topbella

Monday, 10 February 2014

MEMORI CINTA KITA 18

Assalamulaikum geng...hari ni ian sempat taip untuk entry MCK je.  IHYMP kena tunggu dulu.  Busy sikit lah senjak dua menjak ni.  Hope ada yang suka cerita ni.  Then kalau boleh komen lah sikit apa yang patut.  Setiap komen anda membawa seribu erti pada ian.  Sayang korang semua.  Adios....
****************************************************************

BAB 18

HARI ni masuk dua hari aku MC dan itu bermakna sudah dua hari jugak aku tidak pergi ke kedai.  Aku hanya menelefon Mariani meminta dia menguruskan urusan kedai selama aku dan Fitriah tidak ada.  Nasib baik lah gadis itu faham dan tidak kisah melakukan kerja yang aku arahkan.

Suasana di taman kecil di rumahku sangat mendamaikan.  Bunga-bunga yang ditanam semakin berkembang.  Aku memetik sekuntum bunga ros yang baru sajaku tanam bulan lepas.  Bunga ini semakin mekar dan kembang.  Bunga itu kubawa ke hidung.  Harumannya sungguh menenangkan.  Bestnya kalau ada banyak lagi bunga ros kan?  Mesti tambah cantik taman aku he he he.

Bunyi deruman enjin kereta didepan rumah membuatku menoleh untuk melihat.  Siapa pula yang datang bawak BMW X5 ni?  Mewah betul!

Seorang lelaki turun dari kereta.  Aku tergamam sekejap.  

Adam.

Dia tersenyum padaku.   Aku membalas kembali senyumannya.  Kakiku terus melangkah menuju ke arah pintu pagar.  Tertanya-tanya tujuan kedatangan dia pagi-pagi ini.  Jam baru saja menginjak ke jam lapan.  Lelaki ni datang sini awal-awal kenapa?  Aku ada hutang dengan dia ke?

“Assalamualaikum….”aku terlebih dahulu memberikan salam.  Kekok pulak nak bersapa-sapa pagi-pagi buta ni.

“Waalaikumsalam, dah sihat?”soalnya.  Adam memberikan segaris senyuman yang sangat manis kepadaku.  
Okay aku boleh pengsan tengok senyuman dia.  Die ! Die!

“Err…Alhamdulillah.  Lepas makan ubat  yang tak pahit semalam terus je sihat.  Terima kasih.”
Adam ketawa sambil mengangguk.  “Hmmm…maknanya kau dah sihat sepenuhnya lah ni? Dah betul-betul sihat lah kan?” soal Adam.  Riak wajahnya seperti ingin mengatakan sesuatu yang tersirat.

“Yea dah sihat…kenapa?” pelik pulak aku dengar pertanyaan dia.  Meleret semacam je….

“Jom kita keluar….hari ni aku cuti.  Rasa bosan pula tak ada kawan nak diajak keluar.  Itupun kalau kau sudi.” Pelawanya. 

“Hah?”  Aku terdiam sekejap.  Ni yang malas ni bila dah baik sikit.  Nak ajak-ajak keluar pulak.  Baru nak bersenang lenang tidur.  Ada je yang tak senang tengok aku rileks. Hisykk…

Aku memandang wajah Adam yang polos.  Serba salah ingin menolak.  Melihat wajahnya yang penuh mengharap membuatkan aku kurang selesa.   Entah bagaimana aku terus mengangguk bersetuju untuk keluar dengannya.

“ Yes!  Kalau macam tu, apa kata sekarang kau pergi siap dulu.  Aku tunggu kau dekat bawah ni. Cepat tau. ” Teruja betul suara Adam menuturkan. 

Aku segera masuk ke dalam rumah dan bersiap.  Aku memilih sehelai dress lengan pendek  tiga suku berwarna peach dipadankan dengan seluar slack hitam dan sehelai kardiagan hitam.  Aku hanya membubuh sedikit mekap dan secalit gincu.  Rambut dibiarkan lepas.   Beg sandang panjang aku silangkan di bahu.  Siap….

Setelah itu aku bergegas turun semula ke bawah.  Tanganku laju mencapai sandal yang berada di dalam almari kasut.  Aku terus keluar dan mengunci pintu rumah.

Adam sudah siap menunggu aku di depan kereta.  Kakiku bergegas berjalan ke arahnya.
Melihatku yang sudah siap, Adam segera membuka pintu keretanya dan menyuruh aku masuk.  Aku masuk ke dalam kereta.  Enjin mula dihidupkan dan kereta terus bergerak menuju ke satu destinasi yang tidak di ketahui.

