topbella

Thursday 16 January 2014

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 20

Assalamualaikum semua..hari ni baru ian dapat updat entry IHYMP 20. maaflah sebab agak busy kebelakangan ni.  hope bagi yang minat baca siri ni harap entry ni dapat puaskan hati anda.  satu lagi rajin-rajinlah comment sikit, agar ian tahu apa kelemahan yang boleh diperbaiki.  akhir kata dari ian (ewah poyo punya ayat he he) Teruskan menyokong....

######################################
BAB 20

Perlahan-lahan kakiku  melangkah mengikuti, Mr Playboy ke tempat parking kereta.  Tadi Mr Playboy menawarkan dirinya untuk memapahku , tapi telah ditolak keras.t Tiada talian hayat atau seangkatan dengannya.   

Konon nak buat baiklah tu.    Isykkk…tak tahu ke aku ni pantang lelaki nak pegang-pegang.   Ke dia saja nak ambil kesempatan kat aku?  Dasar Playboy!  Jangan haraplah aku nak bagi.   Selagi aku mampu berjalan aku tetap akan cuba.  Aku bukan lemah. Aku masih berdaya lagi. 

Kereta BMW X5 bergerak laju meninggalkan bangunan Crystal.  Tingkap dibuka sedikit.  Udara yang segar memberiku sedikit kekuatan.   Aku menoleh melihat Mr Playboy yang sedang memandu.  Khusyuk.  
Aku tersenyum nipis, macam tak percaya je yang Mr Playboy ni boleh ambil berat pasal aku.  Ternyata dia punya hati yang baik juga.  Mungkin kerana menyedari dirinya diperhatikan, Mr Playboy menoleh padaku.

“What?”soalnya.

“What?” soalku balik.

“You’re smiling…”

“Mana ada…”

“Ada.  Tak payah nak berpura pulak.  Aku tahu kau senyum tengok aku tadi.  Jangan kata kau dah mula  tergoda dengan kekacakkan aku?   Kalau betul, mengaku je lah, sebab aku yakin tak ada wanita yang dapat menolak aku.  Semuanya berebut nak dengan aku.” Balasnya berlagak.

“Excuse me….jangan nak perasan boleh tak. Aku takkan tergoda dengan wajah kau tu. Huh perempuan yang nak kau tu rabun agaknya. Tak pun buta!  Huh!  you re not my taste Mr Playboy.  Tengok muka kau ni, langsung tak buat aku berselera tau.   No heart feeling..” cebikku.  Mr Playboy ketawa.

“Ye ke…Hmmm…jadi masa kau duduk dekat riba aku tadi, kau tak rasa apa-apalah? Tak ada perasaan ke?” soalnya sengaja mengenakan aku.  Aku mengigit bibir.  Dia ni…..

“Sorry…..For your information, Aku bukan duduk dekat riba kau saja-saja tadi.  Aku terjatuh dekat situ.  Terjatuh!  Boleh jangan nak over tak ayat kau tu.” Jelingku.

Mr Playboy ketawa kuat.  Menyampah aku tengok muka dia yang ala-ala macam Kapten Jack Sparrow bila gelak tu.  Berlakon je lebih!

“Samalah tu.  Kau tetap duduk dekat riba aku kan.  And for your information too, aku nampak wajah kau blushing sangat bila aku tanya soalan tadi.  Dan aku yakin mesti kau demam sebab terkejut pasal hal tadi.  
Betul tak?” duganya sengaja. Dia ketawa kuat.

“Eiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!.” Jeritku geram.

Aku menjeling, berpaling memandang tingkap.  Sengaja membiarkan soalannya itu.  Malas aku nak jawab.  Semua organ dalamanku terasa nak tercabut je bila teringat peristiwa tadi. Dan pasal kejadian tu lah aku boleh demam dan sakit kepala.  Malu!

Suasana kembali senyap di dalam kereta.  Pandanganku masih diluar tingkap.  Dahiku mula berkerut melihat arah jalan.

“Wei kau nak bawak aku pergi mana ni? Ni bukan jalan nak balik rumah aku?” Soalku bila  melihat kereta Mr Playboy tidak menghala lorong ke rumahku.  Jalan rumahku arah sana.  Dia pergi arah sini kenapa? Dia nak bawa aku balik rumah dia lagi ke? Uisyk!

