Assalamualaikum..ni entry yang baru..pendek je. harap semua suka.... . Hmmm jangan lupa comment taw he he he... sayang korang semua..... Ehhh...lupa nak ucap something....
"HAPPY NEW YEAR!!!!...."
###########################################
BAB 17
Sebaik sahaja memasuki
kawasan perumahan di dekat Country Height Damansara, Mr Playboy mula memperlahankan kereta. Dia memberhentikan keretanya di depan sebuah
rumah Banglo dua tingkat. Mak aiii!! Besar giler rumah-rumah dekat sini. Perumahan orang-orang kaya ni! Aku menelan air
liur.
Pintu pagar automatik
mula terbuka. Mr Playboy mengerakkan kereta kedepan, memasuki perkarangan rumah tersebut.
“Jom turun.”ajak Mr
Playboy sebaik saja memberhentikan kereta.
“Hah turun? Eh tak apalah, aku tunggu dekat sini je
lah. Kau pergilah ambil barang kau
cepat.” Tolakku. Segan pulak nak masuk
rumah ni. Memang mewah betul, rumah papa
pun kalah! Kolam renang dekat tingkat atas tu! Dasyat!
“Dah jangan kau nak
mengada-ngada. Mummy aku ada dekat dalam
tu, sekurang-kurangnya jumpalah mummy aku dulu. Cepat turun sebelum aku pikul
kau bawa depan mummy aku nanti.” Tegas suaranya memaksa aku.
Aku mendengus
geram. Dia ni suka paksa orang. Benci!
Aku cepat-cepat keluar dari
kereta. Bukan boleh percaya Mr Playboy
ni buatnya betul-betul dia dukung aku depan mummy dia macam mana? Naya hidup aku nanti. Aku mengikuti dia dari belakang. Mr
Playboy membukakan pintu rumah dan mempelawa aku masuk. Terpegun mataku bila melihat hiasan dalaman
rumah ini. Betul-betul berkonsepkan
moden kotemporari. Aku mengikut Mr
Playboy menuju ke ruang tamu yang berada di bahagian tengah rumah.
“Assalamualaikum
mummy….” Mr playboy memberi salam pada seorang wanita berusia yang duduk di
kerusi. Nampak elegan wanita itu. Gaya
seorang wanita korporat.
“Waalaikumusalam…Afriel!”
jawab wanita itu. Mr Playboy
mendekatinya dan menyalami wanita itu.
Pastilah itu mummy dia kan! Aku
memerhatikan dua beranak ini, nampak mesra sekali mereka. Ingatanku terus teringat pada arwah
mama. Aku sebak.
Mummy Mr Playboy
kemudian memandang aku yang berdiri dari tadi. Dia memandang Mr Playboy semula.
“Siapa ni
Afriel…cantiknya!!” kata mummy Mr Playboy.
“Owh! Ni Mia Qaisara ,
anak Dato Khusyari.”
Aku tersenyum mengangguk
dan terus menyalaminya.
“Apa khabar
Tengku?”ucapku.
“Panggil Mak Engku saja
sayang.” Ucapnya. Aku menganguk.
Mummy Mr Playboy terus
memeluk aku, dia mencium pipiku. Terharu,
rasa bahagia bila dipeluk oleh seorang ibu.
Aku cuba mengawal perasaan sebak.
“ Oh ini rupanya anak
perempuan Khusyairi yang baru balik belajar tu?
Ya Allah cantiknya.. Baru hari ni mummy berpeluang jumpa Mia. Lebih cantik dari dalam gambar. Duduklah Mia jangan berdiri saja.” Pelawanya
ramah.
Bila pulak Mak Engku ni
tengok gambar aku? Aik pelik ni? Aku tersenyum ke arah mereka dan duduk. Mr Playboy dan Mak Engku duduk berhadapan. Mak Engku tersenyum memandangku. Terasa segan pula tiba-tiba diri ni bila
diperhatikan orang. Nervous!
“Kenapa Afriel tak cakap nak bawa Mia datang sini, kalau tak
boleh mummy masak special sikit makan tengahari ni. Mia mesti belum makan lagi kan. Makan sini
ye?” Tanya Mak Engku.
Aku mengangguk lepas tu
mengeleng. Eh apa yang aku buat ni!