“Kita nak pergi mana ni?” soalku.  Sebaik saja kereta terus laju meluncur memasuki lebuh raya menuju ke utara.  Dia nak pergi negeri mana pulak ni?

“Cameron Highland….”

“What?”jeritku.  Terkejut dengan apa yang baru didengar.  Biar betul Adam ni nak pergi Cameron Highland.  Hisyk! Terkelip-kelip mataku memandang Adam.

Adam Cuma tersenyum melihat wajah terkejut yang dipamerkan olehku. Bibirnya  bersiul-siul mengikut rentak lagu yang dimainkan  di radio.   Aku betul-betul buntu sekarang ni.

****************************************************

“Ni ladang teh keluarga aku.” Ujar Adam.  Dia memetik daun teh dan menghidunya.
 Kami sekarang berada di tengah-tengah ladang teh yang sangat luas dan besar.  Beberapa pekerja ladang yang sedang memetik daun teh tersenyum-senyum melihat aku dan Adam yang jalan beriringan di ladang ini. 

“Hebatnya keluarga kau,seronoknya ada ladang teh sendiri.  Mesti kau tak payah beli teh kan?”
Adam tergelak dengan pertanyaanku.  “Aaahhh…family aku memang suka minum teh dari ladang kami sendiri.  Lebih segar tau.”

Aku betul-betul teruja melihat ladang teh yang sebegini luas.  Seumur hidupku belum pernah aku menjejakkan kaki disini.  Suasana seperti ini adalah pertama kali dalam hidupku.  Cuaca dekat Cameron Highland pun sejuk dan aku betul-betul menikmati pemandangan indah di depanku.

“Eh tolong ambil gambar aku.  Cantiklah tempat ni.” aku menyuruh Adam mengambil gambarku menggunakan kamera handphoneku sendiri.     Adam mencebikkan bibir menyampah melihat aksiku yang sibuk nak berposing sakan.  Namun dia tetap juga mengambil gambarku.  Bermacam-macam posisi dia ambil.  Sampai akhirnya aku jadi malu pula disuruh posing macam-macam.  Over betul!

“Kita ambil gambar berdua, nak tak?” aju Adam.   Aku mengangguk senang.  Adam meminta pertolongan salah seorang pekerja di ladang untuk mengambil gambar kami berdua.  Aku agak kekok sedikit.  Namun kemesraan dan keselesaan yang ditunjukkan oleh Adam membuatku senang disisinya. 

“Hmmm…cantik kan gambar kita berdua.”tunjuk Adam.   Aku melihat foto yang keluar di skrin.  Masyaallah..cantiknya keindahan yang ada di gambar ni.  Seakan-akan ianya hidup pula.

“Mestilah cantik, tengoklah tuan punya badannya siapa.”ujarku.  Sengaja aku ingin berlagak sedikit di depan dia.

Adam mencebik kemudian tertawa sambil mengelengkan kepala melihat diriku.

“Kau kalau tak berlagak memang bukan kau.  Okaylah aku mengaku yang kau memang cantik tapi bila kau ada sebelah aku je lah.  Kalau dengan orang lain kau tu hodoh ha ha ha.”

Aku menjeling dia tajam.  Sampai hati kata kau hodoh.   Dia ingat dia tu handsome ke sangat.  Perasan!  Malas ingin mendengar tawa jahat dari mulutnya.  Aku terus berjalan meninggalkan Adam.  Lebih baik tengok ladang teh ni, lagi berfaedah.

“Nantilah dulu, buruklah muka kau bila merajuk tau.  Tak comel.”kejar Adam. 
Aku berpaling ke kiri.  Tak kuasa nak tengok muka dia.  Menyakitkan hati!

“Hei, tak kan merajuk dengan aku.  Fine! Kau lah perempuan paling comel dan cantik yang pernah aku kenal.  Dan aku bertuah dapat keluar dengan kau hari ni.” pujuknya.  Bibirku mengulum senyuman.  Terasa kembang pula dipuji dia.

“Betul?” soalku.

“Tak betul ha ha ha.”  Aku mencebik.  Dia ni suka pulak main-mainkan aku. Huh!

“Ermmm….Apa kata kita ambil gambar lagi. Nak tak?”ajaknya sekali lagi.

“Tak nak!”

“Nak lah…” Adam menarik aku rapat di sisinya dan mengambil gambar kami berdua.   Aku membulatkan 
mata memandang kamera.

