BAB 11
“MIA!
Kenapa dari tadi diam je. Penat
sangat ke kerja hari ni?” soal papa ketika sedang makan malam.
Pertanyaan papa membuatkan aku tersentak. Aku memandang ke arah papa yang sedang makan.
“Papa tanya apa? Mia tak dengar lah.”
Jawabku lemah. Rasa penat balik dari
kerja tadi masih belum hilang. Ditambah lagi keserabutan memikirkan Mr Playboy.
“Tak, papa tanya penat sangat ke
bekerja hari ni. Papa tengok Mia diam je
dari tadi. Takkan hari pertama, dah
banyak kerja kat office tu? Mia penat sangat ke?” soal papa prihatin.
Aku memandang papa kemudian mengeluh. Mengeluh bukan kerana penat dek kerja tapi
pusing memikirkan si Playboy.
“Hmm..tak ada kerja pun hari ni. Mia cuma semak-semak fail je. Lepas tu tengok proposal-proposal projek yang
lepas. Itu je. Bosan!”
Papa ketawa melihat muka cemberutku.
“Oooo…bosan. Itu yang buat anak papa
penat hari ni yek?
“Papa ni….”rengekku. Papa tergelak lagi.
“Anak papa ni… Dah besar panjang pun
perangai masih macam budak-budak lagi. Sepatutnya hari pertama bekerja kita
kena bersemangat ini tak bosan pulak.”
“Alah… Mia bosan pasal tak ada kerja
lah papa. Bukan merunggut pasal banyak
kerja.”
“Samalah tu. Mula-mula merunggut pasal tak ada kerja, esok
lusa mengeluh pasal banyak kerja pulak. Sikap macam tu tak patut ada pada
seorang ahli perniagaan. Lebih-lebih
lagi pada anak papa. Papa kalau boleh,
nak anak-anak papa semua belajar dan berdikari sendiri. Jangan reti nak minta itu minta ini saja.”
Adoi papa dah mula buat ceramah
pulak. Hmmm….menyesal buka cerita bosan
tadi. Tak pasal-pasal dapat motivasi free hari ni. Aku tersengih.
“Mia dengar tak apa yang papa cakap
tadi? Tengok boleh tersenyum pulak bila kita bercakap. Mulalah berangan tu!”
Aku ketawa mendengar bebelan
papa. Kalah perempuan membebel!
“Dengar… Papa jangan risaulah. Mia seronok je kerja dekat situ, Mia takkan
kecewakan papa. Papa tengok je lah
nanti macam mana puteri papa ni buat kerja. Mesti kagumlah semua orang.” Ujarku. Puji diri
sikit. Huh!
Papa menarik nafas lega. Agaknya
senang hati mendengar jawapan aku. “Baguslah kalau Mia
ada semangat macam tu. Tapi janganlah terlalu over confident, takut
nanti satu pun tak jalan. Papa tak nak dengar sebarang masalah pun. Sebagai ketua dan anak pemegang saham, papa
harap Mia dapat menjaga nama baik syarikat.
Jangan cari musuh pulak dekat pejabat tu.”
Musuh? Eh lain macam je ayat
papa. Macam tahu-tahu je aku ada masalah
kerja dekat situ.
“Isykkk…takkanlah Mia nak cari musuh
pulak. Mia kan comel dan baik. Kemana Mia pergi semua disayang. Mia kan anak papa.” Gelakku. Harap papa tidak mengesyaki sesuatu.
“Baiklah papa percaya anak papa
ni. Tapi ingat….jangan cari masalah
dekat situ. Kalau tak tahu apa-apa pasal
kerja boleh rujuk dengan Afriel. Afriel
tu banyak pengalaman. Papa suka kalau
Mia rapat dengan dia. Banyak yang Mia
boleh belajar.”
Ape!! Rapat dengan Afriel?
Eiiiiiiii….meremang bulu roma aku. Hai
laa…papa tolonglah jangan seksa jiwa anak mu.
“Tak nak lah papa. Mia okay je buat kerja sendiri. Deparment Mia tu, ramai staff yang boleh
tolong. Diorang semua baik-baik dan
senang nak bekerjasama. Lagipun… Tengku
Afriel tu mesti busy, dia kan CEO mesti banyak kerja. Tak naklah ganggu dia. ” tolakku lembut. Janganlah papa paksa aku. Memang aku bom bangunan Crystal Sdn Bhd tu
nanti!
“Lah…papa tahulah staff-staff kat situ
ramai yang boleh tolong. Papa pun yakin
dengan kemampuan anak papa ni. Cuma
papa nak Mia tambah pengetahuan lagi tentang pengurusan syarikat. Lagipun Afriel tu baik orangnya. Banyak yang Mia boleh dapat dari seorang yang
berpengalaman macam dia. Mia cubalah
belajar dari dia, tengok bagaimana dia uruskan syarikat. Papa yakin, Mia mesti akan kagum dengan dia.”
