topbella

Monday, 3 February 2014

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 25


Asasalamualaikum semua......maaf kalau kena tunggu lama.  Beberapa hari ni ian terlalu sibuk sangat sampai tak ada masa nak menulis.  So hari ni baru ian berpeluang nak menulis sekaligus mengupload entry baru ni. So siapa yang minat IHYMP harap entry baru ni dapat memberi kepuasan dengan korang.  Tanpa korang story ni pun tak jalan.  So sayang korang sangat-sangat......see you soon...
###########################################

BAB 25

Aku duduk dihadapan cermin dan membubuh sedikit bedak kompak di muka.  Selendang berwarna kelabu aku kenakan dikepala, kupinkan dikiri dan kanan bahu.  Baju drees princess purple, berbunga kecil diatas dan warna plain magenta di bahagian bawah kubetulkan sedikit agar tampak kemas.  Lipstick pink cair aku oleskan sedikit di bibir agar nampak berseri.

Aku tersenyum lebar setelah puas hati melihat penampilanku malam ini.  Aku mencapai tas tangan hitam di atas meja. Kecil dan comel, hanya perlu dipegang ditangan sahaja.   Aku buka almari dan mengambil high heel hitam di dalam kotak.  Kasut berjenama ini baru saja kubeli di pavilion semalam.  Sekali lagi aku menilik wajahku di cermin. Aku tersenyum.

Malam ini aku akan makan malam bersama keluarga Mr Playboy.   Seperti yang telah dijanjikan Mr Playboy akan menjemput aku untuk ke rumahnya.  Rasa berdebar-debar pula hati ini tiba-tiba.  Rasa macam nak jumpa keluarga mertua pula.  Ermm memang pelik dan aneh jantungku saat ini.  Cepat-cepat aku menepis perasaan gundah- gulana ini.  Nak pergi makan malam je pun bukan nak buat apa pun kan. Nonsense!

Jeritan suara Mak Jah dari bawah mengejutkan aku.  Aku bergegas bangun untuk turun kebawah.  Rasa-rasanya Mr Playboy mungkin sudah sampai.  Kakiku laju melangkah menuruni anak tangga.  Sebaik sahaja kaki memijak lantai di bawah, mataku dan matanya bersatu.
Mr Playboy sedang duduk di sofa diruang tamu tengah.  Matanya memandang kearahku.  Aku tersenyum nipis padanya.  Mr Playboy bangun dan berjalan kearahku.  Dia turut tersenyum,

“Hmmm…cantik.”

“Apa?” telingaku seperti menangkap sesuatu berunsur pujian pula dari mulutnya.  Dia kata cantik ke? Aku cantik?

“Tak ada apa, pasu crystal tu cantik.  Baru beli ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni?” soalnya. Bibirnya dijuihkan menunjuk pada pasu crystal yang terletak di meja hiasan di tepi tangga. 

Aku mencebik.   Pasu crystal tu dia kata cantik? Aku dekat depan dia yang cantik ni tak pulak dia puji.  Hampeh!  Aku menjelingnya. 

“Tak tahulah baru ke tidak, tapi dah lebih lima tahun pasu tu duduk kat situ.  Sebelum ni takkan tak nampak kot?  Rabun ke?” sinisku geram.

Dia tersenyum nipis.

“Jom pergi.  Mummy dan daddy mesti dah tunggu kita.”

Aku mengangguk.  Kakiku melangkah perlahan mengikutnya menuju ke kereta yang diparkir di depan rumah.

“Wah berkilat kereta, baru lepas cuci ke?” soalku sebaik sahaja berdiri disebelah Lamborghini orenya yang berkilat dan berkilauan pada malam ini.

Mr Playboy ketawa kecil melihat aku yang mengusap-usap kereta dia. 

“Silakan….”  Dia membukakan pintu, mempelawa aku masuk ke dalam kereta.

