Assalamualaikum....
Oleh kerana terlalu sibuk, baru hari ni berpeluang menghabiskan entry ni.... Hope akan ada yang suka....terima kasih dekat semua yang selalu comment. dengan comment korang semua bertambah-tambah semangat nak buat. I Like korang semua hahahha.....
################################################################
BAB 14
Oleh kerana terlalu sibuk, baru hari ni berpeluang menghabiskan entry ni.... Hope akan ada yang suka....terima kasih dekat semua yang selalu comment. dengan comment korang semua bertambah-tambah semangat nak buat. I Like korang semua hahahha.....
################################################################
BAB 14
MATAKU terkelip-kelip melihat Mr Playboy yang sedang sibuk
membelek proposal yang sudah kusiapkan semalam.
Dari tadi wajahnya asyik berkerut saja membaca setiap tulisan yang ada
dalam fail itu. Aku sudah beberapa kali
menguap melihat wajahnya yang bosan tika ini.
Kalau sampai ke sudah dia reject jugak proposal aku ni, memang aku
tendang terus dia dari kerusi ni. Hidup
kalau tak menyusahkan orang memang tak sah!
“Hmmm….okay! boleh
tahan jugak ye kau siapkan semua ni semalaman.
Mengkagumkan, bagi orang baru macam kau.
Good job.” Pujinya.
Aku terkejut mendengar pujian itu, aku fikir dia nak kutuk aku
tadi tapi sebaliknya pulak. Aku
tersenyum, agaknya inilah rasa perasaan bangga bila kerja kita dihargai. Aku berpura-pura rileks seoalah-olah tidak
mendengar pujian dia.
“Apa kau cakap tadi, ulang balik aku kurang dengar ayat
tadi?” soalku sengaja. Senyum sinisku berikan pada dia saat ini.
Dia mendengus geram melihat diriku yang mungkin jengkel pada
pandangannya. “Kau kalau tak berlagak
memang bukan kau kan. Tak habis-habis
nak tunjuk hebat sangat. Okay lah… aku
mengaku yang kau memang boleh buat kerja.
Cuma banyak lagi yang kau perlu belajar. Tapi untuk permulaan aku kagum dengan proposal kau ni.” Ujarnya.
Aku tersenyum dan memuncungkan bibir. “Well
kan aku pernah cakap, yang aku ni hebat.
Kau tengok je lah nanti apa yang akan terjadi lepas ni.” Balasku bangga.
Dia terus ketawa kuat, sampai keluar air mata. Benci pulak aku melihat dia.
“Adoi kau ni lawak pulak aku tengok. Kelakar lah kau ni. Macam budak-budak pun ada.”
Dia kata aku budak-budak, hai lah… memang nak kena ni! “Hello
aku bukan budak-budak okay. Apa masalah
kau nak gelakkan aku. Agaknya kau ni
takut kot kalau-kalau aku lagi hebat dari kau nanti.” Jelingku tajam pada dia
yang masih ketawa.
Dia perlahan-lahan berhenti dari ketawa dan terdiam
memandang aku. “Aku tak pernah takutlah, lagipun aku tak mahulah gaduh-gaduh
dengan budak-budak macam kau ni. Tak profesional. Buang masa aku je nak fikir semua ni. So
aku rasa dah tak ada apa-apa lagi. Jadi
lebih elok kiranya kalau kau keluar dari bilik aku ni, aku banyak kerja nak
buat sekarang. Please….” Tunjuknya ke arah pintu.
Merah padam muka aku saat ini. Lelaki ni betul-betul mencari pasal. Berani sekali dia menghalau aku…eiiiii!!! Tak
guna betul punya lelaki. Memang hampeh! Belum
pernah ada yang cakap macam tu dengan aku.
Betul-betul terhina aku rasa. Tak
apa kau nak balas dendam pasal aku halau kau hari tu. Okay fine…. hari ni hari kau, esok lusa
sampai ke akan datang mesti hari aku.
