Asasalamualaikum semua......maaf kalau kena tunggu lama. Beberapa hari ni ian terlalu sibuk sangat sampai tak ada masa nak menulis. So hari ni baru ian berpeluang nak menulis sekaligus mengupload entry baru ni. So siapa yang minat IHYMP harap entry baru ni dapat memberi kepuasan dengan korang. Tanpa korang story ni pun tak jalan. So sayang korang sangat-sangat......see you soon...
###########################################
BAB 25
Aku duduk dihadapan
cermin dan membubuh sedikit bedak kompak di muka. Selendang berwarna kelabu aku kenakan
dikepala, kupinkan dikiri dan kanan bahu.
Baju drees princess purple, berbunga kecil diatas dan warna
plain magenta di bahagian bawah kubetulkan sedikit agar tampak kemas. Lipstick
pink cair aku oleskan sedikit di bibir agar nampak berseri.
Aku tersenyum lebar
setelah puas hati melihat penampilanku malam ini. Aku mencapai tas tangan hitam di atas meja.
Kecil dan comel, hanya perlu dipegang ditangan sahaja. Aku
buka almari dan mengambil high heel hitam
di dalam kotak. Kasut berjenama ini baru
saja kubeli di pavilion semalam. Sekali lagi aku menilik wajahku di cermin.
Aku tersenyum.
Malam ini aku akan
makan malam bersama keluarga Mr Playboy. Seperti
yang telah dijanjikan Mr Playboy akan menjemput aku untuk ke rumahnya. Rasa berdebar-debar pula hati ini tiba-tiba. Rasa macam nak jumpa keluarga mertua pula. Ermm memang pelik dan aneh jantungku saat
ini. Cepat-cepat aku menepis perasaan
gundah- gulana ini. Nak pergi makan malam
je pun bukan nak buat apa pun kan. Nonsense!
Jeritan suara Mak Jah
dari bawah mengejutkan aku. Aku bergegas
bangun untuk turun kebawah. Rasa-rasanya
Mr Playboy mungkin sudah sampai. Kakiku
laju melangkah menuruni anak tangga.
Sebaik sahaja kaki memijak lantai di bawah, mataku dan matanya bersatu.
Mr Playboy sedang duduk
di sofa diruang tamu tengah. Matanya
memandang kearahku. Aku tersenyum nipis
padanya. Mr Playboy bangun dan berjalan
kearahku. Dia turut tersenyum,
“Hmmm…cantik.”
“Apa?” telingaku
seperti menangkap sesuatu berunsur pujian pula dari mulutnya. Dia kata cantik ke? Aku cantik?
“Tak ada apa, pasu
crystal tu cantik. Baru beli ke? Tak
pernah nampak pun sebelum ni?” soalnya. Bibirnya dijuihkan menunjuk pada pasu
crystal yang terletak di meja hiasan di tepi tangga.
Aku mencebik. Pasu crystal tu dia kata cantik? Aku dekat
depan dia yang cantik ni tak pulak dia puji.
Hampeh! Aku menjelingnya.
“Tak tahulah baru ke
tidak, tapi dah lebih lima tahun pasu tu duduk kat situ. Sebelum ni takkan tak nampak kot? Rabun ke?” sinisku geram.
Dia tersenyum nipis.
“Jom pergi. Mummy dan daddy mesti dah tunggu kita.”
Aku mengangguk. Kakiku melangkah perlahan mengikutnya menuju
ke kereta yang diparkir di depan rumah.
“Wah berkilat kereta,
baru lepas cuci ke?” soalku sebaik sahaja berdiri disebelah Lamborghini orenya
yang berkilat dan berkilauan pada malam ini.
Mr Playboy ketawa kecil
melihat aku yang mengusap-usap kereta dia.
“Silakan….” Dia membukakan pintu, mempelawa aku masuk ke
dalam kereta.
