topbella

Wednesday, 8 October 2014

I Hate You MR P.L.A.Y.B.O.Y 29

BAB 29

Assalamualaikum bagi semua pembaca IHYMP, sorry sesangat atas kelewatan bab ni.  Ada beberapa hal yang ian kena uruskan jadi memang tak ada masa untuk menulis.  bagi yang email ian untuk bertanya bab ni terima kasih dan maaf ian ucapkan atas kelewatan ian.  ian memang tak sempat nak balas semuanya.  ian harap bab ni akan dapat mengubat rasa rindu kalian semua.  thanks sebab sudi membaca cerita ian yang tak seberapa ni......

“TAK ada pun bulan, kau tipu aku eak?”soalku tak puas hati pada Mr Playboy.  Sakit kepalaku terdongak ke atas memandang langit yang gelap.  Tercari-cari dimana bulan, namun satu pun tak ada.  Oh bulan…

“Hurmm…entah.  Tak ada kot malam ni, sepatutnya ada.  Entah-entah pasal kau ada ,bulan tu tak nak keluar agaknya.”balasnya selamba.

Aku menjeling tajam melihat wajah Mr Playboy yang  beriak selamba berdiri di sebelahku.
Mr Playboy tergelak besar melihat mukaku yang merah padam menahan marah.  Dia menatap wajahku.  Dahinya berkerut memandang wajahku.

“Mia pernah tak orang bagitahu kau yang wajah kau macam bulan?”

Aku tersenyum bangga mendengar pujian yang tiba-tiba dari mulut Mr Playboy. “Hurmm…kau baru tau ke yang aku ni cantik macam bulan. Well kecantikan aku memang tiada kalah pun dengan segala-galanya.” Mulalah aku nak masuk lif tekan sendiri he he he.

“Jangan perasan boleh tak.  Kalau kau nak tau bulan tu bulat dan permukaannya berkawah. Ada banyak lubang-lubang.  Sebab tu lah aku tanya kot kot ada yang pernah cakap muka kau sejibik macam bulan.”  Mr Playboy tergelak besar melihat wajah aku yan g terus mencuka.

Aku mengetap gigi,“Gelak-gelak, macam lah kelakar sangat.” Jelingku menyampah pulak tengok dia buat lawak bodoh tu.  Macamlah lawak! Eiiii…beraninya dia samakan aku dengan kawah lubang-lubang tu, suka hati perut dia je.

Suasana kembali senyap diantara kami berdua.  Aku dan Mr Playboy duduk bersila diatas pasir menghadap laut.  Aku terpesona dengan bunyi indah dari desiran angin dan ombak yang memukul pantai.  Terasa aku seperti berada dalam dunia sendiri ketika ini.

“Kau suka tengok laut ya?”

“Yup…bukan je suka malah tersangat suka sebab aku suka dengar bunyi ombak.  Dapat merasa angin yang sejuk pada pipi dan aku suka bau pantai ni ianya buatkan aku rasa tenang dan damai.”
Mr Playboy mengangguk perlahan.  Dia senyum mendengar kata-kataku tadi.

“Aku pun sama macam kau suka semua tu, bila dah duduk dekat sini rasa macam tak nak balik je.  Segala masalah yang ada dalam kepala ni semua hilang.  Rasa fikiran tu kosong tapi lega.”
Aku senyum mendengarnya.  Tak sangka aku boleh ada minat yang sama dengan dia.

“Dari apa yang aku lihat Ilham Holding telah memperuntukkan banyak modal untuk projek pembangunan resort ni.  Kiranya ini adalah salah satu projek yang paling besar syarikat kita pernah handle.”

“Bagus pemerhantian kau, tak sia-sia belajar kat luar negara.  Tapi nak kata projek besar tu tak adalah besar sangat,  Cuma kali ni kita handle semua sekali bukan saja dari pelan dan pembinaan tapi design dalaman dan landskap pun kita take over.   Boleh dikatakan 90% adalah dari syarikat kita.”

Aku mengangguk kagum dengan pengurusan yang dijalankan Mr Playboy.  Lelaki ni betul-betul fokus pada kerjanya.  Sebab itu ramai yang ingin bekerjasama dengan dia.

Aku kembali merenung laut di depan, melihat laut aku jadi rindu pada sahabatku yang satu tu.  Apalah cerita dia eak, dah enam bulan dia tidak menghubungi aku.  Sibuk barangkali. Aku mengeluh perlahan.

“Kenapa?” soal Mr Playboy mungkin terdengar keluhanku tadi.

“Tak ada apalah.” Jawabku, malas nak bercerita pada dia.  Aku mula terfikirkan sesuatu.

“Afriel, apa kata kalau kita semua pergi scuba nak esok. Aku dengar orang cerita pulau perhentian ni memang tempat kegilaan untuk menyelam. Macam- macam hidupan yang kita boleh tengok dalam laut nanti.  Tak pun kita boleh naik jet ski, lepas tu boleh round-round satu pulau. Mesti hebat kan, jom lah.” Aku rasa teruja dengan idea yang baru muncul tiba-tiba ni.

“Jangan kau nak mengada-ngada, kita datang sini bukan untuk bercuti tapi untuk bekerja.  Jangan lupa tujuan asal datang sini.”tegas Mr Playboy.

Aku mencebikkan bibir, menyampah mendengarnya.  Aku pandang Mr Playboy buat muka comel . “Alah…bukannya selalu kita datang sini, takkan sekejap pun tak boleh.  Lagipun alang-alang dah ada dekat sini mestilah kena cuba semua.  Rugilah nanti.   Bolehlah Afriel….”pujukku.

“Tak boleh! Jawapan aku tetap tidak.”

“Alah boleh lah, please…”

Mr Playboy mengeluh perlahan. “Mia tolong jangan jadi budak-budak boleh, lagipun esok banyak lagi urusan yang kita kena buat, kena pergi tapak site lagi, lepastu kita ada perbincangan dengan pihak Ilham Holding sekali lagi,  banyak kerja kita kena handle dekat sini.  Kau pun tau kan waktu kita terhad.  So…jangan buang masa.  Setakat nak scuba diving tu lain kali pun boleh kan.   Lagi satu kau kena ingat  yang projek ni sangat penting untuk syarikat kita, so…  aku tak nak ada sebarang masalah pun dalam projek ni.  
Faham.”tegas Mr Playboy.

Aku menguap dengar ceramah free Mr Playboy, memang membosankan.

“Mia kau dengar tak apa aku cakap tadi?”Mr Playboy menoleh.

“Hmmm…dengar.  Bosan!”geramku.

“Bosan ke seronok ke, kerja tetap kerja.  Itu tugas kita, kau kena ingat dan amalkan tu.  Nak jadi ahli perniagaan ni kenalah kental dan pandai buat duit. Kalau tak sampai bila pun bisnes tak maju. Kalau salah cara boleh lingkup bisnes tu.  Faham.”

“Faham….”jawabku malas.  Serupa macam papa, ada je nak diceramahkan orang.  Menyampah.

Mr Playboy menoleh padaku , aku mengelak dari dipandang dia.  Dia mengeluh. “Dah, jom kita balik bilik.  Esok nak bangun pagi kan.” Kami berdua bingkas bangun.  Aku mengibas-ngibaskan pasir yang terlekat pada seluar dan baju.  Aku mendongakkan kepala ke atas.  Bulat mataku, macam tak percaya.

“Afriel! Tengok tu…”tunjukku.  Mr Playboy yang berada di depan menoleh dan mendongakkan kepala melihat langit mengikut arah yang ditunjuk.  Dia tersenyum dan ketawa perlahan.

“Cantiknya bulan tu kan….”pujiku, syukur pada Allah yang mencipta apa yang ada di langit dan bumi.

“ Aaaah cantik,   serupa macam kau.”balas Mr Playboy sambil tergelak besar. \

 Aku menjeling tajam.  Itu nak mengata muka akulah tu.  Nanti kau.   Aku memandang kiri dan kanan, laju otakku berfikir.  Aku tersenyum sinis segera menunduk dan mengengam pasir.  Aku mendekati Mr Playboy yang masih ralit melihat bulan.

“Afriel.”panggilku.  Dia menoleh. Segera aku baling pasir tadi.

“Hey!” Mr Playboy menjerit kuat, terkejut macam tak percaya.

Aku tergelak besar melihat rambutnya yang habis berlumuran pasir.  Hilang terus muka gatal dia.  Dah berdebu.

Mr Playboy mengetapkan giginya sambil memandangku.  Oh no! Danger! Macam ada yang tak kena dengan pandangannya.

“Lari!!!!!!!”jeritku kuat.  Mr Playboy laju mengejarku dari belakang.  Habislah! Ungka dan mengamuk.


