Assalamualaikum.....
Akhirnya dapat jugak siapkan bab 15 ni...Pening jugak nak fikir-fikir macam mana nak panjangkan cerita. At last jadi pendek jugak.. hmm...harap ada yang terhibur baca kat sini. kalau rajin-rajin commentlah apa yang patut. insyallah ian akan cuba perbaiki mana yang perlu. Akhir kata...Read with you heart... he he he. Poyoz!
##################################################
BAB 15
“AKHIRNYA sampai pun
jugak kita dekat tempatnya. Okay
boleh turun semua… ” arah Iqi sebaik saja memberhentikan kereta.
Aku segera turun dari kereta. Mataku mula memerhati kawasan
sekeliling. Sebuah restoran makanan Thailand, yang berkonsepkan taman
bunga. Memang cantik dengan susun atur
tempat duduknya yang diperbuat daripada buluh dan berbumbung nipah. Memang menarik perhatian untuk makan disini.
Kami duduk disalah satu tempat duduk yang disediakan. Betul-betul teruja aku rasa. Dengan keindahan taman yang penuh dengan
bunga-bunga menambahkan lagi selera untuk makan di kedai ini.
“Mia, nak makan apa?” Tanya Iqi sambil menghulurkan buku
menu padaku.
Belumpun sempat aku ingin mengambilnya, satu tangan kasar
telah terlebih dahulu berbuat demikian.
“Ah! Meh sini aku order, kau kan dah lama duduk dekat luar
negara tu. Jadi kau mesti tak tahu nak
makan apa kan? Meh sini aku tengok.” Aku
menjeling tajam padanya. Eiiiii!!!! Aku
boleh order sendiri lah.
Macam
budak-budak dibuatnya aku. Aku mengigit
bibir. Geram!
“Tak payah kau nak sibuklah.
Aku tahulah nak makan apa. Bak
sini menu tu.” Aku segera menarik buku menu tadi dari tangan Mr Playboy. Dia tidak mahu melepaskan dan menarik kembali
buku itu jauh dari aku.
Aku cuba menarik lagi.
“Eh! Korang ni macam budak-budaklah. Tak malu ye orang pandang. Adik yang ambil order ni pun gelak tengok
korang. Malulah sikit. Perangai macam budak darjah satu, dua-dua
sama je.” Tegur Iqi. Dia mengelengkan
melihatkan kami yang masih berebut buku menu.
Aku mengalah.
Menjeling tajam melihat Mr playboy yang tersenyum sinis memandang mukaku. Tak apa, kau ingat kau menang. Jangan harap!
Aku ni Mia Qaisara lah…tak pe kau tunggu kejap.
Aku tersenyum memandang budak pelayan yang masih berdiri dan
bersedia mengambil order. “Emmmm…rasanya
nak makan ikan siakap masak masam-manis, sotong goreng tepung, ayam goreng
berempah, tomyam dan ulam-ulaman. Air
nak air tembikai laici lah. Nak sambal belacan sekali taw.” Orderku. Aku tersenyum manis kepada si Iqi yang akan
tukang bayar nanti he he he.
Terbeliak mata budak berdua ni memandang aku. Aku mencebik.
What! Sapa suruh tak bagi buku menu tadi. Jadi aku orderlah ikut selera kan ha ha ha.
Padan muka!
“Kau ni makan ke melantak hah?” tanya Mr Playboy. Dia meletakkan buku menu di atas meja.
Aku menjelirkan lidah pada dia. Ada aku kisah! Suka hati perut aku lah nak
melantak ke apa. Bukan kau yang bayar
pun.
Iqi hanya mampu menelan air liur melihat aku . Dia kemudian menambah beberapa menu
lagi. Nasi dengan air je, lauk-lauk kan
aku dah order. Mr Playboy gigit jarilah
tengok semua tu. Nak sangat berebut
dengan aku kan. Hah tengok sapa lagi
power....
Sebaik saja makanan sampai, kami terus makan dengan
senyap. Tapi tak adanya nak senyap
sangat. Aku sempat jugak berebut ayam
goreng dengan Mr Playboy. Suka hati dia
je nak ambil peha ayam aku. No way! Itu
aku punya. Akhirnya aku berjaya dapat
balik peha ayam goreng aku. Itupun setelah Mr Playboy ditegur oleh Iqi agar
beralah dengan aku.
