BAB 8
Aku kini berada dalam pejabatku
sendiri. Aku berjalan perlahan. Mataku meneliti setiap hiasan dalaman office yang bakal
menjadi medan aku bekerja. Cantik!
Memang cantik. Susunan fail di rak
kelihatan kemas dan teratur. Warna biliknya yang lembut juga menambahkan rasa damai bagi sesiapa yang
masuk ke bilik ini. Aku hanya memandang
sepi semua ini. Kerana sedamai manapun pejabat ini, ianya masih belum
dapat mententeramkan hati dan jiwa aku yang bergelora tadi.
Sungguh aku tak menyangka yang
takdir akan mempertemukan aku dengan dia.
Ya Allah hampir saja aku mahu pengsan melihat dia di bilik mesyuarat
tadi. Sungguh tak tercapai dek akal
memikirkan yang aku bakal bekerja di syarikat orang yang paling aku benci.
Arghhhh Mr Playboy…. kehadiranmu
di hadapanku betul-betul menambahkan bara di api. Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan aku
memperkenalkan diri dihadapan lembaga pengarah tadi. Perasaan yang pada mulanya gementar dan takut
tiba-tiba menjadi semangat pulak. Yelah
takkan aku nak tunjuk kelemahan diri di hadapan musuh utama aku kan. Aku tidak mahu dia memandang rendah keatas
diriku. Aku tidak mahu kalah kepadanya
walaupun pangkatnya lebih tinggi dari aku.
Sedih jugak hati aku, sampainya hati papa
biarkan aku bekerja disini. Seorang
pulak tu. Papa….anakmu ni tak rela taw! Tapi nak buat macam mana, papa bukannya tahu
persengketaan aku dengan Mr Playboy tu.
Tentu saja dia fikir aku akan baik-baik di sini. Tadi saja aku dan dia berpura-pura
berkenalan dengan baik di hadapan papa.
Kami berlakon seolah-olah tidak mengenali diri masing-masing. Sungguh aku terasa hipokrit berhadapan
dengannya. Huh bencinya!
Ketukan di pintu membuatkan aku
kembali semula ke alam nyata. Tak sempat
mulutku ingin memberi arahan, pintu telah pun terbuka luas. Terjengul wajah lelaki yang paling aku benci
di abad ini. Apa dia buat dekat
sini. Apa pulak yang dia mahukan dariku?
Dia tersenyum memandangku.
Kemudian mengatur langkah mendekati aku dengan gaya yang bersahaja. Serius aku menyampah. Terasa nak sepak-sepak je muka dia
sekarang. Aku menarik nafas menyabarkan
diri. Aku kena ingatkan diri yang sekarang
ni dia adalah bos aku. Be professional Mia not personal.
Dia duduk tanpa aku suruh. Matanya tidak lepas memandang aku. Aku dapat rasa aura-aura ketegangan pada
pandangannya. Mesti dia tak suka tengok aku bekerja disini. Entah apalah ayat puaka yang akan keluar dari
bibirnya nanti. Aku kena tenang,
bersedia dengan apa yang bakal keluar dari mulutnya. Aku mesti kebal menepis
segalanya.
“Unbelievable ….” Itu yang keluar dari mulut di tiba-tiba.
“What do you mean?” tanyaku.
“Tak ada apa, Cuma sukar je aku
nak percaya yang kau dan aku akan kerja sebumbung. Aku pun tak tahu pulak Dato Khusyairi ada
anak perempuan yang seganas kau ni.
Berbeza betul kau dengan papa kau ye.
Tak sama langsung.”
Aku menarik nafas panjang.
Sabar….sabar.
“Kalau setakat datang sini nak
kutuk-kutuk orang, tak payahlah. Buat
bazir air liur je. Aku pun tak ingin nak
balas.” Jawabku. Malas aku nak
melayan. Rimas melihat dia memandang
wajahku. Cepat-cepatlah dia keluar kalau
tak memang aku tendang-tendang dia keluar dari sini.
“Okeylah memandangkan kita akan
bekerja dalam satu team, apa kata kita berkenalan dulu. Nama aku Tengku Afriel bin Tengku Aminuddin.
Panggil saja Afriel.” Dia memperkenalkan diri. Cukup bersahaja.
“Aku dah tahulah. Tadi pun kita
dah berkenalan dalam bilik mesyuarat. Tak cukup?” soalku sinis.
