BAB 14
Pagi yang subuh ini aku bangun untuk mengerjakan
solat. Setelah sebulan kehidupanku
serabut akhirnya fikiranku sudah mulai tenang kembali. Bagiku tak perlulah nak difikirkan soal itu lagi,
tawakal dan redhalah dengan takdir yang ditentukan Tuhan.
Jodoh itu ada cuma
lambat atau cepat saja. Aku mula
tersedar dari segala mimpi. Selama ini
aku telah menutup ruang hati aku untuk mana-mana lelaki. Ini kerana aku selalu melebihkan diriku dari
segala aspek. Sampaikan aku tidak sedar
bahawa selama ini ada seseorang yang merindui aku dan dia selalu dekat denganku.
Betulah kata orang, kadang-kadang jodoh itu ada depan mata tapi kita tak
nampak.
Tapi kelakar jugak bila
difikirkan aku boleh serabut memikirkan Abang Hafizul. Mana taknya Tizz Alisya yang dulunya seorang happy go lucky, akhirnya rebah pada
cinta si skema sebelah rumah. Adoi!!
punyalah aku selalu mengutuk dia. Akhirnya
orang yang aku kutuk tu lah yang aku gila setengah mati sekarang.
Dalam-dalam aku kutuk
Abang Hafizul sebenarnya aku juga menyimpan perasaan kepada dia lama dulu. Tapi aku anggap itu hanya mainan perasaan je. Yelah budak-budak sekolah, mulalah kalau ada
yang handsome sikit rasa nak sukalah kan.
Tapi betullah aku dah
lama suka kat dia tapi bila ye? Cinta memang butakan agaknya sebab buta lah aku
dulu tak nampak cinta aku kat Abang Hafizul he he he.
Namun bila difikirkan
semula, sebagai hamba Allah aku tidak harus mengikut perasaan. Sepatutnya Cintalah kepada Allah dan Rasul
dahulu kerana cinta kepadanya adalah lebih indah berbanding cinta yang lain.
Ya Allah ampunkan aku
jika sebelum ini aku sering lalai dalam mengerjakan suruhanmu. Aku insan kerdil
yang hanya tahu meminta bila susah sedangkan aku tidak pandai bersyukur dengan
nikmat yang Kau berikan.
“Ya Allah ya Tuhanku
sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan kecintaanMu dan kecintaan orang
yang mencintaiMU dan kecintaan amalan
yang membawaku sampai kepada kecintaanMU. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah cinta
kepadaMu sesuatu yang sangat aku cintai lebih dari diriku, hartaku,keluargaku
dan air yang dingin. Amin”aku mengaminkan doa. Terasa tenang. Betullah cinta kepada Allah lebih Hakiki
kerana ianya kekal dan Allah sentiasa mencintai hambanya dikala susah dan
senang.
Bunyi ketukan bergema
di luar pintu bilik sebelum dibuka. Fitriah tersenyum melihat aku yang baru lepas
bersolat subuh. Hari ini aku dan Fitriah
malas mahu ke butik ,cadangnya kami mahu keluar berjalan-jalan sekitar Kuala
Lumpur. Kata Fitriah dah lama
tak pergi ke Sogo, Chow Kit dan sekitar jalan TAR (Tunku Abdul Rahman). Jadi
kami mahu melepaskan gian untuk cuci-cuci mata bagi melepaskan lelah bekerja.
“Tizz………….” panggil
Fitriah manja.
Aku memandang Fitriah. Hai laaa.. kalau dah keluar suara kucing
miang tu. Mesti ada benda yang dia nak ni. Aku menjeling Fitriah. Menyampah!
Fitriah tergelak.
“Baik kau cakap cepat
apa kau nak?” aku melipat telekung dan menyimpan ke dalam almari.
“Ermmm…kita nak keluar
hari ni kan?… ermmm boleh tak..errr…”Fitriah tergagap-gagap.
“Boleh tak errr…ape?”
aku mengulang semula apa yang ingin dicakap Fitriah tadi.
“Boleh tak Adam
ikut..”luah Fitriah lega. Matanya
bercahaya memandang aku penuh pengharapan.
Aku buat tak heran je.
Adoi buat apelah si Adam tu nak diajak jalan-jalan kat KL. Sanggup ke dia? Karang merungut pulak bosan. Al- maklumlah aku dan Fitriah ni kalau jalan
memang tak ingat dunia sepuluh kali tawaf tempat yang sama pun tak kisah.
Tapi aku rasa
mesti si Fitriah ni yang ajak. Dia ni sehari kalau tak berkepit tak sah!!
Geram aku rasa nak kunyah-kunyah macam chewing gum.