Aku menjelirkan lidahlah tengok muka dia yang sedih tak
dapat peha ayam goreng. Sengaja aku
angkat tinggi-tinggi kasi jealous sama dia ha ha ha.
“Alhamdulillah kenyang…” ujarku. Aku mengusap-usap perut tanda kenyang. Iqi hanya tertawa melihat telatah ku. Mungkin
dia agak terkejut melihat gaya aku seperti kebudak-budakkan.
“Hai cukup ke makan tu? Tak nak order lagi.?” Sinis satu
suara. Huh penyibuk ni, dari tadi asyik
nak cari pasal je dengan aku. Aku
memberikan jelingan paling tajam pada dia. Lepas tu aku baru teringat sesuatu!
“Hmmm….Iqi kalau I nak bungkus bawak balik boleh?” soalku
tanpa rasa bersalah.
Mr Playboy dan Iqi berpandangan.
“Kau….ni biar betul..” soal Mr Playboy. Iqi juga menanyakan
soalan yang sama.
“Betullah….i nak bungkus bawak balik. I nak bagi Reena, sebab hari ni Reena puasa
sunat. Nanti dia boleh buat berbuka makanan tu.”
Mereka berdua menarik nafas lega. Aku memandang pelik. Jangan-jangan diorang ni fikir aku kot yang
nak makan. Melampau betul pemikiran diaorang
ni. Ingat aku ni buruk makan ke apa!
“Okay…okay. You order
je Mia, nanti I bayar semuanya. Untung
Reena dapat bos macam you. Semalam masa
I naik department you. Dia kata you
belanja makan MCD. Hari ni belanja lain
pulak. Untung kan dapat bos macam you
ni.”
Mendengarkan pujian Iqi membuatkan aku tersenyum. Aku memandang sekilas pada wajah Mr Playboy
yang masam dan tajam padaku. Mesti dia
kecewa bila dengar makanan dia semalam aku kasi dekat orang. Padan muka.
Ingat aku heran belanja kau.
Selesai saja semuanya, kami berangkat pulang semula ke
pejabat. Tapi kali ini Mr Playboy yang
memandu. Melihat cara pemanduannya yang
santai membuatkan aku rasa selesa dan mengantuk. Mataku terus terpejam rapat.
*****************************************************************
AKU merasakan satu sentuhan tangan yang lembut di
pipiku. Rasa tenang dan dilindungi. Aku membiarkan saja pipiku diusap. Aku merasa kedinginan pada tubuhku. Rasa tidak mampu lagi membuka mata. Aku membiarkan diriku terus hanyut dalam
mimpi. Hmmm….
Mendengarkan suaraku dipanggil perlahan membuatkan aku
tersedar. Perlahan-lahan aku membuka
mata. Sedikit demi sedikit kelopak mataku terbuka. Jelas satu gambaran manusia di depanku. Pandanganku sedikit kabur. Aku
mengelip-ngelipkan mata untuk lebih jelas.
Bulat terus mataku. Mr Playboy!
Aku segera duduk tegak.
Aku memandang kearahnya yang berdiri di luar pintu kereta. Aku cuba mengingati apa yang telah terjadi
sebenarnya tadi.
Hmmm….tadi balik restaurant aku naik kereta, lepas tu apa
yang jadi ye? Tadi aku rasa macam mimpi je ada orang sentuh pipi aku? Isykkk
lama betul ke aku tidur? Malunya! Dah lah tidur dalam kereta dia pulak tu. Eiiiii!!!!
“Ermmmm…dah sampai ke?” soalku, cuba menutup malu.
Dia tersenyum sinis dan mengelengkan kepalanya berulang
kali melihatku
“Kau rasa? Dah dekat dua jam kita sampai. Kau mimpi apa sampai tak sedar-sedar. Tidur mati! Agaknya kalau aku angkat dan campak kau dekat
tepi jalan pun kau tak tahu.” Jawabnya sinis.
Dua jam! Aku segera melihat jam tanganku. Yelah dah dua jam berlalu. Tapi apehal dia tak cuba kejut aku. Iqi mana? Aku tercari-cari kelibat Iqi.
