Pagi-pagi lagi Akhmal sudah terpacak di hadapan bangunan Baby’s House Cake. Setelah dua minggu outstation baru hari ini dia berpeluang untuk datang ke sini. Sungguh dia resah sepanjang penungguannya. Boleh dikatakan setiap hari dia teringatkan gadis ini. Hari-hari, tidurnya termimpi-mimpi. Hidupnya jadi tak keruan selama dua minggu ini. Segalanya serba tak kena. Hatinya mula dipenuhi dengan bunga-bunga cinta.
Melebar senyuman Akhmal sebaik melihat gadis pujaannya yang dari jauh, sedang sibuk mengelap cermin di depan kedai. Akhmal bergegas masuk ke dalam kedai. Dia tidak sabar mahu menemui si pemilik hati.
Kring! kring! kring!
Mendengarkan bunyi loceng pintu kedai yang tergantung berbunyi, Ellysa segera berpaling. Dia berkira-kira mungkin sudah ada pelanggan yang masuk. Ellysa terkejut. Dia menelan air liur. Lelaki ini! Bibirnya mula mengukirkan senyuman.
“Assalamualaikum Baby…ingat Abang lagi.” Tegur Akhmal melihatkan Ellysa yang masih diam.
Ellysa tersentak. Mana lelaki ni tahu nama dia? Pelik! Dia malu-malu.“Waalaikumsalam…tentulah ingat.
Ermm…ingatkan awak tak sudi datang. Dah dua minggu rasanya kan.”
“Owh! Maaflah, Abang dua minggu lepas outstation dekat Pahang. Tak sempat nak datang sini. Lagipun nombor Baby tak ada pulak. Baby tunggu Abang ke?” Soal Akhmal. Dia mengharapkan yang gadis ini menanti kedatangannya.
Abang? Ellysa menelan air liur.
Ellysa gugup. “Eh tak adalah. Oh ye…jom keluar, saya belanja awak breakfast.” Potong Ellysa. Dia tidak mahu tersalah cakap pulak.
“Alah….kita makan kat kedai ni je lah. Abang tengok kek-kek ni semua nampak sedap pulak. Baby buat kan? Tak kan tak sudi ajak Abang rasa kek-kek Baby semua ni?” Akhmal tidak mahu membuang masa di luar. Dia ingin mengenali gadis ini lebih rapat lagi.
Ellysa mengaru-garukan kepala. Kenapa lelaki ni terlebih mesra pulak.
“Kalau macam tu…jom duduk dekat sana.”tunjuk Ellysa. Dia resah duduk berhadapan lelaki ini.
Akhmal memandang Ellysa tajam. Entah mengapa pandangannya tak dapat dilarikan. Melekat terus pada wajah si gadis.
Ellysa serba-salah melihat pandangan Akhmal kepadanya. Dia rasa serba tak kena. Jantungnya seakan-akan ingin berhenti memandang Akhmal. Ellysa mula gelisah memikirkan tentang dirinya.
“Awak tunggu sini kejap. Saya ambilkan makanan untuk awak.” Ellysa bergegas bangun. Dia ke segera ke belakang.
Sementara menunggu Ellysa, Akhmal memandang kiri dan kanan melihat susun atur kedai Ellysa yang comel. Dia tersenyum. Ellysa bersikap kebudak-budakkan. Kertas dinding kedainya bercorak kartun dan strawberi. Warna kedainya pink. Memang comel dan manis sama seperti tuannya.
“Awak pandang apa tu?” tegur Ellysa. Dia meletakkan dulang yang berisi beberapa biji cup cake dan secawan kopi diatas meja.
“Owh tak ada. Cantik kedai Baby . Baby design sendiri ke?”
“Aaah…Comel kan? Saya suka warna-warna macam ni. Nampak ceria.” Ellysa ketawa perlahan.
Akhmal terpegun melihat senyuman dan ketawa Ellysa. Dia bagaikan terpukau dengan pemandangan ini.
“Awak….okey tak ni?” tegur Ellysa.
Akhmal tersentak. “Okey…Minum…” Akhmal mengambil kopi dan terus meminumnya.
“Ouch!” Jerit Akhmal. Dia menjelirkan lidah kepanasan. Ellysa terkejut melihat Akhmal. Tadi terlupa pula dia nak cakap kopi ni panas. Tak pasal-pasal mamat ni dah melecur pulak. Nasib!
