topbella

Wednesday, 18 December 2013

I Hate You MR P.L.A.Y.B.O.Y 14

Assalamualaikum....

Oleh kerana terlalu sibuk, baru hari ni berpeluang menghabiskan entry ni.... Hope akan ada yang suka....terima kasih dekat semua yang selalu comment.  dengan comment korang semua bertambah-tambah semangat nak buat.   I Like korang semua hahahha.....

################################################################

BAB 14

MATAKU terkelip-kelip melihat Mr Playboy yang sedang sibuk membelek proposal yang sudah kusiapkan semalam.  Dari tadi wajahnya asyik berkerut saja membaca setiap tulisan yang ada dalam fail itu.  Aku sudah beberapa kali menguap melihat wajahnya yang bosan tika ini.  Kalau sampai ke sudah dia reject jugak proposal aku ni, memang aku tendang terus dia dari kerusi ni.  Hidup kalau tak menyusahkan orang memang tak sah!

“Hmmm….okay!  boleh tahan jugak ye kau siapkan semua ni semalaman.  Mengkagumkan, bagi orang baru macam kau.  Good job.” Pujinya.

Aku terkejut mendengar pujian itu, aku fikir dia nak kutuk aku tadi tapi sebaliknya pulak.  Aku tersenyum, agaknya inilah rasa perasaan bangga bila kerja kita dihargai.  Aku berpura-pura rileks seoalah-olah tidak mendengar pujian dia.

“Apa kau cakap tadi, ulang balik aku kurang dengar ayat tadi?” soalku sengaja. Senyum sinisku berikan pada dia saat ini.

Dia mendengus geram melihat diriku yang mungkin jengkel pada pandangannya.  “Kau kalau tak berlagak memang bukan kau kan.  Tak habis-habis nak tunjuk hebat sangat.  Okay lah… aku mengaku yang kau memang boleh buat kerja.  Cuma banyak lagi yang kau perlu belajar.   Tapi untuk permulaan aku kagum dengan proposal kau ni.” Ujarnya.

Aku tersenyum dan memuncungkan bibir.  “Well kan aku pernah cakap, yang aku ni hebat.  Kau tengok je lah nanti apa yang akan terjadi lepas ni.” Balasku bangga.
Dia terus ketawa kuat, sampai keluar air mata.  Benci pulak aku melihat dia.

“Adoi kau ni lawak pulak aku tengok.  Kelakar lah kau ni.  Macam budak-budak pun ada.”

Dia kata aku budak-budak, hai lah… memang nak kena ni! “Hello aku bukan budak-budak okay.  Apa masalah kau nak gelakkan aku.  Agaknya kau ni takut kot kalau-kalau aku lagi hebat dari kau nanti.” Jelingku tajam pada dia yang masih ketawa.

Dia perlahan-lahan berhenti dari ketawa dan terdiam memandang aku. “Aku tak pernah takutlah, lagipun aku tak mahulah gaduh-gaduh dengan budak-budak macam kau ni.   Tak profesional.  Buang masa aku je nak fikir semua ni.  So aku rasa dah tak ada apa-apa lagi.  Jadi lebih elok kiranya kalau kau keluar dari bilik aku ni, aku banyak kerja nak buat sekarang.  Please….”  Tunjuknya ke arah pintu.

Merah padam muka aku saat ini.  Lelaki ni betul-betul mencari pasal.  Berani sekali dia menghalau aku…eiiiii!!! Tak guna betul punya lelaki.  Memang hampeh! Belum pernah ada yang cakap macam tu dengan aku.  Betul-betul terhina aku rasa.  Tak apa kau nak balas dendam pasal aku halau kau hari tu.  Okay fine…. hari ni hari kau, esok lusa sampai ke akan datang mesti hari aku.  Siap kau nanti Mr Playboy!

Aku menjelingnya tajam ke arahnya yang tersenyum sinis memandang aku. Aku bangun dan terus berjalan ke pintu masuk.   Dia memanggilku semula.