Terkedu aku sekejap memandang
wajahnya. Biar betul dia ni? Demam ke apa? Apesal gentleman sangat malam ni, sebelum ni tak pernah pun dia nak
bukakan pintu kereta untuk aku? Aku
masuk ke dalam kereta dengan perasaan kurang selesa. Pelik?
“Boleh kita gerak
sekarang?” tanyanya lagi.
Berkelip-kelip aku
mendengar pertanyaanya. Dia ni dah buang
tebiat ke apa? Naik pula bulu roma aku
melihat caranya malam ini. Entah-entah
dia ni jelmaan Mr Playboy kot? Lain macam je cara dia senyum tadi. Mulutku terus terkumat kamit membaca Ayatul
Kursi.
Aku membaca doa
pelindung diri. Memohon di jauhkan dari
segala gangguan yang tidak sepatutnya.
Aku menoleh pada Mr Playboy.
“Fuhhhhhhh!!!!!!!”
“Woi!!!!! apa ni?”
jerit Mr Playboy. Mungkin dia terkejut
melihat aku menghembus mukanya sekejap tadi.
Aku menarik nafas lega
mendegar jeritan nyaring Mr Playboy.
Nampaknya makhluk yang merasuk Mr Playboy tu dah lari. Senang hati aku.
“Kau dah okey ke? Kau
ada rasa apa-apa tak?” soalku risau.
“Okey? Rasa apa? Apa yang kau merepek ni?” soalnya pelik. Dia
pandang muka aku semula.
“Alhamdulillah, syukur
kau tak apa-apa. Kau tau tak tadi kau
dah kena sampuk. Aku baru halau hantu yang rasuk kau tadi. Seram betul bila tengok kau gentleman tiba-tiba. Aku dah agak dah mesti ada yang mengikut kau
ni. Lain giler kau tadi, lemah lembut
semacam je. Takut aku. Hisyk…entah
makhluk manalah mengikut kau ni? Mesti
tadi kau keluar rumah tak baca doa kan? Tak pasal-pasal dah ada yang mengikut
kau. Nasib baik aku ni pandai sikit
baca-baca doa, kalau tak, entah apalah yang jadi kat kau kejap lagi.
Menyeramkan…”
Terangku panjang lebar. Tergeleng-geleng kepalaku bercakap.
Berdesir mulut Mr
Playboy mendengar peneranganku. Nampak ketegangan pada urat wajahnya. Dia segera menghidupkan enjin kereta. Kereta mula bergerak laju menuju ke
destinasi. Mr Playboy memecut laju. Pedal minyaknya ditekan habis.
Tanganku memegang erat
tali pingang yang disilang kemas di dada.
Mak ai… lajunya dia bawa kereta.
Boleh mati ketakutan aku macam ni.
Bawak kereta macam jalan ni dia yang punya. Dia ni ingat tengah race ke apa? Hisyk kalau tak ditegur ni, tak pasal-pasal makan
malam dekat ICU pulak kejap nanti.
“Wei, kot ye pun kau
nak cepat agak-agaklah jugak bawak kereta tu.
Ingat nyawa aku ni pakai bateri ke?” sinisku.
Mr Playboy menoleh
sekejap padaku. Dia memperlahankan pemanduannya.
Aku menarik nafas
lega. Aku memandang ke hadapan dan mula
melayan perasaan sendiri. Sepi. Kami
masing-masing mendiamkan diri.
************************************************
Akhirnya kami sampai
jugak di rumahnya dengan selamat. Mr
Playboy memberhentikan kereta. Dia membuka
pintu dan turun meninggalkan aku sendiri di dalam kereta. Langsung tidak menoleh ke belakang
padaku.
Aku mengetap gigi. Geram betul.
Tadi beria-ia buka pintu kereta untuk aku, sekarang pandang aku pun tak
hingin. Kalau tau macam ni, baik aku tak
payah halau hantu yang sampuk dia tadi.
Biarkan aje dia kena sampuk dengan hantu tu. Biar dia rasa! Hmmm….Tapi betul ke dia kena sampuk tadi?
Macam tak je?
