topbella

Saturday, 21 June 2014

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 28

Salam semua, maaf kelewatan entry ni....ada je hal yang kena ian settle kan...macam-macam ha ha ha.  okay insyallah lepas ni entry lain akan menyusul pulak...terima kasih bagi yang menyokong...
******************************************************


“AWAK?” soalku seperti tak percaya dengan apa yang dilihat oleh mataku sendiri.  Terlopong mulutku sedikit.  Lelaki dalam lif  haritu?  Macam mana dia boleh ada dekat sini?

Terkelip-kelip mataku memandang dia.

Dia turut sama memandangku, bibirnya mengukir segaris senyuman manis.   Perlahan-lahan kakinya melangkah menghampiri diriku yang masih terkaku di situ.  Kakiku pula seakan-akan tergam pada pasir pantai seperti sedang menunggu kedatangan dia.  Aku seakan-akan terpukau pula dengan kekacakkan wajah lelaki ni. Perasaan yang sama ketika mula –mula jumpa dia dulu.

“Hai, tak sangka jumpa awak dekat sini pulak. Nampaknya awak masih ingat saya lagi eak?  Muka terkejut awak tu ketara sangat, macam nampak  hantu je.” Dia ketawa perlahan.  Aku termalu sendiri.  Aisey…malunya mesti kelakar muka aku masa pandang dia tadi.

“Tak adalah, cuma terkejut sikit je.  Tak sangka kat sini pun boleh jumpa awak.   Ermmm..awak buat apa dekat sini?”soalku bagi menghilangkan rasa malu pada lelaki tu.

“Main futsal.”

“Hah?” soalku pelik.  Macam tak percaya je dengar dia cakap.  Main futsal apanya dekat tepi pantai ni, macam tak kena je.

Dia tergelak besar melihat aku yang kelihatan blur memandang dia.

“Awak ni lurus jugak nampaknya, saya baru lepas menyelamlah lah.”
Aku mengangguk faham.  Baru balik menyelam rupanya. Patutlah pakai baju jumpsuit macam tu. 

“Awak pulak buat apa dekat pantai ni seorang diri?”soalnya.  Main soal-soal pulak kami ni.  Macam dah lama kenal je punya gaya.

“Tak buat apa pun, saja nak tengok keindahan pantai.” Aku tersenyum sambil memandang laut yang terbentang luas di depan mataku. Aku kembali duduk di bawah pokok tadi.

“Owh, So… apa awak dapat dengan tengok pantai tu?” tanya dia.  Dia turut ikut aku duduk bersila di bawah pokok.   Memang muka tak malu betul, tak payah tunggu aku pelawa dah terus duduk saja.

“Apa dia?”soalku sekali lagi.  Pelik pulak aku dengar pertanyaan dia ni.  Seumur hidup aku tak pernah ada orang tanya aku macam tu. Macam spesies loyar buruk je gaya dia ni.

“Saya tanya apa awak dapat bila tengok pantai tu?”ulangnya kembali

“Dapat? Hmmm… dapat rasa damai dan tenang tengok matahari terbenam lah.  Kenapa?”soalku balik.

“Tak ada apa saja nak tahu perasaan awak.  Bagi saya pulak, bila tengok pantai ni rasa romantik.  Lebih-lebih lagi bila tengok berdua macam ni. Rasa romantik tu tambah kuat.”dia mengenyitkan mata padaku sambil tersenyum nipis.

Okay aku nak pengsan + terjun laut.  Gilerlah  mamat ni main-main kenyit mata kat aku pulak. Memang rasa nak tercabut urat saraf aku sekarang.

Aku berpura-berpura memandang hadapan, buat tak nampak dengan perlakuan dia tadi.
Dia juga ikut diam  dan sama sama menikmati keindahan matahari terbenam di depan mata.  Subhanaallah…hebat sungguh kekuasaan Allah S.W.T.