“Alah boleh lah Tizz. Sekali ni aje. Lagipun tadi aku bagi tahu dia, nak keluar
dengan kau pergi KL. Tiba-tiba je dia
nak ikut. Kau kan tau di selalu on
call jarang kami dapat jumpa. Kesian kan.” luah Fitriah sengaja memancing aku
dengan muka sedih dia.
“Kalau macam tu kau keluar
aje dengan dia. Buat ape nak keluar dengan aku sekali. Dating
dua orang kan best?" aku mengerling Fitriah.
“Alah janganlah macam
ni. Kau kawan yang baik kan. Kata sayang aku.” Fitriah mulalah membuat
drama air mata dia memujuk aku.
Adoi! lemah jantung
macam ni. Nasiblah dapat kawan manja.
“Yelah-yelah. Pukul
berapa nak pergi ni.?” soalku kembali menatap wajah Fitriah yang putih mulus
itu.
“Ermm…pukul 10 pagi. Kita pergi naik kereta Adam tau.” balas
Fitriah gembira.
“Ermm…tak kisah”
balasku malas. Fitriah tersenyum girang dan terus keluar dari bilikku. Aku
hanya mengelengkan kepala melihat ragamnya. Nasiblah!
**********************************************************
BAB 15
SUASANA di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)
agak lengang dengan orang ramai. Mungkin disebabkan hari ini hari selasa. Hari bekerja katakan. Fitriah dan aku mulalah panjang kaki
berjalan sana-sini. Gaya macam KL ni
kitaorang punya.
Fitriah dah mulalah menjerit,
lihat tudung-tudung yang tersangkut di sekitar kedai yang berderet dekat sini. Aku cuma mengelengkan kepala je melihat
tingkah Fitriah. Dah macam pelancong dari luar negara aje!
Aku hanya memerhati Fitriah yang sedang sibuk membeli belah.
Mataku kemudian tertancap pada sehelai baju kebaya putih berlabuci. Cantik
itulah yang dapat aku gambarkan. Kebaya
pendek putih dipadankan dengan kain batik lepas. Ditambahkan lagi dengan labuci berwarna
biru sangat sesuai digayakan pada mana-mana majlis terutama majlis akad nikah.
Bibirku mengukir senyuman melihatnya.
Sedang aku melayan
perasaan melihat baju tersebut. Kedengaran bunyi
nafas seseorang di sebelahku. Aku
menoleh seketika untuk melihat.
“Isykk dia ni sibuk je
nak duduk dekat sini. Pergilah ikut Fitriah.” Omelku perlahan. Adam di sebelah
aku jeling.
“Kau nak beli ke baju
ni?” soalnya tiba-tiba.
“Tak lah..saja je
tengok.” ‘yang kau sibuk apehal?’ tambahku dalam hati.
“Baguslah. Badan kau tu
tak sesuai pakai baju ni. Mesti sendat, nanti nampak lemak-lemak kau tu.”
Mencerlung mataku
memandang dia. Terbayang-bayang wajah Fitriah yang meminta aku janganlah
membelasah boyfriend dia ni.
Aku menarik nafas.
Menjeling dia sekejap sebelum melangkah pergi ke kedai sebelah meninggalkan
dia.
“Woi tunggulah ..Nanti
kau sesat jalan sorang-sorang.” pintas Adam.
Aku berhenti melangkah
dan memandang dia. Sedikit jelingan maut aku berikan.
“Excuse me rasanya you ni dah silap orang. I tekankan di sini yang I
ni bukan makwe you. Makwe you yang
sedang beli barang sorang-sorang kat sana.” Aku menunjukkan dia Fitriah yang
sedang ralit membeli baju dan tudung di sebuah kedai di hujung jalan.
“Memanglah you bukan makwe I sape kata you ni
makwe i?”
Dah ber I You pulak. Sengajala lah tu nak ajuk.
“Dah tu yang kau sibuk
nak ikut aku dan tahan aku apehal?”
“ Ikut suka hati aku
lah nak halang ke ape ke. Hak aku!.” aku menahan sabar je mendengar ayat dia
yang terakhir tu. Bila masa aku ni jadi Hak dia?
“Woi En Doktor mulut tu
tak reti nak kumur dulu ke sebelum cakap. Jangan nanti aku naik angin pulak kat
sini.” aku mulalah hot dengan dia.
Dia terus menghembus
nafasnya ke muka aku. Tersentak aku. Menyerbu
darah naik ke muka. Merah muka aku. Dia tersenyum sinis.
“Wangi tak? itu
tandanya aku dah polish mulut sebelum cakap. Mulut kau tu lainlah ada bau longkang, segala
benda kau sumbat kat dalam tu.”
Aku pun ‘hot’ lah. Kurang ajar! Tak pernah lelaki buat aku macam ni. Dia ni menyakitkan hati betul. Belum sempat aku nak membidas. Fitriah mula berlari-lari anak ke arah kami.