Terkedu aku sekejap memandang wajahnya.  Biar betul dia ni?  Demam ke apa? Apesal gentleman sangat malam ni, sebelum ni tak pernah pun dia nak bukakan pintu kereta untuk aku?  Aku masuk ke dalam kereta dengan perasaan kurang selesa. Pelik?

“Boleh kita gerak sekarang?” tanyanya lagi.

Berkelip-kelip aku mendengar pertanyaanya.  Dia ni dah buang tebiat ke apa?  Naik pula bulu roma aku melihat caranya malam ini.  Entah-entah dia ni jelmaan Mr Playboy kot? Lain macam je cara dia senyum tadi.  Mulutku terus terkumat kamit membaca Ayatul Kursi.  

Aku membaca doa pelindung diri.  Memohon di jauhkan dari segala gangguan yang tidak sepatutnya.  Aku menoleh pada Mr Playboy.

“Fuhhhhhhh!!!!!!!”

“Woi!!!!! apa ni?” jerit Mr Playboy.  Mungkin dia terkejut melihat aku menghembus mukanya sekejap tadi.

Aku menarik nafas lega mendegar jeritan nyaring Mr Playboy.  Nampaknya makhluk yang merasuk Mr Playboy tu dah lari.  Senang hati aku.

“Kau dah okey ke? Kau ada rasa apa-apa tak?” soalku risau.

“Okey? Rasa apa?  Apa yang kau merepek ni?” soalnya pelik. Dia pandang muka aku semula.

“Alhamdulillah, syukur kau tak apa-apa.  Kau tau tak tadi kau dah kena sampuk.   Aku baru halau hantu yang rasuk kau tadi.  Seram betul bila tengok kau gentleman tiba-tiba.  Aku dah agak dah mesti ada yang mengikut kau ni.  Lain giler kau tadi, lemah lembut semacam je. Takut aku.  Hisyk…entah makhluk manalah mengikut kau ni?  Mesti tadi kau keluar rumah tak baca doa kan? Tak pasal-pasal dah ada yang mengikut kau.  Nasib baik aku ni pandai sikit baca-baca doa, kalau tak, entah apalah yang jadi kat kau kejap lagi. 
Menyeramkan…” Terangku panjang lebar. Tergeleng-geleng kepalaku bercakap.

Berdesir mulut Mr Playboy mendengar peneranganku. Nampak ketegangan pada urat wajahnya.  Dia segera menghidupkan enjin kereta.  Kereta mula bergerak laju menuju ke destinasi. Mr Playboy memecut laju. Pedal minyaknya ditekan habis.

Tanganku memegang erat tali pingang yang disilang kemas di dada.  Mak ai… lajunya dia bawa kereta.  Boleh mati ketakutan aku macam ni.  Bawak kereta macam jalan ni dia yang punya.  Dia ni ingat tengah race ke apa? Hisyk kalau tak ditegur ni, tak pasal-pasal makan malam dekat ICU pulak kejap nanti.

“Wei, kot ye pun kau nak cepat agak-agaklah jugak bawak kereta tu.  Ingat nyawa aku ni pakai bateri ke?” sinisku.

Mr Playboy menoleh sekejap padaku.  Dia memperlahankan pemanduannya.

Aku menarik nafas lega.  Aku memandang ke hadapan dan mula melayan perasaan sendiri.  Sepi. Kami masing-masing mendiamkan diri.

************************************************

Akhirnya kami sampai jugak di rumahnya dengan selamat.  Mr Playboy memberhentikan kereta.  Dia membuka pintu dan turun meninggalkan aku sendiri di dalam kereta.  Langsung tidak menoleh ke belakang padaku. 

Aku mengetap gigi.  Geram betul.  Tadi beria-ia buka pintu kereta untuk aku, sekarang pandang aku pun tak hingin.  Kalau tau macam ni, baik aku tak payah halau hantu yang sampuk dia tadi.  Biarkan aje dia kena sampuk dengan hantu tu.  Biar dia rasa!  Hmmm….Tapi betul ke dia kena sampuk tadi? Macam tak je?