“Cantik lah…Comel kan aku?”ujarku sebaik saja gambar terlayar di skrin handphone.  Mulalah mood perasan cantik aku datang balik he he he.

“Cantik…cantik sangat.”ujar Adam.  Dia menoleh padaku.  Mataku dan dia bersatu dan aku nampak wajahku di matannya.  Terasa sesuatu dalam hatiku ketika ini.  Suasana seakan-akan terhenti seketika.  Aku dan dia bertatapan lama. Satu saat , dua saat dan aku tersedar.

“Panaslah, jom jalan kat tempat redup tu.” ajakku menutup resah.  Aku mengipas-ngipas muka dengan tangan.  Terasa darah naik kemuka sekejap tadi.  Entah apa yang merasukku sampai boleh terjadi perkara sebegitu.  Bodoh betul aku ni kan.

Cuaca yang semakin panas membuatkan tubuhku jadi kurang selesa.  Aku merasa kepenatan pula berjalan di ladang ini.

“Penat ke? Nak duduk tak?” soal Adam yang berada di sisi.

Aku mengangguk mengiakan. Sejujurnya aku juga dah keletihan berjalan.   Adam mengajak aku untuk duduk di sebatang pokok besar yang rendang.  Suasana yang redup dan angin yang sepoi-sepoi menyegarkan tubuhku.  Aku dan Adam duduk bersimpuh di bawah pokok.

Kami berdua mendiamkan diri seolah-olah sedang menikmati alam semula jadi yang indah dan tenang ini.  Aku menoleh pada Adam.   Dia nampak sedang termenung.   Aku tertanya-tanya, apakah yang ada di fikiran lelaki ini sekarang?

“Apa kenangan yang paling kau ingat sekali?”soalnya tiba-tiba.

 “Ermmm…rasa-rasanya aku tak banyak sangat kenangan .  Tapi aku ada impian nak datang dekat sini tau.  Masa sekolah dulu aku selalu berangan-angan nak pergi Cameron Highland.  Bagi aku tempat ni sungguh memukau.  Suasananya yang indah dan mendamaikan hati bagi mata-mata yang memandang.  Aku harap bila aku kahwin nanti, aku nak buat photoshoot dekat sini.  Mesti gambar aku akan jadi gambar yang paling cantik dengan abad sekarang.” Ujarku bangga.

Adam tergelak.  “Kau ni kalau berangan-angan sampai ke planet betul kau pergi kan.  Kolot angan-angan kau tu.  Boring…”

Berdesir mulutku mendengar.“Suka hatilah, itu angan-angan aku.  Sibuk je nak kritik.”

Adam ketawa lebih kuat dari tadi.  Aku hanya menjeling melihat dia.  Adam terdiam semula.

“Nak tahu tak, dulu masa kecil aku selalu datang kesini dengan family aku.  Kami sekeluarga suka berkelah dekat ladang teh ni.  Mama mesti akan bawa bekal kalau nak berkelah dekat sini.  Pokok ni lah tempat kami duduk dan makan bersama.   Tapi sekarang dah jarang sangat sejak bisnes papa dah mula berkembang.  Lagipun kami adik beradik pun dah dewasa.  So kami dah lama tak datang sini.  Dekat rumah pun dah jarang nak jumpa.  Kadang-kadang sebulan sekali pun belum tentu dapat makan bersama dekat rumah.   Sebab tu bila datang sini, aku teringat balik kenangan kami sekeluarga dulu.”
Aku tersenyum pada dia.  Ternyata dia teringat kembali kenangan lama.  Aku tahu yang memori indah dalam hidup sememangnya sukar untuk dilupakan namun kehidupan harus diteruskan kerana hidup ini masih panjang dan jalan masih terlalu jauh untuk semua.

Melihat Adam yang diam disebelah membuatkanku rasa tidak tenang.  Wajah Adam kelihatan muram dan berduka.  Aku rasa terpanggil untuk menghiburkannya.  Timbul satu idea di kotak fikiranku saat ini.  Aku menoleh pada Adam.

“Ermmm….apa kata kalau kau dan aku buat memori kita dekat sini, nak tak?”

Adam menoleh mendengar soalanku.  Dahinya berkerut-kerut tanda tidak faham.
“Memori?”