“Maaf…lupa nak cakap kopi ni panas. Awak tak apa-apa.”
Mendengarkan suara Ellysa yang lembut membuatkan Akhmal terpukau. “Tak…Abang okey.”
“Betul?” soal Ellysa. Risau dia melihatnya.
Akhmal mengangguk. Dia kemudian mengambil cup cake dan memakannya. “Ermmm..sedapnya. Baby buat ke ni?”
Ellysa ketawa melihat wajah Akhmal yang lebih comel dari budak-budak. “Aahh…kat sini kek-kek semua saya buat. Cuma roti dan pastry saja pembantu yang buat.”
“Patutlah sedap. Macam tuannya, manis. Abang ambil lagi ye.” Akhmal mengambil sebiji lagi cup cake dan memakannya.
Ellysa tersenyum senang melihatnya. Lelaki ini pandai mengambil hatinya.
Akhmal mencuri-curi pandang ke arah Ellysa. Bibirnya seperti murah memberikan senyuman tatkala melihat gadis ini. “By the way nama penuh Baby ape?” tanya Akhmal tak sabar. Mulutnya masih penuh dengan kek.
“Ellysa Amira binti Tan Sri Shahrul.” Jawab Ellysa lancar.
Berubah wajah Akhmal. Tertelan kek yang dimakannya. Akhmal betul-betul terkedu.
***************************************************************
Akhmal mundar-mandir di dalam pejabatnya. Dia buntu. Akalnya tidak dapat memproses apa-apa buat masa ini. Ingatannya masih pada Ellysa. Sungguh dia terkejut bila mengetahui nama sebenar gadis itu tadi.
Ellysa Amira binti Tan Sri Shahrul, gadis pilihan mama yang pernah ditolaknya dahulu. Sungguh Dia menyesal dengan kelakuannya terhadap Ellysa selama ini. Sekarang ini apa yang pernah dicakapnya dahulu telah memakan dirinya balik.
“Arghhhh!!!!!!!!!! Apa yang harus aku buat ni.?” Jerit Akhmal. Dia buntu. Akmal takut kehilangan Ellysa jika Ellysa tahu siapa dirinya yang sebenar. Tadi dia bergegas keluar dari kedai Ellysa tanpa memberitahu nama sebenarnnya.
Akhmal takut kalau Ellysa membencinya. Ellysa juga pernah cakap dulu yang Akhmal pasti akan terkejar-kejarkan dirinya satu hari nanti. Tepat sangkaan Ellysa. Tak dapat dinafikan. Hanya sekali pandang
Akhmal telah jatuh hati dengan Ellysa. Dia sudah jatuh cinta pandang pertama.
Tapi adakah Ellysa jatuh cinta padanya juga. Kalau betul bermakna dirinya bertuah. Tapi macam mana kalau Ellysa tahu yang dialah Akhmal Shahmi lelaki yang pernah menolak Ellysa tempoh hari. Apa reaksi Ellysa? Marah atau sebaliknya. Akhmal buntu.
Bunyi deringan telefon mematikan ingatan Akhmal. Dia segera menjawab telefon.
“Hello……Mummy!!!!!!!” jerit Akhmal. Dia mendapat satu idea sebaik saja mendengar suara si pemanggil.
*********************************************************
Ellysa segera mendail nombor telefon Akhmal. Dia geram! Petang tadi dia mendapat tahu bahawa keluarga Akhmal telah menghantar rombongan meminangnya. Dan kedua-dua ibubapanya pula telah bersetuju. Lebih parah lagi hanya dua minggu dari sekarang tarikh pernikahan mereka.
Ellysa betul-betul terkejut bila mummy memberitahu bahawa Akhmal telah menyediakan segala-galanya untuk majlis perkahwinan nanti. Ellysa tak perlu berbuat apa-apa. Hampir menitis air mata Ellysa mendengar mulut ibunya yang sakan gembira bercerita.
Ellysa betul-betul pelik dengan mamat senget tu. Permainan apa yang dia nak main ni.
Ellysa mendengus geram, menanti panggilannya berjawab.
“Hello…Baby ke ni?” tegur suara dari sana. Manja! Hampir nak tercabut rahang Ellysa mendengar suara Akhmal yang lemah lembut. Selalu suaranya mengalahkan Singa mengaum. Sejak bila mamat ni pandai memanggilnya dengan panggilan Baby?
