topbella

Tuesday, 7 January 2014

MEMORI CINTA KITA 5

ASSALAMULAIKUM.....Semua, ini adalah entry untuk memori cinta kita.  Bagi siapa yang pernah baca cerpen semanis gula-gula kapas. Mesti korang kenal watak ni.  ian buat cerpen tu berdasarkan novel ian ni.    Tapi cerpen dan novel berbeza tau.  Jadi jangan tanya kenapa tak sama.  semoga terhibur.....
******************************************************

BAB 5 


USAI Solat Isyak aku menyarung T-shirt radioactive warna biru yang di beli Abang Hafizul hari tu.  Cantik! Elok je terletak dekat badan aku, sepadan dengan seluar jeans denim warna biru aku ni.  Aku hanya menepek sedikit bedak kompak dan secalit lip balm di bibir. Natural! 

Setelah siap aku terus keluar meninjau Along yang sedang menghidupkan enjin kereta Saga FLX aku.   Katanya nak test drive kereta baru aku tu.  Aku biarkan saja sebab dia yang tolong bayar bulan-bulan jadi tak kisah dia nak test drive ke ape asal tak rosak.

Aku duduk di sofa, sementara menunggu Angah.   Lama betul betu bersiap, kalah perempuan! Aku menjeling jam di dinding.  Aku bangun dan ke dapur mencari mak.  Kemudian aku baru teringat, yang mak dan abah ke masjid solat jemaah.  Aselehe….

“Dah jom.  Karang lambat pulak.” Arah angah pada aku tiba-tiba.   Amboi! Wanginya!  Sedozen ke ape pakai minyak wangi.  Nak pergi makan sate je pun!

“Eh… orang dah lama siap tau.   Angah tu je yang lambat.”  Angah mengunci pintu rumah.
Abang Hakeem , dan Abang Hafizul pun dah siap tunggu kitaorang dekat luar.  Entah bila diorang sampai aku pun tak tahu.    Aku tersenyum melihat mereka sebelum mataku tertacap pada baju yang dipakai Abang  Hafizul.    Bulat terus mataku. ‘isykk dia ni suka pakai baju sama warna dengan aku’

“Along kau drivekan, aku duduk depan, Korang bertiga duduk belakang.”arah angah .

“Eh tak mahu lah.  Adik duduk depan lah.   Angah duduklah belakang.” Balas aku geram.  Suka hati  je nak arah orang.   Dia ni tak fikir ke aku duduk kat belakang bersempit dengan sepupu lelaki, ke dia dah lupa adik dia ni perempuan.

“Eh suka hatilah!  Dah jangan nak banyak cakap, ikut je lah.     Cancel makan sate nanti baru tau.”

“Yelah..yelah..”balasku malas nak bertekak.   Aku duduk dekat seat belakang sebelah kiri.  Abang Hafizul duduk kat tengah , Abang Hakeem kat tepi.

Kereta mula bergerak menuju ke destinasi, perjalanan yang memakan masa 30 minit ni sangat menyesakkan aku.    Mana taknya, Along kalau drive macam jalan ni dia punya.     Suka hati perut dia je mencilok. Yang lebih sakit hati sekali, Abang Hafizul ni dari tadi asyik menghimpit dekat aku je.  Dia ni nak aku tercampak dari kereta ke ape!

Aku memejamkan mata. Tiba-tiba aku rasa ada sesuatu menjalar dekat pinggang.  Aku tersentak!   Cepat-cepat aku memegangnya  ‘Tangan?’  Hai main raba-raba pulak, ni yang pantang ni.   Aku terus berpaling pada tuan yang empunya badan.

“Ape ni ..” Bisikku perlahan terus menepis tangannya.  Abang Hafizul tersentak!  Aikk dia yang raba aku ke aku raba dia?

 “Eh.. sorry tak sengaja.  Handphone abang kat situ.” Bisiknya .  Matanya melorot dekat bawah duduku.
Terus aku tengok dekat bawah dudukku.  Memang elok-elok je Samsung galaxy note tu landing kat situ.   
Yang peliknya bila time pulak boleh ada sini.    Nasib aku tak jerit tadi kalau tak nayalah kau kena tibai dengan abang aku.

“Nah ambil.  Lain kali cakap.   Jangan nak pandai sendiri je.”  bisikku  geram. 

Abang Hafizul mengambilnya, kemudian berpaling ke sebelah sana.   Muka dia merah je menahan malu.  Isykk macam dia pulak yang kena raba.  Confius aku, sape sebenarnya mangsa sekarang ni?   Hwarghhhh!!! ada yang makan penampar kejap lagi !!!.
*******************************************************

KAMI akhirnya sampai di Restoran Sate dekat Simpang Ampat Melaka.  Aku segera keluar dari kereta.  Huh! azab boleh patah pinggang duduk terhuyung-hayang macam ni.    Lain kali jangan harap aku nak naik dengan Along . Silap hari bulan boleh mati !  Bawak kereta macam pelesit!

Kami mengambil tempat duduk berhadapan dengan sebuah pentas kecil.  Macam ada live band je restoran ni.   Tu mesti taktik nak menarik lebih ramai pelanggan lah tu.
Kami membuat pesanan .   Sementara menunggu, angah bangun dan berbual dengan seseorang di atas pentas.  Angah berbisik sesuatu kepada salah seorang ahli band tersebut.    Nampak mesra je.
 Aku buat tak tahu. Tak peduli!   Sebaik saja sate dan air sampai.    Aku terus makan.  Tak boleh tunggu lagi.  Lapar! 

Aku ambil dan makan beberapa cucuk sate.  Sedap!  Tiba-tiba ada satu suara memanggil nama aku untuk ke pentas.  Hampir saja aku nak tercekik.   Aku terpinga-pinga.  What’s going on? Aku memandang 
Along.  Along mengangkat bahunya.  Aku pandang pentas dekat depan.  Vokalis band tadi bercakap sesuatu.

