topbella

Friday, 13 December 2013

I Hate You MR.P.L.A.Y.B.O.Y 12

BAB 12


OMG!!! Handsomenya lelaki dekat depan mata aku ni.  Gilerlah…..  Mataku betul-betul menganalisa wajah lelaki di depanku.  Hemmm…not bad.  Orangnya tinggi.  Putih melepak.  Hidung mancung.  Rambut pacak. Yang penting badan dia tegap.  Pergi gym agaknya. Muka dia jambulah , sweet….

“Miss! Miss! Are you okay?”tegur lelaki tu.
Aku tersentak.   Teragak-agak mulut ni nak menjawab.   Ya Allah malunya.  Boleh pulak memandang wajah anak teruna orang macam tu. Tak apalah setakat cuci-cuci mata tak salahkan he he he.

“I’m okay…masuklah.” Pelawaku.  Lelaki tu masuk ke dalam lif dan berdiri di sebelahku.   Dia memandang aku ditepi. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.

Aku terpana melihat senyuman dia.  Okay….aku rasa sesak nafas dalam lif ni.  Serius…senyuman dia betul-betul memukau. 

Aku memusingkan muka menghadap dinding lif di tepi.  Rasa-rasanya muka aku dah merah padam saat ni.  
Isykk! Kenapalah dia ni handsome sangat.  Rasa nak sepak-sepak je muka dia.  Grrr……

Aku mengenggam jari tangan, akalku mula berfikir.   Nak tegur ke tak ye? Tak tegur rugi.   Siapa dia ni ye? Ahli lembaga pengarah? tak mungkin, sebab semalam aku tak nampak wajah lelaki ni dekat bilik mesyuarat.  Pekerja dekat Crystal Sdn.Bhd.? Lagi  tak masuk akal mana ada pekerja nak naik lif VVIP. Kecuali akulah he he he.    Client agaknya.  Mestilah ni.

Nak tegur ke tak ye.  Okay tegur Mia. Bismillahirahmanirahim….

Belum pun sempat aku menoleh kearahnya, lelaki tadi mula menegurku.“Miss?”

Mendengarkan suaranya menegurku ,  Aku cepat-cepat menoleh kepadanya.  Bibirku merekah dengan senyuman.

“Yes…ada ape?” soalku sengaja.  Well…tak nak gopoh nanti nampak sangat over.

“Tak nak keluar ke?”  Erk! Keluar?

“Hah…keluar?” soalku pelik.  Wajah putihnya aku pandang.

“Ya.. keluar, pintu lif ni dah lama terbuka dekat tingkat tujuh ni.  Cik nak keluar ke tidak?” soalnya.  
Tangannya lurus menunjuk ke arah pintu lif.   Aku memandang pintu lif yang dah terbuka luas kemudian menoleh semula memandang lelaki itu.

Aku tersengih. Malu wei! Mana nak letak muka ni!   Perlahan-lahan kakiku melangkah keluar dari lif.  Mahu saja aku mengetuk kepala saat ini.  Tak pernah-pernah buat perangai macam ni.  Hari ni sejarah dalam hidup aku, mengedik bila nampak lelaki.   Lelaki handsome pulak tu!  Great Mia! Padan muka kan dah kena!

“Miss!” Kakiku terhenti.  Lelaki tu panggil aku ke?  Perlahan-lahan aku menoleh ke belakang.  Aku memandang wajahnya.  Dia tersenyum dan seakan mahu berkata sesuatu.

“Your smile look adorable on you, you should wear it more often” habis saja bibirnya menuturkan ayat.  Pintu lif tertutup.  Aku betul-betul terkedu saat ini.  Okay…pengsan!

Aku menoleh semula ke depan. Perlahan-lahan bibirku mula tersenyum.  Oh no! lelaki tu suka senyuman akulah.  Rasa tak percaya pulak!  Aku tersenyum lagi.  Laju terus kakiku melangkah masuk ke dalam office.  Betul-betul happy hari ni, tak rugi cilok masuk lif VVIP  he he he.




********************************

“GOOD MORNING, Cik Mia,” sapa Mona penyambut tetamu yang ditugaskan di pintu ruangan masuk di tingkat 7,arasku.

“Morning.”balasku kembali.  Aku tersenyum riang. Kakiku terus laju melangkah menuju ke bilik.

“Selamat pagi Mia…” Sapa Reena yang sedang duduk menghadap komputer di mejanya.

Aku mengangguk dan tersenyum ke arah Reena.  Lalu melangkah masuk ke dalam pejabatku. Aku duduk di kerusi.  Masih dalam mood teringat lelaki handsome.  Memang cuci mata hari ni. Untung kan...  agak-agak boleh jumpa si handsome lagi tak? Ha ha ha.