“Lagi satu Mia Qaisara,  kau tak payah nak tunjuk hebatlah kalau setakat baru buat satu proposal.  Ini tak menjamin apa-apa pun.    Jadi aku syorkan balik je bilik nanti kau buka fail-fail yang ada dan baca sekali skop kerja kau.  Aku rasa nanti mesti kau faham kerja apa yang kau kena uruskan selepas ni. Good luck. 

Aku menahan geram memandang dia.   Aku segera keluar dan sengaja menghempaskan pintu biliknya dengan kuat.  Semua pekerja-pekerja di luar terdiam dan memandang ke arahku.   Mungkinn mereka semua terkejut dengan hempasan pintu tadi.  

Aku berpura-pura tenang memandang mereka.    Perlahan-lahan kakiku melangkah keluar dari aras ini.  Aku kena cari tempoh bertenang dulu sekarang ni.  Sungguh saat ini suhu kemarahan aku dah naik berdarjah-darjah. Terasa nak meletup je sekarang ni.   Rasa-rasanya kalau tak difikirkan reputasi dan maruah papa dekat office ni, memang tadi aku ajar saja mulut dia yang puaka tu.  Argghhhh!!!!

****************************************



AKU perlahan mengetuk-ngetuk meja dengan jari tanganku.   Hmmm...bosan!  Aku memandang kiri dan kanan di sekelilingku.  Keadaan bilik pejabat yang sejuk dengan air cond menambahkan kelesuan pada wajahku.  Mataku memandang ke arah jam, sudah pukul satu tengahari.   Nafasku perlahan-lahan mengeluh lemah.  

"Hmmm….kenapalah hari ni  Si Reena tu boleh pulak pergi puasa sunat.  Tak pasal-pasal tak dapat teman aku makan.  Hisykk laparnya!" omelku perlahan.    Aku mengusap perut berulang kali.  Sebenarnya boleh aje kalau aku nak pergi makan sendiri tapi malas pulak nak keluar.  Hmmm baik tidor je lah.  Aku merebahkan kepala di atas meja. Mata terus terpejam.

Bunyi ketukan pintu dari luar, membuatkan aku tersentak dari tidur.  Aku memandang ke arah pintu. Siapa pula yang ketuk pintu ni? Tak mungkin Reena, kerana aku telah berpesan padanya supaya tidak menganggu aku buat masa sekarang.  Siapa pulak yang datang tu? Mr Playboy ke? Uisykkk kalau betul dia memang aku halau je kejap lagi. Dah lah orang tengah lapar ni!

Bunyi ketukan pintu masih lagi bergema. Aku tambah pelik memikirkan.  Arghhh!!  Aku menyuruhnya masuk.  Sebaik saja pintu terbuka, terjengol wajah seorang lelaki.  Dia tersenyum lebar memandang aku.  Ek eleh….dia ni!  Mamat mulut tak boleh blah rupanya!  Apalah yang dia nak ye?

Aku mengeluh panjang.  Aku ingatkan Mr Playboy lah tadi, kalau dia tadi boleh juga mulut ni berlawan cakap.  Seronok jugak dapat membidas dia pulak.  Hmmmm… Eh! Dah kenapa aku ni, asyik fikir dia je. Tadi bukan aku nak halau di sangat ke. Isykkk!!! Fikiran ni tak center gamaknya. 
Aku mengalihkan pandangan kearah Iqi yang berjalan perlahan ke arahku.

“Hai Mia….busy ke?” soal Iqi.  Dia terus masuk dan duduk di kerusi tanpa sempat aku pelawa.  Tak malu betul Iqi ni kan!

“Hmmm…busylah jugak.  Nak apa?” soalku acuh tak acuh menjawab.  Bukan apa dah terkena sekali bila layan dia terlebih mesra.  Pisang takkan berbuah dua kali jadi aku tak nak mesra-mesra lagi. Huh!

“Tak ada saja je nak tengok you.  Tak boleh ke?”

