topbella

Wednesday, 29 January 2014

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 24

Assalamualaikum kawan-kawan....Rasanya dah lama ian tak update entry baru kan?  BLOG pun macam dah bersawang je, sunyi rasanya.    So hari ni ian nak update IHMP lah.  Hope you guys like it.........

########################################################

BAB 24

“KELUAR lunch dengan CEO ke?” soal Iqi sebaik saja kakiku melangkah masuk ke dalam pejabat .
Mataku menjeling Iqi yang berada di depan pintu pejabatku sendiri.   Semak je Iqi ni, time mood aku tak baik dengan Mr Playboy masa tu jugak dia nak ada.  Huh!

“Yang you sibuk kenapa? Boleh tak jangan bikin panas dengan I sekarang. Mood tengah tak baik ni tau.” Aku terus berjalan masuk ke dalam bilik.

Iqi mengikuti langkahku dari belakang. Aku mempelawanya untuk duduk di kerusi.

Aku mengeluh kuat memandang ke arah Iqi yang duduk berhadapan denganku.

“Lah, kenapa pulak mengeluh ni? Sepatutnya bukan happy ke?   Bukan senang tau nak dapat keluar makan dengan bos? Yang terpilih saja yang untung.” Gelak Iqi

Mendengar nama Mr Playboy yang keluar dari mulut Iqi membuatkan suhu kepanasan aku semakin bertambah.  Rasa sakit hati masih hangat dalam jiwa.  Entah apa angin Mr Playboy tu tiba-tiba nak marah aku tadi?  Geram betul aku! 

“Huh, tak happy langsung. Menyampahlah dengan dia tu.  Rasa menyesal keluar makan dengan dia tadi.  Makan nasi bungkus dengan guard dekat bawah tu lagi seronok dari tengok muka dia tau.  Benci!”

“Kenapa marah-marah ni? Tarik nafas tu, biar sabar sikit.  Cuba cerita dengan I, apa yang jadi?”
Aku menarik nafas sekejap mengurangkan kepanasan hati. Ceh!

“Sorry…bad mood sekejap.  Ermm…sebenarnya bukan marah pun, Cuma geram je dengan Tengku Afriel tu.  Entah apa, tiba-tiba je nak naik angin dan marah-marah I.  Dia tu ada masalah mental agaknya.  Mesti lupa makan ubatlah tu.  Sebab tu boleh meroyan tiba-tiba.” Geramku  bila mengingati semula kejadian tadi.  Suka-suki dia je nak tengking aku. Eiiiiiii!!!!

Iqi tergelak besar  mendengar omelanku.

“Kelakar lah korang berdua ni,sekejap baik sekejap gaduh.  Macam pasangan kekasih pulak I tengok korang berdua. So sweet…”senyum Iqi.

Bulat mataku mendengar. What?

“Choi! Mulut tu jangan nak sumpah-sumpahkan orang pulak ye.  Seram tau dengar.  Please…” Geli geleman aku bila membayangkan makna ‘sweet’tu.  Mengarut saja Iqi ni.

“Alah…mulut kata tak nak.  Hati siapa tau kan.”duga Iqi.
Mukaku memberikan reaksi menyampah mendengarnya.  Iqi tergelak besar.

“You pernah makan kasut tak? kalau nak rasa, meh sini I bagi.” Jelingku.

Iqi tertawa kuat mendengar ugutanku. Dia memegang perutnya.  Terkekek dia ketawa.

“Adoi, Kelakarlah you ni Mia. Comel je I tengok you marah.    Dahlah, I nak sambung kerja balik. Layan you boleh buat I lupa semua kerja.  Okaylah, nanti kita berbual lagi.” Pamit Iqi.  Dia terus berdiri.

Sebaik saja Iqi beredar aku kembali menyambung kerja yang tergendala gara-gara keluar lunch dengan Mr Playboy tadi.  Mataku kembali meneliti laporan di dalam fail.

Entah kenapa semua yang dibaca tidak dapat masuk ke dalam otak.  Fikiranku seakan-akan serabut pula.   Aku mula terfikirkan tentang kejadian tadi.   Hmm…kenapa Mr Playboy tipu Luna kata aku ni tunang dia?  Apa sebenarnya hubungan diorang tu ye?

Aku mengeluh memikirkan jawapan.