Aku cepat-cepat membuka
pintu kereta. Kaki terus laju berjalan
mengikuti langkah Mr Playboy dari belakang.
“Wei, tunggulah aku
kejap.” Jeritku pada Mr Playboy di depan.
Susah betul nak jalan kalau heel tinggi
sangat ni. Perlahan aku mengatur langkah
kaki menuju kearah Mr Playboy yang berhenti depan pintu rumah yang terbuka
luas. Dia bercekak pinggang.
“Hisyk kau ni, lambat
betul lah. Jalan lurus macam ni pun
lembap, cuba pantas sikit.”
Berdesir mulutku
mendengar kutukan dia. Lembap dia kata
aku. Memang dasar mulut puaka. Ada je
nak cari pasal.
“Yang kau tu jalan laju
sangat apa pasal? Patutnya kau kena tunggu aku dulu, aku ni kan tetamu. Itu pun
tak reti ke? Dasar lembap! ” ambil kau, kata lagi aku lembap.
Mr Playboy mendengus
geram. Dia mengetapkan giginya. Geram lah tu.
Kami sama-sama menjengilkan mata.
“Hah dah sampai pun
orang yang ditunggu-tunggu.” Sapa Mak Engku yang tiba-tiba dah berada di muka
pintu.
Aku menoleh dan cepat-cepat
menyalami Mak Engku. Mak Engku
tersenyum.
“Apa khabar Mak Engku.”
“Khabar baik. Marilah masuk Mia, duduk depan pintu ni buat
apa? Hah Afriel, ajak Mia masuk.”
Mr Playboy mencebik
padaku. Dia laju saja masuk ke dalam
rumah tanpa mempelawa aku. Teruk betul
adab dia ni. Macam manalah Mr Playboy
boleh jadi anak Mak Engku yang ramah tamah ni? agaknya dulu masa mengandungkan
dia, Mak Engku pergi tengok singa kot? Sebab tu lah perangai anaknya dengan
singa sama. Dah terkenan lah tu.
Aku duduk di sofa ruang
tamu, bersebelah dengan Mr Playboy. Mak
Engku pula duduk berhadapan kami bersama-sama suami tersayangnya. Siapa lagi Tengku Aminuddin lah daddy Mr
Playboy.
Aku tersenyum pada
Tengku Aminuddin. Peramah betul daddy Mr
Playboy ni. Berbeza betul dengan anaknya yang dekat sebelah ni. Boleh mendatangkan kemusykilan pada aku, kalau
kata Mr Playboy tu anak diorang.
Langsung tak sama! Memang salah
kromosom Mr Playboy ni agaknya, tu pasal cacat semacam.
“Papa kamu tak datang
sekali ke? Kalau ada boleh juga berbual panjang, dah lama tak jumpa.” Ujar
Tengku Aminuddin.
“Papa pergi Dubai ada
urusan dekat sana. Rasa-rasanya minggu
depan baru balik, Tengku.”balasku.
“Panggil Ayah Engku
aje. Lagipun Ayah Engku dengan papa kamu
bukan orang lain. Kawan baik.” Ujar
Tengku Aminuddin senang.
Aku mengangguk. Mr Playboy disebelah aku jeling sikit. Diam saja.
“Marilah kita makan. Semua dah siap dihidangkan.” Pelawa Mak
Engku. Aku tersenyum senang. Memang
tengah lapar ni, elok lah dapat makan cepat.
Dari tadi perut ni dah berbunyi-bunyi dah minta diisi.
Tengku Aminuddin dan
Mak Engku berjalan dahulu di depan. Aku
dan Mr Playboy beriringan berjalan dari belakang mereka. Kami menuju ke meja makan.
“Mia makan
banyak-banyak sikit tau. Mak Engku
tengok kurus semacam je kamu ni.”
Aku ketawa
mendengarnya. Mak Engku tak cakap pun, memang
aku akan makan banyak. Aku kan memang
kuat makan cuma badan je tak naik-naik.
