topbella

Tuesday, 17 December 2013

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 13




BAB 13

“HWARGGHHH!!!”  Aku  terus menutup mulut dengan tangan, menahan rasa kantuk.   Masuk kali ni hampir lima belas kali rasanya aku hampir nak terlelap .   Mataku mula kelihatan kuyu memandang komputer dan fail-fail di meja.  Rasa kabur sekejap mata ni, mungkin sebab terlalu lama menghadap skrin komputer agaknya.  

Aku cuba duduk tegak meregangkan otot-otot badan yang lenguh akibat terlalu lama duduk.  Sempat aku menjeling sekilas pada Mr Playboy yang duduk di sofa.  Dia masih sibuk menulis dan meneliti beberapa fail.  Dari tadi langsung tidak sekali pun berganjak dari situ.  Ketara wajahnya sangat serius bila membuat kerja.

Bibirku mencebik.  Meluat pulak aku melihat dia.  Alah nak tunjuk dia bagus sangatlah tu kat aku! Huh! Menyampah! Geram hati ni, rasa sakit dipermainkan begini masih mencucuk-cucuk jiwa ni.  Aku kembali meneliti  data-data tadi dan mula menaipnya kembali. 

Arghh!!! Stress!  Sungguh aku tak boleh teruskan lagi. Terhenti tanganku yang menaip, kebas rasanya.   Aku melihat jam di tangan.  Sudah hampir masuk pukul 1 petang!  Maknanya sudah berjam-jam lah aku duduk didalam bilik ni. Patulah rasa semacam je badan ni.  Huh!   Rasanya lebih baik aku berhenti untuk solat dulu, nanti lepas solat mesti segar sedikit.  Barulah kerja boleh jalan.   Hmmmm Perut ni pun nampaknya sudah mula mengeluarkan bunyi-bunyi yang kurang enak.  Rasanya kalau tak diisi sekejap lagi mahu aku makan orang dekat depan aku ni!

Aku segera menyimpan data-data dalam komputer tadi.  Siap aku buat backup lagi takut kena aniaya dengan si Mr Playboy.  Bukan boleh percaya dia tu!  Setelah selesai segalanya, aku bingkas bangun dari kerusi dan melangkah ke arah dia yang sedang sibuk menulis sesuatu di  dalam fail.

Mendengarkan bunyi hentakan kasutku, dia terus menoleh melihatku.  “Kau nak pergi mana ni?” soalnya.

“Hello… kau dah buta ke tak tahu tengok jam.   Kan ke sekarang waktu lunch dan tentulah aku nak pergi rehat.  Itu pun tak tahu ke.”  Jawabku sinis.  Ambil kau kan dah kena sembur, padan muka!

Dia merenggus geram mendengar jawapan dari aku.

“Aku tahulah sekarang waktu lunch, kau tak payah nak sindir akulah.  Lagipun kau tak perlu pergi lunch lah, sebab aku dah suruh Kak Dib belikan makanan untuk kita berdua tadi.  Nanti dia bawaklah masuk.  Kau buat je kerja kau tu.  Takkan tak makan sehari kau dah lembik kot.” Sindirnya.

Panas je telinga aku dengar ayat dia.  Kalau tak difikirkan waktu zohor dah masuk, memang aku tangan-tangankan Mr Playboy ni.  Ada saja nak menyakitkan hati aku.  Sepatah aku balas, berpatah-patah dia smash aku balik.

“Huh! Tak payahlah, kau simpan je makanan kau tu nanti, aku tak kebulur sikit pun lah nak makan.”tolakku sinis.  Walaupun sebenarnya perutku dah terasa lapar yang amat, tapi mana boleh malukan diri.

“Suka hati kau lah.  Dah pergi sambung kerja tu.  Aku tak suka orang buat kerja bertangguh-tangguh.” Arahnya.

Aku menarik nafas, dalam hal ni aku kena lebih bersabar sedikit. Jangan emosi.

“Rasanya aku tak boleh nak siapkan sekarang, aku ada date kejap lagi.  Kalau kau nak cepat sangat, kau pergilah buat sendiri.  Kalau tak tunggu aje aku balik nanti.”  Balasku.  Malas nak beremosi dengan dia.

Terangkat keningnya mendengar jawapanku.  Rasanya terkejut dengan jawapan ‘date’ tu kot. Ha ha ha sengaja aku cakap date, biar dia terkejut sikit.  Buat kerja macam tak ingat tuhan.  Macamlah harta tu boleh bawak masuk kubur. 

