BAB 26
Pagi-pagi aku telah dikejutkan
dengan satu keputusan yang telah dibuat.
Lebih-lebih lagi telah dipersetujui oleh semua ahli lembaga
pengarah. Warghhhh stressnya……..
“Jawapan aku tetap
tidak.”tegasku.
“Aku bukan nak jawapan
dari kau. Tapi itu arahan dari aku, sama
ada kau suka atau tak. Kau kena ikut
aku.” Mr Playboy duduk bersandar di kerusinya.
Bersahaja gaya dia.
“Why me? Suruhlah orang lain.”
“Tak nak. Aku nak kau yang teman aku. Faham.”
Eiiiiii…………
bertambah-tambah geram aku mendengarnya.
Kenapa harus aku jugak yang kena teman dia.
“Tak mahu. Aku tak nak pergi tempat tu dengan kau. Lagipun tak elok kalau kita pergi
berdua-duaan, boleh mengundang fitnah tau.”
“Who care?”
“I
care!”tepisku.
Geram dengan sikap suka memaksa dia ni.
Mr Playboy mengeluh.
“Mia kita pergi sana
bukan untuk bersuka ria, kita nak lawat projek je dekat sana. Yang kau fikir ke lain kenapa.”ujarnya
lembut. Cuba nak pujuk aku lah tu. Ah! Ada aku kisah, aku tetap tak nak pergi
berdua dengan dia jugak. Terengganu tu
bukannya pergi dekat Bandar tapi kena masuk pulau. Memang tak lah aku akan pergi.
“Kau boleh ajak orang
lain lagi kan. Aku bukannya ada
pengalaman pun. Nanti aku akan susahkan
kau jugak.”dalihku sengaja. Harap-harap
dia akan berfikir panjang dengan keputusan ni.
“Dah jangan banyak
cakap. Tak kisahlah kau susahkan aku
atau tidak tapi apa yang aku pasti by
hook or crook aku nak kau pergi sama jugak.” Tegasnya.
Aku mengetapkan
gigi. Besar kecil, besar kecil je aku
tengok Mr Playboy ni. Sesuka-suki je dia memberi arahan, dia tak
tahu yang aku ni sakit hati agaknya.
“Do
I care. Aku
tetap tak nak pergi.”
“Okay, aku call uncle
sekarang ni. Kau bagitahu uncle sendiri
keputusan kau ni. Mesti papa kau suka dengar kan.”ugutnya. Dia tersenyum sinis.
Berdesir mulutku. Sabar Mia, sabar. Kita guna cara lain halang si Gila ni.
“Aku tak boleh
pergilah. Lagipun aku banyak lagi kerja
nak buat. Pergi situ lama tau, makan
masa. Nak pergi melawat tapak projek tu
sorang-sorang pun boleh handle. Yang kau
mengada-ngada nak berteman sangat kenapa?
Selama ni siapa yang selalu teman kau?”
“Tak ada siapa pun yang
teman aku. Aku suka pergi sendiri.”
Ujarnya bersahaja.
“Dah tu kenapa nak ajak
aku pulak?” Dia ni sengaja je nak cari
pasal dengan aku kan.
“Saja.”
Menyirap darah ke muka
dengar ayat selamba badak dia. “Apa masalah kau sebenarnya ni hah? Kau saja je
kan nak cari gaduh pagi-pagi ni.”
“Nope. Aku memang betul-betul
nak kau pergi sana. Lagipun aku nak kau
belajar dari semua ni. Kita kena
klient sekali dekat sana. Projek ni pun
bawah selian kau jugak kan. So aku nak
kau ada sekali. Kemudian hari nanti, kau senang boleh handle
sendiri. Kau perlu banyak belajar untuk
dapat pengalaman. Lagipun dah enam
bulan kau dekat office ni, takkan kau masih tak berani mencuba kot?” pancingnya
sengaja. Dia bersandar di kerusi.
Aku menjeling
tajam. Pandai betul dia main emosi
kan. Patut jadi pakar kaunseling dia
ni.
Aku mula berfikir-fikir
untuk mencari sesuatu alasan lagi. Namun
hampa. Aku membuang pandang ke luar
cermin menghadap bahagian ruangan pekerja.
Reena sedang melintasi bilik ini. Bibirku perlahan-lahan mengukir senyuman.