Aku memandang lauk yang
berderet di meja makan. Huisyk……
banyaknya, mana satu nak makan ni.
Teringat aku pada pertama kali datang ke sini, rasa-rasanya lebih banyak
dari hari tu.
Mak Engku mengambil
lauk dan meletakkan dalam pinggan suaminya. Tengku Aminuddin juga berbuat
demikian. Aku tersenyum. Memang romantik habislah pasangan veteran
depan aku ni. Sweet….
“Mia, kenapa ambil
sikit je lauk tu? Tak suka ke lauk ni?”
“Tak lah, Mia makan
semua ni. Nanti Mia ambil lagi, Mak
Engku.” Senyumku. Mr Playboy
mencebik. Mesti dalam hati mengutuk aku
lah tu.
“Aaahh, tambah lagi
nasi tu Mia. Dekat rumah ni
jangan-jangan malu-malu nak makan.
Karang lapar pula.” Pelawa Tengku Aminuddin. Sopan betul daddy Mr Playboy ni. Bestnye kalau dapat suami macam ni, mesti
bahagia.
“Nah ambil lauk ni
banyak-banyak. Tadi kau kata kau lapar
kan? Meh sini aku tolong letakkan lauk
ni.” Mr. Playboy meletakkan lauk ikan, ayam dan sayur ke dalam pinggan aku. Bulat mata aku menengok dia.
Dia ni perli aku ke apa?
Mak Engku dan Tengku
Aminuddin tersenyum melihat Mr Playboy melayan aku. Macam suka je diorang memandang kami. Pandai betul kami ni berlakon macam baik kan.
Aku makan dengan
geram. Mulutku mengunyah daging ayam
perlahan-lahan. Tapi dalam hati ibarat aku kunyah-kunyah kepala Mr
Playboy. Menyampah tengok dia yang buat
muka tak bersalah. Ada ke patut tadi dia
letak kaki ayam sekali dalam pinggan aku. Memang tak lah aku nak makan
kan. Hilang terus nafsu aku terus. Siapalah yang masak ayam ni, memang
menyakitkan hati betul lah.
Aku makan dengan
berselera selepas meletakkan kembali kaki ayam dalam pinggan Mr Playboy. Padan muka dia pulak, suka sangat nak
mengenakan aku. Makan itu kaki ha ha ha.
Sambil makan aku
berbual-bual dengan Mak Engku dan Tengku Aminuddin. Diselang seli dengan
ketawa. Daddy Mr Playboy ni memang
kelakar orangnya, ada saja lawak yang mencuit hati dibuat. Mak Engku asyik terkena saja dengan suaminya. Sekali lagi aku kagum melihat kemesraan
pasangan suami isteri ni. Kedua-duanya
memang romantik. Hmmm..patutlah anak
jadi playboy rupa-rupanya gen romantik mereka dah terlebih tumpah dekat Mr
Playboy. Tu pasal jadi buaya darat!
**************************************************
Cahaya lampu malam di
sekitar bangunan Kuala Lumpur memang mengasyikkan pandangan. Dari tadi aku tertinjau-tinjau melihat Bandar
Kuala Lumpur dari atas bukit. Mr Playboy yang duduk di belakang cuma tersenyum melihat kelakuanku.
“Cantikkan pemandangan
malam ni? Lampu-lampu tu semua
menarikkan?” soalnya.
Aku menoleh pada Mr
Playboy yang tengah duduk di atas kereta.
Lelaki itu seperti merenung jauh ke depan. Sejak sampai , lelaki itu
hanya bercakap sepatah-sepatah perkataan saja.
Macam bermasalah je muka dia ni.
Aku mengeluh perlahan.
“Datang sini
semata-mata nak tengok lampu neon ni je ke?” sindirku geram.