“Errr….Tak apa Mak
Engku, Mia dah makan tadi dekat rumah. Tak payah susah-susah.” Ujarku
tergagap-gagap.
“Alah tak susah pun,
lagipun memang nak makan tengahari kejap lagi.
Makan sikit ye sayang.” Pelawanya lembut.
Aku serba-salah. Aku memandang Mr Playboy yang duduk disebelah
mummynya. Dia menganggguk padaku isyarat
menyuruh aku menerima pelawaan itu.
“Baiklah Mak Engku…”
“Alhamdulillah…kejap
lagi kita makan ye. Oh ya…Tadi Mia dan Afriel
dari mana?”
“Dari tempat main
golf….” Jawab Mr Plaboy selamba.
“Main golf? Ya Allah… Afriel kenapa bawak Mia dating dekat padang golf? Tak ada tempat lain ke nak bawak. Tak romantik betul kamu ni.” Marah Mak Engku
pada Mr Playboy. Berkerut dahinya memandang wajah Mr Playboy.
Dating? Eh Mak Engku ni
dah fikir ke lain pulak. Aku dan Mr
Playboy dating? Eiiiii seram!
“Kami bukan datinglah Mak
Engku, kebetulan saja kami jumpa dekat situ.
Lagipun tadi Mia pergi dengan Papa.
Tiba-tiba je papa ada hal tadi.
Tu yang Mia tumpang Tengku Afriel nak balik rumah.” Jelasku mengelakkan
salah faham.
Mak Engku
tersenyum. “Yelah tu… Mak Engku faham
orang-orang muda ni. Mak Engku pun macam
kamu jugak malu-malu.”
Aku tersenyum
kelat. Susah nak cakap macam ni. Aku cakap betul-betul, tak percaya
pulak. Ia kan saja lah. Kita kena hormat ibu kan.
“Dah berapa lama Mia
balik dari UK ni?”
“Baru je tak sampai
sebulan, Mak Engku.”
“Lah…ye ke, baru je lah
lagi. Macam mana kerja dekat office? Seronok? Afriel ada buli Mia tak? Kalau ada cakap
dengan Mak Engku, biar Mak Engku cubit dia ni.” Mak Engku ketawa kecil
memandang Mr Playboy di sebelah.
‘Ada Mak Engku, dia
jahat.’ Dalam hati je lah. Aku memandang
Mr Playboy yang tersenyum sinis menanti jawapan aku. Aku tersenyum kembali memandang Mak Engku, kepala
aku gelengkan. Aduh! betul-betul plastik
pulak. Padahal boleh runtuh banggunan
syarikat tu kalau kami bergaduh.
“Isykk!! Mummy ni sibuk
je nak tanya itu ini. Malu dah orang tu.
Tengok muka dia dah merah tu.”
Usik Mr Playboy. Seperti tak percaya je
dia mengusik aku depan mummy dia. Tapi
dalam hati, rasanya nak je aku sepak dia.
Suka hati dia je kenakan aku depan mummy dia.
“Mak Engku…makanan
tengahari dah siap.” kata seorang pembantu yang baru muncul.
“Jom
Mia kita makan tengahari. Tapi hari ni
lauk biasa-biasa saja. Tak special mana
pun.”
“Tak
apa Mak Engku, Mia makan apa saja. Tak
payah susa-susah.”
Mak
Engku memimpin tanganku menuju ke ruang makan.
Bulat mataku sebaik sahaja melihat hidangan yang tersedia. Mak aii!!! Banyaknya…ini ke yang Mak Engku
kata tak special. Aku menelan air liur
melihat sambal udang, ayam goreng, kangkung goreng, ikan patin masak tempoyak
pun ada.
“Duduk
Mia. Jangan malu-malu. Afriel tarik
kerusi tu untuk Mia.”
Mr
Playboy menarik kerusi mempelawa aku duduk.
Aku memandang dia, teragak-agak untuk duduk. Gentleman pulak dia hari ni kalau tak macam
hampas je. Nak berpura-pura baiklah tu
depan Mak Engku
“Terima
kasih.” Ucapku padanya.
“Sama-sama.”
Aku dan Mr Playboy duduk bersebelahan. Mak
Engku duduk setentang dengan kami.
“Jemput
makan Mia, lauk-lauk biasa je ni.” Jemput Mak Engku.