Aku memandang Mr
Playboy, “Okay…aku akan ikut kau pergi sana.” Senyumku bermakna.
“Betul ni? kenapa
tiba-tiba je ubah fikiran?” soalnya seperti tak percaya.
“Lah tadi kan kau yang
beriya-iya ajak aku. So terpaksalah aku pergi ….kau kan bos. Pekerja yang baik kenalah dengar arahan dari
bos.” Senyumku.
“Hmmm….macam ada niat
yang tersembunyi je? Kau nak main-main
ye?”soalnya curiga.
“Hisyk merepek je kau
ni. Betul lah, aku nak temankan kau ni. Ikhlas dari lubuk hatiku yang paling dalam.”balasku
megah.
Mr Playboy
mencebik. Dia nampak ragu-ragu mendengar
jawapanku. Mulutnya seperti hendak berkata sesuatu.
“Okay lah aku keluar dulu. Jumpa besok tau.” Bidasku cepat. Aku lekas-lekas meninggalkan bilik CEO. Misi akan dijalankan besok. Nasib kau lah Mr Playboy, he he he.
*************************************************************
Suasana di sekitar KLIA
kelihatan lengang pagi ni. Tak ramai orang nak naik kapal terbang agaknya. Aku duduk di kerusi yang disediakan di ruang
legar. Mr Playboy pula duduk disebelahku
dia sedang membaca akhbar. Poyo betul
aku menengok muka dia. Baca surat khabar
lagak macam orang hebat sangat lah tu.
Padahal bengap! Orang lain semua
dah duk sibuk pakai tab, dia pula masih lagi guna kaedah lama. Pelik aku.
Aku mengeluh. Bosan. Jam ditangan aku jeling sikit. Baru pukul 8.00 pagi. Masih ada dua jam lagi sebelum check in ke balai berlepas. Aku menanti dengan sabar. Berharap plan yang aku buat semalam berjalan
dengan lancar.
“Jom kita simpan
luggage dulu.” Mr Playboy tiba-tiba bersuara.
Backpacknya disandang ke bahu.
Backpack aku turut diangkat sama.
Aku terkejut memandang
dia yang sudah siap berdiri . “Hah, nak simpan dah ke?”soalku.
“Yelah, masuk beg dulu
awal-awal, nanti tak kelam-kabut sangat.”
“ Tunggu kejap lagi
boleh tak. Lama lagi ni.” halangku. Aku menarik backpack kembali dari
tangannya. Aku peluk backpack kuat-kuat. Habislah kalau gagal rancangan ni. Mati aku nanti!
“Lama tak lama, dah
cepat bagi aku beg tu. Jangan nak
main-main. Karang lambat nanti.”
Tanganku tetap memeluk
beg dengan erat. Aku mengelengkan
kepala.
“Kau dah kenapa? Nak
hantar luggage je dulu kot. Bak sini beg
kau tu.” geram Mr Playboy. Dia cuba
menarik backpack dari pelukanku. Aku
tetap tidak melepaskan. Aku peluk beg dengan
kuat.
“Tak boleh. Sabarlah.”
Kami sama-sama bertarikkan. Mr
Playboy menarik beg dengan kuat sekali.
Hampir saja aku nak terdorong ke depan memeluk dia. Nasib kasutku dapat menahan. Sedang aku dan Mr Playboy bertarikkan, mataku
terpandang dua kelibat yang baru memasuki pintu utama. Serta merta tanganku melepaskan beg pada Mr
Playboy yang sedang menariknya.
“Bukkkkkkkk!!!!!!!!”
Tergamam sekejap melihat Mr Playboy yang dah jatuh terduduk mencium lantai.
Aisey man….malunye muka.
Aku menahan perut “ Ha
ha ha ha ha, Kelakarnya muka kau.” gelakku tak tertahan bila melihat wajah Mr
Playboy berkerut menahan sakit. Kalau
boleh rakam aksi tadi memang aku rakam.
Bayangkan kalau kisah CEO Crystal Sdn.Bhd jatuh tergolek dekat KLIA ni
masuk Youtube. Mesti rating naik kan he
he he.
“Wei bengap! Apesal kau
lepaskan beg tu tiba-tiba?” marahnya.
Dia mengetapkan bibir geram melihat aku yang terkekek ketawa. Nak cover malu lah tu. Ke cover sakit. Eh dia kata aku bengap lah. Kurang asam jawa betul mulut dia.