Aku cepat-cepat membuka pintu kereta.  Kaki terus laju berjalan mengikuti langkah Mr Playboy dari belakang.

“Wei, tunggulah aku kejap.” Jeritku pada Mr Playboy di depan.  Susah betul nak jalan kalau heel tinggi sangat ni.  Perlahan aku mengatur langkah kaki menuju kearah Mr Playboy yang berhenti depan pintu rumah yang terbuka luas.  Dia bercekak pinggang.

“Hisyk kau ni, lambat betul lah.  Jalan lurus macam ni pun lembap, cuba pantas sikit.”

Berdesir mulutku mendengar kutukan dia.  Lembap dia kata aku. Memang dasar mulut puaka.  Ada je nak cari pasal.

“Yang kau tu jalan laju sangat apa pasal? Patutnya kau kena tunggu aku dulu, aku ni kan tetamu. Itu pun tak reti ke? Dasar lembap! ” ambil kau, kata lagi aku lembap.

Mr Playboy mendengus geram. Dia mengetapkan giginya. Geram lah tu.  Kami sama-sama menjengilkan mata.

“Hah dah sampai pun orang yang ditunggu-tunggu.” Sapa Mak Engku yang tiba-tiba dah berada di muka pintu.

Aku menoleh dan cepat-cepat menyalami Mak Engku.  Mak Engku tersenyum.

“Apa khabar Mak Engku.”

“Khabar baik.  Marilah masuk Mia, duduk depan pintu ni buat apa?  Hah Afriel, ajak Mia masuk.”

Mr Playboy mencebik padaku.  Dia laju saja masuk ke dalam rumah tanpa mempelawa aku.  Teruk betul adab dia ni.  Macam manalah Mr Playboy boleh jadi anak Mak Engku yang ramah tamah ni? agaknya dulu masa mengandungkan dia, Mak Engku pergi tengok singa kot? Sebab tu lah perangai anaknya dengan singa sama.  Dah terkenan lah tu.

Aku duduk di sofa ruang tamu, bersebelah dengan Mr Playboy.  Mak Engku pula duduk berhadapan kami bersama-sama suami tersayangnya.  Siapa lagi Tengku Aminuddin lah daddy Mr Playboy.

Aku tersenyum pada Tengku Aminuddin.  Peramah betul daddy Mr Playboy ni. Berbeza betul dengan anaknya yang dekat sebelah ni.  Boleh mendatangkan kemusykilan pada aku, kalau kata Mr Playboy tu anak diorang.  Langsung tak sama!  Memang salah kromosom Mr Playboy ni agaknya, tu pasal cacat semacam.

“Papa kamu tak datang sekali ke? Kalau ada boleh juga berbual panjang, dah lama tak jumpa.” Ujar Tengku Aminuddin.

“Papa pergi Dubai ada urusan dekat sana.  Rasa-rasanya minggu depan baru balik, Tengku.”balasku.

“Panggil Ayah Engku aje.  Lagipun Ayah Engku dengan papa kamu bukan orang lain.  Kawan baik.” Ujar Tengku Aminuddin senang.

Aku mengangguk.  Mr Playboy disebelah aku jeling sikit.  Diam saja.

“Marilah kita makan.  Semua dah siap dihidangkan.” Pelawa Mak Engku. Aku tersenyum senang.  Memang tengah lapar ni, elok lah dapat makan cepat.  Dari tadi perut ni dah berbunyi-bunyi dah minta diisi.
Tengku Aminuddin dan Mak Engku berjalan dahulu di depan.  Aku dan Mr Playboy beriringan berjalan dari belakang mereka.  Kami menuju ke meja makan.

“Mia makan banyak-banyak sikit tau.  Mak Engku tengok kurus semacam je kamu ni.”

Aku ketawa mendengarnya.  Mak Engku tak cakap pun, memang aku akan makan banyak.  Aku kan memang kuat makan cuma badan je tak naik-naik. 