“Hmmm….Awak tahu tak apa orang tua-tua kata bila tengok matahari nak terbenam ni?”setelah agak lama, dia mula bersuara semula.

Aku mengelengkan kepala. “Tak tahu.  Kenapa?”

Dia tersenyum. “Tu tandanya hari dah nak senja.  Dah nak maghrib.  Tak elok duduk kat luar macam ni.  Jom saya temankan awak balik bilik.”

Aku mengelengkan kepala sempat pulak dia buat loyar buruk senja-senja ni.  Aku bangun dan mengibas-ngibas pasir yang melekat di seluar, dan berjalan pulang bersama dia.

“Nama awak siapa? Nama saya Mya Qaisara.”ujarku ceria memperkenalkan diri.  Bukan apa dari tadi aku tunggu dia perkenalkan diri.  Tapi macam tak ada ura-ura pun dia ni nak bersuara.  Senyap je. Terpaksalah aku mulakan dulu.

“Tak tanya pun nama awak siapa.” balasnya selamba.  Dia laju jalan di depanku. Terdiam aku kejap.  Malunya, beria-ia aku ceria nak perkenalkan diri.  Dia boleh buat tak layan je dengan aku.  Sabar je lah hati.

Aku memuncungkan mulut.  Geram dengan lelaki sombong macam ni.  Menyesal terminat tengok senyuman dia.  Hmm…tapi tak boleh jadi ni, tak pernah aku direject lelaki, biasanya aku yang reject mereka.  Dia ni betul-betul berbeza lah.

“Mana satu bilik yang awak duduk?”

“Apa dia?”tergagap –gagap aku bertanya semula.  Tak dengar.

“Saya tanya bilik awak yang mana?”soal dia sekali lagi.

“Tu….Dah sampai pun bilik saya.” Tunjukku padanya.  Dia memandang ke arah yang aku tunjukkan.

“Terima kasih temankan saya balik.”tambahku lagi.  Tak tahu nak cakap apa, mati akal aku dengan lelaki ni. Karang kalau aku cakap lebih-lebih tapi dia buat tak layan , jadi cerita memalukan diri aku sendiri pulak. Baik aku tak payah sibuk hal dia.

“Mana satu bilik awak?”tanyanya sekali lagi.

“Yang cat hijau tu lah.”tunjukku sekali lagi.  Dari tadi aku tunjuk dia tak perasan ke?  Dia mengangguk.

“Pergilah masuk yang tercegat dekat sini buat apa? Dah senja ni.”arahnya.  Macam tu je dia halau aku, tak gentleman langsung.  Bagilah tahu nombor telefon ke?  Ajak jumpa lagi besok ke?  Takkan tak ada.  Hisyk kau ni Mia, tadi kata tak nak sibuk pasal dia tapi apehal pulak kau nak harapkan semua tu.  Cakap tak serupa bikin betul!

Perlahan-lahan aku bergerak berjalan ke bilik. Dalam hati rasa nak maki je lelaki tu. Hampa.  Harap muka je handsome tapi  kasar bila bercakap.  Menyesalnya boleh terminat dengan dia.  Betullah kata orang jangan tengok luaran je, dalaman belum tentu okay.  Contohnya dia ni lah.

“Qaisara!”  aku pusing ke belakang bila dengar namaku dipanggil.

“A.S.F.A.N.” lelaki itu mengeja sesuatu padaku dengan kuat.  Satu-satu dia menyebutnya.  Jelas di telingaku.

“Hah! Apa tu?”

“Itu nama saya, ingat tu saya hanya sebut sekali je.  Assalamualaikum.” Dia terus pergi meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga.  Aku berjalan semula menuju ke bilik.