NO!!!! Big NO! tak mungkin aku akan merendah diri nak belajar
dari musuh utama aku. Hisykk papa ni tak
ada orang lain ke nak suggest kat aku. Si Mr Playboy tu jugak yang dikagumkan. Entah apa hebat sangat dia tu. Papa bagai nak rak puji dia. Eiiiii!!!geram.
Aku mengangguk terpaksa. Malas nak berbahas dengan papa. Lagi banyak aku bagi alasan,
lagi
berjela-jela lah hujah yang keluar dari mulut papa. Mesti aku kalah.
“Papa Abang mana? Lambat dia balik
hari ni.” Aku cuba mengubah topik. Tak
tahan telinga mendengar pujian untuk Mr Playboy. Karang tertanggal pulak cuping ni.
“Owh, abang kamu kat pejabat lagi lah
tu. Maklumlah Rayyan Holding baru je
dapat projek besar dari Kementerian Pelancongan, jadi abang kamu sibuklah nak buat kertas kerja
untuk pembentangan minggu depan. Kejap
lagi baliklah tu. Tak payah tunggulah.”
Aku mengangguk. Kesian abang buat kerja sampai lewat
malam. Kenapalah papa tak bagi aku kerja
kat Rayyan Holding. Kalau tak mesti aku
takkan terjumpa Mr Playboy yang tak guna tu.
Mesti bahagia hidup aku. Hmmm…..
******************************************
Aku merebahkan badan diatas katil,
terasa penat tubuh ini. Kedua-dua tangan
aku letakkan dibawah kepala. Mataku
terpaku merenung siling di atas.
Fikiranku melayang-layang.
Alangkah indahnya kalau dapat berbaring di bawah langit sambil mengira
bintang. Pasti hati akan lapang,
walaupun pasti bintang takkan terkira.
Aku tersenyum sendiri bila terfikirkan
bintang. Ingatanku mula terimbas pada
Charles.
Bersamanya ada saja cerita yang akan
dikongsikan dengan aku. Apa saja yang
dilihatnya pasti akan ada maksud atau cerita disebaliknya. Kami berdua sering saja melakukan aktiviti
riadah bersama. Aku rindukan saat-saat
itu. Kalaulah masa boleh diputarkan semula.
Mesti hidup aku akan ceria dengan telatah
nakal dari Charles. Hmm indahnya…. Aku
memejamkan mata mula teringat kenangan bersama sahabat baikku yang satu itu.
“Princess cuba you tengok bintang tu.”
Aku meletakkan pen. Kemudian mendongak,
memandang bintang di langit. Mataku terpaku. Subahanallah…. sungguh indah
ciptaanmu.
Charles bersuara lagi,“Cantik kan Mia. Cahayanya betul-betul bersinar. Bulan dan bintang tak dapat dipisahkan. Mereka tetap bersama. Bagusnya kalau kita jadi bintang dan bulan
kan.” Aku menoleh melihat Charles yang
masih mendongak ke langit.
Aku tersenyum. Charles kalau tak jiwang memang tak sah!
“Hmm…kalau kita dua jadi bintang
susahlah. I tak nak jadi bintang atau
bulan.” Balasku serius.
Charles menoleh padaku. Berkerut dahi dia memandangku. “Kenapa? Semua
orang nak jadi macam bintang. Kenapa you
tak nak?” Soalnya bersungguh-sungguh.
Aku menarik nafas perlahan.
“Sebab… kalau kita dua dah jadi
bintang, siapa pula nak siapkan assignment ni? I tak nak fail final exam ni ha
ha ha.” Aku ketawa kuat. Suka dapat
mengenakan dia.
Charles mengambil buku dan membaling perlahan pada lengan
aku. “Awwww! Sakit taw.” Aku mengosok lenganku yang terkena buku.
“Naughty
girl… Padan muka! suka sangat kenakan orang.” Charles memandang aku
kemudian kami sama-sama ketawa.
Aku mencapai pen dan kembali
menyiapkan assignment yang masih berbaki sedikit lagi.
“Mia….”panggil Charles.
“Hm….Ape?” jawabku malas. Langsung
tidak menoleh padanya.
“Jom nyanyi…”
“Hah!” Cepat-cepat aku menoleh pada
Charles. Dah kenapa pulak mamat Vietnam
ni. Malam-malam nak menyanyi pulak. Stress ke!
“You dah kenapa? Tak pernah-pernah nak nyanyi, tiba-tiba je
ni. Baik you cakap, you makan pil apa
tadi?” soalku cemas. Takut kalau-kalau Charles mengambil pil-pil yang
mengundang bahaya.
