BAB 4
SUASANA pagi sabtu hari ini cukup indah. Aku melangkah keluar menghirup udara segar
menghadap bukit bukau di belakang rumahku. Hurmm segarnya! Subhanaallah indahnya ciptaan Allah S.W.T. Aku terus mengambil bakul yang berisi kain basuhan untuk
disidai di ampaian. Setelah sudah aku
masuk semula ke dalam rumah dan membantu mak menyediakan sarapan pagi.
Hari ini dua orang abang aku berada di rumah. Al-maklumlah cuti. Aku cuma dada 3 orang je adik beradik. Along aku
yang sulung namanya Arsyad Umar, umur dia 28 tahun kerja pulak sebagai
Accountant Executive di sebuah bank dekat Nilai. Yang kedua Angah, namanya Ryqal Aliff. Kerja
dekat Kuala Lumpur sebagai Peguam di firma guaman swasta. Umur dalam 26 tahun
sebaya dengan Abang Hafizul. Semuanya
bujang. Hai…
gamaknya mak aku lambat lah nak bermenantu, anak bujangnya semua single and available lagi he he he.
Aku meletakkan mee goreng diatas meja dan membacuh air teh di
dalam teko. Mak masih leka menggoreng kuih karipap pusing yang di buatnya
semalam. Maklumlah favourite anak
bujangnya yang dua orang tu. Aku ni jadi anak tirilah kalau abang aku yang
berdua tu balik.
Setelah siap aku memanggil abah dan abang-abang aku untuk
bersarapan. Kami mengambil tempat duduk
masing-masing. Suasana senyap je pada
mulanya, tapi dah namanya jarang jumpa
bila dah jumpa mahu tak bising. Tapi tak ler bising macam kat pasar tu.
“Dik macam mana? dah dapat kerja?.” tanya Along
“Belum. Susah lah sekarang ni long. Semuanya mesti kena ada kabel
besar.”balasku geram.
“Alah kau sabar je nanti adalah tu. Hah tak pun jom duduk dengan
angah kat KL, nanti angah carikkan kerja kat sana.” Sampuk Angah pula.
Aku teruja. Best kerja KL!
Mencerlung mata mak memandang angah bila menyebut KL. Dah lah mak ni anti kalau dengar nama KL. Baginya Bandar besar tu bahaya untuk aku.
“Tak payah..jangan kau pandai nak mengajak adik kau duduk kat
KL. Cukuplah kau seorang je duduk kat
rumah tak ada tanah tu jangan nak pandai ajar adik pergi situ.” Balas mak
panjang lebar.
Belum sempat angah nak bercakap lagi abah dah menyampuk.
“Aah…. tak payah nak pergi KL cari kerja. Adik duduk je kat sini
nanti adalah rezeki tu. Insyallah mesti
ada. Hah kamu angah makan, jangan bercakap.” kata ayah menyelamatkan kami dari mendengar bebelan mak.
Aku apalagi memandang tanpa riaksi lah. Nampak gayanya memang
sampai ke tua lah aku dok dekat rumah ni. Hwarrgghhh!!
SETELAH selesai
sarapan aku mengambil kuih karipap yang masih panas di dalam piring. Tadi mak meninggalkan kuih ni sedikit untuk
dihantar ke rumah Mak Lang. Yang pastinya akulah yang kena hantar. Nak harapkan abang yang dua orang tu
hentikanlah, lepas makan terus lesap.
Sabar je lah.
Ikutkan hati memang malas nak pergi. Tapi bila mengenangkan mak yang dah mula nak
buat khutbah pahala free, hidup saling bantu membantu. Aku pun mula lah mengorak melangkah ke rumah
Mak Lang. Tak sanggup aku nak tadah telinga lama-lama boleh bernanah nanti.
“Assalamualaikum Mak Lang oi Mak Lang.” jerit aku dengan volume
yang tinggi. Sebabnya kalau aku buat
tone slow karang Mak Lang tu bukan
dengar sangat telinga dia. Lebih lagi
kalau kat dapur lagi kebal he he he.
“Waalaikumsalam…. masuklah pintu terbuka je tu.” jerit satu suara
garau dari dalam. Aikk macam kenal je suara tu.
Aku terus melangkah masuk ke dalam rumah. Baru sahaja kaki ni memijak lantai ruang tamu,
mataku bulat melihat kedua abangku yang sedang duduk bersantai bermain
ps 2 dekat depan tv. Hampeh betul budak berdua ni.
Dah tahu nak pergi rumah Mak Lang tak cakap. Sengaja nak kenakan aku lah tu!
