topbella

Wednesday, 29 January 2014

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 24

Assalamualaikum kawan-kawan....Rasanya dah lama ian tak update entry baru kan?  BLOG pun macam dah bersawang je, sunyi rasanya.    So hari ni ian nak update IHMP lah.  Hope you guys like it.........

########################################################

BAB 24

“KELUAR lunch dengan CEO ke?” soal Iqi sebaik saja kakiku melangkah masuk ke dalam pejabat .
Mataku menjeling Iqi yang berada di depan pintu pejabatku sendiri.   Semak je Iqi ni, time mood aku tak baik dengan Mr Playboy masa tu jugak dia nak ada.  Huh!

“Yang you sibuk kenapa? Boleh tak jangan bikin panas dengan I sekarang. Mood tengah tak baik ni tau.” Aku terus berjalan masuk ke dalam bilik.

Iqi mengikuti langkahku dari belakang. Aku mempelawanya untuk duduk di kerusi.

Aku mengeluh kuat memandang ke arah Iqi yang duduk berhadapan denganku.

“Lah, kenapa pulak mengeluh ni? Sepatutnya bukan happy ke?   Bukan senang tau nak dapat keluar makan dengan bos? Yang terpilih saja yang untung.” Gelak Iqi

Mendengar nama Mr Playboy yang keluar dari mulut Iqi membuatkan suhu kepanasan aku semakin bertambah.  Rasa sakit hati masih hangat dalam jiwa.  Entah apa angin Mr Playboy tu tiba-tiba nak marah aku tadi?  Geram betul aku! 

“Huh, tak happy langsung. Menyampahlah dengan dia tu.  Rasa menyesal keluar makan dengan dia tadi.  Makan nasi bungkus dengan guard dekat bawah tu lagi seronok dari tengok muka dia tau.  Benci!”

“Kenapa marah-marah ni? Tarik nafas tu, biar sabar sikit.  Cuba cerita dengan I, apa yang jadi?”
Aku menarik nafas sekejap mengurangkan kepanasan hati. Ceh!

“Sorry…bad mood sekejap.  Ermm…sebenarnya bukan marah pun, Cuma geram je dengan Tengku Afriel tu.  Entah apa, tiba-tiba je nak naik angin dan marah-marah I.  Dia tu ada masalah mental agaknya.  Mesti lupa makan ubatlah tu.  Sebab tu boleh meroyan tiba-tiba.” Geramku  bila mengingati semula kejadian tadi.  Suka-suki dia je nak tengking aku. Eiiiiiii!!!!

Iqi tergelak besar  mendengar omelanku.

“Kelakar lah korang berdua ni,sekejap baik sekejap gaduh.  Macam pasangan kekasih pulak I tengok korang berdua. So sweet…”senyum Iqi.

Bulat mataku mendengar. What?

“Choi! Mulut tu jangan nak sumpah-sumpahkan orang pulak ye.  Seram tau dengar.  Please…” Geli geleman aku bila membayangkan makna ‘sweet’tu.  Mengarut saja Iqi ni.

“Alah…mulut kata tak nak.  Hati siapa tau kan.”duga Iqi.
Mukaku memberikan reaksi menyampah mendengarnya.  Iqi tergelak besar.

“You pernah makan kasut tak? kalau nak rasa, meh sini I bagi.” Jelingku.

Iqi tertawa kuat mendengar ugutanku. Dia memegang perutnya.  Terkekek dia ketawa.

“Adoi, Kelakarlah you ni Mia. Comel je I tengok you marah.    Dahlah, I nak sambung kerja balik. Layan you boleh buat I lupa semua kerja.  Okaylah, nanti kita berbual lagi.” Pamit Iqi.  Dia terus berdiri.

Sebaik saja Iqi beredar aku kembali menyambung kerja yang tergendala gara-gara keluar lunch dengan Mr Playboy tadi.  Mataku kembali meneliti laporan di dalam fail.

Entah kenapa semua yang dibaca tidak dapat masuk ke dalam otak.  Fikiranku seakan-akan serabut pula.   Aku mula terfikirkan tentang kejadian tadi.   Hmm…kenapa Mr Playboy tipu Luna kata aku ni tunang dia?  Apa sebenarnya hubungan diorang tu ye?

Aku mengeluh memikirkan jawapan.

“Arghhhh ….malas lah aku nak fikir lagi pasal Mr Playboy tu.  Lantak dialah, nak mengamuk ke?nak meroyan ke? Nak jadi apa ke? Janji tak susahkan aku.  So pedulikan, dan jangan nak busy body pasal peribadi orang.  Berdosa!” Omelku memarahi fikiran yang terlalu jauh berkembang.  Aku meneruskan pembacaanku kembali.

*********************************************************
“Mia, tengah buat apa tu?” sergah Reena yang tiba-tiba muncul dekat dalam bilik aku.  Entah bilalah si Reena ni masuk.

Aku mengurut dada untuk menghilangkan kejutan.

“Bila you masuk ni? Tak dengar bunyi orang ketuk pintu pun?”

“Dah lebih sepuluh kali I ketuk pun.  You je tak dengar, jadi I masuklah.  You baca apa tu? Khusyuk je I tengok?”
“Tengah teliti laporan tentang projek dekat terengganu tu lah.  Projek ni kan bawah selian I.  So I tengah semak lah laporan ni.”

“Ooooo….” Angguk Reen laju.  Aku hanya mengelengkan kepala melihat gelagat setiausahaku yang lurus-lurus bendul ni.