Saturday, 21 June 2014

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 28

Salam semua, maaf kelewatan entry ni....ada je hal yang kena ian settle kan...macam-macam ha ha ha.  okay insyallah lepas ni entry lain akan menyusul pulak...terima kasih bagi yang menyokong...
******************************************************


“AWAK?” soalku seperti tak percaya dengan apa yang dilihat oleh mataku sendiri.  Terlopong mulutku sedikit.  Lelaki dalam lif  haritu?  Macam mana dia boleh ada dekat sini?

Terkelip-kelip mataku memandang dia.

Dia turut sama memandangku, bibirnya mengukir segaris senyuman manis.   Perlahan-lahan kakinya melangkah menghampiri diriku yang masih terkaku di situ.  Kakiku pula seakan-akan tergam pada pasir pantai seperti sedang menunggu kedatangan dia.  Aku seakan-akan terpukau pula dengan kekacakkan wajah lelaki ni. Perasaan yang sama ketika mula –mula jumpa dia dulu.

“Hai, tak sangka jumpa awak dekat sini pulak. Nampaknya awak masih ingat saya lagi eak?  Muka terkejut awak tu ketara sangat, macam nampak  hantu je.” Dia ketawa perlahan.  Aku termalu sendiri.  Aisey…malunya mesti kelakar muka aku masa pandang dia tadi.

“Tak adalah, cuma terkejut sikit je.  Tak sangka kat sini pun boleh jumpa awak.   Ermmm..awak buat apa dekat sini?”soalku bagi menghilangkan rasa malu pada lelaki tu.

“Main futsal.”

“Hah?” soalku pelik.  Macam tak percaya je dengar dia cakap.  Main futsal apanya dekat tepi pantai ni, macam tak kena je.

Dia tergelak besar melihat aku yang kelihatan blur memandang dia.

“Awak ni lurus jugak nampaknya, saya baru lepas menyelamlah lah.”
Aku mengangguk faham.  Baru balik menyelam rupanya. Patutlah pakai baju jumpsuit macam tu. 

“Awak pulak buat apa dekat pantai ni seorang diri?”soalnya.  Main soal-soal pulak kami ni.  Macam dah lama kenal je punya gaya.

“Tak buat apa pun, saja nak tengok keindahan pantai.” Aku tersenyum sambil memandang laut yang terbentang luas di depan mataku. Aku kembali duduk di bawah pokok tadi.

“Owh, So… apa awak dapat dengan tengok pantai tu?” tanya dia.  Dia turut ikut aku duduk bersila di bawah pokok.   Memang muka tak malu betul, tak payah tunggu aku pelawa dah terus duduk saja.

“Apa dia?”soalku sekali lagi.  Pelik pulak aku dengar pertanyaan dia ni.  Seumur hidup aku tak pernah ada orang tanya aku macam tu. Macam spesies loyar buruk je gaya dia ni.

“Saya tanya apa awak dapat bila tengok pantai tu?”ulangnya kembali

“Dapat? Hmmm… dapat rasa damai dan tenang tengok matahari terbenam lah.  Kenapa?”soalku balik.

“Tak ada apa saja nak tahu perasaan awak.  Bagi saya pulak, bila tengok pantai ni rasa romantik.  Lebih-lebih lagi bila tengok berdua macam ni. Rasa romantik tu tambah kuat.”dia mengenyitkan mata padaku sambil tersenyum nipis.

Okay aku nak pengsan + terjun laut.  Gilerlah  mamat ni main-main kenyit mata kat aku pulak. Memang rasa nak tercabut urat saraf aku sekarang.

Aku berpura-berpura memandang hadapan, buat tak nampak dengan perlakuan dia tadi.
Dia juga ikut diam  dan sama sama menikmati keindahan matahari terbenam di depan mata.  Subhanaallah…hebat sungguh kekuasaan Allah S.W.T.

“Hmmm….Awak tahu tak apa orang tua-tua kata bila tengok matahari nak terbenam ni?”setelah agak lama, dia mula bersuara semula.

Aku mengelengkan kepala. “Tak tahu.  Kenapa?”

Dia tersenyum. “Tu tandanya hari dah nak senja.  Dah nak maghrib.  Tak elok duduk kat luar macam ni.  Jom saya temankan awak balik bilik.”

Aku mengelengkan kepala sempat pulak dia buat loyar buruk senja-senja ni.  Aku bangun dan mengibas-ngibas pasir yang melekat di seluar, dan berjalan pulang bersama dia.

“Nama awak siapa? Nama saya Mya Qaisara.”ujarku ceria memperkenalkan diri.  Bukan apa dari tadi aku tunggu dia perkenalkan diri.  Tapi macam tak ada ura-ura pun dia ni nak bersuara.  Senyap je. Terpaksalah aku mulakan dulu.

“Tak tanya pun nama awak siapa.” balasnya selamba.  Dia laju jalan di depanku. Terdiam aku kejap.  Malunya, beria-ia aku ceria nak perkenalkan diri.  Dia boleh buat tak layan je dengan aku.  Sabar je lah hati.

Aku memuncungkan mulut.  Geram dengan lelaki sombong macam ni.  Menyesal terminat tengok senyuman dia.  Hmm…tapi tak boleh jadi ni, tak pernah aku direject lelaki, biasanya aku yang reject mereka.  Dia ni betul-betul berbeza lah.

“Mana satu bilik yang awak duduk?”

“Apa dia?”tergagap –gagap aku bertanya semula.  Tak dengar.

“Saya tanya bilik awak yang mana?”soal dia sekali lagi.

“Tu….Dah sampai pun bilik saya.” Tunjukku padanya.  Dia memandang ke arah yang aku tunjukkan.

“Terima kasih temankan saya balik.”tambahku lagi.  Tak tahu nak cakap apa, mati akal aku dengan lelaki ni. Karang kalau aku cakap lebih-lebih tapi dia buat tak layan , jadi cerita memalukan diri aku sendiri pulak. Baik aku tak payah sibuk hal dia.

“Mana satu bilik awak?”tanyanya sekali lagi.

“Yang cat hijau tu lah.”tunjukku sekali lagi.  Dari tadi aku tunjuk dia tak perasan ke?  Dia mengangguk.

“Pergilah masuk yang tercegat dekat sini buat apa? Dah senja ni.”arahnya.  Macam tu je dia halau aku, tak gentleman langsung.  Bagilah tahu nombor telefon ke?  Ajak jumpa lagi besok ke?  Takkan tak ada.  Hisyk kau ni Mia, tadi kata tak nak sibuk pasal dia tapi apehal pulak kau nak harapkan semua tu.  Cakap tak serupa bikin betul!

Perlahan-lahan aku bergerak berjalan ke bilik. Dalam hati rasa nak maki je lelaki tu. Hampa.  Harap muka je handsome tapi  kasar bila bercakap.  Menyesalnya boleh terminat dengan dia.  Betullah kata orang jangan tengok luaran je, dalaman belum tentu okay.  Contohnya dia ni lah.

“Qaisara!”  aku pusing ke belakang bila dengar namaku dipanggil.

“A.S.F.A.N.” lelaki itu mengeja sesuatu padaku dengan kuat.  Satu-satu dia menyebutnya.  Jelas di telingaku.

“Hah! Apa tu?”

“Itu nama saya, ingat tu saya hanya sebut sekali je.  Assalamualaikum.” Dia terus pergi meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga.  Aku berjalan semula menuju ke bilik.

“Saya hanya sebut sekali je.  Berlagak punya lelaki ingat aku heran nama kau.  Macam lah kau tu  artis, menyampah!  A.S.F.A.N, Asfan?”omelku perlahan.  Pelik pulak rasa hati ni, macam pernah dengar je nama ni dekat telinga.  Otak tak mampu nak fikir kat mana aku dengar. Tapi lantak lah, nama orang ni tentulah ada yang sama kan.  Jadi tak heran lah kalau aku pernah dengar nama ni ke tidak.  Apa yang penting aku dah tahu nama dia, lain kali harap dapat nombor telefon dan alamat pulak he he he.  Demand!

“Woit! Yang kau mengomel sorang-sorang kat belakang bilik ni ,apehal?  Dah buang tebiat?”sinis satu suara disebelah menyoal.

Aku jeling sekilas malas nak pandang muka tembok sebelah bilik.  Muka yang membuatkan aku meluat nak tengok.  Silap-silap keluar muntah hijau aku kejap lagi. Muka macam baru bangun tidur je dia ni.  Agaknya tidurlah tadi tu.

“Yang kau sibuk apesal, hal kau ke?  Lagi satu suka hati aku lah nak mengomel ke, nak membebel ke kat belakang ni.  Mulut aku, aku punya sukalah. Dan ni kawasan bilik aku, yang kau sibuk nak menempel kat sini apesal.”geramku.  Mulut aku memang dah gatal nak menyembur dia.