Aku mula memasang angan-angan untuk berjumpa si handsome.  Selang beberapa saat mindaku mula berfikir.   Hah tak ape, nanti aku suruh Reena siasat siapa lelaki handsome ni.  Mesti ada kena mengena dengan company,kalau tak kenapa dia naik VVIP lif tadi. 

Bibirku mula mengukir senyuman.  Tunggu saya muncul En. Handsome.  Bertambah-tambah lebar senyuman aku.

Bunyi interkom di meja membuatkan diriku tersentak dari anganan.   Aku segera menekan butang on.  “Ye Reena, ada apa?” soalku. Kacau konsentrasi betul Reena ni.

“Mia,Tengku Afriel nak jumpa.  Dia suruh you naik ke office dia. Lagi satu dia suruh you bawak fail  proposal untuk projek pembinaan hotel dekat Pulau Pinang tu.  Dia nak semak proposal tu.” 

Huh! Ini lagi satu hal.  Apalah Mr Playboy ni nak.  Pagi-pagi dah rosak mood aku.  Hilang wajah En handsome tadi gara-gara dia.  Isykk!

“Okay, nanti saya pergi. Thanks Reena.” Ucapku lemah.

Aku mengeluh. Berat hati nak berdepan dengan Mr Playboy.  Entah apalah yang akan berlaku kalau aku duduk berdepan dengan dia.  Mesti gaduh lagi.  Panas je hati, bila terkenangkan mulut puaka dia tu.  Kalau tak kerana pesanan papa, memang aku takkan jejak kaki kat office dia. Tapi nak buat macam mana kan, aku tetap pekerja dia.  So be profesional not personal, Okay. 

Aku mengambil beberapa fail diatas meja kemudian menyusunnya secara bertingkat dan teratur bagi memudahkan aku untuk membawanya. 

Proposal untuk projek hotel di Pulau Pinang baru saja siap disediakan.  Aku pun baru saja dapat menyemaknya semalam. Yelah masuk kerja pun baru semalam…   Setakat ini aku rasa tiada masalah dalam proposal tersebut.  Tapi tak tahulah.  Sebab dari maklumat yang aku dapat dari Reena, proposal pasal pembinaan hotel ni telah banyak kali direject.  Boleh dikatakan semua staff dah mula pening memikirkan kemahuan Tengku Afriel.  Ada saja yang tak kena bagi lelaki itu.

Huh! Bagi aku tak ada apa yang hairan bin ajaib pun dengan dia.  Orang sombong dan berlagak macam dia, memang macam tu.  Tak payah nak susah -susah pening kepala, dah memang gitu perangainya.  Buat sakit hati,usus dan pankreas je kalau jumpa dia!

Aku menaiki lif ke tingkat dua belas.  Tapi kali ini aku naik lif pekerja ye, he he he.  Berada dalam lif, membuatkan senyumanku kembali lebar.  Masih  terngiang-ngiang kata-kata En. Handsome dekat telinga aku.  “Your smile look adorable on you, you should wear it more often”. Sebaris ayatnya telah membuat aku terbuai ke langit.  Bermulut manis betul dia tu, sesuai kalau digandingkan dengan aku he he he.  Tengok bertapa gatalnya anak perempuan Dato Khairudin ni.   Tak malu betul!

Sebaik saja lif berhenti di tingkat dua belas,aku terus keluar dan melangkah masuk  ke dalam office CEO.  Susun atur bahagian sini sama saja seperti di tingkatku cuma lebih sedikit eksklusif.    Kakiku terus melangkah mendekati meja setiausahanya yang berada di bahagian tepi bilik .

Seorang wanita dalam lingkungan 30 an sedang tekun menulis di meja.  Aku mendekatinya, berdeham sedikit sebelum memberi salam.

“Ehem! Assalamualaikum..” sapaku.  Mendengarkan salamku, wanita ini mengangkat kepalanya keatas dan memandang wajahku.

“Waalaikumsalam.. Cik Mia kan…  Nama akak Adibah panggil akak, kak Dib je.”  Balasnya mesra, kami bersalaman tangan sebagai tanda perkenalan.  Kak Dib mempelawa aku duduk di kerusinya.    Ramah sungguh setiausaha Mr Playboy ni.  Hmmm.. mula-mula tadi aku fikir setiausahanya mesti muda dan seksi.  
Tapi sebaliknya setiausaha dia lebih sedikit berumur dan telah berkahwin.  Macam mana aku tahu? He he he aku dah soal siasat sikit tadi.  Aku kan busy body he he.