“Hah, you masuk bilik ni nak apa?  Apa dekat tangan you tu?” soalku.  Mataku bulat memandang  sekotak besar coklat dekat tangan Reena.

Reena tersenyum, “Hah, pasal benda ni lah I masuk.  Nah, untuk you.” Hulur Reena.  Tanganku terus laju mengambil kotak coklat itu darinya. 

“Thanks…tiba-tiba je bagi coklat.  Ada apa-apa ke ni? Nak naik gaji ye?” tebakku.  
Reena mencebik, “I tak main rasuah-rasuah ni tau. Apa kelas bagi coklat untuk naik gaji. Tak standard langsung!  Hmm… sebenarnya coklat ni dari seseorang.”

“Seseorang?  Siapa?”  soalku pelik.  Siapa pulaklah yang tiba-tiba nak buat amal jariah bagi coklat segala dekat aku ni?

“Coklat ni Tengku Afriel yang kasi.  Tadi dia ada datang, nak jumpa you.  Tapi you nampak macam busy, so Tengku Afriel tak naklah kacau you buat kerja.   Jadi dia suruh I past kan je coklat ni dekat you.  Sweet kan dia?” Reena tersenyum riang memandangku.

Erk! Tiba-tiba je Mr Playboy bagi coklat untuk aku, bukan dia mengamuk sakan ke tadi? Hmmm…

“Okay..dia ada pesan apa-apa tak dekat you?”

“Hmmm…tak ada pulak.  Dia cuma suruh I bagi coklat ni je dekat you.  Kenapa?”
Aku terdiam sekejap memikirkan. “Tak ada apa lah saja je tanya.  Tak apalah nanti I call dia ucap terima kasih.”

Reena mengangguk mengiakan kata-kataku.  “Kalau macam tu, I keluar dulu.  Nanti kalau ada apa-apa you panggil I.”

Aku mengangguk.  “Okay, thanks again.”

Sebaik saja Reena keluar dari bilik.  Aku mula membelek-belek kotak coklat ditangan.  Ada sekeping kad terlekat dia atasnya.  Tanganku segera menarik kad tersebut.  Bulat mataku membaca tulisannya.
Hope you like it.  Sorry, pasal tadi…………..  

Bibirku mengukir senyuman membaca sebaris ayat tersebut.    Aku mengelengkan kepala berulang kembali memikirkan Mr Playboy . Teringat pula perkataan yang disebut Iqi dan Reena mengenai Mr Playboy tadi.

“Ermmm…..sweet jugak dia ni rupa-rupanya.” luahku perlahan. Hatiku tiba-tiba terasa bahagia pula.  Aku tersenyum sendiri.

Thursday, 23 January 2014

MEMORI CINTA KITA 16

 BAB 16

“TIZZ!!!!” jerit Fitriah dari belakang stor.  Hampir saja nak tercampak pen yang sedang aku pegang ketika ini.  Aku mengosok dada berulang kali. Gugur jantung!

“Hah nak apa?  Lain kali jangan main terjah boleh tak?  Rasa nak gugur jantung aku. Silap hari bulan jalan terus aku!” marahku.  Fitriah tersengih-sengih memandang aku.

“Sorry…sebenarnya aku ada hal nak cakap dengan kau ni.”
Aku memandang Fitriah. Pelik. 

“Hal apa? Lain macam je bunyi.” Soalku risau.   Jangan-jangan Fitriah dah tak nak meniaga lagi kot.  Tak pun dia nak pecat aku.  Aku ada buat salah ke? Eh aku kan pekerja mithali? Calon anugerah pekerja cemerlang tahun ni lagi.  Takkan aku nak kena pecat? 

Aku memandang Fitriah yang mahu bercakap sesuatu.

“Macam ni, tadi mummy telefon.   Dia suruh aku balik rumah.  Malam ni kami sekeluarga kena pergi Dubai.  Papa ada jemputan untuk sebuah majlis dekat sana.  Jadi Mummy nak aku ikut sekali. Ini yang aku risau ni.” Jelas Fitriah.

Aku menarik nafas lega.  Buat gugur jantung je fikir sampai ke hujung dunia.  Hal kecik je rupanya. 

“Pergi je lah. Macam sebelum ni tak biasa pulak.  Hari itu kau ke Indonesia pun, rileks je aku jaga kedai.”

“Bukan pasal kedai yang aku risau. Lagipun aku tau kau boleh je handle sorang.  Tapi…”

Aku memandangnya pelik. “Tapi apa?  Takkan kau risau nak tinggal kan aku sorang, sebelum ni okay je aku tinggal sorang dekat rumah tu. Kau tak risau pun. ” Balasku.  Memang sebelum ni aku dah biasa tinggal seorang diri bila Fitriah balik ke Bangi. 

“Kalau pasal kau tinggal seorang dekat rumah, aku tak risau. Sebab jiran sebelah kita ada.  Kau pun pandai jaga diri.”  Memang dasar kawan tak boleh pakai Fitriah ni.  Tengok sampai je hati. Huh! Nak merajoklah.

“Dah tu, pasal apa?” tanyaku malas.

“Sebenarnya aku risau kan Adam.” Sedih Fitriah.

“Hah!” jeritku.  Aku memandang Fitriah.  Terkelip-kelip aku melihat muka yang suram tu.  Ceh! Meluat pulak aku tengok wajah Fitriah ni. Ingatkan risau kan apa?  Rupa-rupanya si Adam sengal tu.   Apa hal nak risau mamat sengal tu.  Dah tua gajah tu, pandailah dia jaga diri.  Tak faham aku orang yang bercinta ni.  
Merepek je.