“Saya hanya sebut sekali je.  Berlagak punya lelaki ingat aku heran nama kau.  Macam lah kau tu  artis, menyampah!  A.S.F.A.N, Asfan?”omelku perlahan.  Pelik pulak rasa hati ni, macam pernah dengar je nama ni dekat telinga.  Otak tak mampu nak fikir kat mana aku dengar. Tapi lantak lah, nama orang ni tentulah ada yang sama kan.  Jadi tak heran lah kalau aku pernah dengar nama ni ke tidak.  Apa yang penting aku dah tahu nama dia, lain kali harap dapat nombor telefon dan alamat pulak he he he.  Demand!

“Woit! Yang kau mengomel sorang-sorang kat belakang bilik ni ,apehal?  Dah buang tebiat?”sinis satu suara disebelah menyoal.

Aku jeling sekilas malas nak pandang muka tembok sebelah bilik.  Muka yang membuatkan aku meluat nak tengok.  Silap-silap keluar muntah hijau aku kejap lagi. Muka macam baru bangun tidur je dia ni.  Agaknya tidurlah tadi tu.

“Yang kau sibuk apesal, hal kau ke?  Lagi satu suka hati aku lah nak mengomel ke, nak membebel ke kat belakang ni.  Mulut aku, aku punya sukalah. Dan ni kawasan bilik aku, yang kau sibuk nak menempel kat sini apesal.”geramku.  Mulut aku memang dah gatal nak menyembur dia.

“Ek eleh berlagak pulak kau,tanya pun salah.  Kau dari mana ni?  Pepandai je kau keluar seorang diri.  Tak tahu bahaya ke? Sini bukan kawasan rumah kau”laju dia memarahi aku, dah serupa ayah marah anak.  Berdesir mulutku.

“Woit! kau tu bapak aku ke nak marah-marah aku keluar.  Aku ni bukannya budak kecik pun lagi.  Sibuk je nak arah-arah orang buat apa.  Lagi satu suka hati aku lah nak keluar pergi mana pun, takkan lah aku nak report kat kau.  Apa kes!”geramku.  Rasa nak sepak-sepak je muka Mr Playboy ni.  Cakap menyakitkan hati.  Tak boleh ke sehari tu tak bersuara langsung.  Aman sikit hidup aku.
Mr Playboy merenggus kuat.

“Memanglah aku bukan bapak kau.  Tapi aku dah diamanahkan oleh papa kau untuk jaga kau.  So…kau tu dah jadi tangggungjawab aku.  Jangan nak banyak cerita, lepas ni kalau kau nak keluar atau nak buat apa mesti bagi tahu aku.  Kalau tak aku report semua sekali kat papa kau.”ugut Mr Playboy. 

Aku menjelirkan lidah.  Menghentakkan kaki dan terus meluru masuk ke dalam bilik.  Malas aku nak bertekak lagi.  Menghabiskan air liur melayan lelaki gila macam tu.  Memang dasar Mr Playboy gila!  Suka hati nenek dia je nak mengugut aku.  Tak apa, tunggu je lah hari dan saatnya nanti.  Tengok lah nanti.

“Hai Mia, dari mana je ni?” soal Reena yang baru keluar dari bilik mandi.  Reena sudah siap berganti baju lain.  Baru lepas mandi agaknya.

“Dari pantai.”balasku pendek.

“Laa… patutlah I tengok you tak ada masa bangun tidur tadi.  Pergi pantai rupanya.   Hmm… you cakap dengan siapa dekat luar tadi?  I terdengar bunyi orang bercakap masa kat dalam bilik air”

“Owh tadi tu I cakap dengan kera dekat luar .  Sibuk je menempel dekat belakang bilik kita ni.”cakapku kuat.  Harap biar terdengar sampai ke telinga Mr Playboy. 
Ternganga mulut Reena memandangku.

“Ada kera ke kat pulau ni.  Isykkk takutnya, I tutup pintu lah nanti masuk pulak kera tu.” laju saja Reena berlari menutup pintu gelangsar kaca itu.  Tersenyum-senyum aku melihat kelurusan si Reena ni.  Memang lurus pembaris! 