“Atas permintaan abang awak.   Dia berharap awak dapat naik ke pentas dan menyanyikan sebuah lagu khas, sempena hari jadi dia.” Ujar vokalis itu lagi.

Gulp!

Hari jadi? Bila pulak hari jadi dia hari ni?   Aku pandang angah yang senyum-senyum sinis dekat aku.   Dia nak prank aku lah tu!  Hampeh! 

 Bengang je rasa tengok muka angah.   Aku segera naik ke pentas, orang ramai mula bersorak. 
“Ehem… helo..helo..123..”aku mengetuk sedikit microfon.   Dah lama tak karok mesti karat jap lagi he he he.

“Terima kasih kerana prank saya Angah dan selamat hari jadi adik ucapkan.   Semoga panjang umur selepas ini hehe..”  sinisku.

“Actually saya tak pandai pun nyanyi, biasa-biasa bolehlah.  So apa kata kalau angah pun nyanyi dengan saya sekali.   Ramai-ramai baru seronok kan?” ajakku sengaja.  Padan muka ingat boleh lepas ke bila kenakan aku.

“Okay cepat start. You can do it!” jerit  Along semangat

 Aku tersenyum kelat.    Banyak bunyi pulak Along ni.    Dia ingat nyanyi kat pentas ni macam karaoke dalam bilik ke?

Aku dan angah mula memilih lagu.   Muzik live band dimulakan.    Aku menarik nafas.

Kau renunglah wajahku
Di manakah hilangnya
Raut seperti dulu
Bila dicemar air mata

Ku tak mahu berpisah
Kerana hati masih
Sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur

 Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekat pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentangan sahaja
Walaupun bibir cuba menafi
Hakikat percaya tanya dengan jujur manakah kita

Di jiwaku sengsara menanggung derita
Kerana cinta berubah tapi tak mahu kehilanganmu

Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekat pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentangan sahaja
Walaupun bibir cuba menafi
Hakikat percaya tanya dengan jujur manakah kita

 Semua pelanggan berdiri bertepuk tangan.   Fuhhhh… bangga siot.  Aku tersenyum memandang Angah.   Rupa-rupanya ini sebenarnya dia nak tunjukkan kat aku.  Al maklumlah family kami jenis yang tak suka anak dara melalak kat depan orang.  Jadi bakat yang ada kat aku ni jadi terpendam je lah.   Tapi tak apa, aku pun tak idam nak jadi penyanyi.   Suara aku bukan best sangat pun.  Sayang angah… walaupun dia selalu sakitkan hati aku tapi aku tahu dia memang the best brother in the world.  I love you bro!

Aku turun ke pentas bersama angah. Aku berbisik mengucapkan terima kasih kepadanya. Dia hanya mengenggam erat tangan aku dan tersenyum.

Kami menghabiskan makanan.  Abang Hafizul hanya mendiamkan diri, langsung tidak bercakap. Komen lagu aku pun takde!  Abang Hakeem dengan Along je yang banyak puji.   Hampa sikit hati aku, tak pernah aku rasa macam ni. Tapi kenapa ye aku harap komen dia?  Hai laaa hati time ni lah kau buat hal.

Akhirnya kami pulang ke rumah.  Dalam kereta Abang Hafizul hanya memejamkan mata, earphone dilekapkan di telinganya sepanjang perjalanan.  Dia langsung bercakap apa-apa pun.
Kenapa ye? aku nyanyi tak sedap ke? atau dia tak suka aku menyanyi. Aduh! Kenapa hati aku gelisah bila tengok muka dia macam tu. Aku memejamkan mata menahan rasa hati.





Monday, 6 January 2014

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 19


BAB 19

Pagi-pagi lagi aku dah terpacak dekat depan syarikat.   Semuanya gara-gara Mr Playboy punya pasal lah ni, nak sangat suruh aku ikut dia pergi jumpa client.  Dia kata nak biasakan aku dengan semua ni dulu, so senanglah aku buat sendiri nanti.     Itu aku tak kisahlah dah memang kerja aku kan.  Tapi yang menjadi kisahnya sekarang hampir satu jam aku terpacak dekat sini.  Jangan katakan nak jumpa client, batang hidung Mr Playboy pun aku tak nampak.  Ya Allah, sabar je lah.

“Hisyk! Mana Mr Playboy ni?  Dah kebas aku kaki aku berdiri ni.  Dia ni tidur ke apa?” omelku geram.  Aku melihat jam di tangan, tepat jam 9 pagi. 

“Penipu punya Mr Playboy, kata nak pergi jumpa client jam lapan.  Ni dah pukul sembilan.  Dia nak main-mainkan aku agaknya.  Tak apa kau datanglah, tahulah aku ajar kau nanti.” Aku mengenggam tangan.

Aku mengeluh, tak tahan lagi untuk menunggu.   Aku menyeluk saku mengeluarkan handphone dari dalam poket.  Nasib hari tu aku dah save nombor dia.  Aku mencari-cari nama Mr Playboy dalam senarai nama yang disimpan. Jumpa! Aku terus menekan butang call.  Bunyi caller ringtone lagu Linkin park bergema.  
Panggilanku bersambut.

“Hello!! Kau kat mana ni? Dah dekat sejam aku kat sini.  Kau ingat aku ni tak ada kerja lain ke nak buat.   Kau memang sengaja kan nak main-mainkan aku kan, Betul tak?  Wei Mr Playboy kau dengar tak aku cakap ni? ” soalku tanpa henti.  Hisyk senyap je dia dari tadi.  Tidur ke? Aku melihat skrin handset, bateri kong ke?

“Dengarlah… aku belum pekak lagi.” Tersentak terus aku mendengar suaranya.  Dekat semacam je.  Aku menoleh kebelakang.  Fuh!! Terkejut aku tengok dia ada dekat belakang.  Bila dia sampai?