“Apahal kau risau dia pulak.  Tahulah dia nak jaga diri. Dia tu doktor. Dia lagi arif pasal jaga diri ni.”
Fitriah mengeluh.  “Bukan pasal diri dia lah.  Ni pasal benda lain.”

Benda lain? Pening pulak kepala aku tengok Fitriah ni.  Straight to the point je lah.  Banyak pulak bunga dia. Tension!

 “Benda apa pulak ni Fit? Kau cerita terus boleh tak.”

“ Sebenarnya hari tu aku dah janji nak teman dia pergi satu majlis ni.  Tapi sekarang aku kena pergi Dubai pulak.  So kalau aku tak pergi, siapa nak jadi partner dia nanti.  Kesian dekat dia pulak. Pasal aku mesti dia tak jadi pergi majlis tu.”

Aku menarik nafas.  Rasa meluat je dengar nama Adam. Fitriah ni….

“Lah pedulilah dia.  Kalau kau risau sangat, kau tak payah pergi Dubai.  Kau teman je Adam tu.” Sindirku sengaja.

“Tak boleh, nanti mummy marah kalau tak ikut.  Kau tau mummy macam mana kan?”

Aku mengangguk faham. Mummy Fitriah ni garang macam singa. Takot tengok muka tegas dia. Kalah mak aku kat kampong!

Fitriah mengeluh kuat.  Dia memandang aku, kemudian tersenyum lebar.

“Yes! Aku dah dapat idea.  Ini memang menyenangkan semua pihak.” jerit Fitriah, gembira.

“Apa idea bernas kau tu.?  Kau tak jadi pergi Dubai ke?” 

“ Bukanlah…Aku tetap akan pergi Dubai ikut papa dan mummy.  Adam masih boleh pergi majlis tu.  Tapi partnernya kau.  Kau ganti aku pergi dengan Adam.   Bernas kan?”

Terkejut aku, gila ke aku nak pergi teman si Adam tu. Pandai je si Fitriah ni merancang. 

“Banyak kau punya bernas.  Aku tak terlibat pun dalam ini filem.  Pandai je nak babitkan aku.  Tak kuasa aku nak teman Adam tu.  Kau pergi cari orang lain. Aku malas.”

“Alah…bolehlah Tizz. Lagipun mana nak cari orang lain last-last minit ni.  Aku harapkan kau je.  Bolehlah 
Tizz…. Nanti aku beli ole-ole dari Dubai untuk kau.  Please…kali ni aja.” Pujuk Fitriah.  Nak beli hati aku dengan ole-ole pulak.  Tak heran!  Katakan TAK NAK pada Adam!

Aku mengelengkan kepala.  Kerja gila je Fitriah ni.  Dia ni tak perasan ke, yang aku bukan ngam dengan Adam tu.  Karang jadi bergaduh pulak aku ikut Adam tu.

“Tak nak..”

“Bolehlah…”pujuk Fitriah lagi. Mendayu-dayu suara.

“Tak naklah!” marahku.  Orang dah tak nak dipaksa pulak. Ni yang leceh ni.

“Alah sampai hati kau buat aku macam ni.  Ini ke kawan yang aku kenal selama ni? Sedih aku.” Fitriah menanggis tersedu-sedu.  Tisu dikesat di mata.

Aku mencebikkan mulut. Dah start jadi Tun Teja pulak.  Menyampah! Aku mengeluh lemah.  Nasib badan dapat kawan pandai drama ni.  Huh!

 “Yelah…yelah.  Tapi kau tanya Adam tu dulu.  Nanti dia ingat aku pulak terhegeh-hegeh nak ikut dia.  Jangan buat malu aku sudah.”  Aku mengalah.  Tak sampai hati nak menolak.  Terpaksa!

Fitriah tersenyum gembira. “Kau jangan risau, Adam dah tahu  pun.  Dia tak kisah kau ganti aku he he he.”

Berubah muka aku.  “Jadi  maknanya kau dah plan dulu lah semua ni.  Tadi tu berlakon je lah ye?” Fitriah tersengih. 

Aku memandang geram pada Fitriah.  Hampeh punya kawan!  Berani dia mainkan aku.  Yang si Adam tu tak kisah pulak nak bawak aku. Biar betul!   Jangan-jangan dia ada niat tak baik dengan aku.  Hisyk, mintak simpang.

“Alah Tizz, kau teman je bukan buat apa pun.  Aku yakin kau mesti suka pergi majlis tu.  Boleh ye,  sayang kau.” Fitriah memelukku erat.

Aku mencebik.  Tak pasal-pasal jadi kambing hitam.  Kerana terpaksa aku relakan, walaupun aku tak rela.  Aku mengangguk.

“Yelah kali ni aje aku tolong.  Lain hari, no way!”

“ Yes!...   Sayang kauTizz, kaulah sahabat aku dunia akhirat.” Fitriah memeluku. 

“Dah…dah over pulak.  Nanti customer pandang lain macam pulak, tengok kau peluk aku ni.”

 “Yelah he he he.   Tizz aku nak balik dulu ni nak pack barang.   Kau jangan lupa, malam ni majlis tu.  Nanti Adam jemput kau dekat rumah.  Jaga diri baik-baik tau.    Have fun!”  ucap Fitriah.   Dia segera keluar dari kedai.  Nampak tergesa-gesa sekali.

Mataku memerhati Fitriah yang keluar sehingga akhirnya hilang dari pandangan.  Aku mengeluh.  Hmmm…apalah akan terjadi bila keluar dengan Adam ni.  Macam tak yakin je.  Boleh percaya ke ni!