Aku memandang lauk yang berderet di meja makan.  Huisyk…… banyaknya, mana satu nak makan ni.  
Teringat aku pada pertama kali datang ke sini, rasa-rasanya lebih banyak dari hari tu.
Mak Engku mengambil lauk dan meletakkan dalam pinggan suaminya. Tengku Aminuddin juga berbuat demikian.  Aku tersenyum.    Memang romantik habislah pasangan veteran depan aku ni.  Sweet….

“Mia, kenapa ambil sikit je lauk tu? Tak suka ke lauk ni?”

“Tak lah, Mia makan semua ni.  Nanti Mia ambil lagi, Mak Engku.” Senyumku.  Mr Playboy mencebik.  Mesti dalam hati mengutuk aku lah tu.

“Aaahh, tambah lagi nasi tu Mia.  Dekat rumah ni jangan-jangan malu-malu nak makan.  Karang lapar pula.” Pelawa Tengku Aminuddin.  Sopan betul daddy Mr Playboy ni.  Bestnye kalau dapat suami macam ni, mesti bahagia.

“Nah ambil lauk ni banyak-banyak.  Tadi kau kata kau lapar kan?  Meh sini aku tolong letakkan lauk ni.” Mr. Playboy meletakkan lauk ikan, ayam dan sayur ke dalam pinggan aku.  Bulat mata aku menengok dia.  
Dia ni perli aku ke apa?

Mak Engku dan Tengku Aminuddin tersenyum melihat Mr Playboy melayan aku.  Macam suka je diorang memandang kami.  Pandai betul kami ni berlakon macam baik kan.

Aku makan dengan geram.  Mulutku mengunyah daging ayam perlahan-lahan. Tapi dalam hati ibarat aku kunyah-kunyah kepala Mr Playboy.  Menyampah tengok dia yang buat muka tak bersalah.  Ada ke patut tadi dia letak kaki ayam sekali dalam pinggan aku. Memang tak lah aku nak makan kan.  Hilang terus nafsu aku terus.  Siapalah yang masak ayam ni, memang menyakitkan hati betul lah.

Aku makan dengan berselera selepas meletakkan kembali kaki ayam dalam pinggan Mr Playboy.  Padan muka dia pulak, suka sangat nak mengenakan aku.  Makan itu kaki ha ha ha. 

Sambil makan aku berbual-bual dengan Mak Engku dan Tengku Aminuddin. Diselang seli dengan ketawa.  Daddy Mr Playboy ni memang kelakar orangnya, ada saja lawak yang mencuit hati dibuat.  Mak Engku asyik terkena saja dengan suaminya.  Sekali lagi aku kagum melihat kemesraan pasangan suami isteri ni.  Kedua-duanya memang romantik.  Hmmm..patutlah anak jadi playboy rupa-rupanya gen romantik mereka dah terlebih tumpah dekat Mr Playboy.  Tu pasal jadi buaya darat!

**************************************************

Cahaya lampu malam di sekitar bangunan Kuala Lumpur memang mengasyikkan pandangan.  Dari tadi aku tertinjau-tinjau melihat Bandar Kuala Lumpur dari atas bukit.  Mr Playboy  yang duduk di belakang cuma tersenyum melihat kelakuanku.

“Cantikkan pemandangan malam ni?  Lampu-lampu tu semua menarikkan?” soalnya.

Aku menoleh pada Mr Playboy yang tengah duduk di atas kereta.  Lelaki itu seperti merenung jauh ke depan. Sejak sampai , lelaki itu hanya bercakap sepatah-sepatah perkataan saja.  Macam bermasalah je muka dia ni.

Aku mengeluh perlahan.

“Datang sini semata-mata nak tengok lampu neon ni je ke?” sindirku geram.

Teringat bagaimana dia memaksa aku untuk menemani dia datang kesini tadi.  Sepatutnya aku dah berada dekat rumah sekarang.  Tapi  si Mr Playboy ni sibuk memaksa aku mengikut dia.  Memang kaki paksa betul!  Tak pasal-pasal aku terpacak jadi tiang lampu tengok dia yang tengah mengelamun ni.  Entah apalah yang dia fikir yeak?  Pasal Tengku Luna Najwa ke?  Ermm…rasa-rasanya perlu ke aku tanya dia pasal hari tu?