Aku menutup hanset. “Dah berapa lama kau ada dekat sini?” soalku.  Geram tengok muka dia yang tersengih-sengih tengok aku.  Tak rasa bersalah langsung.

“Lama dah… sempat jugak dengar kau membebel tadi.” Sindirnya. Dia tergelak.
Aku memandangnya tajam.  Aku dah lah penat tunggu dia.  Dia boleh gelak pulak.  Memang menambah petrol dekat hati ni.

Terus mati ketawanya sebaik saja melihat muka aku yang membahang saat ini.

“Oppss! Okay, aku minta maaf.   Sepatutnya aku memang dah lama sampai office, tapi tiba-tiba je daddy nak jumpa aku pagi ni.  Jadi aku kena pergi office daddy dulu.  Aku betul-betul lupa nak inform kau. Janganlah marah.” Jelasnya panjang lebar.

Aku menarik nafas bagi meredakan amarah yang membara.  Ikutkan rasa hati, memang aku cincang lumat dia.  Tapi bila ingat balik nasihat abang semalam, aku cuba professional.  Aku tak nak dipengaruhi emosi.

Aku memandang Mr Playboy “ So jadi tak nak jumpa client hari ni?” soalku.

“Err….tak jadilah.   Dato Hussein pun baru call sekejap tadi, katanya dia ada meeting penting pagi ni.  Mungkin esok baru kita dapat jumpa dia.”

Aku mengeluh.  Jadi apa gunanya aku terpacak dekat sini tadi? Eiiiii!!!

“Habis tu kenapa kau tak bagitahu aku dari tadi.  Kau tau tak, dari pagi tadi aku terpacak dekat sini. Tak boleh ke kau call aku bagitahu.  Kau sengaja nak kenakan aku kan?”

“Sorry…aku betul-betul lupa pasal kau.  Aku minta maaf sangat.  Jom aku belanja kau sarapan, kau mesti belum makan lagi kan?” pujuknya.

“Tak payah! Aku tak selera nak makan dengan kau.  Betul-betul buang masa aku je tunggu kau tadi. Kau ni memang tak gunalah!  Tepi!” Aku terus melangkah laju menuju ke lif.  Sakit betul hati ni.  Apa dia ingat dengan nak belanja sarapan tu sakit hati aku berkurang.  Tolonglah….

“Mia, tunggulah dulu.  Janganlah marah, aku tahu aku salah.  Aku minta maaf sangat.  Please…” Mr Playboy mengekori aku dari belakang.  Cepat-cepat aku melangkah.   Mr Playboy masih membebel mengekori aku dari belakang.

Aku diam, malas nak membalas.  Biar dia bercakap seorang diri.  Suka sangat permainkan orang kan.   Aku menekan butang lif di tepi pintu.   Aku menunggu lif terbuka. Mr Playboy masih membebel sebelah aku.  Aku buat tak dengar aje apa dia cakap.  Cepatlah lif ni terbuka….

“Mia..please forgive me.  Aku tau kau penat tunggu aku.  Tapi betul…aku terlupa sangat.  Janganlah macam ni….” Pujukknya gaya macam aku ni girlfriend dia pulak.  Geli telinga aku tiba-tiba.

Aku buat-buat tak tahu je, sikit pun aku tak memandang.  Lantak dialah nak merepek apa.  Mr Playboy masih terus bercakap di sebelah aku.

“Mia kau dengar tak aku cakap ni.  Janganlah diam!”  Aku buat tak tahu.

Mr Playboy mengeluh bila melihat aku masih tak menjawab.  Dia macam menahan marah.

 “Kau taw tak perangai kau ni langsung tak profesional.  Macam budak-budak.   Agaknya betul lah kan, selama ni kau memang manja dengan papa kau.  Spoil rich girl!” sindirnya.

Tersentap terus hati ni bila dengar ayat dia. Perghhhh….pedas!    Aku macam budak-budak? tak profesional? Amboi! Suka suki mulut dia je mengutuk aku.     Aku ke dia yang  tak profesional sekarang ni?  Eiiii!!! Besar kecil besar kecil aje aku tengok Mr Playboy ni. Aku menoleh padanya.

“Hello Mr P.L.A.Y.BO.Y,  jaga sikit bahasa kau tu.  Sekarang ni siapa yang tak profesional, kau ke aku?  Mulut tu jangan sedap je nak mengata orang. Tengok diri kau tu dulu, jangan pandai nak judge orang  je!”  Marahku. 
“Lagi satu, kau ingat dengan belanja sarapan tu boleh hilangkan rasa sakit hati aku?   Ape kau ingat aku hadap sangat nak makan dengan kau?  Aku benci dengan kau tau tak!” tambahku lagi. Geram je tengok muka dia yang macam tak bersalah tu.  Suka hati je kutuk aku macam tu.  Benci!

Mr Playboy terus terus terdiam.  Dia merenung aku,bibirnya tersenyum.  “That my girl.  Mia yang I kenal mesti balas balik apa yang I cakap.  Dia takkan berdiam diri bila dikutuk. Macam ni lah sifat you.  Garang, comel dan kasar.”

Meluat aku tengok mukanya saat tu.  Benci…benci.  Rupa-rupanya itu taktik dia nak buat aku bercakap.  Argh!

Aku menjelingnya geram. Menyampah!   Sebaik saja pintu lif terbuka aku terus masuk.  Mr Playboy masih mengekoriku sehingga ke dalam lif.  Aku segera menekan butang tutup.  Hanya aku dan dia saja di dalam ni.    Mr Playboy yang berada disebelah langsung aku tak pandang. Tak hingin!  Aku menyandarkan badan di dinding.

“Hmmm….” Keluhnya tiba-tiba.

“Okay…aku minta maaf apa yang aku cakap tadi.  Aku tak maksudkan apa-apa pun.   Aku tak suka tengok kau marah macam ni.  Please…..” pintanya penuh mengharap.