*********************************************************

Hari ni aku terpaksa pulang awal dari kedai.  Sampai sahaja dekat rumah, aku segera masuk bilik,  meluru ke almari pakaian untuk memilih baju yang hendak dipakai.  Memanglah Fitriah ni, last-last minit baru nak cakap. Baju apa aku nak pakai ni?  Macamlah aku ada baju cantik!  Aku menyelongkar seluruh isi almari.

Aku mengeluh perlahan,  berfikir-fikir, baju apa yang aku harus pakai.  Satu pun macam tak sesuai nak pergi ke majlis.

Aku duduk di birai katil.  Mengeluh.  Tak nampak satu baju yang sesuai pun.

Mataku melilau-lilau memandang almari baju sekali lagi. Beberapa helai baju yang tergantung aku perhatikan secara perlahan.   Akhirnya mataku tertacap pada sehelai dress yang  tergantung di hujung sekali.   Mataku terus bersinar.

Aku segera menarik sehelai dress labuh berwarna hijau zamrud rekaan dari seorang pereka terkenal tempatan.   Hadiah dari Fitriah untuk aku.   Masih kekal di ingatan bagaimana Fitriah bersungguh-sungguh mahu menempah baju ini, untukku  pakai ke Majlis akhir pelajar Politeknik.  Walaupun ditegah keras olehku, namun Fitriah tetap dengan keputusannya.  

Aku terpaksa menerimanya dengan serba salah.  Melihatkan nama pereka dibelakang saja, sudah dapat diagak berapa harga baju tersebut.  Untuk tidak mengecewakan kawan baikku, aku menerimanya dengan senang hati. 


Aku mengambil drees tersebut dan mengayakan di cermin.  Agak-agaknya sesuai ke? Aku meneliti baju drees labuh berbentuk duyung itu.  Bahagian atas dan bawahnya persis sisik duyung. Memang cantik!   

Apalah reaksi Adam nanti bila nampak aku pakai baju ni?  Jangan dia fikir aku ni, nak mengoda dia sudah.  Tak hingin aku!  Segera aku mencampak baju tadi di atas katil. Buntu!

*********************************************************

Tepat Jam lapan malam,Adam telah sampai depan rumah. Dia membunyikan hon berulang kali. Geram je aku dengar hon dia tu.  Kalau tunggu diam-diam tak boleh ke?   Nak buat announcement jugak!   Aku bergegas turun dan segera membuka pintu pagar.  Aku masuk ke dalam keretanya.  Masam je mukaku masa ni.

Dia menoleh dan tersenyum padaku aku di sebelah.  Dia nampak segak memakai baju kot berwarna kelabu dan kemeja hijau zamrud.  Eh! Kemeja dia sama warna dengan drees akulah?  Aisey….macam dah berjanji pulak kami berdua ni. 

Melihatkan aku berdiam diri, Adam turut tidak berkata apa-apa.  Dia juga senyap saja.   Mungkin dia rasa terpaksa untuk membawa aku.  Hurmm…tak apalah.  Pandai-pandailah aku bawak diri kat Majlis tu nanti.

 Kereta Subaru Impreza terus laju menuju ke destinasi yang tidakku ketahui.  Si Fitriah ni langsung tak cakap majlis tu dekat mana.  Yang Adam pun senyap je bila aku tak bercakap dari tadi.  Dia pun tak ambil inisiatif untuk berbual dengan aku.   Ni tidak aku diam dia pun diam.  Eiii… menyampah!  

Sepatutnya sebagai seorang lelaki dialah patut tegur aku dulu.  Tapi hampeh je.  Agaknya aku ni halimunan kot? Tu sebab dia tak nampak aku kat sebelah.  Sabar je lah hati sekarang ni..

Kedinginan air cond kereta membuatkan tubuhku sedikit gigil. Walaupun dress ni lengan panjang, tapi masih tidak dapat menahan kedinginan malam.    Aku membuang pandangan dari luar kereta.  Jauhnya perjalanan.  Dekat Kuala Lumpur ke?

Akhirnya kami sampai di depan Hilton Hotel Kuala Lumpur.   Terkelu lidah aku sekejap.  Majlis apa ni? Banyak orang kenamaan je kat sini?  Tanganku terasa sejuk dan kaki pula kaku untuk melangkah.  Aku gabra.   Adam keluar dan membukakan kereta untukku.  Aku tercengang sekejap memandang dia.  Gentleman pulak dia malam ni.   Macam seorang putera raja.

 Aku melangkah keluar perlahan-lahan.   Adam menghulurkan tangannya padaku.  Aku tidak menyambut hulurannya.  Adam menarik tanganku kasar dan dia terus mengenggam kuat.

“Sakitlah… Ni apasal nak pegang-pegang tangan ni?” marahku. Aku cuba menarik kembali tanganku dari genggamannya.   Eiii… dulu-dulu salam pun tak nak dengan aku.  Ni malam ni nak pegang tangan orang pulak.  Giler!

“Syyyy….diam.  Biar aku pegang tangan kau ni sekejap.” Bisiknya lembut.  Terpana aku mendengar suaranya yang lembut di telingaku.   Akhirnya aku membiarkan saja.

Kami beriringan jalan masuk ke dalam sebuah dewan besar.  Semua mata-mata disitu seperti memerhatikan aku dengan Adam.  Agaknya diorang terkejut tengok Adam bawa gadis cantik macam aku ni he he he. Perasan!