Nasiblah Mr Playboy dah jadi Mr Kera.  Memang padan sangatlah dengan nama tu dengan diri dia.  Mr Playboy kera!

************************************************************************

“Encik Iqi kat belakang bilik kita ada kera tau.”ujar Reena sebaik saja kami berempat duduk di meja makan di dalam kafe

Aku buat –buat tak dengar cerita Reena.

“Ye ke?  Tak tahu pulak saya pulau ni ada kera.  Awak nampak kat mana?” soal Iqi nampak ketara muka terkejut dia.

“Aaah lah Reena, saya tak nampak pun tadi.  Dekat mana awak nampak?”

Aku menahan gelak memandang Mr Playboy yang turut sama ingin mendengar cerita Reena.  Nasiblah si Reena dah pergi cerita pasal kera petang tadi, memang terbakarlah Mr Playboy kalau tahu kera tu dia he he he.

“Saya tak nampak, tapi Cik Mia yang nampak.  Petang tadi Cik Mia bising-bising halau kera kat belakang bilik.  Takut saya dengar, terus saya tutup pintu.” Bersungguh-sungguh Reena bercerita.
Iqi terangguk-angguk kepalanya, “tak ada pula saya nampak kera, yan g saya nampak si Afriel ni yang duduk kat belakang tadi.  Kau ada nampak tak Afriel?”

Mr Playboy mengetap giginya sambil merenung aku, bila lihat aku dah terhenjut-henjut menahan gelak.  Aku rasa dia dah dapat tangkap gerangan kera yang diceritakan oleh Reena.  Aku buat-buat tak kisah dengan renungan tajam dia tu.  Padan muka Mr Kera ha ha ha.

Tidak lama selepas itu, beberapa pelayan  datang menghidangkan makanan kepada kami berempat.  Makanan special khas dari Maya aka minah psycho.  Aku menelan air liur melihat aneka makanan laut yang disediakan.  Memang betul-betul membuatkan aku rasa lapar.

“Mana Maya, dia tak makan sekali dengan kita ke?”soal Iqi sebaik saja pelayan tadi sudah selesai menghidangkan makanan diatas meja.

Tengku Afriel hanya mengangkat bahu tanda tak tahu.

“Mungkin dia diet kot.”jawabku ringkas.  Maklumlah perempuan zaman sekarang, nak cantik punya pasal sanggup tahan makan.  Takut gemuk.

“Mungkin jugak tu, maklumlah perempuan cantik mesti nak jaga badan.  Bukan macam perempuan depan kita ni,  kalau makan sampai tak pandang orang. Tak ada etika langsung.”

Iqi tergelak besar mendengar sindiran Mr Playboy pada aku. 
Aku mengigit bibir geram.  Belum sempat aku nak buka mulut, satu suara menjerit dari belakang.

“Sayang!!!!”  Tak payah aku pusing kepala dah tahu pemiliknya siapa.  Kalau dah terjerit-jerit gedik macam tu tentulah si gedik tu.  Huh!

“Sorry… I lambat sikit, ada kerja nak kena bereskan dulu. Pekerja I memang macam ni, ada je yang selalu nak I buat.”adu Maya dengan suara itik tersedu dia tu.   Aku tengok, Mr Playboy dah berdiri dan segera menarik kerusi untuk membolehkan Maya duduk.

Thank you, masih tetap romantik lagi you ni.”puji Maya.

Only for the beautiful lady.”puji Mr Playboy sambil mejeling aku.  Maya pula nampak kesukaan mendengar ayat-ayat romantis yang keluar dari mulut Mr Playboy.  Tersenyum lebar sampai ke pipi.

Aku buat muka menyampah bila dengar.  Lelaki gatal campur perempuan gedik memang satu formula sains yang sangat serasi digabungkan.  Adegan mereka berdua ni betul-betul meloyakan, rasa kembang anak tekak aku tiba-tiba.  Hilang selera makan yang meluap-luap tadi.”