“Wei lembap, kau tu
yang beriya-iya sangat tarik beg aku kan.
So… aku lepas lah. Nasib
malanglah kalau kau jatuh. Buekkkkkk….”aku
menjelirkan lidah padanya.
Mr Playboy mengetapkan
bibir menahan geram melihat aku yang mentertawakan dia. Tertahan-tahan aku ketawa. Perlahan-lahan aku mengurangkan tawaku. Kakiku kemudian melangkah mendekati dia. Kesian pulak aku tengok dia duduk dekat bawah
tu. Nak tolong ke tidak? Papa kata tak baik buat jahat kan. Aku berjalan menghampirinya. Tanganku
menyeluk poket, BB aku keluarkan. Mr Playboy
mengangkat tangan untuk memudahkan aku menariknya bangun. Aku bongkokkan sedikit badan ke bawah.
“Say chesseeeee!!!!!!”
klik kamera BB ditangan aku tekan. Aku
ketawa melihat wajah di dalamnya. Muka Mr
Playboy nampak terkejut dengan mulut ternganga.
“Wei! kau nak buat apa
tu?”
Aku melayang-layangkan
handphone ditangan. Gambarnya aku
suakan. “Hmmm…comel kan muka ni? Aku nak
pergi upload dekat Facebook lah biar semua staf dekat Crystal tengok. Tak pun kasi dekat press. Mesti famous muka kau nanti,ha ha ha ah.” Aku yakin kalau aku upload je gambar
ni bukan setakat staf je yang tengok.
Satu dunia pun boleh tengok muka Mr Playboy. Mesti lepas ni jatuhlah saham dia.
“Wei monyet, kau jangan
berani nak buat ye. Kau tunggu kejap.”
Monyet dia panggil aku. Kurang asam! Aku menjelirkan
lidah pada Mr Playboy..
Melihat kenakalanku membuatkan Mr Playboy bangun
dan terus berdiri. Aku segera berlari
kearah Iqi dan Reena yang berdiri tak jauh dari situ. Habislah dia kejar aku.
“Help me! Orang utan
mengamuk!” jeritku. Terkekek aku
ketawa. Aku berlari menyorok di belakang
Iqi dan Reena. Mr Playboy mengejar aku,
dia cuba menarik BB dari tanganku. Iqi
dan Reena tertarik-tarik badan mereka dikerjakan kami.
“Wei apehal korang ni?
macam budak-budak lah.”marah Iqi. Dia
tertarik kiri dan kanan oleh aku. Reena
hanya mampu menjerit.
“Kau mari sini, bagi
aku handphone tu. Jangan harap kau dapat
lari. Bak sini!” Jerit Mr playboy.
Aku menjelirkan lidah. Mengeleng-gelengkan kepala sengaja ingin
menaikkan kemarahan dia. BB aku
tayangkan dekat muka dia. Dia cuba
merampas BB dariku. Aku berpusing-pusing
mengelilingi Iqi dan Reena. Mereka
berdua terjerit-jerit pada kami.
Mr Playboy tiba-tiba
dapat menarik tanganku dengan pantas. Dia
mengilas tanganku dari belakang. Aku
cuba menarik kembali tapi tangan sebelahku ini dikunci kuat olehnya.
“Auuuu….sakit, sakit
lah bodoh! Lepaslah….” jeritku. Sakit
giler dia buat macam tu. Aku tidak dapat
mengimbang badan menyebabkan tangan yang satu lagi memegang BB telah terjatuh
ke lantai dengan kuat.
Tergamam aku melihat BB
kesayanganku sudah terbarai di lantai.
Pecah dan berderai segala perkakas dalamnya. Berair mataku.
Mr Playboy melepaskan
tanganku. Mukanya juga terkejut. Iqi dan Reena pun menunjukkan reaksi yang
sama.
Aku menarik nafas,
menahan geram. Aku menoleh pada Mr
Playboy. “Bongok! Kau tengok apa kau dah
buat. Habis BB aku. Kau ingat benda ni murah ke?” marahku. Aku terduduk dan mengutip segala isi BB
yang terkeluar. Agak-agak masih elok ke
tidak ye?