Adam tiba-tiba memeluk pingangku.  Terasa seperti terkena renjatan elektrik dekat badan.  Aku tergamam.  Segera aku menepis tangannya.  Tak berjaya.  Dia menarik aku lebih rapat lagi pada tubuhnya.

“Wei.. apa ni peluk-peluk orang.  Lepas lah.” Marahku tapi perlahan.  Aku tak suka diperlakukan begini.  Apa dia fikir aku perempuan murahan ke untuk dipeluk-peluk?

“Behave yourself, you have to be nice.  Senyum tu jangan over sangat.  Buat biasa je.” Selamba dia mengarah aku.

Menyirap betul telinga aku mendengar arahan dia.  Aku cuba menepis tangannya.  Benci aku dengan lelaki ini.  Fitriah punya pasal lah ni suruh aku temankan dia.  Tak guna punya lelaki.  Gatal!

Melihat wajahku semakin mencuka Adam perlahan-lahan melepaskan tangannya dari pingang aku.   Namun tanganku masih tetap digenggamnya erat.  Dia menarik kerusi untuk aku duduk. 

“Oit! Ni majlis apa ni? Apesal ramai sangat ni?”

“Ni Dinner untuk makan malam bersama pengarah, doctor dan kakitangan hospital yang lain.  Kau jangan takut.  Aku kan ada.” Bisiknya. 

Aku mencebik.  Pasal kau ada lagi aku cuak!

Aku diperkenalkan dengan kawan-kawannya yang semeja dengan kami.   Ada diantara rakan-rakannya yang menyangka aku ni teman wanita Adam .  Aku cuba untuk menerangkan perkara sebenar, namun Adam terlebih dahulu menghalang.  Dia seakan-akan suka pula.  Makin panas je hati ,tengok lelaki gatal ni.  
Sabar..sabar.

Adam begitu leka berbual-bual dengan rakan-rakan sekerjanya.  Doktor jugak! Majlis ini adalah dinner bersama para Doktor dan beberapa orang kenamaan.  Majlis ni langsung tak boleh masuk dengan aku.  Bosan!  Dari tadi mereka asyik bercakap tentang penyakit itu, penyakit ini.  Telinga aku dah naik seram mendengarnya. Seriau!  Silap hari bulan aku pulak yang sakit kejap lagi.

Aku memandang ke atas pentas.  Majlis dimulakan dengan Ucapan dari Pengerusi Majlis dan diikuti dengan pengarah  hospital.  Mengantuk pun ada aku tengok Doktor tu berucap. Speaking English pulak tu.  Memang tak lah nak masuk  kat telinga aku sangat.  Cepatlah habis, tak tahan telinga ni dah.

Setelah selesai ucapan, makan malam dihidangkan.  Aku hanya makan sedikit sahaja. Tak selera.  Aku berasa bosan.  Sudah hampir dua jam duduk dekat dalam ni.   Aku hanya jadi pemerhati saja dalam majlis ini.  Dari tadi aku hanya mendiamkan diri.

Adam masih leka berbual-bual dengan rakan rakannya.  Langsung tidak mempedulikan aku.  Kecil hati aku  tengok dia.  Eh!  Apehal terasa pulak hati ni? Isyk merepek!

Lagu mula berkumandang, untuk menceriakan suasana majlis.  Beberapa pasangan sudah bangun untuk menari.  Aku memerhatikan satu pasangan cina yang sedang menari dekat hujung sekali.  Nampak macam pasangan suami isteri je. Kagum aku melihat tarian mereka.  Langkah dan tariannnya begitu teratur.   Sungguh terhibur rasa hati melihat pasangan ini. 

“Satu hari nanti mungkin kita akan menari, macam tu.” Bisik Adam tiba-tiba di telingaku.  

Aku menoleh melihat dia sebelah.   Bibirku mencebik.  Perasan! Sape yang nak menari dengan kau.  Dan tak mungkin akan terjadi pun.  Aku dan dia bukan pasangan kekasih yang nak kahwin pun.  Aku ni cuma sahabat kepada girlfriend dia je.  Dia ni sedar tak dia cakap ape tu.  Satu hari nanti konon! Pirah!!

Air cond yang kuat membuatkan aku kedinginan.  Badanku kesejukkan.  Aku cuba menahannya. Aku mengenggam kedua-dua belah tapak tanganku.

“Kenapa ni?” soal Adam.  Mungkin dia lihat aku dah semacam je pucat.

“Sejuklah..”

Adam membuka kotnya dan menyarungkan pada tubuhku.  Aku tersenyum padanya tanda terima kasih.

“Wei aku nak tanya boleh tak?” soalku.

“Tanya apa?”

“Kenapa ramai sangat yang pandang kita ye?  Rimaslah.”

Adam tergelak sopan. “Sebab malam ni aku handsome sangat kot.”

“Handsome lah sangat.”sindirku.  Tapi memang handsome pun.  Aku pun rasa tergoda je tengok senyuman dia yang merekah tu.

“ Jom balik, aku rasa dah tak ada apa lagi nak ditunggu.” Adam mengajakku untuk pulang.

Aku mengangguk.  Alhamdulillah, akhirnya dapat balik juga. Tak tahan dah aku duduk lama-lama kat dewan tu.

Adam  meminta diri untuk pulang awal pada rakan-rakannya .  Aku dan Adam keluar dari dewan secara beriringan. 

Aku berjalan agak laju menuju ke kereta . Tak tahan, sejuk!     Adam mengikutiku dari belakang. Dia mendekatiku rapat. Aku menahan debar yang mengila saat ini.  Pandangan kami bersatu.    Dia tersenyum dan kemudian membetulkan kedudukan kotnya yang senget di tubuhku.   Aku tergamam melihat perlakuan dia.  Terharu bercampur satu rasa aneh.