“Tak boleh… kalau setakat saja-saja masuk sini baik tak payah.  Lagipun apa hal you nak tengok I?”

“Alah you ni berangin je lah.  Kita kan rakan sekerja salah ke I nak datang berbual dengan you.   Lagipun sekarang kan time rehat.   Jadi I nak ajaklah you pergi lunch.  I belanja you makan, nak tak?” ajak Iqi.  

Bulat mata aku mendengar perkataan ‘Belanja’ yang bermaksud makan free, memang perkataan kegemaran aku tu!  Memang kebetulan aku pun memang tengah lapar!  Rezeki ni oii!  Walaupun sebenarnya dalam hati ni tak berapa nak suka dengan mamat mulut tak boleh blah aka Iqi, tapi disebabkan dia nak belanja aku makan, aku dengan rendah hatinya harus bersetuju.  Rezeki tak boleh tolakkan he he he.

“Really….bestnye!  Jom I memang dah lapar. Cepatlah bangun. ” ajakku.    Aku segera mencapai tas tangan dan berdiri.  Makan free tu sape tak nak!

Iqi  memandang pelik seperti tidak percaya.  “Aiik tadi macam marah masa I masuk sini. Sekarang kemain laju nak mengajak .  Amboi bila sebut nak belanja makan, terus senyum sampai ke telinga.  Pandai you yek?”

“Well….orang nak belanja, takkan lah I nak tolak.  Cepatlah…..  You nak belanja I makan dekat mana ni?  I dah tak sabar ni.”

Iqi tergelak mendengar pertanyaan aku yang laju. “Okay…okay, jom kita pergi cepat.  I bawak you makan dekat tempat special punya, you mesti sukalah.” balas Iqi. 

“Yes!!!”

Kami berdua berbual-bual sambil berjalan beriringan menuju ke lif.  Tidak perlu menunggu lama, pintu lif  kemudian terus terbuka. Seseorang sudah berada di dalam lif.   Dia memandang tepat kearah aku.   Aku mencebik melihat wajahnya.  Hisyk mati terus selera!   Kenapalah kemana saja aku pergi mesti muka dia yang aku nampak.  Tension!

“Woit Afriel,  Kau punya lif VVIP rosak lagi ke?”soal Iqi terus masuk ke dalam lif.  Aku pun turut sama masuk.  Langsung sedikit tidak ku tegur atau kupandang wajah yang paling menyakitkan jiwa tu. 

“Aaahh…tiba-tiba je rosak tadi.  Kau nak pergi mana ni?” soalnya. Matanya terarah melihat aku.  Aku memusing kepala ke tepi.  Tak hingin aku nak tengok kau!

“Well…pergi lunch dengan Mia.  Aku cadang nak belanja Mia makan tempat special yang selalu kita pergi tu.” Balas Iqi.

 “Kalau macam tu aku nak ikutlah sekali.  Aku pun dah lama tak makan dekat situ.”ujar Mr Playboy tiba-tiba. 

Terkejut aku dengar kata-katanya suka hati je nak offer diri.  No Way!.  Iqi jangan pandai-pandai nak setuju.  Aku menjeling sekilas pada Iqi tanda isyarat.

“Okay no hal…lagi ramai lagi bagus.  Meriah sikit kan Mia.” Bising Iqi.  Iqi tersenyum pada aku.

Ah! Sudah….Geram betul aku dekat Iqi ni main tak kisah je.  Rasa macam nak sepak je muka tak bersalah si Iqi ni.  Menyesal betul ikut tadi!

Aku mengeluh perlahan.  Kenapalah lelaki ni menyibuk saja nak ikut.  Eiii!!! benci betul aku dengan dia. 
Aku menoleh ke arah Iqi yang selamba bersiul dari tadi.  Lagak seperti dia saja yang duduk dekat dalam lif ni. Memekak! Aku menjeling pada Iqi tanda geram.