“Yup, memori  ataupun dalam erti kata lain kenangan.  Macam mana kalau hari ni kita berdua jalan-jalan dekat sekitar Cameron Highland.  Then kita boleh create memori kita dekat sini.   So tak adalah rasa bosan sangat kan.  Nak tak?” pepandai je idea aku.  Sebenarnya aku pun kurang pasti dengan idea ni.  Tapi layankan je lah he he he.

“Sounds good… So apa patut kita buat?” soal Adam.  Aku tersenyum  melihat wajahnya yang teruja nak tahu rancanganku.

“Hmmm….kita sekarang ada dekat mana?”soalku sengaja.

“Ladang teh.”

“Ladang teh ni dekat mana?”sengaja aku menyoal dia.

“Cameron Highland lah….apa masalahnya kau ni?”
Aku tergelak tengok muka Adam yang bengang dengan pertanyaan bodoh dariku.

“Okay, okay.  Kalau dekat Cameron Highland ni tempat apa yang paling orang nak sangat pergi tengok?  Dan mesti beli dekat sini?”

“Strawberrylah…apa lagi.  Buah tu kan hanya ditanam dekat sini je.”

“Hah kalau macam tu jomlah kita pergi ladang strawberry dulu.  Barulah dikatakan melancong.  
Cepatlah….”  Aku menarik tangan Adam untuk berdiri.  Kami berjalan beriringan menuju ke kereta.

**********************************************
(Big Red Strawbery Farm)

“Adam janganlah makan strawberry tu.  Kotorlah.”marahku pada dia.  Adam tidak mempedulikanku bebelanku.  Dia laju mengunyah strawberry yang dipetiknya.

“Biarlah bukan kotor pun.  Lagipun aku suka makan fresh macam ni.  Sedap….  Tak percaya cuba kau rasa satu.”Adam menyuakan sebiji strawberry untukku rasa.  Aku mengelak.   Segan pulak nak disuap bila orang pandang-pandang ni.   Malu….

“Tak nak lah.  Lagipun kita tak bayar lagi strawberry ni.  Tak halal main makan macam tu je.  Berdosa” Marahku  Adam ni suka hati dia je nak buat sesuatu. Aku datang sini suruh cipta memori happy-happy dia pergi buat history pulak kat sini.  Errr…..

Adam ketawa terkekek-kekek mendengar bebelanku.  Dia membaling biji strawberry yang dimakannya di kepalaku.   Aku yang naik geram terus mengejar dia.  Kami berlari-lari disekitar pokok strawberry. 

“Maaf kak, kat sini tak boleh main kejar-kejar.” Tegur salah seorang pekerja di situ.  Aku tersenyum nipis, tersipu-sipu malu memandang budak yang menegurku.  Adam Cuma tersengih lebar padaku
 Geram betul dengan Adam ni, tak pasal-pasal dapat malu hari ni. Eiiiiiiiiii……. Tanpa menunggu lagi kakiku cepat-cepat menuju ke kaunter pembayaran.  Ya Allah…malunya muka saat ni. Tengoklah semua pengunjung dah pandang semacam je dekat aku. Huk huk huk…

“Berapa Dik?” soal Adam yang tiba-tiba muncul di sebelahku.  Dia mengeluarkan dompetnya untuk membayar.  Terkelip-kelip mataku melihat dia mengeluarkan duit.  Ceh! Nak berlagaklah tu banyak duit konon.  Menyampah!

“Semua sekali RM 50.00 bang.”ucap budak penjaga kaunter.

“Kira sekali yang akak ni makan masa petik tadi.  Dalam 10 biji tak silap.” Terlopong mulutku.  Bila pulak aku makan pulak ni?  Dia ni sengaja nak tambah malu aku lagi. Eiiiiiii!!!!!!

Budak penjaga kaunter tadi tersenyum pada aku.  Aku segera menyiku Adam di sebelah.  Geram tengok muka selamba dia menuduh aku makan buah strawberry.

“Tak apelah bang, kira halal je.”

“Betul ke ni? isyk mana boleh macam tu.  Lagipun akak ni mengandung, abang tak naklah anak abang makan hasil tak halal pulak.”

Aku rasa nak hempuk-hempuk je kepala Adam saat ni. Sesuka suki dia mengata aku ni mengandungkan anak dia.  Eiii….benci betullah!  Aku terus meninggalkan Adam di kaunter.  Sakit hati pulak tengok Adam suka mengenakan aku.  Lagi lama aku duduk dekat situ, entah cerita apa pulak dia nak bahan aku.