“You ni, pandai je puji perempuan.”gedik Maya.  Mr Playboy tersenyum bangga bila dengar pujian Maya. 

“Dah namanya pun playboy, itulah kerja yang dia tahu.”bidasku.  Maya menjeling aku tajam.  Agaknnya boleh tembus kepala aku bila mata dia dah bagi renungan tajam.

“Sayang…I rasa ada orang cemburu dengan I lah.”
Bulat mataku dengar.  What? Aku cemburu? Oh please…mati hidup balik pun aku tak ada kerja nak cemburu dengan perempuan gedik macam kau lah.  Tolonglah..

“I pun rasa macam tu jugaklah, mungkin dia jealous tengok I layan you macam tuan puteri kot.”giat Mr Playboy sengaja menaikkan suhu kemarahan aku.

Mulalah mengigil je tangan nak menyimbah dua ekor kera dekat depan ni. Besar kecil-besar kecil je aku tengok diorang berdua sekarang.

“Okay, I rasa baik kita makan cepat, karang sejuk pulak lauk-lauk ni semua.  Dah lapar pulak rasa perut I ni.”ujar Iqi bagi menghentikan suasana tegang yang tercetus.

“Aaahh…Jom makan, Reena pun dah rasa lapar jugak En Iqi.”jawab Reena mengiakan.

Kami berlima mula makan dengan berselera, Mr Playboy mengambil udang dan meletakkan dalam pinggan Maya.  Dia melayan Maya bagaikan seorang puteri hari ni.  Apa saja kehendak Maya mesti dia akan turuti.  Maya suruh senduk nasi lah, Maya suruh sudu lauk itu lah, Maya suruh ambil air lah, semuanya Mayalah. 

Kami bertiga yang ada dah rasa macam patung cendana tengok diorang berdua  berdrama.  Aku juihkan bibir, meluat tengok pasangan yang terlebih mesra alam kat depan.  Tiba-tiba pulak rasa menyampah dan geram.  Menyakitkan mata!                                                                          

“Dato Musa mana? Dia tak join kita makan sekali ke?”soal Mr Playboy.
Aku mula memasang telinga untuk mendengar.

Maya meletakkan sudu, dan menyedut air fresh orange didepannya. “ Papa ada meeting dekat China, dia tak dapat datang sini.  Tapi you jangan risau semua urusan projek tu dia dah serahkan dekat I.  Lagipun Encik Malik pengurus projek syarikat kami akan bantu sama jugak.”

Mr Playboy mengangguk faham.

Thanks pada papa you, sebab bagi kepercayaan dekat syarikat I untuk kendalikan projek pembangunan chalet baru tu.  I akan pastikan perjalanan projek tu akan berjalan lancar. I jamin syarikat you akan puas hati.”

Kagum aku tengok gaya Mr Playboy bila berbincang hal bisness.  Sejibik macam ahli politik yang sedang bertanding. Dia ni memang betul-betul fokus.  Berbeza dengan sikap dia yang selalu menyakitkan hati aku bila bercakap.

Your welcome, alah  papa I  memang percayakan kemampuan you.  Lagipun siapa tak kenal Tengku Afriel, anak muda yang hebat dalam setiap projek yang dia kendalikan.  Projek pembinaan kondominium dekat Damansara tu pun hasil rekaan syarikat you jugak kan?”

“Yup!” Mr Playboy mengangguk mengiakan.

No wonder lah harganya sampai cecah juta-juta.  Memang menakjubkan dengan hiasan dalaman dan reka bentuk kondominium tu sendiri. Mewah dah bergaya.  Kagum I dengan kecekapan you bekerja.  You memang hebat.”

Aku berpura-pura makan, tapi telinga masih tetap mendengar perbualan mereka.