Aku
tersenyum mengangguk. Aku menyenduk
sambal undang ke dalam pinggan. Aku
tunduk dan makan.
Mr
Playboy mengambil sepinggan ayam goreng.
Dia hulurkan padaku. Aku
menggeleng. Dia mencebik.
Dia hulur lagi. Aku geleng. Dia akhirnya mengalah dan mengambil seketul
ayam yang besar dan meletakkan dalam pinggannya.
“Mia
tambahlah lagi kenapa sikit sangat ambil nasi tu. Lauk-lauk ni ambil. Jangan malu-malu makan dekat rumah Mak Engku.”
“Tak
adalah Mak Engku, Mia makan sikit je selalu.”tolakku segan.
Mr
Playboy ketawa sinis. Aku mengerutkan
dahi menoleh padanya. “Ye ke makan sikit..Macam tak percaya je. Alah
sebenarnya, mummy dia malulah tu. Dia ni
kuat makan. Hari tu masa Iqi belanja
makan dekat luar, bertambah-tambah dia makan.
Siap bungkus bawa balik lagi. Kan Mia?” Aku menjelingnya tajam. Dia ni memang menyakitkan hati betul lah.
“Ye ke? Alah... Mia janganlah malu. Makan saja
sayang.”
“Eh
tak adalah Mak Engku, Tengku Afriel ni buat cerita saja. Dia tu yang makan banyak, nak cakap kita
pulak.” Jelingku.
“Kenyataan! Kau memang kuat makan, tak payah nak
malulah.”
“Mana
adalah!” Geramku tak mahu mengalah.
“Ada….” Ujarnya.
“Dah-dah,
makan. Jangan gaduh depan rezeki tak
baik.” Tegur Mak Engku, mungkin pening melihat tingkahku dan Mr Playboy.
Aku
menjeling Mr Playboy, nasib dekat rumah dia.
Kalau dekat rumah aku siap dia aku kenakan. Aku tunduk diam dan makan. Tiba-tiba Mr Playboy meletakkan seketul ayam
dalam pinggan aku. Eiii….dia ni! Aku mengambil semula dan meletakkan dalam
pinggannya balik. Tak hingin!
*****************************************
“MUMMY
Afriel naik dulu lah ye. Nak ambil
barang kat atas. Mummy dengan Mia berbual-bual lah dulu.” Ujar Mr Playboy
sebaik sahaja kami selesai makan.
Mr Plaboy naik ke
tingkat atas meninggalkan aku dengan Mak Engku di ruang tamu. Aku
berbual-bual dengan Mak Engku dari hal keluarga sampailah ke hal-hal
wanita. Peramah Mak Engku ni.
Macam-macam juga dia cerita dengan aku.
Baru aku taw yang Mr Playboy tu anak tunggal. Patutlah manja semacam je dengan mummy
dia. Anak manja! Huh!
“Mia lain kali datang
sini bagi tahu Mak Engku awal-awal. Nanti Mak Engku masak special sikit..”
Pelawa Mak Engku. Beriya-iya dia
mengajak aku.
“Tak payahlah
susah-susah Mak Engku.”
“Tak ada susahnya. Mak Engku suka Mia datang sini selalu. Kalau macam tu minggu depan Mak Engku suruh
Afriel bawak Mia. Boleh Mia kenal dengan
Daddy Afriel sekali. Kita buat
makan-makan sikit. Jadi tau.”
“Minggu depan?” soalku.
Ah sudah! Mak Engku ni banyak pulak plan dia. Habis aku!
“Aaah… minggu
depan. Hari ahad. Boleh kan
Mia.” Aku serba salah, tak sampai hati nak menolak. Aku mengangguk bersetuju.
“Insya-Allah…”
ujarku. Mataku terus melilau-lilau mencari
Mr Playboy. Mana dia ni? lagi lama aku tunggu
sini, lagi bermacam-macam rancangan mummy dia.
Dah lah aku ni jenis tak sampai hati nak tolak permintaan seorang
ibu. Karang dioffernya pulak jadi
menantu macam mana? Eiiii mintak simpang.
Mr Playboy dengan aku? Mrs
Playboy? No Way!!!
2 comments:
Best! Nk lagi! Duhh tak sabo nk tunggu diorang fall for each other :DD
Happy new year anyway :)
Best.and happy new year.
Post a Comment