“Tak payah nak panggil manja-manja dengan aku. Apa maksud kau buat semua ni. Kau gila ke nak kahwin dengan aku. Hari tu beria-ia kau kata tak sudi. Ape cerita ni!!” Jerit Ellysa. Terus saja mulutnya menembak.
Akhmal menelan air liur mendengar kegarangan Ellysa bercakap. Rasakan Akhmal! idea bernas buatan kau kan.
Akhmal berdehem. “ Well..memang aku gila pun! Hari-hari aku gilakan kau! Lagipun mama kata family kau dah setuju. So tak jadi masalah pun. Kau single aku pun single. Jadi tak ada hal lah kan kita kahwin.” Selamba Akhmal.
Ternganga mulut Ellysa. Dia menarik nafas. “Kau gila lah! Baik kau hentikan semua ni. Aku tak nak kahwin dengan kau!”
“Kenapa? Ada orang lain yang kau suka ke?” Tanya Akhmal risau kalau Ellysa sudah punya pilihan hati.
Ellysa teragak-agak. Dia memikirkan seseorang. “Ada…Nama dia Abang! Dia lagi handsome dan baik dari kau.”
Akhmal terkejut. Dia memikirkan nama yang disebut Ellysa. Dia kemudian ketawa kuat. Ellysa suka dekat
Abang? Abang tu dialah. Comel jugak Ellysa ni. Rupa-rupanya Ellysa juga menaruh hati padanya. Dia tidak bertepuk sebelah tanganlah selama ni.
Akhmal berhenti ketawa. “Siapa abang tu? Dia kerja dekat mana? Nama dia memang abang ke?” soal Akhmal bertalu-talu. Nadanya serius. Sengaja menguji gadis ini.
“Err…..” Ellysa teragak-agak. Alamak! Aku tak tahu semua tu. Eiiii Geram! Patut aku fikir nama orang lain tadi.
“Kenapa tak tahu. Well kalau macam tu lagi dua minggu kita kahwin. Bye.. my bride to be.” Gelak Akhmal. Talian terus dimatikan.
“Akhmal Shahmi!!!!!!!!!!!!!!!” Bergema seluruh rumah dengan jeritan Ellysa.
**********************************************************
Dari tadi air mata Ellysa tidak henti-henti menangis. Puas di lap nya dengan tisu. Air matanya menitis aje dari tadi. Ellysa duduk di atas pelamin kecil yang disediakan khas untuk upacara akad nikah. Sebentar lagi Ellysa akan dinikahkah dengan Akhmal. Sayu hati Ellysa. Dia tidak tahu kenapa hatinya tidak dapat menolak semua ini. Walaupun berat hatinya namun dia ikhlas untuk menerima Akhmal. Dia menganggap mungkin ini adalah jodoh dari Allah buatnya. Ellysa mengelap air matanya lagi.
Ellysa memandang jauh ke hadapan. Matanya tertacap pada seorang lelaki muda berpakaian baju melayu putih yang duduk membelakanginya. Lelaki itu duduk berhadapan dengan Tuan kadi. Ellysa yakin itulah Akhmal. Ellysa Cuma menjeling sekilas sebelum menundukkan pandangannya ke bawah.
“Aku nikahkan dikau Akhmal Shahmi bin Dato Amarruddin dengan Ellysa Amira binti Tan Sri Shahrul dengan mas kahwinnya sebuah Al-Quran dan terjemahannya.”
“Aku terima nikahnya Ellysa Amira binti Tan Sri Shahrul dengan mas kahwinnya sebuah Al-Quran dan terjemahannya.”
“Sah?”
“Sah!!!”
Alhamdulillah. Ellysa menundukkan muka. Dia menahan rasa. Ellysa berasa bahagia Akhmal memberikan mas kahwin seperti yang dia mahu. Bagi Ellysa dia mahu Akhmal sama-sama membimbingnya kelak menjadi seorang isteri yang solehah dan taat kepada perintah Allah S.W.T
Akhmal menarik nafas lega. Setelah habis bacaan doa Akhmal segera membuat sujud syukur dan membuat solat sunat. Inilah saat bermakna dalam hidupnya bergelar seorang suami. Dia berdoa supaya rumah tangganya akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Setelah selesai solat, Akhmal segera menuju ke arah Ellysa. Akhmal terpegun melihat Ellysa yang cantik berkebaya putih labuh. Rambut Ellysa disanggul dan dipakaikan selendang. Akhmal tersenyum bila melihat Ellysa masih tunduk dan tidak memandangnya sedikit pun.