“Arghhhh ….malas lah aku nak fikir lagi pasal Mr Playboy tu.  Lantak dialah, nak mengamuk ke?nak meroyan ke? Nak jadi apa ke? Janji tak susahkan aku.  So pedulikan, dan jangan nak busy body pasal peribadi orang.  Berdosa!” Omelku memarahi fikiran yang terlalu jauh berkembang.  Aku meneruskan pembacaanku kembali.

*********************************************************
“Mia, tengah buat apa tu?” sergah Reena yang tiba-tiba muncul dekat dalam bilik aku.  Entah bilalah si Reena ni masuk.

Aku mengurut dada untuk menghilangkan kejutan.

“Bila you masuk ni? Tak dengar bunyi orang ketuk pintu pun?”

“Dah lebih sepuluh kali I ketuk pun.  You je tak dengar, jadi I masuklah.  You baca apa tu? Khusyuk je I tengok?”
“Tengah teliti laporan tentang projek dekat terengganu tu lah.  Projek ni kan bawah selian I.  So I tengah semak lah laporan ni.”

“Ooooo….” Angguk Reen laju.  Aku hanya mengelengkan kepala melihat gelagat setiausahaku yang lurus-lurus bendul ni.

“Hah, you masuk bilik ni nak apa?  Apa dekat tangan you tu?” soalku.  Mataku bulat memandang  sekotak besar coklat dekat tangan Reena.

Reena tersenyum, “Hah, pasal benda ni lah I masuk.  Nah, untuk you.” Hulur Reena.  Tanganku terus laju mengambil kotak coklat itu darinya. 

“Thanks…tiba-tiba je bagi coklat.  Ada apa-apa ke ni? Nak naik gaji ye?” tebakku.  
Reena mencebik, “I tak main rasuah-rasuah ni tau. Apa kelas bagi coklat untuk naik gaji. Tak standard langsung!  Hmm… sebenarnya coklat ni dari seseorang.”

“Seseorang?  Siapa?”  soalku pelik.  Siapa pulaklah yang tiba-tiba nak buat amal jariah bagi coklat segala dekat aku ni?

“Coklat ni Tengku Afriel yang kasi.  Tadi dia ada datang, nak jumpa you.  Tapi you nampak macam busy, so Tengku Afriel tak naklah kacau you buat kerja.   Jadi dia suruh I past kan je coklat ni dekat you.  Sweet kan dia?” Reena tersenyum riang memandangku.

Erk! Tiba-tiba je Mr Playboy bagi coklat untuk aku, bukan dia mengamuk sakan ke tadi? Hmmm…

“Okay..dia ada pesan apa-apa tak dekat you?”

“Hmmm…tak ada pulak.  Dia cuma suruh I bagi coklat ni je dekat you.  Kenapa?”
Aku terdiam sekejap memikirkan. “Tak ada apa lah saja je tanya.  Tak apalah nanti I call dia ucap terima kasih.”

Reena mengangguk mengiakan kata-kataku.  “Kalau macam tu, I keluar dulu.  Nanti kalau ada apa-apa you panggil I.”

Aku mengangguk.  “Okay, thanks again.”

Sebaik saja Reena keluar dari bilik.  Aku mula membelek-belek kotak coklat ditangan.  Ada sekeping kad terlekat dia atasnya.  Tanganku segera menarik kad tersebut.  Bulat mataku membaca tulisannya.
Hope you like it.  Sorry, pasal tadi…………..  

Bibirku mengukir senyuman membaca sebaris ayat tersebut.    Aku mengelengkan kepala berulang kembali memikirkan Mr Playboy . Teringat pula perkataan yang disebut Iqi dan Reena mengenai Mr Playboy tadi.

“Ermmm…..sweet jugak dia ni rupa-rupanya.” luahku perlahan. Hatiku tiba-tiba terasa bahagia pula.  Aku tersenyum sendiri.

1 comments:

SwiZz said...

Auww sweetnye... harap buat panjang sikit entry seterusnya best sangat citer ni harap ian teruskan berusaha jangan malas malas untuk terus menulis novel ini ^_^ i love it :*

Post a Comment

About Me

Ian asynata
"Ceriakanlah hari ini dengan tawa dan riang, siapa tahu yang esok kita akan bersedih...life is complicated..."
View my complete profile