Teringat bagaimana dia
memaksa aku untuk menemani dia datang kesini tadi. Sepatutnya aku dah berada dekat rumah
sekarang. Tapi si Mr
Playboy ni sibuk memaksa aku mengikut dia. Memang kaki paksa betul! Tak pasal-pasal aku terpacak jadi tiang
lampu tengok dia yang tengah mengelamun ni. Entah apalah yang dia fikir yeak? Pasal Tengku Luna
Najwa ke? Ermm…rasa-rasanya perlu ke
aku tanya dia pasal hari tu?
Mr Playboy ketawa melihat wajahku yang geram. Aku berpusing ke belakang dan berjalan
kearah kereta. Aku duduk disebelahnya
Kami sama-sama terdiam dalam
pekat malam ni. Aku menoleh pada Mr Playboy.
“Boleh aku tanya
sesuatu tak?” soalku memulakan bicara.
“Tanya apa?” Dia menolehkan wajah padaku.
“Perempuan yang kita
jumpa hari tu siapa sebenarnya? Aku tak rasa dia sekadar kawan lama. Kau nampak lain lepas jumpa dia.” tuturku berhati-hati.
Mr Playboy diam. Dia mengalihkan wajahnya ke depan semula.
“Aku nampak lain, pasal
aku marah-marah kau hari tu?” Dia menoleh padaku meminta kepastian.
Aku mengangguk laju.
Mr Playboy mengalihkan
wajahnya memandang ke depan sekali lagi. Terdengar keluhan perlahan dari bibirnya.
Aku terdiam.
Aku terdiam.
“Tak payah cerita kalau kau rasa tak nak. Lagipun aku faham yang kadangkala tak semua
benda kita boleh kongsi dengan orang.
Lebih-lebih lagi tentang cinta silam kita. Mesti hati akan rasa sakit mengingatinya.”
Ujarku. Aku faham yang dia berat untuk
berkongsi dengan aku. Aku dengan dia
bukan ada hubungan pun. Kami cuma kawan
tapi tak mesra je he he he.
Mr Playboy
menoleh. Terangkat keningnya memandang
wajahku. “Wait…wait, kau fikir Tengku Luna Najwa tu cinta silam aku ke?”
Aku mengangguk
laju. Dia ketawa kuat.
Aku pelik
melihatnya. Betul lah kan aku
fikir. Kan lepas jumpa Luna hari tu Mr
Playboy dah start marah-marah. Pasal
cinta silam lah kan?
“Kau ni, memang suka
buat spekulasi sendiri yeak? Dia tu
kawan lama aku lah. Kawan satu sekolah.
Kan aku dah cakap hari tu.”
Aku memandang wajahnya.
Aku memandang wajahnya.
“Memanglah kau dah cakap, Cuma aku kurang yakin je dia sekadar kawan lama. Sebab cara korang bertegur sapa tak macam kawan lama pun. Nampak ganjil je? Sebab tu aku fikir macam tu.”
"Yelah tu, atau kau cemburu?" senyumnya bermakna.
Terlopong mulutku mendengar perkataan itu.
"Excuse me...jangan nak perasan yeak. Buat apa aku nak cemburu? Dah lah malas nak tanya kau lagi. Huh!" geramku.
Dia ketawa melihat muka kelatku. Dia mengesotkan badan mendekati aku sedikit.
“Dia pernah sukakan aku. Tapi aku tak suka dia.”luah Mr Playboy.
Terkelip-kelip mataku
mendengar apa yang keluar dari mulut Mr Playboy. Lain dari yang aku fikirkan selama ni. Rupa-rupanya Luna je yang suka Mr Playboy tapi Mr Playboy
tak suka dia. Isykk.. Mr Playboy ni,
perempuan cantik macam bidadari tu pun dia boleh reject. Dasyat betul selera dia ni. Dasar playboy!
“Kenapa kau tak suka
dia? Dia tu cantik sangat.”
“Dia memang cantik,baik
dan soleh. Pendek kata dia tu idaman
semua lelaki dekat sekolah lah.
Bohonglah
kalau aku kata aku tak minat dia kan. Adalah sikit.”
“Habis tu kalau kau
minat, kenapa tolak? Hisykkk tak fahamlah aku.