Date!! dengan siapa…. Iqi?” soalnya lantang.   

Aku menjeling memandang muka dia, sibuk je nak tahu.  Apa kelas dengan Iqi? Huh tak ingin aku nak date dengan mamat mulut tak boleh blah tu.  Kerja sia-sia namanya tu.

“Tak….”

“Habis tu siapa? Dekat mana?” soalnya lagi bersungguh-sungguh.  Aku memucungkan bibir.  Seronok pula tengok muka dia yang penyibuk ni.  Betul-betul dia percaya aku nak pergi date.  Tapi betul lah kan…. Date dengan Allah.  Masa tu lah kita mohon dan berdoa padaNya.  Hanya kita dan DIA saja yang tahu.  Allah kan maha pengasih dan penyayang.

“Adalah, yang kau sibuk nak tahu kenapa!” geramku. Sibuk je nak tahu. Busy body!
Dia berdiri tegak, dan cuba rapat sedikit kearah aku.  Dapat aku dengar bunyi helaan nafas dia yang kuat. 

“Suka hati akulah nak sibuk ke tidak.   Proposal tu kan belum siap lagi, boleh pulak kau nak pergi date.  Apa masalah kau ni.   Aku tak sangka kau sanggup tinggalkan kerja semata-mata nak pergi date.  Sungguh tak profesional kau ni.” Bebel dia macam mesin popcorn. 

Berdesir mulutku mendengarnya.  Mulut dia memang longkang+ puaka.  Main sedap je mengutuk aku.  

“Suka hati kau lah nak cakap apa. Malas aku nak layan.  Aku tetap nak pergi jugak. Kau bagi keluar ke tidak aku tak peduli.  Kekasih aku pun dah memanggil-manggil dari tadi.  Jadi lebih baik aku pergi.  Tak elok kalau dilambatkan.  Dah ketepi!”  Jawabku.  Kakiku cepat saja melangkah, aku ingin segera keluar dari bilik ini.  Dah lewat sangat rasanya.

No! No! kau tak boleh pergi.” Halangnya.  Tubuhnya menghadang jalanku.

“Isykk tepilah.  Apa masalah kau ni, aku nak pergi solatlah dekat surau.  Sekarangkan dah waktu Zohor. Jadi sebagai seorang hambanya  lebih baik aku pergi laksanakan cepat.  Takut tak terbawa dekat akhirat nanti kalau tangguh-tangguhkan. ” terangku sebenar-benarnya. Siap aku selitkan tazkirah sekali bagi dia sedar!

Dia agak terperanjat sedikit mendengar jawapanku. Lama dia terdiam sebelum bersuara kembali. 

“Tadi kau kata kau ada date?” soalnya keliru.  Aku menahan perut, ketawa melihat wajahnya yang serabut dengan telatahku.

“Iyalah kiranya datelah tu.  Date dengan Allah S.W.T.  Kan bertuah kalau dapat menjadi kekasihnya.  Seperti kekasihnya Rasulullah S.A.W.” ujarku kepadanya.  Dia diam mendengar jawapan aku.    Tanpa menunggu jawapan dari dia,  aku menolak tubuh dia ke tepi sedikit.  Kakiku terus laju menuju ke pintu.

“Sekejap…” panggil dia. Kakiku berhenti.  Aku menoleh semula ke belakang memandang dia yang masih berdiri di situ.

“Nak apa lagi kau ni…  Kan ke aku dah cakap aku nak pergi solat. Nanti aku siapkanlah proposal tu,sabarlah!”  geramku. Apalah si Mr Playboy ni.  Tak faham bahasa agaknya.  Karang tak pasal-pasal terlepas nak solat berjemaah dekat surau.

Dia agak teragak-agak mahu bercakap.  “Errr…Aku nak ikut kau sekali boleh?” soalnya polos.  Inilah pertama kali aku lihat wajahnya tulus bila bercakap.  Tiba-tiba rasa sesuatu di hatiku bila melihat dia.  Cepat-cepatku usir perasaan itu.

“Kalau nak ikut tu ikut jelah.  Nak solat pun nak tanya. Isykkk!!! Jomlah.” Ajakku, sedikit geram dengan dia yang nampak teragak-agak bercakap.  Tapi tak sampai pulak hati ni nak marah-marah orang yang nak bersolat.   Nanti tak pasal-pasal dapat dosa pulak. Tak sangup!