“Yup, memang bukan jalan rumah kau.    Aku nak bawa kau pergi klinik dulu.  Muka kau dah pucat sangat tu.  Melarat nanti.  And no more excuse.”  Tegasnya.  Tak sempat aku nak bersuara. Dia terlebih dahulu mengatakan.

Aku memuncungkan mulut. Protes!  Eiiii…. tak sukanya nak pergi klinik.    Dia ni tak tau ke aku takut nak pergi klinik tu.   Kalau aku nak sangat ke klinik, dah lama aku pergi dengan Reena tadi. Tak payah nak susahkan sesiapa.   Eiii….geramnya dengan Mr Playboy ni, macam tau-tau je aku allergic dengan klinik.  Segajalah tu!

Aku tak nak pergi klinik!  Takut!  Habislah…. macam mana kalau Doktor tu inject aku? Eiii sakit…  Tak Nak! Papa Help me!!

*********************************************************

Aku duduk di kerusi yang disediakan di ruang menunggu di klinik.  Aku mengeggam kedua-dua tapak tanganku.  Dalam hati berdoa, janganlah aku disuntik dengan jarum atau apa-apa benda alah yang menakutkan dekat klinik ni.  Mahu aku pengsan dekat situ nanti!


Mendengarkan namaku dipanggil, Mr Playboy segera bangun.  Aku memandang dia yang telah berdiri di sebelahku.  Eh aku yang sakit ke dia yang sakit ni? Apesal muka dia lagi excited dari aku pulak?  Kalau macam tu baik dia je yang masuk, sebab aku dah rasa macam dan sihat je pulak sekarang ni  he he he.  
Wargh!!! Tak nak masuk!

Aku dan Mr Playboy melangkah masuk ke dalam bilik rawatan.  Seorang doktor wanita yang duduk, tersenyum ke arah kami berdua.  Dia memberi salam kepada kami.  Aku dan Mr Playboy menjawab salamnya. 

Mr Playboy menarik kerusi untuk aku duduk.  Doktor wanita itu tersenyum-senyum melihat perlakuan Mr Playboy.  Aku duduk dengan penuh malu.  Kot ye pun nak gentleman, tak payahlah tunjuk dekat depan doctor ni.  Karang doctor ni fikir lain pulak.       

 “Boleh bagitahu sakit apa?” Tanya doktor perempuan tu ramah.

“Boleh.. Hmmm sebenarnya saya rasa badan ni macam nak demam.  Panas je dari tadi.   Lepas tu kepala ni pening dan tekak pun sakit.”  Aku menerangkan simpton-simpton yang aku alami dengan betul.  Takut kalau tersalah cakap, nanti tak pasal-pasal doctor ni pergi inject aku pulak.  Naya je!

Doktor itu menganggukkan kepalanya, dia bersuara. “Muka awak nampak pucat, sekejap saya check suhu dulu.” Dia mengambil thermometer elektronik,lalu diletakkan di telingaku untuk memeriksa suhu badan. Tekanan darahku juga diambil. 

“Serius ke sakitnya doktor?” sampuk Mr Playboy tiba-tiba.  Nampak wajahnya risau.  Aku menjeling padanya.  Macam dia pulak yang sakit, aku yang sakit ni pun tak sibuk nak tanya.  Over betul!

“Hmmm…panas sikit.  Tak apa nanti saya bagi ubat demam dengan sakit tekak.  Biasanya kalau demam memang akan rasa sakit kepala. Tekanan darah pun normal.  Jangan risau.  Tak nak buat urine test ke? Mana tahu ada rezeki.” Senyum doctor itu.

“Hah!!!” aku dan Mr Playboy sama-sama terjerit dengan pertanyaan doctor wanita itu. Bulat mataku memandang doktor wanita itu.  Aku menoleh Mr Playboy dia nampak blur dan terdiam..  Eh mamat sengal ni yang dia diam je kenapa.  Say something! Tak boleh harap!  

Aku menoleh semula pada doctor wanita itu. Terkelu rasa lidah ni nak menjawab soalannya. Memang hiperbola terlampau tu!  Boleh pulak dia kata aku dengan Mr Playboy ni laki bini.  Apa ada tercop ke kat muka ke yang kami ni baru berkahwin sampai doctor ni syak aku mengandung pulak.   Nonsense!