Boleh cerita betul-betul tak? Aku
dah confius giler ni.” geramku. Aku mengaru kepala yang tak gatal.
Mr Playboy ketawa
perlahan “Baiklah, cerita yang sebenarnya macam ni. Dulu masa sekolah aku ada dua orang kawan
baik. Iqi, dan Asfan. Iqi kau kenallah
kan siapa. Asfan pula kawan merangkap
macam abang bagi aku dengan Iqi. Kami
bertiga ni memang sangat rapat masa dekat sekolah. Guru-guru pun puji semangat setiakawan kami
semua. Masa sekolah dulu biasalah kalau
nakal-nakal sikit. Kitaorang bertiga ni memang nakal, semua budak sekolah
memang takutlah kalau nampak kita orang bertiga. Biasalah kaki buli. Aku ni macam biasalah playboy sekolah. Perempuan boleh gila kalau nampak aku lalu.
Tapi aku mana boleh tahan dengan seorang perempuan dalam satu masa. So kerja aku tukar-tukar lah bila berkawan
dengan perempuan ni. Iqi pun lebih
kurang macam aku juga. Cuma Asfan je
yang lain sikit.”
“Lain? Lain macam
mana?”soalku tiba-tiba.
“Asfan ni dia seorang
yang pendiam. Bercakap pun kurang. Tapi dia seorang yang baik hati dan penyayang. Aku dengan Iqi kalau buat nakal dialah yang
selalu backup kami. Dia macam
abanglah dalam geng kitaorang. Ada
masanya dia join jugak membuli ni. Tapi
tak lebihlah setakat gitu-gitu je.”
Aku mengangguk. Menarik
Asfan ni, berbeza dari Mr Playboy dengan Iqi.
“So… mana datang Luna
pulak?”soalku tak sabar.
“Luna? Hmm… dia tu satu
kelas dengan kami. Asfan rapat dengan
Luna. Baginya Luna itu cinta pertama dan
segalanya. Dengan Luna, Asfan jadi
seorang yang periang dari biasa. Luna
telah berjaya menawan hati Asfan.
Dia dapat bawa
Asfan dari dunianya yang gelap kepada sesuatu yang terang. Tapi kebaikan Luna
tu rupa-rupanya bersebab.”
“Sebab Luna dah suka
dekat kau?” telahku.
Mr Playboy mengangguk
“Aku pun tak sangka yang Luna suka dekat aku.
Lepas SPM dia luahkan perasaannya. Tapi aku tolak cinta Luna, dan aku
katakan Asfan lebih mencintai dia. Tapi
Luna tak cintakan Asfan dan dia kawan dengan Asfan pun hanya kerana aku. Masa
tu baru aku sedar yang rupa-rupanya dia berkawan dengan Asfan sebab nak tahu segalanya
mengenai aku. Aku betul-betul marah masa
tu. Aku tak sangka dia main-mainkan
perasaan Asfan semata-mata kerana nak dekat dengan aku. Ianya betul-betul
mengecewakan. Aku rasa bersalah pada Asfan.” Kecewa Mr Playboy.
Aku terdiam mendengarnya.
Ada nada kecewa pada suara dan wajah Mr Playboy.
Siapa sangka ada juga orang yang sanggup
buat macam tu kan.
“Apa jadi dengan Asfan?
Dia tahu tak perkara ni?”
Mr Playboy mengangguk.
Aku rasa sebak. Mesti hancur perasaan lelaki itu bila tahu
perempuan yang dia suka hanya sekadar berpura-pura. Dan mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Kesiannya.
“Asfan dengar sendiri
dari mulut Luna masa tu. Rupa-rupanya
dia ada dekat situ je. Dia pun
betul-betul tak sangka yang Luna boleh buat macam ni. Dia betul-betul patah
hati masa tu.”
“Sedihnya.”
Sebakku. Mr Playboy diam.
“Dahlah, Jom
balik. Dah lewat sangat ni.” ajak Mr
Playboy. Dia bangun dan masuk ke dalam
kereta. Aku mengikutinya.