Aku dan dia beriringan masuk ke dalam lif dan turun ke tingkat tiga.  Sepanjang dalam lif mulut kami senyap saja.  Seperti baru dilanda garuda rasanya. Aku pelik melihat dia yang agak diam dan bersahaja memandang aku.    Sebaik saja lif berhenti aku segera melangkah keluar dia terus mengikutiku dari belakang.

Aku berhenti dan menoleh ke belakang melihat dia. “Kejap! Kejap! Yang kau ikut belakang aku ni kenapa?”

“Lah tadi kata nak solat, aku pun nak solat lah jugak.” Balasnya selamba.

“Memanglah nak solat, tapi ini surau perempuan.  Surau lelaki ada dekat hujung sana.  Nampak tu…” Tunjukku.   Geram melihat dia yang nampak seperti tak tahu apa-apa.   Nampak sangat tak pernah solat dekat sini, surau perempuan dengan lelaki pun tak tahu nak beza.  Apa punya CEO lah ni. Tapi bersangka baik je lah, mungkin dia selalu solat dekat luar.  Sebab tu tak tahu.   Harap-harap..

Dia mengangguk faham, kakinya laju pergi ke arah surau lelaki dan masuk. Aku menarik nafas lega memandangnya.    Aku bergegas masuk ke dalam surau untuk mengambil wudhuk.  Alhamdulillah.... masih diberi kesempatan untuk menunaikan rukun islam yang kedua ini.  Amin….

************************************************************

USAI solat aku terus bergegas keluar dan naik ke tingkat dua belas semula.  Aku cepat-cepat naik ke tingkat atas tak kuasa nak tunggu atau nak cari Mr Playboy.  Pandai-pandai lah dia naik office sendiri, lagipun aku bukan bodyguard dia yang nak iring segala bagai. Huh!

Masuk-masuk je ke dalam office, aku lihat Kak Adibah dah tersenyum-senyum memandang ke arah aku.  Aku pelik! Dah kenapa pulak tu! Selendang aku ni senget ke? Aku segera mendekati Kak Adibah yang  duduk di mejanya.

“Hai kak Dib, senyum-senyum lebar ni ada apa-apa ke?  Lain macam je senyuman tu.”

“Huisyk… mestilah ini senyuman bermakna taw.”

Aku mencebik.  Macam-macamlah Kak Dib ni ada pulak senyuman bermakna. Layan…“Cakap je lah Kak Dib, malas saya nak teka senyuman bermakna Kak Dib tu.” Cebik aku.

“Alah, Kak Dib senyum ni semuanya pasal kamu Mia.”

Aku terperanjat  “ Hah, saya?  Eh kenapa saya pulak? Apa yang tak kena?” soalku bertalu-talu. Pelik ni.

“Tak ada apa yang tak kena dengan Mia,Cuma aura kamu tu lah dah melekat dekat bos akak. Sungguh tak percaya rasanya ha ha ha” gelak Kak Adibah.

What! Aura?  Hah sudah, aura apa pulak yang Kak Adibah merepek ni. “Aura apa pulak, akak ni macam-macam je lah.” Aku tergelak.

“Maksud akak, kamu ni ada aura yang dapat membuat seseorang itu berubah.  Macam Tengku Afriel lah selama ni tak pernah langsung akak nampak dia nak pergi solat dekat surau bawah ni.  Alih-alih tadi pergi pulak dengan kamu.  Tu yang akak terkejut tu, kuat betul pengaruh  kamu ni ye sampai bos akak boleh berubah drastik macam tu.”

Aku tergelak kuat.  What? Mr Playboy berubah sebab aku? Memang lawak tak kelakar. 

“Dah lah akak ni, merepek je.  Saya ni tak ada aura lah, semua yang berlaku tu sebab Allah.  Kalau Dia nak beri hambanya hidayah bila-bila masa saja ianya akan terjadi.    Jadi tak ada kena mengena dengan saya kalau hari ni Tengku Afriel tu pergi solat dekat surau bawah tu.  Semua itu kehendak Allah S.W.T.   Kalau Dia nak maka jadilah ia.    Tapi Alhamdulillah kalau dia hendak berubah hari ni, bukankah sembahyang itu perkara wajib sebagai seorang muslim.   Sembahyang itu kan tiang agama, tanpa tiang macam mana bumbung nak diletakkan.”

“Memanglah, tapi selama akak bekerja di sini tak pernah Tengku Afriel solat dekat situ.  Kalau berkepit dengan perempuan tu selalulah akak tengok.  Itu yang terjojol mata akak tadi tengok dia pergi surau tadi ha ha ha.”