“Ek eleh berlagak pulak kau,tanya pun salah.  Kau dari mana ni?  Pepandai je kau keluar seorang diri.  Tak tahu bahaya ke? Sini bukan kawasan rumah kau”laju dia memarahi aku, dah serupa ayah marah anak.  Berdesir mulutku.

“Woit! kau tu bapak aku ke nak marah-marah aku keluar.  Aku ni bukannya budak kecik pun lagi.  Sibuk je nak arah-arah orang buat apa.  Lagi satu suka hati aku lah nak keluar pergi mana pun, takkan lah aku nak report kat kau.  Apa kes!”geramku.  Rasa nak sepak-sepak je muka Mr Playboy ni.  Cakap menyakitkan hati.  Tak boleh ke sehari tu tak bersuara langsung.  Aman sikit hidup aku.
Mr Playboy merenggus kuat.

“Memanglah aku bukan bapak kau.  Tapi aku dah diamanahkan oleh papa kau untuk jaga kau.  So…kau tu dah jadi tangggungjawab aku.  Jangan nak banyak cerita, lepas ni kalau kau nak keluar atau nak buat apa mesti bagi tahu aku.  Kalau tak aku report semua sekali kat papa kau.”ugut Mr Playboy. 

Aku menjelirkan lidah.  Menghentakkan kaki dan terus meluru masuk ke dalam bilik.  Malas aku nak bertekak lagi.  Menghabiskan air liur melayan lelaki gila macam tu.  Memang dasar Mr Playboy gila!  Suka hati nenek dia je nak mengugut aku.  Tak apa, tunggu je lah hari dan saatnya nanti.  Tengok lah nanti.

“Hai Mia, dari mana je ni?” soal Reena yang baru keluar dari bilik mandi.  Reena sudah siap berganti baju lain.  Baru lepas mandi agaknya.

“Dari pantai.”balasku pendek.

“Laa… patutlah I tengok you tak ada masa bangun tidur tadi.  Pergi pantai rupanya.   Hmm… you cakap dengan siapa dekat luar tadi?  I terdengar bunyi orang bercakap masa kat dalam bilik air”

“Owh tadi tu I cakap dengan kera dekat luar .  Sibuk je menempel dekat belakang bilik kita ni.”cakapku kuat.  Harap biar terdengar sampai ke telinga Mr Playboy. 
Ternganga mulut Reena memandangku.

“Ada kera ke kat pulau ni.  Isykkk takutnya, I tutup pintu lah nanti masuk pulak kera tu.” laju saja Reena berlari menutup pintu gelangsar kaca itu.  Tersenyum-senyum aku melihat kelurusan si Reena ni.  Memang lurus pembaris! 

Nasiblah Mr Playboy dah jadi Mr Kera.  Memang padan sangatlah dengan nama tu dengan diri dia.  Mr Playboy kera!

************************************************************************

“Encik Iqi kat belakang bilik kita ada kera tau.”ujar Reena sebaik saja kami berempat duduk di meja makan di dalam kafe

Aku buat –buat tak dengar cerita Reena.

“Ye ke?  Tak tahu pulak saya pulau ni ada kera.  Awak nampak kat mana?” soal Iqi nampak ketara muka terkejut dia.

“Aaah lah Reena, saya tak nampak pun tadi.  Dekat mana awak nampak?”

Aku menahan gelak memandang Mr Playboy yang turut sama ingin mendengar cerita Reena.  Nasiblah si Reena dah pergi cerita pasal kera petang tadi, memang terbakarlah Mr Playboy kalau tahu kera tu dia he he he.

“Saya tak nampak, tapi Cik Mia yang nampak.  Petang tadi Cik Mia bising-bising halau kera kat belakang bilik.  Takut saya dengar, terus saya tutup pintu.” Bersungguh-sungguh Reena bercerita.
Iqi terangguk-angguk kepalanya, “tak ada pula saya nampak kera, yan g saya nampak si Afriel ni yang duduk kat belakang tadi.  Kau ada nampak tak Afriel?”

Mr Playboy mengetap giginya sambil merenung aku, bila lihat aku dah terhenjut-henjut menahan gelak.  Aku rasa dia dah dapat tangkap gerangan kera yang diceritakan oleh Reena.  Aku buat-buat tak kisah dengan renungan tajam dia tu.  Padan muka Mr Kera ha ha ha.

Tidak lama selepas itu, beberapa pelayan  datang menghidangkan makanan kepada kami berempat.  Makanan special khas dari Maya aka minah psycho.  Aku menelan air liur melihat aneka makanan laut yang disediakan.  Memang betul-betul membuatkan aku rasa lapar.

“Mana Maya, dia tak makan sekali dengan kita ke?”soal Iqi sebaik saja pelayan tadi sudah selesai menghidangkan makanan diatas meja.

Tengku Afriel hanya mengangkat bahu tanda tak tahu.

“Mungkin dia diet kot.”jawabku ringkas.  Maklumlah perempuan zaman sekarang, nak cantik punya pasal sanggup tahan makan.  Takut gemuk.

“Mungkin jugak tu, maklumlah perempuan cantik mesti nak jaga badan.  Bukan macam perempuan depan kita ni,  kalau makan sampai tak pandang orang. Tak ada etika langsung.”

Iqi tergelak besar mendengar sindiran Mr Playboy pada aku. 
Aku mengigit bibir geram.  Belum sempat aku nak buka mulut, satu suara menjerit dari belakang.

“Sayang!!!!”  Tak payah aku pusing kepala dah tahu pemiliknya siapa.  Kalau dah terjerit-jerit gedik macam tu tentulah si gedik tu.  Huh!

“Sorry… I lambat sikit, ada kerja nak kena bereskan dulu. Pekerja I memang macam ni, ada je yang selalu nak I buat.”adu Maya dengan suara itik tersedu dia tu.   Aku tengok, Mr Playboy dah berdiri dan segera menarik kerusi untuk membolehkan Maya duduk.

“Thank you, masih tetap romantik lagi you ni.”puji Maya.

“Only for the beautiful lady.”puji Mr Playboy sambil mejeling aku.  Maya pula nampak kesukaan mendengar ayat-ayat romantis yang keluar dari mulut Mr Playboy.  Tersenyum lebar sampai ke pipi.

Aku buat muka menyampah bila dengar.  Lelaki gatal campur perempuan gedik memang satu formula sains yang sangat serasi digabungkan.  Adegan mereka berdua ni betul-betul meloyakan, rasa kembang anak tekak aku tiba-tiba.  Hilang selera makan yang meluap-luap tadi.”

“You ni, pandai je puji perempuan.”gedik Maya.  Mr Playboy tersenyum bangga bila dengar pujian Maya. 

“Dah namanya pun playboy, itulah kerja yang dia tahu.”bidasku.  Maya menjeling aku tajam.  Agaknnya boleh tembus kepala aku bila mata dia dah bagi renungan tajam.

“Sayang…I rasa ada orang cemburu dengan I lah.”
Bulat mataku dengar.  What? Aku cemburu? Oh please…mati hidup balik pun aku tak ada kerja nak cemburu dengan perempuan gedik macam kau lah.  Tolonglah..

“I pun rasa macam tu jugaklah, mungkin dia jealous tengok I layan you macam tuan puteri kot.”giat Mr Playboy sengaja menaikkan suhu kemarahan aku.

Mulalah mengigil je tangan nak menyimbah dua ekor kera dekat depan ni. Besar kecil-besar kecil je aku tengok diorang berdua sekarang.

“Okay, I rasa baik kita makan cepat, karang sejuk pulak lauk-lauk ni semua.  Dah lapar pulak rasa perut I ni.”ujar Iqi bagi menghentikan suasana tegang yang tercetus.

“Aaahh…Jom makan, Reena pun dah rasa lapar jugak En Iqi.”jawab Reena mengiakan.

Kami berlima mula makan dengan berselera, Mr Playboy mengambil udang dan meletakkan dalam pinggan Maya.  Dia melayan Maya bagaikan seorang puteri hari ni.  Apa saja kehendak Maya mesti dia akan turuti.  Maya suruh senduk nasi lah, Maya suruh sudu lauk itu lah, Maya suruh ambil air lah, semuanya Mayalah. 

Kami bertiga yang ada dah rasa macam patung cendana tengok diorang berdua  berdrama.  Aku juihkan bibir, meluat tengok pasangan yang terlebih mesra alam kat depan.  Tiba-tiba pulak rasa menyampah dan geram.  Menyakitkan mata!                                                                          

“Dato Musa mana? Dia tak join kita makan sekali ke?”soal Mr Playboy.
Aku mula memasang telinga untuk mendengar.

Maya meletakkan sudu, dan menyedut air fresh orange didepannya. “ Papa ada meeting dekat China, dia tak dapat datang sini.  Tapi you jangan risau semua urusan projek tu dia dah serahkan dekat I.  Lagipun Encik Malik pengurus projek syarikat kami akan bantu sama jugak.”

Mr Playboy mengangguk faham.