 “Doktor sebenarnya saya ni belum berkahwin.” Tegasku . Aku tersenyum nipis.

“Owh maaf.  Tadi saya ingat awak berdua ni suami isteri.  Nampak macam baru berkahwin je, sebab tu saya fikir macam tu.  Saya minta maaf sekali lagi. ” ucap doctor tu bersungguh-sungguh memohon maaf.

“Eh tak apa.  Lagipun ramai yang kata kami ni macam suami isteri. Dah biasa.  Sebenarnya dia ni abang saya doktor.  Kan Abang.” Tipuku sengaja.  Mr Playboy tidak bereaksi melihat aku.  Dia diam saja. Angguk tak, geleng pun tak. 

Aku mencebikkan mulut.  Buat bodoh je. Malas nak ambil tahu perasaan dia.   Tak adanya aku nak jadi bini dia.  Minta simpang!  Tak terjangkau dek akal nak berabang sayang dengan dia.  Silap hari bulan keluar muntah hijau pulak nanti.

Setelah selesai rawatan aku dan Mr Playboy duduk di ruang menunggu ubat. Sebaik saja namaku dipanggil,aku cuba untuk bangun namun Mr Playboy terlebih dahulu bangun dan pergi mengambil ubat.

Huh! Sibuk je nak buat baik.   Poyo!  Sempat juga aku mendengar perbualan dia dengan jururawat ubat tu.  Alah jarak seciput je, mana tak dengarnya.

“Abang ni abang kakak tu ke?”soal jururawat itu.  Gaya muka macam tak percaya je.  Busy body punya nurse!

Mr Playboy tidak mengangguk. Wajahnya nampak mencuka saja.  Hampir je nak terburai ketawa aku.  Agaknya dia marah kot sebab aku mengaku jadi adik dia ha ha ha.  Tapi apasalahnya sesuai apa aku jadi adik dia.  Adik mithali lagi he he he.

Setelah selesai kami keluar dari klinik, Mr Playboy cuba untuk  memapah tanganku.  Aku menepisnya.

“Jangan pegang boleh tak.  H.A.R.A.M!” aku mengejanya. Suka sangat nak sentuh orang.  Gatal! 
Dia mendengus geram melihat aku.

“Kau ingat aku nak sangat pegang tangan kau ke tanpa lapik ni?  Kan baju kau ni lengan panjang. Jadi tak ada hal kan.  Aku ni rasa kesian tengok kau terhuyung-hayang berjalan.  Karang jatuh pulak dalam longkang ni. Tak pasal-pasal papa kau marah aku pulak.” Marahnya.

“Lagi satu aku kan abang kau….”sindirnya lagi.

Aku mencebik.  Huh nak sindir aku pasal tadilah tu. 

“Tak payahlah, aku boleh lagi jalan.  Aku mampu lagi kau tak payah nak tunjuk prihatin sangat.    Dah tepi sikit!”  Aku cuba berjalan sendiri.  Terasa kepalaku seperti berpinar, mataku semakin kabur.  Tapi aku masih dapat menahannya.  Kakiku terasa sedikit lemah.

“Tengok dah jadi macam ni pun kau masih nak berlagak.   Degil!” Mr Playboy terus mencempung aku sehingga masuk ke dalam kereta.  Kaku tubuhku sekejap.  Aku hanya berdiam diri, tak mampu menahannya.  Badanku semakin lemah.

**********************************************************

“Berapa bayaran tadi? Nanti aku bayar balik pada kau.” Soalku pada Mr Playboy yang tengah memandu.  

Aku duduk mengiring memandangnya yang memandu.

“Tak payahlah. Anggap je ini pemberian ikhlas dari seorang abang.  Aku kan abang kau.”

Huh sekali lagi dia perli-perli aku. Sengajalah tu!

“Betul ni? Nanti jangan cakap aku tak mahu bayar pulak.  Aku tak suka nak berhutang dengan orang.” Seriusku. 

“Betullah.  Simpan je duit kau tu.  Duit aku banyak, setakat nak tanggung kau seorang, aku masih mampu lagi.” Balasnya berlagak.  Rasa menyampah pula dengar ayat yang keluar dari mulutnya itu.  Nasiblah aku dalam kereta, kalau tak aku sepak-sepak je mulut dia tu.  Cakap menyakitkan hati.  Ingat aku heran sangat duit dia tu.  Papa aku lagi banyak duit lah. Huh!