Aku kemudian terus menuju
ke dapur mencari Mak Lang. Mak Lang
yang sedang mengelap meja terhenti bila
melihat aku.. Senyum aje Mak Lang macam
anak dia si Hafizul tu. Murah betul dua
beranak ni dengan senyuman.
“Mak lang ni ada kuih karipap kegemaran Mak Lang. Makan
taw nanti confirm nak lagi he he he” aku tersenggih sambil meletakkan kuih di
atas meja.
“Ya Allah.. susah-susah je mak kamu ni. Ada je nak dibagi.” Balasnya padaku.
“Alah tak susah pun senang je.”kataku sambil ketawa riang.
“ Hah.. cakap terima kasih kat mak kamu. Nanti piring ni Mak Lang hantar kat rumah. Adik dah minum belum? Nak air tak Mak Lang
buatkan?.”
“Eh tak payah… adik dah minum dah tadi. Adik duduk depanlah Mak Lang, tengok diorang
main game kat ruang tamu tu.”
“Hah elok lah tu. Pergi tengok
ape kerja anak bujang kat depan tu.” bebel Mak Lang.
Aku menahan ketawa mendengar bebelan Mak lang. Mak lang pun macam mak aku, kuat membebel.
Aku terus melangkah menuju ke ruang tamu. Bulat mataku melihat mereka semua yang berada
di depan tv.
Amboi! terserlah kemalasan
diorang kat situ!
“Eh! adik bile datang tak nampak pun tadi?.”tanya Abang Hakeem
anak sulung mak lang yang bekerja sebagai Pensyarah di UTM Skudai Johor. Abang
Hakeem ni sebaya dengan Along. Handsome orangnya. Tapi kalau dari mata aku,
adik dia si Hafizul tu lebih handsome he he he. Eh Tizz jangan over ye!
“Dah lama dah. Ada je kat
dapur tadi. Cuti ke? Bila balik?.”
Soalku ramah.
“Baru semalam balik, cuti sabtu ahad je lah. Besok dah balik sana
balik.”
“OOo…”balasku ringkas, aku mengalihkan pandangan ku pada Abang Hafizul
yang ternyata sedang leka memandang IPad di tangannya. Ermm entah ape yang
ditenung I Pad tu. Sikit pun tak memandang
aku. Eh pehal lak aku terasa ni?
“Dik pergi buat air, hauslah.”arah
Angah tiba-tiba pada aku.
Ni yang aku tak suka ni. Suka hati perut dia je nak suruh buat air
kat rumah orang. Apa kes!
Aku menjeling memandang Angah. “Hisykk Angah ni tak malu ke? Ini kan rumah Mak Lang suka hati je nak arah
orang.”
“Alah tak lama lagi nak jadi rumah adik jugak. Kan Along.” giat Angah. Mereka berdua
berpandangan dan ketawa.
“Eh apehal pulak? Pak Lang nak bagi rumah kat Adik ke?, Giler lah
Angah ni.” Terkejut aku confius
sekejap, ada wasiat peralihan harta ke?
“Ehh… Kau ni tak faham pulak, siput lah kau ni. Kan ke nanti kau bakal jadi housewife si Fizul ni ha ha ha.” Angah ketawa kuat diikuti along dan Abang
Hakeem. Abang Hafizul kaku je menghadap IPad, dia
langsung tak menoleh. Ek eleh poyo je mamat ni.
Membulat mata aku mendengar bicara angah. Rasa nak balik mengadu kat mak. ‘Mak tengok
angah malukan adik depan orang’ gumamku dalam hati. Aku bingkas bangun menuju ke dapur,
menyampah aku mendengar ketawa jahat diorang. Tapi disebabkan aku adik yang solehah
terpaksalah aku buatkan jugak air.
Aku terus mengambil cawan
di dapur, mata mencari-cari Mak Lang. Hmm tak ada, mungkin Mak Lang keluar ikut
pintu belakang. Aku mengambil botol
Sunquick dan mencurahkan isinya sedikit ke dalam jag. Gula aku bubuh dua sudu, supaya airnya tidak
masam sangat. Sedikit ais batu. Dah
siap!
Aku membawa jag berisi air dan cawan ke depan dan meletakkannya diatas
meja. Air aku tuang di setiap
gelas. Aku hulurkan gelas tadi kepada mereka
semua. Hah….tengok dah lah tolong buat
air, hidangkan pulak lagi. Baik tak aku
ni!
“Eh Dik, kau tak bagi Fizul ke gelas tu? Mesti dia haus kan….”Sengaja Along mengenakan
aku.
Bernanah hati aku dengar. Aku menjeling tajam melihat mereka yang menahan ketawa melihat muka bengang aku.