“Thanks pada papa you, sebab bagi kepercayaan dekat syarikat I untuk kendalikan projek pembangunan chalet baru tu.  I akan pastikan perjalanan projek tu akan berjalan lancar. I jamin syarikat you akan puas hati.”

Kagum aku tengok gaya Mr Playboy bila berbincang hal bisness.  Sejibik macam ahli politik yang sedang bertanding. Dia ni memang betul-betul fokus.  Berbeza dengan sikap dia yang selalu menyakitkan hati aku bila bercakap.

“Your welcome, alah  papa I  memang percayakan kemampuan you.  Lagipun siapa tak kenal Tengku Afriel, anak muda yang hebat dalam setiap projek yang dia kendalikan.  Projek pembinaan kondominium dekat Damansara tu pun hasil rekaan syarikat you jugak kan?”

“Yup!” Mr Playboy mengangguk mengiakan.

“No wonder lah harganya sampai cecah juta-juta.  Memang menakjubkan dengan hiasan dalaman dan reka bentuk kondominium tu sendiri. Mewah dah bergaya.  Kagum I dengan kecekapan you bekerja.  You memang hebat.”

Aku berpura-pura makan, tapi telinga masih tetap mendengar perbualan mereka.

“Tak adalah, itu semua hasil pekerja I jugak.  Tanpa mereka siapalah I, sebab merekalah syarikat Crystal tu masih kukuh dan bertahan.  I rasa kalau tak ada mereka belum tentu I akan ada diatas sekarang ni. Betul tak?”

“Hurmm… maybe, tapi bagi I you tetap hebat dan ada aura sendiri.  Mungkin sebab itulah hati I masih lagi dekat you” ujar Maya.

Mr Playboy tergelak bangga.  Sempat dia melirik mata pada aku yang sedang menahan rasa loya mendengar kata-kata Maya tadi.  Rasa macam nak terkeluar balik nasi yang aku makan sekejap ni.  Aura ke bendanya.

“Uwek!!!”berbunyi jugak suara  aku tiba-tiba. Semua mata-mata di meja memandang ke arah aku.

“Opsss!!! Sorry…” aku tersenyum nipis, berpura-pura untuk meminum air. 

“Hmmm…mungkin aura I hanya dapat rasa dekat you je kot, sebab dengan orang lain macam tak berkesan lah pulak.”balas Mr Playboy perlahan.  Dia memandang sayu pada aku.

Aku hanya terkulat-kulat mendengar kata-kata dia.  Dah kenapa pulak dia ni masuk angin ke, tiba-tiba je macam touching.

Iqi mula menanyakan beberapa soalan kepada Maya mengenai projek, diselang seli dengan lawak Iqi yang tak berapa kelakar.  Aku hanya memandang senyap melihat Mr Playboy yang diam tanpa sepatah kata.  Mati akal pulak, tengok dia senyap macam tu.  Argh!
****************************************

Suasana malam di tepi pantai dengan deruan ombak sangat mengkhayalkan.  Aku duduk di atas bangku yang disediakan, sambil menikmati bayu malam yang bertiup perlahan. Bunyi unggas dan cengkerik menjadi bunyi yang merdu sekali didengar.  Aku jadi teringat pada lelaki yang menemani aku petang tadi. 
“A.S.F.A.N. Asfan!” bibirku mengungkapkan kembali ayat tadi.  Nama lelaki tu dah jadi semacam satu ayat yang indah aku dengar . Terasa macam ada sesuatu pada nama dia.  Rasa yang lain dari yang lain.  Hai laa… alangkah indahnya kalau dapat jumpa lagi.  Ruginya tak dapat nombor telefon dia.  Menyesal tak mintak.  Tapi macam lah dia nak bagi pulak kan…

Aku mengeluh perlahan, mata masih tetap terpaku melihat pantai yang indah diterangi cahaya bulan.

“Oh mak kau!!!” latahku tiba-tiba apabila kepalaku tiba-tiba ditutup dengan sesuatu .  Aku menariknya kebawah.  Sweater?

“Kau tak tahu ke yang malam-malam macam ni angin kuat.  Tak reti nak pakai baju tebal-tebal ke tutup badan tu?” ujar Mr Playboy yang tiba-tiba muncul dan duduk di bangku sebelah.

Aku menjelingnya sekilas.  Dia ni, kalau tak kacau mood aku memang tak boleh hidup ke.  Ada je nak buat benda menyakitkan hati.  Tadi senyap je bila makan.

“Tak baik kutuk orang dalam hati, berdosa.”sindir Mr Playboy, tahu pulak aku mengutuk dia.

“Seribu kali aku nak kutuk pun, dosa aku yang tanggung.  Kau sibuk apehal.  Satu lagi boleh tak kau duduk jauh sikit dari pandangan aku, dari tadi asyik muka kau je menempel dekat sini.  Nak naik jelak tau aku tengok.” Geramku.  Sesak nafas kalau asyik tengok muka Mr Playboy ni je, boleh heart attack aku hari-hari.

“Selagi kau tu dekat sini dengan aku, selagi tu lah kau akan tengok muka aku hari-hari.  Papa kau dah amanahkan kau pada aku, itu bererti kau tu tangungjawab aku.  Kalau apa-apa jadi dekat kau, siapa nak menjawab dengan papa kau.”

“Ada aku kisah, tahulah aku nak jaga diri.  Kau tu tak payah nak sibuk sangat.  Hisykk, papa ni kenapalah suruh kau yang tengokkan aku macamlah aku ni budak kecik.  Menyakitkan hati betul lah.”geramku,
Mr Playboy hanya diam tanpa membalas semula kata-kataku.  Dia bingkas bangun dan berjalan ke depan sedikit.

“Jom kita jalan-jalan dekat pantai.” Ajaknya.

Aku pandang wajahnya pelik.  Eh apehal dia ni tiba-tiba je sound nak ajak ke pantai.  Buang tebiat apa malam-malam pergi pantai.  Tadi beria-ia kata angin sejuk.

“Sorry… Tak kuasa aku nak pergi, lagipun malam-malam macam ni bahaya kalau jalan berdua.  Lebih-lebih lagi dengan kau.  Karang tak pasal-pasal kita kena tangkap khalwat pulak. Ngeri aku!” Takut betul aku bila memikirkan aku kena kahwin paksa dengan Mr Playboy.  Tak rela!
Mr Playboy ketawa kuat, sampai keluar air mata. Bergoyang-goyang badannya.  Gaya macam kelakar sangat ayat aku tadi.

“Kau boleh jangan nak perasan tak. Tak adanya orang nak tangkap khalwat dengan keadaan pelacong yang ramai kat pantai  sekarang. Lagipun Jabatan Agama tak pernah buat serbuan dekat sini lah.  Satu lagi kenapa kau nak takut pulak, kita bukan buat apa pun.  Boleh tak lain kali bercakap tu jangan melalut.” Dia mengelengkan kepalanya berulang kali.

“Aku tu beringat sebelum kena, kalau dah kena tak guna dah.”balasku balik. 
Mr Playboy mengeluh kuat. “Suka hati kau lah Mia, kalau kau nak ikut silakan.  Kalau tak nak, pergi masuk dalam tidur.” 

“Lagi satu, malam malam macam ni kalau tengok bulan memang best, rugilah kalau tak ikut.  Mengikut ramalan bulan malam ni memang penuh.”tambah Mr Playboy lagi.  Dia terus berjalan perlahan meninggalkan aku.

Aku terdiam sekejap. Tengok bulan dekat pantai.  Macam best je.  Huisykk…rugilah kalau aku tak pergi. 


“Woit tunggu lah aku!!!!” jeritku pada Mr Playboy , kakiku laju mengejar dia dari belakang.

Friday, 6 June 2014

MEMORI CINTA KITA 26

YEAYYYYY!!!!! Akhirnya ian dapat upload gak bab MCK 26 ni. Maaflah dah dua bulan tak jengah blog. kesihatan diri tak mengizinkan.  Ian tahu ramai yang tanya bila nak update entry, ian betul-betul minta maaf kalau lama sangat menunggu.  insyallah selepas ini ian akan rajinkan balik diri meng 'update' entry.  Untuk peminat IHYMP minggu depan ian akan update entrynya.  Hope korang semua boleh tunggu.  Dan terima kasih atas comment dan sokongan kamu semua pada ian.  Sayang korang... sekali lagi sorry sebab dah berbulan x meng' update'....Love you...ian asynata.....


BAB 26

Sudah hampir  sebulan aku menjadi tunangan Abang Hafizul dan selama sebulan jugaklah aku jarang dapat berjumpa dia. Yelah kata Mak darah manis ni tak elok jumpa selalu, cepat panas.

