topbella

Thursday, 6 February 2014

MEMORI CINTA KITA 17

BAB 17

        LEPAS saja sembahyang subuh, entah kenapa tubuhku terasa sedikit gigil.  Badanku terasa sangat lemah secara tiba-tiba.  Aku mengambil keputusan untuk berbaring dahulu di katil.  Tangan mula memicit kepala yang sakit.  Badanku pula terasa hangat ketika ini.

Aku mula meraba dahiku.  Demam ke?  Adoi bertambah sakit pula kepala ketika ini. Mesti aku demam gara-gara sejuk sangat semalam.  Balik semalam pun terus terlentang je atas katil.  Demam sejuk ke panas ni? Tanganku makin laju  memicit kepala.

Bunyi deringan telefon mengejutkan aku.  Aku bangun dan mengambil telefon di atas meja solek.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumsalam….Tizz, ni aku Fitriah.”

“Owh Fit…ada apa? Huk huk huk…” tiba-tiba aku terbatuk.

“Tizz kau okey tak ni? Kenapa batuk pulak tiba-tiba ni?  Kau demam ek?” kedengaran suara Fitriah risau di hujung sana.

“Tak lah batuk sikit je…”balasku lemah.  Tiba-tiba terasa tidak larat pula untuk bercakap.

“Sikit je? Suara kau macam lemah sangat ni? Kau dah makan ubat belum?”

“Dah…”bohongku laju.  Tak suka nak risaukan Fitriah.

“Betul ni?”

“Betul, okaylah aku nak tidur dulu ni.  Nanti kita berbual lagi ye.  Bye….” Aku terus meletakkan telefon.  Badanku terasa sejuk pula.  Segera aku menyelimut tubuhku.

 ******************************************************************

Bunyi loceng pintu mengejutkan aku dari tidur.  Perlahan-lahan aku membuka mata.  Badanku semakin lemah dan tak bermaya.  Aku bangun dari katil.  Kakiku terus melangkah turun ke bawah untuk melihat siapa yang datang.

“Hisykkk…sapa pulak yang memekak datang rumah orang ni?  Tak tahu orang nak tidur ke”geramku. Aku segera membuka pintu rumah.

Adam?  Apa dia buat dekat sini?

Dahi Adam berkerut-kerut memandang aku.  Dia mendekati aku rapat.

“Kau demam ke?” soal Adam.  Dia meletakkan tangannya di dahiku.  Aku tergamam.  Tak sempat mengelak.

“Tak lah.  Aku okey je.”balasku lemah.  Suaraku sudah mula serak.
Adam merengus geram mendengar jawapanku. “Dah aku tak nak dengar alasan dari kau.  Sekarang kau pergi siap, aku nak hantar kau pergi klinik.”

“Tak nak lah.  Aku okey lah.  Makan ubat nanti eloklah.  Kau baliklah.”  Tanganku mula hendak menutup pintu.  Adam menghalangnya.

“Jangan banyak cakap boleh tak, lagipun Fitriah yang suruh aku datang sini.  Kawan kau tu risaukan kau.  Dah kau pergi siap.” Tegasnya.

Mendengarkan nama Fitriah disebut, menyebabkan aku terpaksa mengangguk.  Aku tidak mahu merisaukan Fitriah.  Aku segera mencapai sweater, dompet dan kunci rumah.  Setelah itu aku mengikut Adam ke klinik.  Kami hanya mendiamkan diri di dalam kereta.

*************************************

Klinik Dayang……

Adam mendaftarkan namaku di kaunter pendaftaran.  Kemudian kami sama-sama duduk di bangku sementara menunggu namaku dipanggil. 

Beberapa minit kemudian seorang nurse memanggil namaku untuk masuk.  Aku menyuruh Adam untuk menunggu di luar saja namun dia bertegas untuk masuk.  Aku membiarkan saja, malas ingin bertekak dengan dia.

Seorang Doktor perempuan yang masih muda, tersenyum melihat kami.  Bukan kami, maksud aku tersenyum pada Adam.  Mata doctor itu asyik sangat memandang Adam.  Aku pelik.

“Hi Adam…lama kita tak jumpa kan?” soal Doktor tadi.   Tag nama hitam di bajunya tertulis Dayang Hana.  

Aku menoleh pada Adam.  Diorang saling berkenalan ke?

“Hana kan? Sorry tak perasan sangat.  Lama dah tak jumpa you.  Nampak lain dah you sekarang.”