“Nanti dulu, Asfan dekat mana sekarang ni? Kamu berdua
masih berkawan ke?” tanyaku semula. Mr Playboy ni cerita pun tak habislah.
Mr Playboy tergelak “Mestilah kami masih berkawan, kau ni
pun. Persahabatan kami takkan putus hanya
disebabkan seorang perempuan. Asfan pun
dah jadi peguam sekarang ni. Nanti aku
kenalkan kau dengan dia.”
“Betul ke kau akan
kenalkan aku dengan Asfan? Bila?”
tanyaku tak sabar. Teruja pula nak kenal
dengan kawan baik Mr Playboy ni. Mesti
handsome kan.
“Yang kau suka sangat
ni kenapa?” soal Mr Playboy mungkin pelik bila tengok aku excited semacam je nak kenal dengan Asfan.
“Suka hati aku lah nak
suka ke tidak. Dah lah cepat balik,
nanti abang aku bising pulak. Karang aku kena marah siap kau.”ugutku.
Mr Playboy mencebikkan
bibirnya padaku. Dia mula mengerakkan
kereta dan memandu pulang. Aku
menjelingnya sekilas. Sungguh tak sangka
yang malam ni aku boleh melepak dengan Mr Playboy. Siap boleh kongsi cerita zaman sekolah lagi.
Dasyat kan. Tapi apa pun, aku
betul-betul seronok dapat berbual-bual dengan dia. Dia seperti mengingatkan aku kepada
seseorang. Seorang sahabat yang jauh
dari aku. Rindu pula kenangan dulu.
************************************************
“Assalamualaikum Mia….bangun. kita dah sampai ni.”
Terpisat-pisat mataku memandangnya. Aku tertidur lagi dalam kereta dia ke? Mengantukknya. Aku membuka pintu dan keluar
dari kereta.
Mr Playboy mengekoriku
dari belakang. Sampai di muka pintu, aku
terus berhenti dan berpaling ke belakang memandang dia.
“Terima kasih untuk
malam ni dan……”
“Dan apa?”soalnya.
“Untuk cerita yang
menarik tadi.”
Dia tersenyum “Sepatutnya
aku lah yang ucap terima kasih tu. Yelah
kau kan sudi dengar cerita aku tu.”
Kami sama-sama ketawa
perlahan.
Memandangkan hari dah
terlalu lewat aku berkira-kira ingin masuk ke dalam rumah.
“Hmmmm….aku masuk
dululah. Esok kita jumpa dekat office.”
Mr Playboy mengangguk.
“Have a nice dream….” Mr Playboy
berpaling dan berjalan ke keretanya.
Aku membuka pintu rumah
dan melangkah masuk ke dalam. Aku
teringat sesuatu. Cepat-cepat aku
berpaling dan mengejar dia dari belakang.
Laju betul dia jalan, sekejap dah sampai ke depan pintu pagar.
“Afriel! Tunggu kejap….”jeritku.
Dia menoleh ke belakang dan berhenti. Dia mendekati aku.
“Kenapa? Ada masalah
apa-apa ke?” soalnya risau melihat aku yang termengah-mengah mengejar dia. .
Aku mengelengkan
kepala. Aku memandang wajahnya, “Thanks untuk coklat hari tu. Maaf kau diterima. Bye….”
Aku berlari semula ke dalam
rumah meninggalkan dia. Rasa gembira
pula buat nakal macam tu. Sempat aku
berpaling memandang Mr Playboy yang tersenyum sambil mengelengkan kepalanya
melihat kelincahanku. Mr Playboy menaiki
kereta dan meninggalkan rumahku. Aku
sempat melambainya dari pintu. Setelah
itu aku bergegas naik ke bilik dan terus tidur di atas katil….zzzzz…..
2 comments:
bestnya... ^__^ cant wait for next chapter =)
Yes ade juga entry ni dan semakin panjang teruskan usaha caiyok!! >_^
Post a Comment