topbella

Friday, 3 January 2014

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 18

BAB 18


Tepat jam 2.00 petang, barulah Mr Playboy menghantar aku pulang ke rumah.  Sepanjang perjalanan tiada seorang pun diantara kami yang bersuara.  Aku memang betul-betul keletihan.  Aku memejamkan mata dan entah bila, akhirnya aku terlena. Hanyut….

“Wei! Wei! bangun, dah sampai ni.  Bangun!!”

Terpisat-pisat mataku bila mendengarkan suara Mr Playboy mengejutkan aku.  Lah…aku boleh tetidur lagi dalam kereta dia.  Aku segera membuka pintu kereta.  Mengantuknya.

“Kau ni kerja asyik tidur je, hobi kau memang macam ni ek?” perli dia.

Aku menjeling Mr Playboy, Dia…ni sempat lagi mengutuk aku. Nasib aku mengantuk, kalau tak memang harus aku tumbuk muka dia.  Cakap menyakitkan hati.  Eiiii!!!  Aku terus berjalan masuk ke dalam perkarangan rumah.  Sampai sahaja depan pintu rumah, aku terus mengetuk pintu berulang kali.    Kemudian aku baru teringat sesuatu.   Alahai! Mak Jah kan tak ada dekat rumah.   Pagi tadikan Mak Jah keluar pergi kenduri dekat rumah saudara dia, malam karang baru balik.   Adoi! Boleh lupa pulak aku ni.  Macam mana aku nak masuk ni, kunci pun tak ada.  Papa dan abang pun belum balik. Hmmm….

“Kenapa?” tanya Mr Playboy bila melihat aku masih berdiri tegak dekat depan pintu.

“Kunci tak ada…semua orang tak ada dekat rumah.” Keluhku.

“Tak ada kunci?  Habis tu macam mana?”

“Entah!” jawabku geram.  Dah tak ada kunci tentulah tak dapat masuk. Apa punya soalan da…

Mr Playboy mengerutkan kening memikirkan sesuatu.  “Biasanya dekat luar ada letak kunci simpanan tak?”

Berkerut-kerut dahiku memikirkan.  Biasanya ada, Hah! Memang ada, dekat bawah pasu tak silap aku.  Dulu Mak Jah memang ada buat simpanan dekat situ. Tapi itu dulu zaman aku masih sekolah..sekarang ada lagi ke?…

“Biasanya ada….  Tapi tak pasti lah.  Cuba kau tengok dekat pasu besar tu, mungkin ada.”

Mr Playboy segera mengangkat pasu yang aku tunjuk,  untuk melihat di bawahnya. Besar betul pasu tu, kalau aku sorang memang tak mampulah nak angkat.   Alhamdulillah…ada pun kunci simpanan dekat situ.  Mr Playboy mengambilnya dan menghulurkan  padaku.

Thanks…”

Your welcome…lain kali bawak kunci siap-siap, senang.  Nasib ada kunci ni, kalau tak terpaksa kau tunggu dekat luar.” Bebelnya. 

“Hmmm….” Jawabku malas.  Aku betul-betul mengantuk, tak kuasa nak dengar dia membebel.  Tiba-tiba je nak caring.  Giler ape!

“Dah pergi masuk.  Kunci pintu ni.  Hati-hati tinggal seorang!” pesan dia.  Dia tersenyum memandangku. Dia menunggu aku masuk untuk mengunci pintu terlebih dahulu.

Aku mengangguk.  “Hmmm…Thanks again. Bye..” ucapku.   Aku segera masuk ke dalam rumah.  Pintu aku segera kunci.  Aku terus berlari naik ke atas bilik, sebaik saja kereta Mr playboy beredar.  Aku berbaring, dan akhirnya aku tertidur lena. Hmmm….zzzz.

Sedar-sedar saja, dah dekat nak masuk asar.  Cepat-cepat aku bangun,mandi dan solat.  Nasib sempat lagi solat Zohor.   Aku duduk berteleku di sejadah.   Bibirku mengukir senyuman bila mengingati Mr Playboy.  Seperti tak percaya yang hari ni, aku menghabiskan masa dengan orang yang aku paling benci sejak dulu lagi.  Dan lebih pelik, hatiku terasa lapang dan bahagia. 

Hmmmm….adakah ini satu petanda yang aku…..  Tak mungkin!  Mana mungkin aku akan berbaik dengan dia kan.  Dia tetap musuh!    Tapi… Aku meletakkan tapak tangan di dada.  Strange!

********************************************

Terdengar bunyi ketukan di pintu bilik.  Hisyk sape pulak yang kacau aku nak beradu ni? Malasnya nak bangun…..  Perlahan-lahan aku bangun dari katil dan membuka pintu….

“Adik,abang masuk boleh?”

“Hmmm…”jawabku malas.  Selama ni masuk bilik main terjah je, tiba-tiba hari ni bertanya pulak.  Mesti ada benda yang dia nak lah tu dari aku.