“Alisya…tunggulah kejap.”panggil Adam dari belakang.  Dia berlari-lari anak mengejarku.  Tersentak aku mendengar nama yang dipanggilnya.  Seumur hidupku tiada sesiapa yang pernah memanggil nama belakangku.  Inilah pertama kali ada orang menyebutnya.

“Nak apa?”soalku geram.  Sakit hati masih terasa dipermain-mainkan oleh dia tadi.  Berani dia buat gurau-gurau pasal aku mengandung pulak.  Kalau orang kampong dengar  ni mesti dah timbul fitnah nanti.  Tak pasal-pasal je kena sembelih  dengan Abah nanti.

“Janganlah marah.  Aku gurau je tadi. Maafkan aku ye.  Kitakan nak cipta memori indah dekat sini.  Jadi janganlah marah aku. Please….”

Aku memalingkan wajah ke sebelah.  Malas nak tengok muka dia.  Aku terus berjalan menuju ke luar pintu gerbang.  Adam di belakang aku tinggalkan.  Setelah beberapa langkah berjalan aku menoleh semula untuk melihat.  Tiada.  Adam tiada dekat belakang.  Mana dia pergi? 

Mataku mula mencari-cari Adam di sebalik pengunjung yang ramai.  Aku berjalan semula menuju ke tempat tadi. Beberapa pengunjung sudah sesak di situ.  Tapi bayangan Adam tidak kelihatan.  Aku mula resah mencarinya.

“Ermmm….cari aku ke?” soal Adam yang sedang duduk di bangku tidak jauh dari situ. Dia tersenyum  padaku.  Entah berapa lama dia duduk dekat sini aku pun tak perasan.

Aku menarik nafas lega.  Ingatkan Adam dah tinggalkan aku dekat sini tadi.  Selamat tidak…. Aku terus duduk di sebelah Adam.  Geram melihat dia yang beriak selamba.  Tak tahu ke yang aku dah separuh mati kerisauan.

“Kau ni boleh tak jangan buat orang risau.  Aku ingat kau dah tinggalkan aku tadi.” Sayuku.  Entah kenapa hatiku takut kehilangan dia dari pandangan mata.

“Aku takkan tinggalkan kau.  Tak kan pernah dan takkan terjadi.  Aku…..” Adam terhenti dari berkata-kata.  Dia merenung mataku.  Diam.  Aku menanti ayat seterusnya.

“Aku apa?”soalku, rimas pula ditenung sebegitu.

“Aku…er…aku..aku pergi beli ni untuk kau.” Adam menujukkan dua cucuk strawberry yang disaluti dengan coklat cair.  Aku menjerit keriangan melihat.  Strawberry yang dicelup coklat memang favourite aku tu.  Tanganku laju mengambilnya dari Adam.

Aku terus masukkan ke dalam mulut.“Ermmm….sedapnya.  Manis.”

“Aaahhh manis.  Semanis cinta kita….  Buah strawberry ni adalah lambang cinta.”

“Hah, apa kau cakap? Aku tak berapa dengar lah.” Suasana yang bising dengan pengunjung yang baru masuk  tadi membuatkan aku kurang dengar akan suara Adam.

“Tak ada apalah… aku jalan dulu dekat depan.” Adam bingkas bangun meninggalkan aku yang duduk di kerusi. 

Aku terpinga-pinga sekejap memandang dia. “Ermmm dia cakap apa tadi ye? Aku Cuma dengar manis cinta? Lambang strawberry? Isykk… dia nyanyi ke tadi?” omelku.  Otakku cuba mencerna apa yang didengar tadi.  “ Argghhh..lantaklah malas nak sesakan otak.”  aku bingkas bangun mengekori Adam yang berjalan di depan.

“Wei Adam tunggulah aku!”

************************************************** 

“Kau nak tulis apa tu? Eiiii…khurafat lah tulis-tulis macam ni.” bebelku pada Adam.  Adam tidak mempedulikan aku sebaliknya tangannya laju membeli wishing lock untuk menulis sesuatu pada kad itu.

“Kau jangan nak membebel boleh tak?  Jangan nak sibuk hal orang.  Dah tepi sikit, aku nak tulis benda rahsia dekat kad ni.”

Aku mencebik.  Benda rahsia apa lah yang disorokkan oleh dia.

“Huh! Ada aku kisah.  Aku pun tak ingin nak tahulah.” Aku terus berjalan melintasi Adam.  Menyampah tengok muka dia yang berlagak tu.  Macam bagus sangat!  Baik tengok bunga lavender dekat depan ni lagi bagus.

