topbella

Thursday, 6 February 2014

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 26

BAB 26

Pagi-pagi aku telah dikejutkan dengan satu keputusan yang telah dibuat.  Lebih-lebih lagi telah dipersetujui oleh semua ahli lembaga pengarah.  Warghhhh stressnya……..

“Jawapan aku tetap tidak.”tegasku.

“Aku bukan nak jawapan dari kau.  Tapi itu arahan dari aku, sama ada kau suka atau tak.  Kau kena ikut aku.” Mr Playboy duduk bersandar di kerusinya.  Bersahaja gaya dia.

Why me? Suruhlah orang lain.”

“Tak nak.  Aku nak kau yang teman aku.  Faham.”

Eiiiiii………… bertambah-tambah geram aku mendengarnya.  Kenapa harus aku jugak yang kena teman dia. 

“Tak mahu.  Aku tak nak pergi tempat tu dengan kau.  Lagipun tak elok kalau kita pergi berdua-duaan, boleh mengundang fitnah tau.”

Who care?

“I care!”tepisku.  Geram dengan sikap suka memaksa dia ni.
Mr Playboy mengeluh.

“Mia kita pergi sana bukan untuk bersuka ria, kita nak lawat projek je dekat sana.  Yang kau fikir ke lain kenapa.”ujarnya lembut.  Cuba nak pujuk aku lah tu.  Ah! Ada aku kisah, aku tetap tak nak pergi berdua dengan dia jugak.  Terengganu tu bukannya pergi dekat Bandar tapi kena masuk pulau.  Memang tak lah aku akan pergi. 

“Kau boleh ajak orang lain lagi kan.  Aku bukannya ada pengalaman pun.  Nanti aku akan susahkan kau jugak.”dalihku sengaja.  Harap-harap dia akan berfikir panjang dengan keputusan ni.

“Dah jangan banyak cakap.  Tak kisahlah kau susahkan aku atau tidak tapi apa yang aku pasti by hook or crook aku nak kau pergi sama jugak.” Tegasnya. 
Aku mengetapkan gigi.  Besar kecil, besar kecil je aku tengok Mr Playboy ni.   Sesuka-suki je dia memberi arahan, dia tak tahu yang aku ni sakit hati agaknya.

“Do I care.  Aku tetap tak nak pergi.”

“Okay, aku call uncle sekarang ni.  Kau bagitahu uncle sendiri keputusan kau ni. Mesti papa kau suka dengar kan.”ugutnya.  Dia tersenyum sinis.

Berdesir mulutku.  Sabar Mia, sabar.  Kita guna cara lain halang si Gila ni.

“Aku tak boleh pergilah.   Lagipun aku banyak lagi kerja nak buat.  Pergi situ lama tau, makan masa.  Nak pergi melawat tapak projek tu sorang-sorang pun boleh handle.  Yang kau mengada-ngada nak berteman sangat kenapa?  Selama ni siapa yang selalu teman kau?”

“Tak ada siapa pun yang teman aku.  Aku suka pergi sendiri.” Ujarnya bersahaja. 

“Dah tu kenapa nak ajak aku pulak?”  Dia ni sengaja je nak cari pasal dengan aku kan.

“Saja.”

Menyirap darah ke muka dengar ayat selamba badak dia. “Apa masalah kau sebenarnya ni hah? Kau saja je kan nak cari gaduh pagi-pagi ni.”

Nope.  Aku memang betul-betul nak kau pergi sana.  Lagipun aku nak kau belajar dari semua ni.    Kita kena klient sekali dekat sana.  Projek ni pun bawah selian kau jugak kan.   So aku nak kau ada sekali.   Kemudian hari nanti, kau senang boleh handle sendiri.   Kau perlu banyak belajar untuk dapat pengalaman.   Lagipun dah enam bulan kau dekat office ni, takkan kau masih tak berani mencuba kot?” pancingnya sengaja. Dia bersandar di kerusi.  

Aku menjeling tajam.  Pandai betul dia main emosi kan.  Patut jadi pakar kaunseling dia ni. 

Aku mula berfikir-fikir untuk mencari sesuatu alasan lagi.  Namun hampa.  Aku membuang pandang ke luar cermin menghadap bahagian ruangan pekerja.  Reena sedang melintasi bilik ini.  Bibirku perlahan-lahan mengukir senyuman.