“Tak payah nak cari Iqi, dia dah lama masuk office. Penat dia cuba kejut kau tadi. Tak sedar-sedar! Dah lah tu, tidur berkeruh siap ada air liur
basi lagi. Kau tengok sofa aku dah habis kena air liur
kau. Nasib sofa tu kulit kalau tak mesti
dah berpeta kat situ.” Aku segera
mengelap pipi. Tak ada pun! Aku menjeling tajam pada dia. Dia ni mulut over betul!
“Tepi sikit, aku nak keluar ni.” Aku menyuruhnya ke
tepi. Mr Playboy perlahan-lahan berundur. Aku
segera melangkah keluar dari kereta dan masuk ke dalam pejabat meninggalkan Mr
Playboy di situ. Langsung tidakku toleh
sedikit ke belakang.
Malu! Malu! Mana nak
letak muka lepas ni. Bodoh betul lah aku
hari ni boleh pulak landing baik punye
dekat kereta Mr Playboy tak guna tu. Tak
pasal-pasal kena bahan dengan dia.
Mana Si Iqi ni? Boleh pulak dia biarkan aku tidur dekat
situ. Tak boleh harap! Aku menekan
butang lif ke tingkat Department kewangan.
Sebaik saja melangkah masuk, aku
segera menuju ke bilik Iqi.
“Hai Mia…dah bangun.
Sedap you tidur tadi.” Sapa Iqi
ceria, sebaik saja kakiku melangkah masuk ke officenya.
“Banyak you punya sedap, kenapa you tak kejut I tadi. Dua jam taw I tidur.” Soalku
bertalu-talu. Geram melihat muka Iqi
yang langsung tak berperasaan.
Iqi ketawa kuat melihat wajah geramku. “Ye ke, tak taw pulak
I sampai dua jam. I ingat sekejap je
tadi.
Sebenarnya tadi I nak kejut you
but Afriel kata tak payah. Dia
tak sampai hati nak kejut bila tengok wajah comel you, nampak penat sangat. So I Afriel drop i dekat office dulu sebab dia nak isi
minyak kereta . Jadi dia bawaklah you
pusing-pusing dulu sampai sedar. Tapi
tak sangka sampai dua jam. Tidur mati
you ni yek.” Gelak Iqi.
Aku menjeling tajam pada Iqi. Hampeh gas punya orang, boleh pulak dia buat
aku ni macam barang. Boleh
tinggal-tinggalkan pulak. Nasib tak ada
apa-apa yang buruk berlaku.
“Dah lah I nak balik bilik dulu. Geram dengan you ni. Eiiii….” Aku segera
melangkah keluar dari office Iqi. Kalau
cakap lama-lama boleh menyakitkan hati je.
Fikiranku masih memikirkan tangan yang menyentuh pipiku
tadi. Betul-betul ke mimpi. Tapi macam real je. Isyk siapa?
Takkanlah dia… Dia ke? Isykkk…serabut otak aku.
Sedang asyik berfikir-fikir,sedar tak sedar aku sudah pun
sampai ke depan pintu bilikku sendiri.
Reena memanggilku dari tempat duduknya.
Aku segera menoleh.
“Mia…ni Tengku Afriel bagi tadi. Dia kata you bungkuskan untuk I. Betul ke?”
ujar Reena sambil tersenyum. Dia
menunjukkan bungkusan nasi yang aku bungkuskan buatnya tadi. Aku betul-betul terlupa tentang itu. Nasib Mr Playboy tu bawakkan.
“Aaahhh…untuk you.
Ambillah buat makan buka nanti.
Okaylah I masuk dulu. Make sure tak ada yang ganggu I, kecuali
yang penting saja.” Arahku. Aku segera
masuk dan duduk dikerusi. Fikiranku
betul-betul buntu sekarang. Apa yang
telah berlaku tadi. Betul ke itu
mimpi? Isykk itu mesti mimpi kan…aku bermimpikan. Arghhhh!!! Sengal! Aku menghantukkan dahi
secara perlahan pada meja. Tension!
5 comments:
Lawak je..nasib mr playboy tak snap gmbr dan post kat mana2... ;)
best2...tapi pendek, tak puas baca;-)
best.
Lawak, best :) Btw, tu mesti tangan afriel la tu kan kan kan? Haha. :D
hahhaha....Amirah Hidayah taw aje yek huhuhu
Post a Comment