Aku diam lagi.  Kali ni aku takkan tertipu lagi dengan taktik dia tu.  Aku memandang skrin nombor diatas.  Cepatlah sampai kat tingkat aku.  Lagi lama aku duduk dengan Mr Playboy ni lagi sakit jiwa aku rasa.

“Mia….” Aku terkejut. Lalu  menoleh pada dia.  Apesal nada suara dia lain macam pulak ni?

Mr Playboy melangkah ke arah aku.  Dia semakin mendekat.  Mukaku berubah pucat, hatiku dah rasa lain macam je.   Apahal Mr Playboy ni?  Dah lah dalam lif ni cuma ada aku dengan dia je.  Macam-macam boleh jadi.  Ape aku nak buat ni?

“Wei…kau nak buat apa ni?  Jangan cuba-cuba nak dekat dengan aku.” Aku mengenggam tangan bersedia nak menumbuk wajahnya jika dia berbuat tak senonoh dekatku .  Mr Playboy sengaja lagi mendekatkan wajahnya padaku.  Dia tersenyum sinis melihat aku yang agak ketakutan.  Dia berhenti.

“Kau ni tak adalah berani sangat.  Penakut jugak rupanya.  Cakap je selalu lebih ha ha ha.” dia ketawa. Dan berundur ke belakang.  Nampak suka mepermainkan aku.  Aku menarik nafas lega. 

Aku memandang geram kearah Mr Playboy. “Apa masalah kau ni sebenarnya, hah?”

“Masalah aku ialah kau!  Susah ke kau nak maafkan aku? Aku dah minta maaf pun kan.” Balasnya.

“Hisyk kau ni nak minta maaf  pun main paksa-paksa.  Suka hati akulah nak maafkan tidak, selalunya tak pulak kau nak rasa bersalah?  Tiba-tiba je over hari ni. Buang tabiat?” soalku pelik.

Mr Playboy merenung wajahku. “Aku…aku…” 

“Dah kenapa pulak kau gagap ni?  Aku ape?” soalku lagi. 

“Aku…sebab aku…”

Prang!!!  Lif tiba-tiba bergoncang kuat.  Aku dan Mr Playboy berpandangan.  Kami sama-sama menoleh ke arah pintu lif.  Lif tersangkut! Alamak!

“Wei macam mana ni? Apesal stop pulak ni?” soalku cemas.  Aku segera menekan kesemua butang yang ada. Berharap lif akan berfungsi semula.

“Tepi-tepi, biar aku tengok.” Mr Playboy cuba menekan butang kecemasan di dalam lif.    Tak ada respon!  Habislah aku macam ni.  Macam mana kalau lif ni terhempas pulak.  Aku tak nak mati sebelah Mr Playboy!  Astaffiruallah….sempat pulak fikiran aku kesitu. Ya Allah…..tolong selamatkan aku!

Aku segera mengeluarkan handphone.   Bateri kong!  Aikk…tadi elok je aku call Mr Playboy. Time bila pulak habis ni?

Aku memandang Mr Playboy yang dari tadi masih cuba menekan butang kecemasan.  “Wei kau try lah minta bantuan dekat luar.” Suruhku.

Dia mengerutkan dahinya memandang kearahku   “Macam mana nak minta bantuan dekat luar kan ke aku stuck kat dalam ni dengan kau.  ”

Aku mengetap bibir.  Dia ni…. “Call lah pakai handphone…tak reti ke?” marahku.  CEO siapalah bengap macam ni?  Akulah tu.  Warghhhh!!!

“Owh…sorry.  Aku bila cemas, memang selalu lupa.” Dia tersengih-sengih sambil mengaru-garu kepalanya.  Dia menyeluk saku,mengeluarkan handphone dan terus menelefon orang yang sepatutnya.  Mereka yang menjawab panggilan tersebut, meminta kami berdua bertenang di dalam.  Kerja-kerja pembaikan akan segera dibuat.  Mungkin mengambil masa lima belas minit.

Aku menarik nafas lega.  Lima belas minit dekat dalam ni? Apa aku nak buat? Dengan Mr Playboy lagi? Huh!

Kakiku mula rasa lenguh, badan tak payah cakaplah.  Panas kot!  Berpeluh dah rasa.   Aku terus duduk di penjuru lif yang belakang, badanku sandarkan. Lega….  Aku memandang Mr Playboy yang masih berdiri.

“Kau tak nak duduk ke?”

“Duduk dekat bawah ni?”

“Tak.. dekat luar tu.” Sindirku.  Dah tau tanya lagi.  Mr playboy terus duduk di penjuru yang satu lagi, bersebelahanku.  Dia pun turut bersandar pada dinding lif. Dia membuka kot dan tali leher yang dipakai.  
Panas agaknya.  Tapi dalam hati aku berdoa je, janganlah dia buka baju.  Tergugat nanti iman aku tengok badan dia yang ketul-ketul tu.   Isykkk teruk betul fikiran aku, sempat pulak fikir macam tu.

Lima belas minit hampir berlalu.  Tiada tanda-tanda lif  akan berfungsi.  Aku mengeluh.  Aku memandang Mr Playboy yang sibuk bermain game dalam handphone.  Nampak tekun je dia tekan butang keypad tu. Sabar je lah hati tengok, boleh pulak  dia buat selamba rileks je duduk dalam ni. Lagak macam duduk dekat taman je aksi dia.  Geram!

“Wei kau call lagi orang tu.  Apasal lambat sangat.  Boleh mati kepanasan aku tunggu macam ni.” Aku mengipas-ngipas muka ku dengan tangan. HOT!!!

“Alah kejap lagi baiklah tu.  Kau tak reti sabar ke?”

“Banyak kau punya sabar.  Aku dah panas ni.  Cepatlah telefon!!” gesaku. Dia ingat sedap apa duduk dalam ni. Aku sepak jugak muka dia tu karang.

Mr Playboy segera mendail nombor tadi sekali lagi.  Dia bercakap dan menggesa supaya cepat.