Mr Playboy ketawa melihat wajahku yang geram.   Aku berpusing ke belakang dan berjalan kearah kereta.  Aku duduk disebelahnya

Kami sama-sama terdiam dalam pekat malam ni.  Aku menoleh pada Mr Playboy.

“Boleh aku tanya sesuatu tak?” soalku memulakan bicara.

“Tanya apa?” Dia menolehkan wajah padaku.
“Perempuan yang kita jumpa hari tu siapa sebenarnya? Aku tak rasa dia sekadar kawan lama.  Kau nampak lain lepas jumpa dia.” tuturku berhati-hati.

Mr Playboy diam.   Dia mengalihkan wajahnya ke depan semula.

“Aku nampak lain, pasal aku marah-marah kau hari tu?” Dia menoleh padaku meminta kepastian.

Aku mengangguk laju. 

Mr Playboy mengalihkan wajahnya memandang ke depan sekali lagi.   Terdengar keluhan perlahan dari bibirnya.

Aku terdiam.

 “Tak payah cerita kalau kau rasa tak nak.  Lagipun aku faham yang kadangkala tak semua benda kita boleh kongsi dengan orang.  Lebih-lebih lagi tentang cinta silam kita.  Mesti hati akan rasa sakit mengingatinya.” Ujarku.  Aku faham yang dia berat untuk berkongsi dengan aku.  Aku dengan dia bukan ada hubungan pun.  Kami cuma kawan tapi tak mesra je he he he.

Mr Playboy menoleh.  Terangkat keningnya memandang wajahku. “Wait…wait, kau fikir Tengku Luna Najwa tu cinta silam aku ke?”

Aku mengangguk laju.  Dia ketawa kuat. 

Aku pelik melihatnya.  Betul lah kan aku fikir.  Kan lepas jumpa Luna hari tu Mr Playboy dah start marah-marah.  Pasal cinta silam lah kan?

“Kau ni, memang suka buat spekulasi sendiri yeak?  Dia tu kawan lama aku lah.  Kawan satu  sekolah.  Kan aku dah cakap hari tu.”  

Aku memandang wajahnya.

“Memanglah kau dah cakap, Cuma aku kurang yakin je dia sekadar kawan lama.  Sebab cara korang bertegur sapa tak macam kawan lama pun.  Nampak ganjil je?  Sebab tu aku fikir macam tu.”

"Yelah tu, atau kau cemburu?" senyumnya bermakna.

Terlopong mulutku mendengar perkataan itu.

"Excuse me...jangan nak perasan yeak.  Buat apa aku nak cemburu? Dah lah malas nak tanya kau lagi. Huh!" geramku.

Dia ketawa melihat muka kelatku.  Dia mengesotkan badan mendekati aku sedikit.

 “Dia pernah sukakan aku.  Tapi aku tak suka dia.”luah Mr Playboy.

Terkelip-kelip mataku mendengar apa yang keluar dari mulut Mr Playboy.  Lain dari yang aku fikirkan selama ni.  Rupa-rupanya  Luna je yang suka Mr Playboy tapi Mr Playboy tak suka dia.  Isykk.. Mr Playboy ni, perempuan cantik macam bidadari tu pun dia boleh reject.  Dasyat betul selera dia ni.  Dasar playboy!

“Kenapa kau tak suka dia?  Dia tu cantik sangat.”

“Dia memang cantik,baik dan soleh.  Pendek kata dia tu idaman semua lelaki dekat sekolah lah.  Bohonglah 
kalau aku kata aku tak minat dia kan.  Adalah sikit.”

“Habis tu kalau kau minat, kenapa tolak? Hisykkk tak fahamlah aku.  Boleh cerita betul-betul tak?  Aku dah confius giler ni.” geramku. Aku mengaru kepala yang tak gatal.