“Kak Dib nanti panggil Mia aje ye.  Tak perlu cik-cik ni semua.  Boleh ye.” Pintaku.  Sungguh aku senang berbual dengan Kak Dib.  Kak Dib agak terperanjat pada mulanya dengan permintaanku.  Tapi akhirnya dia mengangguk, mungkin senang dengan keramahan aku berbual dengannya.

“Mia tunggu sekejap ye.  Bos tengah sibuk sikit dekat dalam.  Tadi ada discussion sekejap dengan client untuk projek baru.  Jadi dia minta Mia tunggu dulu kejap.”

Aku tersenyum mengangguk memandang Kak Dib.  Tapi dalam hati nak aje aku sumpahkan Mr Playboy.  Dah tahu sibuk panggil aku buat apa!  Memang sengaja nak  permainkan aku! Geram sungguh!!! 

Aku memerhati Kak Dib yang sibuk menulis diatas sekeping kad.   Aku pelik.  Mataku kemudian tunduk ke atas meja,   beberapa keping kad ucapan yang sudah siap ditulis bersepah-sepah diatas meja Kak Dib.  Laju tanganku mengambil sekeping kad, bulat mata aku melihat ayat yang ditulis diatas kad.

Dear Sheila:  

 I miss you.  It’s only been a few days. 
I know but I miss you.
 I always do when you’re not here.  I feel so empty. 
 I want to be close with you. I never want to lose you.  Ever.  
Please call me, okay.

-Tengku Afriel-

Tercampak terus kad dari tangan.  Geli geleman badan aku membacanya.  Ya Allah ada jugak orang jiwang-jiwang macam ni.  Eiiiiiiiiiii!!!! Tak sanggup aku nak baca yang lain buat habis air liur je.

Kak Dib tertawa melihat telatahku.  “Biasalah Mia…lelaki ni kalau mengayat mesti nak power.  Barulah perempuan terharu, ha ha ha.   Mia tak tersentuh hati ke baca tadi.”

Cepat-cepat aku mengelengkan kepala.  Geli semua sendi aku bila teringatkan ayat tadi.

“Huh! Geli geleman saya baca kak.  Apesal lah bos akak ni jiwang sangat.  Hisyk, akak pun satu boleh pulak layankan dia buat semua ni.  Kerja sia-sia semua ni kak.” Tegurku.  Macam manalah Kak Dib boleh layankan perangai bos dia yang playboy ni.  Kalau aku lah memang tak ada maknanya nak tulis kad semua bagai.  Sangat menjengkelkan. Memang dasar Playboy!

“Alah nak buat macam mana, dah dia bos.  Terpaksalah kita kan …  Tapi tak adalah akak buat-buat percuma semua ni.  Akak mintak elaunlah dekat bos.  Kalau tak kerana elaun tu memang akak takkan tulis lah semua ni.  Akak yang dah kahwin ni pun geli nak baca ni semua  ha ha ha.” 

Aku dan Kak Dib tergelak besar.   Macam-macam Kak Dib cerita dengan aku pasal bos dia tu.  Sungguh aku terkejut betapa ramainya girlfriend-girlfriend Mr Playboy.  Siap ada buku log lagi nak keluar dengan siapa setiap minggu.  Dasyat!  Dan semuanya diuruskan oleh Kak Dib.  Sungguh efisyen Kak Dib ni membantu bos dia.  Sampai ke hal peribadi pun dia jaga.  Layankan je lah…

“Mia..masuklah, bos dah panggil dah tu.  Mia…. jangan cerita dekat bos pasal perbualan kita tadi ye.  Matilah Kak Dib nanti.” Pesan Kak Dib.  Risau wajah dia takut aku mengadu pasal perbualan kami tadi.  Huh tak ada maknanya, peduli apa aku dengan Mr Playboy ni.  Sungguh tak mendatangkan hasil!

Aku tertawa.  Membuat isyarat zip mulut pada Kak Dib.  Aku berhenti di hadapan pintu biliknya,tanganku laju mengetuk pintu.

“Masuk.” arah suara dari dalam.

Aku terus memulas tombol pintu dan terus masuk ke dalam bilik.  Aku memerhati dia, yang masih leka menghadap komputer.  Dia langsung tidak memandang ke arah aku.  Huh memang poyo Mr Playboy ni!

Aku berjalan kearahnya, sengajaku hentak kuat-kuat kasut heel aku.   Biar gentar sikit dia melihat aku.  Mendengarkan bunyi kuat hentakan kasutku membuatkan dia mengangkat muka memandang diriku.  Matanya tajam seolah-olah tembus ke kepala aku.  Mungkin marah sebab aku menganggu konsentrasi dia yang sibuk tadi.  