Aku memandang Mr Playboy, “Okay…aku akan ikut kau pergi sana.” Senyumku bermakna.

“Betul ni? kenapa tiba-tiba je ubah fikiran?” soalnya seperti tak percaya.

“Lah tadi kan kau yang beriya-iya ajak aku.  So terpaksalah aku pergi ….kau kan bos.  Pekerja yang baik kenalah dengar arahan dari bos.” Senyumku.

“Hmmm….macam ada niat yang tersembunyi je?  Kau nak main-main ye?”soalnya curiga.
“Hisyk merepek je kau ni.  Betul lah,  aku nak temankan kau ni.  Ikhlas dari lubuk hatiku yang paling dalam.”balasku megah.

Mr Playboy mencebik.  Dia nampak ragu-ragu mendengar jawapanku. Mulutnya seperti hendak berkata sesuatu.

 “Okay lah aku keluar dulu.  Jumpa besok tau.” Bidasku cepat.  Aku lekas-lekas meninggalkan bilik CEO.  Misi akan dijalankan besok.  Nasib kau lah Mr Playboy, he he he.

*************************************************************

Suasana di sekitar KLIA kelihatan lengang pagi ni. Tak ramai orang nak naik kapal terbang agaknya.   Aku duduk di kerusi yang disediakan di ruang legar.  Mr Playboy pula duduk disebelahku dia sedang membaca akhbar.  Poyo betul aku menengok muka dia.  Baca surat khabar lagak macam orang hebat sangat lah tu.  Padahal bengap!  Orang lain semua dah duk sibuk pakai tab, dia pula masih lagi guna kaedah lama.  Pelik aku.

Aku mengeluh.  Bosan.  Jam ditangan aku jeling sikit.  Baru pukul 8.00 pagi.  Masih ada dua jam lagi sebelum check in ke balai berlepas.  Aku menanti dengan sabar.  Berharap plan yang aku buat semalam berjalan dengan lancar.

“Jom kita simpan luggage dulu.” Mr Playboy tiba-tiba bersuara.  Backpacknya disandang ke bahu.   Backpack aku turut diangkat sama.

Aku terkejut memandang dia yang sudah siap berdiri . “Hah, nak simpan dah ke?”soalku.

“Yelah, masuk beg dulu awal-awal, nanti tak kelam-kabut sangat.”

“ Tunggu kejap lagi boleh tak.  Lama lagi ni.” halangku.  Aku menarik backpack kembali dari tangannya.  Aku peluk backpack kuat-kuat.  Habislah kalau gagal rancangan ni.  Mati aku nanti!

“Lama tak lama, dah cepat bagi aku beg tu.  Jangan nak main-main. Karang lambat nanti.”

Tanganku tetap memeluk beg dengan erat.  Aku mengelengkan kepala.

“Kau dah kenapa? Nak hantar luggage je dulu kot.  Bak sini beg kau tu.” geram Mr Playboy.  Dia cuba menarik backpack dari pelukanku.  Aku tetap tidak melepaskan.  Aku peluk beg dengan kuat.

“Tak boleh.  Sabarlah.”  Kami sama-sama bertarikkan.  Mr Playboy menarik beg dengan kuat sekali.  
Hampir saja aku nak terdorong ke depan memeluk dia.  Nasib kasutku dapat menahan.  Sedang aku dan Mr Playboy bertarikkan, mataku terpandang dua kelibat yang baru memasuki pintu utama.    Serta merta tanganku melepaskan beg pada Mr Playboy yang sedang menariknya. 

“Bukkkkkkkk!!!!!!!!” Tergamam sekejap melihat Mr Playboy yang dah jatuh terduduk mencium lantai. Aisey man….malunye muka.

Aku menahan perut “ Ha ha ha ha ha, Kelakarnya muka kau.” gelakku tak tertahan bila melihat wajah Mr Playboy berkerut menahan sakit.  Kalau boleh rakam aksi tadi memang aku rakam.  Bayangkan kalau kisah CEO Crystal Sdn.Bhd jatuh tergolek dekat KLIA ni masuk Youtube.  Mesti rating naik kan he he he.

“Wei bengap! Apesal kau lepaskan beg tu tiba-tiba?” marahnya.  Dia mengetapkan bibir geram melihat aku yang terkekek ketawa.  Nak cover malu lah tu.  Ke cover sakit.  Eh dia kata aku bengap lah.  Kurang asam jawa betul mulut dia.