“Dah, puas hati…” ujarnya sebaik saja habis bercakap di telefon. Menyindirlah tu.

Aku mencebik padanya.

Mr Playboy memandang aku.  Dia kemudian tersenyum.

“Senyum-senyum…dah kenapa?  Giler!”

“Kau ni suka sebut perkataan gila, betul-betul gila nanti baru tau.  Aku ni senyum sebab rasa macam tak percaya pulak terperangkap dengan kau dalam lif ni. Tadi kau kan tengah merajuk dengan aku.  So mungkin ini satu petanda yang Allah bagi supaya aku dapat pujuk kau. Nampak tak semua ni?”

Aku mencebik. “Perasan! Bila masa aku merajuk dengan kau.  Aku cuma tak puas hati je. Lagipun siapa yang suruh kau pujuk aku?  Kau je yang sibuk nak minta maaf.  Aku tak suruh pun.”

Dia tetap tersenyum .  “So… kau masih tak nak maafkan aku lagi?” soalnya penuh mengharap.

Aku pelik melihat dia, sekejap perangai macam baik sekejap macam menyampah pun ada! Nak maaf kan ke tidak ?   Aku memandang wajahnya, berfikir-fikir.  Hmm….dalam time macam ni aku tak sepatutnya bermusuhan dengan dia,  sebaliknya aku boleh cuba berbaik-baik dengan dia.  Takkan selamanya aku nak bergaduh je.    Abang pun kata, itu semua merugikan.  Mungkin kalau aku cuba berkawan dengan dia, kami akan jadi rakan bisnes yang hebat.  Siapa tahu kan!

“Hmmm…boleh.  Tapi ada syaratnya.” Aku tersenyum. Dalam kepalaku sudah sarat dengan perancangan.  Habislah kau nanti Mr Playboy.

“Syarat? Nak maafkan pun nak pakai syarat jugak.”

“Samalah macam kau paksa-paksa aku maafkan kau.   So kenalah ada syarat.  Kalau tak nak, tak apa. Aku pun tak heran.”
Mr Playboy mengeluh.  “Hmmm…apa syaratnya. Jangan melampau sudah.”
Aku tersenyum meleret. “Nanti aku bagitahu kau. Jangan risau, yang baik-baik je aku kenakan kat kau”  Yes!
Mr Playboymengerutkan keningnya. Wajahnya tampak risau.    Dia akhirnya tetap mengangguk.  

“Okay…kalau macam tu, aku pun ada permintaan jugak.”

“Permintaan apa?”

“Friends…” ujarnya lembut.

Aku terkejut dengan permintaannya.“Hah…kau  nak jadi kawan aku.  Biar betul MR Playboy nak kawan dengan aku? Betul ke ni?” soalku macam tak percaya pulak  he he he.

“Betullah… buat apa nak gaduh-gaduh.   So sudi tak kawan dengan aku?”

“No hal lah… cuba kau tanya sekali lagi? Tak puas nak dengar he he he.” pintaku sengaja. Sedap pulak dengar suara Mr Playboy lembut macam tu.

Dia mengelengkan kepala melihat telatahku.

“Friends…”

“Good friends…” ucapku semangat. Thumbs up aku berikan tanda setuju.

Berubah riak wajahnya. “Serious… lepas ni dah tak boleh mengelak dari aku dah.”

“Hmmmm….kau pun sama jugak.  Siaplah kalau dah kawan dengan aku” balasku.

Kami sama-sama tertawa.  Kelakar pulak cara kami nak berkawan.  Dalam lif tersangkut ni pun jadi.  Padahal sebelum ni macam nak rak bergaduh.  Hmmm… mungkin ada hikmahnya kan.

 Lif tiba-tiba bergerak semula,naik ke atas.   Aku mengucap syukur dan segera berdiri.   Entah macam mana aku tidak dapat mengimbangkan badan dan terus terjatuh dalam pangkuan Mr Playboy yang masih duduk.   Dia menyambut tubuhku.   Kami saling berpandangan.  Lama.

Ting! Pintu lif  terus terbuka.  Beberapa orang diluar memanggil nama kami.   Aku dan Mr Playboy memandang ke luar melihat.  Kami berpandangan semula. Tersedar!  Habislah ada orang nampak kami dalam keadaan macam ni.

Aku cepat-cepat bangun dari ribanya dan segera keluar dari lif.  Aku tak toleh sedikit pun pada sesiapa .  Malu….malu mana aku nak letak muka lepas ni.    Mesti diorang salah sangka nanti.   Habislah kalau jadi gosip.   Macam manalah boleh jatuh tadi.  Isykkk….memalukan dah lah baru je berbaik-baik dengan Mr Playboy, kenapa jadi macam ni pulak.  Argh! Benci!!!!!

****************************************************

AKU memandang kabur pada skrin komputer,  entah kenapa dari tadi kepalaku asyik berdenyut-denyut.   Aku memicit-memicit kepala menghilangkan kesakitan.  Ini mesti sebab gara-gara aku terperangkap dalam lif tadi.  Dah lah panas.  Ditambah lagi dengan kejadian yang memalukan tadi, lagi menambah sakit kepala.  Bunyi ketukan di pintu bergema.

“Hai Mia, kenapa ni? Muka you nampak pucatlah?” soal Reena.

“Hah?” aku segera melihat wajahku di cermin.  Yelah…pucat.  Aku pun rasa macam nak demam je ni. 

“You demam ni, baik you pergi klinik nanti melarat pulak.”  Reena meletakkan tangannya di dahiku.   Aku memandang Reena, blur.  Aku nak pergi klinik? Jangan harap aku nak jejak kaki kat tempat menakutkan tu.  Eiiii.. nanti entah apa yang doktor tu nak exsperiment aku. Takot!

“Alah tak ada apalah,  I tak sakit pun.  Nanti eloklah tu.”

“Tak ada apa you kata, muka you dah pucat sangat tu. Jomlah kita pergi klinik. I temankan you.” Ujarnya, nampak dia betul-betul risaukan aku.