Dalam masa sebulan ni belum banyak persiapan yang dapat dibuat.  Hantaran, gubahan dan sebagainya masih dalam proses pemilihan.   Tapi semuanya masih tetap terkawal. At the end of the day, harap semuanya dapat disiapkan dengan baik. 
Majlis perkahwinan aku dan Abang Hafizul hanya di buat sekaligus saja.   Tapi kami buat secara besar-besaran.  Maklumlah rumah sebelah menyebelah, jadi dapatlah jimat kos. Bagus kan dapat kahwin orang sebelah rumah je.

 So…kali ni aku akan gubah sendiri hantaran kedua-dua belah pihak.  Aku tak mahu orang lain yang buatkan.   Kalau buat sendiri lagi puas hati.  Aku suka hasil kerja tangan aku sendiri.  Aku turut menolak bila Abang Hafizul sekali lagi nak keluarkan duit untuk beli hantaran kami.  Segan aku nak terima duit dia kali ni.  Malu!  Yelah lagipun aku pun ada niat nak belikan sesuatu untuk bakal suami aku ni.   Sebab tu aku katakan kepada dia yang aku nak guna duit hasil titik peluh aku sendiri untuk beli barang hantaran tu.  Jadi nanti bila suami kita pakai barang yang kita beli tu, sejuk hati kita tengok dia. 

Tapi Abang Hafizul ni tak adanya nak dengar alasan aku, dia tetap nak belikan. Titik.  Tapi macam biasalah aku tentulah hebat pertahankan apa yang aku nak.   Abang Hafizul apalagi merajuklah dengan aku.    Dua hari lah sang teruna tu merajuk.   Mesej pun tak ada. Tak bercakap langsung.

Pada mulanya aku buat tak kisah je, tapi mak paksa aku suruh pujuk dia.  Kata mak tak baik buat bakal suami macam tu.   Hai laa…. jenuh jugak aku memujuk Abang Hafizul sampai terpaksa lah aku belajar masak kuih bakar kegemaran dia gara-gara nak memujuk.  Nasib baik jadi.   Yang lebih kelakar bila aku bagi je kuih bakar tu terus senyum sampai ke telinga.   Lepas tu siap kata lagi dah kahwin nanti kalau dia merajuk nak aku pujuk dengan benda lain pulak.   Mengada betul!  Bakal laki sape tu?

Tapi yang paling aku suka tentang Abang Hafizul, dia ni sangat prihatin tentang diri aku.  Dia selalu mesej atau telefon setiap hari, tanya khabar.   Aku betul-betul rasa terharu.   Dia cukup pandai mengambil hati aku.   Aku bahagia dengan Abang Hafizul.  Keyakinan aku untuk berkahwin dengan dia pun semakin kukuh.  Mudah-mudahan rasa ini akan berkekalan selamanya.

“Dik kau tak keluar ke petang ni?” tanya Along ketika kami duduk di ruang tamu.   Aku senyum pada Along.   Hari minggu macam ni Cuma Along saja yang balik.  Angah biasalah sibuk dengan kerja dia dekat KL tu.

“Tak…lagi pun nak pergi mana aje.  Kat pekan tu bukannya ada hiburan.  Bosan!”

“Ermm tu lah Along pun bosan jugak ni.  Hantaran-hantaran yang nak bagi dekat pihak lelaki tu, kau dah gubah ke?” tanyanya lagi.

“Belum lah, lambat lagi adik nak kahwin.  Ada yang masih belum beli lagi.  Tapi adik dah list kan semuanya.    Door gift pun dah survey dekat kedai.  Bulan depan settled lah kot”

“Wah! ekpress betul. Tak sabar lah tu nak kahwin ha ha ha.” gelak Along.
Aku menjeling tajam.  Dah mula lah tu nak menyakat aku.  Aku tidak mempedulikan Along.  Tanganku terus mencapai majalah hiburan diatas meja. Aku mula membelek setiap helaian majalah itu.

“Dik!”

“Ape?”

“Kau dah prepare mental dan fizikal belum nak kahwin ni?”

“Hah?”soalku pelik. Aku tak dapat tangkap maksud dia.

“Yelah dari segi tu ….”sengih Along.

Aku seakan faham sengihan dia.  “Eiiiiiii!!! tak senonohlah Along ni.  Bukak bab 18sx pulak.  Adik adu kat abah nanti baru tau.” Geramku.  Melampau betul pertanyaan dia tu.

“Alah adik ni sporting lah sikit.  Hafizul  tu rileks je bila bahas benda ni.  Lagi dia suka adalah, ha ha ha”
Berdesir mulut aku mendengarnya lelaki memang macam ni bab 18sx ni memang kegemaran diorang.  Malas aku nak berborak dengan Along tambah sakit hati lagi.  Karang dia bukak pulak cerita lain yang tak sanggup aku nak dengar.  Laju tanganku mencapai bantal dan membaling kepada Along yang tengah ketawa. Geram!!

“Aduh! Sakitlah, adik ni gurau pun tak boleh.  Kalau macam ni gaya nya memang patahlah pinggang Hafizul tu layan kau ha ha ha” gelak Along kuat.

“Along!!!!”jeritku geram. Aku terus laju membaling segala bantal dan majalah ke muka Along.  Makin menjadi-jadi pulak mulut dia ni.

“Okay, okay stop! Along gurau je lah, itupun nak marah.”

“Ape gurau-gurau tak ada benda lain ke nak buat gurau. Tak malu yek?”aku bercekak pinggang dan menjeling pada dia.

“Okay laah..Sensitif betul sejak dah bertunang ni. Along bukan ape nanti kalau adik dah kahwin mesti tak boleh luang masa dengan Along lagi. Mesti nak kena layan suami pulak. Tu lah yang Along nak kacau puas-puas nanti rindu dengan adik.

Sayu je aku dengar kata-kata Along, mulalah mata ni nak berair syahdu.  Along ni, time ni lah dia nak bukak scene Hindustan.  Memang banjir jugak rumah ni karang.
“Apelah Along ni bukannya kita tak jumpa lagi. Hubungan adik beradik tu takkan putus walau dah kahwin sekalipun lah. Satu lagi, adik bukannya pindah mana pun, sebelah rumah je.   Macam lah tak boleh jumpa lagi.”

“Aah yea… lupe pulak along yang laki kau tu sepupu kita he he he” Along mengaru-garu kepalanya.

“Entah along ni, tak pasal-pasal adikmu ni tangkap leleh.”geramku.  Terus pecah ketawa kami berdua gara-gara buat scene Hindustan tak berpengarah.  Memang hancur!

“Owh ye, kenapa sejak korang berdua bertunang, si Hafizul tu dah jarang datang rumah.  Korang berdua ni gaduh yek?” tebak Along.

“Apehal pulak nak gaduh, biasa je.  Merepeklah Along ni.”

“Habis tu kalau tak gaduh, kenapa dia tak datang lepak dekat sini.  Along ajak datang sini pun dia mengelak.”

“Alah mana dia nak datang sini.   Mak kan dah warning, kata tak elok jumpa selalu.   Nanti tak manis orang pandang.” aku membetulkan tebakan along tadi, pandai je buat andaian.

“Ooo.. patutlah.” Along mengusap-usap dagunya sambil menganggukkan kepalanya berulang kali.
Semacam je aku tengok gaya mengangguk Along tu.  Macam ada sesuatu je dalam fikiran dia. Jauh sekali pandangan mata dia tu.

“Adik, esok kita pergi Port Dickson nak tak?   Dah lama lah tak jalan-jalan.  Kita mandi laut sekali, mesti seronok kan.”

Berkerut-kerut dahiku memandang Along,  pelik. Tak pernah-pernah nak pergi PD, tiba-tiba je? Hmm…. Lagi satu sejak bila Along ni suka mandi laut?   Kalau Angah aku percayalah, sebab dia tu memang extreme sikit bab-bab ni.  Along ni pulak mandi kolam kanak-kanak pun boleh lemas inikan nak mandi laut.  Mengarut je dia ni!

“Sekejap, sejak bila Along suka mandi laut?  Bukan Along takut ke bab-bab air ni?”

“Huisyk…mana ada takut.  Along ni orang yang paling berani tau.  Pandai je kau kata Along penakut.  Tengok muka lah.”lagak  Along.

Aku mencebikkan bibir. Dah mula dah nak tunjuk bagus depan aku.  Macam lah baru hari ni aku kenal abang aku yang satu ni. Hisy!

“Sudah lah Along simpan je lagak yang kurang cerdik tu.  Macam lah tak ingat apa yang jadi masa mandi air panas Pedas tahun lepas, Along tu hampir nak lemas tau.  Nasib baik Angah ada, kalau tak dah arwah. 
  Dah jangan nak mengada-ngada, nanti apa-apa yang jadi bukan Along yang kena marah adik jugak yang kena.  Dah lah lupakan niat murni tu, duduk rumah lagi bagus.”

“Alah…tak semestinya mandi kan.  Kita jalan-jalan je lah.”bersungguh-sungguh Along mengajak.