Kereta BMW X5 akhirnya berhenti di depan pintu pagar banglo rumahku.   Aku ingin melangkah keluar dari kereta.  Namun langkahku terhenti dan badanku automatic menoleh pada Mr Playboy.

“Terima kasih.” Itu yang terluah dibibirku.  Dia mengangguk.

“Kau cutilah sehari dua ni.  Nanti dah sihat baru pergi kerja.  Jangan risau pasal kerja kau, nanti aku suruh Reena bereskan.  Sekarang ni aku nak kau berehat dulu.”  

Aku mengangguk. Rasa terharu dengan sikap dia yang prihatin.   Tapi aku malas hendak menjawab. Badanku sudah terlalu letih.  Aku melangkah keluar dari keretanya.  Badanku sedikit terhuyung-hayang.  Aku sempat menoleh padanya dan tersenyum.

Dia merenungku lama.  Matanya menujukkan reaksi seperti tidak sanggup berpisah denganku.  Wajahnya tampak risau. 

Aku masuk ke dalam rumah dan terus ke bilikku.  Aku merebahkan badan di katil.  Lega sikit badanku.  Perlahan-lahan aku memejamkan mata.

***********************************************************

Aku tersedar dari tidur, pandangku agak kabur.  Mak jah berada disisi katilku.  Eh! Macam mana Mak Jah boleh ada dekat bilik ni?  Berkerut dahiku memikirkan. 

“Alhamdulillah Mia dah bangun pun.  Risau Mak Jah tadi.” Ucap Mak Jah.  Nampak ketara wajah risaunya. Aku tersenyum hambar memandang Mak Jah.  Aku cuba bangun untuk duduk.

“Hati-hati sayang. ” Mak Jah membantu aku untuk duduk.  Dia meletakkan bantal di kepala katil untuk memudahkan aku bersandar.

“Terima kasih Mak Jah.  Susahkan Mak Jah saje.”  Mak Jah hanya tersenyum mendengar omelanku.   Dia menyuapkan bubur padaku dengan penuh kasih sayang.   Aku terharu, walaupun tekakku perit untuk menelannya namun aku gagahkan diri untuk makan.   Hanya beberapa suap saja yang dapat masuk ke perut.  Selebihnya memang tak tertelan dekat mulut. 

Mak Jah kemudian menghulurkan ubat dan segelas air padaku.  Aku menelan beberapa ubat yang dibeli tadi Setelah selesai aku menyuruh Mak Jah untuk tidur di biliknya.  Aku yakin Mak Jah mesti penat menjaga aku tadi.  Aku tidak mahu menyusahkannya lagi. 

Aku duduk bersandar di kepala katil. Pening kepalaku sudah semakin kurang, demam pun  sudah mula kebah.   Aku menarik nafas lega.  Rasa-rasanya aku kena berterima kasih pada Mr Playboy nanti kerana sudi membantuku.  Aku tidak mahu terhutang budi dengan dia, nanti terlebih budi tak pasal-pasal kena balas dengan body pula...  Eiii...seriau bila fikirkan.  Selisih malaikat 44!  Janganlah terjadi.

Aku memandang ke atas syiling.  Satu keluhan keluar dari bibirku.

Memikirkan Mr Playboy membuatku sedikit runsing.  Apa yang telah berlaku?  Kenapa hatiku mula berubah menerima segala kebaikan dia.  Apa motif aku ingin berkawan dengan dia? Atas pesan abang atau ada sesuatu dalam hatiku?  Argh! Lelaki itu betul-betul membuatkan aku rasa geram.  Tapi kenapa dia yang selalu aku fikirkan.  Ya Allah….kenapa dengan aku hari ini?  Aku berisgtifar di dalam hati. Bermohon diberi petunjuk dari Allah.  Amin.


4 comments:

sim said...

menarik

manga lover said...

akak nk lagi !! nk lagi!! pleeeeaaaasssseeeee!!

Unknown said...

best.. sentiasa tertunggu2 entry seterusnya.. update cepatla sikit, klu blh...:)

Syafiqah Hartini said...

best. nak lagi sambungannyaa... tak sabar tunggu next entry. ponat den menanti ni haa..haha

Post a Comment

About Me