“Tak payahlah .. Apa kata you ambilkan I panadol.  Nanti I okaylah makan ubat tu.” Saranku.

“Okay…you tunggu kejap, nanti I ambilkan.” Reena segera keluar dari bilik. Dua minit kemudian dia datang membawa segelas air dan dua biji panadol untukku.

Aku mengambilnya dari tangan Reena, dan menelannya.  Pahitnya….

“Reena pastikan tiada siapa ganggu I nanti ye.  I nak berehat kejap.” Ucapku pada Reena sebelum dia keluar.  Aku terus berbaring di sofa.  Aku memejamkan mata, berharap sakitku akan berkurangan.

*******************************************************

Badanku terasa agak panas sekali, terasa macam ada seseorang membelai-belai pipiku. Namaku dipanggil berulang kali.  Aku mencelikkan mata.  Mr Playboy!  

Mataku terus terbuka luas.    Aku memandangnya yang duduk disisiku.

“Aku dekat mana ni?” soalku, suaraku serak-serak sikit.  Rasa mamai je kepala aku ni. Ting tong dah!

“Kau kat office lagi.  Macam mana badan kau, masih kurang sihat lagi?” Tanyanya prihatin.

Aku mengerutkan kening. Keliru mendengar pertanyaan dia. Belumpun sempat aku nak menjawab,satu suara kedengaran masuk.

“Alhamdulillah you dah bangun pun, I ingat apalah jadi dekat you tadi.” keluh Reena yang baru je masuk. Wajahnya tampak risau.

Aku blur sekejap pada Reena.  Kemudian aku mengalihkan pandangan pada Mr Playboy.  Aku mengelipkan mata.  Lah baru aku teringat, tadikan aku tidur lepas makan panadol.  Adoi! demam ni masih tak kebah lagi.

“Macam mana kau boleh ada dekat office aku ni?” soalku padanya. Nada lembutlah, kami kan dah berkawan.

“Tadi Reena bagitahu aku yang kau tak sihat, dia cakap kau tengah tidur dalam bilik.  Jadi sebagai CEO wajiblah aku melihat kau.  Nanti jadi apa-apa macam mana?”

Aku mencebik, poyo je bercakap.  “Aku tak apa-apalah, kejap lagi baiklah ni. Lagipun dah nak habis waktu kerja pun.” Ucapku lemah. Mataku mengerling jam ditangan.

“Kalau macam tu biar Tengku Afriel hantar you balik.  Nanti takut apa-apa jadi kat you.  Bahaya kalau you drive sorang-sorang. Betul kan Tengku.” Sampuk Reena.

Aku menjeling Reena.  Dia ni pandai-pandai je bercakap.  Dia tak tahu ke yang aku ni dah malu tahap sepuluh sejak kejadian pagi tadi. Memang nak kena Reena ni.  Nasib aku tak sihat kalau tak memang merasalah tapak kasut saiz lima aku ni.  Siap kau Reena!

“Aku tak kisah pun, jom aku hantar kau balik.” Mr Playboy mula bersuara.

Aku serba salah memandangnya. “Ermmm..tak payahlah.  Aku boleh balik sendiri. Kau tak payah susah-susah.”

“Kau jangan degil boleh tak.  Aku tak nak dengar alasan lagi.  Reena you tolong kemas semua barang bos you, bagi dekat I.  Jom.” Ajaknya lembut.   

Aku mengelengkan kepala.  Tak nak! Kalau aku balik dengan dia, nanti mesti akan ada gosip lagi.  Gosip tadi pun aku belum dengar lagi, ni nak tambah lagi pulak.  Tak payah!

Dia mendengus geram. “Kenapalah kau ni degil sangat.  Baik kau bangun cepat sebelum aku kendong kau bawak dekat kereta.  So nanti, biar semua orang dekat pejabat ni pandang kita berdua.  Kau nak macam tu?” Gertak dia.

Aku mengeleng.  Gila lah kalau dia kendong aku.  Scene memalukan tadi pun tak reda lagi, dah nak tambah babak baru pulak.  Aku mengeluh.   Perlahan-lahan mengikuti langkahnya ke kereta. Warghhhh… Tak rela nak balik dengan dia.  Malu!!!!

Friday, 3 January 2014

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 18

BAB 18


Tepat jam 2.00 petang, barulah Mr Playboy menghantar aku pulang ke rumah.  Sepanjang perjalanan tiada seorang pun diantara kami yang bersuara.  Aku memang betul-betul keletihan.  Aku memejamkan mata dan entah bila, akhirnya aku terlena. Hanyut….

“Wei! Wei! bangun, dah sampai ni.  Bangun!!”

Terpisat-pisat mataku bila mendengarkan suara Mr Playboy mengejutkan aku.  Lah…aku boleh tetidur lagi dalam kereta dia.  Aku segera membuka pintu kereta.  Mengantuknya.

“Kau ni kerja asyik tidur je, hobi kau memang macam ni ek?” perli dia.

Aku menjeling Mr Playboy, Dia…ni sempat lagi mengutuk aku. Nasib aku mengantuk, kalau tak memang harus aku tumbuk muka dia.  Cakap menyakitkan hati.  Eiiii!!!  Aku terus berjalan masuk ke dalam perkarangan rumah.  Sampai sahaja depan pintu rumah, aku terus mengetuk pintu berulang kali.    Kemudian aku baru teringat sesuatu.   Alahai! Mak Jah kan tak ada dekat rumah.   Pagi tadikan Mak Jah keluar pergi kenduri dekat rumah saudara dia, malam karang baru balik.   Adoi! Boleh lupa pulak aku ni.  Macam mana aku nak masuk ni, kunci pun tak ada.  Papa dan abang pun belum balik. Hmmm….

“Kenapa?” tanya Mr Playboy bila melihat aku masih berdiri tegak dekat depan pintu.

“Kunci tak ada…semua orang tak ada dekat rumah.” Keluhku.