Doktor Hana ketawa mendengarnya. “Alah, selama ni memang you tak perasankan I pun.  Nak buat macam mana, orang handsome macam you ni mana nak ingat gadis biasa-biasa macam I ni.”senyum Hana.  Suara seakan-seakan gedik pulak doctor ni.  Menyampah pulak aku.  Dia ni nak rawat aku ke tak?

Aku berdeham kuat, buat isyarat yang wujudnya aku disini.  Doktor Hana menoleh padaku.  Mukanya nampak macam tak selesa memandang wajahku.  Dia cuba tersenyum. Senyum dibuat-buat.

“Siapa ni Adam?” soalnya.  Macam tak suka je wajahnya memandang aku.  Hello doctor, macamlah aku suka tengok muka kau tu.  Aku ni datang sebab sakitlah.  Kalau tak jangan harap kau nak nampak muka aku dekat sini.  Hisykk…. Kenapalah aku boleh datang klinik yang tak professional ni. Eiiiiiiii!!!!!!!

“Owh ni Tunang I, dia tak berapa nak sihat.  You boleh check tak.”

Bulat mata aku memandang Adam.  Tunang? Aji giler betul dia ni.  Aku toleh semula pada Doktor Hana.  Ni lagilah pulak, bukan kata bulat mata, tapi macam dah tertelan cuka mendengar kata-kata Adam ha ha ha.  
Mesti doctor Hana ni minat dekat Adam.  Aku yakinlah.  Padan muka kau perempuan,tadi macam berlagak sangat pandang aku atas bawah.

“Tunang? You dah tunang? Ermmm…tak ajak I pun.  Tahniah.”ucap doctor Hana dekat aku.  Tapi tak ikhlas pun, dari riak wajahnya dah boleh lihat dah. 

Aku cuba menyembunyikan senyuman.  Kesian doctor ni tak pasal-pasal kena tipu dengan Adam.  Mesti Adam tak suka doctor Hana ni sebab tu lah dia tipu. Nasib kau lah Doktor!

Setelah selesai rawatan dan mengambil ubat.  Aku dan Adam keluar dari klinik.  Adam mengajak aku untuk singgah makan di kedai sebelum balik.  Aku tidak menolaknya sebab perutku sememangnya sudah lapar.

“Kau nak makan apa?”soalnya sebaik saja menu sudah berada di tangan.  Kami makan di sebuah restaurant berdekatan dengan tamanku.

Aku meneliti menu, tak tahu ingin memesan apa.  Seakan-akan seleraku mati pulak. Melihat aku yang diam memandang menu.   Adam akhirnya membuat pesanan makanan bagiku.  Dia memesan bubur ayam dan Air milo panas untukku.   Nasi goreng kampong juga dipesan untuk dirinya.   Aku hanya diam ibarat bersetuju dengan pesanan yang dibuat.

“Makan bubur tu perlahan-lahan.  Panas lagi.” Terharu aku dengan keprihatinan dia.  Aku mengangguk.

“Ouch! Panas.” Aku mengigit bibir.  Betul-betul panas bubur ni.  Melecur lidahku sekejap. 
Melihat aku yang kesakitan, Adam pantas mengambil air batu di dalam minumannya . dia menuamkan air batu di bibirku.  Aku hanya terdiam kaku dengan perlakuan dia.

“Tu lah kan aku dah cakap bubur tu panas.  Hati-hati sikit.” Ujar Adam lembut.  Tangannya masih menuam air batu ke bibirku.

Aku mengelakkan muka. “Bubur tu panas sangat.  Macam mana nak makan. Tak nak makanlah.” sebakku.  Entah kenapa aku jadi sedih pulak tiba-tiba.

“Tak nak? Mana boleh macam tu, kau kena makan jugak .  Nanti kalau kau tak makan, macam mana kau nak makan ubat.  Makan sikit ye.” Pujuk Adam.

“Tak ada seleralah.  Kau je lah makan nasi tu.  Aku betul-betul tak lalu.”

Melihatkan kedegilanku , Adam kemudian mengambil mangkuk bubur tersebut. Dia menyudu dan menghembuskan bubur ayam itu sehingga sejuk.  Dia kemudian  menyuuakan sudu ke mulutku.   Aku mengelak.   Dia tetap memaksa berkeras untuk menyuruh aku makan.   Akhirnya mulutku terbuka dan memakannya sedikit.  Sedih dan sebak pula memakan bubur ketika sakit.  Namun wujud satu kekuatan pada diriku untuk cepat sembuh.  Seolah-olah bubur yang disuapkan Adam ini memberikan sedikit tenaga kepadaku secara tiba-tiba.