Siap kau nanti Mr Playboy!
Aku menjelingnya tajam ke arahnya yang tersenyum sinis
memandang aku. Aku bangun dan terus berjalan ke pintu masuk. Dia memanggilku semula.
“Lagi satu Mia Qaisara,
kau tak payah nak tunjuk hebatlah kalau setakat baru buat satu proposal. Ini tak menjamin apa-apa pun. Jadi
aku syorkan balik je bilik nanti kau buka fail-fail yang ada dan baca sekali
skop kerja kau. Aku rasa nanti mesti kau
faham kerja apa yang kau kena uruskan selepas ni. Good luck.
Aku menahan geram
memandang dia. Aku segera keluar dan sengaja menghempaskan pintu biliknya dengan kuat. Semua
pekerja-pekerja di luar terdiam dan memandang ke arahku. Mungkinn mereka semua terkejut dengan hempasan pintu
tadi.
Aku berpura-pura tenang memandang mereka. Perlahan-lahan kakiku melangkah keluar dari aras ini. Aku kena cari tempoh bertenang dulu sekarang ni. Sungguh saat
ini suhu kemarahan aku dah naik berdarjah-darjah. Terasa nak meletup je sekarang ni. Rasa-rasanya
kalau tak difikirkan reputasi dan maruah papa dekat office ni, memang tadi aku ajar saja mulut
dia yang puaka tu. Argghhhh!!!!
****************************************
****************************************
AKU perlahan mengetuk-ngetuk meja dengan jari tanganku. Hmmm...bosan!
Aku memandang kiri dan kanan di sekelilingku.
Keadaan bilik pejabat yang sejuk dengan air cond menambahkan kelesuan
pada wajahku. Mataku memandang ke arah jam, sudah pukul satu tengahari. Nafasku perlahan-lahan mengeluh lemah.
"Hmmm….kenapalah hari ni Si Reena tu boleh pulak
pergi puasa sunat. Tak pasal-pasal tak
dapat teman aku makan. Hisykk
laparnya!" omelku perlahan. Aku mengusap perut berulang
kali. Sebenarnya boleh aje kalau aku nak
pergi makan sendiri tapi malas pulak nak keluar. Hmmm baik tidor je lah. Aku merebahkan kepala di atas meja. Mata
terus terpejam.
Bunyi ketukan pintu dari luar, membuatkan aku tersentak dari
tidur. Aku memandang ke arah pintu.
Siapa pula yang ketuk pintu ni? Tak mungkin Reena, kerana aku telah berpesan
padanya supaya tidak menganggu aku buat masa sekarang. Siapa pulak yang datang tu? Mr Playboy ke?
Uisykkk kalau betul dia memang aku halau je kejap lagi. Dah lah orang tengah
lapar ni!
Bunyi ketukan pintu masih lagi bergema. Aku tambah pelik
memikirkan. Arghhh!! Aku menyuruhnya masuk. Sebaik saja pintu terbuka, terjengol wajah
seorang lelaki. Dia tersenyum lebar
memandang aku. Ek eleh….dia ni! Mamat mulut tak boleh blah rupanya! Apalah yang dia nak ye?
Aku mengeluh panjang.
Aku ingatkan Mr Playboy lah tadi, kalau dia tadi boleh juga mulut ni
berlawan cakap. Seronok jugak dapat
membidas dia pulak. Hmmmm… Eh! Dah
kenapa aku ni, asyik fikir dia je. Tadi bukan aku nak halau di sangat ke.
Isykkk!!! Fikiran ni tak center gamaknya.
Aku mengalihkan pandangan kearah Iqi yang berjalan perlahan
ke arahku.
“Hai Mia….busy ke?” soal Iqi. Dia terus masuk dan duduk di kerusi tanpa
sempat aku pelawa. Tak malu betul Iqi ni
kan!
“Hmmm…busylah jugak.
Nak apa?” soalku acuh tak acuh menjawab.