“Yang kau nak salahkan
aku apehal? Salah kau lah
lari-lari. Alah setakat telefon buruk
kau tu pun nak kisah. Nanti aku ganti
lah. Sepuluh pun aku boleh beli.” Balasnya berlagak.
Aku mengetap
bibir. Telefon buruk dia kata BB ni? Dia tak tahu ke yang BB ni mahal tau bagi
aku. Lagipun ada sentimental value
tau! Dia ingat senang ke masa aku nak
beli BB ni, aku terpaksa kerja dekat kafe dulu baru dapat beli BB ni masa
belajar. Tu pun Charles tolong tambah
sikit. Walau murah sekalipun aku tetap sayang
barang-barang aku.
“Aku tak kira kalau kau
nak ganti kau kena ganti denganVertu.
Jenama lain aku tak nak.” Balasku selamba. Tadi berlagak sangat kan nak gantikan untuk
aku. So aku nak minta yang mahal-mahal
sikit buat ganti.
Bulat mata Mr Playboy
memandang aku. Aku mencebikkan
bibir. Iqi hanya tertawa kecil memandang
kami. Reena turut tersenyum.
“Macam-macamlah korang
berdua ni. Pening aku tengok.” Geleng
Iqi. Aku tersenyum pada mereka. Tanganku lincah memasukkan bateri kembali ke
dalam handset. BB aku cuba on kan
kembali. Alhamdulillah masih bernyawa
lagi.
Aku menjeling Mr
Playboy. Dia mencebik. Mr Playboy memandang Iqi dan Reena semula.
Berkerut dahi dia sekejap.
“Nanti dulu. Kenapa kau dengan Reena boleh ada dekat sini?
Sekarang kan waktu kerja?”soal Mr Playboy pelik. Iqi dan Reena berpandangan. Ketara terkejut dengan soalan Mr
Playboy. Aku menahan nafas.
“Bukan kau ada bagi
arahan ke suruh kami ikut sekali?”
“Arahan? Bila pulak aku
bagi arahan ni? Tak ada pun?”pelik Mr
Playboy. Dia menoleh padaku.
Terkelip-kelip mataku memandang dia semula.
Habislah kantoi!
“Semalam Mia ada bagi
surat dekat kitaorang. Surat ni arahkan aku
dan Reena ikut korang berdua pergi Terengganu. Ada tandatangan kau lagi dekat
bawah ni.” tegas Iqi. Iqi pantas
mengeluarkan sekeping surat dan memberikan pada Mr Playboy. Berkerut dahi Mr Playboy membacanya.
Perlahan-lahan kakiku berundur ke
belakang. Cepat-cepat aku melangkah
pergi. Sebelum kedengaran satu suara
menjerit kuat.
“Mia
Qaisara!!!!!!!!!”jeritan Mr Playboy mematikan langkahku. Aku berpaling dan tersenyum dari jauh. Mr Playbo mengejarku kembali. Aku pantas berlari menuju ke kaunter tempat
simpanan luggage. Nasiblah! Gorila dah
mengamuk!
*************************************************
Di dalam kapal terbang
aku terpaksa duduk bersama Mr Playboy.
Reena dan Iqi pula duduk di belakang kami.
Aku mengeluh. Bosan
sungguh!
Mr Playboy yang sedang
menulis sesuatu di dalam buku menoleh melihat aku. Dia mengeluarkan surat tadi dan membukanya di
depanku.
“What this? Macam mana
kau boleh tiru tandatangan aku ni?” nada marah ketara di situ. Wajahnya serius.
Aku menelan air liur.
“Alah, aku main-main je, janganlah marah.
Lagipun tak salahkan pergi ramai-ramai.”lembutku. Aku cuba memujuk dia.
“Kau tau tak perbuatan
kau ni salah. Meniru tandatangan dan
sebagainya adalah satu kesalahan undang-undang . Kalau aku buat laporan silap-silap kau boleh
kena tahan tau tak.”tegasnya.
Aku menarik nafas dan
menghembuskannya perlahan-lahan. Alamak,
tak sangka boleh serius macam tu.
Dulu-dulu aku sign report kad sekolah rileks je. Tak ada sapa pun nak tangkap aku. Aisey…. Matilah aku!
“Ermmm….sorry. Janganlah buat laporan tu, aku janji aku tak buat
lagi. Please…..”mataku menatap mata
dia. Cuba menunjukkan keikhlasan hati.
