topbella

Wednesday, 8 January 2014

MEMORI CINTA KITA 6

Bab 6

Sebulan berlalu sejak malam itu.  Abang Hafizul masih berdiam diri.  Sekarang ni aku tengok dia jarang ada kat rumah.   Mungkin sibuk dengan kerjanya. Cikgulah katakan. Mesti sibuk dengan tuisyen, sebelum peperiksaan kan.  

Kalau aku datang rumah dia langsung tak keluar, duduk memerap je dalam bilik.  Aku pulak bila tak nampak muka dia sejak dua menjak ni, hati aku macam gelisah aje.  Aduh! Memang aku dah gila!!

Deringan lagu nirwana band bergetar di handset Sony Ericsson.  Aku melihat nama pemanggil yang tertera.  Tersenyum bibirku, dengan pantas aku menjawabnya.

“Assalamualaikum….” kedengaran suara lembut menyentuh gegedang telinga.

“Waalaikumsalam w.b.t.  Ye Cik Fitriah boleh saya bantu?”

“He he he boleh, memang nak mintak tolong ni”

“Tolong ape?”

“Beb… kau belum kerja lagi kan?”

“Belum lagi”

“Cantik! Jom kerja dengan aku”

“Hah! Kau… biar betul?.  Kau dah buka Syarikat sendiri ke?” soalku terkejut.

“Tak adalah ,Kedai jual baju.. dekat dalam Alamanda Putrajaya je.”

“Perghh! Alamanda Putarajaya je kau kata.   Maju kau. Tak cakap pun. Tapi..nanti aku nak duduk mana?.”

“Tentang rumah, kau jangan risau. Rumah parents aku kat Putrajaya tu kan ada.   Nanti kita stay kat situ.”

“Abis tu parents kau stay mana pulak?”

“Hisykk kau ni lupalah tu, family aku kan tinggal dekat Bangi. Rumah kat Putrajaya tu baru beli. Nak tak?”
Ha ha ha terasa bodohnya kau bertanyakan soalan tadi. Walhal sebelum ni aku memang selalu pergi rumah keluarga Fitriah di Bangi.

“Nanti aku talk dengan family aku kalau dah settle aku roger kat kau.”

“Macam tu lah kawan.   Tapi kau mesti jadi tau.    Tak best kalau kau tak ada, aku dengan kau kan sekepala baru syok kalau kita bersama.”

“Ha ha ha banyaklah kau punya syok.  Jangan lingkup sudah!”

“Isykk kau ni cuba mulut tu wangi sikit.   Ni tak, bau longkang!”.

“Alah kau ni gurau pun salah.  Okay lah nanti aku call kau balik.” Orite. Assalamualaikum.” 

“Waalaikumsalam” balas Fitriah mengakhiri perbualan.  Entah siapa telefon siapa sebenarnya ni he he he.

USAI SOLAT ISYAK aku terus duduk menghadap orang tuaku.   Aku meluahkan keinginanku kepada mereka, anehnya mak dan abah bersetuju tanpa banyak soal.   Syukur Ya Allah..mungkin kerana doa pelembut hati yang aku baca ketika berdoa tadi.   Allah s.w.t  telah mempermudahkan kerjaku.  

Alhamdulillah…

Aku menelefon Fitriah, dia begitu gembira mendengarnya.  Siap menjerit sakan dekat telinga aku, nasib tak pekak!   Lagi dua minggu baru kami akan bertemu.   Fitriah berjanji akan menjemputku di Stesen ERL Putrajaya.   Kemudian aku akan terus tinggal di rumahnya.   Lagi sekali aku bersyukur, kerana dikurniakan sahabat yang sebaik dia. Fitriah….

Aku keluar kehalaman rumah.   Angin malam ni menyapa pipiku.   Sejuk dan dingin.  Aku mendongak melihat langit, taburan bintang memenuhi angkasa.  Bulan pula kelihatan indah seperti sedang menerangi hatiku.  

Sedang aku ralit melihat keindahan ciptaan Allah S.W.T.   Telingaku disapa dengan bunyi petikan gitar dan bait-bait lagu yang mendayu-dayu.   Aku jadi seram.   Bulu romaku mula menaik ‘hari ni hari ape yek?’ gumamku dalam hati.

Aku memandang kiri dan kanan mencari dari mana datangnya bunyi terbabit.   Mataku tertacap pada sebatang tubuh yang duduk membelakangkan rumahku.   Dia duduk di pangkin depan rumah.   Siapa lagi dia, kalau bukan Abang Hafizul aka abang sepupu aku tu.

Fuhhh lega…. Ingatkan apelah tadi.  Aku mula memerhatikannya dari jauh ‘Ermm… tak sangka dia boleh menyanyi dan bermain gitar.  Sungguh… aku terbuai dengan nadanya.

Perlahan-lahan kakiku menghampiri pagar besi yang memisahkan sempadan rumah kami.  Telingaku mendengar bait-bait lagu yang didendangkan.  Bunyi petikan gitar sangat indah. Ternyata dia berbakat dalam muzik.  Aku kagum. Tanganku terus menyeluk handset di dalam poket seluar. Aku merakamkannya.

Saat ini aku merasakan aku seperti melihat seseorang yang berbeza dari segi sifatnya.  Abang Hafizul nampak seperti menghayati dan mendalami setiap bait bait lagunya.  Aku seperti berada didalam dunia yang hanya aku dan dia sahaja di situ.

Setelah beberapa ketika aku mula tersedar.  Perlahan-lahan aku mengundurkan diri dari situ.   Aku tak mahu kehadiran aku menganggunya.  Aku segera masuk ke dalam rumah, sempat juga aku menoleh kepadanya yang masih lagi ralit mengalunkan irama. 

Malam itu tidurku lena ditemani dengan suaranya yang memukau dan mengusik hati.  Ya Allah… apakah maksudnya ini? Adakah ini yang dinamakan cinta?



0 comments:

Post a Comment

About Me