Akhmal tunduk dan duduk. Dia menyentuh tangan Ellysa. Sejuk!
Berderau darah Ellysa bila disentuh suaminya. Dia gugup dan mengigil.
Akhmal tersenyum nipis melihat isterinya begitu gementar. Dia mengambil cincin dan segera menyarungnya di jari manis Ellysa.
Ellysa tunduk dan menyalami suaminya. Ellysa mula mengangkat mukanya sedikit. Dia terkejut.
Akhmal tersenyum sambil mengenyitkan mata melihat isterinya yang berubah wajah melihatnya ketika ini.
“Awak……Errr Akhmal….” Tunjuk Ellysa. Dia tergagap-gagap mengeluarkan kata. Ellysa merasakan kepalanya seakan berputar ketika itu. Semuanya kabur dan hilang.
*********************************************************
Tok! Tok! Tok!
Akhmal mengetuk pintu biliknya buat kali yang ke 15. Sudah hampir dua jam Akhmal duduk dihadapan pintu biliknya sendiri. Dari tadi dia sedang cuba memujuk Ellysa yang mengurungkan diri dari dalam.
“Baby….bukalah pintu ni. Please..bagi abang masuk sayang.” Pujuk Akhmal.
Ellysa mencebik. Jangan mimpi nak buka ye. Geram dia dengan Akhmal. Sanggup permainkan dia macam tu sekali. Nasib tadi dia Cuma pengsan ala-ala terkejut je. Buatnya dia ada heart attack tadi, mahunya si
Akhmal tu jadi duda berhias. Huh! Ada ke duda berhias. Arghh! Lantak boleh je guna ayat ni!
Ellysa berbaring di katil. Sengaja dia mahu mendera Akhmal. Biar lelaki itu memujuk rayunya dulu. Baru dia tahu siapa Ellysa!
“Baby!!! Please sayang…abang minta maaf, okay.” Akhmal memujuk rayu isterinya.
“Tak mahu!!!!” jerit Ellysa.
Akhmal perlahan-lahan duduk di depan pintu. Keras kepala jugak isterinya. Dipujuk itu ini langsung tak jalan. Hmmm…kena gilap skill memujuk lagi ni. Akhmal mula berfikir-fikir, kemudian dia tersenyum. Idea sudah mari!
“Fuyooo…cantiknya sepupu-sepupu baby kan. Tinggi lampai macam model pun ada.” Jerit Akhmal kuat. Akhmal menahan ketawa sengaja dia berkata begitu. Dia mahu lihat Ellysa ni cemburu atau tidak.
Ellysa diam. Panas telinganya mendengar. Dia segera berlari ke muka pintu. Amboi laki yang satu ni, baru je berbini dah ada hati nak cuci mata dengan perempuan lain. Gatal!
Akhmal tersenyum lebar bila melihat pintu bilik akhirnya terbuka. Wajah Ellysa yang masam direnungnya.
Ellysa…Ellysa, cemburu juga orangnya.
“Masuklah…. Gatal!” Jeling Ellysa. Akhmal segera masuk ke dalam bilik. Dia mengekori Ellysa sehingga duduk di katil.
“Mana ada abang gatal. Abang gurau je. Hati abang ni Cuma buat Baby je. Tak ada orang lain pun. Betul...” Jujur Akhmal. Tangan Ellysa ditarik dan dikucupnya .
Ellysa menahan senyum. Terharu dihargai begitu. Of course lah cair hati ni kalau ayatnya power macam ni.
“Kalau sayang kat kita. Kena tipu kita? Alah dulu beria-ia kata tak sudi. Hah mana pergi mamat senget yang berlagak dulu tu?” sindir Ellysa.
Akhmal terdiam. Dia dah bersedia dengan segala ayat pedas yang keluar dari mulut isterinya. Dia tahu mesti Ellysa akan mengungkit segala-galanya.
“Abang minta maaf. Abang tahu dulu tu abang terlalu mengikutkan perasaan. Kerana tak nak terima calon mama, abang sanggup telefon marah-marah dekat Baby . Padahal abang tahu Baby tak salah. Abang minta maaf sangat. Abang faham kalau Baby tak boleh maafkan abang.” Sayu suara Akhmal.