“Sorry Tizz, aku
kalau shopping lupa aku datang dengan siapa.
Main aci redah je sorang-sorang he he he” kata Fitriah tercungap-cungap
akibat berlari tadi.
“Ermm…Jom lah balik. Dah habis beli kan?” tanyaku. Sebenarnya dah menyampah tengok ‘makhluk’
sebelah ni.
“Eh.. kau tak beli
apa-apa pun? Tadi kata nak cari baju?”
Fitriah memandang aku hairan barangkali bila melihat tangan aku masih kosong.
“Tak jadi..Panaslah.”
aku menjeling Adam di sebelah.
Fitriah mengipas-ngipas
mukanya mungkin dia pun merasa panas sebab berjalan tadi.
Kami berjalan masuk ke
dalam kereta. Aku terus menghenyakkan punggung ke sofa kereta di belakang.
Nasib empuk kalau tak mahu kematu aku kat dalam ni. Kereta mula bergerak
di jalan raya menuju ke destinasi kami yang seterusnya. Balik rumah!
Niat membeli- belah
sebenarnya sudah terbantut sejak pagi tadi.
Semasa Adam mahu menjemput kami di rumah pada mulanya. Mana taknya dia janji nak jemput pukul 10
alih-alih pukul 12 baru sampai.
Aku mulalah panas hati.
Aku menoleh pada Fitriah yang sedang duduk di ruang tamu nampak dia juga
gelisah.
“Fitt mana boyfriend
kau ni? Dah pukul berapa ni.? soalku geram.
Fitriah hanya
tersenyum. Muka dia seperti serba
salah. Nak tak nak je jawab.
“Sabarlah. Kejap lagi
Adam sampai.” pujuk Fitriah.
“Itulah… aku kata tak
payah ajak dia. Kau degil. Tengok sekarang pukul berapa? Cuba kalau aku drive tadi, bukan dah setakat
sampai KL. Genting Highland pun dah lepas.” Aku menjeling
Fitriah.
PON…PON..PON
Bunyi Hon kereta dari
luar. Siapa lagi… Makhluk tu lah datang.
Aku dan Fitriah segera bangun dan
keluar. Fitriah mulalah tersenyum
melihat Adam.
Aku tak payah ceritalah,
muka aku boleh terbakar je tengok muka dia yang macam kambing kat kandang tu. Langsung tak rasa bersalah. Hampeh!!
Fitriah mengambil
tempat duduk di bahagian hadapan. Aku
di belakang. Aku sempat menjeling tajam
pada Adam melalui cermin sisi sebelum masuk.
Kereta mula bergerak.
Suasana terasa tegang. Tak ada apa yang
aku nak cakap mood dah lari. Rasa nak balik je. Sumpah!!!
“Fitriah bau minyak
wangi ape ni? Kuat giler. You tukar minyak wangi ke? Busuklah.” Kata Adam
tiba-tiba. Matanya mengerling aku di
belakang.
Aku bukannya tak dengar
apa dia cakap. Tu nak mengata bau minyak wangi akulah tu. Dia ni tak tahu ke, ni minyak wangi jenama
Issey miyake. Dekat 200 lebih harga! Dia boleh kata busuk. Memang nak makan selipar saiz 5, makhluk ni.
“Tak adalah I tak tukar
pun. Macam biasa je. Hidung you kot yang sensitif.” bidas Fitriah. Dia mulalah buat perangai lurus bendul,
mencium sana sini.
Aku mengeluh melihat
gelagat Fitriah. Tak sedar ke yang kawan kau ni diperkotak- katik kan oleh si
buah hati. Boleh pakai ke ayat ni tak
boleh pun aku guna jugak. warghhhh!!!
“Tizz” panggil Fitriah
perlahan. Aku tersentak dari ingatan yang jauh tadi.
“Ape?”
“Kita pergi minum dulu
nak.” ajak Fitriah.
Aku menjeling melihat
Si Adam di depan. Tak kuasa aku nak lama-lama.
Lagi baik aku balik rumah. Tengok
one piece kartun favourite aku lagi bagus!
“Tak payahlah dah nak
sampai pun. Nanti balik aku buat air. Membazir je minum kedai.” aku menjeling
Adam lagi. Ingat aku hadap sangat nak minum dengan kau.
“Ermm…okay” balas
Fitriah hampa.
Akhirnya kami sampai
jugak di rumah. Aku segera keluar tak mahu berlama-lama lagi dalam kereta.
Tanpa ucapan terima kasih aku menonong masuk dan membuka pintu rumah. Aku terus masuk ke dalam dan menghilangkan
diri. Sebal!!!
3 comments:
Best.
Best best
thanks semua....
Post a Comment