Bukan apa dah terkena sekali bila layan dia terlebih mesra. Pisang takkan berbuah dua kali jadi aku tak
nak mesra-mesra lagi. Huh!
“Tak ada saja je nak tengok you. Tak boleh ke?”
“Tak boleh… kalau setakat saja-saja masuk sini baik tak
payah. Lagipun apa hal you nak tengok
I?”
“Alah you ni berangin je lah. Kita kan rakan sekerja salah ke I nak datang
berbual dengan you. Lagipun sekarang
kan time rehat. Jadi I nak ajaklah you
pergi lunch. I belanja you makan, nak
tak?” ajak Iqi.
Bulat mata aku mendengar perkataan ‘Belanja’ yang bermaksud
makan free, memang perkataan kegemaran aku tu!
Memang kebetulan aku pun memang tengah lapar! Rezeki ni oii! Walaupun sebenarnya dalam hati ni tak berapa
nak suka dengan mamat mulut tak boleh blah aka Iqi, tapi disebabkan dia nak
belanja aku makan, aku dengan rendah hatinya harus bersetuju. Rezeki tak boleh tolakkan he he he.
“Really….bestnye! Jom
I memang dah lapar. Cepatlah bangun. ” ajakku.
Aku segera mencapai tas tangan
dan berdiri. Makan free tu sape tak nak!
Iqi memandang pelik seperti tidak percaya.
“Aiik tadi macam marah masa I masuk sini. Sekarang kemain laju nak
mengajak . Amboi bila sebut nak belanja
makan, terus senyum sampai ke telinga.
Pandai you yek?”
“Well….orang nak belanja, takkan lah I nak tolak. Cepatlah…..
You nak belanja I makan dekat mana ni? I dah tak sabar ni.”
Iqi tergelak mendengar pertanyaan aku yang laju. “Okay…okay,
jom kita pergi cepat. I bawak you makan
dekat tempat special punya, you mesti sukalah.” balas Iqi.
“Yes!!!”
Kami berdua berbual-bual sambil berjalan beriringan menuju
ke lif. Tidak perlu menunggu lama, pintu
lif kemudian terus terbuka. Seseorang
sudah berada di dalam lif. Dia
memandang tepat kearah aku. Aku
mencebik melihat wajahnya. Hisyk mati terus selera! Kenapalah kemana saja aku pergi mesti muka
dia yang aku nampak. Tension!
“Woit Afriel, Kau
punya lif VVIP rosak lagi ke?”soal Iqi terus masuk ke dalam lif. Aku pun turut sama masuk. Langsung sedikit tidak ku tegur atau kupandang
wajah yang paling menyakitkan jiwa tu.
“Aaahh…tiba-tiba je rosak tadi. Kau nak pergi mana ni?” soalnya. Matanya
terarah melihat aku. Aku memusing kepala
ke tepi. Tak hingin aku nak tengok kau!
“Well…pergi lunch dengan Mia. Aku cadang nak belanja Mia makan tempat special
yang selalu kita pergi tu.” Balas Iqi.
“Kalau macam tu aku
nak ikutlah sekali. Aku pun dah lama tak
makan dekat situ.”ujar Mr Playboy tiba-tiba.
Terkejut aku dengar kata-katanya suka hati je nak offer diri. No Way!. Iqi jangan pandai-pandai nak setuju. Aku
menjeling sekilas pada Iqi tanda isyarat.
“Okay no hal…lagi ramai lagi bagus. Meriah sikit kan Mia.” Bising Iqi. Iqi tersenyum pada aku.
Ah! Sudah….Geram betul aku dekat Iqi ni main tak kisah
je. Rasa macam nak sepak je muka tak
bersalah si Iqi ni. Menyesal betul ikut
tadi!
Aku mengeluh
perlahan. Kenapalah lelaki ni menyibuk
saja nak ikut. Eiii!!! benci betul aku
dengan dia.
