BAB 17
LEPAS saja sembahyang
subuh, entah kenapa tubuhku terasa sedikit gigil. Badanku terasa sangat lemah secara
tiba-tiba. Aku mengambil keputusan untuk
berbaring dahulu di katil. Tangan mula
memicit kepala yang sakit. Badanku pula
terasa hangat ketika ini.
Aku mula meraba dahiku. Demam ke?
Adoi bertambah sakit pula kepala ketika ini. Mesti aku demam gara-gara
sejuk sangat semalam. Balik semalam pun
terus terlentang je atas katil. Demam
sejuk ke panas ni? Tanganku makin laju
memicit kepala.
Bunyi deringan telefon
mengejutkan aku. Aku bangun dan
mengambil telefon di atas meja solek.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumsalam….Tizz,
ni aku Fitriah.”
“Owh Fit…ada apa? Huk
huk huk…” tiba-tiba aku terbatuk.
“Tizz
kau okey tak ni? Kenapa batuk pulak tiba-tiba ni? Kau demam ek?” kedengaran suara Fitriah risau
di hujung sana.
“Tak
lah batuk sikit je…”balasku lemah.
Tiba-tiba terasa tidak larat pula untuk bercakap.
“Sikit
je? Suara kau macam lemah sangat ni? Kau dah makan ubat belum?”
“Dah…”bohongku
laju. Tak suka nak risaukan Fitriah.
“Betul
ni?”
“Betul,
okaylah aku nak tidur dulu ni. Nanti
kita berbual lagi ye. Bye….” Aku terus
meletakkan telefon. Badanku terasa sejuk
pula. Segera aku menyelimut tubuhku.
******************************************************************
Bunyi loceng pintu mengejutkan aku dari tidur. Perlahan-lahan aku membuka mata. Badanku semakin lemah dan tak bermaya. Aku bangun dari katil. Kakiku terus melangkah turun ke bawah untuk melihat siapa yang datang.
“Hisykkk…sapa pulak
yang memekak datang rumah orang ni? Tak
tahu orang nak tidur ke”geramku. Aku segera membuka pintu rumah.
Adam? Apa dia buat dekat sini?
Dahi Adam
berkerut-kerut memandang aku. Dia
mendekati aku rapat.
“Kau demam ke?” soal
Adam. Dia meletakkan tangannya di
dahiku. Aku tergamam. Tak sempat mengelak.
“Tak lah. Aku okey je.”balasku lemah. Suaraku sudah mula serak.
Adam merengus geram
mendengar jawapanku. “Dah aku tak nak dengar alasan dari kau. Sekarang kau pergi siap, aku nak hantar kau
pergi klinik.”
“Tak nak lah. Aku okey lah.
Makan ubat nanti eloklah. Kau
baliklah.” Tanganku mula hendak menutup pintu. Adam menghalangnya.
“Jangan banyak cakap
boleh tak, lagipun Fitriah yang suruh aku datang sini. Kawan kau tu risaukan kau. Dah kau pergi siap.” Tegasnya.
Mendengarkan nama
Fitriah disebut, menyebabkan aku terpaksa mengangguk. Aku tidak mahu merisaukan Fitriah. Aku segera mencapai sweater, dompet dan kunci
rumah. Setelah itu aku mengikut Adam ke
klinik. Kami hanya mendiamkan diri di
dalam kereta.
*************************************
Klinik Dayang……
Adam mendaftarkan
namaku di kaunter pendaftaran. Kemudian
kami sama-sama duduk di bangku sementara menunggu namaku dipanggil.
Beberapa minit kemudian
seorang nurse memanggil namaku untuk masuk.
Aku menyuruh Adam untuk menunggu di luar saja namun dia bertegas untuk
masuk. Aku membiarkan saja, malas ingin
bertekak dengan dia.
Seorang Doktor
perempuan yang masih muda, tersenyum melihat kami. Bukan kami, maksud aku tersenyum pada
Adam. Mata doctor itu asyik sangat
memandang Adam. Aku pelik.
“Hi Adam…lama kita tak
jumpa kan?” soal Doktor tadi. Tag nama
hitam di bajunya tertulis Dayang Hana.
Aku menoleh pada Adam. Diorang
saling berkenalan ke?
“Hana kan? Sorry tak
perasan sangat. Lama dah tak jumpa
you. Nampak lain dah you sekarang.”