"Hisykkk…you ni merepek je, I tak ambil
pil-pil haram tu semua. I nak nyanyi pun
salah you ni. Jom lah nyanyi….please”pujuknya. Aku menarik nafas lega dan memandang semula
pada Charles.
“Nyanyi sendiri, tak kuasa I nak
menyumbangkan suara I ni. I banyak kerja
ni okay.”
Aku kembali menyambung kerja yang
tergendala tadi. Tak kuasa nak melayan orang yang tengah mood beromantika ni. Ada
je benda pelik nak dibuatnya malam-malam ni.
“I nak nyanyi ni… betul you tak nak
join?” Soalnya lagi.
“Nyanyi je lah!” balasku geram. Aku terus tunduk dan membuka beberapa buku
rujukan. Namun dari ekor mata, aku
mencuri-curi pandang ke arah Charles.
Charles bangun dari tempat duduk, dia
kemudian memanjat kerusi dan terus berdiri.
Aku mendongak melihat dia. Pelik? Dia nak nyanyi lagu apa ni.
Aku menanti sabar melihat Charles yang
baru nak membuka mulut, “Twinkle little star, how I wonder what you are” garau
je bunyi suara dia.
Hampir nak tersembur ketawa aku. Charles boleh nyanyi lagu tadika ni. Ya Allah…siap buat gaya lagi. Memang tadika made in Malaysia dia ni!
Aku ketawa mengekek sampai keluar air
mata. Kelakar sangat melihat dia
mengayakan
aksi-aksi tariannya. Comel!
“Up above the world so high, like a
diamond in the sky. Twinkle, twinkle
little star, how I wonder what you are.” Bunyi tepukan bergema di sekeliling kami sebaik
saja nyanyian tamat. Aku
menoleh melihat sekeliling. Ramai gila
yang tengok! Mat saleh ni semua suka
melihat persembahan Charles. Ada yang
siap rakam lagi.
Aku menahan perut ketawa. Memang kelakarlah. Kalau dekat Malaysia mahu
aje aku tak mengaku kawan. Malu beb!
Nasib kat Negara orang! Kalau tak harus aku tutup muka.
Charles turun dari kerusi dan duduk
memandangku. “What? I saja nak hilang
stress, okay.”
Ketawaku masih bersisa. “Kot ye pun
stress, jangan buat macam tu boleh tak. Orang semua pandang taw.”
“Biarlah diorang pandang. Diorang suka
apa, lagipun hiburan je.” Selamba dia.
“Banyaklah you punya hiburan… Dah, buat assignment ni cepat. I nak balik tidur ni.” Gesaku. Aku bercekak pinggang memandang wajahnya. Charles dengan muka selamba saja terus membuat
kerja. Wajahnya langsung tak beriak
apa-apa.
Aku mengelengkan kepala. Macam-macam dia ni. Ada je benda kelakar dia nak buat. Aku memandang kearah Charles,bibirku
perlahan-lahan mengukir senyuman. Comel!
**************************************************
AKU tersenyum sendiri memikirkan
kenangan lalu. Terasa hilang semua
beban-beban dalam fikiranku. Lapang minda, kosong dan tenang.
Aku mendengar bunyi dentingan jam di luar
bilik. Tepat pukul 12 tengah malam. Tekakku berasa haus pula tiba-tiba, aku
bingkas bangun dari katil dan terus keluar turun kebawah. Aku terus masuk ke dalam dapur. Lampu tidak aku nyalakan, kerana imbasan
cahaya lampu dari luar rumah sudah cukup menerangi ruang dapur ini.
Aku mengambil air di dalam jag dan
menuangkannya ke dalam gelas . Dengan rakus aku terus meminumnya. Sekejap saja air di gelas habis. Aku terduduk di atas kerusi . Lega. Aku memejamkan mata. Rasa lega dapat
menikmati segelas air.
Sebaik saja aku membuka mata, aku
terkejut melihat abang yang tersengih-sengih berada di depanku. Bila entah dia balik taw-taw dah ada dekat
sini. Gaya macam baru lepas mandi, sebab pakai
seluar pendek dan t-shirt saja.
Aku mengurut dadaku berulang
kali. Heart attack!
“Kau dah kenapa dik? Dari tadi
terpejam celik je mata kau. Dah buang tabiat apa, tengah-tengah malam duduk
dekat dapur ni.” Abang memandang aku pelik. Abang mendekatkan mukanya melihat aku lebih
dekat.
Aku menjeling abang, ada je mood nak
mencari gaduh.
“Hisyk, abang ni orang minumlah. Lega… dapat minum air tadi, haus sangat. Hah! Abang
ni bila balik? Tak dengar bunyi kereta pun?”
Abang mencebik. “Kereta abang tu punyalah kuat bunyi
enjinnya, itupun kau tak dengar. Masalah
telinga kau ni dik.” Abang menggelengkan kepala. Dia membuka peti ais dan
mengambil sekotak air oren.