Aku menoleh ke arah Iqi yang selamba bersiul dari tadi. Lagak seperti dia saja yang duduk dekat dalam
lif ni. Memekak! Aku menjeling pada Iqi tanda geram.
Sebaik saja pintu lif terbuka, kami bertiga melangkah keluar
dari dalam lif. Baru beberapa langkah
berjalan kami dikejutkan dengan jeritan nyaring dari seseorang yang berada di
depan kaunter penyambut tetamu. Mataku
terus tertancap pada seorang gadis berambut perang yang berbaju dress pendek
dan bermini skirt. Fuyooo….seksi giler wa cakap sama lu.
Gadis itu kemudian berlari mendapatkan kami bertiga. Oppsss…. bukan kami bertiga tapi si Mr
Playboy yang berada di tepi ye.
Aku dan Iqi hanya mampu menelan air liur melihat drama
sebabak dekat depan mata.
“Baby you pergi mana?
Kenapa I telefon you tak angkat.
I mesej pun you tak balas. You
tak rindukan I ke baby?” gadis itu tanpa segan silu memeluk lengan Mr Playboy.
Hampir termuntah aku di situ. Baby? Oh please!!! Dah tua-tua nak berbaby
bagai. Geli ketiak aku dengar. Dah lah
tu tak malu buat aksi-aksi kucing miang dekat sini. Jatuh maruah perempuan. Aku menjeling sekilas memandang Mr Playboy,
nampaknya wajah dia tegang seperti tidak suka kedatangan gadis tersebut. Ye ke tak suka, entah-entah gatal merenyam
jugak macam si perempuan ni. Dasar
playboy!
“Isykk lepaslah tangan I .
You ni kan I dah pesan I tak suka mana-mana perempuan datang cari I
dekat office. Yang you ni susah sangat
nak faham kenapa!” tanyanya kasar tapi suaranya masih perlahan.
Terangkat keningku melihat Mr Playboy yang bersuara kasar,
aku fikir dia mesti akan tangkap lentok dengan gadis itu. Tapi sebaliknya
pulak.
“You ni tak baik buat I macam ni. I datang sini pasal I rindukan
you. Kita dah lama tak jumpa, you langsung tak ambil peduli pasal I. You nak taw I tak tahan sangat nak jumpa
you. I rindukan you sangat-sangat.”
Rengek gadis itu. Dia mengeselkan
badannya pada badan Mr Playboy.
Ya ampun…. Lain macam je gatalnya,perempuan ni. Mulutku hampir saja mahu terlopong melihat
adegan tersebut. Sungguh memalukan
berkelakuan begitu lebih-lebih lagi di ruang terbuka seperti ini. Nasib baik sekarang waktu lunch tak ramai
pekerja yang berada di lobi sekarang.
Kalau tak mesti mereka jijik atau meluat melihatnya. Huh...macam mana kalau client pulak yang
lihat, mesti terkejut habislah melihat CEO Crystal Sdn.Bhd berkelakuan tidak
senonoh di dalam pejabat. Perkara ini
pasti akan menjejaskan reputasi syarikat.
Dan mungkin juga akan menjadi tajuk hangat bagi kaki-kaki gosip besok.
Iqi berdeham tiba-tiba.
Matanya memandang tajam pada mereka berdua, mungkin Iqi juga merasa
kurang enak melihat aksi daring gadis itu. Iqi seperti memberi isyarat pada Mr
Playboy. Huh Iqi tak payah nak isyarat
sangat, sound je lah itupun nak ajar. Huh! Benci betul tengok drama depan mata
ni.
Mr Playboy yang sedar akan pandangan dan isyarat dari Iqi ,segera
menjarakkan diri dari gadis itu. “Look hereTina, I rasa baik you balik sekarang.
I tak mahu staf-staf I nampak apa yang berlaku sekarang ni. I tak nak jadi bahan gosip pulak tak
pasal-pasal. I tak suka hal peribadi
bawak ke office. I nak you pergi balik
sekarang.” Arahnya tegas. Aku lihat dia
cuba melarikan lengannya dari terus dipeluk oleh gadis itu.