“Tak adalah, itu semua hasil pekerja I jugak.  Tanpa mereka siapalah I, sebab merekalah syarikat Crystal tu masih kukuh dan bertahan.  I rasa kalau tak ada mereka belum tentu I akan ada diatas sekarang ni. Betul tak?”

“Hurmm… maybe, tapi bagi I you tetap hebat dan ada aura sendiri.  Mungkin sebab itulah hati I masih lagi dekat you” ujar Maya.

Mr Playboy tergelak bangga.  Sempat dia melirik mata pada aku yang sedang menahan rasa loya mendengar kata-kata Maya tadi.  Rasa macam nak terkeluar balik nasi yang aku makan sekejap ni.  Aura ke bendanya.

“Uwek!!!”berbunyi jugak suara  aku tiba-tiba. Semua mata-mata di meja memandang ke arah aku.

“Opsss!!! Sorry…” aku tersenyum nipis, berpura-pura untuk meminum air. 

“Hmmm…mungkin aura I hanya dapat rasa dekat you je kot, sebab dengan orang lain macam tak berkesan lah pulak.”balas Mr Playboy perlahan.  Dia memandang sayu pada aku.

Aku hanya terkulat-kulat mendengar kata-kata dia.  Dah kenapa pulak dia ni masuk angin ke, tiba-tiba je macam touching.

Iqi mula menanyakan beberapa soalan kepada Maya mengenai projek, diselang seli dengan lawak Iqi yang tak berapa kelakar.  Aku hanya memandang senyap melihat Mr Playboy yang diam tanpa sepatah kata.  Mati akal pulak, tengok dia senyap macam tu.  Argh!
****************************************

Suasana malam di tepi pantai dengan deruan ombak sangat mengkhayalkan.  Aku duduk di atas bangku yang disediakan, sambil menikmati bayu malam yang bertiup perlahan. Bunyi unggas dan cengkerik menjadi bunyi yang merdu sekali didengar.  Aku jadi teringat pada lelaki yang menemani aku petang tadi. 
“A.S.F.A.N. Asfan!” bibirku mengungkapkan kembali ayat tadi.  Nama lelaki tu dah jadi semacam satu ayat yang indah aku dengar . Terasa macam ada sesuatu pada nama dia.  Rasa yang lain dari yang lain.  Hai laa… alangkah indahnya kalau dapat jumpa lagi.  Ruginya tak dapat nombor telefon dia.  Menyesal tak mintak.  Tapi macam lah dia nak bagi pulak kan…

Aku mengeluh perlahan, mata masih tetap terpaku melihat pantai yang indah diterangi cahaya bulan.

“Oh mak kau!!!” latahku tiba-tiba apabila kepalaku tiba-tiba ditutup dengan sesuatu .  Aku menariknya kebawah.  Sweater?

“Kau tak tahu ke yang malam-malam macam ni angin kuat.  Tak reti nak pakai baju tebal-tebal ke tutup badan tu?” ujar Mr Playboy yang tiba-tiba muncul dan duduk di bangku sebelah.

Aku menjelingnya sekilas.  Dia ni, kalau tak kacau mood aku memang tak boleh hidup ke.  Ada je nak buat benda menyakitkan hati.  Tadi senyap je bila makan.

“Tak baik kutuk orang dalam hati, berdosa.”sindir Mr Playboy, tahu pulak aku mengutuk dia.

“Seribu kali aku nak kutuk pun, dosa aku yang tanggung.  Kau sibuk apehal.  Satu lagi boleh tak kau duduk jauh sikit dari pandangan aku, dari tadi asyik muka kau je menempel dekat sini.  Nak naik jelak tau aku tengok.” Geramku.  Sesak nafas kalau asyik tengok muka Mr Playboy ni je, boleh heart attack aku hari-hari.