Aku buat-buat muka merajuk. “ Dah lah
malas nak layan abang ni. Menyakitkan
telinga. Huh! pergi tidur lagi bagus.” Aku terus melangkah naik ke tangga
sempat lagi menjelir lidah kepada abang.
Abang ketawa melihat telatahku dari jauh.
******************************************************
Aku bingkas bangun dari tidur, mandi,
bersolat dan terus bersiap untuk ke pejabat.
Hari kedua di pejabat aku tidak mahu terlewat. Seboleh-bolehnya aku nak sampai lebih awal
dari staff lain. Aku segera mencapai
kunci kereta.
“Mia dah bangun? Tak nak sarapan dulu
ke?” soal Mak Mak jah yang baru keluar dari dapur.
“Tak payahlah Mak Jah, Mia makan dekat
office je. Lagipun Mia tak nak lambat
lah.”
“Alah makan sikit je nanti lapar
pulak. Dato dan Abang Mia pun belum
turun lagi. Mari.” Aku tersenyum
mengangguk, tak sampai hati nak tolak pelawaan Mak Jah.
Aku mengambil sekeping roti yang
disapu majerin. Mak Jah segera menuangkan air milo ke dalam cawan. Aku minum dan makan sehingga habis.
"Okaylah
Mak Jah, Mia pergi dulu ye. Nanti Mak
Jah cakap dekat papa ye.” Aku bingkas bangun dan keluar dari rumah.
Enjin kereta porcshe aku hidupkan. Aku menekan punat di dalam kereta, tak lama
itu bumbung kereta perlahan-lahan terbuka.
Aku menarik nafas menghirup udara segar.
Pagi-pagi ni elok kalau memandu dalam keadaan terbuka. Aku menekan gear berundur dan terus meluncur
laju keluar dari perkarangan rumah.
Akhirnya
aku sampai di pejabat tepat jam 9.00 pagi.
Aku memberhentikan kereta dan parking di tempat yang disediakan. Kemudian aku segera turun dan melangkah masuk
ke dalam bangunan. Aku berjalan laju ke
arah lif yang tengah penuh dengan pekerja.
Aku
berhenti dan berdiri sambil memandang dua pintu lif didepan mataku. Lif VVIP dan lif biasa. Satu untuk ahli-ahli
lembaga pengarah dan ahli kenamaan. Satu
lagi pula khas untuk pekerja- pekerja dan orang awam.
Aku menunggu pintu lif terbuka. Keadaan di bawah sudah penuh sesak dengan
orang ramai, aku mula rimas menunggu.
Sebaik saja lif pekerja terbuka, semua mula berpusu-pusu masuk. Aku ketinggalan ke belakang. Lif yang penuh akhirnya ditutup di depan
mataku . Aku masih lagi di luar
menunggu. Tak sanggup nak berhimpit dekat dalam. Dah macam sardin.
Sambil
menunggu lif turun semula, pintu lif VVIP pula terbuka. Aku mula memuncungkan mulut, mataku memandang
kiri dan kanan. Perlahan-lahan kakiku
melangkah ke tepi.
Sedikit demi
sedikit. Okay, Line clear! Go! Cepat-cepat
aku masuk ke dalam lif. Butang ditepi
pintu terusku tekan laju. Pintu lif
tertutup rapat.
Fuhh! Lega..
Aku tersenyum riang. Walaupun aku adalah
anak pemegang saham kedua terbesar syarikat, tapi aku tetap cuma seorang pekerja
di Crystal Sdn.Bhd. Jadi aku sememangnya
tidak layak untuk masuk sini. Tapi ada aku kisah! He he he.
Aku
memerhati butang nombor diatas, harap-harap tak ada yang naik lif ni. Sekarang lif dah berada di tingkat tiga,
nampaknya aku akan selamat. Cuma perlu menunggu empat tingkat saja lagi. Aku mula mengetuk-ngetuk pintu lif dengan
jari sambil menunggu.
Ting! Lif berhenti
di tingkat lima. Aku mula cuak, VVIP mana yang nak masuk
ni. Habislah….. Aku menanti dengan penuh
debaran menunggu pintu terbuka luas. Air
liur aku telan. Perlahan-lahan bayangan seorang lelaki muncul
di sebalik pintu. Mataku terus terpaku memandangnya.
5 comments:
excited gila bila nmpak bab baru hahaha. btw best! vvip tu mesti afriel kan? cant wait for de next chpter, jgn lma2 sgt ok hehe x)
ye ke Afriel...hmmm x taw hahhah...tq.
ni yg saya suka ni!
MA_FA
How sweet...hey writer plez make the new entry A.S.A.SP...haha
lots of <3
insyallah.....kalau ada update tu adalah....
Post a Comment