“Tak nak lah nanti sun burn kulit.  Tak cantik pulak masa sanding nanti.  Lain kali lah. ” aku memberi alasan malas nak pergi.  Tadi ajak mandi, ni dah nak jalan-jalan pulak? Hisyk apa masalah abang aku sorang ni.  Buang tebiat apa?

“Alah kejap je bukan nak pergi lama pun.  Kita jalan-jalan je dekat situ.  Jom lah…bila lagi nak pergi.  Lagipun lepas ni adik dah kahwin, entah ada masa untuk along ke tak.” sayu je jawapan along.  Monyok je muka dia bila aku mengelengkan kepala.

‘Tak nak!”
“Please…for your brother.  I love you…” Adoi lemah jantung aku kalau dengar ayat Along ni. Sengaja mendera hati dan perasaan betul.  Time ni barulah nak cakap sayang segala bagai.  Memang tak boleh pakai punya abang.

“Yelah, yelah…tapi jangan lama sangat tau, banyak kerja ni.”aku memberikan persetujuan. Malas nak tolak lagi, mesti tak boleh elak punyalah.

“Okay . No hal!  Sayang adik…..” jerit Along sambil meloncat tiba-tiba.   Terkejut aku tengok muka semacam dia tu.   Lebar betul senyuman dia bila aku setuju.  Hai, dah kena penyakit hyper active ke abang aku ni?  Risau pulak aku tengok dia terloncat-loncat . Hisyk…
***************************************

ESOKNYA kami awal-awal pagi dah bersiap.  Aku hanya mengenakan baju t shirt dan seluar jeans denim sahaja.   Tak perlu bermekap lebih cukup sekadar sedap mata memandang aje. Along pun dah siap dari tadi .   Gaya pun santai jugak, tak kasual macam selalu.

Malam tadi sempat jugak aku mintak izin Abang Hafizul nak keluar dengan Along.   Yelah sejak dah bertunang ni segala apa yang aku buat semua aku bagitahu dia.  Maklumlah nak biasakan diri  dulu nanti bila dah kahwin senang, masing-masing dah tahu tanggungjawab sendiri.   

Alhamdulillah setakat ni Abang Hafizul mengizinkan aku pergi kemana saja.  Cuma semalam je entah apa angin dia, siap berpesan dekat aku jangan nak main mata dan mengoda dekat pantai.  Eiiiiiiiii!!!memang dia nak kena dengan aku. Gila betul lah ada pulak aku ni nak mengedik dengan lelaki.  Memang bukan stail aku lah semua tu.   Lainlah kalau dengan dia adalah jugak sebab aku nak mengedik.  Geram je aku dengar suara dia dalam telefon semalam, rasa nak flying kick je kaki dia.  Huh!

Aku pandang keluar tingkap kereta, signboard biru di tepi jalan menunjukkan arah laluan ke Teluk Kemang tidak jauh lagi.   Aku mengucap syukur kepada Allah S.W.T.  Sampai jugak aku menjejakkan kaki dekat sini.  Mengigil badan aku naik kereta, masih sejuk tangan aku.  Mana tak nya perjalanan yang memakan masa 45 minit ke Port Dickson dah jadi 25 minit gara-gara mat drift tak bertauliah sebelah ni yang buat jalan ni macam kat litar sepang.   Hampir nak terkeluar jantung aku menahan debar duduk dalam kereta.  

Sabar je lah dengan Along, dia ni macam tak fikir pulak yang adik dia nak kahwin tak lama lagi.    Karang si Hafizul tu duda sebelum kahwin pulak.  Buat aniaya je dekat anak orang kan…

 Kami sampai di Batu 8 Telok Kemang Port Dickson tepat jam 10 pagi.   Dekat sini memang ramai orang datang.  Selalu penuh kalau cuti sekolah.   Masa belajar kat Politeknik dulu rajin jugak aku dengan Fitriah lepak  dekat sini.  Biasalah lepak-lepak untuk menghilangkan stress belajar.    Rindu aku pada dia, agak-agaknya bilalah kami akan dapat jadi seperti dulu lagi.  Memikirkan  Fitriah buat aku jadi ingat pada Adam.  Hatiku mula terasa sayu.  Cepat-cepat aku halau perasaan yang mula resah.

“Kau kenapa Dik, tiba-tiba je muram?” soal Along, mungkin pelik tengok aku berdiam diri.

“Tak ada apalah.  Jom lah turun, kata nak jalan-jalan” ajakku sengaja mengelak dari pertanyaan Along tadi.

“Err…kejap yea, Along tunggu kawan ni. Kejap lagi sampai lah.”  Balas Along.
Berkerut dahiku memandang along.   Kawan? kawan ape pulak ni semalam kata nak spent time dengan aku ape hal pulak ada kawan mawan ni.

“Sejak bila pulak ada kawan ni, kata nak jalan dengan adik je.”geramku.

“Alah, apa salahnya ramai-ramai kan bagus.  Tunggulah kejap.” Along mengeluarkan telefon dan mula bercakap dengan seseorang.

“Wei aku dah sampai ni, kau kat mana?” soal Along pada suara dalam telefon.  Along kemudian keluar dari kereta meninggalkan aku.  Dia bercakap-cakap di luar kereta. 
Selang beberapa minit, Along masuk semula ke dalam kereta.

“Kejap lagi kawan Along sampai.”

 Aku pandang wajah Along di sebelah untuk meminta penjelasan.  Baru saja aku nak membuka mulut tingkap cermin di tempatku diketuk perlahan dari luar.

Tok! Tok! Tok!

Aku berpaling.  Terkejut aku tengok Abang Hafizul dekat luar kereta.   Dia tersenyum .   Tak sangka betul diorang berdua ni pandai buat plan.  Jelingan tajam aku berikan pada Along yang dah tersengih macam kerang busuk kat sebelah.  Aku mencubit paha Along. Geram!!!
Pintu kereta kemudian ditarik dari luar .  Aku melangkah turun dari kereta perlahan-perlahan.

“Adik nanti Hafizul hantar balik tau.  Along ada hal penting nak kena buat ni.   Jaga diri elok-elok jangan buat yang bukan-bukan pulak kat sini.” Sengih Along.  Mencerlung anak mataku memandang wajah Along, dia yang plan semua ni aku pulak yang kena.

“Jangan risaulah nanti aku hantar adik kau balik. Selamat punya.” balas Abang Hafizul.  Aku  diam malas nak cakap.  Sakit hati kena main macam ni.  Tak ape lain kali aku kenakan mereka pulak.  Tengok lah….
Kereta Along mula bergerak dan terus meninggalkan kami berdua di situ. Oppss…meninggalkan aku.  
Abang Hafizul tak masuk part pasal dia tak datang sekali dengan kami tadi.  So…tak ada kena mengena!

Aku menoleh melihat Abang Hafizul di sebelah. Wajah dia nampak berseri-seri saje sejak bertunang.   Kalah muka aku sebagai pengantin perempuan.  Abang Hafizul sepuluh kali ganda lebih menyerlah dari aku.  Hisykk…balik nanti aku kena buat spa muka ni.  Mana boleh bakal pengantin lelaki lebih over dari perempuan.  Tak boleh jadi ni! 

“Hai pandang abang macam nak telan je?” Abang Hafizul tundukkan mukanya untuk melihat wajah aku yang sibuk tilik wajah dia. Cepat-cepat aku berpaling.  Malu!

“Malu pulak dia.  Jom my bride to be…kita jalan kat tepi pantai dulu.” gentleman sungguh bahasa. Sweet je dia cakap.  

Aku pandang dia semula.  Perlahan aku menganggukkan kepala sebelum mengikut langkahnya di sebelah.
Aku dan Abang Hafizul berjalan berjalan beriringan menyelusuri tepi pantai.  Suasana yang damai dan tenang pada waktu pagi macam ni memang  menambahkan mood romantic bagi pasangan macam kami.  Ceh! Konon, memang perasan kau!

“Okay stop dulu, sekarang ni sayang pejamkan mata dulu.”suruh  Abang Hafizul tiba-tiba.

Aku menoleh pada Abang Hafizul, berkerut dahi aku memikirkan.  Kenapa nak pejam mata pulak?  Dia nak buat apa?

“Kenapa nak pejam mata?soalku tak puas hati.  Nampak sangat gen romantik memang tak ada dalam diri aku.

“Sekejap je sayang…errr ada surprise untuk sayang.”  Abang Hafizul tersengih-sengih memandang aku.
Sejuk je hati aku dengar pangilan sayang tu.  Panggil lagi boleh tak?  he he he.

 “Surprise ape?”tanyaku lagi.  Tak puas hati kalau dia tak cakap terus terang.  Mula lah hati aku ni risau semacam.

“La…bukan surprise lah kalau bagi tahu.” Abang Hafizul cuba mencuit sedikit hidungku.  Aku mengelak.

