BAB
10
Aku
segera memusingkan kepala ke depan.
Meluat aku melihatnya. Apalah
yang dia buat dekat sini. CEO yang kaya macam
dia pergilah makan tempat lain. Nak makan dekat sini buat apa. Hisykk sibuk je. Hilang selera aku nak makan
macam ni.
Reena
dan Iqi bangun menyambut lelaki ini.
Aku? Tak ada maknanya. Selamba je aku buat tak pandang dia.
“Hi!...
Boleh I join you all?” tanya Mr Playboy. Dia membawa segelas air dan sepinggan
nasi berlauk. Matanya terarah pada diriku.
“No!”
balasku bersahaja. Reena dan Iqi
tergamam mendengar jawapanku.
Aku
memandang mereka berdua. Tersenyum
plastik. “Well gurau je…. Takkanlah I tak bagi CEO duduk kot. Tempat ni pun syarikat dia yang punya. I ni
siapalah kan. Duduklah.” Kalau tak
malu. Sambungku dalam hati.
Mr
Playboy tersenyum sinis sambil duduk bertentangan aku.
“Well,
tak sangka you pandai buat lawak. Sungguh
tak kelakar.” Gelak Mr Playboy di depanku.
Aku menjelingnya tajam. Reena dan
Iqi pula hanya berdiam diri memandang
kami. Mungkin mereka dapat rasa
ketegangan diantara kami berdua.
Aku
terus mengunyah makanan tanpa mempedulikan dia di depan. Tak kuasa aku nak
mempelawa. Pandai-pandailah bawa diri datang kat meja orang.
“So….
macam mana dengan bajet kita untuk projek dekat Damansara tu. Agak-agak boleh lulus tak?” soalnya pada Iqi.
Nampak serius wajahnya.
“Well….
tergantung, buat masa ni kita baru saja survey harga dari pembekal . Insyallah maybe next week baru kita dapat
pastikan.”
“Aku
harap tak ada masalah apa-apa. Lagipun
aku yakin dengan kemampuan sahabat baik aku ni.
Mesti kau boleh handle lah semuanya.”
Iqi
tersenyum mengangguk.
Well…
kawan baik rupa-rupanya. Great! Mia kau
dah tersalah pilih orang untuk berkenalan tadi.
Aku
hanya diam mendengar mereka berdua berbual.
Sungguh boring. Semuanya hal-hal
projek yang belum aku ketahui.
Mataku
memandang ke arah Reena di sebelah.
Reena masih terus tunduk
mengunyah makanan tanpa mempedulikan orang-orang di sekelilingnya. Termasuk aku!
Aku menarik nafas dan memandang ke bawah meja, lagi baik. Menyampah
aku nak pandang orang kat depan ni. Menyakitkan hati.
“By the way… sejak bila kau suka makan
dekat sini? Selalunya kau lunch dekat luar. Mana pergi semua girlfriend kau
tu? Takkan dah putus dengan semua kot?”
soal Iqi padanya. Aku berpura-pura minum
sambil memasang telinga mendengar perbualan mereka.
Mr
Playboy ketawa kuat mendengar pertanyaan Iqi.
“Sejak
sekaranglah….lagipun tiba-tiba je aku rasa berselera nak makan dekat sini.
Muaklah makan kat luar. Lagipun aku
rimaslah dengan perempuan-perempuan tu semua.
Baik aku makan dekat sini, lagi save. ” Jawab dia. Matanya galak memandang aku.
Save!
Apa maksud dia? Takkan CEO sekaya dia
pun nak save bajet. Immposible!
“Banyaklah
kau punya save. Selama ni lantai kafe ni
pun kau tak pernah jejak. Tiba-tiba je
nak berjimat. Alah Afriel, macamlah aku
tak tahu perangai kau macam mana. Ini tak lain, mesti sebab Mia kau datang sini.
Betul tak?” Soal Iqi. Pertanyaan
Iqi tadi terus membuatkan aku terbatuk tiba-tiba.
Dia
segera menghulurkan tisu kepada aku.
Lambat-lambat aku menyambutnya.
Aku
berdeham dan menarik nafas. Sempat aku menjeling Iqi yang ketawa. Geram!
“Thanks.”
Balasku malas. Dia mengangguk sambil tersenyum nipis. Manis betul senyumannya pada ketika ini. Terpegun aku melihatnya.
Eh!
No, no.. Jangan terpedaya Mia, kau sedang berhadapan dengan Playboy sekarang
ni. Itu semuanya taktik dia nak
mendekati kau. Ok…Tarik nafas dan
bertenang. Aku kena bertenang.
“Kau
ni pandai je mereka cerita. Karang tak
pasal-pasal timbul gossip pulak. Lagipun
tak salah rasanya kalau aku nak makan dengan Executive produser yang baru ni?
Boleh eratkan hubungan apa.” balas dia.
Matanya memandang aku tajam.
Iqi
tergelak kuat. “Nak eratkan hubungan? Lain macam je maksud? Well
Mia I rasa you kena hati-hati dengan Playboy ni. Dia ni kerja asyik bertukar perempuan
je. I tak nak esok lusa you jadi mangsa
dia pulak. Hati-hati taw.” Nasihat
Iqi. Aku mengangkat kening tersenyum ke arah
mereka. Aku mangsa? Well….tak mungkin.