“Tak ada kunci?  Habis tu macam mana?”

“Entah!” jawabku geram.  Dah tak ada kunci tentulah tak dapat masuk. Apa punya soalan da…

Mr Playboy mengerutkan kening memikirkan sesuatu.  “Biasanya dekat luar ada letak kunci simpanan tak?”

Berkerut-kerut dahiku memikirkan.  Biasanya ada, Hah! Memang ada, dekat bawah pasu tak silap aku.  Dulu Mak Jah memang ada buat simpanan dekat situ. Tapi itu dulu zaman aku masih sekolah..sekarang ada lagi ke?…

“Biasanya ada….  Tapi tak pasti lah.  Cuba kau tengok dekat pasu besar tu, mungkin ada.”

Mr Playboy segera mengangkat pasu yang aku tunjuk,  untuk melihat di bawahnya. Besar betul pasu tu, kalau aku sorang memang tak mampulah nak angkat.   Alhamdulillah…ada pun kunci simpanan dekat situ.  Mr Playboy mengambilnya dan menghulurkan  padaku.

“Thanks…”

“Your welcome…lain kali bawak kunci siap-siap, senang.  Nasib ada kunci ni, kalau tak terpaksa kau tunggu dekat luar.” Bebelnya. 

“Hmmm….” Jawabku malas.  Aku betul-betul mengantuk, tak kuasa nak dengar dia membebel.  Tiba-tiba je nak caring.  Giler ape!

“Dah pergi masuk.  Kunci pintu ni.  Hati-hati tinggal seorang!” pesan dia.  Dia tersenyum memandangku. Dia menunggu aku masuk untuk mengunci pintu terlebih dahulu.

Aku mengangguk.  “Hmmm…Thanks again. Bye..” ucapku.   Aku segera masuk ke dalam rumah.  Pintu aku segera kunci.  Aku terus berlari naik ke atas bilik, sebaik saja kereta Mr playboy beredar.  Aku berbaring, dan akhirnya aku tertidur lena. Hmmm….zzzz.

Sedar-sedar saja, dah dekat nak masuk asar.  Cepat-cepat aku bangun,mandi dan solat.  Nasib sempat lagi solat Zohor.   Aku duduk berteleku di sejadah.   Bibirku mengukir senyuman bila mengingati Mr Playboy.  Seperti tak percaya yang hari ni, aku menghabiskan masa dengan orang yang aku paling benci sejak dulu lagi.  Dan lebih pelik, hatiku terasa lapang dan bahagia. 

Hmmmm….adakah ini satu petanda yang aku…..  Tak mungkin!  Mana mungkin aku akan berbaik dengan dia kan.  Dia tetap musuh!    Tapi… Aku meletakkan tapak tangan di dada.  Strange!

********************************************

Terdengar bunyi ketukan di pintu bilik.  Hisyk sape pulak yang kacau aku nak beradu ni? Malasnya nak bangun…..  Perlahan-lahan aku bangun dari katil dan membuka pintu….

“Adik,abang masuk boleh?”

“Hmmm…”jawabku malas.  Selama ni masuk bilik main terjah je, tiba-tiba hari ni bertanya pulak.  Mesti ada benda yang dia nak lah tu dari aku.

Aku meniarap diatas katil  semula, berbaring.  Abang datang dan duduk disebelahku.

Diam.

“Hmmm…tadi ape cerita dengan Tengku Afriel? Lain macam je..” soal abang tiba-tiba.

Kan betul aku cakap mesti ada je yang abang nak dari aku.  Hmm… lain macam? Abang perasan ke aku benci sangat dengan Mr Playboy.  Ketara ke?

“Apa yang lain macamnya?” soalku berkias. Aku bangun dan duduk menghadap abang.

“Ye lah…korang nampak macam mesra je.  Macam pasangan kekasih pun ada he he he.”

Lain yang dari aku fikirkan…Hah mesra? Giler apa,abang ni? Punyalah aku bermasam muka nampak Mr Playboy, dia boleh kata aku mesra-mesraan pulak!

“Ya Allah…apelah abang ni!  Tolong sikit ye.  Ape mesra-mesra? Benci lagi adalah!”

“Benci? Tak Nampak macam benci pun tadi?  Dari jauh lagi abang tengok, Mia siap lompat-lompat lagi main golf dengan dia. Tak perasan abang dan papa yang ada dekat situ.  Macam hanya ada dunia adik dan Afriel je.   Bukan main mesra korang berdua.  Tersengih je sepanjang masa.”

“Mana adalah…tadi tu orang happy pasal dah pandai main golf.  Tengku Afriel tu ajar je, bukan buat apa pun.  Mengarut je abang ni.”

“Hmmmm… yelah, tak nak mengaku.   Diri sendirilah rugi.” Sindir abang.

“Dah cukup jangan nak merepek.  Adik takkan pernah sukakan dia.  Jangan nak buat gosip kat sini.  Ianya mustahil untuk adik suka dia.  I really hate him.”

“Mula-mula bencilah lepas tu sayang-sayang, dah biasa dah dengan drama macam ni.” Cebik abang. Naik pulak darah aku mendengarnya.

“Stop it! Abang ni kenapa? Asyik mengarut je, tolong jangan nak buat spekulasi boleh tak.  Adik memang tak suka dia lah.”

“Okay lah….marah pulak, abang gurau je.  Tapi kenapa adik benci dia ye?”

“Sebab dia Mr Playboy.”

“Mr Playboy?” soal abang pelik.

“Yea… Mr Playboy yang adik cerita dekat abang dulu, ingat lagi tak?”

“Maknanya dialah lelaki empat tahun dulu, yang adik simbah dengan air sirap tu?  Tengku Afriel orangnya?” soal abang tak percaya.

Aku mengangguk.

Abang tergelak kuat.