“Alaaa….tak bestlah.  Tak nak lah…” Aku memuncungkan mulut. Protes.

“Hah, tengok, buat muncung itik pulak.   Nanti abang kiss kat sini baru tau.”  

 Bulat mata aku mendengar.  Cepat-cepat tanganku menekup mulut. Takut aku, bukan boleh percaya dia ni. Diri sendiri pun aku tak percaya apa lagi orang.

“ Hah, tahu takut.   Ermmm…” Abang Hafizul menundukkan mukanya kemudian berbisik di telingaku.

“ Kalaulah sayang dah halal bagi Abang sekarang ni, bukan saja nak kiss lebih dari itu pun abang nak buat.” Abang Hafizul terus menutup mataku dengan sehelai kain. 

Aku yang masih terkejut dengan bisikan dia tadi lantas memegang tangan dia yang sedang mengikat kain yang menutup mataku.

“Abang…” rengekku manja.

“Sekejap je..sabar ye nanti mesti sayang suka.” Abang Hafizul menarik hujung lengan bajuku mengikut langkahnya.

Aku menanti debar kemanalah Abang Hafizul nak bawa aku ni.  Aku cuba mengapai-gapai tangan yang satu lagi kot-kot dapat taw ada kat mana.  Macam orang buta je aku rasa. Tapi rasa romantic, he he he

“Sayang hati-hati! ada batu tu.” Abang Hafizul segera menarik hujung bajuku agar lebih dekat dengannya.  
Aku tersipu-sipu sambil menundukkan muka. Hai laaa…tak nampak pulak muka dia.

“Malu ye.?” tanya Abang Hafizul padaku , mungkin dia perasan wajahku agak kemerahan sedikit.

“Mana ada.. Panaslah, dah ke belum ni? sakitlah mata asyik pejam je.” Bisingku, mengelak dari soalan dia tadi.

“Dah nak sampai dah.. Kejap ye sayang.” Abang Hafizul menarik hujung bajuku, cuba memimpin aku mengikut langkah dia.

“Okey dah sampai pun kita akhirnya.   Kejap Abang buka ikatan ni tapi sayang jangan buka mata dulu tau”

“Yelah, yelah cepatlah. Lama lagi ke?  Sakit mata ni.” bising mulutku.
Abang Hafizul melepaskan ikatan kain yang disimpul di kepalaku.   “ Now… open your eyes my dear.” Bisik suaranya di telingaku.

Aku membuka mata perlahan-lahan. Cahaya mentari yang menyinar menyilaukan pandangan mataku. Terpejam celik aku membuka mata setelah seketika barulah mataku terbuka luas.  Subhanallah! Cantiknya laut bila pantulan matahari memantulkan cahayanya kelihatan seperti padang pasir yang luas.  Tanpa sedar bibirku melebarkan senyuman.  Dalam hati tak habis-habis memuji kebesaran Allah S.W.T. 

“Sayang, cantikkan keindahan yang Allah berikan ni.  Bertuah kita dapat melihat dan merasa semua ni.” Aku menoleh dan senyum pada Abang Hafizul, sedikit tersentuh dengan kata-katanya.  Aku pandang kea rah laut.

“Cantik memang cantik tak puas mata memandang.  Rasa tenang dan damai.  Terima kasih, sebab sudi bawa Tizz ke sini.” Ucapku penuh terharu.

 Abang Hafizul menoleh padaku.  Dia memusingkan bahuku menghadapnya.  Matanya tepat memandang anak mataku. Aku terkaku.

“ Abang pun tak puas memandang sayang, rasanya tak sabar menunggu hari bahagia kita.” Aku terus menundukkan muka tak sanggup nak pandang mata dia yang menikam jiwa itu.  Kenapa dia romantik sangat hari ni.  Jantung aku dah rasa semacam pulak, silap hari bulan boleh jatuh dekat sini.

“Ermm…sayang malu ye?   Sayang nampak cantik sangat bila malu macam ni.” Abang Hafizul mengangkat kening dan berbisik di telingaku.

 “Tak sabar abang nak tengok muka sayang masa malam pertama kita. Malu macam ni jugak ke?” Aku ternganga mendengarnya.  Kaku sekejap badan ni.    Abang Hafizul ketawa kuat, dia menjauhkan badannya dari aku.

Aku memalingkan badan malas nak tengok muka dia. Merajok!

 “Alah janganlah macam ni, gurau pun tak boleh.  Senyum sikit sayang, abang gurau je lah.  Saja nak gurau senda dengan tunang abang ni.”

“Gurau-gurau..pergi surau lah.” geramku.   Aku kemudian tersenyum bila terlihat wajah comel Abang Hafizul memujuk.  Tak jadi marah, sejuk terus hati ni.

“Jom my bride to be kita dating kat sana pulak.  Special punya!” ajak Abang Hafizul dia menarik bajuku menuju ke satu kawasan lapang di bawah pokok besar.  Ada hamparan tikar dan bekalan makanan sudah siap di sediakan di situ.

Ternganga mulut aku, bibirku menguntumkan sedikit senyuman. ‘Romantiknya piknik dengan bakal suami.’ suaraku dalam hati.  Agaknya macam ni lah rasanya bila disayangi.  Memang bahagia
Kami menapak perlahan-lahan menuju ke situ.   Aku dan Abang Hafizul duduk bersila diatas hamparan tikar tadi.

“Kenapa tiba-tiba nak piknik ni? Bila abang buat semua ni?”  soalku padanya.  Sempat pulak dia sediakan semua ni.  Macam tak percaya je.

“Saja je. Rindu! dah dekat sebulan tak jumpa sayang.  Bila dah bertunang ingatkan boleh lah selalu jumpa.  Rupanya lagi tak boleh!  Banyak sangat pantang larang.” omel Abang Hafizul.  Nampak sangat dia pun tak suka ikut pantang larang keluarga kami.

Aku ketawa melihat wajah dia yang tak puas hati.  Kemudian aku baru tersedar sesuatu.
 “Abang habislah kita kalau semua orang tahu kita jumpa dekat sini.” risauku pada dia.   Abang Hafizul rileks je muka pandang aku.

“Jangan risaulah Along dah tolong kita. ‘Baik’ punya plan tau! Nanti time dah dekat sampai rumah,  kita call lah Along.    So …. dia akan berpura-puralah bawak sayang balik rumah.   Tak nampaklah sayang keluar berdua dengan Abang.”

Aku mengelengkan kepala berulang kali.  Tak percaya!   Pandai betul abang ipar dan adik ipar ni buat rancangan.  Sungguh tak boleh pakai!

“Sayang.. …”panggilnya, aku pandang dia. Dia senyum pandang aku.

"Ada apa?”

“Tak ada apa.”balasnya sambil ketawa kecil.   Aku mengelengkan kepala, nakal betul dia ni.

“Sayang….”panggilnya sekali lagi. Meleret bunyinya.

“Nak apa?”soalku malas.

“ I love you so much.” luah Abang Hafizul tiba-tiba. Matanya bersinar memandang wajahku.

Aku yang sedang memandang dia terus terkedu dengar luahan itu.   Berani mati tu beb! Aku tak sedia apa-apa pun nak balas balik.

“Err…” aku tergagap-gagap . Ape nak cakap ni wei!

Abang Hafizul tergelak melihat reaksi aku. Dia pandang mukaku.  Senyuman tak pernah lekang dari bibirnya.
Aku tunduk.  Terdiam tanpa kata.  Aku tak tahu kenapa berat mulutku untuk mengungkapkannya. 

“Sayang.. tak apa take your time nanti bila kita dah kahwin abang nak dengar dari mulut sayang pulak. 
Hari-hari kalau boleh.” Abang Hafizul senyum nakal padaku.

Aku telan air liur. Hari-hari? Lain macam je maksud senyuman dia.

“Insyallah…”ucapku perlahan.  Syukur sangat sebab dia tidak memaksa aku. Dia betul-betul dapat memahami fikiran aku.

“Nah minum air ni.” Abang Hafizul menghulurkan air kotak laici kepadaku.

“Terima kasih.” Aku ambil air laici dan menyedutnya

“ Terima kasih je?  peluk cium tak ada ke?”dia kenyitkan mata. 
Tersedak terus air laici aku minum bila dengar ayat dia.  Gatal! “Ada ada, ni nak!” Aku terus membaling pasir ke mukanya. Geram!

“Aduh! ganasnya tunang abang ni. Pedih mata ni.” Abang Hafizul mengosok matanya. terpejam celik dia.  Teraba-raba tangannya.

Aku terkejut lantas menarik tangan dia dan melihat ke dalam anak matanya. Uisyk…naya kau Tizz buta laki kau karang!

“Bukak mata tu biar Tizz tiup.” Aku meniup mata Abang Hafizul perlahan-lahan.