“Alah….kalau I balik nanti mesti you tak cari I lagi. I rindu sangat ni dengan you.” Rengek gadis
itu.
Makin menyampah pulak aku tengok perempuan ni. Gatal terlampau! Gersang ke apa! Elok aku sembur dengan ubat
nyamuk nanti, baru dia tahu macam mana gatal badan dia nanti. Eiiiii perempuan macam ni pun Mr Playboy
boleh buat girlfriend. Tak ada kelas
langsung. Terlalu murah! Dasar buaya semua benda main telan je tak reti
nak pilih-pilih. Geram aku. Eh yang aku ni emosi kenapa? Dah gila apa nak
sibuk hal dia. Lantak dialah hal
dia. Hampir saja aku nak mengetuk kepala
sendiri, sampai ke situ pula aku terlebih berfikir.
“You ni kan I dah cakap kalau I tak busy I carilah you. Susah ke you nak faham?” Tengking Mr
Playboy. Huh gerun pulak aku tengok wajah bengis dia memarahi gadis itu. Tak
pernah pulak bila dia bergaduh dengan aku muka dia macam tu. Kecut pulak perut aku tiba-tiba.
“Alah…kalau nak tunggu you tak busy entah bila kita dapat
jumpa. Tu yang I datang sendiri hari
ni.”
“Nanti I datanglah cari you. Ke you nak I tak payah cari
you. I bila-bila masa pun boleh buat. Dah sekarang ni I nak you balik dulu.”
“Habis tu bila you free, you dah janji nak ajak I keluar
shopping.” Rengek gadis itu.
Aku mencebik melihat babak sebabak mereka. Hmmm padanlah…Yang si lelaki playboy dan yang
si perempuan pisau cukur. Pasangan ideal
lagi serasi! Memang akan kekal sampai akhir zaman. Good choice!
“I janji hujung minggu ni kalau I tak busy I jumpa you. Tapi sekarang I nak you balik dulu. Boleh kan.” Pujuk Mr Playboy. Aikkk dah slow balik suara. Hrmm dah cair lah tu tengok aksi rengek
kucing miang ni. Dasar lelaki! Kena goda
sikit dah lemah. Benci aku! Yang si Iqi ni tak gerak-gerak pulak, nak
makan ke tidak ni! Memang hilang tahap kesabaran dah ni.
“Iqi kita ni nak pergi makan ke tidak? I dah penat berdiri
lama-lama ni. I tak nak kenyang dengan
maksiat depan mata pulak.” Sindirku sinis
.
Mr Playboy memandang tajam kepada aku. Aku terus menjeling tajam pada dia. Huh! Ada
aku kisah kau terasa atau tidak. Pergi
jalanlah Playboy !
Iqi mula bersuara “Well…Afriel kau settle kan lah hal kau
ni. Biarlah aku dengan Mia je pergi
makan dulu. Jom Mia.” Iqi mengajak aku pergi. Aku tersenyum sinis memandang Mr
Playboy. Great Iqi…bagus jawapan kau. Ok… Mr Playboy jangan nak sibuk ikut lagi ye. Kalau kau nak makan sangat ajak je si kucing
miang tu teman. Tak payah nak sibuk-sibuk
menyemak dekat mata aku. Huh!
“No…no… aku nak pergi jugak ada hal penting nak discuss
dengan korang. Macam ni, apa kata you
guys tunggu dekat dalam kereta, sementara aku settle kan hal ni dulu.” Arahnya
tegas. Dia menghulurkan kunci keretanya
kepada Iqi.
‘No!!!!!!! Iqi jangan sesekali nak ambil kunci tu. Aku tak nak naik kereta dia. Benci!!!!!’ suaraku dalam hati
Aku hanya mampu menarik nafas sedalam-dalamnya bila melihat
Iqi bersungguh-sungguh mengambil kunci dari tangan Mr Playboy. Tersengih Iqi melihat aku yang menjeling dia
dari tadi. Argh!