Aku curi-curi memerhatikan Adam yang menulis tak jauh dari situ.  Entah apa yang ditulisnya dalam kad itu? Dia nak wish apa pulak dekat Lavender Garden ni?  Tak takut dosa ke percaya benda macam tu.  Pelik aku.  Tak sangka yang Doktor macam dia pun percaya benda karut-marut macam ni.  Apelah…
Mataku curi-curi memerhatikan Adam yang sudah menulis dan sedang mengunci kad di salah satu rantai yang ada.  Adam menoleh dan tersenyum memandangku.  Aku lekas-lekas berpaling.  Eiii….kantoi sudah aku pandang dia. Erk… malu!

“Dah.  Jom kita balik.” Ajak Adam dari belakang.   Aku mengikut langkah Adam menuju ke kereta.  Selesai sudah memori-memori kami di Cameron Highland.  Sekarang kami akan berangkat pulang ke rumah semula.  Aku rasa terhibur dapat menghabiskan masa di sini.  Insyallah satu hari nanti aku pasti akan kembali semula.  Pasti….

*****************************************

“Okay dah sampai pun kita dekat rumah.  Cepat turun…”arah Adam.  Aku menjeling pada dia.  Tahulah aku nak turun, gesa-gesa orang pula.  Aku membuka pintu pagar dan mengeluarkan kunci dari beg untuk membuka pintu rumah.  Setelah itu aku kembali semula ke kereta untuk mengambil barang.  Adam mengeluarkan beg plastic yang berisi buah dan beberapa barangan yang aku beli di sana.

“Terima kasih.”

“Sama-sama.  Biar aku letakkan ni dekat depan pintu.  Ermmm… ada satu lagi barang tak silap aku.  Boleh kau tolong ambil dekat bonet tu tak?”

Aku mengangguk dan terus menuju ke bonet kereta. Aku melihat ke dalamnya.  Bulat mataku melihat lapan pasu pokok bunga ros yang mekar di dalamnya.  Bila pulak lelaki ni beli bunga-bunga ni semua?

“Jumpa tak?” soal Adam di sebelah.  Dekat betul suaranya di telingaku.  Aku ke tepi sedikit memberi dia laluan untuk melihat.

“Pokok bunga ni ke?”

“Semuanya untuk kau.”

“Hah?” terbeliak mataku.  Giler apa nak suruh aku jaga lapan pokok bunga ros.  Aku nak buat apa dengan semua ni? 

“Kau kena jaga semua ni baik-baik.  Ini hadiah dari aku sebab kau dah temani aku hari ni.”
Lapan pasu bunga ni? Hadiah untuk aku?  Dia ni biar betul! Banyaknya….

“Thanks….tapi kalau kau bagi sepasu je pun aku dah rasa bersyukur he he he.” Nak cakap apa lagi kan.  Orang dah bagi kita kena terima nanti kecik hati pulak.

Adam membantu aku mengeluarkan pokok-pokok itu ke dalam taman kecil di rumah.  Dia juga menyusunnya mengikut turutan lurus.  Aku pelik memandangnya.  Kenapa tak letak secara bulatan je? Kan lebih jimat ruang.  Tak apalah nanti aku susun balik.

“Okaylah, dah malam sangat ni.  Lagipun besok kerja.  Apapun terima kasih untuk memori hari ni.  Ini kali pertama aku rasa happy sangat bila keluar.    Anyway… Aku balik dulu.  Assalamualaikum.”


“Waalaikumsalam. Thanks to you too..  Hati-hati bawak kereta tau.” Adam masuk ke dalam kereta dan terus meluncur pergi.  Sepanjang masuk ke dalam rumah bibirku tidak habis-habis mengukir senyuman.  Betul-betul hari yang memenatkan tapi menyoronokkan bila bersama Adam.    Adam, dia memang lain dari yang lain.  Aku rasa Fitriah mesti akan bahagia dengan dia. Hmmm….

5 comments:

baby mio said...

BEST SANGAT2 NAK LAGI.

sim said...

best tp....... zon bahaya jika terjatuh cinta

Ian asynata said...

thanks baby mio....

Ian asynata said...

zon bahaya?? hahah

nett francis said...

sertai kaji soal selidik di link ini http://my.ipanelonline.com/register?inviter_id=2111844

Post a Comment

About Me

Ian asynata
"Ceriakanlah hari ini dengan tawa dan riang, siapa tahu yang esok kita akan bersedih...life is complicated..."
View my complete profile