“Wei lembap, kau tu yang beriya-iya sangat tarik beg aku kan.   So… aku lepas lah.  Nasib malanglah kalau kau jatuh.  Buekkkkkk….”aku menjelirkan lidah padanya. 

Mr Playboy mengetapkan bibir menahan geram melihat aku yang mentertawakan dia.  Tertahan-tahan aku ketawa.  Perlahan-lahan aku mengurangkan tawaku.   Kakiku kemudian melangkah mendekati dia.  Kesian pulak aku tengok dia duduk dekat bawah tu.  Nak tolong ke tidak?  Papa kata tak baik buat jahat kan.  Aku berjalan menghampirinya.   Tanganku menyeluk poket, BB aku keluarkan.  Mr Playboy mengangkat tangan untuk memudahkan aku menariknya bangun.  Aku bongkokkan sedikit badan ke bawah.

“Say chesseeeee!!!!!!” klik kamera BB ditangan aku tekan.  Aku ketawa melihat wajah di dalamnya.  Muka Mr Playboy nampak terkejut dengan mulut ternganga.  

“Wei! kau nak buat apa tu?”

Aku melayang-layangkan handphone ditangan.  Gambarnya aku suakan. “Hmmm…comel kan muka ni?  Aku nak pergi upload dekat Facebook lah biar semua staf dekat Crystal tengok.  Tak pun kasi dekat press.   Mesti famous muka kau nanti,ha ha  ha ah.” Aku yakin kalau aku upload je gambar ni bukan setakat staf je yang tengok.  Satu dunia pun boleh tengok muka Mr Playboy.  Mesti lepas ni jatuhlah saham dia.

“Wei monyet, kau jangan berani nak buat ye.  Kau tunggu kejap.” Monyet dia panggil aku.  Kurang asam!  Aku menjelirkan lidah pada Mr Playboy.. 

Melihat kenakalanku membuatkan Mr Playboy bangun dan terus berdiri.  Aku segera berlari kearah Iqi dan Reena yang berdiri tak jauh dari situ.  Habislah dia kejar aku.

“Help me! Orang utan mengamuk!” jeritku.   Terkekek aku ketawa.  Aku berlari menyorok di belakang Iqi dan Reena.  Mr Playboy mengejar aku, dia cuba menarik BB dari tanganku.  Iqi dan Reena tertarik-tarik badan mereka dikerjakan kami.

“Wei apehal korang ni? macam budak-budak lah.”marah Iqi.  Dia tertarik kiri dan kanan oleh aku.  Reena hanya mampu menjerit.

“Kau mari sini, bagi aku handphone tu.  Jangan harap kau dapat lari.  Bak sini!”  Jerit Mr playboy.
Aku menjelirkan lidah.  Mengeleng-gelengkan kepala sengaja ingin menaikkan kemarahan dia.  BB aku tayangkan dekat muka dia.  Dia cuba merampas BB dariku.  Aku berpusing-pusing mengelilingi Iqi dan Reena.  Mereka berdua terjerit-jerit pada kami.

Mr Playboy tiba-tiba dapat menarik tanganku  dengan pantas. Dia mengilas tanganku dari belakang.  Aku cuba menarik kembali tapi tangan sebelahku ini dikunci kuat olehnya.

“Auuuu….sakit, sakit lah bodoh! Lepaslah….” jeritku.  Sakit giler dia buat macam tu.  Aku tidak dapat mengimbang badan menyebabkan tangan yang satu lagi memegang BB telah terjatuh ke lantai dengan kuat.

Tergamam aku melihat BB kesayanganku sudah terbarai di lantai.  Pecah dan berderai segala perkakas dalamnya.  Berair mataku.

Mr Playboy melepaskan tanganku.  Mukanya juga terkejut.  Iqi dan Reena pun menunjukkan reaksi yang sama.

Aku menarik nafas, menahan geram.  Aku menoleh pada Mr Playboy.  “Bongok! Kau tengok apa kau dah buat.  Habis BB aku.  Kau ingat benda ni murah ke?” marahku.    Aku terduduk dan mengutip segala isi BB yang terkeluar.  Agak-agak masih elok ke tidak ye?