Aku buat-buat tak peduli akan pandangan tajamnya.  Aku terus duduk tanpa dipelawa.  Well sama seperti dia masuk office akulah kan.  Fair and square!

“Nah..proposal yang Tengku Afriel nak semak tadi.” Ujarku manis.  Aku memberikan fail yang sepatutnya kepada dia.  Dalam hati rasa nak meluat je tengok wajah dia yang bersandar dekat kerusi sambil tersenyum sinis memandang aku.  Konon nak tunjuk ek lah tu siapa lebih hebat sekarang.  Geram!! 

Aku cuba bersabar sikit.  Dalam situasi ni aku kenalah hormat dia sebagai bosku.  Lagipun aku dah janji dengan papa yang aku akan cuba buat yang terbaik.  Then aku kenalah buktikan dekat dia yang aku pun hebat juga.

Dia duduk tegak dan mengambil fail proposal projek hotel Pulau Pinang dari aku.  Senyuman sinis tak lekang dari mulut dia.  Aku sabar je lagi, menahan sakit hati melihat wajahnya.

Dia membuka fail dan mula menyemak.  Wajahnya sedikit berkerut bila membaca.  Hah sah! Memang dia akan reject lagilah proposal ni.  Nasiblah siapa yang kena buat nanti.  Aku? Tak mungkin sebab ini bukan bidang aku.  Aku cuma selia dan pastikan semuanya berkualiti.  Itu saja.   Lagipun aku pun tak reti nak buat proposal ni.  Pengalaman pun kurang.  Tapi boleh lah sikit-sikit kot.

Sementara menunggu dia menyemak, Mataku melilau-lilau melihat hiasan dalaman pejabat dia.  Sungguh cantik dan elegan.  Hebat dan gah sebagai seorang CEO.  Tapi ada aku kisah! Peduli apa, walaupun hiasan dalaman dia lebih hebat, aku sikit pun tak heran.  Over je lebih tu!

Aku memandang ke arahnya semula sepertinya dia sudah selesai menyemak.  Baguslah aku nak out dari sini.  Tak kuasa nak melemaskan diri melihat muka dia.  Sungguh annoying! Huh!

“Kau dah baca proposal ni?” soalnya sinis.  Dia bersandar semula pada kerusi empuk dia. 

“Dah.” Balasku pendek.

“So apa pendapat kau tentang proposal ni?” soalnya lagi.

“Hmmm….okay kot.” Jawabku bodoh-bodoh je.  Sungguh aku kurang pasti.

“Okay kot?  Kau rasa proposal ni sesuai ke nak tunjuk dekat Client kita? Atau kau memang tak tahu.” Soalnya tegas.  Tapi aku rasa lebih kepada sindiran.  Sinis bunyinya terasa menikam jantung sekarang ni.

Aku menarik nafas.  “Apa yang tak kena sebenarnya.  Aku rasa semuanya elok saja.”

“Elok kau kata? Dengan proposal macam ni kau fikir client kita akan puas hati.  Silap hari bulan mereka ketawakan kita bila tengok proposal ni.”

“Habis tu kau nak aku buat apa?”

“Buat semula, dan aku nak besok!”

“Okay!”jawabku laju.  lepas ni aku turun suruh Reena bagi dekat Rahimah.  Biar dia buat balik proposal dia ni.  Tak pasal-pasal aku pulak yang kena smash! Profesional lah sangat kan!

“Maksudnya aku nak kau yang buat semula.  Aku nak tengok kerja kau.” Tambahnya lagi.

Hampir ternganga mulut aku.  “Wait! Kau dah gila ke? Ni bukan kerja aku. Aku kan baru start kerja. Takkan aku ….. lagipun aku pun baru tengok proposal ni.  Ianya ambil masa untuk aku buat. Kalau aku buat pun takkan sempat siap esok!” Jelasku bersungguh-sungguh.  Walaupun saat ini aku rasa nak lempar je dia dari bangunan ni.

Dia menghadiahkan aku dengan senyuman sinis. Dahinya berkerut memikirkan.  Benci pulak aku melihat gayanya itu.  Aku menjelingnya.

“Buatlah sekarang kalau tak macam mana nak siap besok.  Aku tak suka dengar alasan.  Dan rasanya hari tu kau kata kau hebat sangat.  Tak nak kerja team work lah, boleh buat sendiri semuanya.  So prove it! Simple kan.  Tak sabar aku nak tengok temasya kau pulak.” Sindir dia. Memulangkan kembali kata-kata aku padanya semalam.   Panas sungguh hati mendengarnya. Mendidih darah aku.