Bibir Adam tersenyum saatku menghabiskan suapannya yang terakhir.  Adam mengambil sehelai tisu di atas meja dan mengelap mulutku.  Aku sedikit terkejut dengan perlakuannya.  Dia tersenyum sambil merenungku.  Tangannya kemudian cuba mengusap kepalaku. Aku mengelak.

“Maaf…tak sengaja.” Ucapnya.  Wajahnya nampak serba salah berkelakuan begitu padaku.  Mungkin dia fikir aku ni adik dia kot? Tu pasal jadi macam tu.

“Hmmm…” ujarku.  Tak tahu ayat apa yang sesuai untuk aku ucapkan sekarang.

Melihatkan aku yang diam.  Adam kemudian mengeluarkan ubat-ubat yang dibeli di klinik tadi.  Aku 
menelan air liur.  Tak sukanya makan ubat.

“Nah ubat.”suanya padaku.  Sebiji ubat diletakkan di tapak tangannya.  Dia hulurkan padaku.
Aku mengambil ubat itu dari tangannya.  Ubat apa ni? Bapak besar, macam mana nak telan ni?

“Tak nak lah makan, mesti pahit ni.”gelengku.  Aku kembalikan semula ubat tu pada dia.

“Tak pahitlah.  Ini clarinase, ubat ni tak pahit.  Kau makan sebiji dulu.”

Aku merenung Adam, ada ke ubat tak pahit?  Doktor ni biar betul!

“Makanlah…..sebiji je ye.  Aku tak tipu ubat ni memang tak pahit. Percayalah.”tambah Adam.  Dia cuba memujukku sekali lagi.

Melihatkan kesungguhan Adam, aku mengambil kembali ubat tersebut.  Aku menelannya dan cepat-cepat meminum segelas air.

“Manis…”ujarku.  Betulah ubat ni tak pahit.  Manis pulak tu.  sedap!

Adam tersenyum memandangku. “Tu lah aku dah kata yang ubat ni tak pahit.  Kau je yang tak percaya.” Adam mengambil ubat yang selebihnya tadi lalu disimpan semula ke dalam plastic.

Adam kemudian makan menghabiskan nasi gorengnya.  Aku hanya memerhati dia yang berselera makan. Dia cuba menyuapkan nasi goreng sedikit ke mulutku.  Aku menolak namun makan juga setelah beberapa kali dia memaksa.  Setelah selesai kami berdua kembali semula menaiki kereta untuk pulang ke rumah.

Thanks Adam sebab hantar aku pergi klinik tadi.  And belanja makan lagi.”ucapku ketika berada di dalam kereta.    

“Sama-sama.”ucapnya.  Dia tersenyum padaku.  Aku rasa lega dapat bersama Adam ketika ini.  Terasa seperti dialah penyelamatku sekarang. 

Aku curi-curi memandang wajahnya disebelah.   Dia nampak tenang ketika memandu.   Riak mukanya yang bersahaja seakan-akan membuat aku dibelenggu satu rasa yang tak boleh dikatakan.   Aku bagaikan terpana melihat dia.   Cepat-cepat aku pandang semula ke depan.  Aku harus segera mengusir perasaan ini.
Sebaik saja sampai dirumah.  Adam sempat berpesan kepadaku agar menelefon dia jika demamku masih juga tidak berkurang.  Aku mengangguk dan mengucapkan terima kasih sekali lagi kepadanya.


Setelah Adam pergi.   Perasaan yang halus itu datang kembali.  Aku bagaikan terbuai seketika dengan satu rasa yang indah ini.   Saat-saat aku dengan Adam tadi bagaikan terlakar kembali.    Aku tersenyum.   Namun senyumanku mati bila teringatkan sahabatku  Fitriah dan siapa Adam itu sebenarnya.  Aku kembali ke dunia realiti.  Entah apa yang merasukku untuk berfikir sebegitu.  Sekali lagi aku harus mengusir perasaan ini.  Aku harus melupakan rasa itu. 

5 comments:

sim said...

best tp ...... Adam tu Fitriah punya

sim said...

best tp ...... Adam tu Fitriah punya

Unknown said...

BEST....NAK LAGI.

Ian asynata said...

alah....x moe sdih lah yek....

Ian asynata said...

OK nt ian tmbah ntry lg ye....thanks sudi baca...

Post a Comment

About Me