Isykkk Mr Playboy ni….Nak jugak
sibuk ikut orang, pergilah makan dengan kucing miang tu. Geram betul lah!!!!!!
Akhirnya dengan tak relanya, aku melangkah perlahan
beriringan dengan Iqi menuju ke kereta milik Mr Playboy. Sempat
jugak aku menoleh ke belakang untuk melihat Mr Playboy dengan gadis tadi. Terbeliak juga mata aku melihat dia
mengeluarkan dompet dan menghulurkan beberapa not duit kepada gadis itu. Makin gatal lah senyuman perempuan tu,
panjang terus tangan mengambilnya.
Naik menyampah aku melihat adegan itu. Dasar perempuan miang! Memang jenis pisau gillete ni. Nasib kau lah Mr Playboy dapat perempuan stok
macam ni, kalau abang akulah jangan harap
dia nak layan perempuan macam ni. Nasib
baik abang tak macam tu kan… kalau tak mahu botak kepala, habis duit dengan
perangai macam ni. Eiiii… menakutkan!!
Aku terus melangkah mengekori Iqi yang laju berjalan ke arah
parking, dia menekan alarm BMW X5 Mr Playboy dan membuka pintu belakang untuk
aku duduk. Gentleman sungguh Iqi
ni. Terharu rasanya…ha ha ha. Tapi sebaik saja duduk dalam kereta aku terus rasa meluat pulak. Tak suka betul guna harta benda orang yang kita benci. Lebih-lebih lagi harta si Mr Playboy
tu. Sakitnya….hati!
“Thanks…”ucapku ringkas.
Dia mengangguk dan tersenyum. Iqi
kemudian menghidupkan enjin kereta dan terus duduk di tempat pemandu.
Aku meninjau ke belakang cermin, dan kemudian melihat Mr
Playboy berlari menuju ke arah kereta.
Kucing miang tadi tak pulak kelihatan.
Mungkin dah berambus selepas dapat duit dari Mr Playboy. Bila ingatkan balik, rasa-rasanya nak bagi je
flying kick kat muka perempuan tu. Rasa menyampah tengok perempuan perangai macam
ni. Tak tahu jaga maruah betul. Huh!
“Okay…dah settle. Jom
gerak.” Ajak Mr Playboy sebaik saja duduk di tempat duduk penumpang
hadapan.
Iqi terus mengerakkan kereta menuju ke jalan utama. Aku memandang kearah luar cermin. Tak hingin
nak pandang lelaki dekat depan ni. Rasa
menyampah betul. Yang lebih sakit hati… aku boleh pulak naik kereta dia. Makin sukalah Mr Playboy tu tengok aku. Dari tadi tersenyum sinis pandang aku. Arghhhh!!!! Menyesal ikut tadi. Benci!!!!
9 comments:
ala..pendeknya Ian..cepat2 buat next entry..tak sabar ni nak tau apa yang terjadi lepas ni;-) best2!!!
hahah... haida, insyallah nti sya try wt cepat...nak banyak scene gaduh2 lagi kan hehehhe.....
sudah semestinya;-) itulah penyeri cite ni, hehe...kita tungggguuuu next entry tu!
dah agak dah mesti bergaduh lagi punya! best2x! :)
Ian, kita dah nak bertukar jadi warna hijau cam Incredible Hulk!Mana next entry?Mana Mr.Playboy, mana?;-)
alah haida..sleeping ugly tak boleh garanglah2 kena comel2 taw...hahha insyallah nt adalah tu hehheh....thanks sudi baca...
bestla cite ni tp nape pendek sgt baru nk feeling dh hbs cerita
ye ke rosdiana hasan pendek ke?...rasa mcam panjang je hheheh..insyallah next entry akan cuba perbaiki apa yang kurang...thank comment..
la..dah habis ...pendek sgt...sambung lg please...
Post a Comment