Aku mengelengkan kepala, hai Kak Dib sempat pulak nak bergosip.  Orang nak buat baik biarlah, even orang tu aku tak suka tapi tak kisahlah kalau dia nak buat benda baik.  Aku tak peduli.

“Kak Dib ni pandai-pandai je kata dia tak pernah pergi surau.  Entah-entah dia selalu pergi Cuma Kak Dib je yang tak nampak.  Tak baik buruk sangka.  Jangan lupa dia tu bos Kak Dib taw.” Tegurku. 

Kak Dibah mengangguk faham “ Kak Dib tak lupa lah, cuma hari ni rasa sejuk je mata tengok bos.  Hai lah… Bertuahnya siapa yang berkahwin dengan Mia nanti kan.  Orangnya dahlah  cantik, baik , tak sombong dengan orang dan pandai pula bab-bab agama.  Bagusnya kalau Mia ni kahwin dengan Tengku Afriel dapatlah bos akak tu berubah.  Tak adalah jadi playboy lagi. Lagipun kamu berdua ni sepadan.  Handsome dan Cantik.”

Amboi Kak Adibah tadi mengutuk bos dia tak hengat.   Sekarang sambil memuji  aku, sempat pulak promosi bos dia.  Memang tak boleh pakai Kak Dib ni.    Huh! Kalau si Mr Playboy tu orangnya aku tak kahwin pun tak apa.  Menyakitkan hati je tengok muka dia.  Isykkk Kak Adibah ni kalau dilayan lama lagi, entah promosi mega sale apalah yang dia nak buat.   Baik aku masuk office siapkan kerja karang tak pasal-pasal tak siap pulak proposal tu. 

“Dahlah Kak Dib, Mia masuk lah dulu nak siapkan proposal tu cepat.  Bos akak mana dari tadi tak nampak pun?” soalku.

“Owh baru teringat, maaflah tadi seronok sangat berbual akak lupa nak cakap yang bos pesan suruh Mia siapkan proposal tu dulu.  Besok dia semak.   Dia ada meeting dengan client dekat luar sekarang ni.  Ni dia bagi pendrive dengan fail-fail yang perlu.  Mia bolehlah buat dekat office Mia.” Hulur Kak Adibah.

Aku mengangguk faham.    Huh! Mr Playboy ni, tadi beria-ia suruh aku siapkan proposal tu kat dalam bilik dia.    Alih-alih suruh aku buat sendiri dekat office.   Kalau macam tu baik dari tadi lagi aku buat dekat office aku sendiri tak payah nak ulang-alik macam ni.  Menyusahkan betul lah, rasa nak sepak-sepak je muka dia yang berlagak tu.  Huh!  Ingat aku ingin sangat nak duduk bilik dia, office aku lagi cantik lah!

Aku segera mengambil fail-fail dan data-data tadi dari Kak Adibah.  Kemudian aku Kak Adibah menghulurkan aku plastik makanan segera jenama MC DONALD (MCD). Aku tercengang memandang wajah Kak Adibah.

“Apa ni Kak Dib?” soalku, padahal dah tahu ada makanan dalam tu. Kalau akulah yang ditanya soalan macam tu, memang aku cepuk orang tu.  Plastik MCD sebesar alam lagi mahu tanya.  Nasib orang tu Kak Adibah jadi balasan jawapannya lembut saja.  Gaya ibu-ibu.

“Makananlah…tadi bos suruh akak beli untuk korang berdua.  Last-last tadi bos tak sempat nak makan, jadi dia suruh bagi je semua dekat Mia.  Dia kata Mia lapar tu, jadi boleh je habiskan semua ni.  Prihatin kan dia.” Senyum Kak Adibah.

Rasa-rasa prihatin ke cakap dia tu? Bunyi macam mengutuk je ayat tu.  Apa dia ingat aku ni hadap sangat dengan makanan dia ke.  Huh! Nasib kau tak ada kalau tak memang aku tendang kau dari bangunan ni.  Kenapa aku macam rasa dia kata aku ni pelahap!!!!! Wargghhhh!!!

Aku menarik nafas perlahan. Tersenyum pada Kak Adibah. “Tak apalah, Kak Dib je lah yang makan.  Mia tak suka makan makanan segera ni.  Tak berkhasiat.” Tolakku. Walhal MCD lah makanan kegemaran aku sejak kecil.

“Alah….Mia ambil je lah.  Kak Dib dah makan tadi.   Lagipun tadi bos dah bagi duit beli semua ni.  Mia makanlah sikit.  Penat Kak Dib pergi beli tadi.” Sayu suara Kak Adibah.

