboy ketawa kuat mendengar pertanyaan Iqi.

“Sejak sekaranglah….lagipun tiba-tiba je aku rasa berselera nak makan dekat sini. Muaklah makan kat luar.  Lagipun aku rimaslah dengan perempuan-perempuan tu semua.  Baik aku makan dekat sini, lagi save. ” Jawab dia.  Matanya galak memandang aku.
Save! Apa maksud dia?  Takkan CEO sekaya dia pun nak save bajet.  Immposible! 

“Banyaklah kau punya save.  Selama ni lantai kafe ni pun kau tak pernah jejak.  Tiba-tiba je nak berjimat. Alah Afriel,  macamlah aku tak tahu perangai kau macam mana.    Ini tak lain, mesti sebab Mia kau datang  sini.  Betul tak?” Soal Iqi.  Pertanyaan Iqi tadi terus membuatkan aku terbatuk tiba-tiba.

Dia segera menghulurkan tisu kepada aku.  Lambat-lambat aku menyambutnya.
Aku berdeham dan menarik nafas. Sempat aku menjeling Iqi yang ketawa. Geram!

“Thanks.” Balasku malas. Dia mengangguk sambil tersenyum nipis.  Manis betul senyumannya pada ketika ini.  Terpegun aku melihatnya.    

Eh! No, no.. Jangan terpedaya Mia, kau sedang berhadapan dengan Playboy sekarang ni.  Itu semuanya taktik dia nak mendekati kau.  Ok…Tarik nafas dan bertenang.  Aku  kena bertenang.

“Kau ni pandai je mereka cerita.  Karang tak pasal-pasal timbul gossip pulak.  Lagipun tak salah rasanya kalau aku nak makan dengan Executive produser yang baru ni? Boleh eratkan hubungan apa.” balas dia.  

Matanya memandang aku tajam.

Iqi tergelak kuat. “Nak eratkan hubungan? Lain macam je maksud?  Well Mia I rasa you kena hati-hati dengan Playboy ni.  Dia ni kerja asyik bertukar perempuan je.  I tak nak esok lusa you jadi mangsa dia pulak.  Hati-hati taw.” Nasihat Iqi.   Aku mengangkat kening tersenyum ke arah mereka.  Aku mangsa? Well….tak mungkin.

“Terima kasih untuk nasihat you tu, I  betul-betul hargainya.  You jangan risaulah, I tak mungkin akan jadi mangsa dia.  Lagipun Tengku Afriel ni bukan taste I pun.” Sinis ku. Dia tergelak mendengar jawapan aku.

Aku menjeling melihat dia.  Iqi nampak terpinga-pinga melihat kami berdua.

Dia mendekatkan wajah ke depan, dekat ke arah aku.“So…  kiranya aku ni bukan taste kaulah ye?  Agak-agak macam manalah lelaki pilihan kau ye.  Isykk! Ada ke? Dengan muka kau yang tak seberapa ni siapalah yang malang nak jadi taste kau tu.” Sinis dia.

Ternganga mulut aku mendengarnya.  Ni betul-betul cari pasal ni. Memang tak ada maknalah aku nak sabar lagi. 

Reena dan Iqi juga nampak terkejut mendengar ayat yang keluar dari mulut CEO mereka.

Aku menarik nafas sabar.

Excuse me…Mr Playboy.  Aku rasa kau ni dah melampaulah, kau memang sengaja nak bagi aku marahkan.”  Balasku geram.  Aku cuba menahan marah.  Aku tidak mahu bergaduh di khalayak umum.  
Cukuplah sekali dulu aku pernah bergaduh dengan dia.  Lagipun aku tidak mahu reputasi papa terjejas, gara-gara aku bergaduh dengan CEO syarikat ini.

Dia ketawa sinis melihat muka aku yang merah menahan marah.

“Well…kau ni emosi lah.  Baru kena kutuk sikit dah melenting.  Macam mana nak kerja team work dengan aku nanti kalau kena tegur sikit pun tak boleh.”

Itu bukan teguran bodoh! Ada macam teguran ke bunyinya.

Aku menahan sabar. “Bagi aku kan, rasanya tak perlu kot kerja berkumpulan.  Aku fikir kalau kita mampu buat kerja seorang, dengan usaha sendiri lagi bagus.  There is no point to working with someone that we hate every minute and every second. Lebih-lebih lagi dengan kau. ” Balasku geram.  Aku rasa cukuplah tahap kesabaran aku setakat ni. Lelaki ni betul-betul mencari gaduh dengan aku.

“Kalau macam tu baik you berhenti kerja saje.  Buat apa kerja dengan orang yang you benci.  Tak berbaloi. Kan Iqi.

Okey dia memang tak kisah lagi nak bagi satu pejabat ni taw yang dia berperang dengan aku.  Depan Iqi dengan Reena pun dia boleh bermulut puaka.  Aku tak ada hal lah bab-bab gaduh ni.  Aku takkan sesekali  kalah dengan Mr Playboy ni.

Oh no.  I will never resign.  Lagipun I nak tengok temasya dekat sini. I pun nak tengok jugak hebat sangat ke orang tu.  Entah-entah indah khabar dari rupa je. Kan Reena” soalku.

Reena teragak-agak untuk menjawab.  Matanya tidak lepas memandang kami berdua.

Aku dah tekad walau apa pun terjadi aku takkan berhenti kerja.  Aku akan buktikan pada semua orang yang aku lebih hebat dari lelaki ini. Biar semua kagum dengan aku.  Masa tu baru lelaki ni kenal siapa Mia Qaisara yang sebenarnya. Dia pasti menyesal!

“Well…aku pun tak sabar nak tengok macam mana kau nilai orang tu.  Jangan kau yang jatuh tersungkur sudah.  Dengan kau yang tiada pengalaman ni aku tak yakin kau boleh kalahkan dia. Lebih baik berundur sebelum malu.” Sinis dia.

Cukup! Aku tak mahu dengar lagi.  Aku akui memang aku akan kalah dari segi pengalaman.  Tapi tak semestinya aku takkan belajar.  Dia ni memang sengaja nak melemahkan aku.

Aku segera bangun dari tempat duduk tanpa mempedulikan dia.  Aku menoleh ke arah Reena.

“Reena…jom kita naik atas.  I rasa meluat tengok muka buaya dekat sini.  Jumpa lagi Iqi. Thanks untuk meja tadi. “ ucapku.

Iqi agak terpinga-pinga, namun dia mengangguk juga.

Aku segera  mengorak langkah menuju ke lift meninggalkan mereka.  Reena mengejar aku dari belakang.  Dia senyap dan tidak bertanya apa-apa sepanjang berada dalam lift. Aku tak ada mood nak bercerita.   Sebaik saja keluar dari lift, aku terus masuk ke dalam bilik tanpa mempedulikan Reena.   Sungguh saat ini aku geram dengan Mr Playboy tu.  Rasanya-rasanya aku bakal meletup kalau terus-terusan duduk dengan dia.  Argh! 

4 comments:

Unknown said...

best....

Amirah Hidayah said...

BEST SANGAT! cant wait for the time they fall each other ♥:)

Ian asynata said...

sama jugak tak sabar nak tunggu time tu! huhuhu

Unknown said...

sangat menarik!

Post a Comment

About Me