Aku meniarap diatas katil  semula, berbaring.  Abang datang dan duduk disebelahku.

Diam.

“Hmmm…tadi ape cerita dengan Tengku Afriel? Lain macam je..” soal abang tiba-tiba.

Kan betul aku cakap mesti ada je yang abang nak dari aku.  Hmm… lain macam? Abang perasan ke aku benci sangat dengan Mr Playboy.  Ketara ke?

“Apa yang lain macamnya?” soalku berkias. Aku bangun dan duduk menghadap abang.

“Ye lah…korang nampak macam mesra je.  Macam pasangan kekasih pun ada he he he.”

Lain yang dari aku fikirkan…Hah mesra? Giler apa,abang ni? Punyalah aku bermasam muka nampak Mr Playboy, dia boleh kata aku mesra-mesraan pulak!

“Ya Allah…apelah abang ni!  Tolong sikit ye.  Ape mesra-mesra? Benci lagi adalah!”

“Benci? Tak Nampak macam benci pun tadi?  Dari jauh lagi abang tengok, Mia siap lompat-lompat lagi main golf dengan dia. Tak perasan abang dan papa yang ada dekat situ.  Macam hanya ada dunia adik dan Afriel je.   Bukan main mesra korang berdua.  Tersengih je sepanjang masa.”

“Mana adalah…tadi tu orang happy pasal dah pandai main golf.  Tengku Afriel tu ajar je, bukan buat apa pun.  Mengarut je abang ni.”

“Hmmmm… yelah, tak nak mengaku.   Diri sendirilah rugi.” Sindir abang.

“Dah cukup jangan nak merepek.  Adik takkan pernah sukakan dia.  Jangan nak buat gosip kat sini.  Ianya mustahil untuk adik suka dia.  I really hate him.”

“Mula-mula bencilah lepas tu sayang-sayang, dah biasa dah dengan drama macam ni.” Cebik abang. Naik pulak darah aku mendengarnya.

Stop it! Abang ni kenapa? Asyik mengarut je, tolong jangan nak buat spekulasi boleh tak.  Adik memang tak suka dia lah.”

“Okay lah….marah pulak, abang gurau je.  Tapi kenapa adik benci dia ye?”

“Sebab dia Mr Playboy.”

“Mr Playboy?” soal abang pelik.

“Yea… Mr Playboy yang adik cerita dekat abang dulu, ingat lagi tak?”

“Maknanya dialah lelaki empat tahun dulu, yang adik simbah dengan air sirap tu?  Tengku Afriel orangnya?” soal abang tak percaya.

Aku mengangguk.

Abang tergelak kuat.

Berkerut dahi aku memandang abang.  Sepatutnya muka terkejut kenapa abang gelak pulak. Aku menolak tubuh abang menyuruh dia berhenti ketawa.  Lama dia ketawa.  Aku membaling bantal pada abang.  Geram!

“Sorry…sorry, abang tak boleh control.  Cuma abang sukar nak percaya.  Tak sangka rupa-rupanya orang yang adik paling benci tu Tengku Afriel.  Patutlah masa kali pertama jumpa dekat office dulu, korang masing –masing terkejut.  Sebab tu lah muka adik nampak kelat je, bila papa kenalkan korang berdua.   Ada kisah silam rupanya.  Kuat jugak jodoh korang berdua ni ye. Ha ha ha.”

“Jodoh? Jangan nak merepek tau.  Tak mungkin playboy macam dia tu jodoh adik.  Lelaki tu tak guna!  Adik benci lelaki yang suka mempermainkan perasaan perempuan macam dia.  Abang nak ke adik dapat suami kaki perempuan tu?” marahku pada Abang.  Cakap jodoh pulak!

“Tak adalah abang doa macam tu pun.  Kalau boleh abang pun nak yang terbaik untuk adik.  Janganlah marah….”

“Tak marah pun, cuma tak sukalah abang kaitkan adik dengan dia.  Adik benci dia!”

Abang menarik nafas sebelum bersuara. “Adik…tak baik benci orang.  Berdosa tau.  Allah tak suka bila hambanya membenci sesama manusia. Setiap hamba yang baik mestilah sabar, iman kenalah kuat untuk tahan dugaan.   Adik abang ni kan bijak orangnya ,mesti pandai berfikir kan.”

Aku terdiam mendengar kata-kata abang.  Tak tahu nak balas apa.

“Tak baik bila kita membenci sesama manusia.   Jangan  menilai orang dari luaran saja, setiap tingkah laku kan boleh diubah.   Siapa tahu satu hari nanti dia dah tak jadi macam tu. Manusia kan boleh berubah.   Kita ni jangan pandai-pandai nak menilai seseorang tu, kita pun belum tentu baik lagi.”tambah abang menasihati aku.

Aku memandang abang.  Hmmm... betul jugak nasihat abang tu.  Aku ni macam baik pulak.  Aku pun ada kekurangan jugak.   Lagipun apa faedah yang dapat kalau aku benci dia kan?  Mr playboy pun ada masanya baik juga dengan aku,  cuma kadang-kadang je mulut dia tu terlebih puaka.  Aku pun sama jugak!    