Ellysa terdiam. Bukan niat dia nak mengungkit Cuma dia mahu suaminya mengakui kesilapannya. Ellysa mahu suaminya sedar dan jangan terlalu cepat menghakimi orang yang belum dikenali. Sebaliknya cubalah bercakap baik dan menghormati perasaanya secara lembut dan toleransi.
Ellysa memandang wajah suaminya yang sayu. Ellysa tersenyum nipis. “ Siapa kata Baby tak maafkan
abang. Kita kan dah kahwin….” Jawab Ellysa malu-malu..
Akhmal tersenyum lega melihat senyuman di wajah isterinya. “Maksudnya Baby dah tak marah abang?”
Ellysa menggelengkan kepala. “Baby dah tak merajuk lagi?”
“Tak…”jawab Ellysa. Akhmal menarik nafas lega. Dia mencium tangan isterinya berulang kali.
Ellysa tergelak melihat kelakuan suaminya. Ellysa merebahkan kepalanya di bahu Akhmal. “Abang..macam mana abang boleh suka Baby. Kita Cuma pernah jumpa dua kali je. Kalau bertelefon saje banyak kali, itupun bergaduh.” Soal Ellysa. Sempat dia menyindir suaminya lagi.
Akhmal tersenyum mendengar sindiran isterinya. Dia mengelus-elus rambut isterinya. “Hmm…. Dari pertama kali kita jumpa, abang dah terpana melihat Baby. Abang tertanya-tanya makhluk seksi mana yang muncul di depan abang ni. Wajahnya cukup membuatkan abang rasa damai. Dan yang penting jantung abang ni rasa nak terlompat keluar je masa tu.”
Akhmal terdiam dia menarik nafas perlahan. “ Lepas aje peristiwa tu. Boleh dikatakan hari-hari abang jatuh cinta. Hari-hari cinta abang semakin bercambah. Lebih dasyat lagi sampai nak tidur pun abang mimpi kan Baby. Aura Baby ni kuat betul ya? sampai tak tenteram diri abang taw. Patutlah dulu baby kata yang satu saat bila kita berdua berjumpa mesti abang akan terkejar-kejarkan baby. Tepat betul ramalan isteri abang ni.” Ellysa tertawa. Dia memang pernah cakap dahulu. Tapi masa itu dia Cuma geram saja. Tak maksud apa-apa pun.
“Dan Abang jatuh cinta lagi bila Baby bagi tahu nama penuh dekat Abang. Masa tu abang betul-betul terkejut. Tapi abang tak boleh menidakkan perasaan abang. Memang Abang menyesal dengan segala yang abang pernah cakap. Abang tak ada pilihan selain suruh mama pinang Baby cepat-cepat. Abang takut kalau baby tahu siapa diri abang sebenarnya mesti isteri abang ni akan menjauhkan diri dari abang. Abang tak nak kehilangan baby. Abang tak nak ambil risiko tu.” Luah Akhmal.
Ellysa betul-betul terharu. Dia juga tidak menyangka takdir menjodohkan dia dengan Akhmal. Lelaki ini pernah menolak dia suatu ketika dahulu tanpa mengetahui apa-apa mengenai dirinya. Tapi sekarang lelaki ini sangat mencintainya dan tulus dengan setiap butir kata-katanya.
“Abang nak tahu satu perkara tak?” tanya Ellysa.
Akhmal memandang isterinya. Pelik. “Apa dia…?”
Ellysa mendekati suaminya rapat. “I miss Akhmal Shahmi yang macam singa tu. Garang! Kerja asyik mengaum je. Tapi suaranya boleh mengentarkan jiwa dan mengacau bilau kan hidup. But now I got full package. Garang+ manja = aummm!!” Gelak Ellysa. Riang.
Akhmal mengelengkan kepala melihat telatah comel isterinya yang satu ini. Ada saja aksi comel yang dilakukan. Dia yakin hari-harinya nanti pasti akan bahagia.
Akhmal terus memeluk isterinya rapat. Bahagia... Semuanya adil dalam cinta. Jodoh adalah rahsia Allah sama seperti ajal. Siapalah kita untuk menolaknya bila ia datang. Begitulah dengan kisahnya. Siapa sangka orang yang dia tak sudi dahulu adalah jodohnya yang sebenar. Akhmal tersenyum. Takdirnya memang indah. Dia bersyukur.
“Abang tutup lampu ye sayang.” Bisik Akhmal pada isterinya. Terbeliak mata Ellysa mendengar suara suaminya. Gatal!!
ThE EnD…..