“Selagi kau tu dekat sini dengan aku, selagi tu lah kau akan tengok muka aku hari-hari.  Papa kau dah amanahkan kau pada aku, itu bererti kau tu tangungjawab aku.  Kalau apa-apa jadi dekat kau, siapa nak menjawab dengan papa kau.”

“Ada aku kisah, tahulah aku nak jaga diri.  Kau tu tak payah nak sibuk sangat.  Hisykk, papa ni kenapalah suruh kau yang tengokkan aku macamlah aku ni budak kecik.  Menyakitkan hati betul lah.”geramku,
Mr Playboy hanya diam tanpa membalas semula kata-kataku.  Dia bingkas bangun dan berjalan ke depan sedikit.

“Jom kita jalan-jalan dekat pantai.” Ajaknya.

Aku pandang wajahnya pelik.  Eh apehal dia ni tiba-tiba je sound nak ajak ke pantai.  Buang tebiat apa malam-malam pergi pantai.  Tadi beria-ia kata angin sejuk.

“Sorry… Tak kuasa aku nak pergi, lagipun malam-malam macam ni bahaya kalau jalan berdua.  Lebih-lebih lagi dengan kau.  Karang tak pasal-pasal kita kena tangkap khalwat pulak. Ngeri aku!” Takut betul aku bila memikirkan aku kena kahwin paksa dengan Mr Playboy.  Tak rela!
Mr Playboy ketawa kuat, sampai keluar air mata. Bergoyang-goyang badannya.  Gaya macam kelakar sangat ayat aku tadi.

“Kau boleh jangan nak perasan tak. Tak adanya orang nak tangkap khalwat dengan keadaan pelacong yang ramai kat pantai  sekarang. Lagipun Jabatan Agama tak pernah buat serbuan dekat sini lah.  Satu lagi kenapa kau nak takut pulak, kita bukan buat apa pun.  Boleh tak lain kali bercakap tu jangan melalut.” Dia mengelengkan kepalanya berulang kali.

“Aku tu beringat sebelum kena, kalau dah kena tak guna dah.”balasku balik. 
Mr Playboy mengeluh kuat. “Suka hati kau lah Mia, kalau kau nak ikut silakan.  Kalau tak nak, pergi masuk dalam tidur.” 

“Lagi satu, malam malam macam ni kalau tengok bulan memang best, rugilah kalau tak ikut.  Mengikut ramalan bulan malam ni memang penuh.”tambah Mr Playboy lagi.  Dia terus berjalan perlahan meninggalkan aku.

Aku terdiam sekejap. Tengok bulan dekat pantai.  Macam best je.  Huisykk…rugilah kalau aku tak pergi. 


“Woit tunggu lah aku!!!!” jeritku pada Mr Playboy , kakiku laju mengejar dia dari belakang.

9 comments:

FΔ ĐH said...

kak Ian thank you best sangat, lama da tunggu entry ni, lepas ni update lagi entry IHYMP best sangat

baby mio said...

Best 3x.

Ian asynata said...

Thanks dear....sorry kna tggu entry ni lama sngt.. He hehhe

Ian asynata said...

Tq baby mio

Mystery Li said...

FINALLYYY!! Update jugak. Thanks bnyk2! :D

Ian asynata said...

Ur wlcm...sorry lmbat update hehhehe

FΔ ĐH said...

Akak ian bila lagi nak update rindu lar....

Zamaliah Lieya said...

bilaa nak update n3 baru? dah lama dah kita org tunggu nii ..

Zana lover pie said...

hye cik writer .... suke lr kt novel awk ne ... bila lgi nk updte n3 bru .. rsa rndu pla dngn mr. playboy ne ... hahahhahahah ... jgn lma2 tw ... dh tk sbar ne .... huhuhuhu :D :D :D

Post a Comment

About Me

Ian asynata
"Ceriakanlah hari ini dengan tawa dan riang, siapa tahu yang esok kita akan bersedih...life is complicated..."
View my complete profile