“Yang kau nak salahkan aku apehal?  Salah kau lah lari-lari.  Alah setakat telefon buruk kau tu pun nak kisah.  Nanti aku ganti lah. Sepuluh pun aku boleh beli.” Balasnya berlagak. 

Aku mengetap bibir.  Telefon buruk dia kata BB ni?  Dia tak tahu ke yang BB ni mahal tau bagi aku.  Lagipun ada sentimental value tau!  Dia ingat senang ke masa aku nak beli BB ni, aku terpaksa kerja dekat kafe dulu baru dapat beli BB ni masa belajar.  Tu pun Charles tolong tambah sikit.    Walau murah sekalipun aku tetap sayang barang-barang aku.

“Aku tak kira kalau kau nak ganti kau kena ganti denganVertu.  Jenama lain aku tak nak.” Balasku selamba.  Tadi berlagak sangat kan nak gantikan untuk aku.  So aku nak minta yang mahal-mahal sikit buat ganti. 
Bulat mata Mr Playboy memandang aku.  Aku mencebikkan bibir.  Iqi hanya tertawa kecil memandang kami.  Reena turut tersenyum.

“Macam-macamlah korang berdua ni.  Pening aku tengok.” Geleng Iqi.  Aku tersenyum pada mereka.  Tanganku lincah memasukkan bateri kembali ke dalam handset.  BB aku cuba on kan kembali.  Alhamdulillah masih bernyawa lagi.

Aku menjeling Mr Playboy.  Dia mencebik.  Mr Playboy memandang Iqi dan Reena semula. Berkerut dahi dia sekejap.

“Nanti dulu.  Kenapa kau dengan Reena boleh ada dekat sini? Sekarang kan waktu kerja?”soal Mr Playboy pelik.  Iqi dan Reena berpandangan.  Ketara terkejut dengan soalan Mr Playboy.  Aku menahan nafas.

“Bukan kau ada bagi arahan ke suruh kami ikut sekali?”

“Arahan? Bila pulak aku bagi arahan ni?  Tak ada pun?”pelik Mr Playboy.  Dia menoleh padaku. Terkelip-kelip mataku memandang dia semula.  Habislah kantoi!

“Semalam Mia ada bagi surat dekat kitaorang.  Surat ni arahkan aku dan Reena ikut korang berdua pergi Terengganu. Ada tandatangan kau lagi dekat bawah ni.” tegas Iqi.  Iqi pantas mengeluarkan sekeping surat dan memberikan pada Mr Playboy.  Berkerut dahi Mr Playboy membacanya.

 Perlahan-lahan kakiku berundur ke belakang.  Cepat-cepat aku melangkah pergi.  Sebelum kedengaran satu suara menjerit kuat.

“Mia Qaisara!!!!!!!!!”jeritan Mr Playboy mematikan langkahku.  Aku berpaling dan tersenyum dari jauh.  Mr Playbo mengejarku kembali.  Aku pantas berlari menuju ke kaunter tempat simpanan luggage.  Nasiblah! Gorila dah mengamuk!

*************************************************

Di dalam kapal terbang aku terpaksa duduk bersama Mr Playboy.  Reena dan Iqi pula duduk di belakang kami.

Aku mengeluh. Bosan sungguh!

Mr Playboy yang sedang menulis sesuatu di dalam buku menoleh melihat aku.  Dia mengeluarkan surat tadi dan membukanya di depanku.

“What this? Macam mana kau boleh tiru tandatangan aku ni?” nada marah ketara di situ. Wajahnya serius.

Aku menelan air liur. “Alah, aku main-main je, janganlah marah.  Lagipun tak salahkan pergi ramai-ramai.”lembutku.  Aku cuba memujuk dia. 

“Kau tau tak perbuatan kau ni salah.  Meniru tandatangan dan sebagainya adalah satu kesalahan undang-undang .  Kalau aku buat laporan silap-silap kau boleh kena tahan tau tak.”tegasnya.
Aku menarik nafas dan menghembuskannya perlahan-lahan.  Alamak, tak sangka boleh serius macam tu.  Dulu-dulu aku sign report kad sekolah rileks je.  Tak ada sapa pun nak tangkap aku. Aisey….  Matilah aku!

“Ermmm….sorry.  Janganlah buat laporan tu, aku janji aku tak buat lagi.  Please…..”mataku menatap mata dia.  Cuba menunjukkan keikhlasan hati. Harap-harap janganlah Mr Playboy nak pergi buat laporan.  Matilah aku dikerjakan papa nanti.   Mesti papa mengamuk habis!