Bernanah hati aku dengar. Aku menjeling tajam melihat mereka yang menahan ketawa melihat muka bengang aku.
Aku mengambil gelas tadi kemudia aku hulurkan kepada dia yang masih ralit dengan I Pad. Sempat aku jeling sikit apa yang ditengoknya. Facebook ke?
Abang Hafizul mendongak dan tersenyum. Gelas tadi disambut.
“Terima kasih.” Ujarnya.
Aku tersenyum mengangguk.
Aku bergerak mengambil
tempat duduk di sebelah angah yang sedang bermain ps 2 bersama Abang Hakeem.
“Adik pun nak main jugak, game soccer kan ni?.”soalku.
“Hisykk sibuk lah adik ni..
Pergilah ajak Fizul tu main. Celah
angah jugak kau nak selit.” Balas angah selamba je.
Membulat mata aku melihat dia.
Sampai hati cakap macam tu…
Aku mencebikkan mulut
“Alah…. Nak jugak, tak kira orang nak main.” Rengek aku dengan
suara tersendu-sendu
Abang Hakeem yang mendengar terus menekan butang pause. Dia menoleh melihat aku.
“Ala la la…comellah adik
ni. Lemah hati abang Hakeem” Terus merah muka aku memandang abang Hakeem. Malu!
“Comel ape bendenya. Comot
lagi adalah ha ha ha.” sampuk angah.
Menjeling aku memandang angah.
Dia ni kalau balik suka sakitkan hati aku. Nasib baik mak tak bagi aku ikut dia pergi
KL, kalau tak mesti aku kena teruk dengan dia.
“Dah lah kau ni Qal suka kenakan adik kau. Biar aku bagi dia main, kita tengok boleh tak
dia kalahkan kau.” Kata Abang Hakeem
sambil menghulurkan joystick padaku.
Aku dah tersenyum riang.
Alah setakat main soccer ps 2 ni aku memang juara. Tak takut aku dengan angah
aku ni der.
Kacang je!
“Ok…kalau kalah budak ni kena masak untuk kita semua. Apa macam boleh?” soal Angah bertaruh dengan
aku.
“Orite no ha lah. Tapi
ingat kalau angah kalah, belanja kita orang sate satu keluarga malam ni. Deal?” Aku menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Deal!” Angah menyambut huluran tanganku. Dia tersenyum sinis.
Kami berdua pun memulakan permainan. Nampaknya semua orang menyokong aku. Terjerit mereka
semua. Berbanding dengan angah, hmmm… tak da sape nak
sokong dia hehehe.
Permainan agak sengit antara kami. Dua-dua tak mahu mengalah. Jangan haraplah aku nak bagi angah
menang,
malu aku nanti!
Saingan memang sengit pada mulannya tapi semakin lama pertahanan angah mula goyah. Strategi aku mula menjadi, terus aku libas semuanya. Ternganga mulut angah melihat rentak mainan aku yang dasyat ni. Akhirnya aku menang dengan bangganya. 4-2 Goal!
Saingan memang sengit pada mulannya tapi semakin lama pertahanan angah mula goyah. Strategi aku mula menjadi, terus aku libas semuanya. Ternganga mulut angah melihat rentak mainan aku yang dasyat ni. Akhirnya aku menang dengan bangganya. 4-2 Goal!
“Horey…Goal!! Ha ha ha
angah kalah!” jerit aku kesukaan.
“Yes… makan sate kita malam ni.” Teriak Along tiba-tiba. Aku
tergelak.
“Untung kita ada orang nak belanja. Kan Angah…”tambah Abang Hakeem sengaja.
Abang Hafizul ketawa melihat kelakuan kami semua. Dia menggelengkan kepalanya melihat aku dan
yang lain menyakat angah.
“Ye lah aku belanja. Malam
ni siap, lepas Isyak kita pergi simpang empat kat jalan Melaka tu. Makan kat situ je.”
Makan kat situ bestnye…. Dah lama tak makan satay. Boleh bertaruh lagi lain kali ni hu hu hu.
Selepas itu aku pulang ke rumah.
Aku kena membantu emak memasak makanan tengahari. Abang aku yang dua tu jangan harap nak balik
cepat. Diorang kalau tak mak sendiri panggil
balik memang sampai ke petanglah duduk kat situ. Hu hu hu….
5 comments:
Haha lwak ah! Best :)
Hahahaha..so fun la this story..
Anyway kim salam kaat Hafizul yer miss writer...
lots of <3
MA_FA :)
hahahha nanti saya kirim salam kan....huhuhu
Best
.
Hehehe, lawak pulak diorg adik beradik...;)
Post a Comment