“Terima kasih…” ucapku, menutup rasa aneh itu.    Adam mengangguk.  Kami masuk ke dalam kereta dan Adam memandu menghantarku pulang ke rumah.   Sepanjang perjalanan kami masing-masing tidak bersuara.  Aku rasa penat dan letih.   Macam-macam yang bermain dekat fikiran aku saat ini.

****************************************************
“Terima kasih sebab sudi teman aku malam ni.” Ucap Adam, sebelum aku turun dari kereta. Dia memandangku dengan senyuman mesra.

Aku menahan debar di hati.  Jantungku seakan terloncat keluar bila melihat senyuman itu

“Sama-sama. ” ucapku gugup.   Aku menanggalkan kotnya yang tersaraung tadi dan meletakkan diatas kusyen kereta.  Aku segera turun dari kereta dan menoleh padanya.  Spontan tanganku melambai dia yang masih memandang diriku dari tingkap.   Dia tersenyum nipis , dan terus memandu pergi. 

Aku masuk ke dalam rumah.  Keliru dengan apa yang terjadi tadi.  Kenapa hatiku sangat berdebar bila melihat Adam.   Perasaan yang sangat berlainan dari Abang Hafizul. Aku rasa sangat  aneh.  Aku berlari naik keatas dan masuk ke dalam bilik.   Aku terus berbaring di katil.

Malam tu aku bermimpi berjumpa dengan seorang putera raja.  Wajahnya sangat bercahaya.  Tapi yang pasti aku mengenalinya. Dia mirip Adam.   Aku berasa tenang berada di samping dia.  Kami bernyanyi dan bermain bersama.  Bahagia sekali….. seperti dunia ini hanya aku dan dia.  Takkan terpisah…

Sedar-sedar dari mimpi hari dah siang.  Aku bangun dan duduk di birai katil.  Aku keliru sekejap.  Macam manalah boleh mimpi Adam pulak tadi.  Sepatutnya putera raja tu Abang Hafizul lah.  Aku kan dah jatuh cinta dengan Abang Hafizul.  Mainan mimpi agaknya.   Mesti sebab aku tak basuh kaki malam tadi.  Hampeh betul!

Seram pulak bulu romaku tiba-tiba.  Memang gilalah kalau aku boleh bermesra-mesra macam tu dengan Adam.  Mahu mengalir air mata darah Fitriah nanti.  Aku pun tak terbayang nak fikir.  Eiiii…mintak simpang.  Aku dan Adam?  Never…..

Wednesday, 22 January 2014

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 23

BAB 23


“SIAPA?” soalku sebaik saja mendengar bunyi ketukan dari luar.  Tombol pintu dipulas sebelum pintu dibuka luas.  Aku memandang ke arah pintu untuk melihat siapa yang akan masuk.

“Hai, busy ke hari ni?” soal Mr Playboy sebaik saja terjengul wajahnya di depan pintu. Dia tersenyum nipis padaku.  Ceria semacam!

Aku mengeluh…

Isykk tak ada orang lain ke? Asyik dia je yang aku nampak.   Aku tidak menghiraukan dia.  Mataku terus memandang komputer

“Biasalah inikan syarikat aku, so kau memang akan jumpa aku pun.”  Dia ketawa sinis.  Aku menjeling. Macam tau-tau je apa yang aku fikirkan sekarang.

“Kau nak apa datang sini? Kalau setakat nak cakap benda menyakitkan hati, tak payah cakap. Aku tak layan!”

 “Aku nak ajak kau lunch.  Sekarangkan dah pukul 1.00 .  Jom kita makan sama-sama.  Kita makan dekat satu restaurant dekat Solaris Dutamas.  Kau mesti suka.”

Aku mengeluh.  Rasanya hari tu masa dalam lif, aku ada kata nak susahkan dia.  Tapi yang terbaliknya sekarang, dia pulak yang menyusahkan aku.  Ni yang malas bila dah start berkawan ni.  Ada je yang nak ambil kesempatan.  Malas betul!

“Nak pergi tak?” soalnya sekali lagi.

“Yelah…yelah.  Kalau aku tolak pun mesti kau paksa jugak kan.  Cepatlah.” Gesaku.  Mr Playboy tersengih memandangku.  Kami sama-sama turun ke bawah menuju ke tempat parking kereta.

Aku hanya mengeluh panjang bila memandang beberapa staf yang tersenyum-senyum melihat kami berdua.  Gosip apalah pulak lepas ni.  Sabar je lah.

******************************************************

Kereta mula berhenti dan parking betul-betul depan sebuah bangunan besar. Kami berdua keluar dari kereta.    Mataku melilau-lilau memandang sekeliling.   Hmmm..tak silap aku tempat ni memang banyak restaurant pun.   Tapi aku tak sempat lagi nak jejak kaki dekat sini.  Yela busy sejak balik Malaysia ni.  Mana sempat!

Kakiku terus laju mengikuti langkah Mr Playboy dari belakang.  Laju betul dia jalan. Tak tunggu aku langsung.     Kami berhenti didepan sebuah restaurant.    Aku membaca papan tanda di depan pintu restaurant.  Picknik Comfort Food And Café.  Restaurant makanan apa ni? Nampak best je?

Aku mengikuti langkah Mr Playboy masuk ke dalam restaurant.  Ramainya orang…..  Mesti food dekat sini sedap kan. 