“Terima
kasih untuk nasihat you tu, I
betul-betul hargainya. You jangan
risaulah, I tak mungkin akan jadi mangsa dia.
Lagipun Tengku Afriel ni bukan taste I pun.” Sinis ku. Dia tergelak
mendengar jawapan aku.
Aku
menjeling melihat dia. Iqi nampak
terpinga-pinga melihat kami berdua.
Dia
mendekatkan wajah ke depan, dekat ke arah aku.“So… kiranya aku ni bukan taste kaulah ye? Agak-agak macam manalah lelaki pilihan kau
ye. Isykk! Ada ke? Dengan muka kau yang
tak seberapa ni siapalah yang malang nak jadi taste kau tu.” Sinis dia.
Ternganga
mulut aku mendengarnya. Ni betul-betul
cari pasal ni. Memang tak ada maknalah aku nak sabar lagi.
Reena
dan Iqi juga nampak terkejut mendengar ayat yang keluar dari mulut CEO mereka.
Aku
menarik nafas sabar.
“Excuse
me…Mr Playboy. Aku rasa kau ni dah
melampaulah, kau memang sengaja nak bagi aku marahkan.” Balasku geram. Aku cuba menahan marah. Aku tidak mahu bergaduh di khalayak
umum.
Cukuplah sekali dulu aku pernah
bergaduh dengan dia. Lagipun aku tidak
mahu reputasi papa terjejas, gara-gara aku bergaduh dengan CEO syarikat ini.
Dia
ketawa sinis melihat muka aku yang merah menahan marah.
“Well…kau
ni emosi lah. Baru kena kutuk sikit dah
melenting. Macam mana nak kerja team
work dengan aku nanti kalau kena tegur sikit pun tak boleh.”
Itu
bukan teguran bodoh! Ada macam teguran ke bunyinya.
Aku menahan sabar. “Bagi aku kan, rasanya tak
perlu kot kerja berkumpulan. Aku fikir
kalau kita mampu buat kerja seorang, dengan usaha sendiri lagi bagus. There is
no point to working with someone that we hate every minute and every second. Lebih-lebih
lagi dengan kau. ” Balasku
geram. Aku rasa cukuplah tahap kesabaran
aku setakat ni. Lelaki ni betul-betul mencari gaduh dengan aku.
“Kalau
macam tu baik you berhenti kerja saje.
Buat apa kerja dengan orang yang you benci. Tak berbaloi. Kan Iqi.
Okey
dia memang tak kisah lagi nak bagi satu pejabat ni taw yang dia berperang
dengan aku. Depan Iqi dengan Reena pun
dia boleh bermulut puaka. Aku tak ada
hal lah bab-bab gaduh ni. Aku takkan
sesekali kalah dengan Mr Playboy ni.
“Oh no.
I will never resign. Lagipun
I nak tengok temasya dekat sini. I pun nak tengok jugak hebat sangat ke orang
tu. Entah-entah indah khabar dari rupa
je. Kan Reena” soalku.
Reena
teragak-agak untuk menjawab. Matanya
tidak lepas memandang kami berdua.
Aku
dah tekad walau apa pun terjadi aku takkan berhenti kerja. Aku akan buktikan pada semua orang yang aku
lebih hebat dari lelaki ini. Biar semua kagum dengan aku. Masa tu baru lelaki ni kenal siapa Mia
Qaisara yang sebenarnya. Dia pasti menyesal!
“Well…aku
pun tak sabar nak tengok macam mana kau nilai orang tu. Jangan kau yang jatuh tersungkur sudah. Dengan kau yang tiada pengalaman ni aku tak
yakin kau boleh kalahkan dia. Lebih baik berundur sebelum malu.” Sinis dia.
Cukup!
Aku tak mahu dengar lagi. Aku akui
memang aku akan kalah dari segi pengalaman.
Tapi tak semestinya aku takkan belajar.
Dia ni memang sengaja nak melemahkan aku.
Aku
segera bangun dari tempat duduk tanpa mempedulikan dia. Aku menoleh ke arah Reena.
“Reena…jom
kita naik atas. I rasa meluat tengok
muka buaya dekat sini. Jumpa lagi Iqi.
Thanks untuk meja tadi. “ ucapku.
Iqi
agak terpinga-pinga, namun dia mengangguk juga.
Aku
segera mengorak langkah menuju ke lift
meninggalkan mereka. Reena mengejar aku
dari belakang. Dia senyap dan tidak
bertanya apa-apa sepanjang berada dalam lift. Aku tak ada mood nak
bercerita. Sebaik saja keluar dari
lift, aku terus masuk ke dalam bilik tanpa mempedulikan Reena. Sungguh saat ini aku geram dengan Mr Playboy
tu. Rasanya-rasanya aku bakal meletup
kalau terus-terusan duduk dengan dia.
Argh!
4 comments:
best....
BEST SANGAT! cant wait for the time they fall each other ♥:)
sama jugak tak sabar nak tunggu time tu! huhuhu
sangat menarik!
Post a Comment