Sebaik saja pintu lif terbuka, kami bertiga melangkah keluar dari dalam lif.  Baru beberapa langkah berjalan kami dikejutkan dengan jeritan nyaring dari seseorang yang berada di depan kaunter penyambut tetamu.  Mataku terus tertancap pada seorang gadis berambut perang yang berbaju dress pendek dan bermini skirt.  Fuyooo….seksi giler wa cakap sama lu.

Gadis itu kemudian berlari mendapatkan kami bertiga.  Oppsss…. bukan kami bertiga tapi si Mr Playboy yang berada di tepi ye.

Aku dan Iqi hanya mampu menelan air liur melihat drama sebabak dekat depan mata.

“Baby  you pergi  mana?  Kenapa I telefon you tak angkat.  I mesej pun you tak balas.  You tak rindukan I ke baby?” gadis itu tanpa segan silu memeluk lengan Mr Playboy.

Hampir termuntah aku di situ.  Baby? Oh please!!! Dah tua-tua nak berbaby bagai.  Geli ketiak aku dengar. Dah lah tu tak malu buat aksi-aksi kucing miang dekat sini.  Jatuh maruah perempuan.   Aku menjeling sekilas memandang Mr Playboy, nampaknya wajah dia tegang seperti tidak suka kedatangan gadis tersebut.  Ye ke tak suka, entah-entah gatal merenyam jugak macam si perempuan ni.  Dasar playboy!

“Isykk lepaslah tangan I .  You ni kan I dah pesan I tak suka mana-mana perempuan datang cari I dekat office.  Yang you ni susah sangat nak faham kenapa!” tanyanya kasar tapi suaranya masih perlahan. 

Terangkat keningku melihat Mr Playboy yang bersuara kasar, aku fikir dia mesti akan tangkap lentok dengan gadis itu. Tapi sebaliknya pulak.

“You ni tak baik buat I macam ni. I datang sini pasal I rindukan you. Kita dah lama tak jumpa, you langsung tak ambil peduli pasal I.  You nak taw I tak tahan sangat nak jumpa you.  I rindukan you sangat-sangat.” Rengek gadis itu.  Dia mengeselkan badannya pada badan Mr Playboy.

Ya ampun…. Lain macam je gatalnya,perempuan ni.  Mulutku hampir saja mahu terlopong melihat adegan tersebut.  Sungguh memalukan berkelakuan begitu lebih-lebih lagi di ruang terbuka seperti ini.  Nasib baik sekarang waktu lunch tak ramai pekerja yang berada di lobi sekarang.    Kalau tak mesti mereka jijik atau meluat melihatnya.   Huh...macam mana kalau client pulak yang lihat, mesti terkejut habislah melihat CEO Crystal Sdn.Bhd berkelakuan tidak senonoh di dalam pejabat.   Perkara ini pasti akan menjejaskan reputasi syarikat.  Dan mungkin juga akan menjadi tajuk hangat bagi kaki-kaki gosip besok.

Iqi berdeham tiba-tiba.  Matanya memandang tajam pada mereka berdua, mungkin Iqi juga merasa kurang enak melihat aksi daring gadis itu.  Iqi seperti memberi isyarat pada Mr Playboy.  Huh Iqi tak payah nak isyarat sangat, sound je lah itupun nak ajar. Huh! Benci betul tengok drama depan mata ni.

Mr Playboy yang sedar akan pandangan dan isyarat dari Iqi ,segera menjarakkan diri dari gadis itu.  “Look hereTina, I rasa baik you balik sekarang.  I tak mahu staf-staf I nampak apa yang berlaku sekarang ni.  I tak nak jadi bahan gosip pulak tak pasal-pasal.  I tak suka hal peribadi bawak ke office.  I nak you pergi balik sekarang.” Arahnya tegas.  Aku lihat dia cuba melarikan lengannya dari terus dipeluk oleh gadis itu.

“Alah….kalau I balik nanti mesti you tak cari I lagi.  I rindu sangat ni dengan you.” Rengek gadis itu.