Kami duduk di salah satu meja yang disediakan di bahagian dalam.  Mataku sempat menilik-nilik dekorasi di dalam kedai.  Simple je…. tapi selesa, terasa macam dekat rumah.  Masak pun open kitchen, dari luar dah boleh nampak chef diorang masak.  Hebat gaya tarikan mereka.

Seorang pelayan perempuan datang kepada kami.  Dia memberikan buku menu.  Mr Playboy menawarkan dirinya untuk memesan makanan untuk aku.  Aku hanya mengangguk.   Dalam hati dah tahu, yang Mr Playboy mesti takkan bagi aku pesan.  Dia dah serik kot?  Aku tersinyum simpul mengingatkan kejadian makan bersama Iqi dulu.

Mr Playboy mengorder Korean lamb chop untuk dirnya dan Fat Tuesday chicken untuk aku.  Aku menelan air liur mendengar.  Harap sedaplah.

“Kau selalu makan dekat sini ke?” soalku sebaik saja pelayan tadi berlalu pergi.

“Selalulah jugak, biasanya aku makan dengan Iqi.  Kadang-kadang adalah dengan  ‘seseorang’.” Senyumnya.  Aku mengangguk, faham maksud ‘seseorang’ tu.  Koleksi awek dialah kan…

Makanan sampai, kami makan dengan diam.  Sesekali mataku dan Mr Playboy mula bertembung.  Aku cuba beriak biasa.

“Kau jadi tak makan malam dekat rumah aku ahad nanti?” soalnya.   Tiba-tiba bertanya pada aku pasal jemputan mummy dia tempoh hari.  Aku betul-betul terlupa tentang itu. Nasib dia ingatkan.

“Insyallah…Tapi tak menyusahkan ke?  Susahkan mummy kau je nak masak untuk aku.”

“Tak adalah.  Mummy sendiri yang jemput kau kan?  Dia suruh aku ingatkan kau pasal ni tau.”

“Isykkk…segan pulak aku dengar.  Kalau macam tu nanti aku pergi sendirilah.  Aku ingat lagi jalan rumah kau.”

“Tak payah nanti aku jemput.  Arahan dari mummy.” Tegasnya.

Aku terdiam.  Entah kenapa berat pulak mulutku untuk menolaknya kali ini.  Hmmm….
Setelah selesai makan, aku meminta diri untuk ke tandas dahulu.  Keluar sahaja dari tandas, aku lihat meja sudah kosong dan dikemaskan oleh pelayan.   Aku mula tercari-cari Mr Playboy.  Dia dah tinggalkan aku ke?  Takkanlah kot?

Aku melangkah keluar dari restaurant dan entah macam mana aku terlanggar seorang gadis yang berjalan bertentangan di depanku.

“Sorry awak, tak sengaja.” Aku mengangkat kedua-dua tangan meminta maaf.  Eiii…jalan lurus pun boleh langgar orang pulak aku ni.

“You ni rabun ke jalan! Tak nampak orang depan mata ke?” marah seorang lelaki yang berdiri sebelah gadis tadi.  Lelaki ala-ala lembut gitu.  Faham je lah kan kalau dah lembut marah pun ala-ala segan mati tak mahu he he he.

“Isykkk you ni Remy dia tak sengajalah.  Tak apa awak. ” sampuk gadis tadi.  Tengok baik je gadis ni. Cakap pun sopan.   Si lembut ni pulak yang over.  Tak padan dengan lembut!

“Isykkk you ni Luna, baik je dengan semua orang.  Dah lah I pergi ambil kereta dulu.  You tunggu dekat sini.” Bising si lembut tadi.  Dia meninggalkan aku dengan gadis yang aku langgar tak sengaja ni.  Eh ada ke langgar tak sengaja?   Argh.. bolehlah guna ayat ni!

Gadis ini tersenyum nipis memandang aku.

Aku merasa serba-salah untuk memandangnya.  Namun mataku seakan-akan terpaku pula pada wajahnya. Subhanaallah… cantiknya makhluk ciptaanMu ini.  Aku betul-betul terbuai dengan gadis didepanku.   Wajahnya putih dan bersih.  Pakaiannya moden dan ala-ala muslimah.    Selendang dia pun labuh dan menutup aurat.  Sejibik macam model muslimah dekat majalah tu.   Mesti darah campuran ni.  Cantik!  Wah! Sempat pulak aku analisis wajah dia segala kan…

“Maaflah sangat-sangat.  Saya betul-betul tak sengaja.  Saya tengah cari seseorang tadi.  Tu yang tak perasan awak ada dekat depan ni.  Maaf sangat” Ucapku ikhlas, untuk yang ke berapa kali.  Ni semua salah Mr Playboy, mana entah dia menghilang?  Tak pasal-pasal aku dah langgar orang pulak.  Dia punya hal lah ni!

“Tak ada apalah .  Hal kecil je ni.  Saya Tengku Luna Najwa.   Panggil Luna je. Yang tadi tu Remy kawan sekerja saya.” Ujarnya lembut.   

Ramah betul gadis ni.  Sempat lagi nak perkenalkan diri pada aku.  Tengku? Owh jenis kerabat macam si Mr Playboy tu jugak rupanya.  Yang lembut tadi tu Remy?  Eiii….  Memang tak padan dengan nama langsung.  Tak sesuai he he he!

Aku tersenyum dan mengangguk mendengarnya.  “Owh, saya Mi.”