Doktor Hana ketawa
mendengarnya. “Alah, selama ni memang you tak perasankan I pun. Nak buat macam mana, orang handsome macam you
ni mana nak ingat gadis biasa-biasa macam I ni.”senyum Hana. Suara seakan-seakan gedik pulak doctor
ni. Menyampah pulak aku. Dia ni nak rawat aku ke tak?
Aku berdeham kuat, buat
isyarat yang wujudnya aku disini. Doktor
Hana menoleh padaku. Mukanya nampak
macam tak selesa memandang wajahku. Dia
cuba tersenyum. Senyum dibuat-buat.
“Siapa ni Adam?” soalnya. Macam tak suka je wajahnya memandang
aku. Hello doctor, macamlah aku suka
tengok muka kau tu. Aku ni datang sebab
sakitlah. Kalau tak jangan harap kau nak
nampak muka aku dekat sini. Hisykk….
Kenapalah aku boleh datang klinik yang tak professional ni. Eiiiiiiii!!!!!!!
“Owh ni Tunang I, dia
tak berapa nak sihat. You boleh check
tak.”
Bulat mata aku
memandang Adam. Tunang? Aji giler betul
dia ni. Aku toleh semula pada Doktor
Hana. Ni lagilah pulak, bukan kata bulat
mata, tapi macam dah tertelan cuka mendengar kata-kata Adam ha ha ha.
Mesti doctor Hana ni minat dekat Adam. Aku yakinlah.
Padan muka kau perempuan,tadi macam berlagak sangat pandang aku atas
bawah.
“Tunang? You dah
tunang? Ermmm…tak ajak I pun.
Tahniah.”ucap doctor Hana dekat aku.
Tapi tak ikhlas pun, dari riak wajahnya dah boleh lihat dah.
Aku cuba menyembunyikan
senyuman. Kesian doctor ni tak
pasal-pasal kena tipu dengan Adam. Mesti
Adam tak suka doctor Hana ni sebab tu lah dia tipu. Nasib kau lah Doktor!
Setelah selesai rawatan
dan mengambil ubat. Aku dan Adam keluar
dari klinik. Adam mengajak aku untuk
singgah makan di kedai sebelum balik.
Aku tidak menolaknya sebab perutku sememangnya sudah lapar.
“Kau nak makan apa?”soalnya
sebaik saja menu sudah berada di tangan.
Kami makan di sebuah restaurant berdekatan dengan tamanku.
Aku meneliti menu, tak
tahu ingin memesan apa. Seakan-akan
seleraku mati pulak. Melihat aku yang diam memandang menu. Adam
akhirnya membuat pesanan makanan bagiku.
Dia memesan bubur ayam dan Air milo panas untukku. Nasi goreng kampong juga dipesan untuk
dirinya. Aku hanya diam ibarat
bersetuju dengan pesanan yang dibuat.
“Makan bubur tu
perlahan-lahan. Panas lagi.” Terharu aku
dengan keprihatinan dia. Aku mengangguk.
“Ouch! Panas.” Aku
mengigit bibir. Betul-betul panas bubur
ni. Melecur lidahku sekejap.
Melihat aku yang
kesakitan, Adam pantas mengambil air batu di dalam minumannya . dia menuamkan
air batu di bibirku. Aku hanya terdiam
kaku dengan perlakuan dia.
“Tu lah kan aku dah
cakap bubur tu panas. Hati-hati sikit.”
Ujar Adam lembut. Tangannya masih menuam
air batu ke bibirku.
Aku mengelakkan muka.
“Bubur tu panas sangat. Macam mana nak
makan. Tak nak makanlah.” sebakku. Entah
kenapa aku jadi sedih pulak tiba-tiba.
“Tak nak? Mana boleh
macam tu, kau kena makan jugak . Nanti
kalau kau tak makan, macam mana kau nak makan ubat. Makan sikit ye.” Pujuk Adam.
“Tak ada
seleralah. Kau je lah makan nasi
tu. Aku betul-betul tak lalu.”
Melihatkan kedegilanku
, Adam kemudian mengambil mangkuk bubur tersebut. Dia menyudu dan menghembuskan
bubur ayam itu sehingga sejuk. Dia
kemudian menyuuakan sudu ke mulutku. Aku
mengelak. Dia tetap memaksa berkeras untuk menyuruh aku
makan. Akhirnya mulutku terbuka dan memakannya
sedikit. Sedih dan sebak pula memakan
bubur ketika sakit. Namun wujud satu
kekuatan pada diriku untuk cepat sembuh.