Aku serba-salah, tak sampai hati nak menolak.  Aku tersenyum dan mengambilnya.  Hmmmm.. tak apalah aku ambil je dulu, karang aku bagi dekat Reena.  Pandai-pandailah si Reena ni nanti makan semua ni. Lagipun rezeki tak baik ditolak kan.

“Okaylah Kak Dib, Mia turun dulu. Assalamualaikum.”  Aku segera membawa semua fail-fail turun ke aras aku.  Sungguh kalau Mr Playboy ada memang aku tinju dia cukup-cukup.  Dia tak tahu ke dia dah menyusahkan orang, kan susah ulang-alik bawak fail banyak-banyak macam ni.   Eiiii!!! Geram betul aku.  Rasa-rasanya aku takkan sesekali-kali berbaik dengan dia.  Takkan!!!!

************************************************

BUNYI ketukan di pintu bilik menganggu konsentrasi aku yang sedang sibuk meneliti data-data penting untuk proposal baru hotel di Pulau Pinang.   Aku tahu itu mesti Reena membawakan kopi untukku.  Sudah menjadi kebiasaan bagiku meminum kopi untuk menghilangkan rasa kantuk.  Aku menyuruhnya masuk.
Reena tersenyum dan masuk ke dalam bilik. Dia meletakkan kopi diatas meja.

“Nah..ini kopi yang you minta tadi.  Apa pun terima kasih untuk makanan tadi.  Tahu-tahu saja I tak pergi lunch tadi.  Bertuah betul I dapat bos macam you ni. Dapat makan free je lah I, ha ha ha.”

Aku tergelak mendengar omelan Reena.  Baik punya ayat dia puji aku, padahal bukan aku pun yang beli makanan tadi .    Tapi orang dah bagi aku, kiranya hak akulah kan.   Jadi  secara automatik, pujian tu pun milik akulah jugak  kan he he he.

“Sama-sama. Tapi lain kali you pulak belanja, I pun teringin nak rasa belanja you tu.”
“Boleh…tapi dekat tempat biasa-biasa je lah I mampu.  You okay ke pergi tempat tak terkenal macam tu?” soalnya lurus. 

Aku tersenyum, faham sangat maksud Reena.  Mesti dia fikir anak orang kaya ni tak biasa makan kat tempat-tempat murah.  Walhal tak semuanya macam tu, ada juga yang tak kisah.  Lebih-lebih lagi aku!  Aku lagi suka makan dekat gerai-gerai tepi jalan daripada pergi makan dekat hotel –hotel mewah.  Makan dekat gerai lagi banyak dan murah berbanding makan dekat hotel yang rupa je cantik tapi rasa tak sedap. Tapi hotel papa aku punya makanan memang sedap  Sikit je lah sedap he he he.  Anak kenalah sokong sikit kan.

“I tak kisah, asalkan bersih dan halal. I on je.” Balasku.

“Kalau macam tu..dapat je gaji nanti kita pergi.  Tak sabar nak keluar jalan-jalan dengan you.  Dekat KL ni 
I tak ramai kawan.  Kawan serumah pun I tak rapat sangat. Diorang kalau keluar pun tak pernah nak ajak i. I keluar sendiri je selalu.” Sayu suara gadis polos ni.  Kasihan aku mendengarnya. 

“Tak apalah, lain kali kita keluar.  Nanti you jangan muak pulak keluar dengan i.” gelakku, menceriakan Reena yang tampak muram. 

“Betul…thanks. Okaylah I tak nak ganggu you buat proposal ni.  Nanti tak pasal-pasal you mengamuk pulak kalau tak sempat siap. I keluar dulu ye.” Reena segera keluar dari bilik.

Aku hanya memerhati gadis ini.  Kenapa aku rasa Reena ni seperti sesuatu.  Dia nampak gembira tapi matanya tak menunjukkan rasa itu.  Pelik… Tapi tak apa banyak lagi masa untuk aku ambil tahu hal pekerja aku.  Buat masa ni aku kena siapkan proposal ni dulu.  Tak sanggup nak dengar sindiran Mr Playboy, berbisa tu.  Aku tak nak dia pandang rendah pada aku.  Aku pun nak show off jugak.   Aku terus tunduk dan kembali meneliti semula kerja-kerjaku. 