Harap-harap janganlah Mr Playboy nak pergi buat laporan. Matilah aku dikerjakan papa nanti. Mesti papa
mengamuk habis!
Teringat masa time aku
ponteng sekolah dulu gara-gara nak lepak dengan kawan-kawan dekat Mall. Balik je rumah terus aku kena bantai dengan
papa. Teruk juga papa rotan aku sampai
berbirat belakang ni. Akhirnya aku ditukarkan sekolah oleh papa dan
dikuarantin di rumah selama setahun.
Itulah perkara paling bodoh yang berlaku dalam hidup aku. Tapi aku tetap aku, campaklah dekat mana
sekalipun pun aku tetap akan kecoh. Buktinya sekarang ni lah.
“Kali ni aku maafkan
kau, tapi lain kali jangan buat lagi. Menipu
bukan satu perkara yang hebat pun, tapi adalah kebodohan dalam diri kita itu sendiri
sebab tak berani berusaha. So…pastikan
kau jangan ulangi kesalahan ni lagi, kalau tak, siaplah aku bagitahu papa kau.”
ugutnya. Bibirku mencebik. Nak ugut aku pulak pakai nama papa. Dahlah klon ayat papa. Sebijik sama macam papa selalu cakap dekat
aku. Mesti copy paste tegar papa ni, tu pasal sama.
“Excuse me ma’am, would you like coffee or
tea?” soal seorang pramugari perempuan yang tengah menarik
troli. Aku mengangkat wajah. Tersenyum.
“Let
me guess, kau mesti suka minum tea kan? So… tea please…”sampuk Mr Playboy.
Tersengih dia memandang Pramugari yang tersipu-sipu malu ni. Sungguh Mr Playboy….
“No,
no…bagi
saya kopi. Black coffee.” Sindirku. Pandai-pandai je
teka aku suka tea. Suka hati akulah nak
minum air apa. Sibuk je. Dasar lelaki
gatal, nampak perempuan mulalah nak jual minyak. Eiiiiiiiiii menyampahnya aku tengok muka dia
ni.
Pramugari tadi
menghidangkan tea dan coffee kepada kami.
Kami berdua minum dengan senyap.
“Ermmmm…sedap tea ni. Macam orangnya…”ujar Mr Playboy. Pramugari tadi yang sedang bekerja di sebelah tersenyum-senyum
mendengar.
Tercebik bibirku sekejap
tu. Rasa meluat dengar. Padahal macam aku tak tahu yang tea dalam kapal
terbang ni bukan sedap mana pun. Biasa-biasa
je. Mesti dia nak mengayat pramugari lah
tu. Dasar Playboy gatal!
Tidak lama kemudian
Pramugari tadi datang semula dan menghulurkan sekeping kad kecil kepada Mr
Playboy. Mr Playboy tersenyum
mengambilnya. Dia melayang-layangkan kad
tersebut ke mukaku.
“What?”
“Aku dapat nombor telefon
dia.”
“So….”
“Maknanya market aku up
lah. Sampai atas awan ni pun ada je yang
minat dekat aku. Bertuah kan…” Terlopong
mulut mendengar. Ada juga insan yang terlebih
perasan dalam dunia ni. Memalukan betul!
“Gatal….”sinisku.
“Apa?”
“Lelaki gatal. Baru dapat nombor telefon nak kecoh. Menyampah!”
Mr Playboy ketawa
perlahan.
“Cemburu ke?”duga Mr
Playboy padaku.
Aku
menoleh padanya, “Siapa cemburu? Aku? Please
lah……….”jelingku. Tolong sikit yek, tak
ada kelas aku nak main cemburu-cemburu dengan dia. Lagi satu apa kena –mengena dia dengan aku
kan. Argh benci betul dengan lelaki ni!
Mr
Playboy ketawa kuat melihat aku yang dah memalingkan muka ke tepi.
Aku
cuba melelapkan mata di kerusi. Berharap
agar cepat sampai. Tak tahan nak
berlama-lama duduk sebelah Mr Playboy.
Boleh giler aku sekejap ni. Cepatlah
sampai!!!!!!!!!!
3 comments:
Ahhh!!!bestnya XD sambung lagi
thanks swizz....insyallah...
Please sambunglah bestnya cerita.
Post a Comment