Mr Playboy ketawa perlahan “Baiklah, cerita yang sebenarnya macam ni.  Dulu masa sekolah aku ada dua orang kawan baik. Iqi, dan Asfan.  Iqi kau kenallah kan siapa.  Asfan pula kawan merangkap macam abang bagi aku dengan Iqi.  Kami bertiga ni memang sangat rapat masa dekat sekolah.  Guru-guru pun puji semangat setiakawan kami semua.  Masa sekolah dulu biasalah kalau nakal-nakal sikit. Kitaorang bertiga ni memang nakal, semua budak sekolah memang takutlah kalau nampak kita orang bertiga.  Biasalah kaki buli.   Aku ni macam biasalah playboy sekolah.  Perempuan boleh gila kalau nampak aku lalu. Tapi aku mana boleh tahan dengan seorang perempuan dalam satu masa.  So kerja aku tukar-tukar lah bila berkawan dengan perempuan ni.  Iqi pun lebih kurang macam aku juga.   Cuma Asfan je yang lain sikit.”

“Lain? Lain macam mana?”soalku tiba-tiba.

“Asfan ni dia seorang yang pendiam. Bercakap pun kurang.  Tapi  dia seorang yang baik hati dan penyayang.  Aku dengan Iqi kalau buat nakal dialah yang selalu backup kami. Dia macam abanglah dalam geng kitaorang.  Ada masanya dia join jugak membuli ni.  Tapi tak lebihlah setakat gitu-gitu je.”

Aku mengangguk. Menarik Asfan ni, berbeza dari Mr Playboy dengan Iqi.

“So… mana datang Luna pulak?”soalku tak sabar.

“Luna? Hmm… dia tu satu kelas dengan kami.  Asfan rapat dengan Luna.  Baginya Luna itu cinta pertama dan segalanya.  Dengan Luna, Asfan jadi seorang yang periang dari biasa.  Luna telah berjaya menawan hati Asfan. 
 Dia dapat bawa Asfan dari dunianya yang gelap kepada sesuatu yang terang. Tapi kebaikan Luna tu rupa-rupanya bersebab.”

“Sebab Luna dah suka dekat kau?” telahku.

Mr Playboy mengangguk “Aku pun tak sangka yang Luna suka dekat aku.  Lepas SPM dia luahkan perasaannya. Tapi aku tolak cinta Luna, dan aku katakan Asfan lebih mencintai dia.  Tapi Luna tak cintakan Asfan dan dia kawan dengan Asfan pun hanya kerana aku.   Masa tu baru aku sedar yang rupa-rupanya dia berkawan dengan Asfan sebab nak tahu segalanya mengenai aku.  Aku betul-betul marah masa tu.  Aku tak sangka dia main-mainkan perasaan Asfan semata-mata kerana nak dekat dengan aku. Ianya betul-betul mengecewakan. Aku rasa bersalah pada Asfan.” Kecewa Mr Playboy.

Aku terdiam mendengarnya.  Ada nada kecewa pada suara dan wajah Mr Playboy.  Siapa sangka ada juga orang yang sanggup buat macam tu kan.

“Apa jadi dengan Asfan? Dia tahu tak perkara ni?” 

Mr Playboy mengangguk.

Aku rasa sebak.  Mesti hancur perasaan lelaki itu bila tahu perempuan yang dia suka hanya sekadar berpura-pura.  Dan mengambil kesempatan ke atas dirinya. Kesiannya.

“Asfan dengar sendiri dari mulut Luna masa tu.  Rupa-rupanya dia ada dekat situ je.  Dia pun betul-betul tak sangka yang Luna boleh buat macam ni. Dia betul-betul patah hati masa tu.”

“Sedihnya.” Sebakku.  Mr Playboy diam.

“Dahlah, Jom balik.  Dah lewat sangat ni.” ajak Mr Playboy.  Dia bangun dan masuk ke dalam kereta. Aku mengikutinya.