“Okey tak.” soalku risau.

“Ada lagilah. Mata ni pun sama.” Abang Hafizul menunjuk matanya yang satu lagi. Aku segera menghembus mata yang satu lagi.

“Dah okey?” tanyaku sekali lagi.   Risau kalau jadi apa-apa, macam mana aku nak jawab dekat Mak Lang.  Mesti kena marah nanti dengan mak.  Abang Hafizul ni kan menantu kesayangan mak.  

Bibirku terus menghembus matanya.  Aku mengosok-gosok perlahan  matanya.  Aku perasan seperti ada riak nakal di situ.

“Okey tak mata ni?”soalku sengaja.  Aku yakin mesti dia sengaja nak main-mainkan aku.

“Entahlah. macam tak nampak je dah ni.” Abang Hafizul teraba-teraba tangannya seperti orang buta.

 Geramnya aku tengok wajah tak bersalah dia tu.   Takkanlah masuk pasir sikit dah buta terus. Melampau punya statement!

Aku tersenyum  sinis.   Idea sudah datang dekat kepala. Siaplah kau bakal suamiku!

“Aduh! Abang,  jari Tizz ni lukalah tercucuk kaca kat pasir tadi agaknya.” Aku berpura-pura menjerit kesakitan.

Abang Hafizul terus membuka matanya. “Mana yang luka?” Abang Hafizul menilik kesemua jariku. Cemas!
 Aku tersengih dapat mengenakan dia.   Abang Hafizul seperti tersedar.

“Tak baik tipu suami. Berdosa!” dia tolak tanganku ketepi.  Muncung bibirnya.

“Eleh.. dia tipu kita dulu kita tipulah dia balik.” Aku membantah tidak puas hati.

“Mana ada tipu, betul lah mata ni masuk pasir. Bini abang ni lah ganas sangat.  Macam manalah kahwin nanti mahu abang tak tidur malam dibuatnya ha ha ha.” mencerlung mataku memandangnya. Bab 18sx!  Mesti belajar dari Along ni!

“Eiiii!!! gatal!!.” terus aku mencubit lengannya. Biar sakit!

“Sakitlah sayang…” Abang Hafizul mengosok lengannya yang terkena cubitan tadi.

“Padan muka abang suka sangat sakat kita.”jelingku.

Abang Hafizul bangun dan duduk dekat sedikit dengan aku.  Kami sama-sama duduk menghadap kearah laut.  Masing-masing diam tanpa sepatah kata.  Hanya pandangan dan senyuman bahagia menghiasi bibir kami berdua.  Suasana di pantai betul-betul mendamaikan.

“Sayang boleh tak cuba biasakan diri dengan panggilan sayang tu.  Abang tak mahu sayang sebut nama lagi. Boleh kan?” Pintanya tiba-tiba.

Aku diam.  Macam mana ni?kelu lidah aku nak sebut sayang-sayang tu.  Rasa semacam pulak.  Adoi!!

“Sayang?”tegur Abang Hafizul bila melihat aku diam.

“Insyallah….Tizz errrr….sayang cuba.”angguk tergagap.  Meremang tangan bila aku sendiri yang sebut.

Abang Hafizul tersenyum lebar mendengarnya.  Kami sama-sama terdiam dan kembali semula memandang ke arah pantai.

“Sayang..ermm bahagia tak dating dengan Abang hari ni?”

 Aku senyum mendengar soalannya.   Mataku masih pandang kearah laut.

“Bahagia sangat.  Terima kasih Abang sebab sudi buat semua ni.  Macam ni barulah dinamakan dating, kalau tak abang tu bawak kita pergi Mall je beli barang.  Tengok wayang pun tak pernah.”  Omelku.  Saja nak lepaskan perasaan yang terbuku di hati kononnya he he he.

“Oooo…Jadi selama ni keluar dengan Abang tu bukan dating lah ye?  Habis tu kenapa nak ikut abang kalau tak suka pergi Mall?” sindir Abang Hafizul.

Aku muncungkan mulut sambil pandang dia.  Idea nakal mula masuk fikiran.
“Errr…. itu bukan dating tu,  sebenarnya…itu err… itu taktik nak memunah duit abang! Ha! Ha! Ha!.” Aku membaling pasir sekali lagi tapi kali ni tepat pada badan dia.  Aku terus bangun dan berlari jauh ke tepi pantai.

“Sayang!!… you are so naughty!!!” jerit Abang Hafizul sebelum mengejarku dari belakang.  Aku pantas berlari.  Termengah-mengah nafasku.
Kami berlari sekeliling pantai lebih kurang 10 minit.  Abang Hafizul masih tetap mengejar aku dari belakang.  Dan dia semakin rapat menghampiri aku.

“Okay, okay Tizz mengaku kalah.”aku berhenti berlari setelah penat dikejar Abang Hafizul.  Laju betul dia kejar aku.  Tak penat langsung muka dia.

“Oooo..nakal ye suka kenakan orang.  Tu lah akibatnya, tak pasal-pasal dah semput.”gelak Abang Hafizul.
Aku duduk diatas pasir. Penat.

“Mana ada semput, penat je lah.”aku menarik nafas, lega dapat duduk.

“Penat lagi?”tanya Abang Hafizul yang masih berdiri.  Aku mengelengkan kepala.

“Abang jom kita pergi dekat gigi air tu.  Rasa nak main air lah.” Ajakku, teruja nak cecah-cecah kaki kat air laut.

“Malaslah, nanti basah baju.  Lagipun abang ajak piknik je dekat sini bukan main air.  Dah jom balik tempat tadi.  Penat abang buat semua tu tadi tau. Cepatlah.”

“Alah boleh lah eak?  Please….”aku melekapkan kedua-dua tapak tangan.  Buat muka sedih merayu dia.

“Yelah-yelah, tapi jangan masuk dalam air pulak.” Aku meloncat gembira.  Laju kakiku berlari ke gigi air.   Yeay! Dapat main air, seronoknya….

“Abang meh lah sini, celup kaki tu dekat air ni, marilah.”ajakku bila tengok Abang Hafizul hanya berdiri dekat tepi memerhati aku.

“Tak nak lah, lagipun abang allergic dengan air masin.  Ruam-ruam badan nanti.”tolak Abang Hafizul. 
Aku mengangguk, tak tahu pulak dia ni allergic air masin.  Patutlah selama ni dia tak nak mandi laut bila ajak.  Tizz Alisya kau kena ingat semua tu, senang bila kahwin nanti kan.

Setelah puas bermain air sorang diri, aku berlari semula ke arah Abang Hafizul yang sedang duduk di tempat perkelahan tadi.  Aku mengeluh kepenatan.

“Penat?”

Aku mengangguk.  Abang Hafizul mengeluarkan sapu tangan biru laut dari kocek seluarnya dan memberikannya padaku.  Aku pelik.  Abang Hafizul tersenyum lihat aku yang masih kaku.   Dia kemudian terus mengelap peluh di dahiku dengan tuala tadi. 

Aku tergamam.  Erk!

“Terima kasih.”aku mengelakkan muka.  Segan pulak nak dilap bagai.  Macam aku ni kereta pulak.

“Sama-sama.” Balasnya.  Kami terdiam.  Masing-masing macam tak tahu nak cakap apa lagi.

“Jom lah kita balik. Nanti mak risau pulak .”ajakku, rasanya dah terlalu lama kami berdua duduk dekat sini, karang lama-lama risau pulak mak kat rumah tu.

Abang Hafizul mengangguk bersetuju. Aku membantu Abang Hafizul mengemas semua barang-barang tadi dan bergerak menuju ke tempat parking kereta.
********************************************

“Nak pergi makan dulu tak?”soal Abang Hafizul padaku ketika kami berdua berada didalam kereta. 

Aku mengelengkan kepala padanya. “Kenyanglah makan sandwich tadi.  Lain kalilah.”tolakku.  Tak ada tempat lagi nak masuk dalam perut ni, betul-betul kenyang aku makan tadi.

“Betul ni dah rasa kenyang?  Nanti sakit perut pulak.” Tanyanya penuh prihatin.
Aku pusingkan badan menghadap dia terharu tengok Abang Hafizul ambil berat pada aku.  Bertuah badan!

“Betul…En tunang, saya dah dah kenyang sangat makan sandwich  tadi.  Pandai orang yang membuatnya.  Sayang suka sangat, nanti buat lagi lagi eak. So..sekarang lebih baiklah kita balik rumah, takut mak bising pulak.”

Abang Hafizul  ketawa bila dengar jawapan yang keluar dari mulut aku.  Mungkin kerana aku dah mula guna perkataan ‘sayang’ sebagai kata ganti diri atau aku sebut ayat tu satu-satu.


“Okaylah sayang…Jom kita balik.” Abang Hafizul turut mengajuk cakap aku.   Kereta mula meluncur laju meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya.

About Me