Makin menyampah pulak aku tengok perempuan ni.  Gatal terlampau!  Gersang ke apa! Elok aku sembur dengan ubat nyamuk nanti, baru dia tahu macam mana gatal badan dia nanti.  Eiiiii perempuan macam ni pun Mr Playboy boleh buat girlfriend.  Tak ada kelas langsung.  Terlalu murah!  Dasar buaya semua benda main telan je tak reti nak pilih-pilih.  Geram aku.  Eh yang aku ni emosi kenapa? Dah gila apa nak sibuk hal dia.  Lantak dialah hal dia.  Hampir saja aku nak mengetuk kepala sendiri, sampai ke situ pula aku terlebih berfikir.

“You ni kan I dah cakap kalau I tak busy I carilah you.    Susah ke you nak faham?” Tengking Mr Playboy. Huh gerun pulak aku tengok wajah bengis dia memarahi gadis itu. Tak pernah pulak bila dia bergaduh dengan aku muka dia macam tu.  Kecut pulak perut aku tiba-tiba.

“Alah…kalau nak tunggu you tak busy entah bila kita dapat jumpa.   Tu yang I datang sendiri hari ni.”

“Nanti I datanglah cari you. Ke you nak I tak payah cari you. I bila-bila masa pun boleh buat. Dah sekarang ni I nak you balik dulu.”

“Habis tu bila you free, you dah janji nak ajak I keluar shopping.” Rengek gadis itu.  
Aku mencebik melihat babak sebabak mereka.  Hmmm padanlah…Yang si lelaki playboy dan yang si perempuan pisau cukur.  Pasangan ideal lagi serasi! Memang akan kekal sampai akhir zaman. Good choice!

“I janji hujung minggu ni kalau I tak busy I jumpa you.  Tapi sekarang I nak you balik dulu.  Boleh kan.” Pujuk Mr Playboy.  Aikkk dah slow balik suara.  Hrmm dah cair lah tu tengok aksi rengek kucing miang ni.  Dasar lelaki! Kena goda sikit dah lemah.   Benci aku!  Yang si Iqi ni tak gerak-gerak pulak, nak makan ke tidak ni! Memang hilang tahap kesabaran dah ni.

“Iqi kita ni nak pergi makan ke tidak? I dah penat berdiri lama-lama ni.  I tak nak kenyang dengan maksiat depan mata pulak.” Sindirku sinis
.
Mr Playboy memandang tajam kepada aku.  Aku terus menjeling tajam pada dia. Huh! Ada aku kisah kau terasa atau tidak.  Pergi jalanlah Playboy !

Iqi mula bersuara “Well…Afriel kau settle kan lah hal kau ni.  Biarlah aku dengan Mia je pergi makan dulu. Jom Mia.” Iqi mengajak aku pergi.   Aku tersenyum sinis memandang Mr Playboy.    Great Iqi…bagus jawapan kau.  Ok… Mr Playboy jangan nak sibuk ikut lagi ye.   Kalau kau nak makan sangat ajak je si kucing miang tu teman.  Tak payah nak sibuk-sibuk menyemak dekat mata aku.  Huh!

“No…no… aku nak pergi jugak ada hal penting nak discuss dengan korang.  Macam ni, apa kata you guys tunggu dekat dalam kereta, sementara aku settle kan hal ni dulu.” Arahnya tegas.  Dia menghulurkan kunci keretanya kepada Iqi.

‘No!!!!!!! Iqi jangan sesekali nak ambil kunci tu.  Aku tak nak naik kereta dia.  Benci!!!!!’ suaraku dalam hati
Aku hanya mampu  menarik nafas sedalam-dalamnya bila melihat Iqi bersungguh-sungguh mengambil kunci dari tangan Mr Playboy.  Tersengih Iqi melihat aku yang menjeling dia dari tadi.  Argh! 

 Isykkk Mr Playboy ni….Nak jugak sibuk ikut orang, pergilah makan dengan kucing miang tu.  Geram betul lah!!!!!!