“Hah! Berangan, dah sampai mana dah tu?”

“Tak adalah. Balasku.  “ Hmmm…abang rasa kalau adik berbaik dengan dia, boleh ke?  Macam pelik je?”

“ Tak pelik pun.  Belum cuba belum tahu kan.  Lagipun Tengku Afriel tu okay je.  Abang pun selesa berkawan dengan dia.   Cuma perangai dia yang kaki perempuan tu jelah, yang lain tu okay.  Kita pandai-pandai lah bila berkawan ni,  kita ambil yang positif  yang negatif tu ambil sebagai pengajaran. Kan ke bagus tu.   Lagi satu papa hantar adik kerja kat situ untuk ape?  Untuk adik belajar sesuatu kan.  Jadi takkan adik nak musnahkan harapan papa tu, disebabkan oleh rasa benci adik pada Afriel.  Think positif sikit.”

“Tapi adik bencilah sikap kaki perempuan dia tu.  Dia fikir dia tu siapa?  Menyampah lah”

Abang tersenyum bila mendengar kata-kataku.

“Pedulilah, itu kan dah perangai dia.  Biar dia sendiri yang ubah.  Kita tak payah nak sibuk hal dia.  Setahu abang, Afriel tu walaupun kaki perempuan tapi bila melibatkan bisnes dia memang bagus. Dia tak pernah campur adukkan urusan peribadi dengan bisnes.  Dia profesional!  Tak rugi berkawan dengan dia.   So adik ambil peluang ni, bekerjasama dengan dia.  Mana tahu, korang boleh jadi rakan bisnes yang baik nanti.” Syarah abang panjang lebar.

“Tengoklah macam mana….”jawabku malas.

Abang mengeluh dia memandangku “Adik nak tahu satu perkara tak?”

“Perkara apa?”

“Tadi papa dan abang betul-betul rush kena jumpa client.  Kami ingat nak suruh je adik balik naik teksi.  Tapi Afriel beriya-iya nak hantar adik balik.  Dia nampak risau sekali.  Papa dan abang pun terkejut tengok riaksi dia.  Papa tak boleh nak cakap apa, bila Afriel dah sungguh-sungguh nak hantar adik.  Siap berjanji akan jaga adik baik-baik lagi.”

“Hah! Bukan papa yang suruh adik balik dengan dia ke?” soalku pelik.  Mr Playboy tipu aku ke tadi tu.  Tak guna!

Abang mengeleng. “Afriel yang nak hantar sendiri, dia cadang nak bawak adik makan dekat rumah dia.  Mulanya papa tak bagi, ye lah risau adik tu kan perempuan, bahaya ikut lelaki. Tapi Afriel beriya-iya pujuk papa, entah macam mana papa pun setuju.  Tadi masa dia hantar adik balik pun,dia siap mesej kami beritahu adik seorang diri dekat rumah.  Dia risau.”

Aku terkejut macam tak percaya dengan apa yang abang sampaikan. Aku diam memandang abang yang tersenyum penuh makna.

“Okaylah…tu je yang abang boleh nasihatkan.  Selebihnya terpulang dekat adik sendiri.   Abang keluar dulu, dah malam sangat ni.  Good night dear.” Pamit abang.

Aku memandang abang keluar dari bilik.  Aku mengeluh.  Keliru.  Kenapa Mr Playboy begitu baik dengan aku.  Bukan dia pun benci aku ke?  Atau tu hanya taktik dia saja.  Argh!!! Aku berbaring semula merenung siling, pandanganku kian malap.




4 comments:

Unknown said...

Hai Ian...just curious sikit..ada tadi kata-kata 'I hate her always'..bukan sepatutnya 'him' ke coz refer kat Mr.Playboy kan?Unless itu kata-kata Mr.Playboy yang dia teringat..sori coz saya tak follow cite ni sebelum ni, itu yang tanya tu, hehe;-)

Ian asynata said...

Thanks sebab bagi tahu....seronok sangat menaip sampai tak perasan. bila baca balik patutlah pelik je, sepatutnya perkataan tu tak ada. mulannya nak buat ayat lain. delete.punya delete smpai tak perasan ada yng tinggal...thanks bagitahu. kalau ada yang pelik lagi cakap ye...

Unknown said...

mana ada pelik..biasalah typing error:-) kita paham..tu yang bagitau takut menimbulkan kekeliruan je, hehe..

Unknown said...

ok, first sori sebab bebel kat sini lagi. yalah,nak emel tak tau..2nd, takziah dari saya untuk Ian.memang cerita kita sama walaupun tak 100% so saya amat2 paham apa yang Ian lalui.saya sempat jaga arwah beberapa bulan je sebelum dia pergi. apa2 pun saya doakn yang terbaik untuk Ian and really2 wish unt tgk cite ni ke versi cetak;-)

Post a Comment

About Me