Seolah-olah bubur yang disuapkan Adam ini memberikan sedikit tenaga
kepadaku secara tiba-tiba.
Bibir Adam tersenyum
saatku menghabiskan suapannya yang terakhir. Adam mengambil sehelai tisu di atas meja dan
mengelap mulutku. Aku sedikit terkejut
dengan perlakuannya. Dia tersenyum
sambil merenungku. Tangannya kemudian
cuba mengusap kepalaku. Aku mengelak.
“Maaf…tak sengaja.” Ucapnya. Wajahnya nampak serba salah berkelakuan
begitu padaku. Mungkin dia fikir aku ni
adik dia kot? Tu pasal jadi macam tu.
“Hmmm…” ujarku. Tak tahu ayat apa yang sesuai untuk aku
ucapkan sekarang.
Melihatkan aku yang
diam. Adam kemudian mengeluarkan
ubat-ubat yang dibeli di klinik tadi.
Aku
menelan air liur. Tak sukanya
makan ubat.
“Nah ubat.”suanya
padaku. Sebiji ubat diletakkan di tapak
tangannya. Dia hulurkan padaku.
Aku mengambil ubat itu
dari tangannya. Ubat apa ni? Bapak
besar, macam mana nak telan ni?
“Tak nak lah makan,
mesti pahit ni.”gelengku. Aku kembalikan
semula ubat tu pada dia.
“Tak pahitlah. Ini clarinase,
ubat ni tak pahit. Kau makan sebiji
dulu.”
Aku merenung Adam, ada
ke ubat tak pahit? Doktor ni biar betul!
“Makanlah…..sebiji je
ye. Aku tak tipu ubat ni memang tak
pahit. Percayalah.”tambah Adam. Dia cuba
memujukku sekali lagi.
Melihatkan kesungguhan
Adam, aku mengambil kembali ubat tersebut.
Aku menelannya dan cepat-cepat meminum segelas air.
“Manis…”ujarku. Betulah ubat ni tak pahit. Manis pulak tu. sedap!
Adam tersenyum
memandangku. “Tu lah aku dah kata yang ubat ni tak pahit. Kau je yang tak percaya.” Adam mengambil ubat
yang selebihnya tadi lalu disimpan semula ke dalam plastic.
Adam kemudian makan menghabiskan nasi gorengnya. Aku hanya memerhati dia yang berselera makan. Dia cuba menyuapkan nasi goreng sedikit ke mulutku. Aku menolak namun makan juga setelah beberapa kali dia memaksa. Setelah selesai kami berdua kembali semula menaiki kereta untuk pulang
ke rumah.
“Thanks Adam sebab hantar aku pergi klinik tadi. And
belanja makan lagi.”ucapku ketika berada di dalam kereta.
“Sama-sama.”ucapnya. Dia tersenyum padaku. Aku rasa lega dapat bersama Adam ketika
ini. Terasa seperti dialah penyelamatku
sekarang.
Aku curi-curi memandang
wajahnya disebelah. Dia nampak tenang ketika memandu. Riak
mukanya yang bersahaja seakan-akan membuat aku dibelenggu satu rasa yang tak
boleh dikatakan. Aku bagaikan terpana melihat dia. Cepat-cepat aku pandang semula ke depan. Aku harus segera mengusir perasaan ini.
Sebaik saja sampai
dirumah. Adam sempat berpesan kepadaku
agar menelefon dia jika demamku masih juga tidak berkurang. Aku mengangguk dan mengucapkan terima kasih
sekali lagi kepadanya.
Setelah Adam
pergi. Perasaan yang halus itu datang
kembali. Aku bagaikan terbuai seketika
dengan satu rasa yang indah ini. Saat-saat
aku dengan Adam tadi bagaikan terlakar kembali. Aku
tersenyum. Namun senyumanku mati bila
teringatkan sahabatku Fitriah dan siapa
Adam itu sebenarnya. Aku kembali ke
dunia realiti. Entah apa yang merasukku
untuk berfikir sebegitu. Sekali lagi aku
harus mengusir perasaan ini. Aku harus
melupakan rasa itu.
5 comments:
best tp ...... Adam tu Fitriah punya
best tp ...... Adam tu Fitriah punya
BEST....NAK LAGI.
alah....x moe sdih lah yek....
OK nt ian tmbah ntry lg ye....thanks sudi baca...
Post a Comment