***********************************************************

Sudah jam tujuh malam.  Aku masih lagi di pejabat menyiapkan proposal ini lagi.  Sungguh aku tidak sedar masa yang berlalu.  Huh! Memikirkan yang hari makin gelap lebih baik aku membawanya pulang.  Lagipun ini kali pertama aku duduk seorang di office.  Takut pulak hati ni.  Hisykk menyesal pulak menolak pelawaan Reena yang nak teman tadi, jual mahal sangat konon-konon berani.   Walhal sekarang dah rasa seram sejuk.  Ambik kau Mia, rasakan duduk sorang-sorang!

Aku segera berkemas dan segera keluar dari pejabat.  Keadaan di luar sudah mulai gelap.  Aku segera menghidupkan enjin kereta dan terus memandu laju pulang ke rumah. 

Sebaik saja sampai di perkarangan rumah, aku lihat kereta Papa dan Abang tidak kelihatan.  Nampaknya mereka berdua masih juga belum pulang ke rumah.  Mungkin masih sibuk di pejabat agaknya.  Aku segera mengambil fail-fail yang diletakkan di tempat duduk kereta.  Aku memberi salam dari luar.
Beberapa saat kemudian pintu mula terbuka, kelihatan Mak Jah tersenyum menyambut kepulanganku.  Aku membalas senyumannya. 

“Mia dah balik pun.  Mak Jah ingat Mia pun lambat balik tadi macam Dato dengan Rayyan, nasib baik Mia balik.  Mak Jah dah masak banyak tadi.  Rugi kalau membazir.”

“Lah ye ke…baguslah Mia pun tengah lapar ni, dari tengahari tak makan.  Mak Jah tak payah risau, takkan membazir lah kalau Mia ada.” Aku tertawa.  Hilang segala permasalahan bila berbual dengan Mak Jah.

“Kalau macam tu Mia pergi naik dulu mandi dengan solat.  Nanti Mak Jah panaskan lauk.  Dato dengan Rayyan lambat balik agaknya, sebab tadi Dato telefon kata mereka makan luar dengan client.  Dia suruh Mak jah beritahu Mia supaya makan dulu, tak payah tunggu mereka. Takut lambat.” Ujar Mak Jah.

Aku mengangguk faham akan kesibukkan papa dan abang.    Aku segera naik ke atas.  Aku terus mandi dan bersolat.  Alhamdulillah semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Amin….

******************************************************
Usai saja makan malam, aku terus berlari masuk ke bilik bacaan.  Tadi aku menyuruh Mak Jah meletakkan fail-fail dan laptopku dalam bilik ini.  Aku segera duduk dan terus membuat kerja.  Aku harus cepat menyiapkan proposal baru ini.  

Sudah beberapa kali aku menahan mata dari terlelap.  Aku menguap lagi untuk yang keberapa kali.  Sungguh mataku sudah tidak dapat bertahan.  Kalau tak difikirkan yang proposal ini penting memang aku takkan buatlah. Aku ni bukannya rajin sangat nak buat semua ni.

 Tapi memandangkan hanya dengan proposal ini sajalah aku dapat buktikan pada Mr Playboy yang aku sangat berkebolehan.  Aku terpaksa.    Aku tidak mahu dicop hanya dapat kerja kerana papa aku pemegang saham di situ.  Aku mahu dia tahu akan kehebatan aku.   Mungkin selama ini dia ingat dia seorang saja yang hebat dekat situ.  Huh! Dia belum kenal siapa aku.  Aku akan buktikan yang aku lagi hebat dari dia! Tunggu lah besok.


At last proposal ini siap jugak, aku bersyukur yang teramat sangat walaupun jam sudah menunjukkan ke angka dua.  Aku segera menyimpan segala data proposal ini.  Dan kemudian berlari masuk ke dalam bilik.  Aku terus rebah dan tidur diatas katil.  Buat masa ini hanya aku dan bantal saja yang aku fikirkan. Hmmmm….

6 comments:

Unknown said...

Semakin menarik.. Hm.. Rasanya, belum lagi kot. Perbanyakkan lagi bab2 dimana mereka saling menyakitkan hati. Hii. Jahatnya...

Ian asynata said...

hahhaha.... i like!

Amirah Hidayah said...

Alorrhh pendeknya! But its okay. Best! :) harap2 lah dorang boleh berbaik2 x sabo nk tnggu diorang fall for each other :D

ada said...

Best..

Unknown said...

betul..jangan bagi berbaik dulu ;-) bagi gaduh2 dulu, then nanti baru berbaik2, hehe..

Unknown said...

best...

Post a Comment

About Me