Teringat masa time aku ponteng sekolah dulu gara-gara nak lepak dengan kawan-kawan dekat Mall.  Balik je rumah terus aku kena bantai dengan papa.   Teruk juga papa rotan aku sampai berbirat belakang ni.   Akhirnya aku ditukarkan sekolah oleh papa dan dikuarantin di rumah selama setahun.  Itulah perkara paling bodoh yang berlaku dalam hidup aku.  Tapi aku tetap aku, campaklah dekat mana sekalipun pun aku tetap akan kecoh. Buktinya sekarang ni lah.

“Kali ni aku maafkan kau, tapi lain kali jangan buat lagi.  Menipu bukan satu perkara yang hebat pun, tapi adalah kebodohan dalam diri kita itu sendiri sebab tak berani berusaha.  So…pastikan kau jangan ulangi kesalahan ni lagi, kalau tak, siaplah aku bagitahu papa kau.” ugutnya.  Bibirku mencebik.  Nak ugut aku pulak pakai nama papa.  Dahlah klon ayat papa.  Sebijik sama macam papa selalu cakap dekat aku.  Mesti copy paste tegar papa ni, tu pasal sama.

 “Excuse me ma’am, would you like coffee or tea?” soal seorang pramugari perempuan yang tengah menarik troli. Aku mengangkat wajah.  Tersenyum.

“Let me guess, kau mesti suka minum tea kan? So… tea please…”sampuk Mr Playboy.  Tersengih dia memandang Pramugari yang tersipu-sipu malu ni.  Sungguh Mr Playboy….

“No, no…bagi saya kopi.  Black coffee.” Sindirku. Pandai-pandai je teka aku suka tea.  Suka hati akulah nak minum air apa. Sibuk je.  Dasar lelaki gatal, nampak perempuan mulalah nak jual minyak.  Eiiiiiiiiii menyampahnya aku tengok muka dia ni.

Pramugari tadi menghidangkan tea dan coffee kepada kami.  Kami berdua minum dengan senyap. 

“Ermmmm…sedap tea ni.  Macam orangnya…”ujar Mr Playboy.  Pramugari tadi yang sedang bekerja di sebelah tersenyum-senyum mendengar.

Tercebik bibirku sekejap tu.  Rasa meluat dengar.  Padahal macam aku tak tahu yang tea dalam kapal terbang ni bukan sedap mana pun.  Biasa-biasa je.  Mesti dia nak mengayat pramugari lah tu.  Dasar Playboy gatal!

Tidak lama kemudian Pramugari tadi datang semula dan menghulurkan sekeping kad kecil kepada Mr Playboy.  Mr Playboy tersenyum mengambilnya.  Dia melayang-layangkan kad tersebut ke mukaku.

“What?”

“Aku dapat nombor telefon dia.”

“So….”

“Maknanya market aku up lah.  Sampai atas awan ni pun ada je yang minat dekat aku.  Bertuah kan…” Terlopong mulut mendengar.  Ada juga insan yang terlebih perasan dalam dunia ni.  Memalukan betul!

“Gatal….”sinisku.

“Apa?”

“Lelaki gatal.  Baru dapat nombor telefon nak kecoh.  Menyampah!”
Mr Playboy ketawa perlahan.

“Cemburu ke?”duga Mr Playboy padaku.

Aku menoleh padanya, “Siapa cemburu? Aku?  Please lah……….”jelingku.  Tolong sikit yek, tak ada kelas aku nak main cemburu-cemburu dengan dia.  Lagi satu apa kena –mengena dia dengan aku kan.  Argh benci betul dengan lelaki ni!

Mr Playboy ketawa kuat melihat aku yang dah memalingkan muka ke tepi.


Aku cuba melelapkan mata di kerusi.  Berharap agar cepat sampai.  Tak tahan nak berlama-lama duduk sebelah Mr Playboy.  Boleh giler aku sekejap ni.  Cepatlah sampai!!!!!!!!!!

3 comments:

FΔ ĐH said...

Ahhh!!!bestnya XD sambung lagi

Ian asynata said...

thanks swizz....insyallah...

Kim said...

Please sambunglah bestnya cerita.

Post a Comment

About Me