Aku menarik nafas menahan sabar. Okay dia memang betul-betul mencabar aku ni.  Tak apa.  Mia Qaisara tak pernah kalah dalam apa-apa pun.  Tunggu dan lihat je lah!

Aku mengambil fail dengan kasar dan terus bangun dari kerusi.  Aku segera berpusing untuk keluar dari sini.  Lebih baik aku balik ke office, aku kena buat dengan cepat semua ni.  Aku tak mahu dipandang rendah oleh lelaki ini.

Wait!! Kau nak kemana?”soalnya.

Berdesir mulut aku menjawabnya.

“Balik officelah mana lagi.  Tadi kau yang suruh siapkan proposal ni, so aku nak balik officelah nak buat.”jawabku geram.

Dia tersenyum sinis. “Aku nak kau buat dekat sini.  Senang aku nak semak mana yang patut.” Ujarnya.

What! Duduk dekat sini? Dengan dia? No Way!!!

“Kau jangan nak main-main boleh tak.  Semua maklumat penting ada dekat Rahimah.  So aku kena jumpa dia untuk dapatkan maklumat tu.” Terangku geram.

Dia memandangku, dan mengambil sesuatu dari dalam laci. “Nah, dalam pendrive ni ada segala data mengenai projek ni.  Kau boleh guna data ni semua untuk buat proposal baru.”

Isykk!!! Nampak tak permainannya dekat sini.  Aku dah agak dia memang sengaja nak kenakan aku.  Kalau tak macam mana dia dah boleh siap sedia dengan segala data projek tu.   Sabar Mia…

“Aku perlukan komputer untuk buat kerja.” Ujarku lagi.

“Guna saja komputer aku.  Kau boleh buat kerja dekat sini.” Dia bangun dari kerusi dan mempelawa aku duduk disitu.

Terangkat kening aku melihatnya. “Okay…kau tak takut nak bagi aku duduk dekat situ?” soalku sinis.

“Takut? Apa maksud kau?” soalnya pelik.

Aku berjalan mendekatinya sedikit.  “Mana tahu lepas kau bagi aku duduk dekat kerusi tu.  Aura aku terus lekat dekat situ.  Silap hari bulan aku pulak yang jadi CEO nanti.” Senyumku sinis.

Dia tergelak kuat bila mendengar kata-kataku. Aku jengkel melihat tingkahnya itu. Dia berhenti ketawa dan cuba rapat sedikit di tepi bahuku. 

“Jangan katakan kerusi ni saja aku boleh bagi.  Tuan empunya kerusi kalau kau nak pun aku rela.” Ujarnya. Dia terus ketawa dengan lebih kuat. 

Aku geram mendengarnya dan terus laju duduk di kerusinya yang empok itu.  Aku hentak-hentakkan sedikit biar rosak.  Aku memberikan pandangan sinis kepada dia.   Dia mengelengkan kepala melihat telatahku.  Dia kemudian mengambil beberapa fail dari atas meja dan terus duduk di sofa yang terletak di hujung bilik. 

Aku terus membuka fail dan melihat data-data yang diperlukan.  Aku tak mahu berlama-lamaan di sini.  Tak sanggup aku nak duduk menghadap Mr Playboy ni lama-lama.  Sungguh tahap kebencian aku berganda sekarang ni.  I really...really hate you now Mr Playboy!!! Arghhhh!!! Bergema jeritan kemarahan dalam hatiku sekarang ini.



10 comments:

Unknown said...

Alaaaaa...asal pendek sangat ni...wondering who is that guy...ce bg klu nma dia writer :D excited da ni..hehehe :P

Lots of Love
MA_FA

Unknown said...

Pendeknya.

Unknown said...

Pendek sgt. Tapi, ada bibit-bibit surprisenya disitu.. ;)

najwa anuar said...

kenapa pendek sangat omg D:

Amirah Hidayah said...

Alaa pendeknya.... ni mesti nnti laki ni n afriel sma2 suka mia kan hehe.

Unknown said...

I'm still waiting for I Hate You, MR. Playboy next entry! Already addicted to this story... ;-D

Ian asynata said...

maaf lambat sikit....nak siapkan heheh... Terima kasih sebab sudi membaca....

Unknown said...

bila next bab?tetiba excited lak ;-)

Ian asynata said...

kena tunggu idea dululah awak....mood ni asyik lari-lari je....hahahah.... insyallah...

Unknown said...

Wah! Ada penambahan! Sukanyaaa!! :D Tak sbar entry seterusnya!

Post a Comment

About Me