Berkerut dahi aku memandang abang.  Sepatutnya muka terkejut kenapa abang gelak pulak. Aku menolak tubuh abang menyuruh dia berhenti ketawa.  Lama dia ketawa.  Aku membaling bantal pada abang.  Geram!

“Sorry…sorry, abang tak boleh control.  Cuma abang sukar nak percaya.  Tak sangka rupa-rupanya orang yang adik paling benci tu Tengku Afriel.  Patutlah masa kali pertama jumpa dekat office dulu, korang masing –masing terkejut.  Sebab tu lah muka adik nampak kelat je, bila papa kenalkan korang berdua.   Ada kisah silam rupanya.  Kuat jugak jodoh korang berdua ni ye. Ha ha ha.”

“Jodoh? Jangan nak merepek tau.  Tak mungkin playboy macam dia tu jodoh adik.  Lelaki tu tak guna!  Adik benci lelaki yang suka mempermainkan perasaan perempuan macam dia.  Abang nak ke adik dapat suami kaki perempuan tu?” marahku pada Abang.  Cakap jodoh pulak!

“Tak adalah abang doa macam tu pun.  Kalau boleh abang pun nak yang terbaik untuk adik.  Janganlah marah….”

“Tak marah pun, cuma tak sukalah abang kaitkan adik dengan dia.  Adik benci dia!”

Abang menarik nafas sebelum bersuara. “Adik…tak baik benci orang.  Berdosa tau.  Allah tak suka bila hambanya membenci sesama manusia. Setiap hamba yang baik mestilah sabar, iman kenalah kuat untuk tahan dugaan.   Adik abang ni kan bijak orangnya ,mesti pandai berfikir kan.”

Aku terdiam mendengar kata-kata abang.  Tak tahu nak balas apa.

“Tak baik bila kita membenci sesama manusia.   Jangan  menilai orang dari luaran saja, setiap tingkah laku kan boleh diubah.   Siapa tahu satu hari nanti dia dah tak jadi macam tu. Manusia kan boleh berubah.   Kita ni jangan pandai-pandai nak menilai seseorang tu, kita pun belum tentu baik lagi.”tambah abang menasihati aku.

Aku memandang abang.  Hmmm... betul jugak nasihat abang tu.  Aku ni macam baik pulak.  Aku pun ada kekurangan jugak.   Lagipun apa faedah yang dapat kalau aku benci dia kan?  Mr playboy pun ada masanya baik juga dengan aku,  cuma kadang-kadang je mulut dia tu terlebih puaka.  Aku pun sama jugak!    

“Hah! Berangan, dah sampai mana dah tu?”

“Tak adalah. Balasku.  “ Hmmm…abang rasa kalau adik berbaik dengan dia, boleh ke?  Macam pelik je?”

“ Tak pelik pun.  Belum cuba belum tahu kan.  Lagipun Tengku Afriel tu okay je.  Abang pun selesa berkawan dengan dia.   Cuma perangai dia yang kaki perempuan tu jelah, yang lain tu okay.  Kita pandai-pandai lah bila berkawan ni,  kita ambil yang positif  yang negatif tu ambil sebagai pengajaran. Kan ke bagus tu.   Lagi satu papa hantar adik kerja kat situ untuk ape?  Untuk adik belajar sesuatu kan.  Jadi takkan adik nak musnahkan harapan papa tu, disebabkan oleh rasa benci adik pada Afriel.  Think positif sikit.”

“Tapi adik bencilah sikap kaki perempuan dia tu.  Dia fikir dia tu siapa?  Menyampah lah”

Abang tersenyum bila mendengar kata-kataku.

“Pedulilah, itu kan dah perangai dia.  Biar dia sendiri yang ubah.  Kita tak payah nak sibuk hal dia.  Setahu abang, Afriel tu walaupun kaki perempuan tapi bila melibatkan bisnes dia memang bagus. Dia tak pernah campur adukkan urusan peribadi dengan bisnes.  Dia profesional!  Tak rugi berkawan dengan dia.   So adik ambil peluang ni, bekerjasama dengan dia.  Mana tahu, korang boleh jadi rakan bisnes yang baik nanti.” Syarah abang panjang lebar.

“Tengoklah macam mana….”jawabku malas.

Abang mengeluh dia memandangku “Adik nak tahu satu perkara tak?”

“Perkara apa?”

“Tadi papa dan abang betul-betul rush kena jumpa client.  Kami ingat nak suruh je adik balik naik teksi.  Tapi Afriel beriya-iya nak hantar adik balik.  Dia nampak risau sekali.  Papa dan abang pun terkejut tengok riaksi dia.  Papa tak boleh nak cakap apa, bila Afriel dah sungguh-sungguh nak hantar adik.  Siap berjanji akan jaga adik baik-baik lagi.”

“Hah! Bukan papa yang suruh adik balik dengan dia ke?” soalku pelik.  Mr Playboy tipu aku ke tadi tu.  Tak guna!

Abang mengeleng. “Afriel yang nak hantar sendiri, dia cadang nak bawak adik makan dekat rumah dia.  Mulanya papa tak bagi, ye lah risau adik tu kan perempuan, bahaya ikut lelaki. Tapi Afriel beriya-iya pujuk papa, entah macam mana papa pun setuju.  Tadi masa dia hantar adik balik pun,dia siap mesej kami beritahu adik seorang diri dekat rumah.  Dia risau.”

Aku terkejut macam tak percaya dengan apa yang abang sampaikan. Aku diam memandang abang yang tersenyum penuh makna.

“Okaylah…tu je yang abang boleh nasihatkan.  Selebihnya terpulang dekat adik sendiri.   Abang keluar dulu, dah malam sangat ni.  Good night dear.” Pamit abang.

Aku memandang abang keluar dari bilik.  Aku mengeluh.  Keliru.  Kenapa Mr Playboy begitu baik dengan aku.  Bukan dia pun benci aku ke?  Atau tu hanya taktik dia saja.  Argh!!! Aku berbaring semula merenung siling, pandanganku kian malap.




About Me