Akhirnya dengan tak relanya, aku melangkah perlahan beriringan dengan Iqi menuju ke kereta milik Mr Playboy.   Sempat jugak aku menoleh ke belakang untuk melihat Mr Playboy dengan gadis tadi.  Terbeliak juga mata aku melihat dia mengeluarkan dompet dan menghulurkan beberapa not duit kepada gadis itu.  Makin gatal lah senyuman perempuan tu, panjang terus tangan mengambilnya. 

Naik menyampah aku melihat adegan itu.   Dasar perempuan miang!  Memang jenis pisau gillete ni.  Nasib kau lah Mr Playboy dapat perempuan stok macam ni, kalau abang akulah  jangan harap dia nak layan perempuan macam ni.  Nasib baik abang tak macam tu kan… kalau tak mahu botak kepala, habis duit dengan perangai macam ni. Eiiii… menakutkan!!

Aku terus melangkah mengekori Iqi yang laju berjalan ke arah parking, dia menekan alarm BMW X5 Mr Playboy dan membuka pintu belakang untuk aku duduk.  Gentleman sungguh Iqi ni.  Terharu rasanya…ha ha ha. Tapi sebaik saja duduk dalam kereta aku terus rasa meluat pulak.  Tak suka betul guna harta benda orang yang kita benci.  Lebih-lebih lagi harta si Mr Playboy tu.  Sakitnya….hati!

“Thanks…”ucapku ringkas.  Dia mengangguk dan tersenyum.  Iqi kemudian menghidupkan enjin kereta dan terus duduk di tempat pemandu.

Aku meninjau ke belakang cermin, dan kemudian melihat Mr Playboy berlari menuju ke arah kereta.  Kucing miang tadi tak pulak kelihatan.  Mungkin dah berambus selepas dapat duit dari Mr Playboy.  Bila ingatkan balik, rasa-rasanya nak bagi je flying kick kat muka perempuan tu.  Rasa menyampah tengok perempuan perangai macam ni.  Tak tahu jaga maruah betul.  Huh!

“Okay…dah settle.  Jom gerak.” Ajak Mr Playboy sebaik saja duduk di tempat duduk penumpang hadapan. 

Iqi terus mengerakkan kereta menuju ke jalan utama.  Aku memandang kearah luar cermin. Tak hingin nak pandang lelaki dekat depan ni.  Rasa menyampah betul. Yang lebih sakit hati… aku boleh pulak naik kereta dia.  Makin sukalah Mr Playboy tu tengok aku.   Dari tadi tersenyum sinis pandang aku.   Arghhhh!!!! Menyesal ikut tadi.  Benci!!!!


9 comments:

Unknown said...

ala..pendeknya Ian..cepat2 buat next entry..tak sabar ni nak tau apa yang terjadi lepas ni;-) best2!!!

Ian asynata said...

hahah... haida, insyallah nti sya try wt cepat...nak banyak scene gaduh2 lagi kan hehehhe.....

Unknown said...

sudah semestinya;-) itulah penyeri cite ni, hehe...kita tungggguuuu next entry tu!

Unknown said...

dah agak dah mesti bergaduh lagi punya! best2x! :)

Unknown said...

Ian, kita dah nak bertukar jadi warna hijau cam Incredible Hulk!Mana next entry?Mana Mr.Playboy, mana?;-)

Ian asynata said...

alah haida..sleeping ugly tak boleh garanglah2 kena comel2 taw...hahha insyallah nt adalah tu hehheh....thanks sudi baca...

Unknown said...

bestla cite ni tp nape pendek sgt baru nk feeling dh hbs cerita

Ian asynata said...

ye ke rosdiana hasan pendek ke?...rasa mcam panjang je hheheh..insyallah next entry akan cuba perbaiki apa yang kurang...thank comment..

Unknown said...

la..dah habis ...pendek sgt...sambung lg please...

Post a Comment

About Me