topbella

Thursday, 9 January 2014

MEMORI CINTA KITA 9

BAB 9

SUDAH tiga bulan aku bekerja di butik Fitriah dekat Alamanda.   Macam-macam pengalaman aku dapat.    Maklumlah bekas pelajar setiausaha tiba-tiba buat bisnes dan marketing, lari sungguh dari bidang sebenar. 
Tapi nak buat macam mana kalau itu sudah tersurat dari Nya siapalah kita hendak menolak. Terimalah rezeki ini dengan kesyukuran.   Sesungguhnya Allah s.w.t menjanjikan yang terbaik untuk setiap hambanya.

Aku memerhatikan Mariani.   Dia sedang memakaikan baju pada setiap patung untuk dipamerkan di hadapan kedai bagi menarik pelanggan.    Mariani merupakan pekerja pertama Fitriah (selain aku) yang lulus ujian saringan dalam temuduga.  Fitriah memang terkenal dengan kecerewetan dalam kesempurnaan,untuk setiap perkara.  Memilih pekerja pun dia hendak yang betul-betul melepasi piawaian yang ditetapkan.  

Hai laa.. Fitriah tak faham aku.   Dan yang paling kelakar sekali ketika dia menemuduga beberapa calon yang datang.  Mula-mula ok lah soalan demi soalan diutarakan tapi ada satu part tu yang tak boleh tahan disuruhnya pula berlakon cara-cara melayan pelanggan. Terasa masa itu aku nak gelak tergolek-golek menengok wajah-wajah mereka ketika berlakon. 

Yang paling tak boleh blah, Fitriah siap pasang video cam untuk merakam.  Seminggu jugaklah ‘audition’ ni berlangsung.   Sampai aku dah tak tahu ni nak cari pekerja butik ke atau nak cari peserta pilih kasih ni.   Hai laa… Fitriah nasib baik akhirnya jumpa jugak si Mariani ni kalau tak memang aku fikir nak luku-luku je kepala dia buat kerja sia-sia ni.

“Kak Tizz jauh termenung ingat kat pakwe ke?” soal Mariani yang tiba-tiba sudah berada di depan aku.

“Huh! Tak ada masa nak fikir pakwe ni.    Lainlah bos Ani tu asyik berkepit je dengan pakwe dia.”  Juih bibir aku menunjuk pada Fitriah yang sedang memeriksa buku stok di meja kaunter.

Mariani tergelak sopan takutlah kalau didengar Fitriah.   Habislah dia nanti, bukan dia tak tahu Fitriah memang cerewet. Takut lah tu, karang kena tazkirah percuma dari bos kesayangan dia. Eh! tazkirah ada kena bayar ke?  

“Ehem..ehem amboi seronok berbual.    Boleh join.” Sindir Fitriah tiba-tiba.   

“Eh bos, mana ada berbual.  Ni Kak Tizz suruh saya sapu belakang.    Kejap ye bos saya pergi dulu.” mencicit Mariani berlari ke belakang, takut betul dia dengan Fitriah yang garang macam singa.

“Kau ni Fit cuba berlemah lembut sikit dengan pekerja, barulah disayangi macam aku ni hah.” Aku menepuk bahu mengupkan diri.

“Tak ada maknanya,  nanti diorang pijak kepala kita baru tau. Masa tu naik lemak lah pulak.”

“Ermmm… yelah.” Malas aku nak berbahas dengan Fitriah pasal benda ni bukan tak pernah cakap tapi dia tetap macam tu.

“Eh Tizz jom lunch dengan aku hari ni?” ajak Fitriah tiba-tiba.

Aku menaikkan kening memandang dia.   Apehal ajak makan pulak ni selalu menonong je pergi dengan pakwe.   Takde pelawa-pelawa pun.  
Fitriah tersenyum menundukkan muka dia.  Dah agak dah, mesti kes pakwe tak dapat lunch samalah ni.

“Hurmm tak payah buat muka Garfield lah dengan aku.    Ni mesti pakwe kau kerja kan?   Tahu pulak kau nak lunch dengan aku.” sindirku

“Alah kau ni biasalah macam tak faham pulak. Jadi tau makan tengahari ni.” Ajak Fitriah bersungguh-sungguh.

“Boleh…. Aku siap belanja lagi hari ni.  Nak tak?” aku memandang Fitriah dengan satu senyuman manis.

“Betul ke ni nak belanja?   Selama ni bukan main kedekut lagi.    Tiba-tiba hari ni nak buat mega sale pulak. Musykil sungguh.”  Fitriah memandang muka aku yang seposen sekarang ni dengan penuh keraguan dihati.

“Memanglah aku nak belanja, tapi kaulah yang bayar ha ha ha” aku segera berlari ke belakang meninggalkan Fitriah yang terpinga-pinga sebelum tersedar.

“TIZZ ALISYA!!!!.”Aku ketawa terbahak-bahak mendengar jeritan dia. Padan muka!


0 comments:

Post a Comment

About Me

Ian asynata
"Ceriakanlah hari ini dengan tawa dan riang, siapa tahu yang esok kita akan bersedih...life is complicated..."
View my complete profile