Dia tersenyum sinis mendengar
kata-kataku. “Kau ni angin je kan. Tak
boleh ke kita berdamai. Memanglah
sebelum ni kita dah saling kenal. Tapi tak
pernah berakhir dengan baik kan. Tak
boleh ke kau kenalkan diri kau baik-baik dekat aku?”
“Isykk tak payahlah. Macamlah kau tak tahu nama aku. Tak perlu over sangatlah. Lagipun buang masa aku je nak berkenalan
dengan kau.” Balasku geram. Entah kenapa
lancar saja mulutku nak bergaduh dengan dia. Terasa pelik pulak nak bercakap baik-baik
dengan dia.
Dia mendengus geram memandang
aku.
“Kau ni masih tak berubah. Sombong dan bongkak. Nampaknya tak tepatlah bila papa kau kata
yang kau ni seorang yang cheerful dan
funny. Aku tak nampak pun semua tu
dalam diri kau.”
Isykk lantak kaulah kalau tak
nampak. Aku memang tak kuasa nak tonjolkan keperibadian aku pada dia. Buat apa aku nak berbaik-baik dengan dia kan. Buang masa aje.
Aku menjeling tajam
memandangnya. Malas nak membalas
kata-katanya.
“Tapi….tak mengapalah, aku yakin
mesti kau bersikap begini bila dengan aku. Betul kan?” soalnya.
Aku menarik nafas panjang.
Aku menarik nafas panjang.
“Okeylah En. Afriel biarlah saya
berterus terang supaya awak faham dan tak tertanya-tanya lagi. Sebenarnya
aku bukan tak suka dengan kau, tapi… aku benci dengan kau. In other words, I hate you!” sinisku. Aku menaikkan keningku memandang wajahnya.
Dia ketawa. Kedengaran agak sinis sekali padaku. “Well my
dear, hati-hati bila nak menuturkan ayat tu. Memang sekarang kau benci aku. Tapi aku akan pastikan yang satu hari nanti
hanya aku yang kau paling sayang. Just wait and see.”
Hampir aje aku nak pengsan
mendengarnya. Isykkk geli aku nak
sayang-sayang dengan dia. Uwekk….
“Tolonglah….tak mungkin. Aku
takkan suka orang macam kau. Please…”
aku ketawa kuat.
Dia juga turut ketawa tapi lebih
kuat dari aku. Cukup! Aku dah menyampah
melihatnya. Kaki aku rasa dah macam nak
naik keatas je. Dalam lima minit ni dia
tak keluar jugak. Memang aku pasti dia
akan menyesal seumur hidup. Ini Mia,
okay. Aku menahan amarah diri.
“Mr CEO, Aku rasa kalau kau dah
tak ada apa nak cakap silalah keluar ye.
Aku pun dah nak mula start kerja ni.
Takut aku dikatakan orang, curi tulang pulak. Lagipun aku pun tak nak lah buang masa kau. Kau
kan CEO. Kau mesti busy kan. Tak perlulah nak susahkan diri tunjuk ajar
dekat aku. Aku boleh buat semuanya. Lagipun banyak lagi masa kita boleh
berbual. Aku pasti lama kerja dekat sini. Jangan risau.”
Aku berbahasa dengannya secara
terhormat sikit. Harap dia faham yang
aku memang tidak suka dia disini.
Dia tersenyum mendengar kataku.
Dia bingkas bangun dan memandang aku lama sebelum berlalu pergi. Aku terdiam.
Hmmm…kenapa dia tidak balas. Tajam sangat ke kata-kata aku. Tapi dia tersenyum saja tadi. Wajahnya
langsung tak berperasaan. Hmmm bajet baguslah tu. Tapi kan dia memang hebat mengawal perasaan. Suaranya pun ditahan-tahan bila bergaduh
dengan aku. Riak wajahnya pula kadang-kadang tenang bila memandang aku. Pelik aku.
Tak ada perasaan ke dia tu. Tapi... ada ke playboy tak berperasaan. Aneh.
6 comments:
best..nk lagi..
best nak lagi.....
Menarik! Jemput bace "Bila Encik Iceberg Cair"
Http://perempuankampungmoden.blogspot.com
Saya tertarik dgn gaya penceritaannya...
http://justsonimagination.blogspot.com/#
cantiklah blog awak..macam mana nak buat?hehe..btw cerita pun best;-) kalau sudi jemput singgah ke blog saya, haidaothman.blogspot.com
tq!
terima kasih...ambil template dekat internet je...biasa je... hehhehe...
Post a Comment