“Nanti dulu,  Asfan dekat mana sekarang ni? Kamu berdua masih berkawan ke?” tanyaku semula. Mr Playboy ni cerita pun tak habislah.

Mr Playboy tergelak  “Mestilah kami masih berkawan, kau ni pun.   Persahabatan kami takkan putus hanya disebabkan seorang perempuan.  Asfan pun dah jadi peguam sekarang ni.  Nanti aku kenalkan kau dengan dia.”

“Betul ke kau akan kenalkan aku dengan Asfan?  Bila?” tanyaku tak sabar.  Teruja pula nak kenal dengan kawan baik Mr Playboy ni.  Mesti handsome kan.

“Yang kau suka sangat ni kenapa?” soal Mr Playboy mungkin pelik bila tengok aku excited semacam je nak kenal dengan Asfan.

“Suka hati aku lah nak suka ke tidak.  Dah lah cepat balik, nanti abang aku bising pulak. Karang aku kena marah siap kau.”ugutku.

Mr Playboy mencebikkan bibirnya padaku.  Dia mula mengerakkan kereta dan memandu pulang.  Aku menjelingnya sekilas.  Sungguh tak sangka yang malam ni aku boleh melepak dengan Mr Playboy.  Siap boleh kongsi cerita zaman sekolah lagi. Dasyat kan.  Tapi apa pun, aku betul-betul seronok dapat berbual-bual dengan dia.  Dia seperti mengingatkan aku kepada seseorang.  Seorang sahabat yang jauh dari aku.  Rindu pula kenangan dulu.

************************************************
“Assalamualaikum Mia….bangun.   kita dah sampai ni.”

Terpisat-pisat mataku memandangnya. Aku tertidur lagi dalam kereta dia ke?  Mengantukknya. Aku membuka pintu dan keluar dari kereta.

Mr Playboy mengekoriku dari belakang.  Sampai di muka pintu, aku terus berhenti dan berpaling ke belakang memandang dia.

“Terima kasih untuk malam ni dan……”

“Dan apa?”soalnya.

“Untuk cerita yang menarik tadi.”

Dia tersenyum “Sepatutnya aku lah yang ucap terima kasih tu.  Yelah kau kan sudi dengar cerita aku tu.”
Kami sama-sama ketawa perlahan. 
Memandangkan hari dah terlalu lewat aku berkira-kira ingin masuk ke dalam rumah.

“Hmmmm….aku masuk dululah.  Esok kita jumpa dekat office.”

Mr Playboy mengangguk. “Have a nice dream….”  Mr Playboy  berpaling dan berjalan ke keretanya.
Aku membuka pintu rumah dan melangkah masuk ke dalam.  Aku teringat sesuatu.  Cepat-cepat aku berpaling dan mengejar dia dari belakang.  Laju betul dia jalan, sekejap dah sampai ke depan pintu pagar.

“Afriel! Tunggu kejap….”jeritku. Dia menoleh ke belakang dan berhenti. Dia mendekati aku.

“Kenapa? Ada masalah apa-apa ke?” soalnya risau melihat aku yang termengah-mengah mengejar dia. .

Aku mengelengkan kepala.  Aku memandang wajahnya, “Thanks untuk coklat hari tu.  Maaf kau diterima.  Bye….”


Aku berlari semula ke dalam rumah meninggalkan dia.  Rasa gembira pula buat nakal macam tu.  Sempat aku berpaling memandang Mr Playboy yang tersenyum sambil mengelengkan kepalanya melihat kelincahanku.  Mr Playboy menaiki kereta dan meninggalkan rumahku.  Aku sempat melambainya dari pintu.  Setelah itu aku bergegas naik ke bilik dan terus tidur di atas katil….zzzzz…..

2 comments:

Unknown said...

bestnya... ^__^ cant wait for next chapter =)

FΔ ĐH said...

Yes ade juga entry ni dan semakin panjang teruskan usaha caiyok!! >_^

Post a Comment

About Me