“Mia!  Kenapa ni?” soal Mr Playboy tiba-tiba muncul di sebelahku.  Dia memandangku cemas.   Tak sempat aku nak perkenalkan diri tadi, dah ada pulak yang enterframe dulu.  Ni yang malas ni.  Time-time ni barulah si Mr Playboy ni nak muncul.  Kacau daun betul lah!

Aku menoleh pada Mr Playboy di sebelah. “Tak ada apalah..tak sengaja terlanggar orang tadi.  Hah, ni aku kenalkan, Tengku Luna Najwa.” Aku memperkenalkan Mr Playboy pada Luna.  Gaya macam Tengku Luna Najwa tu kawan aku pulak kan.    Padahal kenal pun tak sampai dua minit he he he.

Mr Playboy menoleh untuk melihat Luna.  Dia terdiam.

“Afriel?” soal Luna spontan. 

Mereka berpandangan sesama sendiri.  Wajah Mr Playboy terus berubah keruh.   Dia nampak tegang  memandang Luna.   Terangkat keningku sekejap.  Eh! diorang berdua ni dah kenal ke?

“Korang berdua ni dah saling kenal ke?” soalku setelah hampir satu saat budak berdua ni tak bercakap.  Feed up tunggu!

Luna terdiam dan senyap memandang wajahku.  Dia kelihatan teragak-agak untuk bercakap.

“Kami kawan lama.” Tiba-tiba keluar suara Mr Playboy.  Tapi nadanya pelik sikit.

Aku mengangguk.  Owh kawan lama? Baguslah tu, kiranya diorang ni memang kenal rapatlah.  Tapi…. apasal keduanya nampak tegang semacam je? Tak gaya macam jumpa kawan lama pun? Macam lain je?

“Aaahhh...kawan lama.  Satu sekolah.”  Ucap Luna teragak-agak.  Bibirnya cuba tersenyum.

Aku mengangguk. “Oooo… kawan sekolah?   Patutlah korang berdua nampak macam dah saling kenal ha ha ha .”  gelakku menghibur suasana ‘reunion’ yang pelik ni.    

“ Hai. ….Saya Mia Qaisara, Tengku Afriel ni…”

“Kami dah bertunang.  Mia ni tunang saya.”  Sampuk Mr Playboy tiba-tiba.   Hah? Aku memandang wajah Mr Playboy.  Tercengang.

“Sorry?”soalku semula pada Mr Playboy.  Salah dengar ke apa telinga ni?

Mr Playboy menarik tanganku.  Dia tersenyum ceria padaku.  “Tunang.  Kita kan tunangkan.  Sayang ni, buat lupa pulak.”  Berkerut dahiku.  Terdiam sekejap.   Eh apa dia merepek ni? bila pulak aku ni bertunang dengan dia? Aku tak tahu pun?  Eh dia panggil aku sayang?

“Owh ye ke?  Tahniah pada awak berdua.”  Ucap Luna ringkas padaku.  Dia kelihatan gelisah.  
Aku betul-betul keliru sekarang.  Dah kenapa pulak Luna ucap terima kasih ni?  Eh diorang ni dah kenapa?  Buat drama ke ni?  Sinetron lagi ke?  Teringat aku kejadian empat tahun lepas masa Mr Playboy mengaku aku ni makwe dia.  Dia buat lagi pulak….

“Terima kasih.   Maaflah kami berdua kena pergi sekarang.  Jom sayang.” Pamit  Mr Playboy.  Dia segera menarik tanganku mengikut langkahnya .    Aku terpinga-pinga.   Eh macam kejadian dulu lah.  Deejavu ke ni?

Aku menoleh sekejap ke belakang dan melambaikan tangan pada Luna di belakang.  Tak sempat nak mengucapkan apa-apa pada gadis itu. Kakiku laju mengikut langkah Mr Playboy.   Setelah sampai di kereta, aku segera menarik tanganku dari genggaman Mr Playboy tadi.

“Lepaslah, sakit tau.  Kan dah banyak kali aku cakap, jangan sentuh aku!  Faham tak!” marahku.  Suka sangat pegang orang, tak tahu dosa  ke?   Tak malu punya Mr Playboy, dah lah pandai-pandai mengaku aku ni tunang dia tadi.  Eiiiii….menyampah!

“Kau jangan banyak cakap boleh tak!   Dah masuk dalam kereta! ”arahnya. 

“Tak nak.” Geramku.

“Masuk!!!!” jeritnya kasar.  Tersentak aku dengan kekasaran suaranya.  Menakutkan lah dia bila marah.   Aku memasamkan muka tapi masuk jugak ke dalam kereta.   Kalau tak disebabkan aku naik kereta dia tadi, jangan harap aku nak masuk.  Tak hinggin!

Mr Playboy masuk kedalam kereta dan mula memandu.  Dia tidak menoleh padaku sedikitpun.  Wajahnya agak tegang dan marah. 

Aku betul-betul bingung.  Kenapa Mr Playboy tiba-tiba naik angin pulak ni?  Kerana gadis tadi ke?  Siapa Tengku Luna Najwa tu?    Mr Playboy  macam marah je lihat Luna tadi?  Mesti ada yang tak kena antara Mr Playboy dengan Luna ni?   Tapi kenapa sampai nak mengaku, yang aku ni tunang dia?  Kenapa yea?


Aduh!  Banyak betul tanda soal dalam otakku sekarang.  Pening lah fikirkan!  Aku mendiamkan diri didalam kereta.   Sempat aku menjeling sekilas pada Mr Playboy di sebelah.   Sungguh hatiku sakit dan geram dengan sikapnya.  Taubat!  Lepas ni tak nak makan dengan dia lagi.  Menyampah! 

About Me